The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ernymarlinaahmad75, 2021-09-23 10:30:19

BROSUR PDF

BROSUR PDF

DAERAH KOTA SETAR

PROGRAM PENARAFAN
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

(PRS)

TAHAP BONGSU

DAERAH KOTA SETAR

TAHUN 2021
PERASMIAN PENUTUPAN OLEH:

EN. MOHD SALAHUDIN BIN
ABD WAHID

PENOLONG PPD HEM

PPD KOTA SETAR

TARIKH 25 SEPTEMBER 2021

HARI SABTU

MASA 08.00 PAGI – 01.30 TGH

PLATFORM GOOGLE MEET, TELEGRAM,
GOOGLE FORM

ANJURAN: 1|P a g e
MAJLIS GURU KAUNSELING

DAERAH KOTA SETAR
DENGAN KERJASAMA:
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

KOTA SETAR

PENGENALAN

Menghadapi Pendemik Covid 19 dengan penuh cabaran, warga pendidik perlu menjadi lebih kreatif dalam
melaksanakan program dan aktiviti kepada murid-murid. Walau berada dalam situasi seperti ini iaitu
tidak dapat bersemuka dengan mereka namun aktiviti penyampaian ilmu dan kemahiran tetap perlu
diteruskan untuk membangun jati diri seorang Pemimpin muda. Demi melahirkan Pembimbing Rakan
Sebaya yang berketerampilan dan berdedikasi terhadap tugas mereka maka program ini dirancang untuk
memberi pendedahan awal kepada mereka bagaimana menjadi PRS yang berkemahiran terutama dalam
membantu kelancaran program di bawah unit bimbingan dan kaunseling sekolah mereka.

Pembimbing Rakan Sebaya atau PRS merupakan sebuah organisasi yang diwujudkan di bawah bidang
kuasa Unit Bimbingan Dan Kaunseling di semua sekolah. Ini kerana guru bimbingan dan kaunseling di
sekolah ditugaskan untuk membantu pelajar di sekolah yang memerlukan khidmat nasihat bagi menangani
masalah dan memberi bimbingan kepada para pelajar. Dalam situasi pada hari ini PRS dilihat satu
platform yang amat penting dalam membantu rakan mereka yang mempunyai masalah di rumah. Melalui
perantaraan PRS juga guru bimbingan dan kaunseling dapat mengetahui murid-murid yang memerlukan
bantuan khidmat kaunseling. Malah PRS ini juga dapat memberi bantuan awal depada rakan mereka
sebelum merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling.

Guru bimbingan dan kaunseling memerlukan murid yang mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan
dalam kalangan pelajar supaya mereka dapat berfungsi dengan lebih berkesan dan bertanggungjawab.
Murid yang berpotensi ini dikenal pasti dan diberikan latihan khusus dalam komunikasi dan kepimpinan
dan dikenali sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah. Oleh itu, PRS perlu dibekalkan dengan
kemahiran komunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran kepimpinan, kemahiran berempati yang
berkesan dengan murid lain di sekolah dan berkeyakinan menyampaikan maklumat kepada orang lain.
Selain itu, potensi mereka juga perlu dipupuk agar mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji dalam
kalangan rakan sebaya agar dapat dijadikan role model yang berguna dalam kalangan rakan mereka.

Oleh kerana itu, kursus kepimpinan dan pentauliahan PRS Tahap bongsu ini perlu dijalankan untuk ahli-

ahli Pembimbing Rakan Sebaya sebagai melengkapkan modul paling asas mereka miliki disamping

menjalinkan hubungan dan kerjasama yang baik antara ahli PRS dari sekolah yang berlainan. Sehubungan

dengan itu, PRS yang dipilih ini perlu menguasai kemahiran yang sepatutnya dimiliki oleh mereka dalam

melaksanakan tugasan yang diberikan dengan cemerlang.

2|P a g e

TEMA

“KENALI DIRI”

RASIONAL

Program ini dijalankan bertujuan meningkatkan lagi tahap kompetensi dan
kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya. PRS akan diberikan pendedahan untuk
mengenal diri sendiri melalui pendedahan konsep kendiri, kemahiran komunikasi dan
kemahiran asas dalam menolong seperti kemahiran mendengar, kemahiran empati,
kemahiran penyelesian masalah dan kepimpinan. Secara tidak langsung program ini
dapat meningkatkan jati diri untuk menjadi contoh yang baik kepada murid lain.

OBJEKTIF KUALITI

Melahirkan satu pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Daerah Kota Setar yang
bertauliah. Mempunyai kemahiran komunikasi, kemahiran mendengar, kemahiran
kepimpinan , kemahiran berempati dan mempunyai semangat waja diri dan
semangat jati diri yang tinggi dalam diri masing-masing supaya dapat membantu
pelajar lain yang memerlukan pertolongan.

3|P a g e

KPI

Di akhir program ini, para peserta akan dapat:
 Mengenali siapakah PRS dan bagaimana menjadi seorang PRS
 Mengetahui maklumat asas PRS seperti, falsafah dan etika serta
tanggungjawab dan tugas seorang PRS yang berkesan
 Membina Konsep kendiri supaya dapat membentuk personaliti yang boleh
dipercayai, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi
 Membentuk semangat tinggi dalam melaksanakan tugasan yang amanahkan
 Membentuk pemikiran yang positif dan menghindarkan unsur negatif melalui
kesedaran kendiri yang telah berjaya diteroka
 Mengetahui kemahiran asas dalam berkomunikasi dan dapat
mengaplikasikannya dalam proses membina hubungan menolong
 Membentuk nilai kepimpinan yang tinggi dan sentiasa saling berusaha
mencapai matlamat menerusi kepimpinan yang beramanah
 Mendapat pentauliahan PRS Tahap Bongsu

SASARAN

Seorang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) tahun 6 dari seluruh sekolah rendah
berjumlah 104 buah dalam Daerah Kota Setar yang berminat dan berkemampuan
untuk menyertai program ini, serta mempunyai capaian internet yang baik

4|P a g e

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Tuan Haji Ishak Bin Zulkifli (Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar)

Penasihat : En Dziauddin Bin Haji Saad (Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah KS)

Penyelaras : En Mohamad Salahudin Bin Abdul Wahid (Pen. PPD HEM Daerah KS)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Tn Hj Shuib Bin Hamid (Yang Dipertua MGK Kota Setar)
Naib Pengerusi (M) : En Mohd Zaki Bin Ali (Timbalan Pengerusi MGK KS)
Naib Pengerusi (R) : Pn Marlyana Binti Mohamad (Timbalan pengerusi MGK KS)
Setiausaha : Pn Nor Azimah Binti Zakariya (GBK SK Mergong)
Pen. Setiausaha : Pn Nor Shamsul Kamariah Binti Baharom (SU MGK KS)
Bendahari : Pn Siti Khairizad Binti Othman (GBK SK Jalan Pegawai)
Penyelaras Modul PRS : Pn Nor Azimah Binti Zakariya (GBK SK Mergong)
AJK Pendaftaran : Norhaslina Binti Mohd Kamar (GBK SK Hj Salleh Masri)

JK Majlis Penutup : Pn Noor Hayati Binti Murad (GBK SK Kebun Pinang)
JK Penggubal Soalan
: Pn Marlyana Binti Mohamad (GBK SK Titi Gajah)
JK Brosur
JK Sijil Penghargaan : Pn Nafsiah Binti Shukor (GBK SMK Tun Sharifah Rodziah)
JK Dokumentasi/
Fotografi : Pn Junaidah Binti Ismail (GBK SK Sultanah Asma)

: Pn Erny Marlina Binti Ahmad (GBK SK Langgar)

: Pn Rosmawati Binti Abdul Ghani (GBK SK Pokok Sena)

: Pn Yuszaliza Binti Md Yusof (GBK SK Pend. Khas AS)

: Pn Che Suezilati Binti Che Yusoff (GBK SK Teluk Kechai)

5|P a g e

TENTATIF PROGRAM

08.00 – 08.20 : Taklimat Program Google Meet
08.25 – 09.00
09.00 – 09.30 (Puan Nor Azimah binti Zakariya – GBK SK Mergong)

09.00 – 10.00 : Slot 1 - “Ice-Breaking” Google Meet
10.00 – 10.30
10.30 – 11.00 (En. Zaki bin Ali – GBK SAINA)
11.00 – 11.30
11.30 – 12.30 ~ Kehadiran GF ~
12.30 – 01.30
: Slot 2 – Pengenalan PRS Slide PP

(En. Mohamad Faizal bin Mohamad Isa – GBK Kolej Sultan Abdul
Hamid)

~ Ujian Quizzes ~

: Slot 3 – Kesedaran Kendiri Video

(Pn. Rohaidzan binti Abdul Samad – GBK SMK Seri Pantai)

~ Ujian Word Wall ~

: Rehat

: Slot 4 - Asas Komunikasi Slide PP

(Pn Nor Shahani bt Saaban – GBK SMK Mergong)

~ Ujian Kahoot ~

: Slot 5 – Awal Remaja Video

(Pn. Norlia binti Mat Saad – GBK SMK Seri Gunong)

~ Ujian Quizzes ~

: Penilaian Program Google Form

(Pn. Nor Azimah binti Zakariya – GBK SK Mergong)

: MAJLIS PENUTUP Google Meet

Disempurnakan oleh:

Encik Mohd Salahudin bin Abd Wahid

Penolong PPD HEM, PPD Kota Setar

*TENTATIF PROGRAM ADALAH TERTAKLUK KEPADA PINDAAN
6|P a g e

ATURCARA MAJLIS PENUTUP
PROGRAM PENARAFAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

TAHAP BONGSU
PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR

*Selingan Bacaan Selawat Nabi

*Aluan Pengacara Majlis
Irdina Batrisyia binti Mohd Rahimi

Sk Sultanah Asma

*Nyanyian Lagu “Negaraku”

*Bacaan doa
Muhammad Aidil bin Khairil Hafiz

Sk Jalan Pegawai

*Ucapan Wakil Peserta
Nurul Arisha Farhana binti Abdullah

Sk Langgar

*Ucapan Perasmian oleh Penolong PPD HEM

*Pengumuman Pentaulihan PRS Tahap Bongsu

*Nyanyian Lagu PRS

*Bersurai

7|P a g e

FALSAFAH PRS

“Bantu Diri Untuk Membantu Orang Lain”

VISI PRS

Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya
yang cemerlang dan berkualiti

MISI PRS

Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan
etika Pembimbing Rakan Sebaya

PRINSIP PRS

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa
mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal

8|P a g e

LAGU PRS

Pembimbing Rakan Sebaya
Menawar khidmat bakti
Menjana kegemilangan
Wawasan Negara

Kami berdiri megah
Dengan tekad dan harapan
Membantu dan membimbing

Penuh kasih mesra

PRS pemangkin
Masyarakat penyayang
Berilmu beramal, Bentuk jati diri
Amanah diberi, Janji ditepati
Amalan mulia, Jadikan panduan

Pembimbing Rakan Sebaya
Siap sedia berjasa

Membentuk dan membina
Hidup yang bermakna

9|P a g e

SEKALUNG PENGHARGAAN

UNIT PEMBANGUNAN MURID PPD KOTA
SETAR DAN MAJLIS GURU KAUNSELING

(MGKK) DAERAH KOTA SETAR
MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI
PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA
KASIH KEPADA SEMUA PIHAK YANG
TERLIBAT SAMADA SECARA LANGSUNG ATAU
TIDAK LANGSUNG BAGI MENJAYAKAN
PROGRAM PENARAFAN PRS TAHAP BONGSU
DAERAH KOTA SETAR TAHUN 2021.

SEMOGA USAHA MURNI INI AKAN
DIBERKATI DAN MEMBERI IMPAK
POSITIF KE ARAH MELAHIRKAN MODAL
INSAN YANG MEMPUNYAI JATI DIRI

YANG KUKUH DAN MAMPAN.

10 | P a g e


Click to View FlipBook Version