The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by athikahdarwin03, 2022-05-20 05:55:15

PERPADUAN DI MALAYSIA

PERPADUAN DI MALAYSIA

PERPADUAN DI MALAYSIA

MPU21032
ETIKA DAN PERADABAN

ISI KANDUNGAN 2

• Ahli kumpulan…………………………………………………………………….3
• Objektif…………………………………………………………………………..….4
• Pengenalan………………………………………………………………….…….5
• Konsep Keramat (Perpaduan, Kesatuan, Penyatupaduan).…6
• Sejarah Yang Membuktikan Kejayaan Di Malaysia Hasil Daripada Perpaduan

Kaum………………………………………….…….6
• Kepentingan Memiliki Perpaduan…………………………..………7-8
• Langkah-langkah Memupuk Perpaduan………………………..9-10
• Kebaikan Perpaduan………………………………………………….…….11
• Kesan Masyarakat Tidak Bersatu Padu……………………….…….12
• Kesimpulan……………………………………………………………….………13
• Sumber Rujukan……………………………………………………………….14

AHLI KUMPULAN

NUR ATHIKAH BINTI DARWIN
33DFO21F2001
DFO1A

SITI ZANARIAH BINTI MOHD AZAHARI
33DFO21F2003
DFO1A

3

OBJEKTIF

Menjelaskan Mengenal pasti kesan
kepentingan perpaduan sekiranya masyarakat
tidak bersatu padu.
di Malaysia.
Menerangkan langkah-
Menyatakan kebaikan langkah memupuk
mengukuhkan
perpaduan antara kaum.
perpaduan yang sedia
ada di Malaysia.

4

Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota 5
masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan masyarakat.

Pada zaman penjajahan, British telah membawa masuk
tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan
mereka sendiri dan meneksploitasikan ekonomi yang telah
mewujudkan jurang sosial dan ekonomi yang besar antara
ketiga-tiga kaum terbesar di Tanah Melayu.

Namun, selepas mencapai kemerdekaan, kerajaan telah
memupuk semangat perpaduan untuk memakmurkan negara
dengan menjalankan pelbagai dasar untuk mencapai proses
perpaduan ini.

Oleh itu, masyarakat yang berbilang bangsa telah berjaya
mengasimilasikan budaya masing-masing untuk membentuk
masyarakat Malaysia yang bersatu teguh dan bersatu hati.

KONSEP KERAMAT SEJARAH MEMBUKTIKAN KEJAYAAN DI
MALAYSIA HASIL DARIPADA PERPADUAN
Terdapat tiga konsep keramat di Malaysia
iaitu perpaduan ,kesepaduan dan KAUM
penyatupaduan.
Rakyat Malaysia seharusnya tidak lupa bahawa
Perpaduan ialah suatu bentuk kesatuan yang perpaduan semua bangsa di negara ini telah
merupakan matlamat akhir yang diidamkan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
dalam sebuah negara yang berbilang etnik.
berdaulat seperti yang kita lihat harini.
Kesepaduan pula ialah keadaan bersepadu Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada
dan menjadi kesatuan yang utuh iaitu aman, peristiwa para pejuang kemerdekaan negara dan
stabil, makmur dan sejahtera yang dicapai tetapi perlu diingat bahawa ia adalah hasil daripada
diakui masih terdapat perbezaan dalam bentuk perpaduan antara masyarakat Melayu, Cina, dan
defisit sosial yang wujud dalam sesebuah India terdahulu.Kemudian,ia juga hasil daripada etnik
masyarakat. Sabah dan Sarawak seperti Iban, Dayak dan Kadazan
Dusun tatkala negara bangkit daripada kesan
Penyatuan ialah proses menyatupadukan
semua lapisan masyarakat untuk menyelesaikan penjajahan.
defisit sosial dengan berwahanakan tapak
integrasi berprinsipkan tawar-menawar, 6
perundingan dan mediasi

KEPENTINGAN PERPADUAN1.Dapat Membangunkan Ekonomi NegaraSAYA ANAK MALAYSIA

Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat
pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat
Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di
bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan
kemasukan pelancong asing.

2.Mengenali Budaya Dan Adat Resam Sesama Masyarakat & Mengeratkan Ikatan

Perpaduan
Keharmonian demi kesatuan ini merupakan keistimewaan yang bukan sahaja
memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum, malah menjadi penanda aras bagi Malaysia
dalam mencapai matlamat sebagai negara yang aman dan harmoni.

7

KEPENTINGAN PERPADUAN

3. Sebelum Sebuah Negara Yang Merdeka

Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan yang mutlak ini, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh
generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasilnya membuat masyarakat Tanah Melayu ketika itu
berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu yang telah memberikan masyarakat kini hidup harmoni tanpa
gangguan dan kongkongan penjajah.

4. Mengekalkan Kemanan Negara

Perpaduan antara rakyat tidak kira bangsa dan agama adalah sangat penting supaya
peristiwa berdarah yang terjadi pada 13 Mei 1969 akibat rusuhan antara kaum Cina dan
Melayu yang mengorbankan banyak nyawa tidak berulang lagi. Jika rakyat tidak
mempunyai persefahaman dan toleransi antara satu sama lain, persengketaan akan
tercetus dengan mudah. Hal ini menyebabkan hubungan yang dingin antara masyarakat
dan berlakunya pertengkaran-pertengkaran yang akan mengugat kemanan negara

8

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN

1. Mengadakan Bulan Patriotik Dan Kemerdekaan Sekolah harus mengadakan program
sempena memperingati hari kemerdekaan negara. Acara yang dilaksanakan adalah seperti
ceramah kemerdekaan, menyanyikan lagu kebangsaan negara, kibaran jalur gemilang, hiasan
bilik darjah dan asrama, melukis potret tokoh negara serta sambutan detik kemerdekaan.
Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua
warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab,
bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatu padu dan kestabilan negara.

2. Mengadakan Majlis Rumah Terbuka Rumah terbuka merupakan 9
kaedah pemupukan perpaduan yang efektif kerana dapat mendedahkan
masyarakat kepada keunikan adat resam kaum lain. Secara tidak
langsung, persefahaman antara kaum dapat diwujudkan dan hubungan
erat bak isi dengan kuku dapat dijalin. Dengan perkataan lain, aktiviti
kemasyarakatan merupakan kaedah yang paling berkesan untuk
memupuk perpaduan kaum.

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN

3. Pengajuran Aktiviti Bergotong-royong Melalui penganjuran aktiviti gotong-royong,
masyarakat dapat memupuk semangat bekerjasama bak aur dengan tebing untuk
membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman. Aktiviti
sebegini mampu menjamin keceriaan kawasan kediaman masyarakat dan juga membuka
ruang serta peluang komunikasi antara jiran tetangga.

4. Penggunaan Bahasa Kebangsaan Cara paling penting 10
ialah penggunaan Bahasa Kebangsaan. Hal ini demikian,
penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman
di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan
tanpa menimbulkan rasa curiga. Seabagai contoh, Bahasa
Melayu digunakan semasa berkomunikasi dengan kaum
lain. Jelaslah bahawa langkah ini mempercepatkan lagi
perpaduan dan rasa hormat antara kaum di negara ini.

Masyarakat Ekonomi negara
hidup bersatu semakin maju.

padu. KEBAIKAN Aktiviti
PERPADUAN kemasyarakatan
Dapat dapat dijalankan
mengekalkan Pembangunan yang dengan lancar.
kestabilan politik. dirancang dapat
mengekalkan 11
kestabilan politik.

KESAN MASYARAKAT TIDAK BERSATU PADU

ØMasyarakat yang berpecah-belah.

ØKeselamatan dan keamanan negara
akan terancam.

ØTunjuk perasaan, perhimpunan dan aktiviti
yang tidak sihat akan berterusan dan
berleluasa.

ØPerbalahan dan pergaduhan antara
kaum akan terjadi.

12

KESIMPULAN

Tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak akan wujud kerana
rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan
keamanan sesebuah negara yang telah terbina. Malaysia merupakan
sebuah negara majmuk walaupun mempunyai berbilang kaum,
budaya dan agama tetap mampu menjalinkan satu hubungan
perpaduan yang merupakan pemangkin utama kepada kemajuan
negara yang kita kecapi sekarang.

Setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk
memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Setiap individu mestilah memainkan peranan atau secara sukarela dan
penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan.

13

SUMBER RUJUKAN 14

• https://etikaperpaduandimalaysia.blogspot.com/

• https://dokumen.tips/documents/folio-sejarah-tingkatan-2-
perpaduan-kaum-569e6154cbd28.html

• https://perpaduandimalaysia-efolio.blogspot.com/2020/10/
e-folio-etika-dan-peradabanperpaduan-di.html

• http://karanganspmska.blogspot.com/201603/langkah-lang
kah-memupuk-perpaduan.html

• http://haeyba.blogspot.com/2019/12/karangan-spm-kepent
ingan-perpaduan-kaum.html

• https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/08/29/kepen
tingan-perpaduan-kaum-di-malaysia/

• http://anelyza.blogspot.com/2009/10/kepentingan-perpadu
an.html

MUHIBAH EMPAT KERAT

JALAN SEIRINgAN BERPIMPIN tANgAN,
BERBIcARA BAhAgIA INdAh dIMUKA,
BERSAtU PAdU JAdIKAN PEgANgAN,
KELUARgA BAhAgIA NEgARA MERdEKA.

tEgUhKAN IKAtAN ERAtKAN PERSAUdARAAN,
RUKUN PERPAdUAN MEStI BERSAtU,

KUAtKAN hUBUNgAN JAUhI PERSENgKEtAAN,
hARMoNI NEgARA BERKAt BERPAdU.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
看故事学道理系列四 佐治不见了
Next Book
看故事学道理系列五 萤火虫飞越蓝眼泪