The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by athikahdarwin03, 2022-05-19 11:13:06

PERPADUAN DI MALAYSIA ETIKA

PERPADUAN DI MALAYSIA ETIKA

PERPADUAN DI
MALAYSIA

MPU21032
ETIKA DAN PERADABAN

ISI KANDUNGAN

 Ahli kumpulan…………………………………………………………………….2
 Objektif…………………………………………………………………………..….3
 Pengenalan………………………………………………………………….…….4
 Konsep Keramat (Perpaduan, Kesatuan, Penyatupaduan).…5
 Sejarah Yang Membuktikan Kejayaan Di Malaysia Hasil

Daripada Perpaduan Kaum………………………………………….…….6
 Kepentingan Memiliki Perpaduan…………………………..………7-8
 Langkah-langkah Memupuk Perpaduan………………………..9-10
 Kebaikan Perpaduan………………………………………………….…….11
 Kesan Masyarakat Tidak Bersatu Padu……………………….…….12
 Kesimpulan……………………………………………………………….………13
 Sumber Rujukan……………………………………………………………….14

AHLI KUMPULAN

OBJEKTIF

 Menjelaskan kepentingan perpaduan di Malaysia.
 Menyatakan kebaikan mengukuhkan perpaduan yang sedia

ada di Malaysia.
 Menerangkan langkah-langkah memupuk perpaduan antara

kaum.
 Mengenalpasti kesan sekiranya masyarakat tidak bersatu

padu.

PENGENALAN

Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan
anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan masyarakat.

Pada zaman penjajahan, British telah membawa masuk
tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan
mereka sendiri dan meneksploitasikan ekonomi yang telah
mewujudkan jurang sosial dan ekonomi yang besar antara
ketiga-tiga kaum terbesar di Tanah Melayu.

Namun, selepas mencapai kemerdekaan, kerajaan telah
memupuk semangat perpaduan untuk memakmurkan negara
dengan menjalankan pelbagai dasar untuk mencapai proses
perpaduan ini.

Oleh itu, masyarakat yang berbilang bangsa telah berjaya
mengasimilasikan budaya masing-masing untuk membentuk
masyarakat Malaysia yang bersatu teguh dan bersatu hati.

KONSEP KERAMAT

Terdapat tiga konsep keramat di Malaysia iaitu
perpaduan ,kesepaduan dan penyatupaduan.

Perpaduan ialah suatu bentuk kesatuan yang merupakan
matlamat akhir yang diidamkan dalam sebuah negara yang
berbilang etnik.

Kesepaduan pula ialah keadaan bersepadu dan menjadi
kesatuan yang utuh iaitu aman, stabil, makmur dan sejahtera
yang dicapai tetapi diakui masih terdapat perbezaan dalam
bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat.

Penyatuan ialah proses menyatupadukan semua lapisan
masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial dengan
berwahanakan tapak integrasi berprinsipkan tawar-menawar,
perundingan dan mediasi.

SEJARAH MEMBUKTIKAN KEJAYAAN DI
MALAYSIA HASIL DARIPADA
PERPADUAN KAUM

Rakyat Malaysia seharusnya tidak lupa bahawa
perpaduan semua bangsa di negara ini telah menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat seperti yang kita
lihat harini.

Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada peristiwa
para pejuang kemerdekaan negara dan perlu diingat bahawa ia
adalah hasil daripada perpaduan antara masyarakat Melayu,
Cina, dan India terdahulu.Kemudian,ia juga hasil daripada etnik
Sabah dan Sarawak seperti Iban, Dayak dan Kadazan Dusun
tatkala negara bangkit daripada kesan penjajahan.

KEPENTINGAN MEMILIKI
PERPADUAN

1. Dapat Membangunkan Ekonomi Negara
Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan
menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih
dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan
agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu
bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan
berkembang dengan kemasukan pelancong asing.

2. Mengenali Budaya Dan Adat Resam Sesama Masyarakat &
Mengeratkan Ikatan Perpaduan
Keharmonian demi kesatuan ini merupakan keistimewaan yang
bukan sahaja memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum,
malah menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai
matlamat sebagai negara yang aman dan harmoni.

3. Sebelum Sebuah Negara Yang Merdeka
Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan yang mutlak ini,
pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu
untuk menuntut kemerdekaan. Hasilnya membuat masyarakat
Tanah Melayu ketika itu berganding bahu menuntut
kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya
memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu yang telah
memberikan masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan
dan kongkongan penjajah.

4. Mengekalkan Kemanan Negara
Perpaduan antara rakyat tidak kira bangsa dan agama adalah
sangat penting supaya peristiwa berdarah yang terjadi pada 13
Mei 1969 akibat rusuhan antara kaum Cina dan Melayu yang

telah mengorbankan banyak nyawa tidak berulang lagi. Jika
rakyat tidak mempunyai persefahaman dan toleransi antara
satu sama lain, persengketaan akan tercetus dengan mudah.
Hal ini menyebabkan hubungan yang dingin antara masyarakat
dan berlakunya pertengkaran-pertengkaran yang akan
mengugat kemanan negara.

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK
PERPADUAN

1. Mengadakan Bulan Patriotik Dan Kemerdekaan
Sekolah harus mengadakan program sempena memperingati
hari kemerdekaan negara. Acara yang dilaksanakan adalah
seperti ceramah kemerdekaan, menyanyikan lagu kebangsaan
negara, kibaran jalur gemilang, hiasan bilik darjah dan asrama,
melukis potret tokoh negara serta sambutan detik
kemerdekaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan
program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah
berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan
bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan
cintakan kehidupan bersatu padu dan kestabilan negara.

2. Mengadakan Majlis Rumah Terbuka
Rumah terbuka merupakan kaedah pemupukan perpaduan
yang efektif kerana dapat mendedahkan masyarakat kepada
keunikan adat resam kaum lain. Secara tidak langsung,
persefahaman antara kaum dapat diwujudkan dan hubungan
erat bak isi dengan kuku dapat dijalin. Dengan perkataan lain,
aktiviti kemasyarakatan merupakan kaedah yang paling
berkesan untuk memupuk perpaduan kaum.

3. Pengajuran Aktiviti Bergotong-royong
Melalui penganjuran aktiviti gotong-royong, masyarakat dapat
memupuk semangat bekerjasama bak aur dengan tebing untuk
membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran
tempat kediaman. Aktiviti sebegini mampu menjamin keceriaan
kawasan kediaman masyarakat dan juga membuka ruang serta
peluang komunikasi antara jiran tetangga.

4. Penggunaan Bahasa Kebangsaan
Cara paling penting ialah penggunaan Bahasa Kebangsaan. Hal
ini demikian, penggunaan satu bahasa perhubungan dan
persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat
diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Seabagai contoh,
Bahasa Melayu digunakan semasa berkomunikasi dengan kaum
lain. Jelaslah bahawa langkah ini mempercepatkan lagi
perpaduan dan rasa hormat antara kaum di negara ini.

KEBAIKAN
PERPADUAN

 Masyarakat hidup bersatu padu.
 Ekonomi negara semakin maju.
 Dapat mengekalkan kestabilan politik.
 Pembangunan yang dirancang dapat mengekalkan

kestabilan politik.
 Aktiviti kemasyarakatan dapat dijalankan dengan lancar.

KESAN MASYARAKAT
TIDAK BERSATU
PADU

 Masyarakat yang berpecah-belah.
 Keselamatan dan keamanan negara akan terancam.
 Tunjuk perasaan, perhimpunan dan aktiviti yang tidak sihat

akan berterusan dan berleluasa.
 Perbalahan dan pergaduhan antara kaum akan terjadi.

KESIMPULAN

Tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak akan wujud
kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga
menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah terbina.
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk walaupun
mempunyai berbilang kaum, budaya dan agama tetap mampu
menjalinkan satu hubungan perpaduan yang merupakan
pemangkin utama kepada kemajuan negara yang kita kecapi
sekarang.

Setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam
usaha untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Setiap individu mestilah memainkan
peranan atau secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi
menjana perpaduan yang kita idamkan.

SUMBER RUJUKAN

 https://etikaperpaduandimalaysia.blogspot.com/
 https://dokumen.tips/documents/folio-sejarah-tingkatan-2-

perpaduan-kaum-569e6154cbd28.html
 https://perpaduandimalaysia-efolio.blogspot.com/2020/10/

e-folio-etika-dan-peradabanperpaduan-di.html
 http://karanganspmska.blogspot.com/201603/langkah-lang

kah-memupuk-perpaduan.html

 http://haeyba.blogspot.com/2019/12/karangan-spm-kepent
ingan-perpaduan-kaum.html

 https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/08/29/kepen
tingan-perpaduan-kaum-di-malaysia/

 http://anelyza.blogspot.com/2009/10/kepentingan-perpadu
an.html


Click to View FlipBook Version