The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azwinelisyaaa791, 2022-03-19 23:48:42

PENDIDIKAN ISLAM EFOLIO

PENDIDIKAN ISLAM EFOLIO

PENDIDIKAN ISLAM(MPU13012)

E-FOLIO

NAMA AHLI KUMPULAN:
1.NUR AZWIN ELISYA BINTI ROMUZI
-J05SDR21F009
2.NURUL AIDA BINTI SABARI
-J05SDR21F012
3.MUHAMMAD AFIQ BIN LATIF
-J05SDR21F006
4.MUHAMMAD HAZIQ HAIKAL BIN ABDUL HAMID
-J05SDR21F008

1.a.PENGERTIAN TASAWWUR ISLAM.

-Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek

kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya aqidah,
amalan-amalan dan hukum-hukum berhubungan dengan rohani dan
jasmani, fardiyyah dan jamaiyyah, agama dan politik dan segala
urusan hidup di dunia dan akhirat. Secara khususnya Islam
sebgaimana yang dikemukakan oleh ulama-ulama berdasarkan
kepada Al-Quran dan AsSunnah adalah:- Islam bererti tunduk dan
menyerah diri kepada Allah swt serta mentaatiNya yang lahir
dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang
seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa.

َ‫ا دإ يْلم لد دِ يِْن ال دِ يْ ن‬
“Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi
Allah s.w.t. hanyalah Islam.” (Surah Ali
Imran : 19)

b.KONSEP TASAWWUR ISLAM.
-Satu ungkapan yang tidak asing dalam kalangan

masyarakat Islam .Tasawwur Islam gambaran atau
tanggapan akal atau pemikiran seseorang terhadap
sesuatu perkara .Tasawwur Islam berasal daripada
bahasa arab dan mempunyai beberapa maksud iaitu:
 Suatu tanggapan terhadap rupa sesuatu yang dapat

dikhayalkan.
 Cuba memberi gambaran terhadap sesuatu.
 Memberi gambaran yang sebenar terhadap sesuatu.

2. a.PENGERTIAN ISLAM.
-Islam dari segi bahasa:
 Pengertian Islam secara harfiyah ertinya

damai,selamat,tunduk dan bersih.Kata islam
terbentuk dari tiga(3) huruf iaitu S(sin),L
(lam),M(mim) yang dasar “selamat”(salama).
 Dalam al-Quran Allah SWT berfirman (QS.8:61)
“Dan jika mereka condong kepada pendamaian,maka
condonglah kepadanya dan bertakawakkallah kepada
Allah.Sesunguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui.”

b .PENGERTIAN IMAN.
-Iman pula berasal daripada kata dasar al-amn yang bererti aman

iaitu tiada rasa takut. Pengertian iman dari segi istilah ialah
mempercayai Allah s.w.t. dan rasul-Nya dengan pengucapan lidah
dan kepercayaan dalam hati tanpa rasa syak dan ragu.

c.PENGERTIAN IHSAN.
- Ihsan pula ialah lawan kepada kalimah isa’ah (berbuat jahat).

Ihsan bermaksud berbuat baik kepada manusia dan menghindari
daripada melakukan perbuatan yang buruk dan jahat. Menurut
Imam Nawawi, ihsan akan mendorong seseorang agar sentiasa
ikhlas dalam beribadat dan mengerjakan ibadat kerana Allah s.w.t.
semata-mata.

Daripada Umar r.a. katanya: Pada suatu hari sedang kami duduk di sisi
Rasulullah s.a.w. tiba-tiba datang kepada kami seorang lelaki yang sangat
putih kainnya, sangat hitam rambutnya, tidaklah kelihatan atasnya
tanda-tanda orang yang sedang dalam perjalanan, dan tidak seorang pun
daripada kami yang mengenalinya sehingga dia duduk berdekatan dengan
Rasulullah s.a.w. lalu dia menyandarkan kedua-dua lututnya kepada
kedua-dua lutut Rasulullah s.a.w. dan meletakkan kedua-dua telapak
tangannya ke atas kedua-dua paha Nabi s.a.w.

Kemudian dia berkata: Hai Nabi Muhammad! Khabarkanlah kepadaku
darihal Islam. Maka Rasulullah s.a.w. menjawab: Islam itu ialah bahawa
engkau mengakui tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad
itu pesuruh Allah, dan engkau mendirikan sembahyang, dan engkau
keluarkan zakat, dan engkau puasa bulan Ramadan, dan engkau mengerjakan
haji di Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya. Dia berkata: Benarlah
engkau! Maka kami pun tercengang kerana dia yang bertanya dan dia pula
yang membenarkannya.

Katanya lagi: Maka khabarkan kepadaku darihal Iman. Rasulullah s.a.w.
menjawab: Iman itu ialah bahawa engkau beriman kepada Allah, dan
malaikat-Nya, dan segala kitab-Nya, dan para Rasul-Nya, dan engkau
beriman kepada takdir baik-Nya dan jahat-Nya. Dia berkata: Benarlah
engkau!

Kemudian dia bertanya lagi: Maka sekarang khabarkanlah kepadaku darihal
Ihsan. Rasulullah s.a.w. menjawab: Ihsan ialah bahawa engkau menyembah
Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, tetapi jika engkau tidak melihat-Nya
maka sesungguhnya Ia melihat engkau.

(HR. Muslim)

Hadis di atas, menjelaskan bahawa orang yang datang menghampiri
Nabi Muhammad s.a.w. lalu duduk seperti orang yang sudah lama berkenalan
dan bersahabat dengan Baginda ialah Malaikat Jibril. Kedatangan Jibril a.s.
ialah untuk menyampaikan dan mengajar Rasulullah s.a.w. dan umatnya
mengenai hakikat Islam, iman dan ihsan.

Apabila ditanyakan tentang Islam, Nabi Muhammad s.a.w. pun
menjawab sebagaimana yang terkadung dalam hadis tersebut iaitu:

1. Mengucap dua kalimah syahadah.

2. Mendirikan sembahyang.

3. Mengeluarkan zakat.

4. Berpuasa.

5. Mengerjakan haji di Baitullah jika ada kemampuan menurut syarak.

3. a. SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM.

-Sumber hukum Islam(QS.An-Nisa’59)
 Al-Qur’an

-Kalam atau Firman Allah SWT yang diturunkan kepada nabi
Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril yang
membacanya merupakan suatu ibadah.
 Hadis
-Merupakan sdegala perkataan,perbuatan dan ketetapan yang
disandarkan pada Rasulullah SAW.
 Ijlihad
-Merupakan usaha sungguh-sungguh yang dilakukan seorang
mujtahid dalam rangka mengetahui hukum-hukum syariat.

4. a.PENGERTIAN AKIDAH.

-Dari segi bahasa , perkataan aqidah dalam penggunaan bahasa
Melayu bermaksud kepercayaan dan keyakinan . Selain itu , dari
segi etimologinya perkataan aqidah merujuk kepada perkataan
‘ aqada ‘ yang bermaksud ikatan kemas atau ikatan mati . Makna
literal ini melambangkan adanya unsur - unsur makna semacam
kekuatan & keyakinan .

b .KEPENTINGAN AKIDAH DALAM KEHIDUPAN

Kepentingan akidah dalam kehidupan manusia boleh dilihat dari
aspek kesan - kesan kebahagian dan keselesaan hidup yang dirasai
oleh manusia apabila mereka menerima akidah islam .
Kepentingan ini boleh dilihat dalam beberapa aspek seperti
berikut :
(a) Manusia akan merasai tenang dan bahagia dalam menjalani
kehidupan .
- Dengan menerima akidah Islam , manusia akan dapat mencapai
kebahagiaan dalam menjalani kehidupan di dunia dan akhirat .

b) Manusia akan meninggalkan amalan - amalan buruk dengan
beramal dengan amalam - amalam yang mulia .
- Umat yang beriman dengan iman yang hakiki bukan sahaja akan
dapat menjalani kehidupan yang baik dan aman , tetapi juga
mereka akan meninggalkan amalan buruk dan sentiasa melakukan
amalan - amalan yang mulia . Antara amalan yang boleh memacu
kejayaan orang - orang mukmin di dunia ini ialah dengan
menunaikan solat dalam keaadan khusyuk , meninggalkan perkara
- perkara yang melalaikan dan menjga kehormatan diri.

c) Manusia sentiasa berfikiran positif dalam menjalani kehidupan
- Manusia yang beriman akan berfikiran positif dalam hidupnya .
Meraka yang berfikiran positif akan terhindar dari sifat gelisah dan
keluh kesah sekiranya mereka beriman dengan Allah dan percaya
kepada semua rukun iman . Hakikat ini dapat difahami dengan
jelas kerana apabila seseorang manusia menerima akidah islam ,
meraka akan diberi ketenangan oleh Allah SWT , dia akan
merasakan bahawa segala ape yang berlaku adalah kehendak dan
ketentuan Allah SWT . Dengan itu mereka tidak akan pernah putus
atas di atas musibah atau ujian yang diberikan oleh Allah SWT .
Selain itu , mereka tidak bersikap angkuh , sombong dan tidak
sedarkan diri apabila dikurniakan nikmat oleh Allah SWT.

5. PERKARA -PERKARA YANG MEMANTAPKAN AKIDAH.





Dalil perkara-perkara yang memantapkan iman.

PENUTUP
-Selepas banyak kerjasama dan usaha,akhirnya kami dapat membuat e folio dalam
tempoh masa yang ditetapkan .Ketika melakukan e folio ini banyak
pengetahuan ,pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.saya rasa amat
bersyukur kerana dapat melakukan kerja e folio ini dengan jayanya dan dapat
menambah ilmu .Saya dan rakan kumpulan saya berharap kerja yang kami lakukan
ini memberi manfaat dan ilmu kepada orang lain.

SUMBER RUJUKAN.
1.Google chrome.


Click to View FlipBook Version