The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hdnial14, 2023-05-29 06:04:03

E-MAJALAH-SKIM PINJAMAN BANK ISLAM

E-MAJALAH-SKIM PINJAMAN BANK ISLAM

E-MAJALAH SKIM PINJAMAN BANK ISLAM MPU 23012 PENGAJIAN ISLAM


PENULIS MUHAMMAD HAFIZ DANIAL BIN AZAMI (26DAT22F1028) MUHAMMAD NAZMI BIN MOHD ZANI (26DAT22F1022) SUNTINGAN MUIZ MUHAIMIN BIN AB. MANAN ISKANDAR (26DAT22F1024) MUHAMMAD NAJIB HAIKAL BIN MOHAMAD NASIR (26DAT22F1038) MUHAMMAD NUR FIRDAUS BIN MOHD FAUZI (26DAT22F1037) DITERBITKAN OLEH Politeknik Hulu Terengganu, Jalan Pengakalan Gawi Tasik Kenyir, Kuala Jeneris 21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu HAK CIPTA 2023 : POLITEKNIK HULIU TERENGGANU CETAKAN PERTAMA : 2023 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan menggunakan isi kandungan dan ini dalam apa jua bentuk, cetakan dan elektronik termasuk televisions, radio dan segala jenis platform tanpa izin pihak politeknik Hulu Terengganu.


ISI KANDUNGAN •Bank Islam PENGENALAN •Bank Islam Pembiayaan Peribadi Professional SKIM PINJAMAN •Tokoh •Penubuhan Bank Islam SEJARAH •Fakta •AYAT ALQURAN KESIMPULAN


PENGENALAN Bank Islam Malaysia Berhad diperbadankan pada tahun 1983 dan adalah bank pertama yang mengamalkan konsep perbankan Islam sepenuhnya di Malaysia. Ditubuhkan dengan visi utama untuk menjadi sebuah institusi kewangan yang mendahulukan kemakmuran untuk semua, dan misi untuk menyediakan penyelesaian yang menghasilkan nilai – bank ini telah berkembang dengan pesat sejak penubuhannya. Dengan 147 cawangan dan 1,100 terminal layan diri di seluruh negara, Bank Islam telah meningkatkan kualiti perbankan Islam di Malaysia. Bank Islam Malaysia Berhad mempunyai beberapa anak syarikat seperti Bank Islam Trust Company (Labuan) Ltd, BIMB Investment Management Berhad, Al-Wakalah Nominees (Tempatan) Sdn Bhd, dan Farihan Corporation Sdn Bhd.


SKIM PINJAMAN BANK ISLAM Salah satu skim pinjaman yang ditawarkan oleh bank islam pembiayaan peribadi professional. Pelan pembiayaan ini adalah pinjaman tidak bercagar. Oleh itu, tidak perlu memperkenalkan penjamin atau menyediakan cagaran untuk mohon. Pelan ini juga adalah pembiayaan Islamik patuh Syariah sepenuhnya. Pelan ini juga dikenali sebagai Bank Islam Personal Financing for Professional Program


KATEGORI Islamik (Tidak Bercagar) JUMLAH PEMBIAYAAN RM10000 hingga RM300000 TEMPOH PEMBIAYAAN 12 hingga 120 Bulan KADAR KEUNTUNGAN TAHUNAN 4.42% p.a hingga 4.63% p.a SEKTOR PEKERJAAN Kakitangan Swasta / Kakitangan GLC / Bekerja Sendiri KELAYAKAN GAJI Gaji Kasar RM3500 sebulan atau RM42000 setahun HAD UMUR 25 hingga 60 Tahun CIRI MENARIK Bank, Jangka Masa Panjang, Jumlah Tinggi TEMPOH KEPUTUSAN LULUS 1 hingga 7 hari bekerja


TOKOH PENUBUHAN BANK ISLAM Tanpa jasanya mungkin Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tidak menjadi satu organisasi terkenal hari ini kerana beliau adalah watak utama yang memainkan peranan penting dalam merangka penubuhan bank Islam pertama di Malaysia. Walaupun pada peringkat awal penubuhan berhadapan cabaran, dengan pengalaman kira-kira lima tahun di Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) sebagai Ketua Ahli Ekonomi serta Ketua Jabatan Perancangan dan Pembangunan, akhirnya penubuhan Bank Islam berjaya direalisasikan pada 1 Julai 1983. Beliau ialah Datuk Dr Abdul Halim Ismail, 78, iaitu pengarah urusan pertama BIMB yang menerajui bank berkenaan selama 27 tahun dari 1983 hingga 2010 termasuk menjadi Pengerusi Eksekutif BIMB Securities Sendirian Berhad.


• Beliau antara model terbaik yang mengadunkan kepakaran dalam bidang ekonomi, pengalaman sebagai pemimpin tertinggi institusi kewangan Islam terkemuka dan kefahaman yang baik berkaitan prinsip syariah dalam kewangan Islam. • Jasa Abdul Halim dalam membangunkan industri kewangan Islam mendapat pengiktirafan bukan saja peringkat nasional tetapi juga antarabangsa sekali gus membuktikan beliau adalah orang hebat yang berada pada kelas tersendiri. • Untuk rekod, beliau menjadi rakyat Malaysia pertama dinobatkan sebagai penerima Anugerah Diraja Kewangan Islam sempena Forum Kewangan Islam Antarabangsa (GIFF) 2014 dan menerima Anugerah Tokoh Kewangan Islam oleh Persatuan Bank-Bank Islam Malaysia (AIBIM) atas pencapaian berterusan dalam bidang kewangan Islam. • Terbaharu, Abdul Halim menerima Anugerah Merdeka 2017 bagi kategori Pendidikan dan Komuniti atas sumbangan cemerlang dan peranan utamanya dalam mewujudkan bank Islam pertama di negara ini yang membawa kepada pembangunan dan pertumbuhan sektor perbankan, insurans dan kewangan Islam negara dan rantau. • Anugerah disampaikan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Menara Berkembar PETRONAS pada September lalu. • Selain Abdul Halim, lima lagi tokoh menerima anugerah berkenaan iaitu Datuk Seri Tengku Dr Zainal Adlin Tengku Mahamood, Profesor Dr Balbir Singh Mohan Singh, Dr Timothy Wiliam, Profesor Ir Dr Masjuki Hassan dan Profesor Dr Anthony Crothers Milner. • Sejak diperkenalkan pada 2007 hasil kerjasama PETRONAS, ExxonMobil dan Shell, Anugerah Merdeka sudah mengiktiraf 44 individu dan dua organisasi cemerlang. Masing-masing dimartabatkan menjadi ikon untuk diteladani generasi pascamerdeka.


SEJARAH PENUBUHAN BANK ISLAM • PERMINTAAN MASYARAKAT - Berkongsi pembabitan awalnya dalam perbankan Islam, Abdul Halim berkata, ia bermula selepas kerajaan bersetuju menubuhkan Bank Islam dan melantiknya sebagai Pengarah Urusan BIMB yang pertama di negara ini. - Beliau berkata, semua itu bermula selepas adanya desakan daripada orang Islam (Melayu) menggunakan platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menuntut penubuhan Bank Islam kerana mereka enggan berurusan dengan bank konvensional disebabkan adanya unsur riba. - Kemudian pada awal 1970-an, berlaku satu kejutan apabila Pertubuhan Negara Islam (OIC) mengambil keputusan menubuhkan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Jeddah berlandaskan prinsip syariah dan undang-undang Islam. - Kemudian SPTF ditukar kepada subsidiari dan membenarkan bank konvensional membuka bank Islam mereka. - Kesannya pada hari ini, Maybank Islamic menjadi bank Islam terbesar di negara dan rantau ini mengatasi BIMB.


• KUKUHKAN KEWANGAN KEISLAMAN - Menurutnya, beliau tidak menafikan menerima cabaran daripada pihak tertentu yang kurang yakin terhadapnya untuk membangunkan BIMB. - Namun sokongan kuat daripada masyarakat menjadi kekuatannya membuktikan kemampuan menjenamakan BIMB sebagai bank Islam unggul pada hari ini. - Katanya, dua perkara menjadi asas pegangannya semasa menggalas tanggungjawab mentadbir BIMB iaitu permintaan orang Islam yang mahukan Bank Islam. - Sepanjang berkhidmat dengan BIMB, beliau juga terbabit dengan usaha membangunkan bank Islam di negara jiran seperti Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand. - Antara usahanya ialah memberi ceramah mengenai konsep bank Islam di negara terbabit. Kedua ialah memberi latihan sambil belajar kepada kakitangan Bank Islam Brunei dan Indonesia di BIMB. - Ini kerana orang Islam di negara ini dan seluruh dunia memerlukan sistem kewangan berkenaan bagi mengelakkan mereka terjebak dengan amalan riba yang menyebabkan dosa besar. - Industri kewangan Islam perlu kukuh dan tidak mustahil mampu menyaingi bank konvensional dan tanda itu sudah mula ditunjukkan.


KESIMPULAN Mengambil kedudukan dan reputasinya sebagai Bank Islam pertama di Malaysia dan salah satu daripada perintis di dunia, Bank Islam telah melaksanakan pelbagai usaha untuk menjadi peneraju yang inovatif bagi kerajaan Malaysia dalam menjadikan Negara sebagai Hab Kewangan Islam Global yang penting. Dalam usaha untuk membersihkan imej yang tercalar akibat kerugian pada tahun 2005, Bank Islam telah memperkenalkan beberapa produk yang dianggap sebagai yang pertama di dunia untuk mengekalkan kesetiaan dan persepsi pelanggan.


AYAT AL-QURAN Firman Allah dalam Surah al-Baqarah, Ayat 275: "Orang-orang yg memakan riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba." Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dulu adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan itu), maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."


ر لك ا شكً


Click to View FlipBook Version