The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-82391073, 2022-05-21 09:25:14

HARI GURU 2022 1905

HARI GURU 2022 1905

KALI KE-7

PERINGKAT DAERAH KUALA NERUS 2022

Dirasmikan

YB DATO’ SERI DR.olHehA: JI AHMAD RAZIF

23 RAIA2M0E2I 2
BIN ABD. RAHMAN

ADUN Seberang Takir

HOTEL
9.00 Pagi - 12.30 Tgh KUALA NERUS

GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA

PENGENALAN

Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi

mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam
mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak
berbelah bagi, maka lahirlah warganegara yang berjaya dalam
hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia
yang berjaya. Ini bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun

ini iaitu “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”. Kerjaya suci dan

murni seorang guru sememangnya tiada tandingan dan tidak
dapat dijual beli dengan apa jua sekali pun. Di dalam agama
Islam sendiri seorang guru itu adalah berada di kedudukan
yang tinggi dan utama selepas kedua ibu bapa .

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Nerus 2022
bertujuan untuk menghargai dan mengenang jasa serta
pengorbanan para guru dalam usaha membentuk modal insan
murid sejajar dengan aspirasi pendidikan negara disamping
dapat memupuk dan menyemai semangat perpaduan dan
muhibbah dalam kalangan guru.

TEMA HARI GURU

Guru : Merupakan individu penting serta berperanan sebagai

pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk
kemenjadian murid

Tunjang : Seorang guru menjadi asas atau titik punca untuk

mendidik dan membentuk sahsiah murid supaya menjadi insan
berperibadian unggul.

Sekolah : Merupakan institusi pendidikan yang menyediakan

persekitaran pembelajaran yang penuh dengan nilai-nilai, dan
merangsang minda serta meningkatkan kecekapan murid
menimba ilmu dalam situasi pembelajaran yang
menyeronokkan

SEJAHTERA : Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-

nilai murni.
•S – Selamat, seronok dan sihat
•E – Etika dan empati
•J – Jati diri
•A – Adab sopan
•H – Harmoni
•T – Tekun, teliti dan terampil
•E – Eskplorasi
•R – Rasional
•A – Artikulasi

OBJEKTIF

• Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan
(termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan
perkhidmatan kepada masyarakat.

• Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah dalam
kalangan guru.

• Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
• Menilai secara objektif peranan guru dengan

berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah
supaya peranan itu boleh berkesan.

KONSEP PELAKSANAAN

❖ Pembudayaan keunggulan profesionalisme guru berteraskan
amalan nilai murni, penguasaan teknologi digital dan
semangat keluarga Malaysia bagi melahirkan generasi yang
inklusif, berintegriti serta bermotivasi tinggi untuk kesediaan
masa hadapan.

❑ Berteraskan kepada kesediaaan para pendidik meningkatkan
profesionalisme yang memberi penekanan kepada kualiti,
produktiviti dan modensasi (KPM) dalam persekitaran
keluarga Malaysia.

Atur cara majlis

9.15 Pagi : Pendaftaran Peserta dan Dif-dif Jemputan

9.30 Pagi : Ketibaan Dif-dif Jemputan
Tayangan Video “Success Story” PPD Kuala Nerus

mmmm

10.00 Pagi : Ketibaan YB Dato’ Seri Dr. Cikgu Haji Ahmad Razif bin Haji Abd. Rahman
ADUN Seberang Takir

Lagu Negaraku
Lagu Sekolahku Sejahtera

Bacaan Al-Quran

Ucapan Alu-aluan oleh YBsr Hamid bin Yahya
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus

Ucapan oleh Ybsr Haji Abdul Muie bin Ngah
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu

Ucapan Perasmian Oleh
YB Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman
ADUN Seberang Takir

Gimik Pelancaran Perayaan Hari Guru
Upacara menaikkan bendera Perayaan Hari Guru
Lagu Guru Malaysia
Lagu PPD Kuala Nerus
Bacaan Ikrar Hari Guru diketuai oleh : YBsr Hamid bin Yahya
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus bersama Timbalan
PPD, Pengerusi MPSM dan YDP MGB Kuala Nerus
Deklamasi Sajak

Penyerahan “Mock Cheque” oleh Penyumbang

Penyampaian Anugerah Hari Guru
Penyampaian Anugerah Tokoh Guru Daerah

Bacaan Doa

1.00 Tgh : Jamuan & Bersurai

Jawatan kuasa kerja

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Tuan Hamid bin Yahya
Timbalan Pengerusi Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus
Naib Pengerusi 1
Naib Pengerusi 2 : En. Azman bin Mamat
Naib Pengerusi 2 Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah
Setiausaha
Pen. Setiausaha : En. Mohd. Affan bin Salleh
Bendahari Timbalan PPD Sektor Perancangan
Pen. Bendahari
: En. Mohd. Nordin bin Zakaria
Timbalan PPD Sektor Pembelajaran

: En. Muhammad bin Muda
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid

: En. Roslan bin Abdullah
Penolong PPD Sektor Pengurusan Sekolah

: En. Mohd Alsidek bin Yusof
Penolong PPD Prasekolah dan Rendah

: Pn. Hermawati binti Mamat
Penolong Akauntan

: YM Sharifah Nor Haliza binti Syed A. Rahman
Penolong PPD Sektor Pengurusan Sekolah

Jawatan kuasa kerja

AHLI JAWATANKUASA

1. Semua pegawai PPD Kuala Nerus
2. YDP Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM)
3. YDP Majlis Guru Besar (MGB)
4. Pengarah Kolej Vokasional Wakaf Tembesu
5. Pengetua SMK Ibrahim Fikri
6. Pengetua Sekolah Sukan Malaysia Terengganu
7. Pengetua SMK Kompleks Gong Badak
8. Pengetua SMK Padang Kemunting
9. Guru Besar SK Kompleks Seberang Takir
10.Guru Besar SK Seberang Takir
11.Guru Besar SK Teluk Ketapang
12.Guru Besar SK Kompleks Tembesu
13.Guru Besar SK Bukit Tumbuh
14.Guru Besar SK IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
15.Guru Besar SK Bukit Guntong
16.Guru Besar SK Pechah Rotan
17.Guru Besar SK Bukit Tok Beng
18.Guru Besar SK Batu Rakit
19.Guru Besar SK Bukit Wan

Anugerah hari guru

ANUGERAH UTAMA
i. Tokoh Guru Daerah
ii. Tokoh kepimpinan Pendidikan

ANUGERAH IKON
i. Guru Inovasi PdPR
ii. Guru STEM
iii. Guru TVET
iv. Guru Pendidikan Maya
v. Guru Kokurikulum dan Sukan (Menengah)
vi. Guru Kokurikulum dan Sukan (Rendah)
vii. Guru Seni Budaya

ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN
i. Pencipta Kandungan Digital
ii. Inovasi Pendidikan
iii. Kesukarelawanan
iv. Kepimpinan (Rendah)
v. Kepimpinan (Menengah)
vi. Guru Gigih Pedalaman

Anugerah hari guru

ANUGERAH GURU CEMERLANG
i. Guru Gigih PdP
ii. Guru Pendidikan Khas
iii. Guru Hebat Bahasa
iv. Guru Sekolah Swasta
v. Guru Pemulihan Cemerlang

ANUGERAH GURU INOVATIF
i. Individu prasekolah
ii. Individu sekolah rendah
iii. Individu sekolah menengah
iv. Kumpulan (prasekolah)
v. Kumpulan (Menengah)

ANUGERAH PENGURUSAN ORGANISASI
i. Guru Penolong Kanan Cemerlang (Menengah)
ii. Guru Penolong Kanan Cemerlang (Menengah)
iii. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (Menengah)
iv. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (Rendah)
v. Guru Penolong Kanan Kokurikulum (Menengah)
vi. Guru Penolong Kanan Kokurikulum (Rendah)

Anugerah hari guru

ANUGERAH - ANUGERAH LAIN
i. Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang - SR
ii. Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang – SM
iii. Anugerah Tokoh Guru Nilam Daerah
iv. Anugerah Penderma Darah Berjasa
v. Anugerah Khas PPD
vi. Anugerah GLC/ NGO Berjasa
vii.Anugerah Tokoh Kepimpinan YDP PIBG
viii.Anugerah Pengurusan PIBG Cemerlang Rendah
ix. Anugerah Pengurusan PIBG Cemerlang Menengah
x. Anugerah Pengurusan Sekolah Swasta Cemerlang
xi. Anugerah Pengurusan Sekolah Swasta Cemerlang

Lagu Sekolahku Sejahtera

Di sini bermula, mengenal dunia bersama guru
tercinta

Seronok belajar, selamat sentiasa
Sekolahku SEJAHTERA

Kesihatan diutama, kebersihan dijaga
Sama perkasa etika, integriti di jiwa
Kita selami empati, bina kasih insani
Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni

Sekolahku_SEJAHTERA
Sekolahku_SEJAHTERA

Bangkitlah,
Generasi pewaris negara
Sekolahku_SEJAHTERA
Sekolahku_SEJAHTERA

Gemilanglah,
Malaysia di mata dunia

SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan bersama

Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti

Lagu GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu PPD KUALA NERUS

KUALA NERUS PRIHATIN

Berdiri Teguh Megah Di Persada
Menjulang Aspirasi Negara

Bersatu Majukan Pendidikan Bangsa
Tekad Guru Murid Bersama

Kuatkan Azam Gapaikan Impian
Lestarikan Sistem Pendidikan
Bersama Penuhi Hasrat Negara

Gemilang Di Mata Dunia
Transformasi Pendidikan

Demi Kecemerlangan
Pendidikan Kuala Nerus Diutamakan
Transformasi Pendidikan Terbilang

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Melahirkan Generasi Seimbang
Membentuk Jati Diri Sahsiah Terpuji
Bersama Mencemerlangkan Pendidikan

Transformasi Pendidikan
Demi Kecemerlangan

Pendidikan Kuala Nerus Diutamakan
Transformasi Pendidikan
Demi Kecemerlangan

Pendidikan Kuala Nerus Diutamakan
Transformasi Pendidikan Terbilang
Pendidikan Kuala Nerus Terbilang

Ikrar Hari Guru

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia

Dengan ini berikrar

Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami

Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan

Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada:

YB Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman
(ADUN Seberang Takir)

Tuan Haji Bazlan Abdul Rahman (ADUN Batu Rakit)

Pengarah JPNT
Koperasi Guru Terengganu

RHB Bank
Coop Bank
Bank Muamalat Kuala Terengganu
RHB Bank Kuala Terengganu
Bank Rakyat Cawangan Gong Badak
Bank Simpanan Nasional Kuala Terengganu
Tuan Hj. Embong Sdn. Bhd
Encik Apli bin Yusof (Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus)
Puan Badariah binti Embong
Encik Mohamad Ropaat bin Khamid

serta

Semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

dalam menjayakan
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KUALA NERUS

2022


Click to View FlipBook Version