The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by miziena090506, 2021-07-04 11:15:21

BUKU PANDUAN KELAB RUKUN NEGARA

BUKU PANDUAN KELAB RUKUN NEGARA

JABATAN PERPADUAN NEGARA KEMENTERIAN PELAJARAN
DAN INTEGRASI NASIONAL MALAYSIA
JABATAN PERDANA MENTERI

BUKU PANDUAN
KELAB RUKUN NEGARA

KANDUNGAN

1. Prinsip-Prinsip Rukun Negara
2. Lirik Lagi Lima Prinsip Rukun Negara
3. Pendahuluan
4. Latar Belakang Penubuhan Kelab Rukun Negara
5. Objektif Penubuhan Kelab Rukun Negara
6. Modus Operandi Kelab Rukun Negara
7. Pengisian Aktiviti Kelab Rukun Negara
8. Sumber Kewangan
9. Kesimpulan
10. Peraturan Kelab Rukun Negara

10.1 Pendahuluan
10.2 Prosedur Penubuhan Kelab Rukun Negara
10.3 Peraturan

11. Lampiran B - Aktiviti
Kelab Rukun Negara

12. Lampiran C - Cadangan Perancangan Tahunan Aktiviti
Kelab Rukun Negara

2

Rukun Negara

Pengisytiharan

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA

mendukung cita-cita hendak

mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya;

memelihara satu cara hidup demokratik;

mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran
Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, Rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

3

Lima Prinsip Rukun Negara

Lima Prinsip Rukun Negara
Harus Menjadi Cara Hidup Kita

Bukan Sekadar Ikrar Sahaja
Sekali Sekala Dibaca Semata

Lima Prinsip Rukun Negara
Telah Menjadi Teras Perpaduan

Membentuk Satu Negara
Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa

Chorus:

Amalkanlah Rukun Negara
Dalam Hidup Harian Kita
Tanpa Mengira Tua Muda
Mengekalkan Warisan Kita

Lima Prinsip Rukun Negara
Telah Menjadi Teras Perpaduan

Membentuk Satu Negara
Tanpa Mengira Agama Dan Bangsa

Lima Prinsip Rukun Negara

Ikrar:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan

Itulah Lima Prinsip Rukun Negara

4

Lagu Ciptaan : Dato’ Wah Idris
Lirik Oleh : Dato’ Cosmas J. Abah
Dato’ Azman Amin Hassan

5

1. PENDAHULUAN

1.1 Peristiwa rusuhan kaum/etnik pada 13 Mei 1969 telah
mengganggugugat keamanan dan kestabilan negara pada ketika
itu dan tindakan serta merta telah diambil untuk mengisytiharkan
darurat di seluruh negara. Dengan pengisytiharan tersebut, sistem
kerajaan berparlimen telah digantung dan seterusnya Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan untuk
mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang-undang
negara serta memupuk suasana harmoni dan percaya mempercayai
di kalangan rakyat.

1.2 Berikutan dengan peristiwa itu juga, MAGERAN telah

menubuhkan Majlis Perundingan Negara di bawah Peraturan-

Peraturan Perlu Majlis Perundingan 1970 yang berfungsi untuk

membincangkan serta meneliti isu-isu perpaduan nasional dan

mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah berkaitan

dengan hubungan antara kaum. Melalui beberapa perbincangan

dan mesyuarat, Majlis Perundingan Negara telah memutuskan

bahawa Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum

memerlukan satu ideologi negara yang boleh diamalkan oleh

seluruh rakyat ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu

padu. Berdasarkan kepada keputusan tersebut, maka terbentuklah

Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 menjadi

pegangan, panduan dan amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke

arah pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan

dan kecintaan kepada bangsa dan negara.

6

1.3 Dalam usaha menyuntik kesedaran dan penghayatan murid-murid
mengenai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara,
maka Kelab Rukun Negara yang telah diperkenalkan di sekolah-
sekolah dan di Institusi Pengajian Tingggi (IPT) dimantapkan dan
diperkukuhkan lagi selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah
Menteri pada 11 Ogos 2004.

2. LATAR BELAKANG PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

2.1 Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dan
disarankan oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad
Badawi (ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri) semasa
merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan
2000 di Melaka. Malah sebelum itu, ketika merasmikan Hari
Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau telah
menyeru agar seluruh rakyat Malaysia sentiasa berpegang kepada
prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan
kemakmuran negara terus berkekalan. Menerusi Kelab Rukun
Negara ini, para pelajar akan didedahkan mengenai prinsip-prinsip
tersebut supaya mereka benar-benar dapat memahami serta
menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan budaya hidup
seharian.

2.2 Selaras dengan saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan
pada masa itu telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab
Rukun Negara di sekolah-sekolah menengah seluruh negara.
Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
7

17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-sekolah
bertarikh 16 November 2000 kepada semua Pengarah Pendidikan
Negeri. Walau bagaimanapun, sejak Kelab Rukun Negara
ditubuhkan, tiada sebarang garis panduan yang terperinci
dikeluarkan untuk dijadikan sebagai panduan pengurusan dan
pengisian program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini.

2.3 Atas kesedaran untuk mengukuhkan perhubungan kaum dan
meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap prinsip-prinsip
Rukun Negara, maka Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi
Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN, JPM) telah
dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerjasama erat
dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian
Pengajian Tinggi bagi tujuan tersebut (Keputusan Mesyuarat
Jemaah Menteri bertarikh 11 Ogos 2004).

3. OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

3.1 Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara;
3.2 Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun

Negara;
3.3 Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan

kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan; dan

3.4 Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan
cara hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang
mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah,
bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.
8

4. MODUS OPERANDI KELAB RUKUN NEGARA

Peranan yang perlu dimainkan bagi mewujud dan memperkukuhkan
Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah adalah seperti berikut:-

JABATAN TANGGUNGJAWAB TINDAKAN /
PELAKSANAAN
1. Jabatan - Ketua Pengarah
Perpaduan - Bahagian Perpaduan - Garis Panduan
Negara Dan - Cadangan aktiviti
Integrasi Masyarakat Dan - Kepegawaian /
Nasional Integrasi Negara
Fasilitator
- Bahan cetak
- Promosi
- Kewangan
- Pemantauan
- Pelaporan

9

JABATAN TANGGUNGJAWAB TINDAKAN /
PELAKSANAAN
2. Kementerian - Ketua Pengarah
Pelajaran Pelajaran Malaysia - Garis Panduan
Malaysia - Cadangan aktiviti
- Pengarah Bahagian - Kepegawaian /
Sekolah
Fasilitator
- Pengarah Bahagian - Bahan cetak
Pendidikan Guru - Promosi
- Kewangan
- Pemantauan
- Pelaporan

3. Jabatan - Pengarah Jabatan - Arahan
Perpaduan Perpaduan Negara - Kewangan
Negara Dan Dan Integrasi - Cadangan dan
Integrasi Nasional Negeri
Nasional pelaksanaan aktiviti
Negeri /Jabatan - Pengarah Pelajaran - Pemantauan
Pelajaran Negeri - Pelaporan
Negeri

4. Pejabat - Pegawai Perpaduan - Pelaporan
Perpaduan Daerah/Bahagian - Penyelarasan
Daerah
/Bahagian/ - Pegawai Pelajaran
Pejabat Daerah/Bahagian
Pelajaran
Daerah/
Bahagian

10

JABATAN TANGGUNGJAWAB TINDAKAN /
5. Sekolah PELAKSANAAN
- Pengetua/Guru Besar
- Guru Penasihat - Penubuhan kelab
- Pelaksanaan aktiviti
- Pemantauan
- Pelaporan
- Sumber Kewangan

11

5. PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA

5.1 Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah-sekolah akan
melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada
pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan
pengamalan (4P) Rukun Negara di kalangan murid. Selain
daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid
tentang kepentingan Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan
sebagai salah satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat
perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid pelbagai
kaum. Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti Kelab Rukun Negara
akan dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip
Rukun Negara iaitu:

* Kepercayaan Kepada Tuhan
* Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
* Keluhuran Perlembagaan
* Kedaulatan Undang-Undang
* Kesopanan dan Kesusilaan

5.2 Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan melalui Kelab
Rukun Negara ialah seperti di Lampiran A, manakala Cadangan
Perancangan Tahunan Aktiviti Kelab Rukun Negara adalah
seperti di Lampiran B.

5.3 Selain daripada aktiviti-aktiviti yang dinyatakan di atas, dari
semasa ke semasa Jabatan ini juga akan terus merancang dan
merangka pelbagai aktiviti lain yang difikirkan lebih berkesan,
12

mantap dan relevan dengan situasi semasa. Selain itu,
Jawatankuasa Kelab Rukun Negara yang akan ditubuhkan di
sekolah juga digalakkan untuk melaksanakan aktiviti yang
menjurus kepada peningkatan penghayatan dan pengamalan nilai-
nilai yang terkandung dalam Rukun Negara serta pengukuhan
semangat patriotisme, perpaduan dan integrasi nasional di
kalangan murid.

6. SUMBER KEWANGAN

6.1 Peruntukan daripada pihak pentadbiran sekolah (menggunakan
peruntukan kokurikulum sedia ada);

6.2 Peruntukan daripada Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara Dan
Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri;

6.3 Sumbangan daripada pihak PIBG Sekolah;
6.4 Sumbangan daripada agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-

pertubuhan bukan kerajaan dan swasta;
6.5 Perkongsian bijak dengan agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-

pertubuhan bukan kerajaan dan swasta; dan
6.6 Sumbangan individu dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

7. KESIMPULAN

Bagi mencapai matlamat untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu
padu selaras dengan wawasan negara, penubuhan Kelab Rukun Negara
akan menjadi pemangkin kepada proses untuk mencapai perpaduan yang
unggul di negara ini. Justeru, peranan Kelab Rukun Negara dari semasa

13

ke semasa akan diperkemas dan diperkukuhkan lagi supaya pencapaian
matlamat tersebut dapat direalisasikan. Pengetahuan, pemahaman,
penghayatan dan pengamalan (4P) terhadap falsafah Rukun Negara perlu
dipertingkatkan terutamanya di kalangan murid untuk menjadikan
mereka sebagai rakyat yang lebih bertanggungjawab dan prihatin dalam
sebuah negara majmuk. Bagi mencapai matlamat ini, Jabatan Perpaduan
Negara akan mewujudkan kerjasama erat dan berterusan dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia.

14

PERATURAN-PERATURAN KELAB RUKUN
NEGARA

1. PENDAHULUAN

1.1 Penubuhan Kelab Rukun Negara adalah diwajibkan kepada semua
sekolah rendah dan menengah.

1.2 Pelaksanaan kelab ini di sekolah rendah dan menengah akan
dikendalikan oleh murid dengan bimbingan guru kelab/pihak
sekolah.

1.3 Kelab yang ditubuhkan di sekolah akan dipantau oleh satu
jawatankuasa yang dibentuk di peringkat kebangsaan dan negeri.
Selain memantau, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab kepada
perancangan aktiviti, garis panduan, peraturan dan segala perkara
yang berkaitan dengan Kelab Rukun Negara.

2. PROSEDUR PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

2.1 Pengetua/Guru Besar hendaklah melantik Jawatankuasa Penaja di
peringkat sekolah masing-masing.

2.2 Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu
permohonan penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah masing-
masing.

15

2.3 Setelah menerima kelulusan daripada pendaftar, Pengetua/Guru
Besar, Jawatankuasa ini perlu memanggil satu mesyuarat agung
untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara dan memilih ahli-ahli
jawatankuasa.

2.4 Jawatankuasa Penaja hendaklah dibubarkan setelah terbentuknya
Jawatankuasa Kelab Rukun Negara sekolah melalui mesyuarat
agung.

2.5 Jawatankuasa hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada
Pengetua/Guru Besar dalam tempoh 14 hari laporan-laporan
seperti berikut:-

i) Perlembagaan kelab;
ii) Senarai Ahli Jawatankuasa dan minit mesyuarat agung;
iii) Senarai aktiviti utama kelab; dan
iv) Laporan Kewangan.

2.6 Jawatankuasa Kelab Rukun Negara perlu mengadakan mesyuarat
sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

3. PERATURAN

Peraturan 1: Nama Pertubuhan

1.1 Kelab Rukun Negara ini boleh ditubuhkan sebagaimana yang

terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah

1997.

16

1.2 Nama pertubuhan ini ialah ‘Kelab Rukun Negara’ dan diikuti
dengan nama sekolah masing-masing.

1.3 Alamat pertubuhan adalah alamat sekolah di mana kelab tersebut
ditubuhkan.

Peraturan 2 : Objebtif

2.1 Objektif Kelab Rukun Negara ditubuhkan untuk:

2.1.1 Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya
mereka dapat mengetahui dan memahami falsafah serta
prinsip-prinsip Rukun Negara;

2.1.2 Menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun
Negara di kalangan murid;

2.1.3 Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid
tentang kepentingan Rukun Negara kepada negara;

2.1.4 Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan
mengamalkan Rukun Negara;

2.1.5 Menyemai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan

di kalangan murid berasaskan sikap saling percaya-

mempercayai, hormat-menghormati, toleransi dan

kerjasama antara kaum;

17

2.1.6 Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti;

2.1.7 Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya,
adat resam dan pantang larang kaum-kaum di Malaysia.

Peraturan 3 : Keahlian

3.1 Semua murid sekolah rendah dan menengah adalah digalakkan
menjadi ahli Kelab Rukun Negara. Justeru, mereka hendaklah
terlibat secara aktif dengan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh
kelab ini.

3.2 Keahlian Kelab Rukun Negara mestilah terdiri daripada pelbagai
kaum dan tidak boleh dipelopori oleh satu kaum sahaja kecuali
bagi sekolah-sekolah yang muridnya terdiri daripada satu kaum
sahaja.

3.3 Ahli kelab adalah tertakluk kepada peraturan kelab dan berjanji
mentaati perkara-perkara berikut:-

3.3.1 Saling hormat-menghormati di antara satu kaum dengan

kaum yang lain sama ada dalam kelab mahupun di mana-

mana sahaja dan dalam apa jua keadaan.

18

3.3.2 Setiap ahli dikehendaki melibatkan diri dalam setiap aktiviti
yang dilaksanakan oleh kelab;

3.3.3 Setiap ahli dilarang mempengaruhi ahli atau orang lain
membuat propaganda yang boleh memecah-belahkan
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum;

3.3.4 Setiap ahli dilarang mengamalkan diskriminasi antara kaum
dan seterusnya memantau agar amalan tersebut tidak
diamalkan.

3.3.5 Setiap ahli dilarang menyentuh atau membicarakan secara
terbuka perkara yang sensitif bagi sesuatu kaum;

3.3.6 Berusaha ke arah memelihara semangat perpaduan sehingga
menjadi satu budaya di kalangan rakyat Malaysia.

Peraturan 4 : Aktiviti

4.1 Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan harus melaksanakan
aktiviti-aktiviti berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara
seperti berikut:-

4.1.1 Kepercayaan Kepada Tuhan
- Program/aktiviti yang berbentuk keagamaan;

19

4.1.2 Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
- Program/aktiviti yang berbentuk patriotisme;

4.1.3 Keluhuran Perlembagaan
- Program/aktiviti yang berdasarkan perlembagaan;

4.1.4 Kedaulatan Undang-Undang
- Program/aktiviti yang berkaitan dengan undang-
undang;

4.1.5 Kesopanan Dan Kesusilaan
- Program /aktiviti yang berbentuk pemahaman mengenai
tatasusila dan kebudayaan sesuatu kaum.

4.2.1 Program/aktiviti lain yang difikirkan sesuai seperti dalam Buku
Panduan Kelab Rukun Negara.

Peraturan 5 : Pentadbiran

5.1. Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara – Peringkat
Kebangsaan

Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam menggubal
dasar serta menentukan hala tuju Kelab Rukun Negara.

20

Jawatankuasa ini adalah seperti berikut :

1. Penaung - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Bersama Menteri Pelajaran Malaysia
-

2. Pengerusi - Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

3. Timbalan - Ketua Pengarah
Pengerusi Jabatan Perpaduan Negara
Dan Integrasi Nasional

- Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Jabatan Perpaduan Negara
Dan Integrasi Nasional

4. Setiausaha - Pengarah Bahagian Sekolah
5. Ahli Kementerian Pelajaran Malaysia

- Pengarah
Bahagian Perpaduan Masyarakat
dan Integrasi Negara

- a) Bahagian Perpaduan Masyarakat dan
Integrasi Negara

b) Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia

c) Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

d) Jabatan Penerangan Malaysia

e) Bahagian Teknik dan Vokasional
21

Kementerian Pelajaran Malaysia

f) Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional Negeri

5.2. Jawatankuasa Pelaksana Kelab Rukun Negara – Peringkat Negeri

Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam pelaksanaan
aktiviti Kelab Rukun Negara di peringkat Negeri. Di samping itu,
peranannya juga adalah dalam melaksanakan dan memantau
pengendalian Kelab Rukun Negara di peringkat daerah dan
sekolah-sekolah.

Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

i. Penaung - Exco Perpaduan

ii. Pengerusi bersama - Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri/
iii. Setiausaha - Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara
Dan Integrasi Nasional (JPNIN)
Negeri

Penolong Pengarah JPNIN
Negeri
Ketua Unit Kokurikulum
Jabatan Pelajaran Negeri

iv. Ahli - Ketua Sektor Pengurusan
Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pelajaran Negeri

- Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian
22

- Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian
5.3 Jawatankuasa Peringkat Daerah/Bahagian

5.3 - Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri/
1. Penasihat Pengarah JPNIN Negeri

2. Pengerusi - Pegawai Pelajaran Daerah/
Bersama Pegawai Perpaduan Daerah

Pe - Penyelia Kokurikulum
3. Setiausaha Pejabat Pelajaran Daerah
Pembantu Pembangunan Masyarakat
JPNIN

5. Ahli - Pengetua/Guru Besar (yang dilantik)

5.4 Jawatankuasa Peringkat Sekolah
Keanggotaan Jawatankuasa Kelab Rukun Negara di peringkat
sekolah adalah seperti berikut:

i) Penaung - Pengetua/Guru Besar

ii) Penasihat - Penolong Kanan Kokurikulum

iii) Penyelaras - Guru Penasihat

iv) Pengerusi - Seorang murid

v) Timbalan Pengerusi - Seorang murid

vi) Setiausaha - Seorang murid

23

vii) Penolong Setiausaha - Seorang murid

viii) Bendahari - Seorang murid

ix) Ahli Jawatankuasa - 10 orang murid

x) Juru Audit Dalam - 2 orang
(seorang guru dan seorang murid)

Jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha,
Penolong Setiausaha dan Bendahari adalah Jawatankuasa
Eksekutif yang dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan
yang perlu diadakan sebelum 31 Mac setiap tahun. Jawatan
Juru Audit Dalam dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar.

Peraturan 6 : Tugas Jawatantaknukasuaasa

Pengerusi - Bertanggungjawab ke atas keseluruhan
Timbalan Pengerusi perjalanan kelab.

- Mempengerusikan mesyuarat kelab.
- Menyusun dan merangka aktiviti kelab.

- Merapatkan hubungan dengan Kelab-
kelab Rukun Negara yang lain.

- Berhubung dengan Pejabat Perpaduan
Negeri / Daerah / Bahagian untuk
mendapatkan bahan penerbitan dan
sebagainya.

- Lain-lain tugas pentadbiran kelab.

- Bertanggungjawab kepada Pengerusi.

- Membantu Pengerusi mentadbir kelab.

- Mempengerusikan kelab semasa
ketiadaan Pengerusi.

24

Setiausaha - Membantu Pengerusi merancang aktiviti
kelab.
Penolong Setiausaha
Bendahari - Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
AJK Pengerusi.

- Mencatat minit mesyuarat.
- Menyediakan laporan kegiatan dan

aktiviti.
- Menguruskan urusan surat-menyurat.

- Menyimpan dan merekodkan segala fail-
fail kelab.

- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

- Membantu Setiausaha menjalankan
tugas-tugas kesetiausahaan.

- Menjalankan tugas Setiausaha semasa
ketiadaan Setiausaha.

- Bertanggungjawab menguruskan urusan
kewangan kelab.

- Menyimpan dan merekodkan segala
urusan kewangan kelab.

- Mengusahakan sumber kewangan kelab.

- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

- Bertanggungjawab sepenuhnya kepada
Pengerusi/Timbalan Pengerusi.

- Membantu Jawatankuasa Eksekutif
menjalankan urusan kelab.

- Menghadiri mesyuarat kelab apabila
dipanggil.

- Membantu Pengerusi menambah
keahlian kelab.

- Membantu pengerusi menjalankan
aktiviti kelab.

- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Pengerusi.

25

Juru Audit Dalam - Memeriksa dan mengesahkan penyata
perbelanjaan Kelab Rukun Negara
sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Peraturan 7 : Peraturan Pengurusan Kewangan Kelab Rukun Negara

7.1 Akaun bagi tiap-tiap kelab di sekolah dan hendaklah di bawah
kawalan Pengetua /Guru Besar.

7.2 Pengetua/Guru Besar hendaklah menyimpan atau menyebabkan
supaya disimpan suatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah
menyimpannya di bawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari
enam bulan setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan dan hendaklah
sedia ada bagi pemeriksaan oleh pihak pendaftar.

7.3 Apa-apa tajaan atau kutipan derma bagi setiap kelab di sekolah
hendaklah mendapat kelulusan Pengetua/Guru Besar

Peraturan 8 : Mesyuarat Agung

8.1 Setiap Kelab Rukun Negara hendaklah mengadakan mesyuarat agung
pada setiap tahun.

8.2 Peranan Mesyuarat Agung

a) Memilih Jawatankuasa Kelab;

26

b) Membentangkan Laporan Tahunan Kelab;
c) Membentangkan Penyata Kewangan Kelab;
d) Menerima dan meluluskan usul dan resolusi;
e) Hal-hal lain.
Peraturan 9:
9.1 Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara berhak untuk membatal,
meminda dan menambah mana-mana peraturan yang terkandung di
dalam buku ini pada bila-bila masa dan tanpa terikat kepada mana-
mana pihak.

27

28

PRINSIP 1: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PELAKSANAAN
1. LAFAZ IKRAR Supaya murid Pengetua/ Guru Besar
Arahan daripada Semua murid
RUKUN sentiasa Kementerian Pelajaran AJK Kelab Rukun Negara
Malaysia. (KPM) Pegawai Perpaduan
NEGARA menghayati Daerah (Pemantauan)
Setiap perhimpunan
falsafah serta sekolah.

prinsip-prinsip Hari Korikulum

Rukun Negara Majlis rasmi.

Sambutan Bulan
Kemerdekaan

Sambutan Bulan
Perpaduan.

Kumpulan pembaca
ikrar terdiri daripada
pelbagai kaum.

2. MEMPAMERK Supaya murid Di pintu masuk Pengetua/Guru Besar
hadapan sekolah. AJK KRN
AN sentiasa Sudut khas dalam
kelas dan pejabat. Pengetua/Guru Besar
PRINSIP- mengingati Mural di dinding AJK KRN
Papan kenyataan
PRINSIP prinsip-prinsip
Semasa majlis sekolah.
RUKUN Rukun Negara. Setiap perjumpaan
kelab.
NEGARA

3. NYANYIAN Menyemai rasa

LAGU cinta dan bangga

KEBANGSAAN terhadap raja dan

’NEGARAKU’ negara

DAN NEGERI

29

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PELAKSANAAN
4. FORUM- 1. Memperkenalkan nilai- Semua murid
Menjemput ahli AJK KRN
MEMAHAMI nilai sejagat dalam agama. panel yang
mewakili agama Pengetua/Guru
KEPELBAGAIAN 2. Menghormati masing-masing. Besar
PIBG
AGAMA kepercayaan agama lain. JPNIN

3. Menghormati penganut- KPM
JPNIN
penganut agama lain. Sekolah
AJK KRN
5. CERAMAH- 1. Mendedahkan nilai-nilai Menjemput panel
Penerapan nilai sejagat dalam agama. penceramah
sejagat dalam bertauliah
agama 2. Menerapkan unsur-unsur daripada JPNIN,
positif dalam kehidupan. KPM dan Jabatan
Penerangan
Malaysia.

6. PERTANDINGAN 1. Mengasah minda dan Pertandingan
terbuka kepada
PIDATO/DEBAT mencungkil bakat murid setiap murid.
Sempena Bulan
PERPADUAN 2. Memupuk minat Kemerdekaan /
Bulan Perpaduan
DAN INTEGRASI membaca. Peringkat Daerah,
Negeri dan
NASIONAL 3. Menggalakkan Kebangsaan.

penggunaan ICT untuk

mencari bahan.

30

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PELAKSANAAN Sekolah
7. LAWATAN KE 1. Mengenali secara AJK KRN
RUMAH-RUMAH lebih dekat rumah- Menganjurkan
IBADAT rumah ibadat lawatan ke rumah- Pengetua/Guru
penganut agama lain. rumah ibadat Besar
yang dibuka AJK KRN
2. Menyemai untuk
perasaan/sikap lawatan/seperti di
menghormati prinsip Masjid
kebebasan beragama Negara/Putrajaya,
di kalangan setiap Batu Caves
warganegara. Selangor, Sam Poh
Tong di Ipoh,
Perak.

Mendapatkan
kebenaran
bertuulis daripada
ibu bapa.

Mendapat
kebenaran
daripada rumah-
rumah ibadat.

8. MERAIKAN HARI Mendedahkan murid Mengadakan
majlis sambutan di
PERAYAAN kepada pelbagai hari sekolah. Murid
digalakkan
PELBAGAI KAUM perayaan seperti Hari Raya melibatkan diri di
dalam aktiviti-
Aidilfitri, Tahun Baru Cina, aktiviti yang
dianjurkan.
Deepavali, Krismas, Hari
Program
Gawai dan Pesta Kaamatan. dianjurkan dalam
bulan-bulan
berkaitan.

31

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PELAKSANAAN
9. PERTANDINGAN 1. Memupuk sikap Guru
PENYEDIAAN mencintai dan Pertandingan Agama/Guru
FOLIO/BUKU menghargai Buku Skrap Pendidikan
SKRAP anugerah Tuhan di tentang Moral
kalangan murid. kepercayaan AJK KRN
kepada Tuhan.
2. Memberi kesedaran
dan keinsafan Sebelum dan
kepada murid selepas Hari
tentang kesan Perayaan Agama;
terhadap alam sekitar contoh: pada hari
akibat daripada Maulidur Rasul.
perbuatan manusia.
Mengumpul
3. Menggalakkan bahan-bahan
penggunaan ICT berkaitan dengan
untuk mencari keindahan dan
bahan. kemusnahan alam
ciptaan Tuhan.

10. KEM BINA Mempertingkatkan Mengadakan Pengetua/Guru
INSAN kerohanian dan nilai-nilai Besar
murni di kalangan murid. ceramah, forum, AJK KRN
JPNIN
bengkel dan

sebagainya.

11. BAHAN Mempertingkatkan Mengadakan Pengetua/Guru
PENERBITAN kerohanian dan nilai-nilai ceramah, forum, Besar
murni di kalangan murid. bengkel dan AJK KRN
sebagainya. JPNIN

32

PRINSIP 2: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PELAKSANAAN
1. LAFAZ IKRAR Supaya murid sentiasa Pengetua/Guru
Arahan daripada Besar
RUKUN NEGARA menghayati falsafah serta KPM. Semua murid
AJK Kelab
prinsip – prinsip Rukun Setiap Rukun Negara
perhimpunan (KRN)
Negara sekolah. Pegawai
Perpaduan
Hari Daerah
Kokurikulum. (Pemantauan)

Majlis rasmi.

Sambutan Bulan
Perpaduan.

Kumpulan
pembaca ikrar
terdiri daripada
murid pelbagai
kaum.

2. NYANYIAN Menyemai rasa cinta dan Semasa majlis Pengetua/Guru
LAGU bangga terhadap raja dan sekolah. Besar
KEBANGSAAN negara. AJK KRN
’NEGARAKU’ Setiap perjumpaan
DAN NEGERI kelab.

33

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
3. LAWATAN PELAKSANAAN
Memberi pendedahan Semua murid
Lawatan ke Istana, AJK KRN
mengenai Sistem Muzium DiRaja
dan Muzium
Pemerintahan Raja Negeri

Berperlembagaan. Lawatan Integrasi
semasa Hari
Keputeraan
Agong.

Lawatan semasa
Persidangan
Parlimen dan
Dewan Undangan
Negeri.

4. PERTANDINGAN 1. Menyemai rasa cinta dan Bersifat Pengetua/Guru
pertandingan Besar
BUKU bangga kepada Raja dan AJK KRN
Kerja kumpulan.
SKRAP/FOLIO Negara.
Dijalankan di
SALASILAH peringkat sekolah.

KESULTANAN 2. Memberi pendedahan

NEGERI mengenai sistem

pemerintahan negeri-

negeri di Malaysia.

3.

34

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PELAKSANAAN
5. KEMPEN KIBAR Menyemai dan memupuk Pengetua/Guru
Mengadakan Besar
JALUR semangat patriotisme di majlis pelancaran AJK KRN
Kempen Kibar
GEMILANG DAN kalangan murid. Jalur Gemilang JPNIN
dan Bendera
BENDERA Negeri.

NEGERI Nyanyian lagu
Jalur Gemilang
dan patriotik

Tayangan gambar
berunsurkan
patriotik untuk
semua kaum.

Ahli KRN
menyertai
Perbarisan
sempena ulang
tahun Hari
Kemerdekaan.

Sempena
Sambutan Bulan
Kemerdekaan.

Majlis rasmi yang
lain.

6. PENGKISAHAN 1. Mengingati dan Bersifat Pengetua/Guru
SEJARAH pertandingan Besar
NEGARA OLEH menghayati sejarah
TOKOH-TOKOH Kerja kumpulan. AJK KRN
NEGARA DAN dan pembangunan
TEMPATAN Dijalankan di
negara. peringkat sekolah.

2. Menghargai jasa-jasa
pemimpin negara.

35

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PELAKSANAAN
7. PAMERAN 1. Mengenali dan Pengetua/Guru
(Sejarah Negara) menghayati sejarah Mengadakan Besar
negara. pameran. AJK KRN

2. Memupuk perasaan Menyediakan
cintakan negara. bahan.

3. Menghargai jasa-jasa Mengadakan
pemimpin tempatan lawatan ke
dan pejuang negara. pameran yang
dianjurkan oleh
agensi-agensi lain.

8. PERTANDINGAN 1. Mencungkil bakat. Menguruskan Pengetua/Guru
pertandingan:- Besar
KEBUDAYAAN/ AJK KRN
a) puisi
KESENIAN DAN 2. Membentuk keyakinan
b) drama
WARISAN diri.

36

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PELAKSANAAN
Pengetua/Guru
3. Memberi pendedahan c) mencipta lagu Besar
patriotik AJK KRN
kepada murid tentang
d) menyanyi
kebudayaan dan
e) tarian
kesenian kaum-kaum
f) buku skrap
lain.
g) cerpen

h) kata bestari
kenegaraan

i) pertandingan
pertandingan lain
yang difikirkan
sesuai dan selaras
dengan prinsip-
prinsip Rukun
Negara.

9. KARNIVAL 1. Memupuk semangat Koir, sajak, pentomen dan Pengetua/Guru
PATRIOTIK patriotik dan sebagainya. Besar
menyuburkan AJK KRN
semangat perpaduan
di kalangan murid.

2. Menyemarakkan jati
diri murid.

37

PRINSIP 3: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PELAKSANAAN
1. LAFAZ IKRAR Supaya murid sentiasa Pengetua/Guru
Arahan daripada Besar
RUKUN NEGARA menghayati falsafah serta KPM.
Semua murid
prinsip – prinsip Rukun Setiap
perhimpunan AJK Kelab
Negara sekolah.
Rukun Negara
Hari (KRN)
Kokurikulum.
Pegawai
Majlis rasmi. Perpaduan
Daerah
Sambutan Bulan (Pemantauan)
Kemerdekaan

Sambutan Bulan
Perpaduan.

Kumpulan
pembaca ikrar
terdiri daripada
murid pelbagai
kaum.

2. NYANYIAN Menyemai rasa cinta dan Semasa majlis Pengetua/Guru
LAGU bangga terhadap raja dan sekolah. Besar
KEBANGSAAN negara. AJK KRN
’NEGARAKU’ Setiap perjumpaan
DAN NEGERI kelab.

38

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
3. CERAMAH PELAKSANAAN
Memberi kesedaran dan Semua murid
Semasa kempen/ AJK KRN
kefahaman tentang minggu kesedaran JPNIN
sivik.
keluhuran
Salah satu aktiviti
perlembagaan/pembentuk Kursus
Kepimpinan/
an perlembagaan/kontrak Perkhemahan.

sosial. Salah satu aktiviti
Bulan Patriotisme.

4. LAWATAN 1. Memberi peluang Menganjurkan Pengetua/Guru
KENEGARAAN kepada murid lawatan ke Sidang Besar
menyaksikan Dewan Undangan AJK KRN
proses sistem Negeri/Parlimen
perundangan Pengetua/Guru
Negara dijalankan. Menganjurkan Besar
lawatan AJK KRN
2. Mempertingkatkan pertandingan
kefahaman murid peringkat
mengenai sistem sekolah/daerah
perundangan
negara.

5. KUIZ / 1. Memupuk
PERBAHASAN kemahiran
(PERLEMBAGAAN) pengucapan awam.

2. Menilai/menguji
tahap pengetahuan
murid tentang
perlembagaan.

39

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
6. PERKHEMAHAN PELAKSANAAN Pengetua/Guru
1. Memupuk sifat- Besar
(MOTIVASI) sifat kepimpinan Aktiviti luar AJK KRN
berlandaskan sekolah/ceramah
7. PERMAINAN prinsip-prinsip motivasi. Pengetua/Guru
BERASASKAN Rukun negara. Besar
PRINSIP KETIGA Kerjasama dengan AJK KRN
RUKUN NEGARA 2. Meningkatkan agensi kerajaan /
pengetahuan murid swasta.
tentang sistem
perlembagaan
negara.

1. Menggalakkan Permainan Mencari
integrasi kaum. Harta Karun
(Treasure Hunt)
2. Memupuk
perpaduan dan nilai ’Clue’ yang
kerjasama. digunakan
berdasarkan sistem
3. Menambah perlembagaan
pengetahuan dan negara.
pengalaman tentang
sistem Pelaksanaan
perlembagaan agensi-agensi
negara. kerajaan/swasta.

40

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
8. PERTANDINGAN PELAKSANAAN Pengetua/Guru
1. Memupuk Besar
MENULIS kemahiran kreatif Pertandingan AJK KRN
menulis tentang Menulis Esei
9. DRAMA / SKETSA isu-isu Cerpen / Puisi Pengetua/Guru
perlembagaan peringkat sekolah, Besar
negara. daerah, negeri dan AJK KRN
kebangsaan
2. Mencungkil bakat-
bakat dalam Berkala
bidang berkaitan.

3. Kesedaran tentang
isu-isu semasa
perlembagaan
negara.

1. Memupuk daya Dalam bentuk
kreativiti. pertandingan.

2. Menghayati sistem Berkala
perlembagaan
negara.

3. Sebagai pemangkin
percambahan
fikiran.

4. Menggalakkan
integrasi kaum.

41

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PELAKSANAAN
10. FORUM 1. Meningkat Pengetua/Guru
PERLEMBAGAAN pengetahuan Dianjurkan di Besar
tentang peringkat sekolah. AJK KRN
perlembagaan. JPNIN
Kerjasama dengan
agensi luar.

2. Perkongsian dan
pengetahuan
pengalaman.

3. Memperjelaskan

isu-isu semasa

yang timbul

(kurang

difahami/keliru)

11. PERTANDINGAN 1. Memupuk daya Bersifat Pengetua/Guru
BUKU SKRAP kreativiti murid. pertandingan. Besar

2. Kesedaran tentang Kerja kumpulan AJK KRN

isu-isu semasa Peringkat sekolah.

dalam sistem

perlembagaan.

42

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
12. PAMERAN PELAKSANAAN Pengetua/Guru
1. Memupuk daya Besar
KENEGARAAN kreativiti murid. Kerja keumpulan AJK KRN
untuk
13. BULAN 2. Kesedaran isu-isu mengendalikan Pengetua/Guru
KEMERDEKAAN pameran. Besar
semasa dalam AJK KRN
Menonjolkan
sistem pencapaian
individu/syarikat
perlembagaan. yan berjaya.

1. Memupuk Melibatkan PIBG.

kesedaran .

kebangsaan yang Kerja keumpulan
untuk
merangkumi mengendalikan
pameran.
Prinsip Rukun
Menonjolkan
Negara. pencapaian
individu/syarikat
2. Menghayati idea yan berjaya.
kebebasan dan
demokrasi. Melibatkan PIBG.

3. Mengetahui Menganjurkan
aktiviti-aktiviti
tentang latar yang boleh
menyemarakkan
belakang kronologi semangat
patriotisme.
penggubalan Contoh:
Pertandingan
perlembagaan mencipta lagu
patriotik, melukis
Malaysia. poster dan lain-
lain.
4. Memupuk
semangat setia dan .
cintakan negara

43

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PELAKSANAAN
14. MENGADAKAN 1. Mencungkil bakat Pengetua/Guru
AKTIVITI ALA Melibatkan semua Besar
MINI PARLIMEN murid sebagai murid AJK KRN
DI SEKOLAH
pemimpin negara. Peringkat antara
sekolah.
2. Memberi
.
kebebasan

membahas isu

penting untuk

pembangunan

negara.

15. BULAN 1. Memberi kesedaran Mempamerkan Pengetua/Guru
KESEDARAN dan kefahaman naskhah Besar
PERLEMBAGAAN tentang Perlembagaan
pembentukan Negeri/Persekutua AJK KRN
perlembagaan/kelu n dalam Pusat JPNIN
huran Sumber Sekolah
perlembagaan/kont dan di papan
rak sosial kenyataan.

2. Memperjelaskan Menganjurkan
isu-isu yang timbul ceramah mengenai
yang kurang perlembagaan
difahami/keliru. daripada agensi-
agensi yang
3. Perkongsian terlibat.
pengetahuan dan
pengalaman. .

44

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PELAKSANAAN
16. KUIZ KELUHURAN 1. Meningkatkan Pengetua/Guru
PERLEMBAGAAN pengetahuan dan Penyeragaman Besar
kefahaman murid dalam penyediaan AJK KRN
tentang soalan kuiz.
perlembagaan
negara. Hadiah disediakan
oleh JPN
KPM/JPNIN.

.

45

PRINSIP 4: KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PELAKSANAAN
1. LAFAZ IKRAR Supaya murid sentiasa Pengetua/Guru
Arahan daripada Besar
RUKUN NEGARA menghayati falsafah serta KPM.
Semua murid
prinsip – prinsip Rukun Setiap
perhimpunan AJK Kelab
Negara sekolah.
Rukun Negara
Hari (KRN)
Kokurikulum.
Pegawai
Majlis rasmi. Perpaduan
Daerah
Sambutan Bulan (Pemantauan)
Kemerdekaan

Sambutan Bulan
Perpaduan.

Kumpulan
pembaca ikrar
terdiri daripada
murid pelbagai
kaum.

2. NYANYIAN Menyemai rasa cinta dan Semasa majlis Pengetua/Guru
LAGU bangga terhadap raja dan sekolah. Besar
KEBANGSAAN negara. AJK KRN
’NEGARAKU’ Setiap perjumpaan
DAN NEGERI kelab.

46

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PELAKSANAAN
3. KEMPEN 1. Memberi Semua murid
MENDAULATKAN kesedaran Syarahan semasa AJK KRN
UNDANG-UNDANG tentang perhimpunan
NEGARA DAN kepentingan sekolah.
PERATURAN undang-undang
SEKOLAH serta Mempamerkan
penghayatan keratan akhbar di
terhadap tugas- papan kenyataan.
tugas
penguatkuasa. Pertandingan
buku skrap
2. Menghayati cara pertandingan
undang-undang melukis/fotografi.
dipraktikan.

3. Mengetahui cara-
cara penggubalan
dasar-dasar dan
peraturan
tertentu.

4. MINGGU 1. Menghayati nilai- Menganjurkan Pengetua/Guru
KESEDARAN SIVIK nilai murni. pameran dengan Besar
kerjasama agensi-
2. Pemahaman agensi yang AJK KRN
terhadap tugas- berkaitan seperti
tugas PDRM, Majlis Agensi
penguatkuasa Perbandaran, Berkaitan
undang-undang. Pihak Berkuasa
Tempatan dan
AADK.

47

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
5. LAWATAN PELAKSANAAN

Tayangan
Multimedia/slaid
berkenaan tugas-
tugas unit
penguatkuasa
undang-undang.

Bahan dibekalkan
oleh Unit-unit
Majlis
Perbandaran/Piha
k Berkuasa
Tempatan/PDRM/
JPJ/Jabatan
Penerangan
Malaysia.

1. Kesedaran Menganjurkan Pengetua/Guru
tentang implikasi lawatan ke Besar
melanggar Mahkamah
undang-undang. Penguasa AJK KRN
Tempatan.
2. Melihat sendiri
cara-cara Lawatan ke
pentadbiran institusi-institusi
tempat pemulihan seperti
berkenaan. Pusat
Serenti/sekolah
pemulihan akhlak
dan sebagainya.

48

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PELAKSANAAN
6. PERMAINAN 1. Menggalakkan Pengetua/Guru
(EXPLOLAW) interaksi murid Permainan Besar
pelbagai kaum. mengenali AJK KRN
peraturan
2. Memberi sekolah/undang-
pengalaman undang negara.
tentang
pelaksanaan Kerjasama dengan
undang-undang. agensi kerajaan /
swasta.

49

PRINSIP 5: KESOPANAN DAN KESUSILAAN

BIL AKTIVITI OBJEKTIF STRATEGI TINDAKAN
PELAKSANAAN
1. LAFAZ IKRAR Supaya murid sentiasa Pengetua/Guru
Arahan daripada Besar
RUKUN NEGARA menghayati falsafah serta KPM.
Semua murid
prinsip – prinsip Rukun Setiap
perhimpunan AJK Kelab
Negara sekolah.
Rukun Negara
Hari (KRN)
Kokurikulum.
Pegawai
Majlis rasmi. Perpaduan
Daerah
Sambutan Bulan (Pemantauan)
Kemerdekaan

Sambutan Bulan
Perpaduan.

Kumpulan
pembaca ikrar
terdiri daripada
murid pelbagai
kaum.

2. NYANYIAN Menyemai rasa cinta dan Semasa majlis Pengetua/Guru
LAGU bangga terhadap raja dan sekolah. Besar
KEBANGSAAN negara. AJK KRN
’NEGARAKU’ Setiap perjumpaan
DAN NEGERI kelab.

50


Click to View FlipBook Version