The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SURAT MOHON SUMBANGAN KERUSI PLASTIK-converted (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by killer_germs, 2021-12-27 21:00:21

SURAT MOHON SUMBANGAN KERUSI PLASTIK-converted (1)

SURAT MOHON SUMBANGAN KERUSI PLASTIK-converted (1)

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU [email protected]
SEKOLAH KEBANGSAAN MUTIARA PERDANA No. Tel : 04-6445500
JALAN DATO’ ISMAIL HASHIM No. Faks : 04-6445500
11900 BAYAN LEPAS PULAU PINANG

Ruj. Kami : SKMP3017/100-4/1/1 Jld.2 ( )
Tarikh : 19 Nov 2021

YB DATO’ HAJI ABDUL HALIM BIN HAJI HUSSAIN
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Merangkap
ADUN Batu Maung

YB Dato’,

MEMOHON SUMBANGAN KERUSI PLASTIK KEGUNAAN BILIK DARJAH DAN MAKMAL KOMPUTER SK
MUTIARA PERDANA

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak YB, sekolah kami kekurangan kerusi plastik dan banyak yang telah
usang dan rosak. Hal ini menyebabkan beberapa bilik darjah kekurangan kerusi plastik yang masih
boleh berfungsi dengan baik. Bilik makmal komputer sekolah juga turut tidak mempunyai bilangan
kerusi plastik yang mencukupi bagi menampung bilangan yang diperlukan.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon agar YB dapat memberikan sedikit sumbangan
kerusi plastik seperti ketetapan dan cadangan sebut harga berikut.

Item Bilangan/unit Spesifikasi/Saiz Anggaran Harga Seunit /RM
Kerusi Plastik 50 40.5cm (L) x 50cm (W) x 85cm (H) RM20.00
RM1000
JUMLAH

4. Sumbangan juga bolehlah disalurkan melalui akaun PIBG SK Mutiara Perdana iaitu ke akaun
Bank Islam (07034010018158). Kami amat berbesar hati sekiranya sumbangan ini dapat dilakukan
berbentuk sumbangan secara terus kerusi plastik sebanyak 50 unit. Untuk maklumat lanjut, boleh
dikemukakan kepada YDP PIBG iaitu En Rashid Bin Mat Sa’ad (017-4567730).

5. Pihak PIBG SK Mutiara Perdana amat menyanjung tinggi sumbangan serta keprihatinan YB
demi membangunkan kecemerlangan SK Mutiara Perdana.

Sekian, terima kasih

“ANAK KITA, SEKOLAH KITA, TANGGUNGJAWAB KITA”

Saya yang menjalankan amanah,

(RASHID BIN MAT SA’AD)
YDP PIBG 2021/2023
SK MUTIARA PERDANA
BAYAN LEPAS, PULAU PINANG


Click to View FlipBook Version