The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL BAHASA MELAYU TATABAHASA TAHUN4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by افيقه اتيراه, 2020-10-19 02:49:36

MODUL TAHUN 4

MODUL BAHASA MELAYU TATABAHASA TAHUN4

1

BAHASA MELAYU TAHUN 4
MODUL TATABAHASA

KEMAHIRAN 5.1.1- Memahami dan menggunakan kata
FOKUS nama mengikut konteks tidak formal.

5.1.3 – Memahami dan menggunakan kata
Adjektif mengikut konteks.

OBJEKTIF 5.3.4 - Membina ayat susunan biasa dan ayat
songsang

1.Memahami dan menggunakan kata nama
dan kata adjektif dalam ayat dengan betul.

2. Membina ayat susuanan biasa dan susunan
songsang dengan betul.

DISEDIAKAN OLEH :
PASUKAN KERJA TAHUN 4

2020

2

KATA NAMA
NOTA KATA NAMA

KATA NAMA

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.
A orang
B haiwan
C makhluk
D ternakan

3

2 Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.
A kelapa sawit
B bunga
C getah
D padi

3 Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
A hati
B ubat
C gula
D garam

4__________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.
A Batik
B Dodol
C Gamelan
D Tarian Inang

5 __________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.
A Nyanyian
B Masakan
C Pakaian
D Tarian

6 __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
A Gadis
B Wanita
C Pemudi
D Pemuda

4

7 Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
A doktor
B perwira
C mekanik
D pemandu

8 Mereka selalunya bermesyuarat di __________.
A bilik gerakan
B bilik bacaan
C bilik stor
D bilik air

9 Sebahagian __________ tingkap rumah Nenek Mah telah reput.
A sumpah-sumpah
B angkut-angkut
C kisi-kisi
D api-api

10 Mak Leha sedang menuang air ke dalam __________ itu.
A labu-labu
B kisi-kisi
C dekak-dekak
D kuda-kuda

11 __________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.
A Budak-budak
B Kanak-kanak
C Lelaki-lelaki
D Pelajar-pelajar

5

12 __________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi.
A Batu-batan
B Tanah-tanih
C Bukit-bukau
D Kayu-kayan

13 Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu.
A dalam
B bawah
C tengah
D atas

14 __________ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah.
A Buah-buah
B Buku-buku
C Bekas-bekas
D Barang-barang

15 Setiap petang, adik Lela bermain buaian dengan kawan-kawannya di _________pokok
rambutan.
A tepi
B atas
C bawah
D belakang

16 Cikgu Rozita merupakan bekas __________ di Maktab Perguruan Perempuan Melayu,
Melaka.
A murid
B pelatih
C pelajar
D mahasiswa

6

17 __________ kelapa yang sudah berkaparan di tepi pantai itu.
A Daun
B Batang
C Pelepah
D Mayang

18 Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.
A poskad
B majalah
C surat khabar
D surat berdaftar

19 Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.
A Arnab
B Kucing
C kambing
D kura-kura

20 Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Proton buatan __________.
A Malaysia
B Korea
C Jepun
D China

7

KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan,
atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif.
Jenis Kata Adjektif
1. Kata adjektif sifatan / keadaan
Contoh:
baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,
garang, buas, condong
2. Kata Adjektif Warna
Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu
3. Kata Adjektif Ukuran
Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil
4. Kata Adjektif Bentuk
Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok
5. Kata Adjektif Jarak
Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris
6. Kata Adjektif Waktu
Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,
7. Kata Adjektif Perasaan
Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu
8. Kata Adjektif Cara
Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering
9. Kata Adjektif Pancaindera
Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam,
nyaring, gemersik

8

LATIH TUBI KATA ADJEKTIF

Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.
1 Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.
A cair
B putih
C pekat
D merah
2 Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.
A ketat
B besar
C singkat
D longgar

Soalan 3 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1

3 Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.
A kelat
B enak
C manis
D masam

4 Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.
A tajam
B kasar
C kesat
D tumpul

9

Soalan 5 berdasarkan Gambar 2

5 Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.
A jernih
B hitam
C kotor
D bersih

6 Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.
A kecil
B tebal
C besar
D panjang
7 Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.
A sejuk
B damai
C panas
D nyaman
8 Udara di Taman Bukit tawau itu sungguh __________.
A baik
B cergas
C nyaman
D indah

9 __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Tasik Perdana itu.
A Indah
B Muram
C Kelam
D Sayup

10

10 Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru
mereka.
A baik
B malu
C takut
D patuh

11 Marsya berasa______________semasa meraikan hari jadinya.
A pilu
B mahu
C cemas
D gembira

12 Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang
________
A tinggi
B besar
C kontot
D panjang

13 Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau___________ikan
air tawar.
A hapak
B hanyir
C tengik
D hancing

14 Penyanyi yang mempunyai suara _______________itu mendapat tepukan gemuruh
daripada penonton.
A serak
B garau
C merdu
D nyaring

15 Selvi yang ringan mulut itu sungguh_____________dengan semua orang
walaupun dengan orang yang baru dikenalinya.
A sombong
B senang
C ramah
D kasar

11

16 Para pendaki Gunung Kinabalu meneruskan pendakian dalam____________ pagi
tanpa berputus asa.
A kegelapan
B kedinginan
C kemalapan
D kepanasan

17 Dahi adik kelihatan ______________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
A bengkok
B bengkak
C botak
D lekuk

18 Jalan di Bandaraya Kuala Lumpur menjadi_____________ apabila menjelang Hari
Raya Aidil Fitri.
A lengang
B senyap
C muram
D suram

19 Mata Zarina ____________ kerana terkena air sabun.
A pedas
B lebam
C pedih
D panas

20 Jambatan yang _____________ itu akan dilebarkan untuk kemudahan penduduk
Kampung Melor.
A luas
B sempit
C senang
D besar

12

AYAT SONGSANG
NOTA Ayat Songsang.

Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula
terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan
dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan memberikan penegasan kepada
predikat. Peringatan, perubahan ayat biasa kepada ayat songsang berlaku tanpa ada
penambahan perkataan, dan tanpa ada penambahan imbuhan kerana perubahan di dalam
ayat melibatkan perubahan kedudukan perkataan sahaja. Jika anda menambah perkataan
atau imbuhan ayat songsang anda salah dari segi binaannya.

Pendepanan seluruh predikat. ( Berlaku pada ayat binaan pendek )
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)

Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan
–kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan
biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)

Pendepanan sebahagian daripada predikat.
(a) Pendepanan Frasa Kerja
i. Pendepanan kata kerja:

Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii. Pendepanan frasa kerja dengan objek.

Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii. Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.

13

Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)

b) Pendepanan Frasa Adjektif
i. Pendepanan kata adjektif sahaja.

Ramli rajin. (susunan biasa)
Rajin Ramli. (susunan songsang)

ii. Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.
Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

iii. Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.
Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

iv. Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat
Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)

c) Pendepanan Frasa Sendi Nama
i. Frasa sendi nama sebagai predikat.
Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

ii. Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang

14

LATIHAN:
SOALAN :Tukarkan setiap ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang
tanpa mengubah maksud asalnya.
1.Kanak-kanak itu mandi di sungai.
Ayat songsang : _________________________________________________

2 Pak Azam membawa sebuah bakul yang berisi buah buahan.
Ayat songsang : _________________________________________________

3 Puan Aini sedang memasak.
Ayat songsang: __________________________________________________

4 Ibu Fauziah mengemas ruang tamu rumahnya.
Ayat songsang: ___________________________________________________

5 Kelihatan anak-anak kecil itu berkejar-kejaran di padang.
Ayat songsang : _____________________________________________________

15

6 Keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi sangat sejuk
Ayat songsang: ________________________________________________________

7. Pak Ahmad memancing ikan
Ayat songsang _________________________________________________________

8. Beg Amirah sangat cantik
Ayat songsang ________________________________________________________

9. Pn Zarina Guru Kelas 4 Merah.
Ayat songsang _________________________________________________________

10. Zara dan kawan kawannya sedang makan di kantin sekolah.
Ayat songsang _________________________________________________________

………………………………. TAMAT…………………………………………….

16


Click to View FlipBook Version