The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buletin Kerajaan Digital Edisi 02/2020

Pages: 64

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NAHRIM Library, 2022-02-20 20:17:04

Buletin Kerajaan Digital Edisi 02/2020

Buletin Kerajaan Digital Edisi 02/2020

Pages: 64

Keywords: Bulletin

BULETIN 51
KERAJAAN DIGITAL

DIGITAL TRANSFORMATION READINESS IN PUBLIC SECTOR

Jadual 2 membentangkan persekitaran Projek GOS Gateway dalam pembangunan
perkhidmatan digital Kerajaan berdasarkan faktor kejayaan yang dinyatakan hasil daripada
pengalaman penglibatan sepanjang tempoh projek.

FAKTOR Jadual 2: Dapatan dalam Projek GOS Gateway

Objektif projek DAPATAN DALAM PEMBANGUNAN PROJEK
yang realistik
a) Pengurusan MAMPU meletakkan objektif projek GOS Gateway yang realistik yang
mengambilkira bersesuaian dengan keperluan agensi untuk membangunkan
Perkhidmatan Digital yang dperlukan bersesuaian dengan ekspektasi pelanggan yang
sentiasa memerlukan perubahan.

Keperluan a) Projek mempunyai prosidur standard dalam menghasilkan dokumentasi keperluan
sistem yang sistem yang lengkap dan teratur. Setiap dokumen keperluan sistem yang dihasilkan
mantap
mendapatkan pengesahan pemilik bisnes dan subject matter expert (SME).
b) Dokumen keperluan sistem yang mantap boleh membawa kepada anggaran

peruntukan dan tempoh pembangunan projek yang lebih tepat tanpa berkompromi

kepada penghasilan kualiti produk.

Pengetahuan a) Gabungan pasukan projek syarikat pembekal yang berpengetahuan dalam teknikal dan
dan pasukan kerajaan yang berpengalaman, menyediakan situasi pembelajaran berterusan
pengalaman
pasukan yang dan saling melengkapi demi kejayaan pembangunan perkhidmatan digital.
mencukupi b) Pasukan projek yang hanya terdiri daripada pegawai teknikal menyukarkan proses

libat urus dan penentuan hala tuju bisnes perkhidmatan Kerajaan menyebabkan

perkhidmatan digital yang dibangunkan kurang mencapai hasrat pengurusan.

Teknologi yang a) Kejayaan pembangunan perkhidmatan digital telah disokong oleh produk R&D syarikat,
efisyen penggunaan platform integrasi MyGDX yang tersedia, inisiatif sumber terbuka dan

perkhidmatan Pusat Data Sektor Awam (PDSA).
b) Teknologi yang bersifat spesifik atau product locking yang dibawa oleh syarikat akan

memberi kesan pihak Kerajaan dalam kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan

sistem dalam jangka masa panjang.

Penglibatan a) Penglibatan dan komitmen pemilik bisnes dan pegawai teknikal agensi sepanjang
pengguna aktiviti pembangunan adalah faktor utama kepada kejayaan pelaksanaan projek

walaupun berlaku kelewatan.
b) Terdapat kelewatan dalam menyiapkan perkhidmatan kerana kekangan kerja semasa

agensi, menjadi kebiasaan dalam proses pembangunan sistem.
c) Pelanggan perkhidmatan tidak ketinggalan dalam memberi maklumbalas membina

melalui saluran aduan & maklubalas dalam talian, kajian kepuasan dan program

promosi.

Pengurusan a) Projek GOS Gateway mempunyai struktur pasukan projek yang tetap dan tadbir urus
yang efisyen projek yang berkesan dalam mengurus dan mentadbir projek.

b) Walaupun Pengurus projek yang sering bertukar tetapi projek dibantu oleh ahli pasukan
yang berpengalaman dan khidmat Perunding ICT.

c) Projek ini sangat diberi keutamaan dan komitmen oleh pengurusan dalam pembuatan
keputusan yang kritikal.

52 BULETIN
KERAJAAN DIGITAL

DIGITAL TRANSFORMATION READINESS IN PUBLIC SECTOR

CABARAN DALAM PEMBANGUNAN PERKHIDMATAN DIGITAL

Pasukan projek GOS Gateway mengalami pelbagai cabaran untuk mencapai sesuatu
kejayaan dalam pembangunan perkhidmatan digital / perkhidmatan dalam talian kerana
pemilik bisnes kerajaan terletak dipelbagai agensi. Walau bagaimanapun usaha untuk
meningkatkan sistem penyampaian kerajaan secara keseluruhan berlandaskan pendigitalan
terpaksa diteruskan demi memenuhi ekspektasi pelanggan. Merujuk kepada laporan yang
dikeluarkan oleh Facebook and Bain & Company, August 2020 di mana Malaysia adalah
negara dengan populasi pengguna digital terbesar di Asia Tenggara dengan 83% [5].

Rajah 3 membentang cabaran yang dikenal pasti sepanjang menjayakan pembangunan
perkhidmatan digital /dalam talian kerajaan di bawah Projek GOS Gateway.

Rajah 3: Cabaran Dalam Pembangunan Perkhidmatan Digital

Untuk mengatasi cabaran yang dinyatakan, antara cadangan penambahbaikan kepada
kejayaan projek secara keseluruhan adalah dengan menyediakan rangka kerja yang jelas
dan terperinci melalui libat urus di awal projek dengan agensi kerajaan supaya agensi sama-
sama bersedia menjayakan agenda kerajaan; merangka dasar perkongsian data penting
dalam menjayakan perkhidmatan merentas agensi; membina kekuatan pasukan yang
terdiri dari pelbagai aspek dan berpengetahuan dalam bidang masing-masing dalam projek;
memastikan penggunaan teknologi terkini dan bersedia dengan kehendak pelanggan.

BULETIN 53
KERAJAAN DIGITAL

DIGITAL TRANSFORMATION READINESS IN PUBLIC SECTOR

KESIMPULAN

Pelbagai faktor kejayaan perlu diambil kira dalam mengurangkan
risiko kegagalan projek pembangunan perkhidmatan digital Kerajaan
(perkhidmatan dalam talian atau aplikasi sistem). Cabaran yang dikenal
pasti dalam projek GOS Gateway dalam pembangunan perkhidmatan
dalam talian kerajaan (khususnya aplikasi merentasi agensi) sebagai
input dalam menjayakan sesuatu agenda kerajaan digital. Namun begitu,
kejayaan atau kegagalan sesuatu projek pembangunan perkhidmatan
digital yang memenuhi ekspektasi pelanggan memerlukan pasukan
projek yang kompeten dari pelbagai aspek, pengurusan projek yang
cekap dan tadbir urus projek yang berkesan, serta disokong oleh
faktor-faktor luaran seperti dasar/polisi berkaitan, jalinan kerjasama
antara organisasi, ketersediaan teknologi dan keselamatan data.

Rujukan:

1) Pelan Strategik ICT Sektor Awam (PSICTSA) 2016 – 2020 [Februari 2016], MAMPU, Jabatan
Perdana Menteri.

2) Pelan Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan [2017], MAMPU, Jabatan Perdana
Menteri.

3) Communications & Multimedia Blueprint 2018-2025 [2018], Kementerian Komunikasi dan
Multimedia Malaysia.

4) Mohammad Ibraigheeth & Syed Abdullah Fadzli Faculty of Informations and Computing,
Universiti Sultan Zainal Abidin [2019]. Core Factors for Software Projects Success.
International Journal on Informatics Visualization (JOIV). Vol 3. NO 1. 71.

5) Facebook, Inc, and Bain & Company, Inc [August 2020]. Digital Consumers of Tomorrow,
Here Today. A Sync Southeast Asia Report.

54 BULETIN
KERAJAAN DIGITAL

DIGITAL TRANSFORMATION READINESS IN PUBLIC SECTOR

Pelan Strategik Pendigitalan Sektor
Awam Tahun 2021-2025: Kerajaan Digital
Mampan Pemangkin Masyarakat Digital

Dr. Yusminar binti Yunus Siti Sapura binti Raffee
Bahagian Perundingan ICT Bahagian Perundingan ICT
MAMPU, Jabatan Perdana Menteri MAMPU, Jabatan Perdana Menteri
[email protected] [email protected]

Nur Nuha binti Mohd Yusuff
Bahagian Perundingan ICT
MAMPU, Jabatan Perdana Menteri
[email protected]

PENGENALAN Digital Inklusif Pemacu Penyampaian
Berpaksikan Rakyat”. Konsep penyampaian
Kemunculan teknologi baharu dan keperluan perkhidmatan “Digital First, Citizen Centric”
untuk mengadaptasi dengan pantas kepada menjadi fokus utama dalam PSICTSA
norma baharu bagi menangani impak 2016-2020 bagi melonjakkan penyampaian
Pandemik COVID-19 telah melonjakkan perkhidmatan sektor awam berpaksikan
inisiatif pendigitalan perkhidmatan rakyat. Menelusuri dimensi masa, secara
kerajaan. Kerajaan perlu mengadaptasi keseluruhannya pencapaian sasaran terpilih
dan menggunakan teknologi digital serta pelaksanaan PSICTSA bagi tempoh antara
memanfaatkan data sebagai komponen tahun 2016 sehingga bulan September 2020
strategik dalam usaha mempercepat adalah sebanyak 97 peratus. Kesinambungan
pendigitalan perkhidmatan kerajaan demi usaha pendigitalan ini perlu diteruskan bagi
kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. mencapai matlamat Kerajaan Digital yang
mampan.
Pendigitalan ialah tonggak utama usaha
transformasi perkhidmatan awam kerajaan. Justeru, strategi pendigitalan sektor
Menyedari pentingnya transformasi awam telah dirangka dengan teliti dan
penyampaian perkhidmatan awam komprehensif dalam blueprint yang dikenali
menerusi pendekatan Kerajaan Digital, Unit sebagai Pelan Strategik Pendigitalan Sektor
Pemodenan Pentadbiran dan Pengurusan Awam (PSPSA) tahun 2021-2025 yang
Malaysia (MAMPU) sebagai agensi peneraju dibangunkan secara dalaman oleh MAMPU.
pelaksanaan ICT Sektor Awam telah Pelan ini telah menggariskan hala tuju
melangkah ke hadapan pada tahun 2015, strategik pelaksanaan ICT dan pendigitalan
dengan membangunkan Pelan Strategik sektor awam untuk tempoh lima tahun yang
ICT Sektor Awam (PSICTSA 2016-2020) yang akan menjadi panduan dan rujukan kepada
menggariskan hala tuju strategik ICT untuk agensi sektor awam bagi merangka strategi
tempoh lima tahun dengan visi “Kerajaan pendigitalan di agensi masing-masing.

BULETIN 55
KERAJAAN DIGITAL

DIGITAL TRANSFORMATION READINESS IN PUBLIC SECTOR

PSPSA tahun 2021-2025 ini merupakan dan Government to Employee (G2E) yang
usaha bagi memastikan kelangsungan melibatkan semua kementerian dan agensi
“Kerajaan Digital” mampan yang digariskan sektor awam.
dalam PSICTSA 2016-2020 melalui inisiatif
pendigitalan yang sistematik, konsisten Pembangunan PSPSA tahun 2021-2025
dan bersepadu untuk kesejahteraan rakyat. bermula pada bulan Januari 2020 dengan
Hala tuju strategi pendigitalan yang digarap mengaplikasikan pendekatan Metodologi
dalam PSPSA 2021-2025 merangkumi PerSI dan MyGovEA dalam pembangunan
perkhidmatan yang berteraskan Government projek PSPSA yang melibatkan lima fasa
to Government (G2G), Government to Citizen dan serahan seperti yang ditunjukkan dalam
(G2C), Government to Business (G2B) Rajah 1.

!"#$%&'() * !"#$%&'() . !"#$%&'() / !"#$%&'() 1 !"#$%&'() 5
!"#+,-((% !"%$-($(% !"%('#$0(% !"-('2(%((% !"+(%)(,(%
!"%&34"#(2$(%
!"!#$%&'%()&)*)+,& 7"!#$%&)4,) 0"!#$%&%&<5+,& ?"!#$%&:535*
-+./ !"#$%&'#&("' !"#$%&'#&("') -,*,3,& >"!#$%&:535* ;%35=,@,&
;%4,+*,&,,& !"#$%&'#&("'
-%8,*, !"#$%&'#&("'

!"7#;%&:%*,@,& Business Architecture Business Architecture $%<.'.4.:) ?"7#$%&A,4,&+,&
E,'=)3 F35*#',& Data Architecture Data Architecture ;%4,+*,&,,& ;%8)&',@,& B485

;)@,+ Application Architecture Application Architecture
G%3+%/%&<)&:,& Technology Architecture Technology Architecture

!"0#$%&'%()&)*)+,& 7"7#953,&: ',& 0"7#$%8=,&:5&+,& ?"0#$%&6%4,3,*
1)*) !"#$%&'#&("') ;%45,&: ;%&6%4%*,),& -%8,+,& ;,*C,D
',& 2%/%345,&&6,
;%4,+*,&,,&

0"0#;%4,& $):3,*) ?">#;%8,&<,5,&
;3%*<,*)

Pengurusan Keperluan Secara Berterusan

Rajah 1: Metodologi PerSI dan MyGovEA

PSPSA yang dibangunkan telah mengambil kira penjajaran dengan hala tuju nasional dan
global serta sejajar dengan kemunculan teknologi baharu (emerging technologies), Revolusi
Industri 4.0, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), Pelan Antirasuah Nasional dan
Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 untuk kesejahteraan rakyat. Pelan ini juga
selari dengan matlamat Sustainable Development Goals (SDG) 2030 yang berdasarkan
konsep tiada yang terpinggir (leaving no one behind) meliputi golongan rentan yang terdiri
daripada wanita, warga emas, orang kelainan upaya, orang miskin, belia, pelarian atau
imigran. Penjajaran hala tuju nasional dan global adalah seperti yang dipaparkan dalam
Rajah 2.

56 BULETIN
KERAJAAN DIGITAL

DIGITAL TRANSFORMATION READINESS IN PUBLIC SECTOR

Rajah 2: Penjajaran PSPSA dengan Hala Tuju Nasional dan Global
Kaedah dapatan maklumat bagi penyediaan PSPSA tahun 2021-2025 adalah melalui kajian
dokumen, desktop review, sesi temu bual, soal selidik secara dalam talian dan sesi libat urus
bersama-sama dengan kementerian dan agensi. Draf PSPSA versi Beta 1.0 telah dimuat naik
di portal MAMPU pada bulan Julai 2020 untuk mendapatkan maklum balas kementerian/
agensi dan seterusnya hebahan Ringkasan Eksekutif PSPSA pada bulan Ogos 2020. Hasil
daripada maklum balas yang diterima, PSPSA 2021-2025 telah ditambah baik dan versi Beta
2.0 dimuat naik dalam portal MAMPU pada 27 Oktober 2020. Kronologi pembangunan PSPSA
secara ringkasnya adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.

Rajah 3: Kronologi Aktiviti Utama Pembangunan PSPSA Tahun 2021-2025

BULETIN 57
KERAJAAN DIGITAL

DIGITAL TRANSFORMATION READINESS IN PUBLIC SECTOR

KERANGKA HALA TUJU STRATEGIK konsep tiada yang terpinggir (leaving no one
PENDIGITALAN SEKTOR AWAM behind) yang akan membentuk masyarakat
digital. Selaras dengan revolusi teknologi
PSPSA tahun 2021-2025 versi beta 2.0 baharu (emerging technologies), PSPSA
dengan matlamat ”Kerajaan Digital Mampan ini juga memberikan tumpuan kepada
Pemangkin Masyarakat Digital” meliputi penerimagunaan dan adaptasi kemunculan
7 teras strategik, 10 prinsip panduan teknologi baharu yang merupakan inovasi
serta 9 ekosistem pemboleh daya adalah terhadap pelaksanaan dan kelangsungan
sebagaimana Kerangka Hala Tuju Strategik “Kerajaan Digital Mampan”.
Pendigitalan Sektor Awam seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 4. PSPSA tahun Bertepatan dengan Sinergi Pendigitalan
2021-2025 memberikan fokus kepada Mampan yang merupakan tema PSPSA tahun
kelangsungan Kerajaan Digital mampan 2021-2025, gabungan sinergi pendigitalan
melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang berterusan antara pelbagai pihak
yang inklusif, bersepadu, terangkum akan memberikan impak yang lebih padu
dan selamat kepada semua golongan dan berkesan bagi merealisasikan agenda
masyarakat daripada pelbagai kumpulan pendigitalan negara untuk dimanfaatkan
sasar di pelbagai geolokasi berasaskan oleh semua pihak demi kesejahteraan rakyat.

ADAPTASI VISI
KEMUNCULAN “Kerajaan Digital Mampan Pemangkin
TEKNOLOGI BAHARU Masyarakat Digital ”
YANG RELEVAN
TERAS STRATEGIK
PEMANFAATAN 7 Teras Strategik adalah tonggak
KEPINTARAN DATA kepada kelangsungan pelaksanaan
aspirasi Kerajaan Digital.
PENJENAMAAN, KERAJAAN
PELUASAN PROMOSI DIGITAL MAMPAN PRINSIP PANDUAN
DAN PEMBUDAYAAN 10 Prinsip Panduan adalah dasar
PEMANGKIN yang mendorong ke arah kejayaan
MASYARAKAT PENERA JU pelaksanaan inisiatif pendigitalan
PERKHIDMATAN
DIGITAL DIGITAL INSKLUSIF Ekosistem Pemboleh Daya
DAN BERSEPADU 9 ekosistem pembolehdaya adalah
komponen strategik untuk
PENGOPTIMUMAN menyokong kejayaan dan kelestarian
NILAI PERKHIDMATAN inisiatif pendigitalan

GUNA SAMA YANG
SELAMAT

TADBIR URUS TUNTAS
DAN TANGKAS

PEMERKASAAN DAN
PENYEGARAN MODAL

INSAN

Rajah 4: Kerangka Hala Tuju Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025

Tujuh teras strategik yang digariskan dalam PSPSA merupakan tonggak kepada kelestarian
inisiatif pendigitalan sektor awam bagi memacu kemampanan ekonomi digital negara. Tujuh
teras strategik dan objektifnya adalah seperti yang dipaparkan dalam Rajah 5.

58 BULETIN
KERAJAAN DIGITAL

DIGITAL TRANSFORMATION READINESS IN PUBLIC SECTOR

Rajah 5: Tujuh Teras Strategik dan Objektifnya
Prinsip Panduan merupakan prinsip yang menjadi rujukan dan amalan bagi agensi sektor
awam melaksanakan inisiatif pendigitalan di kementerian/agensi. Prinsip ini juga menjadi
dasar bagi mendorong ke arah kejayaan pelaksanaan inisiatif pendigitalan sektor awam.
Prinsip panduan dalam PSPSA 2021-2025 meliputi 10 prinsip seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 6.

Rajah 6: Prinsip Panduan

BULETIN 59
KERAJAAN DIGITAL

DIGITAL TRANSFORMATION READINESS IN PUBLIC SECTOR

Sembilan ekosistem pemboleh daya merupakan komponen strategik untuk menyokong
kejayaan dan kelestarian inisiatif pendigitalan sektor awam yang digambarkan dalam
Rajah 7.

Rajah 7: Sembilan Ekosistem Pemboleh Daya
Ringkasan PSPSA Tahun 2021-2025 yang merangkumi Teras Strategik, Strategi dan Program
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.

Rajah 8: Ringkasan Teras Strategik, Strategi dan Program PSPSA Tahun 2021-202

60 BULETIN
KERAJAAN DIGITAL

DIGITAL TRANSFORMATION READINESS IN PUBLIC SECTOR

KESIMPULAN

Agenda pendigitalan merupakan fokus utama kerajaan pada masa kini dan telah menjadi
sebahagian norma baharu yang perlu diadaptasi oleh semua organisasi meliputi pelbagai
sektor dan masyarakat. Kejayaan pelaksanaan PSPSA Tahun 2021-2025 ini memerlukan
kolaborasi, kepimpinan, komitmen dan sokongan semua pihak meliputi pengurusan tertinggi
kerajaan, swasta, akademia dan rakyat. Semua pihak perlu bergerak seiring dan komited
dalam menyokong serta melaksanakan agenda pendigitalan yang dirancang kesejahteraan
rakyat dan seterusnya membentuk masyarakat digital. Selain itu, kejayaan pelaksanaan pelan
ini akan meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pihak yang berkepentingan dan
seterusnya melonjakkan indeks kerajaan termasuk World Competitiveness Yearbook, UN
e-Government Development (EGDI), Indeks Persepsi Rasuah dan penarafan lain di persada
global. Kesinambungan pendigitalan melalui PSPSA tahun 2021-2025 ini akan memberikan
impak yang besar kepada peningkatan ekonomi digital negara dan menjadi pemangkin
kepada terbentuknya masyarakat digital yang berkemahiran tinggi dan beretika di ruang
siber.

BULETIN 61
KERAJAAN DIGITAL

DIGITAL TRANSFORMATION READINESS IN PUBLIC SECTOR

ISTILAH ICT

Threat Agent - Agen Ancaman

Kaedah yang digunakan untuk mengeksploitasikan kegoyahan
yang wujud dalam suatu sistem maklumat dengan mengganggu
kelancaran pengendaliannya atau merosakkan integriti prasarana
yang menyimpan sistem maklumat berkenaan. Contohnya, virus,
manusia atau bencana alam

Spam - Spam

E-mel yang tidak diundang oleh penerima. Kandungan e-mel tersebut
biasanya berbentuk iklan, berita palsu, kod hasad seperti virus, atau
apa juga bentuk teks, grafik, atau fail lampiran.

Ethical Hacker - Penggodam Beretika

Seseorang yang menceroboh ke dalam rangkaian komputer untuk
menguji atau menilai keselamatan rangkaian, dan bukannya dengan
tujuan jahat atau jenayah.

Adware - Perisian Iklan

Pakej perisian yang mempunyai ciri sokongan pengiklanan. Apabila
pakej ini dipasangkan atau digunakan, iklan secara automatik akan
terpapar atau diminta untuk dimuat turun. Terdapat jenis perisian
iklan yang dikenali sebagai perisian intip dan diklasifikasikan sebagai
perisian langgar privasi.

Posting - hantaran

Teks, imej, video atau audio yang dimuat naik ke ruang
maya melalui Internet.

Digital Detox - Tempoh Tanpa Digital

Tempoh masa bagi seseorang untuk tidak menggunakan peranti
elektronik seperti telefon pintar atau komputer kerana ingin
mengurangkan tekanan,dan memberikan tumpuan lebih kepada
interaksi sosial.

Digital Influencer - Pempengaruh Digital

Individu yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi orang
lain dalam bidang digital menerusi kuasa, ilmu pengetahuan,
kedudukan atau hubungannya dengan pengguna.

Trending - Sohor Kini

Suatu yang muncul sebagai popular; disebut secara
meluas dan dibincangkan dalam ruang maya atau Internet. Contohnya
laman media sosial.

62 BULETIN
KERAJAAN DIGITAL

DIGITAL TRANSFORMATION READINESS IN PUBLIC SECTOR

Digital Native - Warga Natif Digital

Seseorang yang dilahirkan atau dibesarkan semasa
zaman teknologi digital yang sangat akrab dengan penggunaan
komputer dan Internet.

Webinar (web-based seminar) – Webinar/seminar
Berasaskan Web

Suatu yang muncul sebagai popular; disebut secara
meluas dan dibincangkan dalam ruang maya atau Internet. Contohnya
laman media sosial.

Streaming – Penstriman

Proses penghantaran data dalam aliran berterusan dan tetap yang
membenarkan pengguna mencapai dan menggunakan fail sebelum
ia dihantar sepenuhnya.

Hashtag – Tanda Pagar

Tanda # yang digunakan dalam media sosial seperti Twitter untuk
menerangkan kata kunci atau topik perbincangan tentang sesuatu
perkara.

Chatbot – Chatbot

Program perisian yang menggunakan kaedah kecerdasan buatan
yang berinteraksi secara pendengaran atau teks.

Internet of thing (IoT) – Internet Benda

Benda yang memiliki kemampuan untuk menghantar maklumat
melalui jaringan Internet tanpa memerlukan interaksi manusia ke
manusia atau manusia ke komputer untuk memudahkan kehidupan
manusia.

Sumber : Pusat Rujukan Persuratan Melayu (http://prpm.dbp.gov.my)

Muat turun aplikasi mudah alih “Carian Istilah”
dari Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA)




Click to View FlipBook Version