SULTAN ABU BAKAR
MENANGANI CABARAN BARAT
LATAR BELAKANG
Sultan Abu Bakar atau nama sebenarnya
Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah
Ibni Al-Marhum Temenggong Seri Maharaja
Tun Daeng Ibrahim dilahirkan pada 3
Februari 1833 di Istana Lama Teluk
Belanga, Singapura. Baginda merupakan
anak sulung kepada Temenggong Daeng
Ibrahim, berketurunan Patrilineal
Temenggong Abdul Rahman yang pada SULTAN ABU BAKAR
gilirannya adalah berketurunan matrilineal Sultan Abdul Jalil Shah IV,
Sultan Bendahara Johor yang pertama.
Pada usia muda baginda ditugaskan oleh guru-guru tempatan mengenai
Islam dan Adat (undang-undang Melayu tradisional) sebelum dia dihantar
ke Sekolah Melayu Teluk Belanga, sebuah sekolah mubaligh yang
dikendalikan oleh Reverend Benjamin Peach Keasberry. Di bawah
bimbingan guru-guru mubaligh ini, baginda diajar beradab serta
berbahasa Inggeris dengan fasih selain bahasa Melayu jatinya.
Pada tahun 1851, ayahandanya telah mewakilkan baginda, yang kemudian
menjadi pemuda berusia lapan belas tahun, untuk membantunya dalam
usaha rundingan terhadap Sultan Ali, yang membuat percubaan remeh
untuk menuntut hak kedaulatan ke atas Johor. Temenggong Ibrahim,
baginda secara beransur-ansur mewakilkan tugas pentadbirannya
kepada anaknya. Dalam tempoh ini, beberapa pegawai British memuji
kemampuan diplomatik baginda yang sangat baik
TEMENGGONG IBRAHIM Baginda berkahwin dengan anak perempuan
Mutahir pada tahun 1860 semasa lawatan di
Pahang, dan pada tahun berikutnya baginda
menandatangani perjanjian persahabatan,
persekutuan dan jaminan sokongan
bersama Mutahir pada tahun 1861.
Sementara itu, Temenggong Ibrahim sudah
menderita gering demam yang tinggi
mengakibatkan kemangkatannya pada 31
Januari 1862
Baginda mengambil alih jawatan Temenggung Johor (1862–1868)
3 hari selepas kemangkatan ayahandanya dan mengalihkan
persemayaman baginda ke estet Tyersall. Baginda juga bersahabat
baik dengan Ratu Victoria, penguasa Great Britain pada masa itu;
Ratu Victoria telah mengurniakan gelaran Maharaja Johor kepada
Temenggung Abu Bakar pada tahun 1868 .
Seterusnya baginda memegang jawatan Maharaja Johor (1868–1885)
Baginda telah menguasai seluruh wilayah Johor, setelah Sultan Ali
mangkat pada tahun 1877. Selepas Sultan Ali mangkat, Tengku Alam
(anak Sultan Ali) membantah pemerintahan Muar/Kesang diserah
sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan Perang
Jementah pada 1879 tetapi gagal. Mulai 1 Julai 1886, baginda memakai
gelaran sultan dengan gelaran Maharaja Abu Bakar Alkhalil .
Sultan Abu Bakar mangkat setelah beberapa lama gering
menghidap sakit paru-paru berair pada 4 Jun 1895 di Bailey's Hotel,
South Kensington, United Kingdom. Jenazah baginda dibawa kembali
ke Tanah Melayu oleh suatu kapal perang British dari Penang.
Baginda dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor
TINDAKAN MENANGANI CABARAN BARAT
1. DIPLOMASI SULTAN ABU BAKAR
Mengadakan Hubungan Baik dengan Kerajaan Negeri-negeri Selat
1. British mengekalkan kawasan Teluk Belangan di Singapura sebagai
milik Kesultanan Johor
2. Baginda dan kerabatnya menetap di Singapura sehingga tahun 1889
sebelum berpindah ke Johor.
Kunjungan ke England Bertemu dengan Ratu Victoria
1. Baginda dikurniakan gelaran Maharaja Johor pada tahun 1868
2. Meredakan tekanan Gabenor Negeri-negeri Selat
3. Diberi kepercayaan menyelesaikan pertikaian di NNS
Menubuhkan Lembaga Penasihat Johor di London
1. Ahli dilantik oleh baginda dalam kalangan pegawai British yang
berpengaruh
2. Membantu menasihat baginda dalam hal pentadbiran
2. MENGGUBAL UNDANG-UNDANG TUBUH
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
1. Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar
memasyhurkan perlembagaan negeri yang
dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Johor
2. Pengenalan undang-undang ini menjadikan
Johor sebagai negeri Melayu pertama yang
mengamalkan sisitem beraja berpelembagaan
dan mempunyai unsur demokratik
Kandungan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor mengandungi 64 fasal. Antara
kandungan penting termasuklah :
1. Sultan, menteri-menteri dan Jemaah Pangkuan Kerajaan tidak boleh
menyerahkan negeri dan kerajaan Johor kepada sebarang kuasa asing
2. Jemaah Menteri hendaklah terdiri daripada bangsa Melayu, rakyat
Johor dan beragama Islam
3. Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan mestilah terdiri daripada rakyat Johor
4. Raja dan kerajaan mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan lain
terutama British
Kepentingan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
1. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor menyediakan asas yang kukuh
bagi negeri Johor untuk mengimbangi kuasa British dan
mempertahankan identiti negara
2. Perlembagaan tersebut digubal untuk membentuk kerajaan yang
berteraskan demokrasi bagi menggantikan pemerintahan lama
3. Langkah ini memberikan kesan kepada British untuk menguasai Johor
3. RAJA MENERAJUI PEMODENAN NEGERI
Pemodenan Johor
Sultan Abu Bakar dengan kerjasama Majlis
Jemaah Menteri meneruskan pemodenan
pentadbiran yang dipelopori oleh
Temenggung Daeng Ibrahim. Antaranya
termasuklah dalam aspek pentadbiran,
kewangan, undang-undang pelajaran,
kesihatan, tanah, polis dan tentera
MASJID SULTAN ABU BAKAR
Sultan Abu Bakar dengan
kerjasama pembesar berwibawa
seperti Dato, Jaafar bin Muhamad,
Dato' abdul Rahman bin Andak,
Dato' Mohammad Salleh bin Perang
dan Dato, Muhammad Ibrahim bin
Munsyi Abdullah mengurus
pembangunan rakyat dan negeri. ISTANA BESAR KINI DIJADIKAN
Jabatan-jabatan ini beroperasi MUZIUM DIRAJA
dengan begitu cekap dan berkesan sehingga pihak British tidak
mempunyai ruang untuk campur tangan .
Sultan Abu Bakar berjaya meletakkan Johor sebagai negeri yang
moden berbanding dengan negeri Melayu lain pada abad ke-19, sehingga
baginda digelad "Bapa Pemodenan Johor" .
USaha pembesar melayu dalam
pemodenan negeri
1.PEMBANGUNAN BANDAR
Dato' Muhammad Salleh bin Perang
1. Beliau menjawat beberapa jawatan dalam
pentadbiran Johor seperti Pesuruhjaya Polis
(1868), Ketua Jabatan Ukur (1883) dan Ketua
Jabatan Tanah (1887)
2. Beliau membangunkan Batu Pahat pada tahun
1893 dan dibuka secara rasmi pada tahun 1894
3. Beliau melukis peta lengkap pertama bagi negeri Johor bagi
memudahkan kerajaan menggerakkan pembangunan pertanian,
perbandaran dan sistem perhubungan
4 Beliau mengasakan pembukaan Bandar Maharani (Muar), Endau dan
Bandar Penggaram (Batu Pahat)
2. pentadbiran & pendidikan
Dato' Jaafar bin Muhammad
1. Menteri Besar Johor yang pertama (1882-1919)
bergelar Datuk Bentara
2. Memelihara kedaulatan negeri dengan
mengarahkan bendera Union Jack dikibarkan
lebih rendah daripada bendera negeri Johor
3. Memertabatkan bahasa Melayu dengan
menetapkan penggunaan bahasa Melayu dalam
penulisan surat rasmi kerajaan
4. Mewajibkan pegawai British yang berkhidmat di Johor memakai
pakaian rasmi kerajaan Johor
Dato' Abdul Rahman bin Andak
1. Beliau menjawat beberapa jawatan dalam
pentadbiran Johor seperti Setiausaha Sulit Sultan
(1885), Setiausaha Kerajaan Johor (1893-1909)
bergelar Dato' Seri Amar Diraja
2. Bertanggungjawab mengawal hubungan Johor
denagn British, bijak dalam diplomasi dan
berpendangan jauh dalam usaha mengekalkan
kedaulatan negeri
3. Kebijaksanaan mematahkan usaha peluasan kuasa British menyebabkan
beliau dibersarakan daripada pentadbiran Johor atas desakan Johor
4. Perintis penubuhan Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa
pada tahun 1888 yang merupakan badan persuratan terulung ketika itu
Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi
1. Berhgelar Dato' Bentara Dalam, Ketua Jabatan
Pelajaran pada Johor yang pertama (1883) dan
digelar "Bapa Pendidikan Melayu"
2. Mengalakkan perkembangan pendidikan moden
melalui penubuhan Jabatan Pelajaran pada tahun
1883 dan sekolah-sekolah di Johor
3. Membentuk Jawatankuasa Pelajaran Negeri yang
terdiri daripada tokoh birokrat, agama dan
masyarakat
4. Mendesak diwartakan pendidikan wajib kepada kanak-kanak Johor
KEBERKESANAN PERANAN PEMERINTAH TEMPATAN
1. KEMAKMURAN NEGERI
1. Kemakmuran ekonomi Johor merupakan manifestasi kecekapan dan
keberkesanan sisitem pentadbiran yang diwujudkan pada akhir abad
ke-19 dan awal abad ke-20
2. Pemodenan dalam pentadbiran dan ekonomi menarik lebih ramai
pelabur asing datang ke Johor untuk melabur dalam sektor pertanian
komersial seperti gambir dan lada hitam
3. Sultan Abu Bakar mengabadikan peranan yang dimainkan sumber hasil
pertanian penting yang membawa kemajuan ekonomi Johor dengan
menjadikan motif lada hitam dan gambir tersebut sebagai awan larat
pada semua peralatan istana dan kerajaan
2. MELAMBATKAN PELUASAN KUASA BRITISH
1. Penggubalan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor membantutkan
cita-cita British untuk meluaskan kuasa ke atas Johor
2. Kawalan undang-undang tubuh tersebut terhadap kedaulatan negeri
dinyatakan dengan tegas bahawa pemerintah tidak boleh menyerahkan
negeri keppada kuasa asing
3. British hanya berjaya menempatkan Penasihat Am British di Johor
selepas Sultan Abu Bakar mangkat dengan mendesak Sultan Ibrahim
menandatangani perjanjian British-Johor pada tahun 1914
Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Baginda King Great Britain
dengan Negeri Johor 1914
Bahawasanya adalah dianggap perlu bahawa Perkara III Perjanjian 11
Disember 1885, yang dibuat oleh Yang Teramat Mulia Frederick Arthur
Stanley, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan Baginda Queen, bagi pihak
Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Great Britain dengan Duli
Yang Maha Mulia Baginda Maharaja Johor hendaklah dimansuhkan dan
Perkara lain yang menggantikannya
Perkara III
Sultan Negeri dan wilayah Johor akan menerima dan menyediakan
kediaman yang sesuai untuk seorang pegawai British yang dinamakan
Ketua Penasihat, yang akan ditauliahkan ke istana Baginda dan tinggal dalam
Negeri dan wilayah Johor, dan nasihatnya mestilah diminta dan diambil
tindakan atas semua perkara yang melibatkan pentadbiran am negeri itu
dan semua persoalan selain yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat
orang Melayu
3. mempertahankan institusi beraja
Dalam menangani cabaran Barat, raja-raja membuktikan kebolehan
berdiplomasi sehinggan institusi raja dapat dikekalkan dan berjaya
dipertahankan. Peluasan kuasa British di neger-negeri Melayu tidak
menghapuskan kedudukan raja-raja Melayu. British hanay dapt mengambil
alih pemerintahan pada peringkat pembesar negeri. Peranan pembesar
negeri digantikan oleh pegawai British. Jabatan-jabatan dan sistem
bercorak barat digunakan bagi menggantikan peranan pembesar
tempatan. Walaupun nasihat British mesti diterima dan raja tidak lagi boleh
membuat undang-undang seperti sebelumnya, namun semua undang-undang
yang dilaksanakan mesti memperoleh tandatangan dan cap mohor sultan
sebagai pengesahan kepada undang-undang yang dilaksanakan di bawah
pentadbiran British
KESIMPULAN
Kebijaksanaan raja-raja Melayu dan pembesar negeri menangani
cabaran peluasan kuasa Barat dapat mempertahankan
kesinambungan warisan bangsa dan menjamin kesejahteraan hidup
rakyat. Kesepakatan raja dan pembesar memberikan iktibar
kepada kita kepentingan muafakat untuk kemajuan bangsa dan
negara. Kebijaksanaan pemerintah yang cinta akan rakyatnya
diibaratkan negeri sentosa rakyat sejahtera, neger bersultan,
rakyat beraja .
Sebagai generasi dunia pemodenan, kita haruslah menghargai
pengorbanan yang dilakukan oleh pembesar Melayu demi menyekat
kuasa peluasan British demi membangunkan pentadbiran negara
yang mengekalkan sistem beraja dan mengamalkan sistem
demokrasi . Oleh yang demikian, kita haruslah belajar bersungguh-
sungguh dan menguasai pelbagai ilmu pengetahuan serta melahirkan
golongan bijak pandai agar usaha yang mereka lakukan bukanlah
satu perkara yang sia-sia.
RUJUKAN
Buku
1. Dr. Azharudin bin Mohamad Dali, Ridzuan bin Hassan dan Muslimin
bin Fadzil, 2018, Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka
Orang Sumber
1. Puan Rohilah binti Hasim, 48 tahun, Batu 3 1/2 Blok G, Sawah
Sempadan, 45500 Tanjong Karang, Selangor
Internet
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abu_Bakar_ibni_Almarhum_
Raja_Temenggung_Tun_Daeng_Ibrahim
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Salleh_bin_Perang
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Jaafar_bin_Haji_Muhammad
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_bin_Andak
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Ibrahim_Munsyi
Jurnal
1. Ermy Azziaty Rozali, Mohd Hafiz Othman1 dan Napisah Karimah
Ismail1, Pengaruh Kerajaan Uthmaniyyah dalam Pentadbiran Islam di
Negeri Johor pada Abad ke-19 oleh Sultan Abu Bakar (1862-1895)
dan Sultan Ibrahim (1895-1959)