The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgumars2t, 2022-12-16 02:21:55

MINIT MESYUARAT PENGAWAS KALI KE-5

MINIT MESY PENG KALI KE5

SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG JAYA, PADAWAN
MESYUARAT BADAN PENGAWAS KALI KE-5 TAHUN 2022

Tarikh : 8 Disember 2022 (Khamis)

Masa : 12:45 tengahari hingga 2:00 petang

Tempat : Bilik VIP

Pengerusi : En. Ensnat Bin Mosa (Guru Besar)

Kehadiran : Seperti dilampirkan

Tidak hadir : Seperti dilampirkan

Urus Setia : Dayang Arni Marstuty Binti Abang Jaili

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana dapat hadir ke mesyuarat kali
ke-5 pada hari ini. Beliau berharap agar semua Guru Pengawas dapat bekerjasama dalam
memperkasakan Badan Pengawas Sekolah.

1.2. Pengerusi juga merakamkan ucapan terima kasih kepada para guru atas bimbingan dan semua
aktiviti yang dilaksanakan untuk memantapkan Badan Pengawas Sekolah.

1.3. Beliau juga meminta agar murid yang telah dilantik sebagai pengawas sekolah untuk turut
dilatih dalam pengucapan awam bagi membiasakan mereka dengan tugas sebagai Pengerusi
Majlis Perhimpuanan Mingguan Sekolah.

1.4. Pengerusi juga mengingatkan para guru agar sentiasa menasihati dan mengingatkan para
pengawas tentang tanggungjawab mereka sebagai pengawas sekolah.
Makluman

2. PERUTUSAN PENOLONG KANAN HEM
2.1. Encik Khairul Annuar mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama dan
juga semua aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun ini.

2.2. Beliau juga mengatakan bahawa program – program yang telah dijalankan telah memberikan
impak yang tinggi kepada pengawas sekolah terutamanya dari segi disiplin dan perlaksanaan
tanggungjawab oleh para pengawas itu sendiri.
Makluman

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
3.1. Disahkan oleh: Pn. Norfaezah Binti Haroni
3.2. Disokong oleh: Pn. DayangArni Marstuty Binti Abang Jaili

Makluman

4. PERKARA BERBANGKIT
4.1. Tiada

Makluman

5. LAPORAN OLEH ENCIK MOHAMAD ARSHAD
5.1. Encik Mohamad Arshad mencadangkan tarikh yang sesuai untuk program Lawatan Sambil
Belajar adalah pada 8 Februari 2023 iaitu pada minggu ke 6 tahun 2023. Tarikh ini dipilih
kerana hanya tarikh ini yang paling sesuai memandangkan tarikh lain telah padat dengan
aktiviti – aktiviti sekolah yang lain.

5.2. Encik Mohamad Arshad juga menyatakan bahawa Badan Pengawas tidak mempunyai dana
untuk menjalankan aktiviti ini memandangkan Badan Pengawas telah membelanjakan
sejumlah wang yang besar untuk aktiviti Kem Kepimpinan Pengawas di Sumiran Eco Camp
pada bulan November yang lalu.

5.3. Puan Dayang Arni Marstuty mencadangkan agar program lawatan ini di nilai semula sama ada
ianya dapat dilaksanakan atau tidak memandangkan ada beberapa lagi program yang harus
dilaksanakan apabila sekolah dibuka semula pada bulan Januari nanti.

5.4. Pengerusi mencadangkan agar Program Lawatan Sambil Belajar yang telah dirancang untuk
tahun ini terpaksa ditangguh ke sesi persekolahan yang baharu iaitu sesi persekolahan bagi
tahun 2023/2024 memandangkan kekangan masa dan juga dana tidak membolehkan program
ini dilaksanakan pada sesi persekolahan pada tahun ini. Cadangan ini disambut baik oleh
semua guru.

5.5. Encik Mohamad Arshad juga mencadangkan agar perlaksanaan program ini pada tahun
hadapan diadakan lebih awal memandangkan murid tahun 6 tidak lagi perlu menduduki Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti tahun – tahun sebelumnya.

5.6. Encik Mohamad Arshad juga menyatakan sekiranya guru-guru ingin mendapatkan dana bagi
menampung aktiviti pengawas, semua surat menyurat hendaklah melalui PIBG sekolah agar
tiada isu berbangkit di kemudian hari.

5.7. En. Mohd Yunus pula mencadangkan agar tempat lawatan yang diplih adalah tempat yang
tidak memerlukan yuran pendaftaran kemasukkan seperti Jabatan – Jabatan Kerajaan,
Petrosains ataupun tempat – tempat yang hanya mengenakan yuran kemasukkan yang rendah
bagi mengurangkan perbelanjaan.
Makluman

6. LAPORAN OLEH PUAN DAYANG ARNI MARSTUTY
6.1. Puan Dayang Arni Marstuty mencadangkan tarikh yang sesuai untuk program Jamuan Akhir
Tahun adalah pada 8 Februari 2023 iaitu pada minggu ke 6 tahun 2023 bertempat di PIBG
Square SK Matang Jaya. Tarikh ini dipilih bagi menggantikan program Lawatan Sambil
Belajar telah ditunda ke sesi persekolahan yang baharu dan hanya tarikh ini sahaja yang sesuai
memandangkan tarikh lain telah padat dengan aktiviti – aktiviti sekolah yang lain. Semua guru
bersetuju dengan tarikh yang dicadangkan.

6.2. Beliau juga menyatakan bahawa Badan Pengawas turut tidak mempunyai dana bagi
melaksanakan program ini. Untuk itu, beliau mencadangkan untuk memohon dana daripada
PIBG, pihak pembekal sekolah dan juga pihak GLC.

6.3. Puan Dayang Arni Marstuty memberitahu bahawa sekurang-kurangnya RM1800 diperlukan

untuk melaksanakan program Jamuan Akhir Tahun ini.

6.4. Anggaran perbelanjaan Jamuan Akhir Tahun (secara buffet)

Bil Perkara Anggaran perbelanjaan Jumlah (RM)

1. Bayaran makanan RM20 x 72 orang 1440

2. Cenderamata pengawas RM5 x 72 orang 360

Jumlah Keseluruhan 1800

6.5. En. Mohamad Arshad mencadangkan sekiranya dana untuk jamuan akhir tahun ini tidak
mencukupi, cadangan makanan secara buffet boleh digantikan dengan aktiviti barbeque. Murid
pengawas akan bermain permainan sukaneka sementara menunggu barbeque disediakan.

6.6. Anggaran perbelanjaan Jamuan Akhir Tahun (secara barbeque)

Bil Perkara Anggaran perbelanjaan Jumlah (RM)
720
1. Bayaran makanan RM10 x 72 orang 360
1080
2. Cenderamata pengawas RM5 x 72 orang

Jumlah Keseluruhan

6.7. En. Khairul Annuar mencadangkan agar guru-guru turut memberikan sumbangan peribadi
untuk menjayakan program Jamuan Akhir Tahun ini.
Makluman

7. LAPORAN OLEH ENCIK MOHD YUNUS
7.1. Encik Mohd Yunus selaku guru penyelaras Badan Pengawas SK Matang Jaya mewar-warkan
bahawa Badan Pengawas Sekolah akan mengadakan temuduga terbuka bagi pemilihan
pengawas baharu untuk sesi persekolah tahun 2023/2024 yang akan datang. Guru-guru yang
terlibat di dalam temuduga terbuka pengawas 2023/2024 ialah:
i. En. Khairul Annuar Bin Abdul Rahman (Penolong Kanan HEM)
ii. Pn. Hjh. Zuriyana Binti Mohamad Nawi (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
iii. Pn. Hamnah Binti Nawi Jamaain (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
iv. En. Mohd Yunus Bin Sapian (Penyelaras Badan Pengawas)
v. Ustazah Wida Wati Binti Sulaiman

7.2. En. Mohd Yunus mengatakan bahawa untuk pemilihan pengawas yang akan datang, murid
dikehendaki untuk membaca teks Pengerusi Majlis Perhimpunan Mingguan Sekolah. Murid
lelaki akan diminta untuk membaca teks Bacaan Doa dan murid bukan islam dikehendaki
membaca teks Ikrar Murid.

7.3. En. Mahly mencadangkan agar murid yang berjaya melepasi saringan ini untuk mengikuti
Ujian Saringan Kecergasan bagi memastikan murid yang benar-benar layak sahaja akan dipilih
menjadi pengawas. Semua guru bersetuju dengan cadangan ini.

7.4. En. Mohd Yunus menyatakan bahawa Ujian Saringan Kecergasan ini perlu untuk
mengelakkan kejadian yang berlaku di Kem Kepimpinan Pengawas di Sumiran Camp tidak
berulang dimana tiga orang murid pengawas perempuan tidak mahu mengikuti aktiviti Latihan
Komando kerana dilarang oleh ibu bapa mereka atas alasan murid tersebut mempunyai
penyakit asthma.

7.5. En. Mohd Yunus juga mengatakan bahawa pengawas yang sedia ada juga akan dinilai semula
dan sekiranya ada pengawas yang kurang menyerlah, kurang berkebolehan, mempunyai
penyakit atau mempunyai masalah disiplin boleh dilucutkan jawatan mereka.

7.6. Puan Salmi mencadangkan agar jumlah murid pengawas Tahun 6 untuk tahun hadapan
ditambah memandangkan jumlah pengawas sedia ada di tahun 5 pada tahun ini sangat sedikit
berbanding dengan pengawas Tahun 4 dan Tahun 6.

7.7. Tentatif Pemilihan Pengawas Sesi 2023/2024

Tarikh Perkara

2 Januari 2023 Guru kelas Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 akan mengagihkan

Borang Permohonan Pengawas.

6 Januari 2023 Murid mengembalikan Borang Permohonan Pengawas kepada

guru kelas.

1 Februari 2023 hingga Temuduga Pengawas

3 Februari 2023

Ibu bapa murid yang terpilih akan diminta untuk mengisi Borang Deklarasi samada

membenarkan atau tidak membenarkan anak mereka dilantik menjadi pengawas sekolah.

7.8. En. Mohd Yunus memaklumkan bahawa murid yang telah terpilih sebagai pengawas akan
dimaklumkan sebelum sesi persekolahan 2022/2023 tamat. Ini untuk memudahkan ibu bapa
murid menyediakan kelengkapan pakaian seragam pengawas sekolah kepada anak mereka.
Kod warna pakaian seragam pengawas adalah mengikut kod warna pakaian seragam MRSM.

7.9. En. Mohd Yunus juga menyatakan bahawa ibu bapa boleh membeli pakaian seragam sedia ada

yang berada di pasaran untuk anak mereka bagi memudahkan ibu bapa dalam menyediakan

pakaian seragam pengawas. Warna pakaian seragam pengawas masih sama seperti sebelum

ini.

Pengawas Lelaki Pengawas Perempuan

1. Baju kemeja Warna kuning cair 1. Baju kurung Warna kuning cair

lengan panjang

2. Seluar panjang Warna cokelat 2. Kain baju Warna cokelat

kurung

3. Tudung

Makluman

8. HAL – HAL LAIN
8.1. Puan Hjh. Zuriyana memohon agar guru pengawas lelaki untuk membantu En.Mohd Yunus
dalam mengawal dan mendisiplinkan murid.
8.2. En. Kairul Annuar menyatakan bahawa semua yang memegang jawatan DG layak menegur
murid sekiranya murid ada melakukan kesalahan disiplin.
8.3. Pengerusi meminta agar minit mesyuarat disediakan dalam masa 7 hari bagi membolehkan
guru-guru yang terlibat dalam mesyuarat membuat rujukan dan tindakan.
Makluman

9. PENUTUP
9.1. Mesyuarat diakhiri dengan harapan dengan harapan agar semua guru dapat memberi komitmen
dan bekerjasama terhadap tugas yang telah diamanahkan.

9.2. Mesyuarat ditangguh pada pukul 2:00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

___________________________ ___________________________
(ENSNAT BIN MOSA)
(DYG ARNI MARSTUTY BINTI ABG JAILI) Guru Besar
Urus Setia Mesyuarat Pengawas SK Matang Jaya, Padawan
Kali ke-5
SK Matang Jaya, Padawan

HADIR:

1. En. Ensnat Bin Mosa - Guru Besar
2. En. Khairul Annuar Bin Abdul Rahman - Penolong Kanan HEM
3. En. Mohd Yunus Bin Sapian
4. En. Mohamad Arshad Bin Affindi
5. En. Mahly Bin Merzuki
6. Pn. Hjh. Zuriyana Binti Mohamad Nawi
7. Pn. Hamnah Binti Nawi Jamaain
8. Pn. Hajijah Binti Minan
9. Pn. Dayang Arni Marstuty Binti Abang Jaili
10. Pn. Norfaezah Binti Haroni
11. Pn. Salmi Herdawati Binti Aini

TIDAK HADIR BERSEBAB:
1. En. Abas Bin Seminan
2. Ustaz Abdul Aziz Bin Ibrahim
3. Cik Rosemary Dunstan Martin Gu
4. Ustazah Wida Wati binti Sulaiman


Click to View FlipBook Version