The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anisayuazmi28, 2022-12-30 02:49:05

HOMEROOM CIKGU ASMADI

HOMEROOM CIKGU ASMADI

HOMEROOM 2022
CIKGU ASMADI

TARIKH : 20 FEBRUARI 2022
MODUL : 35
TAJUK : FLASHBACK OUR HOMEROOM

Pertemuan hari ini adalah pertemuan akhir sesi penggal
3/2021.Cikgu Asmadi (guru penasihat homeroom) flashback setiap
apa yang dilakukan sepanjang tahun 2021.UPHR telah menyediakan
google form yang harus dijawab oleh anak homeroom secara
individu dan homeroom.Cikgu Asmadi memastikan setiap ahli
homeroomnya menjawab link yang diberi.

Flashback our homeroom adalah sebagai muhasabah diri
kepada penglibatan homeroom seluruhnya dalam menjana modal
insan yang bagus di masa akan datang.

TARIKH : 21 MAC 2022
MODUL : 1
TAJUK : SELAMAT KEMBALI BER PDPR

Guru homeroom kami iaitu Cikgu Asmadi telah mengalu-
alukan kehadiran anak homeroom agar bersama-sama
berinteraksi dalam setiap pertemuan homeroom.Pada 21 Mac
2022,merupakan hari pertama semua murid memulakan PDPR
bagi sesi tahun ini.Oleh sebb itu,Cikgu Asmadi memberi kami
kata-kata inspirasi agar terus kekal bersemangat mengikuti kelas
secara PDPR.

Selepas itu,kami diberikan tugas untuk membuat mind map
tentang kepentingan yang diperolehi daripada kelas PDPR.Selepas
membuat mind map tersebut,kami diminta untuk menghantarnya
kepada guru homeroom kami di dalam group whatsapp.

TARIKH : 28 MAC 2022
MODUL : 2
TAJUK : PELANTIKAN AJK HOMEROOM & PERANCANGAN

iaitu Cikgu aGsumruadhiotmelearhoommelkaakmukian
perjumpaan homeroom secara online
dan telah memberikan satu link
uAnJKtuhkommeemroboumatduinddailaanmpgerloanutpikan
whatsapp homeroom kami.
Presiden : Abdul Malik Bin Yahya
V.Presiden : Nur Fatin Suhaili bt
Suhaimi
Setiausaha : Anis Faranidayu bt Azmi
Bendahari : Masyitah bt Asri
Mahadzir
AJK Sukan : Muhammad Ra’uf bin
Ramli
AJK Kerohanian : Adibah Ayuni bt
Ahmad Azmizul
AJK Kebajikan : Adina Zhafira bt
Mohd Asri
AJK Keraian : Nur Aleeya Saffiyah bt
Mohammad Faroq Nazrul

TARIKH : 5 APRIL 2022
MODUL : 3
TAJUK : MENYEMAK KEHADIRAN ANAK HOMEROOM

Pertemuan ini ialah pertemuan pertama secara bersemuka
untuk tahun ini.Guru homeroom menyemak kehadiran anak-anak
homeroom dan melaporkan ketidakhadiran pelajar melalui google
form maklumbalas pertemuan homeroom.Selain itu,guru homeroom
kami,Cikgu Asmadi,menanyakan khabar kamisemua dan bertanya
tentang bagaimana kesediaan emosi dan fizikal kami.

Objektif aktiviti ini adalah untuk meraikan kedatangan secara
bersua muka.Selain itu,ianya juga untuk mengeratkan ukhwah
antara guru penasihat dan anak-anak homeroomnya dan
mengharmonikan ikatan.

TARIKH : 18 APRIL 2022
MODUL : 4
TAJUK : VIDEO&KAD UCAPAN DIGITAL HARI RAYA SERTA
POSTER IHYA’ RAMADHAN

• Pertemuan ini memerlukan komitmen
kepada dua perkara iaitu video dan kad ucapan
Hari Raya serta poster Ihya’ Ramadhan.Kami
telah menyediakan satu video ucapan Hari Raya
dan telah menyiarkan video tersebut di Instagram
homeroom kami pada 27 April 2022 iaitu pada
hari Rabu.
• Objektif aktiviti ini adalah untuk
mengimarahkan bulan Ramadhan disamping
mengeratkan ukhwah juga mengharmonikan
ikatan homeroom.

TARIKH : 27 APRIL 2022
MODUL : 5
TAJUK : ADAB BERAYA SESAMA KITA

Pertemuan kali ini adalah tentang adab beraya sesame
kita.Penasihat homeroom kami,Cikgu Asmadi,telah memberi maklum
kepada kami agar kami tahu adab beraya di rumah atau bertandang
ke rumah orang lain seperti adab bersalaman,adab dimeja
tamu,adab berpakaian dan adab ziarah menziarahi.

objektif modul ini adalah sebagai satu peringatan sempena
menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini bersesuaian tatasusila kita
sebagai muslim sejati.

TARIKH : 9 MAY 2022
MODUL : 6
TAJUK : KESEDIAAN EMOSI ‘EXAM’

Penasihat homeroom,Cikgu Asmadi,memberitahu kami
tentang persediaan exam.Pertama ialah meminta tips dengan guru
matapelajaran yang kita lemah.Seterusnya ialah solat penuh
waktu,solat hajat dan baca Yassin.Di samping itu, Cikgu Asmadi juga
bantu untuk mind setting dan kesediaan emosi kami supaya kami
lebih bersedia.

Objektif modul ini adalah sebagai satu pendekatan
membimbing pelajar ke arah kecemerlangan yang baik dari sudut
akedemik.

TARIKH : 23 MAY 2022
MODUL : 7
TAJUK : PERSEDIAAN KOLOKIUM HOMEROOM MRSM SE-MALAYSIA

Pertemuan ini adalah kesediaan homeroom untuk menyertai
Program Kolokium Homeroom MRSM Se-Malaysia pada 18 Julai 2022
bertempat di MRSM Gerik.Homeroom kami telah membincangkan
cara untuk membuat video tersebut.

TARIKH : 30 MAY 2022
MODUL : 8
TAJUK : PENYEDIAAN KOLOKIUM HOMEROOM MRSM SEMELAYSIA

Pertemuan kali ini adalah tentang penyediaan video
homeroom bagi Program Kolokium Homeroom MRSM se-Malaysia
pada 18 Julai 2022 bertempat di MRSM Gerik.Video homeroom perlu
dihantar kepada penyelaras homeroom tingkatan.Tarikh akhir
penghantaran pertandingan adalah pada 2 Jun 2022.

Objektif modul ini adalah menyokong program homeroom
agar dapat memperlihatkan perkembangan pelajar secara holistic
melalui input-input terkini.

TARIKH : 27 JUN 2022
MODUL : 11
TAJUK : SIHAT CERIA BERSAMA

Pertemuan ini berfokuskan kesihatan anak-anak
homeroom.Kebelakangan ini,keadaan kesihatan agak terganggu
disebabkan banyak faktor.Jadi,Cikgu Asmadi iaitu guru penasihat
homeroom kami bertanya keadaan anak-anak homeroomnya.

Objektif modul ini adalah untuk memastikan anak-anak
homeroom berada dalam keadaan sihat supaya homeroom juga sihat
dan ceria.

TARIKH : 4 JULAI 2022
MODUL : 12
TAJUK : CEMERLANG BERSAMA

Pertemuan hari ini berfokuskan akedemik anak-anak
homeroom.Memandangkan pelajar-pelajar akan menghadapi ujian
selaras 2,maka Cikgu Asmadi (penasihat homeroom kami)
memberikan kata-kata semangat untuk kesediaan US2.Mental dan
fizikal perlu berada dalam keadaan yang baik dan sihat.

Objektif modul ini supaya penasihat sentiasa menyokong
anak-anak secara holistik.

TARIKH : 18 JULAI 2022
MODUL : 13
TAJUK : MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KOLOKIUM HOMEROOM MRSM
SE-MALAYSIA 2022

Guru penasihat kami,Cikgu Asmadi,telah menghantar link
youtube perasmian penutupan kolokium homeroom MRSM se-
Malaysia.

TARIKH : 3 OGOS 2022
TAJUK : HAPPY TUMMY MARKET

Aktiviti homeroom pada kali ini merupakan hari jualan
homeroom bagi tingkatan 1,2 dan 3.Aktiviti ini diakukan pada
hari ketiga di minggu aktiviti semester 1 pada tahun ini.Sbelum
aktiviti ini dimulakan,semua homeroom yang terlibat harus
menghadiri taklimat ringkas daripada penyelaras minggu
aktiviti,iaitu Cikgu Muhammad dan penyelaras homeroom iaitu
Cikgu Rhyna.Setiao pelajar telah diberikan wang saku sebanyak
RM7 untuk berbelanja di Happy Tummy Market tersebut.

Selepas itu,kami membuat persiapan untuk jualan
dengan menghias gerai dan menyediakan menu jualan.Juadah
yang disediakan di gerai kami ialah nasi lemak yang berharga
RM2,aiskrim pelbagai perisa iaitu sirap yang ebrharag
RM0.50,coki-coki dan oreo yang berharga RM1.Kami juga menjual
kerepok dan gula-gula yang berharga RM2.50 dan RM1.Gula-gula
tersebut juga diberikan secara percuma setiap pembelian 2 nasi
lemak.Modal yang kami keluarkan ialah sebanyak RM150 dan
keuntungan yang kami perolehi ialah sebanyak RM30.Jumlah hasil
kutipan yang kami terima ialah sebanyak RM180.

TARIKH : 10 OKTOBER 2022
MODUL : 20
TAJUK : STANDING IN TH EYES OF THE WORLD

Pertemuan kali ini adalah
bersempena Ujian Selaras minggu
ini.Hayati lagu Standing In The Eyes Of The
World.Homeroom perlu mencipta target
untuk cemerlang bukan di maktab sahaja
malah di mata dunia.Lampiran modul
disediakan untuk kami meletakkan target
kami dan penasihat kami iaitu Cikgu
Asmadi menyimpan modul tersebut.

Objektif modul ini adalah
supaya penasihat mengetahui tahap
kecemerlangan anak-anak dalam
homeroom dan memudahkan pemantauan
daripada penasihat homeroom.

TARIKH : 31 OKTOBER 2022
MODUL : 22
TAJUK : CYBER SECURITY…PROTECT ME

Pertemuan hari ini adalah bersempena program Cyber
Security yang telah diadakan semalam.Kami diminta untuk recall
tentang apa intipati perkongsian tajuk tersebut.Cikgu Asmadi
mengrefleksi kepada kami tentang tajuk tersebut dan
membincangkannya secara interaktif dalam homeroom agar kami
faham tentang tahap penggunaan smart phone kami.

Tujuan modul ini adalah supaya penasihat mengetahui tahap
kefahaman anak-anak homeroom untuk secure maklumat diri agar
tidak terdedah kepada mana-mana public figure.Disamping
itu,penasihat berkongsi pandangan tentang isu-isu cyber masakini.

TARIKH : 5 DISEMBER 2022
MODUL : 24
TAJUK : PERBINCANGAN MAJLIS APRESIASI HOMEROOM

Pertemuan harini adalah untuk
membincangkan tentang pelaksanaan Majlis
Apresiasi Homeroom pada 8 Januari 2023 yang
bertemakan “My Ambition”.

Penasihat homeroom kami iaitu Cikgu
Asmadi telah membawa kami ke suatu tempat
untuk membuat jamuan homeroom.Kami telah
membincangkan tentang modul ini Ketika
dalam perjalanan ke tempat tersebut.


Click to View FlipBook Version