MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN
PERADABAN
SESI I 2022/2023
TAJUK PROJEK
PENGAJURAN DAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM BENTUK
TANGGUNGJAWAB SOSIAL DARI SEGI PENJAGAAN ALAM
SEKITAR
TARIKH
26 NOVEMBER 2022 (SABTU)
TEMPAT
PANTAI TANJUNG LIPAT, KOTA KINABALU, SABAH
DISEDIAKAN OLEH
MUHAMMAD IZZAT MADOL BIN ABDULLAH (07DAT22F1075)
NICKJOSEANDRE MAYUSTIN (07DAT22F1065)
MOHD HAFISZUL AZMIE BIN MOHD ARIF (07DAT22F1079)
MOHD AZHAR BIN SULKANO (07DAT22F1077)
NAMA PENSYARAH
RAJA AHMAD BIN RAJA HUSIN
1
1.0 PENDAHULUAN
Di antara visi dan misi Politeknik ialah melahirkan pelajar berketrampilan
dan bersakhsiah tinggi. Untuk menjayakan misi dan visi ini, kami pelajar DAT1B
sesi 2022/2023 amat berbesar hati untuk mengadakan satu projek yang dapat
membantu mencapai misi dan visi ini. Projek ini kami namakan “Let’s Clean
the Beach”. Penekanan utama dalam projek ini ialah mewujudkan satu bentuk
tanggungjawab sosial dikalangan pelajar dari segi penjagaan alam sekitar.
Kami bercadang untuk melaksanakan projek ini selama satu hari. Oleh itu,
kertas kerja ini akan menjadi asas rujukan utama kepada pelaksanaan projek
ini.
1.1 OBJEKTIF PROJEK
• Memantapkan tanggungjawab sosial di kalangan pelajar dan masayarakat dari
segi pemuliharaan alam sekitar
• Mengekalkan kelestarian pantai dan laut bagi generasi akan datang hidup
terjamin dan selesa.
• Memelihara ekosistem hidupan marin serta flora dan fauna agar tidak pupus
atau musnah akibat pencemaran yang disebabkan oleh manusia.
1.2 RESPONDEN PROJEK
Sepanjang aktiviti dan projek yang kami jalankan, kami telah memperoleh 22
responden iaitu terdiri daripada 20 responden yang mengisi soal selidik dan 2
responden yang kami temu ramah.
1.3 BUTIRAN PROJEK
Projek diadakan di Pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, Sabah. Masa aktiviti
dijalankan adalah pada pukul 2 petang sehingga 5 petang yang bersamaan 3 jam.
2
2.0 DAPATAN DAN HASIL PERLAKSANAAN AKTIVITI
2.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini membincangkan analisa
data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada soal
selidik yang telah diisi oleh 20 responden. Data telah dimasukkan dan diproses bagi
mendapatkan statistik seperti nilai peratusan. Selain itu, kami juga telah temu ramah
2 orang awam sepanjang projek bagi mendapatkan pendapat berkaitan keberkesanan
projek ini.
2.1.1 JANTINA
Untuk mengkaji persepsi masyarakat, seramai 20 orang yang terdiri daripada
penduduk tempatan dan orang awam. Huraian analisis latar belakang responden
melibatkan aspek jantina , umur , bangsa dan taraf pendidikan yang dipersembahkan
dalam bentuk jadual dan rajah.
JANTINA NILAI PERATUS
LELAKI 9 45%
PEREMPUAN 11 55%
Jadual 1: Jantina
(Sumber: Kajian Lapangan, 2022)
JANTINA
Lelaki Perempuan
Rajah 1- Jantina
(Sumber: Kajian Lapangan, 2022)
3
Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 20 orang responden, seramai 11
orang (55%) yang terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya seramai 9
orang (45%) yang terdiri daripada responden perempuan. Tidak dapat perbezaan
jurang yang besar dalam pemilihan jantina responden. Maklumat yang lebih jelas
boleh dilihat pada Jadual 1 dan Rajah 1 di atas. Kajian ini adalah melihat persepsi
penduduk tempatan sekitar Kota Kinabalu terhadap projek “Let’ Clean the Beach” di
pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu. Oleh yang demikian jantina yang dipilih perlulah
seimbang agar jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada satu gender sahaja.
2.1.2 UMUR
UMUR (tahun) NILAI PERATUS
15-25 10 50%
26-35 7 35%
36-45 2 10%
46-55 1 5%
55 > 0 0%
Jadual 2: Umur
(Sumber: Kajian Lapangan, 2022)
UMUR
15-25 26-35 36-45 46-55
Rajah 2 – Umur
(Sumber: Kajian Lapangan, 2022)
4
Berdasarkan hasil kajian, daripada 20 orang responden yang disoal selidik,
seramai 10 orang (50%) adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan
umur antara15 hingga 25 tahun. Manakala responden yang berumur 26 hingga 35
tahun adalah terdiri daripada 7 orang (35%). Diikuti dengan yang berumur 36 hingga
45 tahun adalah 2 orang (10%) dan selebihnya berumur 46 hingga 55 tahun iaitu 1
orang (5%) manakala tiada responden dari peringkat umur 55 umur ke atas seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 2 dan Rajah 2 di atas. Responden yang berbeza usia
ini adalah responden yang mempunyai pandangan dan cara berbeza.
2.1.3 BANGSA
Dalam melakukan kajian ini, dapatan hasil menunjukkan 80% daripada 20
orang merupakan bumiputera sabah manakala 20% selebihnya adalah berbangsa
Melayu.
2.1.4 TARAF PENDIDIKAN
TARAF PENDIDIKAN NILAI PERATUS
15%
PT3 3 35%
25%
SPM 7 15%
10%
STPM/DIPLOMA 5
IJAZAH 3
LAIN-LAIN3 2
Jadual 3: Taraf Pendidikan
(Sumber: Kajian Lapangan, 2022)
5
TARAF PENDIDIKAN
PT3 SPM STPM/Diploma Ijazah Lain-lain
Rajah 3 – Taraf Pendidikan
6
2.2 ANALISA TERHADAP KEKERAPAN PEMBERSIHAN PANTAI SECARA
RAWAK DALAM KALANGAN PENGUNJUNG PANTAI TANJUNG LIPAT
Pada bahagian ini responden telah diutarakan 1 soalan utama dimana soalan
utama terdapat 2 soalan kecil yang telah dikhususkan kepada pengunjung pantai
Tanjung Lipat. Soalan tersebut ialah kekerapan pembersihan pantai secara rawak
dalam kalangan pengunjung pantai Tanjung Lipat.
2.2.1 KEKERAPAN PEMBERSIHAN PANTAI SECARA RAWAK OLEH
PENGUNJUNG
Soalan 1 yang disoal kepada responden ialah sama ada pengunjung iaitu
responden sendiri menyokong projek “Let’ Clean the Beach” yang diadakan pada
hari sabtu. Bagi soalan ini 7 orang sangat setuju bersamaan 35%, 8 orang setuju
bersamaan 40%, 3 orang tidak setuju bersamaan (15%) dan 2 orang sangat tidak
setuju bersamaan (10%). Min purata bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.0 dimana
kebanyakan responden setuju bahawa mereka menyokong projek ini.
Soalan 2 yang disoal kepada responden ialah sama ada pengunjung iaitu
responden sendiri akan mengutip sampah sekiranya ternampak sampah di sekitar
kawasan pantai. Bagi soalan ini 2 orang sangat setuju bersamaan (10%), 5 orang
setuju bersamaan (25%), 10 orang tidak setuju bersamaan (50%) dan 3 orang sangat
tidak setuju bersamaan (15%). Min purata bagi penyataan ini adalah sebanyak 2.3
dimana kebanyakan responden tidak setuju bahawa mereka akan mengutip sampah
sekiranya ternampak sampah di sekitar pantai.
SANGAT TIDAK SANGAT MIN
BIL PENYATAAN SETUJU SETUJU SETUJU TIDAK PURATA
SETUJU
1. Soalan 1 7 35% 8 40% 3 15% 2 10% 3.0
2. Soalan 2 2 10% 5 25% 10 50% 3 15% 2.3
Jadual 4: Kekerapan pembersihan pantai secara rawak oleh pengujung
7
(Sumber: Kajian Lapangan, 2022)
Kekerapan pembersihan pantai secara rawak oleh pengujung
60
50
40
30
20
10
0 Soalan 2
Soalan 1
Sangat Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
Rajah 4 - : Kekerapan pembersihan pantai secara rawak oleh pengujung
(Sumber: Kajian Lapangan, 2022)
8
3.0 PENUTUP
Program ini diharapkan agar dapat menjadi suatu projek yang dapat memberi
impak yang positif dalam kalangan pelajar serta masyarakat yang
menyertainya. Oleh itu, kami berharap ingin megadakan projek in sekali lagi
3.1 CADANGAN
Cadangan kami adalah mengadakan agar aktiviti ini lebih mendapat sambutan
daripada orang ramai ialah membuat kempen ini pada hujung minggu. Hal ini kerana
pada hujumg minggu orang ramai lebih ramai datang ke pantai kerana cuti untuk para
pekerja berlaku pada hari ahad.
9
4.0 LAMPIRAN
Bahagian ini akan membincangkan serta memaparkan hasil sepanjang
pelaksanaan aktiviti kami di Pantai Tanjung Lipat Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Gambar ini menunjukkan ahli-ahli kumpulan 3 dalam melaksanakan aktiviti
membersihkan pantai.
10
Gambar di atas menunjukkan lokasi aktiviti membersihkan pantai.
11
12
13
Gambar di atas menunjukkan aktiviti sepanjang projek kami dijalankan
Gambar ini menunjukkan kami ditemu ramah oleh kumpulan lain untuk projek
mereka
14
SEKIAN TERIMA KASIH DARIPADA KAMI :)
15