DATO' MAHARAJA LELA
PENENTANGAN DI PERAK
LATAR BELAKANG
Dato' Maharaja Lela atau nama sebenar
beliau ialah Pandak Limo bin Machang Lela
Tok Mahmud .
Beliau berketurunan Daeng Selili, anak Raja
Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk,
Sulawesi dan merupakan Orang Besar
Berlapan Perak .
DATO' MAHARAJA LELA
Beliau berhijrah ke Perak, semasa pemerintahan semasa
pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III, dan dilantik sebagai
mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan
Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.
Beliau juga memegang gelaran Orang Kaya-kaya Maharaja Tun
Jana Putra.
SEBAB PENENTANGAN
J.W.W. BIRCH - Mengambil Hak Mengutip Cukai
Pada 24 Julai 1875, J.W.W. Birch memaksa
Sultan Abdullah menandatangani
pengisytiharan yang membolehkan British
mengambil hak mengutip cukai. Sultan
Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika
enggan menandatangani pengisytiharan.
J.W.W. Birch membakar rumah Raja Ngah
Orang Besar Perak kerana meneruskan
kutipan cukai timah di Bidor.
- Mencabar Ketuanan Melayu
Kemarahan Sultan dan pembesar Perak memuncak apabila Sultan
Abdullah didesak menandatangani perisyhtiharan penyerahan kuasa
mentadbir negeri diserahkan kepada British.. Residen berkuasa
melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu .
- Memperkenalkan Cukai Baru
J.W.W. Birch bertindak sesuka hati dengan memperkenalkan cukai
baharu seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit
untuk membalak .
- Mencabuli Adat Resam
J.W.W. Birch dibenci oleh Sultan dan pembesar Perak apabila beliau
mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi asat resam Melayu.
J.W.W. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan
hamba-hamba perempuan di rumahnya .
PERISTIWA PENENTANGAN
Menyingkap perjuangan Datuk Maharaja Lela
menentang British, mengikut kajian yang
telah dilakukan, ia bermula setelah ketibaan
British di Pulau Pangkor dan peranan beliau
menjadi terhad akibat didominasi oleh kuasa
Barat.
Melalui Perjanjian Pangkor yang telah
ditandatangani InfoSultan Abdullah dengan
Gabenor negeri-negeri Selat pada Januari
1874, Perak dipaksa menerima seorang
Residen Inggeris. J.W.W Birch yang dilantik DATO' SAGOR
menjadi Residen Inggeris pertama di Perak telah menggubal beberapa
dasar yang tidak disenangi oleh pemerintah dan pembesar-pembesar
Melayu.
Pada 16 Oktober 1874, Sultan Abdullah dan pembesar Perak mengupah
R.C. Woods, peguam dari Pulau Pinang untuk memansuhkan Perjanjian
Pangkor. Namun begitu, usaha tersebut gagal. Rentetan itu, beberapa
mesyuarat sulit diadakan anatara Sultan Abdullah dengan pembesarnya
bagi membincangkan pakatan menghapuskan J.W.W. Birch
Pada 21 Julai 1875, Sultan Abdullah, Raja Ismail dan Dato Maharaja Lela
telah bermesyuarat di Durian Sebatang untuk membunuh J.W.W. Birch.
Dato' Maharaja Lela dan pengikutnya Dato' Sagor, Pandak Indut dan
Sepuntum menawarkan diri untuk membunuhnya, mereka tekad untuk
menghalau British keluar dari bumi Perak .
Pada 2 November 1875, J.W.W. Birch
diiringi oleh Leftenan Abott, Mat Arshad,
jurubahasanya dan sepasukan tentera tiba
di Pasir Salak untuk menyebarkan surat
pengisytiharan mengambil hak memungut
cukai oleh British. Dato’ Maharaja Lela dan
pengikutnya mengambil kesempatan
tersebut untuk membunuh J.W.W. Birch.
J.W.W. Birch dibunuh pada 2 November
1875.
PANDAK INDUT
Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak.
Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan
mempertahankan Pasir Salak . Pasukan British dikalahkan dan Kapten
Innes terkorban. Pertempuran ini dikenali sebagai "Perang Perak" dan
berlaku hampir setengah tahun .
Namun, kemenangan Dato' Maharaja Lela
menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap
Gabenor Inggeris di Singapura dengan
kekalahan yang diterimanya. Tetapi hal
tersebut tidak mematahkan semangat Dato'
Maharaja Lela untuk mempertahankan Pasir
Salak . Namun demikian, pejuang Perak
berjaya dikalahkan setelah British dibantu
oleh tentera dari India dan Hong Kong .
NGAH IBRAHIM
KESAN PENENTANGAN
Pada 13 Januari 1876, British menawarkan ganjaran wang tunai
kepada sesiapa sahaja yang berjaya menangkap Dato' Maharaja Lela,
Dato' Sagor dan Pandak Indut. Mereka yang diburu berundur ke
Kinta kemudian ke Taiping dan menemui Raja Ismail untuk
mendapatkan pertolongan. Baginda bertitah supaya mereka
meneruskan perjuangan, namun sukar direalisasikan kerana tentera
Inggeris menggunakan senjata moden.
Disebabkan kekurangan dalam aspek inilah menyebabkan
kepercayaan mereka goyah sehingga termakan tipu helah kerajaan
British yang menawarkan pengampunan kepada sesiapa yang
bersalah. Disebabkan itu, mereka menyerah diri dan akhirnya Dato'
Maharaja Lela bersama semua pengikutnya ditangkap dan
dibicarakan di mahkamah yang ketika itu dipengerusikan oleh Sultan
Idris I (Sultan Perak ke 28).
Pada 20 Januari 1877, Dato' Maharaja Lela, Dato' Sagor, Pandak
Indut dan Sepuntum dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Matang,
Perak. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau
Seychelles di Lautan Hindi manakala Raja Ismail dibuang negeri ke
Johor .
Ketegasan British menghapuskan kebangkitan penentangan
kebangkitan di Perak menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa
penjajah. Dato' Maharaja Lela dan pengikutnya menjadi simbol
kepahlawanan orang Melayu di Perak .
KEBERKESANAN PERANAN PEMERINTAH
TEMPATAN DALAM MENANGANI CABARAN BARAT
British Lebih Berhati-hati dalam Sistem Pentadbiran
1. British melantik Residen yang berpengalaman, bijaksana, fasih
berbahasa Melayu, pandai mengambil hati dan menguasai adat
resam tempatan.
2. British menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri (MNN) yang ahlinya
dilantik oleh sultan setelah dicadangkan oleh Residen
3. MNN menjadi bahan penasihat sultan dan meluluskan "Perintah
atau Peraturan Sultan dalam Majlis Mesyuarat"
British Merombak Semula Skim Penempatan Pegawai
1. Penempatan pegawai British di negeri-negeri Melayu mestilah
mengetahui adat istiadat Melayu
2. Menubuhkan Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak (1905)
3. British memberikan peluang kepada aristokrat Melayu untuk
menyertai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (Malayan Civil
Service - MCS)
4. Menubuhkan Perkhidmatan Tadbir Melayu (Malay Administration
Service - MAS) bagi melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran
kerajaan
Kedudukan Raja dan Pembesar Melayu Diberi Perhatian
1. Britidh memperkenalkan Durbar
2. Durbar memberi pelaung kepada sultan, Ahli Mesyuarat Negeri
dan pembesar Melayu menyuarakan pandangan mereka dengan
bebass berkaitan perkara yang melibatkan kepentingan
bersama
3. Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Neger, bahasa Melayu
menjadi bahasa rasmi persidangan dan menggunakan tulisan jawi
dalam urusan surat-menyurat
Menjadi Inspirassi Kepada Pejuang Kemerdekaan Tanah Air
1. Keberanian mereka menjadi inspirasi kepada pejuang bangsa
2.Meberikan semangat kepada pejuang kemerdekaan
KESIMPULAN
Sistem pentadbiran Barat menyebabkan penderitaan dan
penghinaan dalam kalangan penduduk tempatan . Kekayaan tanah
air telah dirampas oleh British dan masyarakat tempatan ditindas
. Demi mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara,
masyarakat tempatan bangkit berjuang menentang British yang
menggunakan pelbagai strategi seperti tipu helah, manipulasi,
pengaruh istana, kekuatan tentera dan menguatkuasakan
undang-undang untuk menewaskan kebangkitan tersebut .
Pejuang-pejuang negara ini dijatuhi hukuman mati, dibuang negeri,
dipenjara, harta benda mereka dirampas dan kampung halaman
mereka dibakar sehingga mereka menjadi padang jarak padang
terkukur . Semangat perjuangan mereka akan dikagumi dan
menjadi isnpirasi kepaada generasi akan datang agar bersiap
siaga mempertahankan kedaulatan maruah bangsa dan bumi
tercinta .
Sebagai generasi dunia pemodenan, kita haruslah menghargai
pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang tempatan demi
mengekalkan keamanan negara . Oleh yang demikian, kita
haruslah belajar bersungguh-sungguh dan menguasai pelbagai ilmu
pengetahuan serta melahirkan golongan bijak pandai agar
pengorbanan mereka bukanlah satu perkara yang sia-sia.
RUJUKAN
Buku
1. Dr. Azharudin bin Mohamad Dali, Ridzuan bin Hassan dan Muslimin
bin Fadzil, 2018, Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka
Orang Sumber
1. Puan Rohilah binti Hasim, 48 tahun, Batu 3 1/2 Blok G, Sawah
Sempadan, 45500 Tanjong Karang, Selangor
Internet
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Dato_Maharaja_Lela
2. https://sejarahtokoh.wordpress.com/dato-maharaja-lela/
3. https://sinarbestari.sinarharian.com.my/komuniti/datuk-maharaja-
lela-pejuang-negeri-perak-yang-dihukum-gantung-oleh-tentera-
inggeris/
4. http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=956
Jurnal
1. Abdullah Zakaria bin Ghazali, Pembunuhan J.W.W. Birch : Suatu
Kajian Tentang Pembunuhannya
Sumber lain
1. https://us.docworkspace.com/d/sIMWr986xAfSdzZoG?sa=07&st=1t