The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 2020 By Pocats

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pocats78, 2020-05-06 12:03:42

Nota Sejarah Tahun 5

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 2020 By Pocats

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

Institusi Raja Tonggak Kedaulatan Negara

Institusi Raja telah wujud Sejak zaman Kerajaan Melayu Awal dan diwarisi
hingga kini
♦ Sultan atau Raja merupakan ketua kerajaan yang berkuasa ke atas rakyat
dan kerajaannya.
♦ Sultan menduduki tempat tertinggi dalam sistem pemerintahan dan Baginda
merupakan payung kepada rakyat.
♦ Kuasa sultan mengalami beberapa perubahan dari semasa ke semasa.
♦ Sebagai rakyat, kita haruslah mempertahankan warisan ini demi kemakmuran
dan kesejahteraan Negara.

Sistem pemerintahan

Zaman Kerajaan Zaman pentadbiran Pada masa kini
Melayu Awal British

➢ Sultan ialah ketua ➢ Institusi raja ➢ Wujudnya institusi Yang
kerajaan dikekalkan dengan di-Pertuan Agong.
Sultan sebagai ketua
➢ Sultan berkuasa negeri ➢ Kuasa Yang di-Pertuan
mutlak Agong atau Sultan
➢ Sultan hanya tertakluk di bawah
➢ Semua keputusan sebagai ketua Perlembagaan
berkaitan undang- agama islam dan Persekutuan atau
undang dan adat istiadat bagi Negeri.
pentadbiran negerinya
terletak di tangan ➢ Pentadbiran Negara
Sultan ➢ British menjadi diuruskan oleh
penasihat kepada Perdana Menteri
Sultan di setiap
negeri dalam hal- ➢ Pentadbiran kerajaan
ehwal pentadbiran negeri diuruskan oleh
Menteri Besar atau
Ketua Menteri

2

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

Ketua Negeriku

1. Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan
dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang masih mengekalkan
institusi raja.

2. Terdapat Undang-undang Tubuh dalam setiap negeri yang
menunjukkan kedudukan sultan sebagai ketua negeri.

3. Negeri Sembilan,gelaran bagi ketua negeri ialah Yang di-Pertuan
Besar atau Yamtuan Besar.

4. Pulau Pinang,Melaka,Sarawak dan Sabah gelaran ketua negerinya
ialah Yang di-Pertuan Negeri.

5. Wilayah Persekutuan pula ialah Yang di-Pertuan Agong.

Negeri Gelaran
Perlis Raja
Kedah Sultan
Perak Sultan
Selangor Sultan
Negeri Sembilan
Johor Yang di-Pertuan Besar
Pahang Sultan
Terengganu Sultan
Kelantan Sultan
Sultan

3

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

Institusi Raja di Asia

Selain Malaysia, terdapat beberapa negara lain yang masih mengekalkan
institusi raja. Sebagai ketua negara, Raja-raja ini amat disanjung dan
dihormati oleh rakyat mereka. Berikut adalah istana-istana yang
merupakan lambing kemegahan dan simbol budaya bagi beberapa
negara di Asia

Istana Negara, Malaysia

Istana Chitralada, Thailand

Istana Negara, Kemboja

Istana Nurul Iman, Brunei

Istana Negara, Jepun

4

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

Islam Agama Persekutuan

Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa “Ugama Islam ialah
ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. Perkara 11 mengenai
Kebebasan Ugama pula menyatakan “Tiap-tiap orang adalah berhak
menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada Fasal (4),
mengembangkan ugamanya”. Ini bermakna walaupun Malaysia telah
mengisytiharkan Islam sebagai agama rasminya, penduduk Malaysia bebas
mengamalkan kepercayaan masing-masing. Kebebasan ini membentuk
perpaduan yang kukuh antara kaum dan ini telah dibuktikan dengan keamanan
yang dikecapi oleh rakyat Malaysia selama ini

Kedatangan Islam

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7
masihi. Sebelum kedatangan Islam, telah wujud pengaruh agama Hindu dan
Buddha dalam kalangan masyarakat setempat seperti di Lembah Bujang.

Apabila Kesultanan Melayu Melaka berkembang, pedagang Islam telah
datang berdagang dan menyebarkan Islam kepada penduduk Melaka.
Agama Islam telah dijadikan agama rasmi. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu
dibuktikan melalui arkeologi dan penulisan. Antara bukti bukti tersebut ialah
batu bersurat di Terengganu dan hukum kanun melaka

Batu Bersurat di Tresat, Kuala Berang Hukum Kanun Melaka merupakan teks
Terengganu bertarikh 1303H pertama menggunakan Islam sebagai
perundangan

Bukti kedatangan Islam ke tanah melayu

5

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

Kesenian islam
Kesenian Islam merupakan hasil karya ciptaan manusia yang berteraskan
kepada ciri-ciri Islam, yang dapat dilihat dalam pelbagai aspek seperti seni
bina, seni khat dan seni muzik.
Seni bina Islam yang jelas dapat dilihat pada mimbar dan menara masjid
seperti Masjid Putra, Putrajaya. Selain Masjid Putra, seni bina juga dapat
dilihat pada Istana Terengganu dan Bangunan Dewan Undangan Negeri di
Kuching, Sarawak.

Seni bina islam
Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ´seni khat´
merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam.
Seni khat digunakan pada reka bentuk grafik seperti logo,corak dan ukiran
pada barang perhiasan,senjata dan kad ucapan. Kesenian Islam seterusnya
ialah seni muzik Islam. Antara alat muzik yang digunakan dalam seni Islam
ialah geduk, rebana, kompang dan gambus.

Seni kaligrafi dan alat muzik Islam

6

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

Bahasa Melayu Sebagai Lingua Franca
Lingua Franca bermaksud bahasa perantaraan dan perhubungan antara
masyarakat yang berlainan bahasa.
Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa perdagangan, perhubungan,
pentadbiran, perundangan, bahasa ilmu dan bahasa persuratan. Bahasa
Melayu digunakan dalam bidang-bidang tersebut dan merupakan warisan
kebanggaan Negara.
Peranan Bahasa Melayu

Bahasa Perdagangan


Memudahkan padagang dalam urusan jual beli

Bahasa Perhubungan

• Digunakan dalam perhubungan antara kerajaan Melayu dengan kerajaan luar.

Bahasa Pentadbiran

• Digunakan dalam sistem pentadbiran dan pemerintah pada Zaman
Kesultanan Melayu Melaka.

Bahasa Perundangan


Digunakan dalam Hukum Kanun Melaka dalam sistem pentadbiran dan
pemerintahan pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Bahasa Ilmu


Penyampaian Ilmu digunakan dalam bahasa Melayu

Bahasa Persuratan


Karya-karya dihasilkan dalam bahasa Melayu seperti Tuhfat Al-Nafis tentang
Kesultanan Johor Riau

7

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

Tergugatnya kedaulatan negara
Kedatangan Kuasa Luar

Kedatangan Kuasa Luar

Kedatangan Kuasa Luar
Negara kita mempunyai kedudukan yang strategik sehingga menarik kuasa
luar untuk menjajah dan campur tangan.Selain itu, negara kita mempunyai
hasil bumi yang bernilai.Kuasa luar yang menjajah dan campur tangan di
Negara kita ialah Siam,Portugis,Belanda,Bristish dan Jepun.

Kuasa luar ini telah mengambil keesmpatan menggunakan hasil bumi
untuk kepentingan mereka.Sebagai rakyat, kita harus mempertahankan
kedaulatan negara agar hasil bumi dapat dimanfaatkan untuk kemajuan
dan kemakmuran negara kita.

8

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

Tergugatnya kuasa pentadbiran :

Tanah Melayu telah dijajah oleh beberapa kuasa luar sebelum pihak British.
Tanah melayu dijajah oleh British untuk mendapatkan hasil bumi terutama
bijih timah.

Akibat kedatangan pihak British ke Tanah melayu, campur tangan British
dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu telah membawa kepada
pemindahan kuasa pentadbiran daripada raja-raja Melayu kepada
pegawai-pegawai yang dilantik oleh pihak British. Pegawai-pegawai ini
ditugaskan mentadbir dan menguruskan semua aspek pentadbiran, kecuali
pengurusan agama Islam dan juga adat resam orang-orang Melayu.

Campur tangan ini kemudiannya membawa kepada penjajahan
sepenuhnya negeri-negeri Melayu di bawah penguasaan British.

Penjajahan dan
campurtangan British

Negeri-negeri Sarawak /
Selat Syarikat Borneo
Utara (sabah)
Pulau
Pinang Negeri Melayu Negeri Melayu
Singapura Bersekutu Tidak Bersekutu

Melaka Perak Kedah

Selangor Kelantan

Pahang Terengga
nu
Negeri Perlis
Sembilan
Johor

9

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

JATA NEGARA

Jata negara merupakan identiti negara malaysia. Ia telah diperkenankan
oleh Raja-raja Melayu. Jata Negara merupakan lambang kemegahan
seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama

Bintang dan Bulan Lima Bilah Keris

➢ Bintang dan Bulan sabit Lima bilah keris itu menandakan
mewakili Islam sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak
Agama Persekutuan Bersekutu dahulu (Johor, Kedah,
Perlis, Kelantan dan Terengganu)
➢ Bintang pecah 14
menandakan 13 buah negeri
sebuah wilayah persekutuan
dalam Malaysia

Harimau Empat Jalur Warna

2 ekor Harimau sebagai *Warna hitam dan putih
lambang keberanian. Ia ialah warna Pahang.
juga merupakan lambang *merah dan kuning warna
Negeri-negeri Melayu Selangor. *hitam, putih dan
Bersekutu. kuning warna Perak.
*merah, hitam dan kuning
Jata di bawah Perisai Jata Negara warna Negeri Sembilan.
Empat buah negeri ini ialah
➢ Tiga bahagian di sebelah Slogan Negeri-negeri Melayu
bawah itu menandakan Bersekutu yang asal.
Negeri Sabah di sebelah ➢ Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu"
kiri dan Sarawak di ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah Pokok Pinang dan Melaka
sebelah kanan. kiri dan tulisan Jawi di sebelah
kanan. Bahagian sebelah kiri perisai
➢ Di tengah-tengahnya itu (pokok Pinang)
ialah Bunga Raya iaitu ➢ Warna kuning pada awan-awan itu menandakan Negeri Pulau
Bunga Kebangsaan. ialah warna Diraja bagi Duli-duli Pinang dan bahagian
Yang Maha Mulia Raja-raja. sebelah kanan dengan
pokok Melaka
menandakan Negeri
Melaka. Kedua-dua buah
negeri ini adalah
sebahagian dari Negeri-
negeri Selat dahulu.

10

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

Jata Negara lambang Kemegahan
Jata Negara terdapat pada dokumen-dokumen rasmi

Passport

Lesen memandu

Kad pengenalan

Tugu negara

Istana negara Sijil lahir

11

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

BERKIBAR MEGAH

Warna dan lambang Jalur Gemilang
Warna Merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian,
kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran..

Warna Putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan
Warna Biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai
Warna Kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara

14 Jalur merujuk kepada gabungan 13 negeri dan sebuah Wilayah
Persekutuan
Bulan Sabit Melambangkan Islam sebagai Agama Persekutuan Malaysia

Bintang Pecah 14 Melambangkan gabungan 13 negeri dan sebuah wilayah
Persekutuan

12

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu.
Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama
Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang
pembentukan Malaysia telah memperkenankan rekabentuk Bendera
Malaysia yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu
dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14
bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah
Melayu telah melahirkan sebuah negara baru - Malaysia. Bendera Malaysia
telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan
lahirnya Malaysia pada 16 September 1963.
Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965,
namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang.
JALUR GEMILANG adalah nama Bendera Malaysia yang telah diisytiharkan
oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan
Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka.

Maksud "Jalur Gemilang"
JALUR- menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah
dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan
satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang
dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju
kegemilangan bangsa dan negara.
GEMILANG- bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh
yang demikian, Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian
bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara
Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan
sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.
Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang
patriotis, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup
berkorban demi agama, bangsa dan negara.

13

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

Berkibar megah
Jalur gemilang adalah lambang kemegahan rakyat Malaysia. Jalur
gemilang biasanya dikibarkan di tempat-tempat berikut :

sekolah

persidangan Kedutaan

Kereta Jalur bangunan
rasmi Gemilang kerajaan
berkibar

Kapal dan Kapal
Bot terbang

Selain tempat-tempat ini, terdapat banyak lagi tempat yang mengibarkan
jalur gemilang. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah sentiasa bangga dan
menghormati bendera negara kita.

14

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

Etika Menyanyikan Lagu Negaraku

Lagu kebangsaan merupakan simbol kebanggaan dan kedaulatan
negara. Kesetiaan dan perpaduan boleh dipupuk dengan menghayati lagu
kebangsaan walau di mana jua. Kita perlulah menghormati lagu
kebangsaan pada setiap masa. Lagu kebangsaan seringkali didengari ketika
majlis rasmi. Setiap rakyat perlulah menghormati lagu kebangsaan dengan
cara yang beretika.

Lagu Kebangsaan Membentuk Jati Diri

Lagu kebangsaan perlu dinyanyikan dengan penuh bersemangat,
sesuai sebagai pembakar semangat semua rakyatnya. Lagu kebangsaan
Berjaya menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum serta
menyerlahkan semangat patriotik, bersyukur, berusaha mencapai kemajuan
diri dan taat setia kepada Raja dan negara.

Taat dan setia kepada Meningkatkan
Raja semangat patriotik

Pembentukan
Jati Diri

Memupuk perpaduan Sentiasa berusaha
dan keharmonian untuk memajukan diri

sendiri

15

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

Bahasaku Kebanggaanku,
Sejarah membuktikan bahawa tamadun besar dunia dikenal pasti

daripada bahasanya. Bahasa melayu merupakan bahasa ‘lingua franca’
iaitu bermaksud merentasi bangsa. Pada suatu ketika, bahasa melayu
dituturkan oleh semua pedagang daripada seluruh pelosok dunia yang
berdagang di tanah melayu.

Bahasa melayu menjadi lambang yang menjurus kepada jati diri bangsa,
dan perpaduan Negara. Oleh yang demikian, kita haruslah akur dan
bangga kerana dengan adanya kekuatan bahasa melayu maka
terbentuklah kesatuan sikap, pemikiran dalam kalangan warga Malaysia.

Bahasa kebangsaan ini juga berperanan sebagai bahasa perpaduan.
Perpaduan adalah tonggak penting dalam masyarakat yang berbilang
bangsa. Tanpa perpaduan, Negara akan kucar kacir dan akan musnah
sebuah Negara yang berdaulat.

Oleh itu, jelaslah bahawa bahasa kebangsaan sebagai bahasa sepunya
yang merupakan satu unsur utama dalam pembinaan Negara bangsa
Malaysia. Seharusnya kita berasa bangga apabila bertutur bahasa
kebangsaan Negara kita, iaitu bahasa melayu kerana ia mampu
mendukung budaya bangsa, serta melambangkan jati diri rakyat Malaysia.

16

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

Bahasa Jiwa Bangsa

Lagu Bahasa Jiwa Bangsa

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa

Lagu/Lirik: Dol Ramli

Lagu Bahasa Jiwa Bangsa melambangkan peribadi yang mulia.
Pembentukan peribadi yang mulia bermula daripada tutur kata seseorang.
Susun atur bahasa perlulah diungkapkan sebaik mungkin kerana ia
mencerminkan peribadi kita.

Selain itu, penggunaan bahasa kebangsaan juga dapat
menyatupadukan rakyat Malaysia.

17

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

BUNGA KEBANGSAAN

PEMILIHAN
Pada akhir 1958, tujuh jenis bunga telah dicadangkan untuk dipilih

sebagai Bunga Kebangsaan oleh Kementerian Pertanian. Walau
bagaimanapun akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih
bunga raya berdasarkan kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh
negara, warna dan bentuk yang menarik, nama yang sama di seluruh
negara, mudah didapati di seluruh Malaysia, dan yang paling penting bukan
menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia ketika itu.

Berdasarkan kriteria-kriteria tersebut, pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga
Kebangsaan. Hari ini, pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan
kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya
melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga
dilambangkan sebagai bunga perpaduan .

MAKSUD WARNA BUNGA RAYA

Bunga raya mempunyai warna yang unik. Warna merah pada kelopak
bunga raya sebenarnya melambangkan keberanian merempuh cabaran,
keteguhan pentadbiran, ekonomi, perpaduan serta sifat keberanian dalam
menempuh cabaran. Kesemua sifat ini sememangnya telah menjadi faktor
penyumbang yang mendorong negara kita dalam mencapai mercu
kejayaan dalam pelbagai bidang. Ia terus menjadi simbol kemegahan
negara apabila ia digunakan sebagai simbol pada logo-logo,lencana,
bendera dan setem malah turut diterjemahkan pada wang kertas dan duit
syiling.

Kepelbagaian Bunga Raya dari segi warna, bentuk dan ukuran juga
menandakan kekuatan kepelbagaian bangsa, agama dan kebudayaan
rakyat Malaysia yang dapat hidup aman damai dan berharmoni.

18

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

Oleh itu, biar kita bersama-sama memelihara dan mendukung aspirasi
Bunga Raya dalam memelihara perpaduan yang wujud demi masa depan
Malaysia yang lebih terjamin kerana warnanya merah yang melambangkan
keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh
cabaran. Pemilihan bunga raya juga kerana kaitan dengan identiti dan ia
perkara penting bagi sesebuah negara bertamadun.

Keteguhan Pentadbiran

Keharmonian

Keteguhan ekonomi

Perpaduan

Berani menempuh
cabaran

19

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

Sekian,
Terima kasih

Penulis Buku Kerja
Penulis Sisipan Didik
Penulis Buku Teks

Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui

akaun Maybank 114169845278

20

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278

Nota Ringkas Sejarah Tahun 5 By Pocats

Antara Hasilan Cikgu Ahmad Hishanuddin @ Pocats

21

Sumbangan boleh dibuat Ahmad Hishanuddin Ramli Maybank 1141 6984 5278


Click to View FlipBook Version