The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 931-9-hazim, 2023-03-10 23:40:52

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 2) KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (BMMB1104) NAMA : ABDUL HAZIM BIN MAT ZIZI ANGKA GILIRAN : 2022192310002 NO KAD PENGENALAN: 040104-06-0347 NAMA PENSYARAH : DATIN PADLON BT. ABDUL RAHMAN TARIKH HANTAR : 6.3.2023


BIODATA ABDUL HAZIM BIN MAT ZIZI


ISI KANDUNGAN Pengenalan 4 Pantun 5-8 Syair 9-12 Gurindam 13-16 Penutup 17 Rujukan 18 1. 2. 3. 4. 5. 6. Perkara Halaman


Kesusasteraan ialah satu bentuk seni yang dicipta dan disampaikan melalui bahasa. Menurut Zalila Sharif (1993), kesusasteraan merujuk kepada segala penyampaian ucapan yang mengandungi nilai sastera sama ada dalam bentuk bertulis atau tidak bertulis dan berbentuk lisan atau tidak lisan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup sesuatu masyarakat. Pantun,Syair dan Gurindam merupakan contoh-contoh hasil seni bagi masyarakat Melayu yang disampaikan melalui bahasa dan tulisan. Pengenalan


Pantun


setiap rangkap lengkap dari segi makna terbahagi kepada dua bahagian iaitu pembayang dan maksud. Rima akhir pantun bersifat sejajar atau sama. Rima akhir bagi pantun dua kerat ialah (a,a) Rima akhir bagi pantun empat kerat ialah (a,b) Rima akhir pantun enam kerat ialah (a,b,c) Pantun merupakan salah satu puisi tradisional milik orang Melayu yang telah wujud sejak berkurun lama lagi. Menurut Za'ba (1965), pantun puisi lama milik orang Melayu yang digunakan secara meluas di kampungkampung untuk menunjukkan gambaran pemikiran sedih dan perasaan yang baik . Pantun terbahagi kepada beberapa jenis seperti dua rangkap,empat rangkap,enam rangkap,lapan rangkap dan lain-lain. Pantun bukan sahaja sekadar menyampaikan hiburan, malah pantun juga bertujuan untuk memberi nilai-nilai penting kepada masyarakat. Orang Melayu sering menggunakan pantun dalam majlis perkahwinan dan majlis-majlis yang lain. Ciri-ciri Rima akhir 2 Pengenalan


Membiak liar pokok semalu, Tumbuhnya banyak di padang Meru. Tuntut ilmu rajin selalu, Sentiasa ingat nasihat guru. Bulan mengambang di waktu malam, Gelap-gelita tidak ku peduli, Tanpa ilmu hidup suram, Diri sudahlah beban tambah pula tuli. Kapal dagang di Selat Melaka, Belayar ke Sabah jumpanya Murut, Ibu bapa jangan kau derhaka, Semoga ilmu mendapat berkat. Terbang bebas burung merpati, Mencari makan jauh di sana, Tuntutlah ilmu sepenuh hati, Pasti kelak banyak guna. Bangun pagi langsung ke sawah, Mencari rezeki setiap saat, Belajar bukan sekadar ijazah, Bertujuan mencari ilmu bermanfaat. Pantun Pendidikan


Penulis menyeru pelajar untuk terus rajin berusaha mencari ilmu dan jangan pernah berniat untuk melupakan segala nasihat yang diberikan oleh guru. Penulis menyatakan bahawa ilmu bagaikan cahaya yang dapat menerangi hidup seseorang kerana tanpa ilmu pastinya seseorang itu sesat dalam mencari jalan keluar segala cabaran kehidupan. Orang tidak berilmu sekadar menjadi bebanan kepada masyarakat. Penulis menasihati agar pelajar sentiasa menghormati ibu bapa kerana Tuhan akan memberkati ilmu-ilmu bagi orang yang menjaga hubungan baik dengan ibu bapa. Penulis menggalakkan pelajar untuk terus berusaha mencari ilmu dengan penuh semangat kerana setiap ilmu yang dipelajari pastinya akan memberi manfaat kepada pelajar itu sendiri di masa akan datang. Tujuan belajar setiap hari bukan semata-mata bertujuan untuk memperoleh anugerah, tetapi belajar adalah kerana ilmu penting sebagai manfaat dalam hidup. Rangkap 1 Rangkap 2 Rangkap 3 Rangkap 4 Rangkap 5 Penerangan


Syair


puisi terikat Setiap baris dalam rangkap membawa makna Rima akhir dalam serangkap adalah tetap iaitu (a/a/a/a). syair ialah puisi tradisional Melayu yang mempunyai rangkap dan setiap rangkapnya mengandungi empat baris ayat. Syair berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu 'Syi'ir' atau 'Syu'ur' yang bermaksud "perasaan yang menyedari". Syair pada asalnya mula digunakan oleh Parsi sebelum dibawa masuk ke Nusantara. Syair berbeza dengan pantun dimana syair diungkapkan dalam bentuk cerita yang panjang. Terkandungnya nasihat-nasihat penting bagi masyarakat Melayu. Ciri-ciri Pengenalan


Berjalan jauh mencari rezeki Sanggup kutempuh berhari-hari Terbitnya matahari terus ku cari Doa dan harapan menjadi penyeri perasaan mengalah dapat ku rasa tetap ku kuat tingkat berusaha akan ku habiskan apa yang ku mula tidak pernah kenal erti putus asa Hidup aku bukanlah mudah pagi ke petang menyapu sampah sering dicaci sering diludah tidak ku hirau tidak ku marah Pagi malam terus bertahan segala kudrat aku curahkan sekadar cukup sekali makan itulah cabaran namanya kehidupan Nasib aku hidup sebatang kara tidak pernah salahkan sesiapa masih bersyukur pada yang Esa kerana dapat bernafas dan masih berdaya. Syair Pengalaman Hidup


Rangkap ini menceritakan perjalanan hidup penulis yang sanggup dia tempuhi untuk mencari rezeki yang halal dengan berbekalkan doa dan harapan yang tinggi sebagai pembakar semangat. Rangkap ini menceritakan penulis akan tetap berpegang teguh pada prinsipnya dan berusaha untuk menamatkan apa dia mula iaitu mencari kerjaya meskipun kadang-kala dia berasa lelah dan ingin mengalah. Rangkap ini menceritakan keperitan pekerjaan yang dilakukan oleh penulis sebagai tukang sapu sampah yang sering dihina dan diapndang rendah oleh masyarakat.Namun,dia tetap bersabar dan redha dengan apa yang berlaku. Rangkap ini menceritakan penulis cekal bertahan dari pagi ke malam menggunakan segala kudrat untuk mencari rezeki walaupun dia mampu untuk makan sekali sehari. Rangkap ini menceritakan nasib penulisa yang hidup sebatang kara iaitu tidak nanpu hidup mewah,Akan tetapi, dia masih bersyukur kepada Tuhan kerana masih diberikan peluang untuk bernafas dan tenaga untuk menjalani kehidupan harian. Rangkap 1 Rangkap 2 Rangkap 3 Rangkap 4 Rangkap 5 Penerangan


Gurindam


Pengenalan terdiri daripada dua baris setiap baris terdiri daripada sebab dan akibat rima akhir gurindam ialah (a,a) dan (b,b) Gurindam berangkai Gurindam berkait Gurindam disebut sebagai 'kirindam' dalam bahasa India iaitu perumpamaan. Guridam merupakan salah satu bentuk puisi lama orang Melayu yang mempunyai dua baris ayat dengan irama akhirnya sama.Baris pertama menerangkan serupa soalan, masalah atau perjanjian dan baris kedua menyatakan jawapan bagi isu pada baris pertama. Gurindam yang terkenal dan sering disebut-sebut ialah Gurindam Dua Belas,hasil karya Raja Ali Haji. Gurindam Dua Belas ini banyak memberi nasihat kepada masyarakat dalam bidang agama dan cara pergaulan masyarakat. Bukan semua gurindam bertemakan nasihat, terdapat juga gurindam berunsurkan jenaka. Ciri-ciri Jenis-jenis gurindam 1. 2.


Barang siapa mahukan ilmu Maka carilah seorang guru Menara gading menjadi tumpuan Semangat membara mendengar seruan Teman belajar begitu akrab Jangan kau lupa untuk beradab Belajar tinggi meraih faedah Bukan sahaja meraih ijazah Ilmu kau timba pembuka rezeki Mendapat kerjaya yang kau impi Gurindam Ilmu


Penulis memberitahu bahawa ilmu pengetahuan dapat diperoleh oleh seseorang melalui pembelajaran bersama dengan guru.Hal ini kerana guru Rangkap ini menerangkan pelajar menjadi lebih bersemangat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di universiti . Rangkap ini menerangkan seseorang itu perlu mempunyai hubungan mesra dan akrab dengan rakan belajarnya serta sentiasa menjaga adab berkawan agar ilmu menjadi lebih berkat. Rangkap ini menerangkan tujuan belajar sehingga berjaya bukan hanya untuk mendapatkan anugerah atau ijazah tetapi belajar adalah untuk memperoleh ilmu yang bermanfaat. Rangkap ini menerangkan ilmu yang dipelajari oleh seseorang itu adalah bertujuan sebagai pembuka jalan untuk dia berpeluang mendapatkan kerjaya yang diimpikan selama ini dengan mudah dan menjadi kenyataan. Rangkap 1 Rangkap 2 Rangkap 3 Rangkap 4 Rangkap 5 Penerangan


Penutup Pantun,gurindam dan syair merupakan puisi tradisional masyarakat Melayu yang perlu dijaga dan dipelihara oleh semua orang Melayu supaya tidak lapuk ditelan zaman. Pelbagai usaha perlu dilakukan oleh semua pihak agar budaya Melayu terus terpelihara dan dapat digunakan sehingga kini. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia dan berbangsa Melayu perlulah menjaga warisan bangsa dengan apa cara sekalipun supaya generasi akan datang dapat mengetahui dan mempelajari warisan ini dengan baik.


Rujukan


Click to View FlipBook Version