The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT_MESYUARAT_BENGKEL_MODUL_PENGURUSAN_MINDA_SIHAT_MURID_NEGERI KALI 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dhiadamiaarissa, 2021-02-02 20:55:02

MINIT_MESYUARAT_BENGKEL_MODUL_PENGURUSAN_MINDA_SIHAT_MURID_NEGERI KALI 1

MINIT_MESYUARAT_BENGKEL_MODUL_PENGURUSAN_MINDA_SIHAT_MURID_NEGERI KALI 1

MINIT MESYUARAT BENGKEL MODUL PENGURUSAN MINDA SIHAT MURID NEGERI
TERENGGANU

TARIKH: 27 OGOS 2020 (KHAMIS)

MASA: 9.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG

TEMPAT: SK KAMPONG BARU KERTEH, KEMAMAN

KEHADIRAN:

1. Khairul Syahrin bin Mamat
2. Masitah binti Yusoff
3. Zuraidah binti Abdullah
4. Nor Ulfah binti Muda
5. Muhammad Naim bin Ismail
6. Mohd Shukri bin Mohd Bidin
7. Yahya bin Hussain
8. Rosairie bin Sulaiman
9. Che Noraini binti Che Ku Lateh
10. Mohd Ali bin Alias
11. Abdullah bin Mohamad
12. Mohd Ros bin Mohamad
13. Baharim bin Ramli
14. Salina binti Hashim@Mamat
15. Nor Suzana binti Che Rubi
16. Osman bin Jusoh
17. Sharifah Zuhaidah binti Syed Ali
18. Noor Haliza binti Wahab
19. Baharuddin bin Abd Rahman
20. Norzahani bin Hassan

Tidak hadir:

1. Asmazahidah binti Mohamad (Bersebab)

1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana dapat hadir ke

bengkel tersebut.
1.2

2.0 KEHADIRAN MURID

2.1 Pengerusi memperingatkan kepada semua guru bimbingan dan kaunseling dapat
menyemak APDM tentang kehadiran murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab
dan melaksanakan intevensi kepada murid tersebut.

2.2 Seterusnya guru bimbingan dan kaunseling perlu mewujudkan jawatankuasa
ketidakhadiran ke sekolah, contohnya memasukkan agensi-agensi yang terlibat dan
juga PIBG.

TINDAKAN: GBK

3.0 MINDA SIHAT
3.1 Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu membuat promosi tentang Program
Minda Sihat di sekolah masing-masing
3.2 Guru-guru matapelajaran juga perlu laksanakan program tersebut di dalam
kelas
3.3 Guru bimbingan dan kaunseling lantikan sekolah juga digalakkan laksanakan
program tersebut di sekolah masing-masing.
3.4 Maklumakan kepada semua guru tentang minda sihat dan cara pelaksanakan
di dalam kelas
3.5 Guru bimbingan dan kaunseling perlu melihat secara menyeluruh tentang
perkembangan semua murid.
3.6 Maklumkan kepada semua guru untuk merujuk kepada guru bimbingan dan
kaunseling sekiranya terdapat perubahan emosi murid
3.7 Guru bimbingan dan kaunseling perlu menjalankan sesi kaunseling
berdasarkan senarai semak yang telah dijalankan.
3.8 Guru bimbingan dan kaunseling juga perlu mengambil berat tentang kes-kes
yang berat contohnya buli fizikal, buli siber dan lain-lain.

TINDAKAN: GBK

4.0 PSIKOMETRIK
4.1 Guru bimbingan dan kaunseling diingatkan supaya dapat menyelesaikan
pelaksanaan psikometrik secepat yang mungkin
4.2 En Muhammad Naim menjelaskan tentang pelaksanaan psikometrik ini telah
dijelaskan kepada semua guru bimbingan dan kaunseling.

5.0 ZIARAH CAKNA
5.1 Ziarah cakna perlu diteruskan dengan mengamalkan SOP yang telah
ditetapkan
5.2 Pelaporan perlu disediakan oleh guru bimbingan dan kaunseling

6.0 E-PIDP
6.1 Sistem ini diisi oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sahaja
6.2 Hari pertama perlu buat laporan , hari ketiga dan hari ke tujuh (1,3,7)
6.3 Contohnya yang berkaitan dengan kes rogol, mengandung
6.4 Perlu maklumkan kepada pihak jabatan

7.0 HIERARKI KERJA
7.1 Kaunselor perlu tahu tentang hierarki kerja
7.2 Jika terdapat apa-apa masalah atau pertanyaan sila berhubung dengan pihak
JPNT atau PPD terlebih dahulu, tidak terus kepada KPM
7.3 Kaunselor rancang aktiviti dan akan disokong oleh pihak JPNT

8.0 SISTEM FAIL (PN MASITAH)
8.1 Diharap semua kaunselor dapat selaraskan dan kemaskini sistem fail di
sekolah masing-masing.
8.2 YDP berharap Pengiktirafan Kaunselor di peringkat Kementerian Pendidikan
Malaysia
8.3 Diharap juga GBK mempunyai hubungan yang baik dengan pentadbir dan
bersedia mendengar arahan pentadbir
8.4 YDP memohon agar YDP Daerah masing-masing dapat mengenalpasti
mana-mana sekolah yang belum membayar banting psikometrik agar
membuat bayaran segera.

8.5 YDP juga bercadang mengutip bayaran kebajikan daripada semua kaunselor
sekolah rendah dan perlu diserahkan kepada Cikgu Nor Ulfah(Penolong
Setiausaha) yang akan menggantikan Cg Faradilla(Bendahari) yang tidak
sihat.

9.0 SISTEM FAIL (EN MOHD NAIM)
9.1 En Mohd Naim bercadang supaya GBK dapat bergerak dan berkunjung ke
sekolah yang terpilih dengan sistem fail yang sistematik dan mengikut kriteria
yang dikehendaki.
9.2 Selain itu juga, beliau bercadang memanggil JU Fail untuk membimbing
sistem fail di sekolah.

10.0 HAL-HAL LAIN
10.1 En Khairul mencadangkan supaya semua GBK dapat mengadakan
kunjung bantu ke sekolah yang tiada kaunselor di daerah masing-masing
10.2 GBK perlu peka dan ambil tahu tentang murid cicir seperti tidak dapat
nik ke tingkatan 1, tidak mendaftar ke sekolah menengah dan ada yang ke
pondok-pondok.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 2.00 petang dan diakhiri dengan surah Al-Asr.

Disediakan oleh
t.t
ZURAIDAH BT ABDULLAH
Setiausaha MGKK SR
Negeri Terengganu


Click to View FlipBook Version