1 ISI KANDUNGAN DIRASMIKAN OLEH: TUAN HAJI ZABIDI BIN NASAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN TAQWA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2024 2025 SABTU 22 JUN, 2024 10.00 PAGI DEWAN SK TELOK TEDURI Tel : 011-65735356 Emel : [email protected] MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 51
2 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 NOTIS DAN JEMPUTAN MESYUARAT 3 - 4 2 ATURCARA MAJLIS 5 3 AGENDA MESYUARAT AGUNG 5 4 SENARAI AJK PIBG SK TELOK TEDURI SESI 2023/2024 6 5 SENARAI AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 51 7 - 8 6 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 50 9 - 18 7 KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG 19 7 LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2023/2024 20 8 PENYATA KEWANGAN PIBG 1 JANUARI 2023 – 31 DISEMBER 2023 21 9 USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 51 22 - 23 10 PENGHARGAAN 24
3 Ruj kami:SKTT.100–13/1/3 Tarikh : 6 JUN 2024 Kepada: Semua Waris dan Penjaga, Murid-Murid SK. Telok Teduri. Assalaamualaikum, NOTIS DAN JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI 51 TAHUN 2024 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK. Telok Teduri (SKTT) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG seperti ketetapan berikut: Tarikh : 22 Jun 2024 Hari : Sabtu Masa : 10.00 pagi Tempat : Dewan SK Telok Teduri 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati menjemput Tuan/Puan untuk menghadiri mesyuarat agung tersebut. 4. Sekiranya ada sebarang usul atau cadangan tuan/puan bolehlah melengkapkan usul atau cadangan tersebut pada borang yang dilampirkan. 5. Kehadiran tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, dimaklumkan. Terima Kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG” Saya yang menjalankan amanah, ………………………………….. ( DALILA BINTI MOHD NOOR ) Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Telok Teduri, Baling, Kedah. s.k. Fail PIBG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK TEDURI 09100 BALING KEDAH DARUL AMAN Tel : 011-65735356 Emel : [email protected]
4 SURAT JAWAPAN DAN USUL / CADANGAN Adalah saya ……………………………………………………………………………………………No. KP ……………………………….. Waris kepada: Bil Nama Anak Darjah *Dapat / Tidak hadir ke Mesyuarat Agung PIBG SK Teluk Teduri kali ke 51 pada 22 Jun 2024. Saya ingin membentangkan usul / cadangan seperti berikut: 1. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………......................... ............................................................................................................................................. 2. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………… Yang Benar, …………………………………………………….. ( ) PERHATIAN: 1. Sila hantar usul/cadangan melalui anak jagaan tuan/puan selewat-lewatnya pada 12 Jun 2024 (Rabu). 2. Pembentang usul/cadangan diwajibkan hadir dalam mesyuarat tersebut. Jika pembentang usul tidak hadir dalam mesyuarat maka usul tersebut akan ditolak. 3. Jawatankuasa PIBG berhak menapis usul/cadangan sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG kali 51. *potong yang tidak berkenaan
5 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK TELOK TEDURI KALI KE-51 ATURCARA MAJLIS 10.00 pagi : Pendaftaran waris dan guru 10.30 pagi : Majlis bermula Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Bacaan doa (Ustaz Subki bin Abd Rahman @ Yahaya) Ucapan Yang Di-Pertua PIBG SK Telok Teduri (Encik Mohd Radzi Bin Abdullah) 11.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-51 bermula 12.30 tgh hari : Perasmian MAT PIBG SKTT oleh Tn. Hj Zabidi bin Nasan Ucapan Penasihat PIBG SK Telok Teduri (Pn. Siti Mariam Binti Othman) Ucapan Perasmian Penyampaian cenderahati perasmi 1.30 petang : Bersurai AGENDA MESYUARAT AGUNG 1. Aluan pengerusi / YDP PIBG 2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Telok Teduri kali ke-50 3. Perkara berbangkit daripada minit mesyuarat yang lalu 4. Laporan Aktiviti PIBG sesi 2023/2024 5. Membentang dan menerima Penyata Kewangan PIBG SK Telok Teduri bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 6. Perkara berbangkit daripada penyata kewangan yang lalu 7. Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 8. Pelantikan pengerusi mesyuarat sementara 9. Pemilihan AJK PIBG Sesi 2024/2025 10.Membentang dan membahaskan usul – usul 11.Hal-hal lain 12.Ucapan penangguhan 13.Penutup
6 AJK PIBG SK TELOK TEDURI 2023-2024 BIL JAWATAN PIBG NAMA 1 YANG DIPERTUA EN. MOHD RADZI BIN ABDULLAH 2 NAIB YANG DIPERTUA EN. ZAHARI BIN OTHMAN 3 SETIAUSAHA PN. DALILA BT MOHD NOOR 4 BENDAHARI EN. MOHD SHUKRI BIN ABDUL MANAF 5 PEMERIKSA KIRA-KIRA EN NURUL AMINI BIN JABASUTAMI EN NORJOHAN AKMAL BIN IBRAHIM 6 AJK ( GURU ) PN. AISHAH BT ASHAARI PN. MASITOH BT ZAKARIA 7 AJK ( WARIS ) PN. HASNAH BT KARIM PN. HIDAYAH BT MOHD SHUKRI PN. AZIAN BT MOHD ALI PN. YUSRI HANDAYANI PN. NUR SYUHADA BT MD AKHIR PN. ROZIANA BT ISMAIL PN. NORIDA BT KASIM EN. MD RIZAN BIN AZIZ
7 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG SK TELOK TEDURI JAWATANKUASA INDUK PIBG Penasihat : Pn. Siti Mariam binti Othman Yang Dipertua : En. Mohd Radzi bin Abdullah Setiausaha : Pn. Dalila binti Mohd Noor Bendahari : En. Mohd Shukri bin Abdul Manaf JAWATANKUASA KERJA Sambutan Dan / : Pn. Siti Mariam binti Othman (Guru Besar) Jemputan En. Radzi bin Abdullah (Yang Di Pertua) En. Zahari Bin Othman (Naib Yang Di Pertua) Pn. Rafidah bt Shaari (PK Pentadbiran) Pn. Suhaila bt Zulkifli (PK Hal Ehwal Murid) Pn. Zaini bt Abdul Hamid (PK Kkurikulum) Pendaftaran : Pn. Farizan bt Karim Pn. Noraziah bt Hassan Juru Acara : Pn. Nurulhusna bt Hassan Siaraya : En. Nor Johan Akmal bin Ibrahim En. Nurul Amini bin Jabasutami Bacaan Doa : En. Subki bin Abd Rahman Buku Program : Pn. Dalila Binti Mohd Noor Jurugambar/Dokumentasi : Pn. Masitoh bt Zakaria Pencatat Minit : Pn. Hazifah bt Zakaria Cik Rina bt Abd Rahman Pn. Syuhada bt Hamad Persiapan Dewan : Semua Guru Lelaki Semua Pekerja Kebersihan
8 Persiapan Pentas : Pn. Aishah bt Mat Isa Pn. Asmah bt Hamzah Semua Guru Lelaki Semua Pekerja Kebersihan Banner : Pn. Dalila bt Mohd Noor Jamuan VIP : Pn. Aishah bt Ashaari Pn. Norida bt Kasim Pn. Roziana bt Ismail Pn. Norazian bt Mohd Ali Pn. Hidayah Bt Mohd Shukri Jamuan Waris : En. Muhammad Marzuki bin Ishak En. Mohd Sukri bin Mat Isa Pn. Noor Azah bt Dzulkifli Pn. Hasnah bt Karim Pn. Yusri Handayani Hadiah / : Pn. Suhaila bt Zulkifli Cabutan Bertuah Pn. Rafidah bt Shaari Pn. Zaini bt Abdul Hamid Pn. Hafizah bt Mat Lazim Pn. Rahala binti Ayob Pn. Nur Maisara bt Ahmad Mustaqim
9
10 I. Ucapan En. Mohd Radzi bin Abdullah (YDP PIBG SKTT) 1. YDP mengucapkan terima kasih kepada Pn Jasniza kerana sudi datang sebagai perasmi mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Telok Teduri (SKTT), YDP juga mengucapkan tahniah kepada Para Pentadbir, seluruh Jawatankuasa PIBG, guru-guru, Kakitangan SKTT serta para waris semua. 2. Beliau juga mengucapkan tahniah atas sokongan dan komitmen ibu bapa dan guru terhadap sekolah, dan juga majlis pada hari ini. 3. YDP juga mengucapkan tahniah kepada Pn Jasniza sebagai usahawan Bumiputera yang berjaya dan boleh dijadikan sumber inspirasi pada sekolah terutamanya kepada pelajarpelajar SKTT. 4. Ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anak-anak dan mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah demi untuk kemajuan anak-anak. 5. PIBG ditubuhkan bagi membantu ibu bapa dan guru untuk membentuk pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. 6. PIBG juga turut memberi sumbangan kepada anak-anak yang terlibat dengan aktiviti di pelbagai peringkat. 7. YDP juga berharap pihak sekolah dapat mengadakan tuisyen atau kelas tambahan kepada anak-anak, kerana kekangan masa pihak waris. 8. Beliau juga berharap waris dapat membantu pihak sekolah bukan sahaja wang ringgit tetapi masa dan juga tenaga. 9. YDP merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Jasniza kerana sudi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKTT dan juga dapat membantu pihak sekolah yang kebanyakkan waris yang berada pada tahap B40. 10.Akhir sekali YDP merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini.
11 II. Ucapan Guru Besar En. Azmi bin Othman (Penasihat PIBG) 11.Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Pn Jasniza kerana sudi hadir sebagai perasmi mesyuarat hari ini. 12.Guru Besar memaklumkan bahawa SKTT mempunyai 150 orang pelajar termasuk 25 orang pelajar PRA. Guru seramai 17 orang dan 3 orang staff sokongan. 13.Pihak sekolah mendapat sokongan waris sepanjang menjalankan aktiviti sekolah, terima kasih kepada semua waris. Sekolah berharap kerjasama ini akan berterusan di masa akan datang. 14.Guru Besar juga memaklumkan Sukan Tahunan Sekolah akan diadakan pada 08 Jun 2023 (Sabtu). 15.Sekolah juga akan mengadakan kem di luar kawasan sekolah dan baru-baru ini sekolah telah menghantar seorang pelajar menyertai Kem Kepimpinan Muda di Albukhari Internasional Universiti. 16.Guru Besar juga berharap sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar dengan pihak sekolah, waris boleh datang ke sekolah untuk berbincang serta menyelesaikannya dengan baik. 17.Akhir sekali, Guru Besar berharap hubungan sekolah dengan waris berjalan dengan baik. Pihak sekolah sentiasa mengangap semua murid dan waris sebagai pelanggan, ibu bapa perlu membantu guru terutamanya masalah kehadiran anak-anak ke sekolah. III. Ucapan Perasmian Oleh: Puan Jasniza Binti Jamal. 18.Pn. Jasniza melahirkan rasa syukur kerana dapat hadir ke sini dan mengucap terima kasih di atas kesudian menjemput beliau pada hari ini. 19.PIBG adalah kerjasama antara waris dan guru atau pihak sekolah bagi melahirkan generasi anak-anak yang cemerlang.
12 20.Ibu bapa perlu guna saluran yang betul untuk mebantu anak-anak, fahami minat anakanak. 21.Kita perlu menghargai jasa guru, tugas sebagai guru bukanlah kerja yang mudah, namun guru mampu memberi pendidikan kepada anak-anak. 22.SKTT telah berjaya mencapai banyak kejayaan membanggakan hasil dari kerjasama sekolah dengan waris dan beliau berharap ibu bapa terus aktif berkolaborasi dari segi buah fikiran dan tenaga untuk anak-anak. 23.Tahniah kepada semua dan beliau berharap mesyuarat berjalan dengan harmoni, semoga ianya akan menjadi pemangkin kemajuan sekolah ini. IV. Mesyuarat Agung PIBG SKTT Kali 50 Diteruskan. 24.Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Mohd Radzi bin Abdullah (YDP) V. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung PIBG kali 49 25.Ustaz Subki bin Abd Rahman selaku setiausaha PIBG SKTT membentangkan minit mesyuarat agung PIBG kali 49. 26.Pn. Roziana bt Ismail mencadangkan agar minit mesyuarat PIBG kali 49 disahkan dan disokong oleh Pn. Norita bt Jiwa Tiada sebarang bangkangan dan diterima sebulat suara. VI. Perkara berbangkit daripada minit mesyuarat yang lalu. 27. Ustaz Subki memaklumkan perkara No: 11, berkaitan Rak Buku. Sekolah telah menyediakan Rak Buku di dalam setiap kelas untuk simpanan buku teks bagi mengurangkan beban beg sekolah. 28.En. Mohd Radzi bin Abdullah membangkitkan perkara No: 13, Pembinaan pentas di dalam kelas ditangguhkan kerana ianya memerlukan kelulusan pihak JKR sekiranya sebarang perubahan yang hendak dilakukan.
13 Perkara NO: 10 Sekolah Dalam Taman telah dilaksanakan di peringkat permulaan. VII. Membentang dan menerima penyata kewangan bermula 01 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022. 29. En Mohd Shukri bin Abd Manaf selaku bendahari PIBG SKTT membentangkan penyata kewangan PIBG bermula 01 Januari 2022 hingga 31 Disember 2022 untuk diterima dan disahkan. (Ruj. Lampiran) 30. Pn. Yusri Handayani mencadangkan agar penyata kewangan tersebut diterima dan disahkan. Disokong oleh Pn. Mariamah bt Saari. Diterima sebulat suara dan tiada sebarang bangkangan. VIII. Perkara berbangkit daripada penyata kewangan yang lalu. 31.En. Mohd Radzi bin Abdullah minta penjelasan tentang pemasangan internet. En. Shukri memaklumkan RM300 digunakan untuk membeli modem sahaja sementara bayaran bulanan dibayar oleh pihak sekolah. 32.En. Mohd Radzi juga memaklumkan sumbangan PIBG sebanyak RM30 setahun merupakan sumber pendapatan PIBG dan dikekalkan untuk tahun 2024 nanti. 33.En. Mohd Radzi melahirkan rasa terharu kerana AJK PIBG memberi kerjasama yang baik untuk menjayakan aktiviti sekolah, bukan sahaja masa dan tenaga, bahkan wang ringgit. IX. Pembubaran AJK PIBG Sesi 2022-2023. 34.En. Mohd Radzi bin Abdullah mengumumkan pembubaran AJK sesi 2022-2023 35.Ustaz Subki mencadangkan En. Shukri bin Abd Manaf sebagai pengerusi sementara mesyuarat. Diterima sebulat suara dan tiada bangkangan.
14 X. Perlantikan AJK PIBG Sesi 2023-2024. 36.Guru Besar memaklumkan hanya 8 orang sahaja AJK waris yang akan dipilih pada hari ini, selebihnya dari kalangan guru. AJK PIBG hanya 15 orang sahaja. Walaubagaimanapun yang tidak terpilih sebagai AJK PIBG pada tahun ini, kerjasama daripada semua amat dialu-alukan. 37.En. Shukri selaku pengerusi mesyuarat meminta kepada semua yang hadir untuk membuat percalonan untuk mengisi jawatan kuasa PIBG SKTT. 38.Keputusan mesyuarat, setelah dibuat undian, AJK PIBG SKTT bagi sesi 2023-2024 adalah seperti berikut: Penasihat : En. Azmi bin Othman (Guru Besar SKTT) Yang Dipertua : Encik Mohd Radzi bin Abdullah Naib Yang Dipertua: Encik Zahari bin Othman Setiausaha : Pn. Dalila bt Mohd Noor Bendahari : En. Mohd Shukri bin Abdul Manaf AJK Waris : Pn. Hidayah bt Mohd Shukri Pn. Norida bt Kasim Pn. En. Md Rizan Pn. Hasnah bt Karim Pn. Yusri Handayani Pn. Nur Syuhada bt Md Akhir Pn. Azian bt Mohd Ali Pn. Roziana bt Ismail AJK Guru : Pn. Masitoh bt Zakaria : Pn. Aishah bt Ashaari : En. Nor Johan Akmal bin Ibrahim : En. Nurul Amini bin Jabasutami
15 39.En Shukri sebagai pengerusi mesyuarat mengambil kesempatan memaklumkan kepada semua, PIBG ada menyediakan tabung sumbangan ikhlas dan disediakan di depan pintu sebelah luar. Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan bolehlah masukkan sumbangan ke dalam tabung tersebut. 40.En Mohd Radzi sebagai YDP PIBG berharap, kepada AJK sesi yang lalu dan tidak terpilih untuk sesi ini diharap dapat memberi kerjasama dalam sebarang aktiviti sekolah. XI. Membahaskan Usul / Cadangan. 41. Usul Pn Noraziah bt Hassan. Mengadakan tuisyen untuk pelajar tahun 5 dan 6. - Guru Besar memaklumkan cuti adalah waktu rehat guru-guru. Walaubagaimanapun perkara ini akan dibawa berbincang dengan guru-guru. Mungkin dikenakan sedikit sumbangan bagi membeli buku, bahan cetak dan sebagainya. Semua bersetuju dan tiada sebarang bantahan. 42. Usul En Yusoff bin Md Zain. Mendapatkan bantuan atau sumbangan bagi baik pulih laluan utama dan diadakan tempat untuk kenderaan berselisih. - Oleh kerana pembawa usul tidak hadir, usul ini akan dibincangkan dalam hal-hal lain nanti XII. Hal-Hal Lain. 43. Pn Hasnah menyuarakan tentang kehadiran kelas KAFA yang merosot dan sebelum pelajar pulang diadakan solat zohor sebelum pulang.
16 - Guru Besar memaklumkan pendaftaran kelas KAFA adalah wajib, bermula dari tahun 2 lagi untuk melayakkan anak-anak menduduki ujian UPKK tahun 5. Menjadi tanggungjawab semua untuk memastikan anak-anak hadir ke kalas KAFA ini. - Tentang solat zohor sebelum pulang, Guru Besar memaklumkan akan dibawa berbincang bersama Panitia Pendidikan Islam. 44. En Mohd Radzi berharap sangat-sangat kepada waris yang ada masalah anak-anak di sekolah, pohon para waris berjumpa dengan pihak pentadbiran sekolah sebelum mengambil apa-apa tindakan. Seterusnya En. Radzi membangkitkan masalah kantin sekolah. - Guru Besar memberi jaminan akan berbincang dengan pengurusan kantin sekolah. 45. Pn Suhaila bt Zulkifli, PK HEM SKTT memaklumkan: - Pendaftaran murid tahun 1 tahun 2024/2025. Murid PRA Sekolah juga perlu membuat pendaftaran tahun 1, tarikh tutup 30 Jun 2023. Sekiranya lewat perlu berurusan di Pejabat Pendidikan Daerah. - Pengisian Borang PBI. Waris yang ada penyata gaji kena hantar salinan. Borang PB2 hanya untuk waris yang tiada penyata gaji. Tulis pendapatan yang betul, bukan pendapatan bersih. 46. En Azmi bin Othman, Guru Besar SKTT memaklumkan: - Baik pulih laluan utama telah dibuat permohonan ke pihak atasan. - Sekolah bercadang untuk mengadakan Gotong Royong Perdana, tarikh dan hari akan dimaklumkan nanti. - Kem Kepimpinan Sahsiah untuk Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber di Kem Kemangi. - Sukan Tahunan Sekolah akan diadakan pada 8 Jun 2023 hari Sabtu.
17 XIII. Ucapan Penangguhan. 47.En. Mohd Radzi bin Abdullah sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua waris yang hadir dan memberi kerjasama yang baik sehingga selesai mesyuarat. Beliau mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG yang baru dan Terima Kasih kepada AJK PIBG yang lama yang banyak menyumbangkan jasa kepada SKTT.
18
19 KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2023/2024 BIL NAMA TARIKH 15/8/23 6/11/23 6/6/24 12/5/24 1 EN AZMI BIN OTHMAN (PENASIHAT) / / 2 PN SITI MARIAM BINTI OTHMAN (PENASIHAT) / PERKHEMAHAN 3 EN. MOHD RADZI BIN ABDULLAH (YDP) / / / / 4 EN. ZAHARI BIN OTHMAN (NYDP) / / / / 5 PN RAFIDAH BINTI SHAARI (PK PENTADBIRAN) 0 0 / MEMANAH 6 PN SUHAILA BINTI ZULKIFLI (PK HAL EHWAL MURID) / 0 / MEMANAH 7 PN ZAINI BINTI ABDUL HAMID (PK KOKURIKULUM) 0 / / / 8 PN. DALILA BT MOHD NOOR / / / / 9 EN. MOHD SHUKRI BIN ABDUL MANAF / / / / 10 PN. AISHAH BT ASHAARI KELAS 0 / / 11 PN. MASITOH BT ZAKARIA HAKIM 0 / / 12 PN. HASNAH BT KARIM / / / 0 13 PN. HIDAYAH BT MOHD SHUKRI / / / / 14 PN. AZIAN BT MOHD ALI / / / / 15 PN. YUSRI HANDAYANI / / / / 16 PN. NUR SYUHADA BT MD AKHIR / / 0 / 17 PN. ROZIANA BT ISMAIL 0 0 / 0 18 PN. NORIDA BT KASIM / 0 / 0 19 EN. MD RIZAN BIN AZIZ 0 0 / 0
20 LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK TEDURI SESI 2023-2024 BIL PERKARA TARIKH TEMPAT 1 IFTAR PERDANA PERINGKAT SEKOLAH 6 APRIL 2023 SK TELOK TEDURI 2 PROGRAM BUBUR LAMBUK 18 APRIL 2023 SK TELOK TEDURI 3 SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH 9 MEI 2023 SK TELOK TEDURI 4 KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 22 JUN 2023 SK TELOK TEDURI 5 MESYUARAT AGUNG PIBG PERINGKAT SEKOLAH KE-50 24 JUN 2023 SK TELOK TEDURI 6 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH 8 JULAI 2023 SK TELOK TEDURI 7 SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 5 SEPT 2023 SK TELOK TEDURI 8 KEM SAHSIAH DAN KEPIMPINAN MUDA 7-9 SSEPT 2023 CAMPSITE KEDA KEMANGI 9 HARI ANUGERAH CEMERLANG PERINGKAT SEKOLAH 12-13/1/2022 SK TELOK TEDURI 10 HARI SUKAN NEGARA 16 OKT 2023 SK TELOK TEDURI 11 HARI KEUSAHAWANAN PERINGKAT SEKOLAH 2 DISEMBER 2023 SK TELOK TEDURI 12 HARI ANUGERAH CEMERLANG 5 FEB 2023 SK TELOK TEDURI 13 MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR EN.AZMI BIN OTHMAN 30 MAC 2024 SK TELOK TEDURI
21 PENYATA KEWANGAN PIBG 1 JANUARI 2023 – 31 DISEMBER 2023
22 USUL SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG SK TELOK TEDURI KALI KE - 51 USUL UNTUK DIBAHASKAN Nama / Alamat Usul Catatan / Ulasan ZALILAH BINTI ABD MANAB Muhd Aisy Raziq Tahun 5 Ibnu kathir Mohd Arash Zuffar Tahun 2 Ibnu Arabi Penukaran jadual waktu pulang pada hari Ahad, Isnin dan Selasa kepada 1.15pm manakala pada hari Rabu dan Khamis 1.45pm. Hal ini disebabkan oleh pada hari ahad, isnin dan selasa pelajar perlu menjalani kelas kafa. Jadi, terhad waktu bagi pelajar untuk makan, berehat dan melakukan persiapan untuk ke kelas kafa pada waktu petang. Pihak sekolah perlu meneliti dan menukar semula jadual waktu pulang pelajar. Pihak sekolah akan mengambil tindakan untuk mengubah jadual waktu pulang kepada 1.15 petang untuk hari Ahad, Isnin & Selasa. ROZIYANA BINTI RAZALI Muhamad Thaqif Rifqi bin Muhamad Basher Tahun 2 Ibnu Arabi Benarkan murid-murid masuk tandas pakai kasut. Masuk tandas pakai selipar untuk mendidik anak menjaga kebersihan. Sekiranya pakai kasut masuk tandas, kasut tersebut juga akan dipakai masuk kelas. Kelas tempat menuntut ilmu, tidak mahu tercemar dengan kotoran ROSLIZA BT YUSOFF Mohd Lutfan Hafiz Bin Mohd Shahizan Tahun 2 Ibnu Arabi Tindakan pihak guru jika anak-anak sakit tiba-tiba dan perlukan rawatan segera-untuk makluman. Kenalpasti jenis aduan kesakitan anak adakah untuk rawatan segera atau boleh ditangguhkan. Masih mengikut pekeliling yang terdahulu, pihak sekolah akan memaklumkan kepada waris terlebih dahulu dan sekiranya berlaku kecemasan pihak sekolah akan terus bawa ke hospital atau klinik berdekatan. Jadi, waris perlu mengemaskini nombor telefon terkini kepada guru kelas
23 MOHAMED KAJEMAIN BIN ABD MANAFF Nur Farisya Bt Mohamed Kajemain Tahun 4 Ibnu Khaldun Masakan kantin pedas Pihak sekolah telah berbincang dengan kantin untuk sesuaikan makanan dengan selera murid Hari Ahad balik 1.45 ptg mintak tolong ubah ke hari lain sbb anak nak kafa lagi kesian kat anak-anak tak sempat nak rehat nak makan nak solat. Pihak sekolah akan mengambil tindakan untuk mengubah jadual waktu pulang kepada 1.15 petang untuk hari Ahad, Isnin dan Selasa. MOHD HARIFF BIN JAMALUDIN Nur Raisha Qaisara Pra Sekolah Seimbangkan waktu main dan belajar Waktu belajar & waktu main telah diseimbangkan mengikut jadual waktu. Buat locker khas untuk mudah kan murid-murid simpan barang sekolah telah sediakan rak, bukan locker, mengikut kemampuan sekolah. Bagi murid pra sekolah, telah disediakan kotak pensil yang setiap peralatannya dilabelkan secara individu dan diletakkan dalam kumpulan masingmasing Minta pihak guru ajarkan basic huruf pada murid-murid ni. Walaupn pra tapi sekurang2 nya murid2 dapat ilmu asas sikit tentang pelajaran ni. Asas huruf telah diajar dari bulan Mac lagi. Sekarang sedang masuk fasa suku kata.
24 PENGHARGAAN Pihak Jawatankuasa PIBG Sesi 2024/2025 Ingin Merakamkan Sekalung Penghargaan Ucapan Terima Kasih Khususnya Kepada Semua Pentadbir, Guru-guru, staf sekolah, pekerja kebersihan dan semua waris Yang Terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Tidak dilupakan juga kepada semua AJK PIBG yang turut serta bertungkus lumus menguruskan Mensyuarat Agung PIBG kali ke 51 ini agar berjalan dengan lancar. Semoga segala usaha dan perancangan kita akan diberkati dan dikurniakan rahmat serta hidayah daripada Allah SWT. SEMOGA KITA DAPAT BERSUA LAGI TERIMA KASIH