The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BSS3137- HIKAYAT PELANDUK JENAKA (Syeikh Alam Berlawan Raksasa)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazwanibakri2000, 2022-06-05 08:36:36

BSS3137- HIKAYAT PELANDUK JENAKA (Syeikh Alam Berlawan Raksasa)

BSS3137- HIKAYAT PELANDUK JENAKA (Syeikh Alam Berlawan Raksasa)

Hikayat
Pelanduk
Jenaka

(Syeikh Alam Berlawan Raksasa)

AHLI

KUMPULAN 1

1. Siti Noor Syazwani Binti Bakri (D20201093419)
2. Nur Qistina Emylia Binti Zaidar Fakhri (D20201093364)
3. Muhammad Syakir Aiman Bin Hasbullah (D20192091245)

4. Muhammad Zul Azari Ar Rahim (D20192091261)
5. Mohamad Syuaib Bin Ahmad Zamri (D20201093294)

PENGENALAN

Hikayat Pelanduk Jenaka merupakan salah satu prosa
tradisional dalam kategori sastera lisan. Hikayat ini
merupakan cerita rakyat yang berasal daripada
masyarakat dan berkembang dalam masyarakat pada
masa lampau. Cerita hikayat ini menjadi ciri khas
setiap bangsa bagi memiliki budaya yang beraneka
ragam. Pada umumnya, cerita rakyat mengisahkan
suatu kejadian di suatu tempat atau asal usul bagi
sesebuah tempat. Tokoh-tokoh yabg dimunculkan
dalama cerita rakyat umumnya diwujudkan dalam
bentuk binatang, manusia mahupun dewau kejadian
di suatu tempat atau asal sebab suatu tempat. Tokoh-
tokoh yang dimunculkan dalam cerita rakyat
umumnya diwujudkan dalam bentuk binatang,
manusia mahupun dewa.

Pada suatu hari, Tuan Syeikh Alam di-Rimba memberikan pesan kepada semua penghuni hutan
supaya lebih berwaspada. Hal ini kerana di dalam firasatnya akan terjadi sesuatu kepada penghuni
hutan tersebut.

Jika terjadi sesuatu kepada mana-mana penghuni hutan, perlulah berjumpa dengannya seminggu
sekali dan perlu membawa makanan serta kayu sebagai tanda bersahabat dan memberitahu
kepadanya.

Pada suatu hari, Sang Kijang pergi bermain-
main sehingga ke sungai Tinam dan takjub
melihat keindahan sungai itu. Sang Kijang segera
memberitahu rakan-rakannya yang lain. Maka,
Sang Badak, Sang Kerbau, Sang Seladang, Sang
Rusa, Sang Kijang, Sang Siamang dan Sang Ungka
yang mendengar berita itu segera ke Sungai Tinam
untuk menangkap ikan. Setelah sampai, mereka


terus menangkap ikan dan mengumpulkan ikan

yang ditangkap di sebuah tempat. Mereka ingin
menangkap ikan lagi dan Sang Beruang menawarkan diri untuk menjaga ikan-ikan tersebut. Sang
Kijang ada memberi amaran tentang raksasa yang ada ditempat itu namun Sang Beruang dengan
yakinnya berkata akan melawan jika raksasa itu muncul untuk mencuri ikan.

Tidak lama kemudian setelah rakan-rakannya yang lain pergi menangkap ikan meninggalkan
Sang Beruang keseorangan. Tiba-tiba datanglah raksasa ingin meminta ikan daripada Sang Beruang
kerana perutnya lapar. Sang Beruang yang terkejut dengan teguran raksasa itu segera menoleh ke
belakang dan melihat raksasa yang sangat buruk dan ganas.

Maka, berlarilah Sang Beruang dalam ketakutan tanpa melihat kiri dan kanan sehingga badannya
luka terkena sesuatu tetapi tidak diendahkannya kerana menyangka raksasa itu menerkamnya. Sambil
berlari Sang beruang menoleh ke belakang dan melihat raksasa itu tidak bergerak dari tempatnya.

Dengan perlahan Sang Beruang mendekati raksasa dan melihat habis ikan yang dikumpulkan tadi
dimakan oleh raksasa. Raksasa memberitahu Sang Beruang bahawa dia tidak akan memakan Sang
Beruang lagi kerana perutnya sudah kenyang dan Sang Beruang perlu mencari ikan lagi untuknya
supaya Sang Beruang tidak dimakan oleh raksasa. Setelah raksasa berlalu pergi. Sang Beruang yang
melihat ikannya habis dimakan berasa amat marah kepada raksasa.

Menjelang petang, Sang Badak dan rakan-rakan rimba yang lain pun pulang ke tempat Sang Beruang menjaga
ikan dengan membawa ikan yang sangat banyak. Melihat ikan yang ditinggalkan untuk dijaga oleh Sang Beruang
tadi tiada, maka Sang Badak pun bertanya, "Hai Sang Beruang, ke manakah perginya ikan kita tadi?". Sang
Beruang pun menjawab, "Janganlah ditanya banyak-banyak, aku pun hampir dimakan oleh raksasa jahanam itu
tadi!"

Setelah mendengar penjelasan Sang Beruang, maka Sang Seladang dengan beraninya berkata dia yang paling
cekap menunggu ikan-ikan itu dan akan berlawan dengan raksasa tersebut sekiranya ia datang lagi esok sambil
menunjukkan cara berlawan. Namun begitu, keadaan yang sama masih terjadi walaupun penjaga ikan bertukar-
tukar termasuklah Sang Harimau yang terkenal dengan sifat berani dan gagah perkasa.

Pada keesokan harinya, menjadi giliran Sang Badak untuk menjaga ikan. Sementara
menunggu penghuni rimba yang lain pergi mengambil ikan, Sang Badak pun mula
mengidupkan api. Namun begitu, kepulan asap yang keluar dilihat oleh raksasa dan ianya
perlahan-lahan datang kepada Sang Badak. Kedatangan raksasa telah mengejutkan Sang Badak
yang menyebabkan ianya lari lintang pukang sehingga habis badanya terluka akibat jatuh dan
terlanggar pokok sehingga tumbang. Sang Kera melihat Sang Badak sedang melarikan diri
seperti orang gila seraya bertanya tentang luka yang terdapat pada tubuhnya. Dengan nada
sombong Sang Badak menjawab ianya telah berlawan dengan raksasa dan berjaya
mengalahkannya.

Namun, segala pembohongan itu telah terbongkar apabila semua penghuni rimba keluar
mencari Sang Badak. Dalah perjalanan tersebut mereka menemukan banyak pokok tumbang
yang merupakan jalan Sang Badak melarikan diri. Setelah itu mereka meneruskan pencarian
sehingga menemukan Sang Badak. Seraya itu Sang Harimau bertanya kepadanya dimanakah
kesemua ikan itu. Apabila mendengar jawapan daripada Sang Badak, Sang Harimau lalu
menyindirnya. Hal ini menyebabakan Sang Badak tunduk malu dan tidak berkata apa-apa.



Kemudian, Sang Badak dan Sang Rimau pun muncul bersama kawasan Seladang dan seluruh
kawanan sahabat. Lalu bertanya Seladang kepada Sang Badak mengapa dengan badan-badannya
yang luka itu? Maka Sang Badak menjawab bahawa badannya dicakar-cakar oleh raksasa setelah
permintaan raksasa tidak dipenuhi. maka berhentamlah mereka berdua. Tetapi raksasa dibantu
oleh kawannya sehingga menyebabkan Sang Badak melarikan diri kerana tidak terdaya hendak
melayan sekali mahu ajal menjemputnya kelak kalau dilayan.

Namun para sahabat berpendapat bahawa kata-kata Badak ini hanya menipu! Kerana jelas
terlihat lukanya itu disebabka duri dan dahan pokok. Lalu Seladang bertanya jika ada yang
sanggup ditinggalkan sendirian, dia akan mengambil ikan itu namun sahabat rimba sekalian
tidak berani dan berangkat pulanglah mereka semua. Semasa dalam perjalanan pulang mereka
berbincang untuk mencari jalan bagi melawan raksasa yang telah menganiaya mereka. Sang
Seladang bersuara menyatakan bahawa ada khabar angin mengatakan terdapat seekor pelanduk
jenaka yang terkenal dengan kecerdikannya dan kuat kurnia daripada baginda Ali.



Para rimba bersetuju agar mereka menghadap Si Pelanduk. Maka
menujulah mereka ke tempat Tuan Syeikh Alam di-Rimba. Mereka terus
memberitahu kepada Tuan Syeikh Alam di-Rimba bahawa maksud
kedatangan mereka adalah kerana mereka semua telah dianiayai oleh sang
raksasa yang menghuni Sungai Tinam dan berceritakan tentang kisah ikan
mereka yang dirampas oleh raksasa. Maka Tuan Alam Rimba menjawab
bahawa dia akan melawan raksasa itu atas permintaan isi rimba sekalian.

Kemudian, Tuan Alam Rimba mengalihkan pandangannya ke Sang Badak
dan bertanyakan mengapa dengan badannya yang terlihat luka dan comot
serya badak menjawab kerana perbuatan raksasa. Namun lain fikirannya si
Pelanduk kerana dia tahu bahawa ini hanya luka hutan dan duri dan beliau
menjawab dalam tujuh hari dari sekarang Tuan Syeikh Alam di-Rimba akan
pergi menangkap raksasa itu



Mendengar jawapan Tuan Syeikh Alam Rimba menyebabkan Sang Badak berasa malu dihadapan
sekalian isi rimba. Hal ini menyebabkan Sang Badak berang seraya berkata mengapa sekalian kamu
melarikan diri lintang pukang bertemu dengan raksasa dan tidak berhadapan terus dengan raksasa. Badak
merasakan bahawa bukan dia sahaja yang patut dipersalahkan tapi sekalian isi rimba. Bagi menenangkan
keadaan Tuan Syeikh Alam Rimba berkata jangan kalian bertelagah sesama sendiri berkenaan dengan
raksasa. Dia berasa bertanggungjawab untuk menangkap raksasa itu. Mendengar jawapan itu maka semua
isi rimba akur dan bertanya bila Tuan akan mula berangkat? Lalu Si Pelanduk menjawab 7 hari dari
sekarang.

Cukup tujuh hari maka mereka semua bergerak menuju ke raksasa itu bersama-sama. Semua haiwan
sudah bersiap sedia dan menunggu arahan Tuan Rimba sahaja untuk bertolak bersama-sama. Mereka
bergerak dengan Tuan Rimba menaiki seladang putihnya dan berjalan menuju ke Sungai Tinam tempat
raksasa. setelah beberapa lama berjalan akhirnya mereka sampai ke sungai. Tuan Rimba meminta agar
disediakan rotan baginya untuk membuat gegelung.
. Kemudian, segala isi rimba mencari rotan dan setelah mendapatkan rotan lalu mereka membawakan
rotan tersebut kepada Tuan Syeikh Alam di Rimba. Tuan Syeikh Alam telah mengajak segala isi rimba
untuk mengambil ikan di sungai Tinam. Setelah menerima arahan daripada Tuan Syeikh Alam, lalu mereka
pergi mengambil ikan dengan banyak sekali. Tuan Syeikh Alam di- Rimba telah mengarahkan kesemua isi
rimba untuk bersembunyi dan apabila baginda bertempik mereka perlu menghadap Tuan Syeikh Alam.



Kemudian, segala isi rimba mencari rotan dan
setelah mendapatkan rotan lalu mereka
membawakan rotan tersebut kepada Tuan Syeikh
Alam di Rimba. Tuan Syeikh Alam telah mengajak
segala isi rimba untuk mengambil ikan di sungai
Tinam. Setelah menerima arahan daripada Tuan
Syeikh Alam, lalu mereka pergi mengambil ikan
dengan banyak sekali. Tuan Syeikh Alam di- Rimba


telah mengarahkan kesemua isi rimba untuk
bersembunyi dan apabila baginda bertempik mereka
perlu menghadap Tuan Syeikh Alam.

Selepas mendengar arahan tersebut, segala isi rimba pun bersembunyi dan Tuan Syeikh Alam mula
menghidupkan api untuk membakar ikan. Asap api itu telah menampakkan raksasa. Raksasa mula melihat
Pelanduk yang sedang meniup api yang bertujuan untuk merawat badannya yang sedang sakit. Kemudian
Tuan Syeikh Alam menanyakan apakah tujuan raksasa datang ke kawasannya. Kemudian raksasa mula
menyatakan tujuannya bahawa dia hendak meminta ubat-ubatan dan meminta ikan yang telah dibakar oleh
Tuan Syeikh Alam.

Selepas mendengar permintaan raksasa, Tuan Syeikh Alam di-Rimba memberitahu kepada raksasa
bahawa, sebelum berubat dia tidak boleh makan ikan tersebut. Setelah mendengar apa yang
dikatakan oleh Tuan Syeikh Alam di-Rimba, lalu mereka meneruskan perubatan dan sekalli lagi
Tuan Syeikh Alam di-Rimba mengarahkan raksasa untuk mencuba dahulu ubatan dan
memberitahu kepada raksasa supaya jangan memutuskan simpai yang akan dimasukkan.
Setelah mendengar arahan tersebut, raksasa pun bersetuju. Kemudian, Tuan Syeikh Alam di-Rimba
mula memasukkan simpai itu pada siku dan lutut raksasa itu secara berkali-kali sehingga raksasa
tidak boleh bergerak. Selepas memasukkan simpai tersebut, Tuan Syeikh Alam di-Rimba
mengarahkan supaya raksasa supaya memutuskan simpai yang telah dimasukkan suoaya tubuh
raksasa itu kembali pulih. Namun begitu, cubaan raksasa tidak berjaya walaupun telah
menggulingkan badannya ke tanah. Tuan Syeikh Alam di-Rimba mengarahkan raksasa untuk
mendiamkan tubuhnya dengan alasan untuk meletakkan ubat di kepala raksasa. Namun begitu,
Tuan Syeikh Alam di-Rimba mencakar mata raksasa dengan taringnya menyebabkan mata raksasa
pecah dan raksasa meraung menyebabkan seluruh isi rimba melihat raksasa terkangkang dan
sebelah matanya sudah pecah. Perkara tersebut telah menyebabkan seluruh isi rimba ketakutan dan
berselerakan lari dalam ketakutan dan hanya meninggalkan Raja Singa dan Raja Harimau.

Tuan Syeikh Alam di-Rimba telah berkata kepada Raja Singa dan Raja Harimau supaya
bersama-sama membunuh raksasa itu. Dengan lantasnya raksasa bertanya "apakah dosanya
dengan Pelanduk sehingga dia diperdayakan dengan cekap sekali". Setelah mendengar
teriakan daripada raksasa, Raja Singa dan Raja Harimau mula yakin bahawa raksasa itu
tidak dapat melepaskan diri. Seluruh isi rimba mula mendapatkan Tuan Syeikh Alam di-
Rimba. Sang Badak yang sangat marah lalu menendang dan menerajang raksasa dengan
binatang-binatang lain. Raksasa pun matilah selepas disepak oleh seluruh isi rimba.

Selepas kejadian itu, seluruh isi rimba mula bergembira apabila mereka dapat
mengambil ikan di sungai Tinam dan buah-buahan serta takuk kayu yang muda-muda.
Mereka sangat bergembira apabila dapat bermain di sungai Tinam dan dapat makan
minum di sungai itu.
Seluruh isi rimba memuji Tuan Syeikh Alam di-Rimba keraba gagah dan perkasa
kerana dapat melawan dan menangkap raksasa yang besar panjang itu. Setelah itu,
Tuan Syeikh Alam di-Rimba mengarahkan bahawa seluruh isi rimba untuk pulang pada
keesokan harinya setelah lama berada di sungai Tinam. Seluruh isi rimba mengikut
segala arahan yang diberikan oleh Tuan Syeikh Alam di-Rimba. Mereka pulang ke
tempat masing-masing dengan rasa gembira dan selamat.

-TAMAT-

PENUTUP

Kesimpulannya, prosa tradisional ini amat popular di masa dahulu
kerana berunsurkan kejenakaan dan dapat memberi rasa
keinsafan kepada diri. Walaupun watak dalam cerita binatang ini
ialah binatang yang diberikan sifat manusia, namun rasa
kesedaran dan pengajaran tentang sesuatu peristiwa yang berlaku
di dalam cerita dapat disampaikan dengan baik kepada
masyarakat. Oleh itu, prosa tradisional eprku dikekalkan dan
diinovasikan sebaik mungkin supaya dapat diterima baik oleh
genarasi masa depan.


Click to View FlipBook Version