SEK. MEN. ISLAM AL-IRSYAD
LOT 19, KG. KURNIA,
BATU 3 ½, JALAN GAMBANG,
25150 KUANTAN, PAHANG
NAMA :
----------------------------------------
“KEARAH PEMBENTUKAN GENERASI BERTAQWA”
TEL : 09-5360 4969
EMEL : [email protected]
http://www.irsyadkuantan.com.my
BIL ISI KANDUNGAN MUKASURAT
2
1 PERKARA
2 Maklumat Peribadi 3–7
3 Tinta Pengetua 8
4 Visi & Misi KPM 9
5 Falsafah KPM & Musleh 10
6 Visi & Misi Sekolah 11
7 Ikrar Guru 12
8 Sejarah Sekolah 13
9 Profil Sekolah 14
10 Lagu Sekolah 15
11 Keterangan Logo
12 Dasar Kurikulum Sekolah 16 – 21
13 Dasar Hal Ehwal Murid 22 – 26
14 Dasar Kokurikulum 27 – 28
15 Arahan Am 29 – 38
16 Senarai Guru SMAI
17 Takwim 39
18 Takwim Peperiksaan 40 – 55
19 Jadual Pencerapan
20 Jadual Mesyuarat & Pentaksiran 56
21 Jadual Guru Bertugas 57 – 59
22 Jadual Puasa Sunat & Balik Kampung
23 Jadual Aktiviti Kokurikulum 60
24 Senarai Tugas Guru 61
25 Carta Organisasi & Jawatankuasa 62
Lampiran 63 – 65
66 – 81
82 – 98
99 - 100
1
Nama PERIBADI
Alamat : ………………………………………………………………………
No. Telefon Bimbit
No. Telefon Pejabat : ………………………………………………………………………
Emel
: ………………………………………………………………………
Nama Isteri / Suami
: ………………………………………………………………………
:
………………………………………………………………………
: ………………………………………………………………………
TARIKH-TARIKH PENTING
Tarikh Pengesahan : ............................................................................................................
Jawatan Sekarang
: ............................................................................................................
Tarikh Lantikan Pertama : ............................................................................................................
: ............................................................................................................
Tarikh Pengesahan
Jawatan : ............................................................................................................
Tarikh Lantikan Jawatan
Sekarang
Tarikh Mula Bertugas Di
Sekolah Ini
Nama SEKIRANYA BERLAKU KECEMASAN, SILA HUBUNGI:
Alamat
No. Telefon : ……………………………………………………………………….
: ………………………………………………………………………
: ………………………………………………………………………
No. Passport LAIN-LAIN MAKLUMAT PENTING
Tarikh Luput : ………………………………………………………………………
No. Cukai Pendapatan
: ………………………………………………………………………
: ………………………………………………………………………
2
SEKAPUR SIREH
DARI MEJA PENGETUA
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya Buku Pengurusan
SMAI 2020 dapat diterbitkan dalam tempoh yang telah ditetapkan dengan sempurna. Pada
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan, tahniah dan syabas
khususnya kepada semua pentadbir SMAI Kuantan, atas kerjasama dan komitmen yang diberikan
bagi memastikan buku ini dapat diterbitkan dengan sebaik dan selengkap yang mungkin. Terima
kasih juga diucapkan kepada ketua bidang yang telah bersama-sama berbincang dengan guru
matapelajaran masing-masing dan memberi input dalam memastikan pengagihan tugas guru dapat
dibuat dengan sebaik dan seadilnya.
Selamat kembali bertugas diucapkan kepada semua warga pendidik SMAI Kuantan,
semoga semangat serta iltizam semakin bertambah untuk bersama-sama membawa sekolah ini
meneruskan tradisi kecemerlangannya. Marilah kita bersama-sama menjalankan amanah sebagai
pendidik di SMAI Kuantan dengan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan ikhlas dan
cemerlang. Saya percaya usaha murni ini akan dikira sebagai bekalan pahala yang berpanjangan
menuju alam akhirat.
Alhamdulillah, pelbagai kejayaan yang telah diperolehi sepanjang tahun 2019, dan kejayaan
ini ialah hasil sokongan, kerjasama, komitmen serta sumbangan gigih warga SMAI Kuantan.
Harapan saya agar momentum ini dapat diteruskan pada tahun 2020 selari dengan tuntutan surah
Al-Ankabut, ayat 69 yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama
Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka
bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta
orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”.
3
Komitmen warga pendidik dalam program kecemerlangan akademik, HEM, tarbiah dan
kokurikulum pada tahun 2019 yang melibatkan program di luar waktu persekolahan dan program
kolaboratif adalah sesuatu yang membanggakan. Hanya Allah sahaja yang dapat memberikan
ganjaran di atas pengorbanan semua warga pendidik SMAI Kuantan. Saya berharap agar keputusan
SPM, SPPIM, PT3 dan SKAT3 2019 akan memberikan hasil yang luar biasa dan memberikan
keyakinan yang lebih tinggi kepada ibu bapa bahawa SMAI ialah sekolah pilihan seiring dengan
motonya “Taman Tarbiah dan taman Ilmu”. Harapan saya segala usaha yang baik ini dapat
diteruskan pada tahun 2020.
Bagi tahun 2020, adalah penting bagi kita untuk menetapkan sasaran dan hala tuju SMAI
Kuantan. Antara sasaran yang ditetapkan adalah :
1) Kecemerlangan akademik dan tahfiz
Bagi mencapai GPS 3.5 pada peringkat SPM, tuntutan yang komitmen yang istiqamah amat
diperlukan daripada semua guru SMAI. Perancangan seawal Tingkatan Satu lagi amat perlu bagi
memberikan legasi kecemerlangan dalam tempoh lima tahun persekolahan. Bagi merealisasikan
matlamat ini, setiap guru bertanggungjawab mengatur strategi bagi memastikan pelajar di bawahnya
berusaha keras bagi capai sasaran yang telah ditetapkan, dan sasaran tersebut perlulah difahami
dengan jelas oleh setiap murid. Pembudayaan Students Taking Academic responsibility akan
diperkenalkan dan mesti diutamakan.
Antara cabaran yang perlu ditangani dalam bidang akademik 2020 adalah seperti yang berikut:
1.1 Mencapai sasaran yang ditetapkan dalam SPM, SPPIM, PT3 dan SKAT3
GPS SPM SPPIM SKAT3 PT3
% lulus semua matapelajaran 3.5 2.6 1.6 2.6
% murid yang mendapat 5A ke atas. 85% 90% 85% 80%
30% 55% 25% 60%
1.2 meningkatkan pencapaian hafazan murid SMAI dengan meningkatkan % murid
yang mahir membaca Al-Quran setelah tamat tingkatan 1 kepada 85% dan
meningkatkan % murid yang berjaya menghafal minimum 5 juzuk Al-Quran
setelah tamat tingkatan 5 kepada 40%
1.3 Meningkatkan pencapaian murid tahfiz dengan meningkatkan bilangan murid yang
berjaya khatam Al-Quran dalam masa 3 tahun kepada 70%.
1.4 Sifar gred F dalam ujian dan peperiksaan dalaman.
1.5 Audit Akademik dan pelaksanaan Headcount bagi semua pelajar.
1.6 Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
4
1.7 Membudaya Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21), dengan penumpuan kepada
digital classroom
1.8 Merealisasikan item Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di dalam kelas
1.9 Membudayakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dua kali setahun
1.10 Membudayakan Professional Learning Community (PLC) dan Continuous
Profesional Development (CPD).
2) Pemantapan Aspek Pembinaan Personaliti Diri Pelajar (Character Building)
melalui penerapan “soft skills” kepada semua murid.
Tidak dapat dinafikan sesungguhnya setiap pelajar bertanggungjawab meningkatkan kualiti akhlak
mereka. Istilah semua guru ialah guru disiplin bertepatan dengan kehendak dan tujuan ini. Fokus
kepada pembangunan akhlak ini perlu diperkasakan melalui program-program tarbiah yang telah
disusun, moga dapat dilaksana dan dihayati dengan bersungguh-sungguh. Tanggungjawab ini perlu
dipikul oleh semua warga guru secara kolektif bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan murid
bahawa akhlak yang baik merupakan satu keperluan.
Budaya 5S (senyum, salam, sapa, sopan dan sayangi sekolah) dan 5S (sisih, susun, sapu,
seragam dan sentiasa amal) termasuk rutin dan peraturan sekolah perlu kita perkasakan pada tahun
2020. Antara cabaran yang perlu ditangani dalam bidang Pembinaan Personaliti Diri Murid (Pupils
Character Building) 2020 adalah seperti yang berikut:
2.1. Mengutamakan keterampilan diri murid (pakaian, rambut, kasut dan lain-lain)
setiap hari oleh semua guru.
2.2 Mengutamakan ketepatan masa dalam semua program sekolah setiap hari
2.3 Mengadakan “perkhimpunan koku”, maksimun 10 minit sebelum perjumpaan dan
program KRS, kelab/persatuan serta sukan/permainan pada setiap rabu petang.
2.4 Mengutamakan kemantapan komunikasi dan hubungan kemanusiaan dengan
penerapan nilai 5S (senyum, salam, sapa, sopan dan sayangi sekolah) dalam aktiviti
seharian antara semua guru dan murid.
2.5 Mengambil tanggungjawap bagi memastikan tazkirah pagi oleh murid dilaksanakan
dengan penguasaan bahasa dan protokol yang betul oleh murid.
2.6 Mengamalkan budaya (HLC2R) Happiness, Loving and Caring, Respect dan Responsibility
serta menerapkan konstruk PKPIM semasa perjumpaan dalam program Usrah
pada setiap hari jumaat
5
2.7 Membudayakan amalan 5S dan 3K di kelas, pada 5 minit pertama dan 5 minit
terakhir setiap hari tanpa gagal untuk kelas dan untuk asrama pada hari Ahad
melalui Sunday Inspection oleh warden asrama.
2.8 Membudayakan amalan bacaan al- Mathurat, dan solat sunat Dhuha dan tazkirah
murid yang berkesan pada setiap pagi hari selasa, rabu dan khamis tepat jam 7.45
pagi.
2.9 Meningkatkan kemahiran komunikasi murid dalam 3 bahasa utama (BM, BI dan
BA) dengan mewujudkan hari bahasa pada setiap minggu.
3. Membudayakan PdPc Abad ke 21 (PAK21)
Dalam fokus ketiga ini, Semua guru sekarang perlu membudayakan PdPc ke arah PAK ke-21.
Adalah menjadi perancangan pihak pentadbiran SMAI , untuk melengkapkan kemudahan di dalam
kelas dengan alatan PAK 21 bermula dengan kelas tingkatan 5 dan tingkatan 3. Pembelajaran
berkonsepkan i-learning juga akan dperkenalkan pada tahun 2020 bagi meningkatkan amalan PAK
21.
Momentum untuk memperkasakan nama SMAI Kuantan harus dimapankan dan
sewajarnya semua pihak mengelakkan tindakan yang boleh mencalarkan dan merosakkan imej
sekolah. Sebarang kontroversi yang melibatkan mana-mana pihak amat wajar dijauhi demi
kemaslahatan perpaduan. Sebagai pendidik, kita perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing
untuk mencapai sasaran visi dan misi sekolah.
Marilah kita berdoa agar warga guru dan staf yang kurang sihat kembali sembuh dengan
pertolongan Allah. Jadikanlah profesion kita ini satu kerjaya yang menarik dan ikhlas. Mudah-
mudahan ganjaran yang kita peroleh itu halal dan berpanjangan di sisi Allah S.W.T serta diberkati
rezeki olehNya. Marilah kita meningkatkan komitmen agar tahun 2020 ini terus menjadi tahun
gemilang kepada semua warga SMAI. Sesungguhnya perubahan-perubahan besar yang akan
berlaku di SMAI Kuantan, bermula dengan perubahan-perubahan kecil, dan InshaAllah dapat
direalisasikan apabila kita berpegang kepada prinsip, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh serta
semangat muafakat membawa berkat yang amat perlu disenergikan dikalangan warga kerja SMAI.
6
Akhir sekali, sebagai Pengetua, saya merapatkan tangan berdoa kepada Allah SWT, agar
dipermudahkan urusan kita dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah di sekolah ini. Hanya
kepada-Mu kami bertawakal agar Engkau penuhi segala impian kami ini ya Allah, selari dengan
firman-Mu dalam surah at-Taubah, ayat 129:
“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai
‘Arasy yang besar.
Sekian, terima kasih.
Yang Menjalankan Amanah,
Fauzi bin Kori
Pengetua
Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad, Kuantan
7
VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Melestarikan Sistem Pelajaran Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara"
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
3 GELOMBANG (13 tahun)
1. Gelombang 1 (2013 – 2015)
2. Gelombang 2 (2016 – 2020)
3. Gelombang 3 (2021 – 2025)
5 Aspirasi Sistem
1. Akses – 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada
Prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020.
2. Kualiti –Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran
antarabangsaseperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.
3. Ekuiti – 50% pengurangan dalam pencapaian ( luar-bandar, bandar, sosio ekonomi, gender)
menjelang tahun 2020.
4. Perpaduan – Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada
kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.
5. Kecekapan – Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut
peruntukan sedia ada.
8
11 ANJAKAN PPPM
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.
4. Tranfomasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan disetiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Mentranfomasi kebolehupayaan dan kepasiti penyampaian Kementerian.
9. Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi stiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung.
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, kerketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN IKRAM MUSLEH
Pendidikan adalah suatu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan Rabbani di dalam
sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan berpandukan Al-Quran dan
Al-Sunnah. Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan membangunkan
kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan Negara ke arah satu peradaban yang sejahtera demi
kebahagiaan di dunia dan akhirat
9
VISI SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-IRSYAD
Memartabatkan SMAI sebagai sebuah institusi pendidikan yang memimpin dan paling berjaya di
Negeri Pahang Darul Makmur
MISI SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-IRSYAD
Membentuk generasi Muttaqin yang benar-benar mampu menghayati serta melaksanakan Islam,
merealisasikan budaya ilmu berteraskan Islam, memberikan kemahiran-kemahiran asas agar
boleh berdikari dan mengharungi realiti hidup
10 MUWASOFFAT TARBIAH
AQIDAH YANG SEJAHTERA
IBADAH YANG BENAR
AKHLAK YANG MANTAP
ILMU YANG LUAS
TERSUSUN DALAM URUSAN
KUAT BERMUJAHADAH
MAMPU BERDIKARI
SENTIASA MENJAGA MASA
SIHAT TUBUH BADAN
BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN
“Kearah PembentuKan Generasi bertaqw
10
IKRAR GURU
BAHAWASANYA KAMI GURU-GURU NEGARA MALAYSIA DENGAN INI BERIKRAR:
MENDUKUNG TERAS CITA-CITA KAMI
DALAM MENYATAKAN KEYAKINAN KAMI
PADA CITA-CITA MURNI PEKERJAAN KAMI
KAMI AKAN BERBAKTI
KEPADA MASYARAKAT
DAN NEGARA KAMI
KAMI AKAN MENJUNJUNG
PERLEMBAGAAN NEGARA
KAMI MENGAMALKAN
PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
PADA SETIAP MASA
RUKUNEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
Mendukung cita-cita hendak
Mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan
seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
Kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI , rakyat Malaysia berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
Berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
11
SEJARAH PENUBUHAN AL-IRSYAD
SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN MENENGAH ISLAM AL-IRSYAD
Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad (SMAI) telah ditubuhkan pada bulan Disember 1995,
bertempat di kawasan tanah yang sama dengan Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad iaitu di Kampung
Kurnia, Batu 3½ Kuantan.
Pada peringkat permulaan hanya terdapat lebih kurang 33 orang pelajar, 27 orang di Tingkatan
Satu dan 6 orang di Tingkatan Dua. Sehingga kini bilangan pelajar telah meningkat kepada 350
orang. SMAI mempunyai kakitangan seramai 36 orang iaitu 34 orang guru, seorang kerani dan
seorang pembantu am.
Memandangkan kepada keperluan untuk meneruskan system pendidikan yang diasaskan Sekolah
Rendah Islam Al-Irsyad, maka SMAI telah ditubuhkan sebagai kesinambungan dalam
menyediakan system pendidikan Islam secara integrasi, menyeluruh dan formal selaras dengan
Falsafah Pendidikan Islamnya.
Walaupun di peringkat awal SMAI hanya mempunyai 2 blok banggunan yang terdiri daripada
sebuah pejabat, sebuah surau, sebuah bilik makan, sebuah bilik asrama, 2 buah kelas, sebuah bilik
warden asrama, sebuah perpustakaan dan 2 buah stor tanpa kemudahan yang mencukupi seperti
makmal sains dan bengkel kemahiran hidup. Namun ianya tidaklah menjadi penghalang kepada
SMAI dalam mengharungi sistem pendidikan yang mencabar ini.
Asrama yang diwujudkan adalah untuk membantu melicinkan perjalanan pentadbiran sekolah. Di
samping menberi kemudahan penginapan, kewujudannya juga memudahkan aktivit-aktiviti
kokurikulum dijalakan.
Semoga pada masa akan datang SMAI akan dapat beroperasi dengan lebih berkesan serta dapat
memberi pendidikan yang lebih baik kepada masyarakat.
12
PROFIL SEKOLAH
1. Nama Sekolah : Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad
2. Kod Sekolah : CKX0084
3. No.Pusat: CK058
4. Lokasi : Luar Bandar
5. Daerah Pentadbiran: Kuantan
6. PPD : PPD Kuantan.
7. Status: Swasta dan berdaftar dengan JAIP (Sekolah Rakan Musleh)
8. Nama Pengetua : Encik Fauzi Bin Kori
9. Bilangan Guru : 34 orang
10. Bilangan Staf Sokongan : 2 orang
11. Enrolmen Pelajar : 350 orang
12. Emel Sekolah : [email protected]
13. Web Site Sekolah :https://irsyadkuantan.com.my
14. Alamat sekolah: Lot 19, Kg Kurnia, Batu 3 ½ Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang Darul
Makmur.
15. No. Telefon: 09 5364969 No. Fax: 09-5366408
16. Pendaftaran JAIP: KT006/97 JAIP KS 010/89
13
LAGU SEKOLAH
Taqwa dan ilmu membina kecemerlangan
Itulah teras sekolah kami
Sekolah Menengah Islam Al Irsyad
Tempat kami membina ilmu
Dunia dan Akhirat
Al quran pegangan kami
As sunnah amalan kami
Akhirat matlamat kami
Rasulullah idola kami
Kami berjanji
Untuk beramal dan berbakti
Demi Islam tercinta
Ya Allah berkatilah kami
Ya Allah ampunilah ibubapa kami
Ya Allah rahmatilah guru kami
Ya Allah peliharalah sekolah kami
Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad
ALLAHUAKBAR
14
KETERANGAN LOGO
Nama Al-Irsyad
AL-IRSYAD bermakna ”PETUNJUK”
Bentuk logo ini juga diibaratkan sebatang pokok. Sesuai dengan firman Allah SWT yang
bermaksud
”Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan keizinan Tuhannya. Allah SWT
membuat perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.”
(Surah Ibrahim: 24 – 25 )
KONSEP REKABENTUK LOGO GERBANG JALAN KEJAYAAN
SEKOLAH ISLAM AL-IRSYAD KUANTAN
ISLAM
ILMU KALAM
LUAS AMAL
MANTAP ILMU AL-QURAN
KUBAH ISLAMIK LAKSANA ISLAM KESELURUHAN
AL IRSYAD SEK. ISLAM AL-IRSYAD
15
DASAR KURIKULUM SEKOLAH
1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah penting bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan
dasar ini mengambil kira kehendak, matlamat dan keperluan Kementerian Pendidikan Malaysia
serta aspirasi Pendidikan Ikram MUSLEH. Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada
hala tuju dan pengurusan akademik sekolah ini dalam memberi khidmat yang berkualiti kepada
pelanggan.
2.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan;
2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2 memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3 Mematuhi standard kualiti pengurusan akademik KementerianPendidikan Malaysia, MUSLEH
dan sekolah.
3.0 DASAR
3.1 Dasar Kurikulum sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan seiring dengan aspirasi falsafah pendidikan Ikram MUSLEH
3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia
dan Jabatan Pendidikan Negeri.
3.3 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa.
4.0 MESYUARAT
4.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat 4 kali setahun.
4.2 Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3 Mesyuarat Panitia 4 kali setahun dan minit mestilah disediakan.
4.4 Surat panggilan mesyuarat diedarkan kepada guru 2 hari sebelum tarikh mesyuarat.
4.5 Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan kebenaran
pengetua.
5.0 SISTEM FAIL
5.1 Fail Jawatankuasa kurikulum diurus dan disimpan oleh setiausaha.
5.2 Semua fail diletakkan di pejabat.
16
6.0 PAKEJ MATA PELAJARAN
6.1 MEN BAWAH
KSSM: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Pendidikan Islam,
Sains, Sejarah, Geografi, Reka Bentuk Teknologi & Pendidikan Seni Visual.
SPIS: Al-Quran, Tajwid, Tafsir, Hadis, Feqah, Sirah, Aqidah & Nahu
6.2 MEN ATAS
PAKEJ STEM: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Pendidikan
Sariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi &
Matematik Tambahan serta Matapelajaran SPIS: Al-Quran, Tajwid, Tafsir, Hadis, Feqah,
Sirah & Aqidah
PAKEJ STEM: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Pendidikan
Sariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah, Sejarah, Sains & Perniagaan serta
Matapelajaran SPIS: Al-Quran, Tajwid, Tafsir, Hadis, Feqah, Sirah & Aqidah
6.3 TAHFIZ
Al-Quran (Hafazan) dan akademik seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab,
Matematik, Sains, Sejarah, serta Matapelajaran SPIS: Tajwid, Feqah, & Aqidah
7.0 DSK, DSKP, RANCANGAN TAHUNAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN SERTA BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR.
7.1 Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah
diperolehi dan disimpan dalam fail panitia oleh setiap guru.
7.2 Semua rancangan tahunan hendaklah disiapkan/dilengkapkan tidak lewat dari 31 Januari tahun
berkenaan.
7.3 Rancangan Tahunan hendaklah disahkan oleh Pengetua.
7.4 Rancangan pengajaran harian mengandungi 5 perkara asas
i. Tajuk/Isi Pelajaran
ii. Objektif
iii. Aktiviti
iv. KBBK
v. Refleksi
17
7.5 Buku rekod mengajar (e-RPH) dihantar setiap hari Jumaat pada setiap persekolahan minggu
berkenaan untuk disemak oleh Pengetua/PK.
7.6 Semua guru mesti membawa Buku Rekod Persediaan Mengajar setiap kali masuk ke dalam
kelas untuk tujuan PdP.
8.0 JADUAL WAKTU
8.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta Pendidikan.
8.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan
persetujuan mesyuarat kurikulum.
8.3 Mengikut dasar panggilan mata pelajaran, keutamaan akan diberikan kepada guru opsyen dan
kepakaran guru.
8.4 Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu.
9.0 GURU GANTI
9.1 Mana-mana guru yang CRK/ berkursus perlu merekod dan memaklumkan Pengetua dan GPK
1 serta mencatat dalam buku kehadiran guru.
9.2 Mencari pengganti terlebih dahulu.
9.3 Menyediakan bahan pengajaran guru ganti.
9.4 Menggantikan pelajaran yang tertinggal pada masa lain.
9.5 Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh GPK1.
10.0 WAKTU PERSEKOLAHAN
10.1 Isnin, Selasa dan Khamis - 7.40 – 3.30 petang
10.2 Rabu – 7.40 – 6.00 petang
10.3 Jumaat – 7.25 – 12.00 tengah hari
* Waktu berubah mengikut akta/ Pekeliling Ikhtisas semasa.
11.0 PEPERIKSAAN, PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
11.1 Bagi sistem KSSM kaedah pentaksiran PBD – KSSM dijalankan dengan instrumen yang di
khususkan.
11.2 Bagi murid di tingkatan 3 yang berdaftar, semua murid berhak dan layak menduduki PT-3
mengikut jadual dan kertas soalan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
18
11.3 Bagi murid di tingkatan 5 yang berdaftar, semua murid berhak dan layak menduduki SPM
mengikut jadual dan kertas soalan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
11.4. Semua murid tingkatan 3 yang berdaftar, wajib menduduki Peperiksaan Sijil Khas Agama
(SKA)
11.5 Semua murid tingkatan 4 yang berdaftar, wajib menduduki peperiksaan Sijil Pentaksiran
Pelajar Ikram MUSLEH (SPPIM)
11.6 Format Peperiksaan
11.6.1 Format – mengikut format kertas peperiksaan awam.
11.6.2 Semua pengendalian mengikut standard peperiksaan yang sebenar.
11.6.3 Masa mengikut kertas sebenar peperiksaan awam.
11.7 Jadual Pengawasan
11.7.1 Disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan PK Pentadbiran.
11.7.2 Masa adalah mengikut keperluan peperiksaan awam.
11.8 Rekod Markah
11.8.1 Markah peperiksaan direkodkan dalam Buku Persediaan Mengajar.
11.8.2 Markah peperiksaan dimasukkan ke dalam Sistem ASIS secara atas talian mengikut
tarikh yang ditentukan.
11.8.3 Slip keputusan yang lengkap diserahkan kepada ibu bapa murid bagi peperiksaan
penggal pertama dan penggal ke dua.
12.0 PEMANTAUAN
12.1 Pengajaran dan Pembelajaran
12.1.1 Pengajaran dan Pembelajaran guru/murid di bilik darjah akan dicerap sebanyak 2
kali setahun secara rasmi.
12.1.2 Guru-guru akan dicerap oleh Pengetua/ PK/Ketua Panitia mengikut Jadual
Pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.
12.1.3 Guru dinasihatkan berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk
dicerap.
12.1.4 Ketua-ketua panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panitia masing-
masing.
12.1.5 Semua Penolong Kanan akan dicerap oleh Pengetua.
19
12.2 Pengurusan Panitia
12.2.1 Pengurusan panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua Panitia mata
pelajaran.
12.2.2 Penolong Kanan akan menyelia semua panitia dua kali setahun.
12.2.3 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan
Operasi.
12.2.4 Semua panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV/ETR kohort
tertentu. Ini termasuk mengambil kiraOT1 dan headcount murid.
12.2.6 Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka membelanjakan
peruntukan yang ada secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
12.3 Bilik-bilik Khas
12.3.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab
berdasarkan Buku Panduan Pengurusan sekolah.
12.3.2 Rekod penggunaan dan peraturan serta jawatan kuasa mesti diujudkan.
12.3.3 Keselamatan bahan dan perlatan hendaklah diutamakan pada setiap masa.
14.0 BUKU TEKS, PUSAT SUMBER DAN BAHAN BACAAN
14.1 Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.
14.2 Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
14.4 Masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dibenarkan.
14.5 Waktu ketiadaan guru ganti digalakkan membawa murid ke PSS untuk mencari
maklumat.
14.9 Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan asset panitia.
15.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
15.1 Semua program utama yang berlangsung dalam PdPC dibuat berdasakan keperluan
panitia.
15.2 Dasar kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang
bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
15.3 Jawatankuasa kecemerlangan akademik adalah nadi membantu semua panitia dalam
merancang dan melaksanakan program akademik.
15.4 Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program
akademik panitia berkenaan.
15.5 Penglibatan semua penolong kanan dan kaunselor adalah wajib bagi penyelarasan
Program Akademik.
20
16.0 PERKEMBANGAN STAF
16.1 Kursus Dalaman
16.1.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas
menyerahkan minit curai kepada Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran apabila
pulang berkursus.
16.1.2 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi
bicara Pengetua dan Penolong Kanan apabila dirasakan perlu atau atas penganjur kursus.
16.1.3 Bahan edaran kursus adalah aset sekolah, guru menyimpan salinan untuk keperluan
sendiri.
17.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
17.1 Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di
peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
17.2 Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang
dianjur oleh agensi-agensi luar ke arah memertabatkan nama sekolah.
18.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
18.1 Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku
keperluan pendidikan negara.
18.2 Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa menagikut keputusan
melalui mesyuarat pengurusan kurikulum.
Kata-kata Hikmat
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang
ma`ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab
beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan
kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. Qs.3:110
Surah Al-Imran: 110
21
2. DASAR HAL-EHWAL MURID (HEM)
1. PENDAHULUAN
Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai komitmen dan tekad terhadap prestasi murid
khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka, atas dasar inilah matlamat dan
objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan, keselamatan dan akhlak serta diisiplin
murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada
bangsa, agama dan negara.
Kejayaan yang cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah
menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah dan komitmen murid-muridnya.
Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang
dianjurkan oleh Unit HEM untuk mempastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang erat
antara semua guru dan murid mampu merealisasikan wawasan sekolah ini.
2. MATLAMAT PROGRAM HEM
Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu
yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal,
memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima bagi mennyuburkan potensi kepimpinan.
3. OBJEKTIF
3.1 Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Peengurusan Hal Ehwal Murid.
3.2 Menghasilkan satu program Hal Ehwal murid yang dapat membantu kecemerlangandi
peringkat sekolah.
3.3 Membantu dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketerampilan.
4. STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT
4.1 Sistem Pendaftaran Murid.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti berikut:
- Pendaftaran di pejabat dengan menyerahkan borang maklumat murid.
- Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibu bapa atau penjaga.
- Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan maklumat murid sebelum
akhir Februari.
22
4.2 Penguatkuasaan Peraturan Sekolah
- Semua murid perlu memiliki Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah.
- Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah tanda nama.
- Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tingkatan 2 hingga ting 5
- Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut:
a. Pencalonan oleh guru kelas
b. Kursus pelaksanaan tugas dan anggungjawab.
c. Majliis watikah pelantikan.
4.3 Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan.
4.4 Pelaksanaan Program-program Kesihatan
Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti;
Pemeriksaan mata
Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri
Pemeriksaan kuku dan rambut
Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.
Pekerja kantin mendapat suntikan dari Jabatan Kesihatan.
Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti.
Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri
Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan
Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut:
Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas
Gotong-royong
Mengutip sampah dan memasukkan ke tong sampah secara spontan bila menjumpainya.
Tidak membuang sampah merata-rata.
Mempertingkatkan Peranan Guru-guru
Guru sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang tindakan
yang diambil.
Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM“.
Semua guru pelu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.
23
Melaksanakan Sesi Kaunseling dan Motivasi
Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan
kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti:
Sesi kaunseling individu
Sesi kaunseling kelompok
Lawatan khas guru kaunseling ke rumah
Pelaksanaan Modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat
Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran
melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN“.
Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pihak tertentu berkaitan
perkara berikut:
a. Keselamatan jalan raya
b. Jenayah juvana
c. Pertolongan cemas
d. Penyalahgunaan dadah
Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar
Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah yang dianjurkan oleh pelbagai
pihak seperti:
a. Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar
b. Menyertai pertandingan kokurikulum akademik
c. Menyertai pertandingan sukan dan permainan
5. AKTIVITI- AKTIVITI HAL EHWAL MURID
1. Pendaftaran tingkatan 1 dan pelajar baru sebelum sesi persekolahan awal tahun bermula.
2. Kursus Kepimpinan Pengawas, Memberi pendedahan ciri-ciri pemimpin.
Ketua Darjah dan P. Ketua Darjah
3. Watikah Perlantikan Pengawas, Pada awal tahun sesi persekolahan.
4. Sambutan Hari Guru Memberi peluang kepada murid mengucapkan terima kasih kepada guru-
guru yang mengajar mereka.
5. Latihan Kebakaran Dibuat 2 kali setahun, sekali pada penggal pertama, sekali pada penggal
kedua.
24
6. Sambutan Bulan Kemerdekaan Bermula pada 15 Ogos hingga 17 September.
7. Program Imunisasi Murid Tingkatan 1 Pada pertengahan Tahun dan diberi oleh Klinik
Kesihatan yang berhampiran.
8. Rawatan Pergigian Diberikan oleh Klinik Pergigian yang berhampiran.Pihak sekolah perlu
menyediakan bilik khas untuk doktor memberi rawatan.
9. Sesi Kaunseling Menjalanlan program kaunseling bagi membantu murid-murid terutama yang
bermasalah.
6. POLISI TARBIYAH MURID
6.1. FALSAFAH PENDIDIKAN
“Pendidikan adalah suatu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan rabbani di dalam
sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan al-quran dan as-sunnah.
Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri,
keluarga, masyarakat dan negara ke arah satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia
dan akhirat”
6.2. TUJUAN FALSAFAH PENDIDIKAN
Membina insan rabbani
Membentuk individu yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri, keluarga,masyarakat
dan Negara kea rah satu peradaban yang sejahtera
Membina insan yang mampu mengusahakan kebahagiaan dunia dan akhirat
6.3. SILIBUS TARBIYAH
Menggunakan sIlibus/Manhaj Tarbiyah Ikram Musleh secara holistik
SUKATAN PELAJARAN ILMU SYARIAH (SPIS) – secara ilmiah dalam kelas dan
Pentaksiran SPPIM
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KONSTRUK PELAJAR IKRAM
MUSLEH(PKPIM) – pentaksiran berasaskan konstruk yang ditaksir oleh ibu bapa &
murid serta guru dan murid sebagai pentaksiran yang mengandungi 11 konstruk iaitu
Aqidah,Solat ,Sahsiah Mulia,Kemahiran Kekeluargaan,Keusahawanan,Budaya
Ilmu,Kesihatan,Kawalan Sifat Mazmumah,Sistematik, Pengurusan
Masa,Berbakti,Kepimpinan dan Kemampuan
KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH
Berasaskan aktiviti-aktiviti KRSM secara seperti Kursus Kenaikan Pangkat,Kursus
Kemahiran, Program Perkhemahan, Aktiviti Mingguan di sekolah spt Kawad, Based,
25
Ikatan,Orieentering,Memasak, Menjahit,Operasi Khidmat Masyarakat,Memanah
Tradisional,Kemahiran Menyelamat di air,
Perkhemahan Peringkat Kebangsaan atau Perkhemahan Peringkat Internasional.
PROGRAM TARBIYAH
Halaqah mingguan,Tazkirah Harian, Katibah,Daurah,Puasa Sunat,kesedaran tentang isu
global seperti Palestine ,Ihya Ramadhan,Idad Duat (Murid Ting 5),Nadwah Kepimpinan
(Murid Ting 4) Daurah Ting 3 & ,Latihan Kader Duat (Murid Lepasan SPM)
6.4. SEMUA GURU ADALAH MURABBI
Semua guru wajib membawa halaqah mingguan (usrah) dan semua guru wajib terlibat dalam semua
program tarbiyah murid di sekolah.
Semua guru wajib melaksanakan PKPIM di sekolah.
Semua guru bertanggungjawab dalam tarbiyah murid di sekolah
Semua guru wajib mengikuti semua program usrah/halaqah, daurah, jilsah ruhiyah, kursus-kursus
tarbiyah, mukhayam/perkhemahan dan lain-lain program tarbiyah yang dianjurkan oleh Sistem
Pendidikan Al-Irsyad untuk staf sebagai menyediakan diri para guru dari sudut ilmu,kefahaman
dan kemahiran dalam melaksanakan program-program tarbiyah murid di sekolah
6.5. PRESTASI GURU
Sekiranya guru gagal untuk melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan atau yang diarahkan
dalam program-program tarbiyah pihak pentadbir berhak membuat potongan merit dalam
penilaian prestasi tahunan guru.
6.6. MURID
Semua murid yang bersekolah di SMAI wajib mengikuti dan mematuhi semua aktiviti dan program
tarbiah yang dilaksanakan di sekolah. Menjadi tanggungjawab ibubapa penjaga untuk memastikan
anak yang bersekolah di SMAI mengikuti program tarbiah yang dilaksanakan. Kegagalan mengikuti
program hendaklah disertakan dengan sebab-sebab yang munasabah dan boleh diterima.
Kata-Kata Hikmat
Banyak orang gagal dalam kehidupan, bukan karena kurangnya kemampuan,
pengetahuan, atau keberanian, namun hanya karena mereka tidak pernah mengatur
energinya pada sasaran.”
– Elbert Hubbard
26
3. DASAR KOKURIKULUM
DASAR 1
Tenaga Pengajar
1.1 Guru-guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali sebagai guru
penasihat.
1.2 Semua guru akan melibatkan diri dalam setiap jenis kegiatan bagi setiap bidang berikut:
a. Persatuan
b. Beruniform
c. Sukan dan permainan
1.3 semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan seperti berikut:
a. menggubal perlembagaan
b. melantik jawatankuasa
c. merekod kehadiran murid
d. melaksanakan aktiviti harian
e. membuat penilaian
f. menyediakan laporan
DASAR 2
Penyertaan Pelajar
2.1 Semua murid dimestikan menyertai setiap satu kegiatan bagi ketiga-tiga bidang
berikut:
a. persatuan
b. beruniform
c. sukan dan permainan
2.2 Semua murid diberi kebebasan untuk memilih kegiaan yang ingin disertai berdasarkan kegiatan-
kegiatan yang ditawarkan oleh sekolah. Walaubagaimanapun pihak sekolah menentukan kegiatan
yang dipilih mengikut keperluan sekolah
27
DASAR 3
Penjadualan Kegiatan
3.1 Kegiatan beruniform dan persatuan dijalankan pada setiap Rabu secara bergilir.
3.3 Semua kegiatan akan dijalankan mulai pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang.
3.4 Kegiatan hanya boleh dibatalkan atas sebab-sebab berikut:
a. cuaca buruk
b. ada aktivti besar berlangsung di sekolah
c. atas arahan/kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan Kokurikulum sahaja.
DASAR 4
Penghargaan
4.1 Memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada pelajar yang mengharumkan nama sekolah
melalui kegiatan kokurikulum berbentuk
a. barangan atau wang tunai
b. sijil penghargaan
4.2 Mewujudkan anugerah khas atlet harapan kepada pelajar yang cemerlang dalam kokurikulum.
Kata-Kata Hikmat:
“Adalah baik untuk merayakan kejayaan, tapi hal yang lebih penting adalah untuk
mengambil pelajaran dari kegagalan”.
28
1. ARAHAN AM
1.1. Selaku pekerja SPAIB semua guru adalah tertakluk segala arahan yang terdapat dalam arahan
perkhidmatan.Oleh itu semua guru adalah dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi
Perintah Am tersebut.
1.2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh
mentafsirkan dengan tepat akan kandungan perintah Am dan arahan Perkhidmatan yang lain.
1.3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian semata-mata.
1.4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
Perkhidmatan Cemerlang
1.5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara serta
matlamat Falsafah Pendidikan Islam sekolah
1.6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih dari kepentingan diri dalam menjalankan
tugas.
1.7. Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan
menjaga harta benda sekolah.
1.8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.
2. KEDATANGAN GURU
2.1. Sampai di sekolah sekurang-kurangnya 20 minit sebelum jadual pertama persekolahan
dimulakan dan balik 15 minit selepas jadual waktu terakhir atau masa yang ditetapkan oleh
Pengetua mengikut keadaan semasa.
2.2. Kehadiran masa tiba dan masa balik hendaklah di ‘thumbprint” di pejabat. Kegagalan berbuat
demikian akan merumitkan pentadbiran sekolah.
2.3. Jika sekiranya tidak dapat hadir bertugas kerana sakit, kemalangan atau kecemasan dsbnya,
guru berkenaan hendaklah segera memberitahu Pengetua dengan apa cara juga. Jika cuti lebih dari
sehari, Buku Persediaan Mengajar (e-RPH), buku rujukan, anak kunci dan surat akuan doktor
hendaklah diserahkan kepada Pengetua.
2.4. Jika terlewat sampai ke sekolah kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, hendaklah
berjumpa Pengetua terlebih dahulu menerangkan sebab kelewatan itu sebelum menjalankan tugas.
29
3. PERHIMPUNAN
3.1 Perhimpunan rasmi murid-murid dan guru-guru diadakan pada setiap Selasa. Semua
guru dikehendaki hadir dan berdiri di hadapan murid-murid atau di kiri kanan mereka. Tidak
dibenarkan guru berada di lain-lain tempat seperti kantin atau bilik guru.
3.2. Guru bertugas mingguan hendaklah mengendalikan sepenuhnya perhimpunan ini dengan
bantuan Pengawas sekolah. Aturcara perhimpunan hendaklah dijalankan seperti yang telah
ditetapkan mengikut Pekeliling Iktisas Bil. 4/1984 KP. (BS)8591/Jld.11/24 bertarikh 14.7.84.
3.3.Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah - Mesyuarat Guru,
Mesyuarat PIBG,Hari Sukan Sekolah dan Hari Anugerah Sekolah dan lain-lain yang diarahkan.
4. JADUAL WAKTU DAN MASA MENGAJAR.
4.1. Guru hendaklah mengajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan dan apa yang telah
dirancang/ditulis dalam Buku Persediaan Mengajar.
4.2. Guru tidak dibenarkan mengajar selepas masa yang dihadkan. Pertukaran kelas/guru
hendaklah dijalankan serta merta.
4.3. Semasa seseorang guru sedang mengajar, guru lain dibenarkan berada di dalam bilik darjah itu
dengan tujuan membantu P&P. Pegawai-pegawai yang datang melawat/ Penolong Kanan/ Ketua
Panitia dan Guru Besar boleh membuat penyeliaan.
4.4. Guru-guru adalah dilarang:
4.4.1. Menukar masa pengajaran/jadual waktu tanpa kebenaran Pengetua.
4.4.2. Berbual-bual dengan guru lain sewaktu P&P
4.4.3. Duduk semasa P&P
4.4.4. Memeriksa buku rampaian atau kertas ujian tanpa mempedulikan murid-murid
TETAPI memeriksa kerja murid dari seorang keseorang dalam kumpulan kecil
adalah dibenarkan 6.4.5.Membuat persediaan mengajar atau alatan semasa P&P
4.4.5. Meninggalkan atau mengganti jadual yang ditetapkan dengan pelajaran lain dengan
alasan pelajaran itu tidak penting atau guru itu tidak berminat.
4.5. Semasa mengajar Pendidikan Jasmani/aktiviti sukan permainan, guru hendaklah memakai
kasut getah dan memakai pakaian sukan iaitu seluar trek dan baju kemeja T/ pakaian muslimah
yang sesuai. Guru dikehendaki menukarkan pakaian rasmi mengajar apabila selesai mengajar
Pendidikan Jasmani/aktiviti sukan dan permainan.
4.6. Jangan membiarkan murid-murid bersenam/bermain bersendirian di padang tanpa guru
bersama. Adalah dilarang sama sekali guru memberi arahan atau sekadar memerhati sahaja dari
jauh. Risiko yang dihadapi amat tinggi jika dalam keadaan begini murid mendapat kemalangan atau
kecederaan.
30
4.7. Jika hujan atau padang tidak dapat digunakan, Pendidikan Jasmani/aktiviti sukan dan
permainan boleh dijalankan di dalam dewan (jika ada) atau di mana-mana tempat yang sesuai sama
ada di dalam atau di luar bangunan.
5. MASA TIDAK MENGAJAR
5.1. Masa ini hendaklah digunakan untuk memeriksa buku-buku rampaian, atau membuat
persediaan mengajar atau membaca buku-buku rujukan.
5.2. Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah kecuali ada urusan penting dan mendapat
kebenaran Pengetua.
6. JADUAL KEDATANGAN
6.1. Jadual Kedatangan adalah dokumen penting sekolah. Guru Kelas hendaklah menandakannya
tiap-tiap hari dan dihantar ke pejabat pada waktu pertama jadual waktu. Jika guru kelas bercuti atau
berkursus tugas ini diambil alih oleh Guru Penyelaras.
6.2. Cara menulis/mengisi/menanda semua ruangan hendaklah dipatuhi seperti peraturan yang
tercatat dalamnya.
6.3. Jadual Kedatangan mestilah ditulis hanya dengan dakwat biru atau hitam yang kekal.
6.4. Kesalahan dalam Jadual Kedatangan hendaklah dipotong dengan terang, dibetulkan dengan
menulis semula dan ditandatangani ringkas oleh guru berkenaan. Sebarang jenis pemadam tidak
dibenarkan bagi membetulkan kesalahan.
6.5. Tidak dibenarkan memotong atau memasukkan nama murid tanpa pengetahuan atau arahan
dari Pengetua.Peringatan Jadual Kedatangan adalah dokumen sekolah yang mesti dihantar dan
dikehendaki oleh pihak Audit Sekolah-Sekolah untuk diperiksa tiap-tiap tahun. Pengetua berhak
mengarahkan guru-guru yang melakukan kesilapan dalam buku kedatangan untuk menulis semula
dalam buku baru.
7. KEMALANGAN DAN KEUZURAN
7.1. Murid-murid yang didapati sakit atau kemalangan, guru kelas atau guru bertugas pada minggu
itu hendaklah segera menghubungi ibu bapa/penjaga murid berkenaan dan menghantar murid ke
hospital.
7.2. Murid sakit/mendapat kemalangan yang perlu dihantar balik ke rumah atau ke klinik/hospital
hendaklah direkod dalam Buku Laporan Guru Bertugas.
7.3. Guru kelas sepatutnya tahu sebab-sebab muridnya tidak hadir. Murid yang tidak hadir selama
3 hari berturut-turut tanpa sebarang maklumat hendaklah dilaporkan kepada Pengetua. Satu surat
peringatan 'Tidak Hadir' akan dikirimkan kepada ibu bapa/penjaga oleh guru kelas tersebut.
31
8. MENGUTIP WANG PEMBELIAN BUKU
8.1. Guru-guru tidak dibenarkan mengutip wang dari murid-nurid tanpa arahan atau kebenaran
bertulis dari Pengetua
8.2. Murid-murid tidak boleh diarah atau dipaksa untuk membeli buku-buku panduan, buku kerja,
buku bacaan tambahan dsbnya sebelum mendapat kebenaran Pengetua.
8.3. Sebarang kutipan wang/yuran sekolah hendaklah diserahkan secepat mungkin kepada
Pengetua. Resit rasmi sekolah hendaklah dikeluarkan/diberikan kepada murid yang menjelaskan
yuran.
9. BUKU RUJUKAN GURU
1. Buku-buku rujukan/risalah-risalah hak sekolah yang dipinjam hendaklah dipulangkan semula
pada hujung tahun atau apabila bertukar sekolah. Jika hilang hendaklah diganti.
10. BUKU LATIHAN/RAMPAIAN, UJIAN DAN PENILAIAN
10.1. Semua kerja latihan, ujian dan penilaian yang diberi kepada murid-murid hendaklah diperiksa
segera selepas diajar atau dijalankan
10.2. Latihan hendaklah diberi tiap-tiap hari/selalu dan ujian topikal mengikut keperluan P&P
untuk mengetahui tahap pencapaian/prestasi murid-murid. Semua kertas ujian mestilah
dimasukkan ke dalam fail prestasi tiap-tiap murid.
10.3. Pengetua/Penolong Kanan dan Ketua Panitia akan memeriksa buku-buku rampaian/latihan
dan buku kerja murid-murid sebanyak 5 buah ATAU bilangan yang diambil secara rawak. Begitu
juga fail prestasi murid.
10.4. Slip Laporan Kemajuan prestasi murid hendaklah dipenuhi tiap-tiap kali ujian bulanan,
pertengahan tahun dan akhir tahun sebagai ukuran penilaian yang tepat, hasil dari
penilaian/peperiksaan yang diberi. Satu salinan slip laporan hendaklah difailkan dan diserahkan
kepada Pengetua untuk ditandatangani dan disimpan di pejabat sekolah.
11. GURU BERTUGAS.
11.1. Guru bertugas akan ditetapkan mengikut tugas mingguan bagi sekumpulan guru. Masa
bertugas ialah sepanjang masa persekolahan hari iaitu dari 7.30 pagi hingga 4.00 petang/6.00
petang
11.2. Bertanggungjawab mengawasi semua hal mengenai murid - murid dan pastikan mematuhi
peraturan sekolah.
32
11.3. Menulis catatan ke dalam"Buku Laporan Guru Bertugas" segala yang berlaku pada hari
berkenaan termasuk topik-topik lain yang perlu perhatian seperti perhimpunan, kebersihan, kantin,
tandas dsbnya.
11.4. Kumpulan guru bertugas yang terdiri dari guru - guru subjek dikehendaki melengkap dan
menceriakan papan kenyataan yang telah ditetapkan dengan bahan - bahan yang berfaedah untuk
panduan murid - murid.
12. GERAKERJA KOKURIKULUM.
12.1. Gerakerja sukan & Permainan, Kelab Persatuan dan Gerakerja Unit Beruniform KRSM
dijalankan pada hari Rabu jam 3.00 - 6.00 petang mengikut Takwim Sekolah.
12.2 Guru yang terlibat hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya tentang kehadiran dan
keselamatan murid - murid serta peralatan yang digunakan. Semua murid dan guru diwajibkan
memakai pakaian seragam pada setiap hari Rabu.
12.3. Pastikan kegiatan yang dibuat dijalankan dengan penuh minat, bersungguh - sungguh dan
mencapai tahap kemajuan / prestasi yang boleh dibanggakan.
12.3. Semua guru-guru adalah diwajibkan hadir, giliran tidak dibenarkan. Bertanggungjawab
menyediakan/ membuat laporan mengenai kegiatannya apabila dikehendaki oleh Pengetua.
13. PERATURAN PEJABAT.
13.1. Guru - guru adalah ditegah mengambil fail-fail, atau dokumen dari pejabat sekolah tanpa izin
Pengetua. Walau-bagaimanapun surat penting untuk tindakan guru berkenaan boleh difotostat
dengan syarat terlebih dahulu memberitahu ketua kerani sekolah dan direkodkan ke dalam "Buku".
Tindakan yang perlu mestilah dijalankan dengan kemas dan memuaskan mengikut tarikh yang
dikehendaki selesai.
13.2. Guru - guru adalah dilarang :
13.2.1. Membaca surat - surat yang berada di atas meja Pengetua, Penolong Kanan atau
Kerani.
13.2.2. Mengambil / membaca "Buku Diari Sekolah " melainkan dengan izin Pengetua atau
Penolongnya.
13.2.3. Mengambil / menulis buku - buku stok kecuali guru berkenaan yang
dipertanggungjawabkan.
13.2.4. Berbual - bual atau membuat kerja di pejabat untuk membuat sesuatu urusan tanpa
kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan.
13.2.5. Mengarahkan kakitangan pejabat untuk membuat sesuatu urusan tanpa kebenaran
Pengetua atau Penolong Kanan.
13.2.6. Menggunakan telefon pejabat untuk tujuan peribadi.
33
14. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
14.1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta
benda sekolah.Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak
sengaja hendaklah dibawa kepengetahuan pihak sekolah.
14.2. Ketua Panitia hendaklah mempastikan ada peraturan - peraturan mengenai penggunaan bilik
- bilik khas seperti bilik makmal sains, stor, surau, dan bilik - bilik khas yang lain.
14.3. Semua kunci hendaklah disimpan di pejabat, ini adalah termasuk kunci - kunci yang
dipenduakan oleh guru – guru. Jika guru - guru hendak menyimpan kunci pendua untuk bilik -
bilik tertentu, kebenaran bertulis dari Pengetua hendaklah diperolehi. Guru tersebut adalah
bertanggungjawab terhadap bilik berkenaan.
15. KEBERSIHAN
15.1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas. Jadual giliran tugas pelajar
hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan hendaklah digunakan rapi dan
disimpan dengan selamat.
15.2. Ketua Panitia, guru bilk khas dan guru - guru yang menggunakan bertanggungjawab menjaga
bilik tersebut.
15.3. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar -
pelajar.
16. SURAT – MENYURAT
16.1. Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak
berkenaan.
17. SURAT YANG DITERIMA
17.1. Surat yang diterima oleh pihak sekolah yang diedarkan kepada guru hendaklah diambil
tindakan dengan kadar segera.
17.2. Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada pengetua,
surat itu bolehlah disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
17.3. Jika surat itu dituju kepada Pengetua, surat itu akan diedaran kepada guru berkenaan. 17.3.1.
Mengambil tindakan yang diperlukan.
18. PERGI KE PPD , JPN dan Musleh
18.1. Guru - guru tidak digalakan ke PPD, JPN atau Musleh tanpa surat rasmi daripada Pengetua.
34
19. CUTI
19.1. Cuti Rehat/ Cuti Penggal. Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP (PP)
004.SJ/A/(30) Bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah.
Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti
sesuatu tahun untuk menjalankan tugas - tugas seharian daripada tugas mengajar.
19.2. Cuti sakit
19.2.1. Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut - turut
hendaklah disahkan oleh pegawai perubatan bertauliah.
19.2.2. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 14 hari dalam setahun.
19.2.3. Cuti sakit yang melebihi 90 hari dalam setahun sama ada berterusan atau putus - putus akan
dilaporkan kepada Ahli Jemaah Pengurus untuk menentukan pembayaran gaji.
19.3. Cuti Tanpa Gaji.
19.3.1. Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebab - sebab
persendirian yang mustahak
19.3.2. Cuti Tanpa gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua
cuti rehatnya.
19.3.3. Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap - tiap genap tahun perkhidmatan tetapi
tidak melebihi 180 hari.
19.3.4. Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalammasa 4 tahun.
19.3.5. Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Ahli
Jemaah Pengurus.
19.4. Cuti Sambilan
19.4.1. Cuti Sambilan ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
18.4.2. Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab - sebab kecemasan dan upacara
agama bagi tempoh berikut
7 hari dalam setahun untuk guru berkhidmat kurang daripada 10 tahun
10 hari dalam setahun untuk guru berkhidmat 10 tahun ke atas
(Dengan syarat tidak mengganggu proses PdPC
19.5.Cuti Keluar Negara
19.5.1. Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan AJP. Sila isikan
borang permohonan yang ada di pejabat selewat - lewatya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.
*MULAI 2020 PERMOHONAN CUTI DIKEHENDAKI DILAKUKAN MENGGUNAKAN
APLIKASI E-BOSS
35
20.PAKAIAN
20.1. Guru lelaki hendaklah memakai kupiah / songkok, seluar slack, berkemeja atau berbaju raihan
serta berkasut. Jubah hanya dibenarkan untuk guru tahfiz sahaja. Pemakaian seluar jeans, kemeja
T dan selipar adalah dilarang semasa PdPC
20.2. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut yang sesuai.
20.3 Guru perempuan mestilah memakai pakaian yang menutup aurat, longgar, tidak jarang, warna
yang tidak terlalu terang, berstoking dan tidak memakai kasut yang berbunyi kuat. Tudung yang
dipakai mestilah menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Guru juga dilarang
bersolek dan memakai hiasan serta wangian yang keterlaluan.
20.4. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. Guru
perempuan :trek, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit. Guru lelaki : Seluar
trek / seluar panjang yang sesuai. Kemeja sukan baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah
tanpa tumit.
20.5. Pada hari Rabu semua guru diwajibkan memakai baju Unit Beruniform. Pada hari Khamis
semua guru digalakkan memakai baju batik.
21. PERHUBUNGAN SESAMA GURU
21.1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama
guru dan sentiasa mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan dapat mewujudkan perasaan
kekitaan dan kebersamaan.
21.2. Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/ fahaman / pendapat/
kepercayaan kepada guru atau pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.
21.3. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial sosio
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
22. BILIK GURU.
22.1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru. Ini termasuk
keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
22.2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini dianggap
sebagai "non-teaching period" bukannya "free period". Oleh itu, guru hendaklah menggunakan
masa tersebut di bilik guru untuk perkara perkara yang berkaitan dengan PdPC.
22.3. Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru ataupun mengadakan
aktiviti berbentuk PdP di bilik guru
22.4. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama - sama bertanggungjawab memastikan
suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana - mana pihak.
36
23. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN.
23.1. Jikalau guru menghadapi masalah dalam perjawatan, mereka boleh berurusan dengan
Pembantu Tadbir atau Pengetua.
23.2. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran boleh berurusan dengan Guru Ketua
Panitia, Guru Cemerlang atau Penolong Kanan atau Pengetua.
24. TUGAS
24.1. Guru akan diberi tugas - tugas kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka
melaksanakan tugas – tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
24.2. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/ arahan misalnya menghadiri
mesyuarat, pergi ke JPN / PPD / Musleh atau ke sekolah lain guru hendaklah, mengambil tindakan
sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarah guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan
Pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan bersama, maka ia mesti
sampai ke pengetahuan Pengetua. Semua bahan - bahan mesyuarat / kursus hendaklah
disampaikan kepada Pengetua untuk simpanan pihak sekolah.
25. PELAWAT
25.1. Semua pelawat (JPN/PPD/Musleh/Ketua Pentaksir/Ketua Pengawas Peperiksaan dsb)
dimestikan berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru - guru tidak
dibenarkan berbincang dengan wakil firma atau penjual - penjual kecuali dengan kebenaran
Pengetua.
26. MEMBELI BARANG
26.1. Guru yang hendak membeli barang untuk sekolah/unit masing-masing/program mesti
memohon kebenaran secara bertulis sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum tarikh program
daripada Pengetua.
26.2. Borang itu hendaklah disahkan oleh Ketua Panitia / Penolong Kanan sebelum diluluskan
oleh Pengetua.
27.4 Guru berkenaan hendaklah menyediakan laporan perbelanjaan beserta resit pembelian dan
memulangkan baki wang kepada pengetua selewat-lewatnya seminggu selepas program.
28. MESYUARAT GURU
28.1. Dari masa ke masa Pengetua akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua guru ke
mesyuarat ini adalah diwajibkan.
28.2. Guru - guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Penolong Kanan
dan Ketua Panitia.
37
29. BUKU STOK DAN INVENTORI (perpustakaan, SPBT, makmal Sains, bengkel KH,
Stor Sukan Permainan, Stor KRS, Bilik Guru, PA sistem)
29.1.Guru Penolong Kanan / penyelaras/ketua unit/Ketua Panitia dan guru - guru
bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku
stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa kemaskini. Buku ini akan disemak dari masa
ke masa oleh Pengetua / Penolong Kanan.
30. TANDA NAMA
30.1. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah.
31. KEAHLIAN KELAB
31.1. Semua guru secara automatik menjadi ahli BKKI dan PIBG sekolah.
31.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.
32. PENGGUNAAN ALAT - ALAT.
32.1. Penggunaan alat - alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.
32.2. Mesti mendapat kebenaran daripada ketua - ketua bahagian atau Penjaga stok.
32.3. Bertanggungjawab menggunakan alat - alat dengan baik dan memulangkannya kembali
dengan segera dalam keadaan yang baik.
32.4. Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta.
33. ARAHAN DAN PEKELILING
33.1. Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti
dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.
33.2. Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya dalam fail
khas guru sendiri.
33.3. Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pendidikan / PPD / Musleh guru
hendaklah mengembalikannya segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.Peringatan
Kegagalan mematuhi arahan - arahan yang ada guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
*SEBARANG TUGAS DAN ARAHAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA DASAR
YANG DITETAPKAN OLEH AHLI JEMAAH PENGURUS SPAIB DAN SEKOLAH
ATAU MANA- MANA LEBIH BAIK.
38
SENARAI NAMA GURU SMAI 2020
GURU SINGKATA EMEL NO.
Adib Izdiyad B Zainal N NAMA [email protected] TELEFON
0142961752
AIZ 01129227903
0143029598
Ahmad Fakhrusy Syakirin B Hashim AFS [email protected] 0132538900
0148218857
Ahmad Syamil B Azalan ASA [email protected] 0148315146
0145160049
Ainul Mardiyah Bt Yahaya AMY [email protected] 0199391262
0172227206
Amirul Izham B Ramdan AIR [email protected] 0122206664
0139794882
Asmaliza Bt Zainal Abidin ASZ [email protected] 0146119348
0139805529
Azrul B Azhar AZA [email protected] 0195796844
0139552287
Faridah Hanim Bt Salleh FHS [email protected] 0145306604
0139872483
Fatimah Mardhiyah Bt Izram FMI [email protected] 0139316162
0145348684
Fauzi B Kori FK [email protected] 01131993628
0145062417
Huzaifah Fadhil B Mohamad HFM [email protected] 0136466368
0139777713
Kautsar Izzati Bt Mohd Shukry KIMS [email protected] 0179877785
0139333158
Khadzijah Bt Mohamad KM [email protected] 0132650107
01131993685
Muhammad Alif B Hazlan MAH [email protected] 0139990899
0139558113
Mohamad Dasuki Bin Mohd Lebar MDML [email protected] 0126511974
0145174295
Mohamad Hazwan B Rouzlan MHR [email protected] 01116537071
0139147124
Mohamad Zamir Akram B Zainal Abidin MZA [email protected] 0199133012
Mohd Barizal B Muda MBM [email protected]
Muhammad Khairul Asyraf B Aminuddin MKA [email protected]
Muhammad Syahrulnizam B Mohd Supian MSN [email protected]
Nik Ahmad Safwan B Nik Arif NASA [email protected]
Noorazlina Bt Jamal NAJ [email protected]
Nor Arina Bt Mad Radzi NAMR [email protected]
Nor Hanina Bt Sulaiman NHS [email protected]
Norhayati Bt Ahmad Saleh NAS [email protected]
Norsabsuharlida Bt Kamal NSK [email protected]
Nur ‘Ayuni Bt Mohd Abd Sukor NAMS [email protected]
Nur Asila Bt Abd Khar NAAK [email protected]
Nurhidayah Bt Wahab NHW [email protected]
Nurul Iman Bt Mohd Darus NIMD [email protected]
Nuruljannah Bt Nordin NJN [email protected]
Siti Hajar Bt Mohamad Taib SHMT [email protected]
Syarifah Sarah Izzati SSI [email protected]
Zamri B Mustafa MZM [email protected]
39
40
41
4
42
TAKWIM 2020
MINGGU DISEMBER 2019 BULAN REFLEKSI
TARIKH
PENTADBIRAN & HEM KOKURIKULUM CATATAN
HARI KURIKULUM
1 AH
2 IS
1 3 SE
4 RA
5 KH
6 JU
7 SA
8 AH
9 IS
2 10 SE
11 RA
12 KH
13 JU
14 SA
15 AH
16 IS
3 17 SE
18 RA
19 KH Pengumuman
Keputusan PT3
20 JU
21 SA
22 AH
Mesyuarat Guru Bil 1
23 IS Mesyuarat Kurikulum Mesyuarat HEM Bil 1 Mesyuarat Kokurikulum Bil 1
4 Bil 1
24 SE KEMASKINI ERPH, RPT, SKT
25 RA CUTI KRISMAS
26 KH PELAN TAKTIKAL
27 JU KEMASKINI FAIL BIDANG, PANITIA, PROGRAM & PAPAN KENYATAAN
28 SA
29 AH
5 30 IS
31 SE Mesyuarat Bidang Bil 1
Mesyuarat Panitia Bil 1
43
JANUARI BULAN KASIH SAYANG
MINGGU PENTADBIRAN & HEM KOKURIKULUM CATATAN
TARIKH KURIKULUM
HARI
1 1 RA CUTI TAHUN BARU 2020
2 KH MOM
3 JU MOM
4 SA
5 AH PENDAFTARAN 1
TAHFIZ
2 6 IS TAKLIMAT TING 4 / KEM JATI DIRI TF
7 SE KEM JATI DIRI TF
8 RA KEM JATI DIRI TF
9 KH
10 JU
11 SA KURSUS. KEPIMPINAN
12 AH
3 13 IS PERMUAFAKATAN BESTARI 1 & 2
14 SE PERMUAFAKATAN BESTARI 3
15 RA LATIHAN MERENTAS
DESA
16 KH PERMUAFAKATAN BESTARI 5
17 JU
18 SA ACARA MERENTAS
DESA
19 AH
4 20 IS
21 SE
22 RA
23 KH
24 JU
25 SA
26 AH
5 27 IS
28 SE
29 RA Sukantara/Hari
Persada Ilmiah
30 KH Sukantara/Hari
Persada Ilmiah
31 JU Sukantara/Hari
Persada Ilmiah
44
-MINGGU FEBRUARI BULAN HORMAT MENGHORMATI
TARIKH
PENTADBIRAN & HEM KOKURIKULUM CATATAN
HARI KURIKULUM
5 HARI KEJOHANAN
1 SA OLAHRAGA &
BALAPAN.
2 AH
6 UJIAN
DIAGNOSTIK(F3/f5) /
3 IS PERMUAFAKATAN
BESTARI 4
4 SE UJIAN
DIAGNOSTIK(F3/f5)
5 RA UJIAN
DIAGNOSTIK(F3/f5)
6 KH UJIAN
DIAGNOSTIK(F3/f5)
7 JU KURSUS KEMAHIRAN
BELAJAR
8 SA
9 AH Katibah 1 & motivasi
7 10 IS pelajar
11 SE
12 RA
13 KH Jilsah 1
14 JU
15 SA AMALI.SPPIM
16 AH
8 17 IS
18 SE
19 RA
20 KH
21 JU
22 SA
23 AH
9
24 IS
25 SE
26 RA
27 KH
28 JU KP Anggota Berpangkat
KP Anggota Berpangkat
29 SA
45
MINGGU MAC BULAN BERTANGGUNGJAWAB CATATAN
TARIKH HEM KOKURIKULUM
PENTADBIRAN &
HARI KURIKULUM
9 1 AH Firedrill
10 2 IS
3 SE
4 RA
5 KH
6 JU
7 SA Kursus G1
8 AH
11 9 IS
10 SE
11 RA SEGAK 1 SEGAK 1
12 KH
13 JU
14 SA
15 AH KKP
16 IS KKP
17 SE CUTI PERTENGAHAN SEM 1 KKP
18 RA KKP
19 KH KKP
20 JU
21 SA
22 AH
12 23 IS
24 SE
25 RA
26 KH
27 JU Katibah 2 Mukhayyam
28 SA Mukhayyam
29 AH Mukhayyam
13 30 IS Cuti Ganti
31 SE
46
MINGGU APRIL BULAN KEGEMBIRAAN
TARIKH
PENTADBIRAN & HEM KOKURIKULUM CATATAN
HARI KURIKULUM
13 1 RA Idad Duat
2 KH Idad Duat
3 JU
4 SA YAUMUL IHTIFAL 24
5 AH
Jilsah 2 KK KRS
14 6 IS KK KRS
7 SE
8 RA KK KRS
9 KH KK KRS
10 JU
11 SA 1 RAMADHAN
12 AH HIFZIL QURAN
15 13 IS Iftor Jamaie
14 SE
15 RA
16 KH
17 JU
18 SA
19 AH
16 20 IS
21 SE
22 RA
23 KH
24 JU
25 SA
26 AH
17 27 IS
28 SE
29 RA
30 KH
47
MINGGU MEI BULAN KASIH SAYANG
TARIKH PENTADBIRAN &
HEM KOKURIKULUM CATATAN
HARI KURIKULUM HARI PEKERJA
17 1 JU PPT HARI WESAK
PPT NUZUL QURAN
2 SA PPT
3 AH PPT
18 4 IS
PPT
5 SE PPT
6 RA PPT
7 KH PPT
8 JU PPT
PPT
9 SA PPT
10 AH HARI RAYA AIDIL FITRI
19 11 IS 21 MEI– 25 MEI 2020
12 SE CUTI PERTENGAHAN TAHUN
13 RA 25 MEI – 31 MEI 2019
14 KH
15 JU
16 SA
17 AH
20 18 IS
19 SE
20 RA
21 KH
22 JU
23 SA
24 AH
25 IS
26 SE
27 RA
28 KH
29 JU
30 SA
31 AH
48