MPU 23012 (Pengajian Islam) GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK Masalah Pergaulan Bebas Antara Pelajar Lelaki Dan Perempuan Di Politeknik Malaysia NAMA PENSYARAH: USTAZ HAMINUDDIN BIN HASHIM NAMA AHLI KUMPULAN: 1. NAJAAH NAFEESAH BINTI MUHAMMAD FAIRUZ 02DSK23F1023 2. SYAKIRAH HUSNA BINTI ZULDIN 02DSK23F1052 3. SITI FAZRINA BINTI KHAIRUDIN 02DSK23F1080 4. INTAN UMAIRAH BINTI MUHAMMAD FAIZ 02DSK23F1031 5. MARISSA WIRDANANI BINTI KAMAL AZROL 02DSK23F1084
SENARAI KANDUNGAN • Penghargaan • objektif kajian • Pengenalan • Pengertian pergaulan bebas • Faktor-faktor berlakunya pergaulan bebas • Kesan-kesan pergaulan bebas • Cara-cara mengatasi masalah pergaulan bebas • Kesimpulan
• Rujukan • Lampiran PENGHARGAAN Assalamualaikum alhamdullilah syukur kepada Ilahi kerana telah memberi kami kekuatan untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan dalam waktu yang singkat tanpa ada sebarang gangguan asing. Walaupun pada mulanya kami merasakan waktu yang diberikan untuk kami menyiapkan tugasan ini amatlah singkat dan terlalu awal tetapi kami mengucapkan syukur yang tidak terhingga kerana proses pembahagian tugasan kepada ahli kumpulan berjalan dengan lancarnya tanpa ada sebarang bantahan dan rasa ketidakadilan. Namun tidak dilupakan juga kepada pensyarah Pengajian Islam kami iaitu Ustaz Haminuddin Bin Hasim kerana memberikan kami tugasan ini dan telah memberi pantaun kepada kami untuk menyiapkan tugasan dengan menunjukkan dan menerangkan tentang cara kami untuk membuat tugasan ini. Dengan bantuan dan pantauan beliau tidaklah kami merasakan terhuyung-hayang untuk menyiapkan folio ini. Kami juga ingin berterima kasih kepada beliau kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.
Seterusnya kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa kami kerana mempercayai dan melepaskan kami untuk terus menyambung pelajaran walaupun terpaksa berpisah dalam tempoh yang lama. Tanpa sokongan dan dorongan mereka tidaklah kami berada disini untuk membuat tugasan ini. Dengan sokongan moral mereka kami berjaya meneruskan pembelajaran kami di Polikteknik ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kami kerana telah memberikan sedikit sebanyak maklumat yang berguna untuk digunakan menyiapkan tugasan kamiPerkongsian anda amatlah bermakna dan telah meringankan beban kami untuk kami menyiapkan kajian ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah mengambil bahagian secara langsung ataupun tidak langsung. OBJEKTIF KAJIAN Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah kami jalankan : 1. Menyatakan maksud pergaulan bebas 2. Menyenaraikan faktor-faktor pergaulan bebas dalam kalangan remaja 3. Menghuraikan kesan-kesan pergaulan bebas 4. Menyatakan cara mengatasi masalah pergaulan bebas 5. Menghuraikan adab pergaulan dalam islam 6. Memberi kefahaman yang menyeluruh kepada pelajar-pelajar tentang masalah pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
PENGENALAN Pergaulan bebas antara pelajar lelaki dan perempuan merupakan isu yang sering dibicarakan di kalangan masyarakat. Terutama di institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Malaysia, isu ini telah mencapai tahap kritikal. Pelbagai pihak di setiap lapisan masyarakat memandang isu ini sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara holistik kerana remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara. Jika kita tidak dapat melahirkan generasi akan datang yang berwibawa maka pincanglah masa depan negara yang kita cintai ini. Daripada perspektif ibu bapa dan guru pula, masalah pergaulan bebas di kalangan remaja mencerminkan kegagalan kita untuk melahirkan anak-anak remaja yang bakal menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Oleh itu, penting untuk remaja mendapat didikan dan bimbingan yang sewajarnya daripada ibu bapa, sekolah dan masyarakat supaya mereka dapat membuat keputusan yang bijak dan mengelakkan tingkah laku yang tidak senonoh.
Allah telah berfirman: ْر َن ر َج َجا ِهِل ي ِة َب ر ْج َن َو فِ بُيُوِت ُك ن َل َو ي قَ ُّ َب تَ تَ ال ى ْ ولَ ْْلُ ا Yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu." (QS. Al-Ahzab: 33) Dalam ayat di atas, Allah telah memerintah para isteri Rasulullah SAW yang suci lagi bersih dan baik untuk tetap tinggal di rumah dan perintah ini juga umum untuk setiap wanita Muslimah. Mereka telah dilarang keluar dari rumah kecuali untuk suatu keperluan maka bagaimanakah mereka untuk melakukan ikhtilath atau pergaulan bebas. Apalagi sekarang banyak wanita menjadi rosak dan membuka tudungnya dan hilangnya rasa malu dan hawa nafsu, ber-tabarruj (berhias), mempamerkan perhiasan dan keindahan tubuh di hadapan kaum lelaki. Tahukah kamu isu pergaulan sosial yang bebas dalam golongan remaja pada zaman ini sering diperkatakan oleh masyarakat di Malaysia. Sejak akhir-akhir ini kes melibatkan masalah tingkah laku seksual remaja semakin membimbangkan. Penularan gaya hidup barat telah menjadi ikutan oleh generasi muda sekarang. Hampir setiap hari kes berkenaan pergaulan bebas ini terpampar di dada-dada akhbar untuk dijadikan paparan umum kepada masyarakat. Namun begitu, janganlah pula kamu tidak bersosial dan mengenali dunia luar tetapi bersosiallah dengan berpada-pada dan jagalah batasmu bersama ajnabi tidak kisah lelaki mahupun perempuan. Menurut Harun Arrasyid Tuskan (2006), Agama islam sentiasa berusaha membersihkan jiwa para penganutnya daripada pelbagai macam penyakit dan kotoran mental, akhlak tercela, sifat-sifat mazmumah sebaliknya menanamkan pada mereka akhlak mulia dan sifat-sifat mulia yang baik (sifat mahmudah). Di antara akhlak yang tercela yang hendak dibersihkan oleh
agama Islam dari jiwa para penganutnya atau pemeluknya adalah sifat sombong dan bangga diri. Di mana Allah SWT telah firman di dalam Al-Quran: َخد َك ِلل نا ِس َل َص ِع ْر َوَل تَ فِي ْر ِض ْم ِش َو تُ ْْلَ ا ن َمَرحا ِ ب ُك ل َ إ ُّ فَ ُخ ُم و ر ْختَا ل ّللا َل يُ ِح Ertinya: "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia kerana sombong dan jangan pula berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri." (LUQMAN: 18) PENGERTIAN PERGAULAN BEBAS Maksud : Pergaulan bebas dalam kalangan remaja ialah tingkah laku yang melibatkan interaksi sosial antara remaja tanpa mematuhi norma, undang-undang atau nilai agama yang berlaku. Ini selalunya termasuk aktiviti seperti hubungan seksual sebelum perkahwinan, penyalahgunaan dadah dan tingkah laku antisosial lain yang boleh memberi kesan negatif kepada perkembangan mereka.
FAKTOR – FAKTOR BERLAKUNYA PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN REMAJA: Pergaulan bebas adalah fenomena kompleks yang dipengaruhi oleh banyak faktor. Beberapa faktor yang sering dikaitkan dengan berlakunya pergaulan bebas termasuk: 1. Perubahan Sosial: Perubahan dalam nilai-nilai sosial dan budaya dapat memengaruhi pandangan terhadap pergaulan bebas. 2. Media Sosial: Kemajuan teknologi dan media sosial telah mempengaruhi cara orang berinteraksi dan berkomunikasi, termasuk dalam hal pergaulan bebas. 3. Kekurangan Pendidikan Seksual: Kurangnya pemahaman yang baik tentang seksualitas dan hubungan dapat menyebabkan pergaulan bebas. 4. Pengaruh Rakan Sebaya: Rakan sebaya dapat memengaruhi seseorang untuk terlibat dalam pergaulan bebas. 5. Ketidakstabilan Emosi: Individu yang mengalami ketidakstabilan emosi atau masalah psikologi tertentu mungkin cenderung mencari hubungan yang tidak stabil juga.
6. Pengaruh Persekitaran Keluarga: Persekitaran keluarga yang kurang menyokong, terbuka, atau memberikan pemahaman yang baik tentang nilai-nilai dalam hubungan interpersonal juga dapat menyumbang. 7. Tekanan Sebagai Bentuk Kemodenan: Dalam sesetengah kes, tekanan dari masyarakat untuk mengikuti trend atau imej “kebebasan” tertentu juga boleh menjadi faktor. 8. Kekurangan Penyeliaan dan Bimbingan: Kekurangan penyeliaan dan bimbingan daripada ibu bapa atau penjaga lain yang bertanggungjawab juga dapat mempengaruhi tingkah laku yang bebas. Allah berfirman: ُمْؤ ِّمنَا ِّت َوقُل ْ ِّل ْغ ُض ْض َن ِّم ْن ِّه ن ِّر ل يَ َصا ْب ْظ أ َن َ ُه ن َو فُ َل ُرو َج ُه ن َويَ ْحفَ ل ِّز يُْبِّدي َن ينَتَ ِّ َها َظ َم َهَر إ ا يَ ْضِّر ِّم ْب َن ْن ْ َول ُه ن َوَل ُجيُوبِّ ِّه بِّ َعلَى ن ُخ ُمِّر ِّه ن ل ِّز يُْبِّدي َن ينَتَ ِّه إ ن ِّ ِّلبُعُول ْو َتِّ آبَائِّ ْو ِّه أ ن َ ِّه أ آبَا ِّء ن َ بُعُول ْو َتِّ ِّه أ ن َ ْبنَائِّ أ ْو َ أ ْبنَاء َ َ أ ِّه ن بُعُول ْو َتِّ ِّه أ ن َ ْخَوانِّ إ ْو ِّ ِّه أ بَنِّي ن َ ْخَوانِّ إ ْو ِّ ِّه أ بَنِّي ن َ َخَواتِّ أ ْو َ نِّ َسائِّ ْو ِّه أ ن َ َ َك ْت َم أ ا ُه ن َملَ َمانُ ْي َ ِّو أ ِّر الت ابِّ أ ِّعي َن َ َغْي ْوِّلي ِّل ا ِّم َن ْْلِّ أ ْربَ ِّة ُ ِّ ر َجا ِّو ال َ ْف ِّل أ ال ِّذي َن طِّ ْم ال ِّه يَ ْض ن ِّرْب َن َو الن َل َعْو َر ِّ َسا ِّء يَ َعلَى ا ِّت ْظ َه ل ُروا َ ْر ُجِّل َ بِّأ َ َم ِّليُ ْعل ا َم يُ ْخِّفي َن ِّه ن ِّمن ِّزينَتِّ َو ى تُوبُوا لَ ِّ َج َها إ ّللاِّ ِّميعًا يُّ أ ُمْؤ ِّمنُو َن َ ْ ُكْم ال تُْف ل ِّل ُحو َن َعَل Surah An Nur Ayat 31 Yang bermaksud: Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudungnya kedada, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau anak-anak yang mereka miliki, atau pelayanpelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak- anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah
mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orangorang yang beriman supaya kamu beruntung." Pergaulan bebas ini berlaku disebabkan faktor tahap iman yang lemah, pengaruh rakan sebaya, pengaruh media massa dan banyak lagi.
KESAN – KESAN PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN REMAJA Pergaulan bebas boleh memberi kesan yang berbeza-beza bergantung pada konteks dan cara individu mengurusnya. Beberapa kesan yang sering dikaitkan dengan pergaulan bebas termasuk: 1. Risiko Kesihatan: Pergaulan bebas boleh meningkatkan risiko penularan penyakit kelamin (STD) dan jangkitan seksual (STI) jika tidak dilakukan dengan perlindungan yang sesuai. 2. Masalah Emosi: Individu yang terlibat dalam pergaulan bebas tanpa kesediaan emosi yang mencukupi boleh mengalami masalah emosi seperti tekanan, kemurungan, atau kebimbangan. 3. Masalah Perhubungan: Pergaulan bebas selalunya boleh menyebabkan masalah dalam perhubungan sesama manusia, terutamanya jika kurangnya komunikasi yang jujur dan persefahaman antara individu yang terlibat. 4. Stigma Sosial: Sesetengah masyarakat atau budaya mempunyai pandangan negatif terhadap pergaulan bebas, yang boleh membawa kepada stigmatisasi dan pengasingan sosial bagi individu yang terlibat. 5. Hilangnya Nilai Tradisional: Pergaulan bebas yang dilakukan tanpa mengambil kira nilai tradisi atau moral boleh menyebabkan hilangnya identiti budaya atau nilai yang dipercayai oleh individu atau masyarakat. 6. Hilang Tumpuan dan Produktiviti: Terlalu banyak masa dan tenaga yang dihabiskan untuk pergaulan bebas boleh mengganggu tumpuan dan produktiviti individu dari segi pendidikan, kerjaya atau matlamat lain. 7. Risiko Kehamilan Tidak Dirancang: Pergaulan bebas tanpa perlindungan yang sewajarnya juga boleh meningkatkan risiko kehamilan tidak dirancang, yang boleh membawa kesan yang ketara kepada individu yang terlibat. Firman Allah yang bermaksud:
َو َل َربُوا ِّ تَق نَا ْ ال ز ن هُ إ َكا َن ِّ َء فَا ِّح َشةً َسبِّي ًل َو َسا Bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)" CARA – CARA MENGATASI MASALAH PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN REMAJA: Mengatasi masalah pergaulan bebas melibatkan pendekatan holistik, menggabungkan aspek seperti pendidikan, komunikasi, sokongan sosial, dan pembangunan nilai sihat. Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah pergaulan bebas: َه يَا ا يُّ َ أ الن ا ُس ن ا ِّ نَا ُكْم إ َذ َك ْنثَى ر َخل ِّم ْن َقْ ُ َو ْ أ نَا ُكم ْ َوقَبَ ُشعُوبًا ائِّ َل َو َجعَل َرفُوا ن ِّلتَعَا ِّ َ ْكَر َم ُكْم إ تْقَا ُكْم أ ِّعْن َد ّللاِّ أ ن َ ِّ إ ّللاَ َخ َعِّلي بِّي ر م QS Al Hujurat Ayat 13 "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsabangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali". 1. Pendidikan Seksual Komprehensif: Menyediakan pendidikan seksual yang komprehensif dan tepat kepada remaja dan dewasa muda untuk meningkatkan pemahaman tentang seksualiti, risiko dan tanggungjawab dalam perhubungan. 2. Komunikasi Terbuka: Wujudkan komunikasi terbuka antara ibu bapa dan anak, atau antara pasangan, untuk memudahkan perbincangan tentang nilai, jangkaan dan sempadan dalam perhubungan. 3. Peningkatan Sokongan Sosial: Membina rangkaian sokongan sosial yang kukuh untuk individu, termasuk keluarga, rakan sebaya, atau komuniti agama atau sosial, untuk memberikan sokongan emosi dan moral.
4. Pembangunan Kemahiran Sosial: Mengajar kemahiran sosial, seperti membuat keputusan yang baik, perundingan, dan komunikasi yang berkesan, supaya individu boleh menguruskan perhubungan interpersonal dengan bijak. 5. Menggunakan Teknologi dengan Bijak: Mengajar cara menggunakan media sosial dan teknologi dengan bijak, termasuk memahami risiko dan akibat tingkah laku dalam talian yang tidak sihat. 6. Penekanan pada Nilai Positif: Mengukuhkan nilai positif seperti harga diri, menghormati orang lain, dan tanggungjawab peribadi dalam perhubungan. 7. Akses kepada Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif: Menyediakan akses yang mudah dan selamat kepada perkhidmatan kesihatan reproduktif, termasuk maklumat tentang kontraseptif dan pencegahan penyakit kelamin. 8. Pendidikan Moral dan Etika: Memberi pendidikan tentang nilai moral dan etika yang kukuh, termasuk kepentingan menghormati diri sendiri dan orang lain dalam konteks perhubungan interpersonal. 9. Penyeliaan dan Bimbingan Positif: Ibu bapa, penjaga, atau mentor boleh memberikan penyeliaan dan bimbingan positif kepada individu muda dalam memahami risiko dan akibat pergaulan bebas. 10. Memperkuat Pendidikan Agama Dalam Diri: Remaja yang mempunyai asas pendidikan agama dan moral yang kukuh tidak akan mudah jatuh ke dalam pergaulan, kerana dia tahu dan dapat membezakan antara yang benar dan salah. Pendidikan agama dan moral dapat menguatkan iman seseorang. Jika sejak awal seorang remaja telah menanam tentang tanggapan yang betul dan salah, biasanya dia akan dapat mengelakkan pergaulan yang boleh menjerumuskan diri terhadap zina dan sebagainya. َو َل نَا ْم أ د َ َل َعبَدتُّ )٤َ ) عابِّ ما َو ْ نتُم ْعبُ ُد َم ُعبِّ ا أ ُدو َن َ َي ِّدينُ ُكْم لَ ُكْم أ )٥َ ) َو ِّن ِّل ِّدي )٦) QS Al Kafirun 4 – 6
"Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untukmu agamamu dan untukku lah agamaku". ADAB-ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM Di dalam agama Islam, terdapat beberapa adab yang harus ditekankan. Antaranya ialah : 1.Menundukkan pandangan Allah memerintahkan kaum lelaki merendahkan pandangannya. Sebagaimana Allah telah berfirman : Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30) Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31) 2. Menutup Aurat Sebagaimana Allah telah berfirman dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31) Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita
3.Tidak berdua-duaan di antara Lelaki dan Perempuan Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi) 4.Tidak melunakkan percakapan Seorang wanita dilarang melunakkan percakapannya ketika bercakap selain daripada suami. Allah SWT telah berfirman; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkatakata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (alAhzaab: 32) Imam Ibnu Kathir juga berkata; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350) 5.Tidak bersentuhan dengan kaum berlawanan jenis Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir).
KESIMPULAN Kesimpulannya, hati adalah punca segala perbuatan dan sifat-sifat manusia yang tercela. Individu yang berdampingan dengan perbuatan maksiat dan zina adalah manusia yang memiliki hati yang kotor, rosak dan mati. Perintah tuhan diabaikan sebaiknya cenderung mengikut kata hati atas pujukan dan tipu daya syaitan. Pergaulan bebas lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Sebenarnya, usaha yang komprehensif dan proaktif untuk membanteras pergaulan bebas ini boleh direalisasikan seandainya ada pengembleng tenaga dan strategic dalam kalangan ahli masyarakat. Oleh hal yang demikian, semua pihak terutamanya ibu bapa, sekolah malah kerajaan sendiri perlulah mengambil insiatif yang sesuai bagi mengatasi masalah ini. Hal ini demikian, adalah untuk mengelakkan perkara mungkar daripada terus berleluasa sehingga boleh mencemarkan imej, Malaysia sebagai sebuah negara islam yang terkemuka di dunia RUJUKAN http://www.myhealth.gov.my/cabaran-dalam-menangani-masalahpergaulan-bebas-di-kalangan-remaja-sekolah/ https://nenasintelligent06.wordpress.com/batas-batas-pergaulan/ https://www.myberitaterkini.com/2024/01/pergaulan-bebas-dalamkalangan-remaja.html?m=1 Rujukan daripada (Harun Arrasyid Tuskan (2010). 40 Perkara Yang Dibenarkan & Dilarang Wanita (Menurut Syarak), Selangor: ALHIDAYAH PUBLICATIONS).
LAMPIRAN