The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kinome.89, 2021-09-28 07:02:50

URUS STRESS

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SMJK TIONG HUA





#STAYATHOME
#KITAJAGAKITA
#JOMSEBARKANAURAPOSITIF



Kawan-kawan dan murid-murid nak tahu tak,
menggenggam jari menjadi salah satu cara
mengendalikan emosi anda







IBU JARI KELINGKING

Pejamkan mata, genggam Sekiranya anda dalam keadaan
ibu jari anda dalam 2-5minit. yang putus asa, merasa tidak
Tarik nafas dalam-dalam, berdaya atau stress berlebihan,
dan hembus. Ianya akan cubalah menggenggam jari
membantu menghilangkan kelingking anda. Diyakini ianya
stres dan cemas. Jika dapat meningkatkan
denyutan jari lemah ertinya kemampuan berfikir yang positif
empsi sudah dilepaskan dan konsentrasi


TELUNJUK
Bayangkan perasaan JARI MANIS
negatif yang keluar di Jari ini dianggap jari
hujung jari, Bayangkan saling berkait dengan
pula anda menghirup mengurus emosi. Jika
rasa aman semasa sedih atau ada sesuatu
menarik nafas dan yang menyedihkan,
melepaskan perasaan JARI TENGAH cubalah genggam salah
negative semasa satu jari manis.
menghembus nafas Pegang salah satu jari tengah.
Tarik nafas dalam-dalam untuk
meredakan rasa marah

Latihan Pernafasan

Satu latihan secara mendalam yang boleh meningkatkan
pertukaran oksigen dan karbon dioksida di dalam sel tubuh.
Anda boleh melegakan stres dengan melakukan langkah-
langkah berikut:

Berdiri dengan
Pejamkan mata menjarakkan kaki,

dan biarkan kepala dan longlaikan

tunduk ke hadapan tangan di sisi.








Tarik nafas Hembus nafas

perlahan-lahan perlahan-lahan melalui
melalui hidung hidung . Tetapkan

sedalam-dalamya perasaan lega setiap

dengan kiraan 10 kali hembus nafas








Ulangi langkah- Akhirnya buka
langkah di atas mata anda

sebanyak 5 kali perlahan-lahan

sehingga anda merasa
tenang dan rileks

❖ Ambil nafas dalam-dalam apabila

kita memerlukannya – Anda tidak perlu
menyelesaikan setiap masalah dalam hidup
untuk menikmati hidup yang aman.

❖ Menjaga kewarasan dan rasional kita – Kadang-
kadang kita perlu mengatakan “tidak” kepada

perkara-perkara yang baik untuk dapat untuk
mengatakan “ya” kepada perkara-perkara
penting. Kita tidak dapat melakukan

semuanya. Kita harus sentiasa sedar dan
membuat pilihan dengan bijak.

❖ Amalkan rasa syukur – Jika kita mencari sebab
untuk jadi pemarah, kita akan mendapat sebab
untuk itu. Lihatlah sebaliknya, cari sebab-sebab

untuk bersyukur, dan lihatlah ia di mana-
mana. Ingatkan diri kita bagaimana kita bernasib

baik masih lagi bernafas pada masa ini di sini,
sekarang. Lebih banyak kita menghargainya, ia
akan menjadi lebih baik.

❖ Buang tabiat mudah terguris hati – Jika anda
mengambil segala-galanya secara peribadi, anda

akan kekal tersinggung untuk sepanjang hayat
anda. Apa yang orang lain sering lakukan adalah
kerana mereka sendiri, bukan anda.

❖ Tanggalkan topeng anda – Cukuplah berpura-pura.
Biar orang disekeliling anda melihat anda sebenar,

tidak sempurna, aneh, pelik, cantik dan betapa
istimewanya anda. Itu sudah cukup. Tidak perlu lagi

memikirkan apa pandangan orang lain.
❖ Percaya pada gerak hati – kita tak perlu untuk
menerangkan kepada orang lain tentang isi hati

kita. Percayakan kepada bisikan hati kita kerana ia
selalunya tahu apa yang terbaik untuk kita.

❖ Lepaskan pemikiran yang tidak menyenangkan –
pada saat ini, fikiran sedang menetapkan hala tuju
untuk hari anda. Pilih pemikiran yang membawa

kepada sesuatu yang paling anda ingini untuk hari
ini.

❖ Tegas membuat keputusan apa yang penting dan
apa yang tidak – tekanan atau stress berpunca
daripada bagaimana kita memberi reaksi, bukan

daripada kehidupan kita. Pengertian untuk setiap
perkara dalam hidup kita adalah diberikan oleh

anda sendiri. Ketenangan jiwa bermula disaat anda
memilih untuk sedar, dengan tidak membiarkan
orang lain atau sesuatu peristiwa untuk menguasai

emosi kita.

❖ Hanya lakukan yang terbaik dan

menghargainya – Tidak kira apa yang berlaku
hari ini, ingat, anda tidak akan menikmati hidup
anda jika anda tidak menikmati cabaran anda.

Dan cabaran yang paling sukar pernah anda lalui,
anda akan merindui dan berterima kasih

kepadanya apabila anda sedar betapa ia telah
membawa anda sejauh ini.
❖ Fokus kepada perkara positif – Pemikiran

positif bukanlah mengharapkan yang
terbaik berlaku setiap masa – ia mengenai

menerima apa yang berlaku dalam setiap masa,
dan membuat yang terbaik terhadapnya.
❖ Lepaskan apa yang tidak ada lagi –

Melepaskan sering kali membawa kita satu
langkah ke hadapan. Kadang-kadang kita perlu

bersedia mengelakkan diri daripada apa
kita hajatkan, untuk mencari apa yang anda
benar-benar perlukan. Jadi jangan biarkan

ketakutan dan kesakitan masa lalu anda
mempengaruhi pandangan anda pada masa kini.

❖ Merendah diri. Jadilah boleh diajar – Fikiran
yang terbuka akan sentiasa kurang
tertekan. Ingat, dunia adalah lebih besar daripada

pandangan anda tentang dunia itu sendiri. Selalu
ada ruang untuk idea baru, langkah baru. satu

permulaan baru.

❖ Ambil langkah harian yang kecil – Berfikir
terlalu lama mengenai sesuatu perkara yang ingin

dilakukan merupakan salah satu sebab ia tidak
akan dilakukan. Tidak perlu untuk terus sempurna
dan hebat. Hanya lakukan perkara asas setiap

hari. Binalah tabiat positif dalam hidup. Jadilah
gigih. Berseronok. Berpegang teguh. Percaya diri.

❖ Mengamalkan disiplin diri – Jika anda
mengelakkan diri daripada disiplin diri ia
menghukum anda. Apabila anda menerima

disiplin diri ia membolehkan anda untuk mencapai
perkara yang luar biasa. Contoh disiplin diri paling

mudah? Solat. Jangan pernah tinggalkan solat.
Jangan melewatkan solat.
❖ Sabar dalam mengejar keinginan –

Dalam budaya masyarakat sekarang yang
mudah tergoda dengan kepuasan segera, kita

mesti belajar nilai kesabaran dan ketabahan.
Bersabar dan berpegang teguhlah. Good things
come to those who wait

❖ Menyemai rasa cinta – Tekanan, kebimbangan,
kekecewaan, dan sakit hati sering timbul kerana

kita tidak melihat dunia, orang lain, atau bahkan
diri kita layak untuk mendapat cinta. Lihatlah
kebaikan dimana-mana. Semailah rasa cinta dan

bersangka baiklah kepada semua orang.

❖ Luangkan masa bersama orang yang
penyayang dan sentiasa memberi sokongan –
Kegembiraan kita secara langsung berkaitan

dengan kualiti orang-orang yang paling rapat
mengelilingi kita setiap hari.

❖ Menjauhkan diri daripada drama secara
terhormat – Di mana sahaja di dunia ini
terdapat banyak drama, ada banyak berdusta,

manipulasi dan ruang untuk
mencetuskan tekanan. Lebih baik elakkan diri.

❖ Tidur di atasnya – Jika segala-galanya gagal,
nasihat yang terbaik yang saya boleh beri adalah
“tidur di atasnya.” Berikan diri anda rehat yang

diperlukan. Segala-galanya berubah pada waktu
pagi seterusnya.





Buka hati kita dan terima
segala yang berlaku

pada waktu ini.
Pada waktu sekarang.





Sumber Infografik:

Cikgu Ai Aishah & infosihat.gov.my


Click to View FlipBook Version