The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wanain08, 2019-02-12 08:40:10

CERPEN GERHANA MANUSIA_Neat

CERPEN










GERHANA










MANUSIA










(AMINAH








MOKHTAR)

SINOPSIS


Cerpen Gerhana Manusia karya Aminah Mokhtar mengisahkan

kesibukan di Wad ICU sebuah hospital. Ketika itu, di wad ICU terlantar
Tuan Dayusa yang sedang mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru
akibat gaya hidupnya yang tidak sihat. Tuan Dayusa memerlukan pek
darah yang banyak untuk meneruskan hidup. Nusia seorang jururawat

yang bertugas membantu Dr Prajudi dan Dr Moralis di Wad ICU yang
menempatkan Tuan Dayusa. Dr Prajudi dan Dr Moralis bertanggungjawab

merawat semua pesakit di wad tersebut.

Ketika itu, terdapat beberapa orang pesakit lain yang memerlukan
darah untuk membantu merawat mereka. Antaranya ialah Solehah yang

tenat akibat keguguran dan Al-Hafiz pula terlibat dalam kemalangan yang
teruk. Pada wad yang sama terdapat seorang bayi yang dibuang di tepi
jalan dan telah cedera digigit oleh anjing liar. Selain itu, terdapat seorang

gadis yang menjadi mangsa sumbang mahram oleh ayahnya dan seorang
mahasiswa yang mengidap leukimia.

Nusia telah dipertanggungjawab untuk membantu Dr Moralis

merawat semua pesakit di wad ICU dan dipantau oleh Dr Prajudi. Dr
Prajudi lebih memberi perhatian kepada Tuan Dayusa kerana Tuan
Dayusa merupakan seorang ahli korporat yang ternama. Tuan Dayusa

banyak memberi sumbangan kepada kelab elit hospital berkenaan. Selain
itu, Tuan Dayusa juga telah menderma beratus ribu ringgit untuk majlis
makan malam hospital tersebut. Nusia tidak berpuas hati apabila Dr Prajudi

tidak memperdulikan pesakit lain disebabkan taraf sosial berbeza.

Nusia tidak berpuas hati dengan arahan Dr Prajudi yang
menyuruhnya membawa lima pek darah untuk merawat Tuan Dayusa

sedangkan darah-darah tersebut sangat diperlukan oleh pesakit lain. Tuan
Dayusa memang tidak mempunyai harapan untuk sembuh. Nusia tidak

berpuas hati terhadap tindakan Dr Prajudi lalu menyuarakan ketidakpuasan
hatinya kepada Dr Moralis.

Dr Moralis tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana Dr Prajudi

lebih berkuasa di wad tersebut. Namun demikian, akhirnya Tuan Dayusa

telah meninggal dunia dan Dr Moralis telah dipersalahkan kerana tidak
memberi bantuan darah kepada Tuan Dayusa. Dr Moralis sedar bahawa

setiap insan wajib ditolong tidak kira pangkat dan darjat. Nusia dan Dr
Moralis sendiri akhirnya yang menderma darah mereka untuk membantu 4
orang pesakit di wad tersebut yang masih memerlukan darah.




TEMA



Tema Gerhana Manusia menjurus kepada konflik terhadap etika kerja.
Konflik antara memenuhi etika seorang jururawat dan tuntutan dari pihak
atasan dalam membantu pesakit yang lebih berpengaruh.


Contoh:

Doktor Prajudi menyuruh Nausia memberi bantuan darah kepada Tuan

Dayusa kerana Tuan Dayusa banyak memberi sumbangan kewangan
kepada hospital sedangkan pada masa yang sama masih ramai lagi
pesakit lain yang sangat memerlukan darah tersebut.





PERSOALAN


1. Persoalan tanggungjawab seorang doktor terhadap pesakit.
 Dr Prajudi dan Dr Moralis bertanggungjawab merawat pesakit
di hospital.


2. Persoalan perbezaan golongan berpangkat dengan masyarakat.

 Tuan Dayusa diberi layanan istimewa berbanding pesakit lain
kerana dia seorang korporat ternama dan juga menjadi
penyumbang kepada kelab elit hospital.


3. Persoalan kepentingan menderma darah dalam masyarakat.
 Tuan Dayusa, Soleha, Al-Hafiz, bayi dan gadis yang malang itu

amat memerlukan bekalan darah untuk merawat mereka.

4. Persoalan peranan wad ICU kepada pesakit kritikal.

 Soleha, Al-Hafiz, bayi dan gadis yang malang itu dimasukkan
ke wad ICU kerana memerlukan rawatan yang rapi.

5. Persoalan pengambilan alkohol memudaratkan kesihatan.

 Tuan Dayusa telah dijangkiti dengan virus pada paru-paru
akibat pengambilan alkohol.







WATAK & PERWATAKAN


1. Nusia
 Seorang jururawat yang bertugas di wad Unit Rawatan Rapi di
sebuah hospital.

 Seorang yang bertanggungjawab. Dia berusha untuk
memberikan khidmat rawatan terhadap pesakitnya, Tuan Besar

Musa dangan penuh bertanggungjawab.
 Seorang yang bersimpati. Dia menitiskan air mata apabila
melihat penderitaan yang ditanggung oleh Solehah.

 Seorang yang penyayang. Dia amat menyayangi dan
mengambil berat terhadap kesihatan pesakit-pesakitnya.


2. Doktor Murni
 Seorang pegawai perubatan muda di sebuah hospital.
 Seorang mementingkan aspek kemanusiaan pesakit. Dia

menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai doktor
kerana tidak berpuas hati dengan keadah rawatan untuk

pesakit di hospital itu.
 Seorang yang berpendirian tegas. Dia menyerah surat
peletakan jawatan sebagai doktor perubatan tanpa sebarang
syarat.

 Seorang yang bertanggungjawab. Dia melakukan tugasnya

sebagai doktor dengan memberikan rawatan kepada pesakit-
pesakitnya.

3. Profesor Doktor Juaidi

 Seorang pegawai perubatan senior di sebuah hospital.
 Seorang yang mementingkan ganjaran material daripada nilai

kemanusiaan. Dia berasa tertekan apabila Tuan Besar Musa
meninggal dunia kerana kelab elitnya hospitalnya akan
kehilangan tajaan berjumlah RM100 ribu.

 Seorang yang bijak dalam menyelesaikan masalah. Dia
meminta Doktor Murni menghubungi hospital lain bagi
mendapatkan bekalan darah tulen untuk mengisi tabung darah

di hospitalnya.
 Seorang yang mementingkan aktiviti sosial. Dia dan ahli kelab
elit akan berpesta dengan minuman keras ketika majlis sosial.


4. Tuan Besar Musa
 Seorang ahli korporat yang memiliki gedung perniagaan yang

besar.
 Seorang yang dermawan

 Suami kepada wanita jelita yang tidak setia.
 Mempunyai seorang anak yang menjadi penagih dadah.

 Dia mengambil minuman keras selama bertahun-tahun.
 Seorang penyumbang utama dana kepada kelab elit hospital.
Dia pernah memberikan sumbangan sebanyak RM100 ribu
kepada kelab itu.


LATAR TEMPAT


1. Wad Unit Rawatan Rapi

 Tempat Doktor Murni dan Nusia bertugas.
2. Bank darah

 Tempat stok pek darah disimpan.

3. Hospital

 Tempat Profesor Doktor Juaidi, Doktor Murni dan Nusia
bertugas.


LATAR MASA

1. 2 hari
 Peristiwa berlaku sepanjang 2 hari.

2. Hari ini
 Profesor Doktor Juaidi berusaha untuk menyelamatkan nyawa

Tuan Besar Musa namun gagal.
3. Hari semalam
 Nusia telah memasukkan 50 pek darah ke dalam tubuh Tuan

Besar Musa tetapi 50 pek darah itu keluar semula melalui
rongga hidung dan melalui punggung.


LATAR MASYARAKAT

1. Masyarakat yang prihatin terhadap pesakit

 Nusia berusaha memberikan khidmat rawatan terhadap
pesakit-pesakit di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).
2. Masyarakat yang berhati mulia dan murah hati

 Doktor Murni bersama-sama ke bank darah untuk menderma
darah bagi menyelamatkan pesakit-pesakit ICU yang lain.
3. Masyarakat yang bijak dalam menyelesaikan masalah

 Profesor Doktor Juaidi meminta Doktor Murni menghubungi
hospital lain untuk mendapatkan bekalan darah.
4. Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan terhadap kesihatan

pesakit lain.
 Profesor Doktor Juaidi hanya memberikan perhatiannya
terhadap Tuan Besar Musa serta mengabaikan pesakit-pesakit

lain.
5. Masyarakat yang mementingkan ganjaran material semata-mata.

 Profesor Doktor Juaidi hanya mementingkan kesihatan Tuan

Besar Musa kerana beliau merupakan penyumbang utama
kepada majlis sosial tahunan kelab elit itu.

GAYA BAHASA



1. Bahasa Arab
 Syahadah

 Yasin
 Masya-Allah
2. Bahasa Inggeris

 gelafundin
 hazelnut
3. Istilah sains perubatan

 alveolus paru-paru
 platelet

 atropine
4. Personifikasi
 kilau kilatnya gagal memadamkan amarah hati.

 renungan mata Doktor Murni menikam anak mataku.
 Tekanan darah meluncur turun hingga tiada catatan angka.

 Dua puluh botol gelafundin kosong tergolek di dalam tong
sampah.

 Tajam mata liar garangnya menangkap wajah lembut Doktor.
5. Simile
 “.... Firasat itu umpama mimpi barangkali, dia tidak perlu

dihidupkan”.
 .... salur darah di ruang foraks, memancut bagai paip bocor.
6. Metafora (konkrit + abstrak)

 bank darah
 ambang sakaratulmaut

 minuman keras
 kacang goreng

7. Sinkope

 “....kenapa tak ada waris yang datang menjenguknya?”
 “Kita tak mahu dia mati”
 Tidak terdaya kuangkat muka menentang suara yang

menyakitkan hatiku itu.
8. Inversi (ayat songsang)
 “Darah dan manusia itu, berbezakah nilainya?”

 Besar sungguh nilai pembaziran Profesor Doktor Juaidi.
9. Peribahasa

 nyawa-nyawa ikan
 lintah daratnya



NILAI



1. Kasih sayang.
 Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap

pesakit-pesakitnya.
2. Tanggungjawab.
 Sebagai seorang jururawat, Nusia bertanggungjawab untuk

merawat semua pesakitnya tanpa mengira darjat atau pangkat
seseorang.
3. Baik hati

 Doktor Murni bersedia untuk mendermakan darahnya bagi
menampung bekalan darah yang kehabisan.
4. Keberanian.

 Nusia berani menanggung risiko berhubung dengan
tindakannya yang mendesak juruteknik makmal darah agar
menyerahkan 5 pek darah sejuk kepaadanya.

5. Murah hati.
 Tuan Besar Musa merupakan seorang dermawan yang prihatin

dengan menyumbang majlis sosial tahunan kelab elit hospital
tersebut.

6. Keyakinan.

 Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya kerana
dia yakin ada hospital lain yang akan mengambilnya sebagai
doktor perubatan.


PENGAJARAN

1. Kita mestilah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang.
 Nusia menitiskan air mata apabila melihat penderitaan yang
ditanggung oleh Solehah.

2. Kita haruslah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang
diberi.

 Sebagai seorang jururawat, Nusia bertanggungjawab merawat
semua pesakitnya.
3. Kita wajarlah bersifat penyayang sesama insan.

 Nusia amat menyayangi dan mengambil berat terhadap
kesihatan pesakit-pesakitnya.
4. Kita hendaklah berani bersuara untuk menegakkan kebenaran dan

menghindari perbuatan yang mungkar.
 Doktor Murni menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada
Profesor Doktor Juaidi disebabkan nilai kemanusiaan yang

diabaikan di hospital itu.


Click to View FlipBook Version