The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kisah seorang singa yang kelaparan tetapi sangat tamak

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ariananaresha18, 2021-12-28 02:38:12

KISAH SINGA DAN ARNAB

Kisah seorang singa yang kelaparan tetapi sangat tamak

OLEH: NUR ARIANA NARESHA BINTI MOHAMAD ZAILANI

Pada suatu hari pagi, singa terjaga daripada tidur. Ia berasa
sangat lapar. Dari semalam ia tidak makan apa apa.

“Hari ini aku mesti mendapatkan makanan jika tidak aku akan mati
kelaparan” fikirannya

Singa pun keluar mencari makanan. Ia ingin berburu haiwan.

Kemudian. Dia ternampak seekor arnab sedang tidur di
bawah pokok. Dia bergerak dengan senyap ke arah
arnab, sambil berfikir. “Akhirnya! Di sini, ada hidangan
yang lazat menungguku!”

Dia hampir menangkap arnab itu apabila seekor anak
rusa lalu berhampirannya.

Singa itu berfikir, “Ini hidangan malam yang lebih
menyelerakan!” dia menoleh, lalu mengejar rusa itu.

Bunyi bising mengejutkan arnab yang segera
bangun dan melompat pergi.

Setelah lama mengejar, singa gagal menangkap
rusa. Keletihan, dia kembali untuk mencari arnab
tetapi mendapati arnab sudah pun melarikan diri

“Alangkah bodohnya aku!” kata singa dengan perut
yang berbunyi.
“Padan mukaku kerana kehilangan makanan yang
hampr menjadi habuanku, hanya kerana peluang untuk
mendapat lebih!”


Click to View FlipBook Version