MINIT MESYUARAT PENYELARASAN, PENGURUSAN
DAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN
BIL.1 TAHUN 2021
Tarikh : 23 Disember 2021
Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Datuk Ya’akop, Aras 7,
Pengerusi Lembaga Peperiksaan, Putrajaya
: Dr. Ibrahim bin Mohamed Zin
(Timbalan Pengarah Peperiksaan Kanan, Kluster Produksi)
Kehadiran : Timbalan Pengarah Peperiksaan Kanan
1 Dr. Ibrahim bin Mohamed Zin Timbalan Pengarah Peperiksaan SO
2 Tuan Mohd Zamri bin Abdul Aziz Ketua Penolong Pengarah Kanan UMA
3 Puan Habidah@Abidah binti Ibrahim Ketua Penolong Pengarah Kanan SITSP
4 Encik Mazian bin Ya’acob Ketua Penolong Pengarah UMA
5 Dr. Surina binti Hamed Ketua Penolong Pengarah UMA
6 Puan Juita binti Ramli Ketua Penolong Pengarah UV
7 Encik Azhar bin Ahmad Ketua Penolong Pengarah UPU
8 Encik Mohd Azmi bin Ismail Ketua Penolong Pengarah UPT
9 Encik Noor Azman bin Dahlan Ketua Penolong Pengarah SPI
10 Tuan Haji Shamsulamri bin Mustafa Ketua Penolong Pengarah UHL
11 Tuan Haji Rohesan bin Muhamad Penolong Pengarah UPU
12 Puan Siti Fatimah binti Othman Penolong Pengarah UR
13 Cik Maizatul Sarah binti Yahaya Penolong Pengarah SITSP / UBAP
14 Puan Norafisah binti Ngatimin Penolong Pengarah SITSP / UPT
15 Encik Mahzan bin Mian Penolong Pengarah SPITV
16 Encik Shairi bin Harun Penolong Pengarah UMPK
17 Puan Nur Liyana binti Azizi Penolong Pengarah UIPP/ SITSP
18 Encik Zaiyinul Hayat bin Zainal Rafit Penolong Pengarah SITSP / UPDP
19 Puan Rosliza binti Mohd Rosli
Tidak Hadir : Ketua Penolong Pengarah Kanan SDP
Ketua Penolong Pengarah Kanan SDP
1 Dr Habibah binti Mat Rejab Ketua Penolong Pengarah Kanan SPIA
2 Encik Nasarudin bin Musa Ketua Penolong Pengarah Kanan SPITV
3 Tuan Haji Abd Aziz bin Mohd Hassan Ketua Penolong Pengarah SPI
4 Encik Zahari bin Mohd Zain Ketua Penolong Pengarah UMPK
5 Tuan Haji Khiruddin bin Ahmad
6 Encik Mohd Azam Shah bin Osman
JAWATANKUASA PENYELARASAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN 2021 1
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
Dr. Ibrahim bin Mohamed Zin
1.1 Alu-aluan Pengerusi
- Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.
- Pengerusi melahirkan rasa simpati terhadap warga Lembaga Peperiksaan (LP)
yang terlibat dengan banjir.
- Pengerusi meminta agar disediakan laporan berkaitan warga LP yang terkesan
akibat banjir. Laporan ini akan dijadikan rujukan di masa akan datang berkaitan
urusan cuti dan sebagainya.
1.2 Penjadualan Peperiksaan 2021
Pengerusi menyenaraikan sepintas lalu berkaitan Penjadualan Peperiksaan 2021 pada
tahun hadapan.
- 15 Februari : Ujian Amali Sains Bio, Fizik , Kimia
- 18 Februari : Ujian Amali Sains Sains Tambahan
- 21 Februari : Ujian Mendengar BM dan BI
(telah diubah dari hari Sabtu ke hari persekolahan pada Isnin)
- 22 - 24 Februari : Ujian Bertutur BM & BI
- 28 Feb : Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa
(terdiri daripada 1700 orang calon)
- 21 – 24 Mac : Cuti Sekolah
- Semua murid tingkatan 5 akan hadir sepanjang tempoh di atas.
- 1 – 20 Mac : Ujian Bertulis SPM
- 5 – 14 April : Ujian Bertulis STAM
Pengerusi menjelaskan bahawa Jawatankuasa Kerja ini diwujudkan untuk sama-sama
menguruskan Pengoperasian Peperiksaan 2021.
2.0 PEMBENTANGAN OPERASI PEPERIKSAAN
Tuan Mohd Zamri bin Abdul Aziz
2.1 Tujuan Pembentukan JK Peperiksaan
2.1.1 Menyelaras Tugas dan Tanggungjawab
- Diwujudkan untuk menyelaras tugas dan tanggungjawab berkaitan
pengurusan dan pengendalian peperiksaan kendalian LP pada Tahun
2021 (SPM, UPBA dan STAM).
2.1.2 Tugas Jawatankuasa
- Melaporkan status terkini tugas dan tanggungjawab setiap jawatankuasa.
2.1.3 Pengurusan dan Pengendalian Peperiksaan
- Membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan dan pengendalian
peperiksaan tahun 2021 dan kaedah mengatasi setiap isu yang timbul.
JAWATANKUASA PENYELARASAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN 2021 2
2.1.4 Melaporkan Status Terkini
- Melaporkan status terkini kepada Pengurusan Tertinggi Lembaga
Peperiksaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.2 Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan Dan Pengendalian Peperiksaan Tahun 2021
2.2.1 Jawatankuasa Peperiksaan 2021
Penasihat:
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan
Pengerusi:
Tuan Mohd Zamri Bin Abdul Aziz, (TPP SO)
Timbalan Pengerusi:
Puan Habidah @Abidah Binti Ibrahim (KPPK SO)
Ketua Penyelaras:
Dr. Surina Binti Hamed (KPP UMA SO)
Setiausaha 1:
Puan Siti Fatimah Binti Othman (PP UPU)
Setiausaha 2:
Cik Maizatul Sarah Binti Yahaya (PP UR)
2.2.2 Dasar Pentaksiran (SDP)
- Dr. Habibah binti Mat Rejab - KPPK SDP (Ketua)
- Encik Nasarudin bin Musa - KPPK SDP
- Tuan Haji Rohesan bin Muhamad – KPP UHL
2.2.3 Pengoperasian Peperiksaan (SO)
- Puan Juita binti Ramli – KPP UMA (Ketua)
- Encik Azhar bin Ahmad (KPP UV)
- Encik Mohd Azmi bin Ismail (KPP UPU)
2.2.4 Aplikasi, Inspektorat & Keselamatan, Bahan Am dan Pemprosesan Keputusan
(SITSP)
- Encik Mazian bin Ya’acob – KPPK SITSP (Ketua)
- Encik Noor Azman bin Dahlan – KPP UPT
- Encik Mohd Azam Shah bin Osman – KPP UMPK
JAWATANKUASA PENYELARASAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN 2021 3
2.2.5 Kluster Produksi
- Tuan Haji Shamsulamri bin Mustafa – KPP SPI (Ketua)
- Tuan Haji Khiruddin bin Ahmad – KPP SPI
- Tuan Haji Abd Aziz bin Mohd Hassan – KPPK SPIA
- Encik Zahari bin Mohd Zain – KPPK SPITV
2.3 Tanggungjawab Jawatankuasa
2.3.1 Dasar Pentaksiran (SDP)
- Menetapkan Tarikh Pengurusan Peperiksaan
- Merancang Pelan Tindakan Libat Urus dengan Kesatuan Guru / NGO
- Menyediakan Khidmat Bantu & Pertanyaan
- Menyusun atur Pengurusan Isu Peperiksaan - Sebelum, Semasa Dan
Selepas Peperiksaan
- Penyelarasan Dengan Agensi Kerajaan – MKN, KKM
- Menyediakan Kenyataan Media
- Menyediakan Info Media Sosial & Portal LP
- Memasukkan Data Peperiksaan
- Mengeluarkan Surat Siaran Keputusan Peperiksaan
- Menyediakan File Installation Key (FIK)
- Mengendalikan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan bagi
menentukan Gred Baharu dan Pengeluaran Keputusan.
2.3.2 Pengoperasian Peperiksaan (SO)
- Menyediakan Jadual Waktu Peperiksaan (JWP)
- Menyediakan Jadual Mesyuarat Pre Konsul, Penyelarasan dan
Pemeriksaan
- Berperanan sebagai Pegawai Penghubung (LO) LP dan SPP JPN
- Menggerakkan Bilik Gerakan
- Membuat Pelantikan Pemeriksa
- Menyelaras dan Menguruskan Pemeriksaan SJP
- Memberi Taklimat Pengurusan dan Pengendalian Peperiksaan dengan
SPP JPN
- Membuat Pemantauan Pusat Peperiksaan
- Menguruskan Pengurusan SJP di Gudang LPSkor
- Mengendalikan Peperiksaan bagi Kes Khas Berkaitan COVID-19 (+ve,
PKPD dan Kuarantin)
- Membuat Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan – Pemeriksaan
SJP
- Membuat Pelupusan SJP
JAWATANKUASA PENYELARASAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN 2021 4
2.3.3 Aplikasi, Inspektorat & Keselamatan, Bahan Am dan Pemprosesan Keputusan
(SITSP)
- Menguruskan Aplikasi – LPSkor, e-Kehadiran, APKV, SPPAT, eLP
- Menyediakan Bahan Am Peperiksaan
- Pengurusan Kemasukan Markah Pentaksiran Pusat (PP) Tahun 2021
- Penyelarasan Tugas dengan Agensi Kerajaan Keselamatan (PDRM,
JPAM dll)
- Menyediakan Bekalan Tambahan
- Menguruskan Operasi QuPi dan OBK
- Mengendalikan Status Kemasukan Skor Pentaksiran Pusat (PP)
- Pemprosesan Keputusan (Kemasukan Markah, Cantuman, Komposit &
Kes Khas)
- Pengurusan Kes Salahlaku
- Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan – Pemprosesan Markah
dan Keputusan
- Mengendalikan Cetakan Dan Edaran Sijil (Termasuk Cetakan Semula Sijil)
- Menguruskan Data Calon (melalui SPP JPN) – Kes COVID-19 & Banjir
2.3.4 Kluster Produksi (SPI, SPIA & SPITV)
- Menyediakan Set Kertas Peperiksaan Baharu (Sesi 2 & 3)
- Menyediakan Kertas Peperiksaan Braille
- Menyediakan Cetakan Besar
- Pengurusan Erata
3.0 TINDAKAN JAWATANKUASA
Puan Habidah@Abidah binti Ibrahim
3.1 Tindakan Jawatankuasa
3.1.1 Penyediaan Laporan Mingguan
- Laporan Mingguan selewat-lewatnya 10.00 malam setiap hari Ahad di
pautan yang disediakan.
- Laporan hendaklah mengikut format yang disediakan.
- Jawatankuasa boleh menambah bidang tugas yang berkaitan dengan
jawatankuasa jika berkaitan.
- Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa.
- Laporan akan dikongsikan kepada semua AJK melalui aplikasi google
drive.
- Semua AJK hendaklah menggunakan emel rasmi moe untuk membuat
laporan.
- Group Whatsapp akan diwujudkan untuk pengurusan peperiksaan
sehingga peperiksaan selesai.
JAWATANKUASA PENYELARASAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN 2021 5
3.1.2 Pelaporan Jawatankuasa Peperiksaan 2021
- Pelaporan Mingguan diselaraskan oleh Urus Setia Jawatankuasa
Peperiksaan 2021.
- Menyerahkan Pelaporan Mingguan Jawatankuasa Peperiksaan 2021
kepada Pengarah Peperiksaan pada jam 11.00 pagi setiap Isnin.
- Penyelarasan Laporan Akhir oleh Pengarah Peperiksaan pada jam 5.00
petang setiap Isnin.
- Pengarah Peperiksaan melapor kepada Pengurusan Tertinggi KPM pada
setiap Selasa.
3.3 Format Pelaporan
- Semua Unit hendaklah menyediakan laporan menggunakan Format
Pelaporan seperti berikut :
JAWATANKUASA PENYELARASAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN 2021 6
4.0 Hal-hal lain
4.1 Pemantauan Pusat Peperiksaan bagi Ujian Amali, Ujian Mendengar dan Ujian Bertutur
4.1.1 - Tuan Zamri menekankan tentang pemantauan persiapan tempat yang
bersesuaian dengan jumlah calon di setiap sekolah.
- Beliau meminta supaya jawatankuasa mengenalpasti negeri dan pusat
yang terdiri daripada calon yang ramai.
- Dr. Ibrahim juga meminta supaya dikenalpasti guru dan pensyarah yang
enggan divaksin.
- Beliau mengingatkan tentang keadaan bilik yang kurang sesuai seperti saiz
bilik yang terlalu besar dan murid tidak dapat mendengar audio dengan
jelas.
- Beliau juga menyebut tentang susun atur meja yang tidak sesuai untuk
dijalankan Ujian Amali Sains
- Beliau meminta jawatankuasa terlibat mendapatkan data berkaitan semua
isu yang timbul sebelum bulan Januari 2022.
- Tuan Zamri menyarankan supaya satu pasukan khas diwujudkan untuk
memantau sekolah yang berisiko tinggi dengan masalah pengurusan
peperiksaan
4.2 Sijil Braille SPM
4.1.2 - Mohon Sijil Braille SPM dapat dihantar sekali bersama-sama dengan Sijil
SPM ke SPI khusus bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK).
4.3 Ujian Lisan STAM
4.3.1 - Memo telah dihantar dan bahan sedang di dalam proses mencetak.
- Tarikh Ujian Lisan STAM adalah pada 17 – 31 Januari 2022.
4.3 Ujian Mendengar SPM
4.3.1 - SPI bertanggungjawab mencetak DVD. Namun masih belum dapat
sebarang makluman tentang masa diperlukan untuk proses muat turun dan
bilangan yang diperlukan untuk pengagihan DVD. Kes yang berlaku
sebelum ini ialah bilangan DVD tidak mencukupi mengikut keperluan pusat.
- Tuan Zamri memberi respon bahawa keputusan akan diputuskan semasa
mesyuarat bersama SPP JPN minggu hadapan.
JAWATANKUASA PENYELARASAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN 2021 7
4.3.2 - Isu dibangkitkan berkaitan bilangan dua set DVD yang dibekalkan oleh LP
untuk bilangan calon yang ramai bagi sekolah yang besar.
- Sekolah yang mempunyai bilangan calon yang ramai terpaksa
menggunakan bilik yang banyak dan dua set DVD yang dibekalkan tidak
mencukupi.
- Bagi menangani isu di atas, Tuan Zamri mencadangkan agar bahan di
muat naik melalui sistem SPPAT seperti proses yang dijalankan oleh PT3.
- SuP boleh memuat turun bahan Ujian Mendengar pada hari peperiksaan.
- Tuan Zamri juga memohon agar proses memperbanyak Bahan Ujian
Mendengar diturun taraf kepada proses memuat naik dan memuat turun
bahan Ujian Mendengar.
- Ini adalah supaya tidak timbul isu untuk menyimpan, memperbanyak dan
meniru bahan sulit.
- Cadangan ini dipersetujui oleh Dr Ibrahim, namun beliau meminta agar
status bahan tersebut dikategorikan sebagai Bahan Terbuka.
- Bagaimanapun, Tuan Zamri memaklumkan bahawa status bahan ini tidak
akan dimaklumkan kepada SPP JPN.
4.3.3 - Tuan Zamri mencadangkan agar waktu Ujian Mendengar dilewatkan
sedikit daripada jadual sedia ada.
- Waktu Ujian mendengar Bahasa Melayu yang dijadualkan pada pukul
10.00 pagi diawalkan kepada pukul 9.15 pagi.
- Tempoh Ujian Mendengar yang berjalan selama 40 minit dan waktu calon
berehat selepas sesi Ujian Mendengar Bahasa Melayu selesai boleh
memberi ruang kepada Pengetua dan SuP untuk muat turun bahan Ujian
Bahasa Inggeris yang akan bersambung selepas itu.
- Beliau mencadangkan agar waktu Ujian Mendengar Bahasa Inggeris
bermula pada pukul 11.15 pagi.
- Dr Ibrahim mengingatkan agar pihak LP memastikan pihak sekolah
sentiasa mematuhi SOP Ujian Mendengar khususnya pada pagi
peperiksaan tersebut.
4.4 Set Kedua Ujian Mendengar untuk Kes Covid-19 dan Banjir
4.4.1 - Dr Ibrahim mempersoalkan berkenaan status calon yang tidak dapat
menduduki Ujian Mendengar kerana dijangkiti covid-19 dan terlibat dengan
banjir.
- Beliau menyarankan agar SPI menyediakan set kedua supaya Sesi Kedua
Ujian Mendengar dapat dijalankan bagi calon yang terlibat dengan kes
covid dan banjir.
- Beliau turut mencadangkan bahan yang telah digunakan dilupuskan untuk
faktor keselamatan.
JAWATANKUASA PENYELARASAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN 2021 8
4.4.2 - Puan Abidah menjelaskan terdapat data khusus untuk Calon Ujian Amali,
Ujian Mendengar dan Ujian Bertulis yang terlibat dengan kes covid-19 dan
banjir.
- Setiap kes bagi calon yang terlibat boleh dirujuk daripada data tersebut.
- Puan Habidah@Abidah menjelaskan bahawa sesi Ujian Kedua masih
dalam perancangan.
- Menurut beliau, Sesi Kedua Ujian Mendengar akan dibuat seawal bulan
April 2022 sekiranya ada keperluan; tetapi masih menggunakan bahan
yang sama buat masa ini memandangkan kos pembikinan bahan audio
adalah tinggi.
- Beliau memaklumkan bahawa bahan yang telah digunakan akan dikutip
semula selepas selesai setiap ujian atas faktor keselamatan.
- Bahan tersebut akan digunakan semula semasa sesi Ujian Kedua.
4.5 Penyampulan Bahan Ujian Mendengar
4.5.1 - Penyampulan bahan dipersoalkan kerana senarai nama sekolah di dalam
sampul tidak dapat dilihat daripada luar sampul.
- Setiap sampul yang dibekalkan kepada PPD mengandungi nama pelbagai
sekolah di dalamnya.
- Isu yang timbul ialah sampul-sampul tersebut hanya boleh dibuka pada hari
peperiksaan. Kebarangkalian berlaku ialah apabila sampul yang
mengandungi senarai nama sekolah-sekolah yang kedudukannya
berjauhan antara satu dengan yang lain.
- Ini menyukarkan pihak PPD untuk menghantar bahan-bahan tersebut dari
sekolah ke sekolah.
4.5.2 - Puan Rosliza berkongsi dengan ahli mesyuarat tentang kaedah
penyampulan Bahan Ujian Mendengar.
- Beliau menjelaskan bahawa setiap ‘outer’ (sampul lutsinar) mengandungi
7 set bahan untuk 7 buah sekolah.
- Beliau menerangkan bahawa senarai nama sekolah yang bahannya
terletak di sebelah dalam susunan memang tidak dapat dilihat dari luar
‘outer’.
- Beliau mencadangkan agar ahli mesyuarat bersetuju supaya ‘outer’
tersebut dapat dibuka semasa OBK meskipun cara ini tidak terdapat di
dalam SOP.
- Tuan Zamri bersetuju ‘outer’ dibuka semasa OBK.
- Beliau mencadangkan supaya bahan audio tersebut dimasukkan sekali
dengan Kertas Peperiksaan ke dalam kotak supaya tidak timbul isu
keselamatan.
- Puan Rosliza meminta persetujuan ahli mesyuarat agar ‘outer’ dibuka
semasa OBK. Cadangan dipersetujui oleh ahli mesyuarat.
- Dr Ibrahim meminta supaya kaedah penyampulan dapat dibincangkan
semula dan dimurnikan selepas ini.
JAWATANKUASA PENYELARASAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN 2021 9
4.6 Tambah Ahli Jawatankuasa
4.6.1 - SPI dan SPIA mencadangkan agar bilangan Ahli Jawatankuasa dapat
ditambah bagi menggantikan ahli sedia ada yang akan bersara.
- Ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan ini.
4.7 Soalan Braille 2022
4.7.1 - Soalan Braille 2022 dicadangkan supaya dijadikan sebagai Soalan
Tertutup supaya dapat digunakan semula semasa Ujian Lisan Sesi Kedua
bagi Calon Berkeperluan Khas (CBK) yang tidak hadir atas alasan yang
munasabah.
- Soalan Braille hanya dicetak satu set sahaja kerana proses cetakan yang
sukar.
- Soalan ini dicadangkan agar dikutip semula sekiranya Ujian Lisan Sesi
Kedua perlu dilaksanakan.
- Dr Ibrahim setuju dengan cadangan dikekalkan soalan yang sama sebagai
Soalan Tertutup bagi Soalan Braille.
- Beliau mengingatkan agar ditentukan jenis calon yang benar-benar
dikategorikan sebagai calon yang boleh menduduki semula Ujian Lisan
Sesi Kedua dengan merujuk laporan di dalam data.
4.8 Pemantauan Pelupusan
4.8.1 - Tuan Zamri mengingatkan agar wakil LP atau SPP JPN perlu turut berada
di Pusat Peperiksaan untuk memantau SOP pelupusan bahan sentiasa
dipatuhi.
- Beliau mohon agar SITSP dapat menyediakan SOP Pelupusan.
- Tn Hj Khidir memaklumkan bahawa SITSP, SO dan SPI tidak terlibat dalam
perkara ini.
4.9 Cadangan Lain bagi Kaedah Ujian Mendengar
4.8.2 - Cadangan supaya Ujian Mendengar dapat menggunakan teknologi yang
lebih baik seperti Didik TV.
- Cadangan boleh dipertimbangkan dan dibincangkan bersama kaedah lain
yang bersesuaian di masa akan datang.
4.10 OBK dan QuPi
4.10.1 - Pn Rosliza memohon senarai nama pegawai yang terlibat sebagai
pemantau OBK.
- Operasi QuPi (bawa kotak soalan) ke Bilik Kebal dijangka pada 9 -10
Januari 2022.
- OBK dijadualkan bermula pada 11 – 13 Januari 2022.
- Pegawai tidak akan mengiring kenderaan Prime Mover dengan kereta
seperti tahun-tahun sebelumnya, tetapi pegawai akan ikut sekali menaiki
kenderaan Prime Mover tersebut.
- Pegawai SPP JPN juga akan turut sama menaiki Prime Mover.
- Pemunggah akan tunggu di setiap stesen.
- Ops QuPi Lisan STAM, Lisan BM, Braille dan KV akan diuruskan sekali.
JAWATANKUASA PENYELARASAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN 2021 10
5.0 PENUTUP
5.1 Ucapan Penutup Pengerusi
5.1.1 - Jawatankuasa yang telah dibentang dalam mesyuarat dilantik secara rasmi
sebagai Jawatankuasa Peperiksaan 2021.
- Dr Ibrahim memohon agar sebarang keputusan yang belum dicapai tetapi
dibincangkan di luar mesyuarat dapat dimasukkan dalam laporan untuk
mendapatkan keputusan bersama dengan ahli jawatankuasa yang lain.
5.1.2 - Dr Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang
5.1.3 telah memberikan pandangan dalam mesyuarat ini.
- Dr Ibrahim berharap agar semua ahli dapat saling membantu dan bekerja
sama agar semua perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.
Disediakan oleh,
Setiausaha 1,
……………………………………….
SITI FATIMAH BINTI OTHMAN
Setiausaha 2,
………………………………………..
MAIZATUL SARAH BINTI YAHAYA
JAWATANKUASA PENYELARASAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN 2021 11