The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pocats78, 2020-05-06 12:09:30

Nota Sejarah Tahun 6 2020 By Pocats

Nota Sejarah Tahun 6 2020 By Pocats

Sebarang sumbangan boleh disalurkan

melalui akaun Maybank 114169845278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

TAJUK 1 : Negara Malaysia

Unit 1 : Lahirnya sebuah cinta

A. Pembentukan Malaysia

Gagasan pembentukan Malaysia telah dinyatakan oleh Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj pada 27 Mei 1961 di dalam satu majlis Persatuan Wartawan Luar
Asia Tenggara di Singapura. Pembentukan Malaysia dibuat atas beberapa
sebab

Sebab-sebab pembentukan Menjamin Keselamatan negara
Malaysia
➢ Singapura dan Sarawak menghadapi
ancaman komunis.

➢ Komunis ingin menjadikan Sarawak
sebagai sebuah negara komunis
untuk menyebarkan pengaruhnya ke
Asia Tenggara

➢ Persekutuan Tanah Melayu telah
mempuyai pengalaman dalam
menghadapi ancaman komunis

Memajukan sosioekonomi

➢ Meningkatkan permintaan barangan
tempatan

➢ Menarik pelabur luar
➢ Memajukan taraf hidup rakyat

Mencapai keseimbangan kaum

➢ Pembentukan malaysia dapat
membentuk keseimbangan kaum

➢ Penting untuk membentuk
keharmonian semua kaum

2|Halaman

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

B. Langkah langkah pembentukan Malaysia

Langkah-langkah pembentukan Malaysia

1961

• Mei - Gagasan Pembentukan Malaysia
telah disarankan

• Julai - Jawatankuasa Perundingan
Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan

1962

• Januari - Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan
• September - Referendum diadakan di

Singapura
• Penduduk Singapura bersetuju menyertai

Malaysia

1963

• Julai - Laporan suruhanjaya Cobbold
dibentangkan - Persetujuan dicapai untuk
menubuhkan Malaysia

• Ogos - Indonesia dan Filipina mementang
pembentukan Malaysia

• September - Malaysia telah diishtiharkan
pada 16 September 1963

3|Halaman

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

C. Pengisytiharan Malaysia

Pembentukan Malaysia telah Berjaya dilaksanakan setelah melalui
pelbagai rundingan.

Pemasyhuran Malaysia telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri
Malaysia YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Halim Shah pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka, Kuala
Lumpur. Pengisytiharan Malaysia dibuat ekoran daripada perjanjian pada 9
Julai 1963 antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara,
Sarawak dan Singapura. Dengan termaktubnya perjanjian tersebut, negeri
Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Persekutuan Tanah
Melayu. Ketiga-tiga negeri tersebut juga tidak lagi menjadi negeri jajahan
takluk British.

Dokumen Pemasyhuran Malaysia dalam tulisan jawi dan inggeris
4|Halaman

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Pemasyhuran Malaysia pada 16 September 1963 telah diadakan serentak di
Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching

Pengisytiharan Pemasyhuran
Malaysia

Tunku Abdul Rahman Tunku Abdul Razak bin Tan Sri Mohd Khir bin
Putra Al-Haj Dato’ Hussein Johari, Menteri
mengisytiharkan mengisytiharkan Pertanian dan Koperasi
Pemasyuran Malaysia di Pemasyuran Malaysia di mengisytiharkan
Stadium Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah Pemasyuran Malaysia di
Kuala Lumpur Padang Central,
Kuching, Sarawak

5|Halaman

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats
Negeri-negeri yang membentuk Malaysia

…..Maka telah dipersetujui bahawa hendaklah disekutukan Negeri Sabah,
Negeri Sarawak, dan Negeri Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
yang mengandungi Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Kedah, Negeri
Johor, Negeri Sembilan, Negeri Kelantan, Negeri Selangor, Neferi Perak,

Negeri perlis, Negeri Pulau Pinang dan Negeri melakadan bahawa
persekutuan itu hendaklah dinamakan Malaysia

Sumber: PemasyhuranMalaysia, Arkib Negara

Info :

Pada 1965 Singapura
tidak lagi menjadi
anggota Malaysia

Negeri-negeri yang membentuk Malaysia

6|Halaman

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Malaysia dapat dibentuk hasil daripada muafakat pemimpin tempatan.

Pemuafakatan antara pemimpin negara

Pembentukan beberapa jawatankuasa seperti JPPM menunjukkan
pemuafakatan antara pemimpin

Mengamalkan sistem demokrasi

Referendum telah diadakan dan rakyat diberi peluang membuat keputusan
untuk menyertai pembentukan Malaysia

Bijak merancang strategi

Pembentukan Malaysia telah dapat menyekat pengaruh komunis. Suasana
aman damai menjamin kesejahteraan rakyat

Membentuk perpaduan kaum
Pelbagai kaum dan etnik dapat disatukan dalam pembentukan Malaysia.
Keunikan ini dapat berkekalan sehingga kini dan pemuafakatan dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum terus terpelihara.

Hari Malaysia

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk
memperingati penubuhan Malaysia. Hari Malaysia telah diistiharkan sebagai
cuti umum mulai tahun 2010. Pelbagai acara diadakan sebagai tanda
persepakatan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Selain itu,
Hari Malaysia juga dapat memupuk semangat sayang dan cintakan Negara.
Kita perlu berbangga dengan persepakatan masyarakat berbilang kaum
yang telah wujud ini

7|Halaman

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Terima Kasih Pemimpin

Terdapat ramai pemimpin tempatan yang memberikan sumbangan dalam
pembentukan Malaysia. Antara pemimpin yang terlibat adalah seperti
berikut;

Tunku Abdul
Rahman Putra

Al-Haj

Tan Sri Amar Tun Abdul
Stephan razak bin Dato

Kalong Ningkan Hussein

Tun Antara Lee Kuan Yew
Temenggong pemimpin yang
Jugah anak terlibat dalam Tun
pembentukan Muhammad
Barieng Ghazali bin
Malaysia
Tun Datu Shafie
Mustapha bin
Datu Harun

Tan Sri Datuk Tun
Amar Ong Kee Muhammad
Fuad Stephens
Hui

8|Halaman

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Bumi dipijak, Langit dijunjung

TAJUK 2 : Negara Malaysia

A. Asal Usul Negeriku

Negeri-negeri di Malaysia mendapat nama melalui pelbagai cara dan
sumber. Antaranya ialah melalui lisan dan dari sumber bertulis.

Perlis: Berasal dari perkataan siam iaitu “Phrau Loi” yang
bermaksud kelapa hanyut. Gelaran ini diberi oleh orang
siam yang menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk
pergi ke Kedah. Kelapa hanyut banyak dijumpai di kuala
sungai Perlis. Sebutan ini lama-kelamaan bertukar menjadi
“Perleh” mengikut loghat tempatan. Selain itu, asal nama
Perlis juga dikaitkan dengan seorang tokoh iaitu Tok Perlis

Kedah: Mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah "Kilah",
"Kalah" atau "Qalha". Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan
sebagai "Kataha" atau "Kadara", sementara dalam naskah tamil
ianya dikenali sebagai "Kadaram" atau "Kalaram". Menurut
Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan "Kheddah" yang
beerti perangkap Gajah, tetapi ada juga yang mengatakan Kedah
adalah bermaksud "Gelas berkaki" dalam bahasa arab, ianya
bersempena dengan perniagaan pedagang arab yang menjual
gelas berkaki pada masa itu.

Pulau Pinang : Pada awalnya dikenali sebagai Pulau Ka Satu.
Seorang pelayar bernama Ragam menamakan sedemikian
kerana inilah satu-satunya pulau besar yang terasing ditemui
beliau sewaktu berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah.
Nama Pulau Ka Satu terus digunakan sehinggalah kedatangan
British pada tahun 1786. Pokok pinang mula ditanam di pulau ini
selepas kedatangan British, nama pulau ini ditukar kepada Pulau
Pinang.

Penduduk di Seberang Perai lebih mengenali Pulau Pinang
dengan nama Tanjong Penaga sempena nama pokok penaga
yang tumbuh di sekitar tapak Fort Cornwallis.

9|Halaman

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Perak : Berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul
nama Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa
nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun
Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia
diambil dari ‘kilatan ikan dalam air’ yang berkilau seperti
perak. Ada juga yang mengaitkannya dengan sejenis
logam iaitu perak

Selangor : Wujud beberapa pendapat mengenai asal usul nama
Selangor, namun sejarah membuktikan bahawa ia diambil
sempena nama Sungai Selangor yang mengalir ke Selat Melaka
menerusi kawasan petempatan yang kini dikenali sebagai Kuala
Selangor.
Menurut satu kisah, kawasan kuala sungai tersebut dipenuhi
dengan tumbuhan paya bakau yang dikenali oleh penduduk
setempat sebagai mentangau yang sering kali dijadikan panduan
kepada pelayar ke kawasan itu kerana didapati sesuai sebagai
tempat persinggahan bagi menambah bekalan pelayaran. Para
pelayar menggelar kawasan ini sebagai ‘kuala mentangau’.
Menerusi peredaran masa sebutan ‘kuala mentangau’ berubah
menjadi Kuala Selangor,

Negeri Sembilan : Nama Negeri Sembilan mula digunakan
pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-
negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di
Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi
sebahagian daripada Johor; Naning yang kini menjadi
sebahagian daripada Melaka; Rembau, Sungai Ujong, Johol dan
Jelebu yang kini adalah sebahagian daripada Negeri Sembilan;
Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian daripada
Pahang; dan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripada
Selangor.

Daerah negeri Sembilan sekarang ialah Sungai Ujong, Rembau,
Jelebu, Johol, Ulu Muar, Inas, Gunung Pasir, Terachi dan Jempol

10 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Melaka : Diberikan oleh Parameswara. Setelah tiba di Bertam,
baginda telah melihat anjing perburuannya ditendang oleh
seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan
keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan
untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama
pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya
memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon
Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk
menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut

Johor : Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab
“Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab
jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang

ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang
sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga
dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-

orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.

Terengganu: Terdapat beberapa cerita yang dikaitkan. Nama
Terengganu itu dikaitkan dengan "Taring anu" dikatakan berasal daripada
cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda
Omar (1839 - 1876). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu
rombongan Pahang datang memburu di kawasan hulu. Salah seorang
daripada rombongan itu terjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya
kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya
menyatakan "taring anu" kerana dia tidak dapat mengingatkan nama
taring tersebut. Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan
ditanya tempatnya, mereka menyatakan di "Taring anu". Lama kelamaan
dikenali dengan Terengganu.

Pahang : Terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan
negeri Pahang. Mengikut cerita orang tua-tua Melayu pula,
pada zaman dahulu di Sungai Pahang iaitu bertentangan
dengan Kampung Kembahang, ada sebatang pokok kayu
mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu.
Dari pokok mahang itu kononnya berasal nama Negeri Pahang
Darul Makmur itu. Gelaran tua bagi Negeri Pahang Darul
Makmur itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura.

11 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Kelantan Nama "Kelantan" dikatakan diambil daripada
perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi
pokok Melaleuca leucadendron.

Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang
daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah".

Sumber China menyatakan nama Kelantan ialah Ho-Lan-Tan
atau Kuo-Lan-Tan

Sabah Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada
sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang
saba iaitu sejenis buah pisangyang dipanggil "SABBAH " atau
"SAPPAH" oleh masyarakat Bajau yang sangat popular
dibuat pisang goreng. Pisang ini banyak ditanam di
sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber
makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh
masyarakat Bajau di negeri tersebut.

Sarawak :Asal usul nama Sarawak sering dikaitkan
dengan cerita penduduk tempatan. Di Bahagian Hulu
Sungai Sarawak terdapat kegiatan melombong
antimoni. Apabila Brunei hendak menguasai kawasan
itu, penduduk tempatan sangat mengalu-alukannya.
Mereka sering menyebut perkataan “serah kepada
awak”. Lama kelamaan perkataan tersebut
diringkkaskan menjadi Sarawak. Oleh itu, kawasan
tersebut menjadi Sarawak.

Terdapat juga sumber yang menyatakan Pangeran
Muda Hashim berjanji akan menyerahkan kawasan
Kuching sekiranya James Brooke berjaya
menghapuskan pemberontakan pada masa tersebut.
James Brooke berjaya menghapuskan
pemberontakan dan menuntut haknya. Sultan Brunei
terpaksa bersetuju dan telah mengungkapkan
perkataan “serah kepada awak” kepada James
Brooke

12 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Lambang kemegahan negeri

Negeri-negeri di Malaysia mempunyai identiti yang tersendiri. Setiap negeri biasanya
mempunyai bendera, lambang negeri, jata, lagu negeri dan Bandar diraja masing-
masing

Jata Bendera Negeri Ibu Negeri Bandar Ketua Lagu
Diraja Negeri Negeri

Perlis Kangar Arau Raja Amin Amin
Ya

Rabaljalil

Kedah Alor Setar Anak Sultan Allah
Bukit Selamatkan

Sultan
mahkota

Pulau Georgetow - Yang di- Untuk
Pertua Negeri Kita
Pinang n Negeri

Perak Ipoh Kuala Raja Allah
Kangsar Lanjutkan
Usia Sultan

Selangor Shah Alam Klang Sultan Duli Yang
Maha
Mulia

13 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Negeri Seremban Seri Yang di- Berkatlah
Sembilan Menanti Pertuan Yang di-
Pertuan
Besar
Besar

Melaka Bandar - Yang di- Melaka
Melaka Pertua Maju Jaya
Negeri

Johor Johor Bahru Bandar Sultan Lagu
Mahara Bangsa
Johor
ni

Pahang Kuantan Pekan Sultan Allah
Selamatkan
Sultan Kami

Terengga Kuala Sultan Selamat
Sultan
nu Terengganu -

Kelantan Kota Bharu Sultan Selamat
Sultan
-

14 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Sabah Kota Yang
Kinabalu di- Sabah

- Pertua Tanah Airku
Negeri

Sarawak Kuching Yang
di- Ibu

- Pertua Pertiwiku
Negeri

Selain negeri-negeri di atas, Negara kita juga mempunyai tiga Wilayah
Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Putrajaya dan juga Wilayah Persekutuan Labuan

Wilayah Yang
Persekutu
- - di- Maju dan
an Pertuan Sejahtera

Agong

15 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Ketua Negeri

Setiap negeri mempunyai ketua negeri yang menjadi tonggak pemerintahan.
Gelaran bagi setiap ketua negeri berbeza mengikut negeri. Perlantikan setiap
ketua negeri adalah unik. Keunikan ini merupakan satu warisan yang perlu
dipelihara.

Kedah Selangor Johor Pahang

Terengganu Kelantan Perlis

Perlantikan Sultan atau Raja

➢ Menggunakan sistem pewarisan takhta yang berdasarkan jurai keturunan
sebelah bapa

➢ Putera Sulung Sultan memegang jawatan sebagai Raja Muda atau Tengku
Mahkota yang lazimnya dilantik menggantikan ayahandanya

Perak Perlantikan Sultan bagi negeri Perak

➢ Menggunakan sistem penggiliran yang unik bermula
daripada Raja Kecil Bongsu, Raja Kecil Tengah, Raja Kecil
Sulung, Raja Kecil Besar, Raja Di Hilir, Raja Muda dan
Paduka Seri Sultan

16 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Negeri Perlantikan Yang di-Pertuan Besar bagi Negeri Sembilan
Sembilan
➢ Yang di-Pertuan Besar dilantik melalui proses pemilihan oleh
Undang Yang Empat

➢ Undang Yang Empat terdiri daripada
i. Undang Luak Sungai Ujong
ii. Undang Luak Jelebu
iii. Undang Luak Johol
iv. Undang Luak Rembau

Pulau Pinang Melaka Sabah Sarawak

Perlantikan Yang di-Pertua Negeri bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan
Sarawak

➢ Yang di-Pertua negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
➢ Yang di-Pertua negeri akan menjalankan tugas untuk tempoh satu penggal

iaitu empat tahun dan perkhidmatan beliau boleh disambung dengan
perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong

17 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Warisan Kebanggaan Negeri

Setiap negeri di Malaysia adalah unik. Setiap negeri mempunyai identiti dan
warisan sejarah yang tersendiri. Setiap rakyat haruslah berasa bangga akan
warisan sejarah dan identiti tersebut

Padang Besar Istana Arau

Kuala Perlis Kangar

PERLIS Gua Kelam Muzium Kota Kayang

Muzium Padi Balai Besar Tasik Pedu

Pulau Langkawi Alor Setar

KEDAH Lembah Bujang Terusan Wan Mat Saman
PULAU PINANG
George Town Fort Cornwallis Bukit Bendera

Masjid Kapitan Keling Jambatan Pulau Pinang

Muzium Perang Jambatan Sultan Abdul Halim
Muadzam Shah

Lenggong Kota Tampan Pasir Salak

Muzium Taiping Sungai Perak Beruas

PERAK Pulau Pangkor Hutan Simpan Royal Belum Ipoh
18 | H a l a m a n
Menara Condong Teluk Intan Gua Sam Poh Tong

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Kuala Selangor Kota Raja Mahadi

Batu Caves Shah Alam

SELANGOR Istana Jugra Bukit Taman Templer

Klang Bandar Diraja Istana Shah Alam

Seremban Muzium Negeri Sembilan Kota Lukut

Teratak Za’ba Muzium Tentera Darat

NEGERI SEMBILAN Port Dickson Pengkalan Kempas

A famosa Makam Dol Said Tangga Batu Bukit Cina

Kompleks Perbadanan Bandar Melaka Pulau Besar

MELAKA Muzium Melaka Kampung Morten

Perigi Hang Tuah Jonker Street Menara Taming Sari

Muar Tanjung Piai Gunung Ledang Endau Rompin

Pantai Desaru Kota Tinggi Bukit Kepong

JOHOR Batu Pahat Pulau Sibu Ayer Hitam Istana Besar

Istana Bukit Serene Masjid Sultan Abu Bakar

19 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Gunung tahan Taman Negara Sungai Pahang

PAHANG Kuanta Cameron Highland Genting
Kuala Bukit Fraser Pulau Tioman

Muzium Sultan Abu Bakar Taman Negara Endau Tasik Bera

Kuala Terengganu Istana Maziah Pulau Redang
Pulau Kapas
TERENGGANU Kerteh Tasik Kenyir Rantau Abang
Pulau Pasar Payang Bukit Besi

Istana Syarqiyyah Taman Tamadun Islam

Kota Bharu Pantai Sabak Rantau Panjang

Pasir Puteh Gua Musang

KELANTAN Industri Batik Muzium Wau Muzium Perang

Muzium Diraja Istana Masjid Kampung Pasar Siti Khadijah

Miri Gua Niah Empangan Kuching

Sungai Rumah Fort

SARAWAK Astana Muzium Sarawak Tokong Tua Pek Kong

Kek Lapis Sarawak Masjid Negeri Sarawak Kampung Budaya

20 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Kota Kinabalu Pulau Gaya Tenom

SABAH Tingkayu Lahad Datu Gunung
Kundasang Pulau Gaya Sepilok

Wilayah Persekutuan Labuan Pulau Sipadan Gua Madai

Dataran Merdeka Bangunan Parlimen Universiti Malaya

Menara Kuala Lumpur Menara Berkembar

WILAYAH Bangunan Masjid Jamek Kampung Baru
PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR Masjid Bangunan Sultan Abdul Pasar Seni

Seri Perdana Tasik Putrajaya Masjid Putrajaya

Taman Wetland Taman Botani

WILAYAH Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
PERSEKUTUAN
PUTRAJAYA Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya

WILAYAH Labuan Muzium Chimney
PERSEKUTUAN
Empangan Bukit kuda Muzium Labuan
LABUAN
Muzium Marin Labuan Taman Peringatan Perang

Kina Benuwa Wetland dan Hutan Paya Bakau

21 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

A. Rukun Negara Idealogi kita

Malaysia adalah sebuah negara yang didiami oleh rakyat pelbagai kaum,
agama, kebudayaan dan adat resam. Perbezaan agama, budaya dan adat
resam antara kaum bukanlah titik pemisah untuk rakyat terus menikmati
kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Kejayaan kerajaan membangunkan
sebuah masyarakat yang progresif demi kemakmuran dan kestabilan politik
bertitik tolak daripada kebijaksanaan pemimpin menerap semangat
perpaduan dalam kalangan rakyat. Tanpa perpaduan, negara akan lemah
dan boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas, berlaku huruhara,
rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya.

➢ Diperkenalkan oleh Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN)

➢ Diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan
Agong pada 31 Ogos 1970

Rukun Negara ➢ Diketuai oleh Tun Abdul Razak bin
Dato’ Hussein

➢ Bertujuan untuk mengawal
keamanan Negara yang tergugat
kerana peristiwa 13 Mei 1969

➢ Digunakan untuk mengeratkan
perpaduan dan perhubungan
antara masyarakat berbilang kaum

22 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Sebab-sebab Rukun Negara
diperkenalkan

➢ Pihak British telah mengamalkan dasar atau pendekatan pecah dan perintah
semasa menjalankan pentadbiran di Persekutuan Tanah melayu.

➢ Dasar atau pendekatan pecah dan perintah British menyebabkan berlaku
pengasingan tempat tinggal dan pekerjaan.

➢ Kegiatan ekonomi yang berasaskan kaum telah menjadikan kedudukan
sosioekonomi masyarakat tidak seimbang.

➢ Ketidakseimbangan sosioekonomi telah menimbulkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan masyarakat

➢ Perselisihan dan perbalahan kaum telah berlaku pada 13 Mei 1969.

23 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

B. Prinsip-prinsip Rukun Negara

Prinsip Rukun Negara

Kepercayaan Kepada Tuhan
➢ Mengamalkan ajaran agama
➢ Mencapai nilai keperibadian yang tinggi

Kesetiaan kepada Raja dan Negara
➢ Setia kepada Raja dan Negara
➢ Bangga menjadi warganegara

Keluhuran Perlembagaan
➢ Boleh menyuarakan pendapat
➢ Melahirkan kestabilan negara

Kedaulatan Undang-undang
➢ Mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan
➢ Membentuk masyarakat yang tenteram

Kesopanan dan kesusilaan

➢ Setia membantu dan bekerjasama
➢ Saling memahami antara satu sama lain

24 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Info :

Antara ahli MAGERAN: Tun Muhammad Ghazali bin Shafie, Tun V.T. Sambanthan, Tun
Dr Ismail bin Abdul Rahman, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Tun Tan Siew Sin, Tan
Sri Hamzah bin Dato’ Abu samah, Tun Jeneral Ibrahim bin Ismail, Tun Abdullah bin
Dato’ Ahmad Badawi dan Tun Hanif bin Omar.

Prinsip Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Seri Paduka
Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pada 31
Ogos 1970, iaitu sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan Malaysia.

C. Rukun Negara Asas Kehidupan Masyarakat.
Prinsip-prinsip rukun negara haruslah dihayati oleh setiap warganegara. Melalui
penghayatan ini, kita dapat membina kehidupan yang harmoni. Terdapat lima
prinsip dalam Rukun Negara

Prinsip Pertama :
Kepercayaan Kepada Tuhan

Agama adalah pegangan paling utama rakyat Malaysia. Setiap rakyat seharusnya
menghormati amalan keagamaan masyarakat lain. Dengan berpegang pada ajaran
agama, rakyat dapat menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab dan
dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum

Prinsip Kedua :
Kesetiaan Kepada Raja dan negara

Setiap warganegara haruslah memberikan taat setia sepenuhnya kepada Yang di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Utama Negara. Pada peringkat negeri pula, rakyat haruslah
memberikan taat setia kepada ketua negeri sama ada Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar
atau Yang di-Pertua Negeri. Raja ialah simbol penyatuan rakyat. Kesetiaan kepada Raja
dan Negara dapat membentuk semangat patriotik yang tinggi dan bersatu padu.

25 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Prinsip Ketiga :

Keluhuran Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi negara dan
menjadi asas penting untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Keluhuran perlembagaan menuntut rakyat menerima, mematuhi, menyanjung
dan mempertahankan perlembagaan negara.

Prinsip Keempat :
Kedaulatan Undang-undang

Undang-undang negara mestilah ditaati dengan tidak melakukan kesalahan di
sisi undang-undang. Sebagai rakyat, kita perlu mempertahankan kedaulatan
undang-undang agar tidak dicabar oleh mana-mana pihak supaya negara
sentiasa aman dan damai.

Prinsip Kelima :

Kesopanan dan Kesusilaan

Nilai murni ini perlu ada dalam setiap anggota masyarakat. Nilai ini
melambangkan keperibadian seseorang individu. Pengamalan nilai murni
dapat menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, saling menyayangi,
memahami antara satu sama lain, sentiasa membantu dan bekerjasama
dalam masyarakat berbilang kaum.

26 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

D. Penghayatan Rukun negara

Sebagai rakyat, kita perlulah menghayati Rukun Negara. Rukun Negara
berperanan melahirkan masyarakat yang bersatu padu

Membentuk masyarakat yang harmoni
• Kemakmuran negara dapat dinikmati

bersama-sama
• Maysarakat akan dibantu sebaik mungkin

Rukun Negara Menjamin keutuhan negara
• Keutuhan negara dapat dinikmati bersama-
Membentuk satu bangsa dan
negara sama oleh rakyat melalui kesetiaan kepada raja
dan negara
• Rakyat Malaysia semua
berperanan memupuk Mempertahankan keadilan
kerjasama demi keamanan • Menjamin setiap rakyatmempunyai kedudukan
dan kemakmuran negara
27 | H a l a m a n dan taraf yang sama di sisi undang-undang

Menerapkan nilai murni
• Menjaga tatasusila seperti gerak laku, tutur kata

dan tatacara hidup agar tidak menyinggung
perasaan kaum lain

Membina sebuah Masyarakat progresif
• Penguasaan dalam pelbagai bidang untuk

kemajuan negara
• Mayarakat juga menguasai nilai murni untuk

kemakmuran negara

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

E. Jati Diri Rakyat malaysia

Jati diri bermaksud ciri-ciri yang dimiliki oleh setiap individu yang dapat
membentuk identity, perwatakan dan keperibadian yang unggul.

Bangga akan Setia kepada raja
tanah air dan negara

Perpaduan Penerimaan
kehidupan
beragama

Berusaha gigih Persefahaman

Berakhlak mulia Patriotisme

Pembentukan Jati Diri

28 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Rukun Negara Tunjang Perpaduan Bangsa

Langkah-langkah 1957
memupuk Pengisian kemerdekaan
Perpaduan

1969 1963
Jabatan Perpaduan Negara Akta Bahasa Kebangsaan

1970 1991
Dasar Ekonomi Baru Wawasan 2020

2009 1992
Gagasan 1 Malaysia Malaysia Boleh

29 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

A. Uniknya Masyarakat Malaysia

Masyarakat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan etnik. Perpaduan yang
terjalin antara pelbagai kaum dan etnik di Malaysia amat kukuh. Perpaduan ini
adalah antara faktor utama yang membawa kepada kemerdekaan negara
kita. Antara kaum dan etnik yang terdapat di negara kita adalah seperti di
bawah

Suluk Cina

Orang Melayu Orang
Sungai Asli
India
Brunei

Iranun Rungus Masyarakat Iban Melana
Bajau Malaysia Bidayuh u

Kadaza Murut Kenyah Bisaya
ndusun Penan Kelabit

Kadaya Kayan
n

Etnik Etnik Etnik Sikh Etnik Siam Etnik Ernik Etnik Baba
Sarawak Sabah Portugis Chetti dan

Nyonya

30 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 Semai Mah Meri By Pocats
Bateq Jakun

Jahai Etnik Orang Asli di Semelai
Semenanjung Malaysia

Setiap kumpulan etnik Orang Asli mempunyai bahasa
pertuturan, budaya dan adat resam yang tersendiri

Bisaya Kenyah
Bidayuh
Kayan

Melanau Etnik di Sarawak Kelabit

Lun Setiap etnik mempunyai perbezaan dari Penan
Bawang segi bahasa, agama, pakaian tradisi, adat Kadayan

resam dan pegangan hidup

Iban

Bisaya Iranun

Kadayan Rungus

Murut Etnik di Sabah Brunei

Kadazandusun Etnik di Sabah juga banyak. Mereka juga Orang Sungai
Bajau mempunyai perbezaan dari segi bahasa, Suluk

dialek, adat resam dan kepercayaan

31 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats
Penempatan Masyarakat sebelum Merdeka

Masyarakat Melayu

Pada masa ini kaum melayu tinggal di kampung.
Petempatan mereka bertumpu di pesisir pantai dan di
tebing atau muara sungai kerana aktiviti utama
masyarakat pada masa ini adalah menangkap ikan,
bertani dan berniaga kecil-kecilan. Terdapat juga
sebahagian kecil kaum melayu yang tinggal di
kawasan pentadbiran dan kemudiannya
berkembang menjadi bandar.

Masyarakat Cina

Kaum Cina pada zaman ini bekerja sebagai
pelombong, terutamanya di Perak dan
Selangor. Terdapat juga yang berniaga di
pekan dan bandar. Mereka merupakan
penduduk terbesar di bandar dan pekan
baharu. Pada masa ini masyarakat cina bekerja
dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan.

Masyarakat India

Kaum India kebanyakannya tinggal di kawasan
estet disebabkan pekerjaan mereka pada masa
itu adalah buruh atau kakitangan ladang
tersebut. Terdapat juga kaum india yang tinggal
di bandar dan bertugas dalam perkhidmatan
awam.

32 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Petempatan Orang Asli

Majoriti Orang Asli tinggal di pedalaman.
Kebanyakannya tinggal di Pahang, Perak,
Selangor, Terengganu dan Kelantan. Mereka
menjalankan kegiatan mencari hasil hutan,
berburu dan menangkap ikan. Pada masa kini
kawasan petempatan Orang Asli telah banyak
berubah. Mereka terlibat dalam pelbagai bidang
pekerjaan. Ada yang berniaga hasil kraf tangan
dan hasil hutan seperti herba dan madu.

Petempatan Etnik di Sarawak

Petempatan masyarakat di Sarawak pada masa
dahulu juga terasing berdasarkan etnik seperti
Iban, Bidayuh, Kenyah dan Penan. Mereka bertani
serta mencari hasil hutan dan menetap di
pedalaman dan muara sungai. Orang Melayu
dan Melanau pula bertumpu di pesisir pantai dan
bekerja sebagai nelayan, petani dan peniaga.

Petempatan Etnik di Sabah

Petempatan penduduk di Sabah seperti Kadazandusun
tinggal di pedalaman dan bekerja sebagai petani dan
pemungut hasil hutan. Etnik Murut tinggal di kawasan
berbukit dan mengusahakan padi huma serta hasil
hutan. Manakala etnik Bajau pula di darat dan pesisir
pantai serta bekerja sebagai nelayan.

33 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Penempatan Masyarakat sekarang

Petempatan penduduk pada masa kini telah berubah. Generasi
muda tidak lagi berminat untuk meneruskan pekerjaan tradisi ibu
bapa mereka. Taraf pendidikan yang lebih tinggi telah membuka
peluang pekerjaan yang lebih luas serta dasar kerajaan untuk
menyatupadukan masyarakat. Masyarakat kini tinggal dalam
persekitaran yang sama tanpa mengira kaum dan etnik serta saling
menghormati antara satu sama lain.

34 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Uniknya Seni Kita

Negara kita kaya dengan seni dan budaya tradisional. Kepelbagaian bangsa
dan agama menjadikan Negara kita sangat unik. Alat-alat muzik dibawah
dialunkan bagi tujuan hiburan, keagamaan dan upacara pengebumian.

Yangqin Tabla Sompoton
Cina India Sabah

Rebab Alat Muzik Bo Kompang
Melayu Rakyat Malaysia Cina Melayu

Veenai Gong Bonang Sape
India Melayu Melayu Sarawak

Dagu Gedombak
Cina Melayu

Seruling
Melayu

Zhudi atau Dizi
Cina

Pullangkullal
India

Terdapat juga alat muzik yang biasa dimainkan di kampung seperti daun
kelapa, daun pisang, batang padi dan daun getah. Iramanya adalah unik

Daun kelapa Batang padi
Daun pisang Daun getah

35 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Indah Nian Gerak tari

Seni tari merupakan bentuk hiburan yang telah lama wujud di Negara kita.
Tarian seringkali dikaitkan dengan istana dan juga sebagai persembahan
dalam upacara pemujaan atau keagamaan. Kepelbagaian tarian ini perlu
dihargai supaya kekal dan menjadi identiti Negara yang boleh dibanggakan.

Tarian Inang Tarian Makyung Tarian Singa Tarian Bhangra

Tarian Sewang Tarian Ngajat Tarian Sumazau Tarian
Bharathanatyam

36 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats
E. Permainan Tradisional Masyarakat Kita

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis
kebudayaan yang terhasil daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini
disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan
mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing.

Permainan tradisional masyarakat
Malaysia

Permainan Anjung Permainan Halaman Permainan Lasak

❖ Dimainkan di anjung ❖ Dimainkan di ❖ Dimainkan di
atau di dalam rumah. halaman rumah. kawasan yang
lapang dan luas
❖ Pergerakan yang ❖ Pergerakan yang
terbatas lincah dan aktif ❖ Pergerakan yang
lincah, aktif dan lasak

Contoh : Contoh : Contoh :
❖ Congkak, ❖ Ketingting atau ❖ Main wau
❖ Dam haji ❖ Main layang- layang
❖ Tayam atau tingting ❖ Mandi sungai
❖ Sepak raga ❖ Menarik upih
Paramapadham ❖ Kabbadi atau ❖ Konda kondi
❖ Weiqi ❖ Kho-kho
❖ Xiangqi sadugudu
❖ Tibau
❖ Tating lawi (sepak

bulu ayam)
❖ Gasing
❖ Sepak manggis

37 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats
Cerita Rakyat Kebanggaan Kita

Kisah Arnab dan Kura-kura
Pada zaman dahulu ada seekor arnab yang sangat sombong. Dia amat
berbangga dengan kepantasan dia berlari. Suatu hari, dia terjumpa seekor kura-
kura yang berjalan amat perlahan. Lalu, ketawalah sang arnab dengan sekuat
hatinya.
Dalam kesombongannya itu, dia telah mengajak sang kura-kura berlumba
lari. Walaupun sang kura-kura tahu bahawa dia akan kalah, namun sang kura-kura
tetap menyetujui untuk bertanding dengan sang arnab.

Tiba di hari perlumbaan, kedua-dua haiwan ini pun berlumba. Seperti yang
diduga, Sang Arnab mendahului perlumbaan tersebut. Akan tetapi, sampai di
sebatang pokok, berhentilah Sang Arnab lantas tertidur kerana dia yakin bahawa
sang kura-kura pasti tidak dapat melepasinya walaupun dia tidur.

Apabila sang arnab terbangun dari tidur, dia melihat sang kura-kura telah
hampir dengan garisan penamat. Maka berlarilah sang arnab dengan seku-
kuatnya. Namun, sang arnab tidak berjaya mendahului sang kura-kura ke garisan
penamat. Maka kalahlah sang arnab dalam perlumbaan tersebut.

Cerita di atas merupakan antara cerita rakyat yang biasa didengar oleh rakyat
Malaysia. Cerita rakyat ialah cerita lisan. Cerita rakyat ini disampaikan dari satu
generasi ke generasi dan menjadi warisan dalam masyarakat kita. Cerita rakyat
disampaikan oleh orang yeng lebih tua seperti datuk atau nenek. Dalam
masyarakat melayu tradisional, terdapat tukang cerita yang akan
mempersembahkan cerita rakyat terutama dalam majlis keramaian.

➢ Mitos – ialah cerita yang mengandungi unsur-unsur sejarah awal
➢ Lagenda – ialah cerita yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah
➢ Hikayat – ialah cerita riwayat atau sejarah hidup. Contoh Hikayat Hang Tuah

38 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Agama- agama yang terdapat di Malaysia

Malaysia kaya dengan pelbagai agama dan kepercayaan. Ini terhasil daripada
kepelbagaian bangsa dan etnik di Negara kita. Kepelbagaian ini mencerminkan
identiti Malaysia yang hidup harmoni dan saling menghormati antara satu sama
lain. Berikut adalah antara agama yang terdapat di Negara kita

Kristian Islam Hindu
Buddha Tao
Antara agama-agama
yang terdapat di
Malaysia

Sikh

39 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats
Pelbagai kepercayaan masyarakat Malaysia

sunn

Masyarakat Orang Asli Kadazandusun Masyarakat Bajau
Memuja semangat padi Upacara ngeduang
Semangat baik dan
semangat jahat

Antara kepercayaan masyarakat di Malaysia

Masyarakat Melanau Masyarakat Iban
Merayakan pesta kaul Upacara miring

Masyarakat Bisaya

Perayaan adau janang
gayuh

Selain masyarakat dan kepercayaan di atas, terdapat
pelbagai lagi masyarakat serta kepercayaan di
Malaysia yang unik.

40 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Islam adalah Agama Persekutuan

“Perkara 3 (1) – Islam ialah agama bagi Persekutuan,
tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan”.

(Perlembagaan Persekutuan)

Islam adalah agama persekutuan negara kita. Islam telah lama bertapak di
Tanah Melayu. Agama Islam dikembangkan di tanah melayu
melalui pedagang – pedagang arab yang berdagang di Asia Tenggara.
Agama Islam telah dibawa oleh pedagang-pedagang ini ke Melaka dan
seterusnya menjadikannya sebagai pusat penyebaran Islam di rantau ini.
Pengaruh agama islam gama Islam dapat dilihat dalam pentadbiran
sistem kerajaan Melayu Melaka sepertimana yang telah dibuktikan dalam
sejarah.

Kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan menunjukkan bahawa
keistimewaan agama Islam ini tidak harus dipertikaikan kerana ia ditunjangi
oleh Perlembagaan Persekutuan yang dhasilkan dari permuafakatan
bersama pemimpin-pemimpin negara dan masyarakat yang terdiri dari
pelbagai kaum dan agama semasa Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaannya pada tahun 1957.

41 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Rumah ibadat

Walaupun Islam adalah agama rasmi negara kita, agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai. Ini jelas dapat dilihat dengan adanya
rumah-rumah ibadat dan sambutan perayaan pelbagai agama yang turut
diraikan semua masyarakat.

Gurdwara Masjid Gereja
Wat Tokong
Antara
rumah
ibadat di
Malaysia

Kuil

42 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats
Adab di rumah ibadat
Adab di Masjid
Agama Islam
• Memakai pakaian bersih
• Menghormati Jemaah yang sedang

beribadat

Agama Kristian Adab di Gereja

• Mendengar ucapan paderi
• Memberi sumbangan ikhlas
• Tertib dan bersopan

Agama Hindu Adab di Kuil

• Menanggalkan kasut sebelum masuk ke
perkarangan kuil.

• Membasuh kaki sebelum masuk ke kuil
• Memberi tumpuan semasa upacara

keagamaan

43 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats
Agama Buddha
Adab di wat

• Memakai pakaian yang sopan
• Menanggalkan kasut sebelum masuk ke

dalam wat
• Memberi tumpuan semasa upacara

keagamaan

Agama Sikh Adab di gurdwara

• Menanggalkan kasut sebelum masuk ke gurdwara.
• Berpakaian sopan dan menutup kepala
• Melakukan penghormatan kepada buku suci Guru

Granth Sahib.

Agama Tao Adab di tokong

• Memakai pakaian yang sopan
• Melakukan upacara pemujaan dan

penghormatan mengikut aturan

44 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

SKueppaeynatinhgidaunpaammaalanndbaenrasegjaahmtearadan kepercayaan dalam masyarakat

Menjadi manusia yang baik

Agar hidup ada matlamat dan percaya kepada pembalasan

Supaya setiap manusia lebih bertanggungjawab

Untuk berlaku adil pada manusia, alam dan haiwan

supaya saling menghormati dan tidak memandang rendah pada
agama lain

45 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Perayaan disambut perpaduan dipupuk

Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, kita haruslah
saling hormat menghormati antara satu sama lain. Masyarakat Malaysia
perlulah bersifat terbuka dan rasional bagi memastikan keamanan dan
kemakmuran negara kita berterusan.

Kemeriahan sambutan perayaan dahulu masih dikekalkan sehingga

sekarang. Perkembangan teknologi, perubahan sosial dan perkembangan

pembangunan telah menyumbang kepada faktor perubahan sambutan

perayaan ini.

Penyediaan kuih muih untuk dijamu pada tetamu

Masyarakat Melayu adalah tradisi masyarakat melayu. Masyarakat

dahulu menyediakan sendiri kuih muih tersebut.

Pada masa kini, ia lebih mudah ditempah dan dibeli

Hari Raya Aidilfitri

Sekarang

Dahulu

Tahun Baru Cina Bagi masyarakat cina, ahli keluarga akan
Makan besar berkumpul di rumah ibu bapa untuk menikmati
Dahulu makan besar. Pada masa kini, ada keluarga yang
berkumpul di restoren atau hotel untuk menikmati
makan besar tersebut.

Sekarang

46 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats
Deepavali
Kolam Bagi masyarakat India, kolam ialah suatu aktiviti
Dahulu yang penting. Dahulu kolam dihasilkan daripada
tepung. Kini banyak yang dihasilkan dari beras
atau hampas kelapa yang berwarna warni.

Sekarang

Kad ucapan Kad ucapan dihantar sebagai tanda ingatan dan
Kad ucapan mewakili diri sekiranya tidak ketemu. Kini, ucapan
dihantar melalui media sosial dan elektronik
Dahulu
Sekarang

47 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Keunikan perayaan kebanggaan kita

Masyarakat Malaysia juga mempunyai kepelbagaian tradisi di musim
perayaan. Tradisi ini memberikan memberikan rasa kekitaan kepada setiap
anggota keluarga. Selain itu, tradisi ini juga memberi kesedaran kepada
generasi muda tentang kepelbagaian khazanah budaya di Malaysia.

Tradisi pulang Amalan ziarah
ke kampung menziarahi

Kepelbagaian Pemberian
makanan duit raya dan
tradisional
angpau

Amalan ketika menyambut perayaan

Masyarakat Malaysia juga mempunyai kepelbagaian tradisi di musim
perayaan.

Hari Raya Aidilfitri Tahun Baru Cina
• Bermaaf-maafan
• Pakai pakaian cantik • Makan besar bersama keluarga
• Menyediakan makanan untuk tetamu • Tidak menyapu rumah pada hari

Hari Deepavali pertama Tahun Baru Cina
• Mandi minyak • Kunjung mengunjung dan pemberian
• Mendapatkan restu
• Menyalakan pelita di halaman rumah angpau

Tadau Keamatan Hari Krismas
• Upacara memuja semangat padi • Menghias pokok krismas
• Menjamu makanan tradisional dan • Bersembahyang di gereja
• Bertukar-tukar hadiah
minuman air tapai • Berkumpul untuk makan malam
• Persembahan tarian sumazau
Hari Gawai
48 | H a l a m a n • Mengadakan upacara ranyai
• Menjamu makanan tradisional dan

minuman air tuak
• Pertandingan Kumang dan Keling

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Di Malaysia terdapat pelbagai masyarakat yang berbilang kaum dan
agama. Kita meraikan pelbagai perayaan bagi memenuhi tuntutan agama,
memperingatkan peristiwa penting atau mengekalkan budaya yang diwarisi.
Pada tahun 2000, kerajaan telah memutuskan sebanyak enam perayaan
agama dan kepercayaan dijadikan sebagai perayaan utama rakyat Malaysia.
Perayaan ini disambut seluruh negara dan diraikan dengan mengadakan
Rumah Terbuka Malaysia. Matlamat utama diadakan Rumah Terbuka Malaysia
adalah untuk memupuk perpaduan dan mewujudkan suasana harmoni

49 | H a l a m a n

Nota Ringkas Sejarah Tahun 6 By Pocats

Tadau Hari Raya Tahun
Kaamatan Aidilfitri Baru Cina

Hari Perayaan Deepavali
Gawai Utama di
Malaysia

Hari
Krismas

50 | H a l a m a n


Click to View FlipBook Version