PERPADUAN DI MALAYSIA
MPU21032
ETIKA DAN PERADABAN
ISI KANDUNGAN
• Ahli kumpulan…………………………………………………………………….2
• Objektif…………………………………………………………………………..….3
• Pengenalan………………………………………………………………….…….4
• Konsep Keramat (Perpaduan, Kesatuan, Penyatupaduan).…5
• Sejarah Yang Membuktikan Kejayaan Di Malaysia Hasil Daripada Perpaduan
Kaum………………………………………….…….6
• Kepentingan Memiliki Perpaduan…………………………..………7-8
• Langkah-langkah Memupuk Perpaduan………………………..9-10
• Kebaikan Perpaduan………………………………………………….…….11
• Kesan Masyarakat Tidak Bersatu Padu……………………….…….12
• Kesimpulan……………………………………………………………….………13
• Sumber Rujukan……………………………………………………………….14
OBJEKTIF
• Menjelaskan kepentingan perpaduan di Malaysia.
• Menyatakan kebaikan mengukuhkan perpaduan yang sedia
ada di Malaysia.
• Menerangkan langkah-langkah memupuk perpaduan antara
kaum.
• Mengenalpasti kesan sekiranya masyarakat tidak bersatu
padu.
PENGENALAN
Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam kalangan
masyarakat.
Pada zaman penjajahan, British telah membawa masuk tenaga buruh dari negara China dan India untuk
kepentingan mereka sendiri dan meneksploitasikan ekonomi yang telah mewujudkan jurang sosial dan ekonomi yang
besar antara ketiga-tiga kaum terbesar di Tanah Melayu.
Namun, selepas mencapai kemerdekaan, kerajaan telah memupuk semangat perpaduan untuk memakmurkan
negara dengan menjalankan pelbagai dasar untuk mencapai proses perpaduan ini.
Oleh itu, masyarakat yang berbilang bangsa telah berjaya mengasimilasikan budaya masing-masing untuk
membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu teguh dan bersatu hati.