The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by seetiey81, 2023-05-07 07:04:50

PROGRAM CAKNA KEHADIRAN 2023 SK BATU 14

PROGRAM HEM

MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA


MAKLUMAT SEKOLAH ❖Nama sekolah : SK Batu 14 ❖Kod sekolah : ABA0034 ❖JPN : Perak ❖PPD : Batang Padang ❖Kategori : Sekolah Murid Orang Asli ❖Guru Besar : En. Narizan Bin Baserah ❖Tagline : Cepat-Cekap-Cermat-Cerdik ❖Jumlah murid : 335 orang ❖Jumlah Guru : 28 orang ❖Jumlah AKP : 6 orang ❖Bilangan kelas : 12


PROGRAM CAKNA KEHADIRAN MURID


KEHADIRAN MURID 2023 BIL BULAN PERATUS KEHADIRAN 1. JANUARI 88.77% 2. FEBRUARI 89.06% 3. MAC 95.44% 4. APRIL 88.31%


GRAF KEHADIRAN MURID 2023 84 86 88 90 92 94 96 Kehadiran Bulan Januari hingga April 88.77% 89.06% 95.06% 88.31% Jan Feb Mac Apr ❖April – Kehadiran merosot ❖Masalah pengangkutan, pengurusan antara pihak JAKOA dan pengusaha bas. ❖Ibu bapa yang mempunyai kenderaan sahaja dapat menghantar murid ke sekolah.


MASALAH PENGANGKUTAN BAS


MASALAH YANG DIHADAPI ❖Murid tinggal di kawasan pedalaman dan ibu bapa tiada kenderaan untuk menghantar murid. ❖Bila musim durian, anak-anak membantu ibu bapa mengutip buah dan berlaku kes ponteng. ❖Bagi adat kaum asli di sini, apabila berlakunya kematian seseorang ahli di kampung tersebut, anak-anak mereka tidak dibenarkan datang ke sekolah. ❖Ibu bapa yang bekerja jauh terpaksa meninggalkan rumah pada awal pagi menyebabkan anak-anak terlewat bangun dan ketinggalan bas sekolah.


PROGRAM YANG DIJALANKAN UNTUK MENINGKATKAN PERATUS KEHADIRAN MURID PADA TAHUN 2023


❖ Tarikh : 2 kali setahun ❖ Penglibatan: Ibu bapa dan murid yang terlibat dengan masalah ponteng ❖ Tempat : Astaka Permata ❖ Objektif : Memberi kesedaran kepada murid dan ibu bapa betapa pentingnya hadir ke sekolah dan mengurangkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan murid sasaran. ❖ Pelaksanaan : Taklimat oleh guru besar dan PK HEM SK Batu 14. ❖ Impak : Kehadiran murid meningkat. TAKLIMAT SIFAR PONTENG


❖ Tarikh : 13 Februari 2023 ❖ Penglibatan: Murid, guru dan staf ❖ Tempat : Persekitaran sekolah ❖ Objektif : Mencegah pembiakan nyamuk aedes yang boleh mengakibatkan demam denggi ❖ Pelaksanaan : Membersihkan kawasan sekolah dan memasukkan ubat nyamuk aedes(abait) di tempat air bertakung. ❖ Impak : Murid dapat mengetahui kesan buruk virus denggi. PROGRAM CEGAH DENGGI


LATIHAN KEBAKARAN ❖ Tarikh : 13 Februari 2023 ❖ Penglibatan: Warga sekolah dan Jabatan Bomba Daerah Tapah ❖ Tempat : Padang SK Batu 14 ❖ Objektif : Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran. ❖ Pelaksanaan : Demonstrasi memadamkan kebakaran dan tayangan video ❖ Impak : Murid dapat mengetahui laluan selamat apabila berlakunya kebakaran.


PROGRAM BERSAMA DJ ASYIK FM ❖ Tarikh : 16 Februari 2023 ❖ Penglibatan: Warga SK Batu 14 ❖ Tempat : Astaka Permata ❖ Objektif : Mencungkil bakat peserta dalam bidang nyanyian dan menanamkan nilai dan semangat kekitaan dalam diri. ❖ Pelaksanaan : Aktiviti bersama DJ Asyik fm dan pertandingan nyanyian. ❖ Impak : Murid berani menonjolkan bakat di atas pentas.


AMANAT DAN PENYAMPAIAN HADIAH HARI AKHIR PERSEKOLAHAN ❖ Tarikh : 17 Februari 2023 ❖ Penglibatan: Semua murid dan guru ❖ Tempat : Astaka Permata ❖ Objektif : Mengingatkan murid-murid supaya memanfaatkan masa cuti dengan membuat pembelajaran kendiri dengan pelbagai sumber ilmu. ❖ Pelaksanaan : Penyampaian hadiah dan pesanan guru ❖ Impak : Murid gembira menerima hadiah dan mendengar nasihat guru.


10 MINIT ZUMBA SETIAP HARI ❖ Tarikh : 20 Mac 2023 (bermula hari pertama sesi persekolahan 2023) ❖ Penglibatan: Semua murid dan guru ❖ Tempat : Astaka Permata SK Batu 14 ❖ Objektif : Mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas. ❖ Pelaksanaan : Murid mengikut pergerakan zumba yang dipimpin oleh semua guru. (mengikut jadual) ❖ Impak : Murid-murid lebih seronok dan gembira untuk hadir ke sekolah.


PENYAMPAIAN HADIAH DAN PENUTUP MINGGU PERTAMA SEKOLAH ❖ Tarikh : 24 Mac 2023 ❖ Penglibatan: guru dan staf SK14 ❖ Tempat : Astaka Permata ❖ Objektif : mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang. ❖ Pelaksanaan : Dilaksanakan selama seminggu bagi menarik minat murid untuk datang ke sekolah. ❖ Impak : Murid gembira dan lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah bagi melakukan program yang dijalankan.


SAMBUTAN HARI LAHIR ❖ Tarikh/masa : 4 kali setahun ❖ Penglibatan : Semua murid ❖ Tempat : Astaka Permata ❖ Objektif : Supaya murid merasakan diri mereka lebih dihargai dan memenuhi Program Amalan Guru Penyayang. ❖ Pelaksanaan : Melakukan aktiviti permainan dan penyampaian hadiah kepada murid yang terlibat. ❖ Impak : Murid merasa gembira dapat meraikan hari lahir bersama rakan dan kehadiran murid lebih meningkat.


PROGRAM NGO ALL WE NEED IS LOVE ❖ Tarikh : 5 April 2023 ❖ Penglibatan: Warga SK Batu 14 ❖ Tempat : Padang sekolah ❖ Objektif : Meraikan murid sekolah sempena sambutan Hari Kanak -kanak Sedunia dengan menghiburkan mereka dengan beberapa aktiviti yang dirancang. ❖ Pelaksanaan : Persembahan dari pihak All We Need Is Love dan murid-murid. ❖ Impak : Murid seronok datang ke sekolah dan kehadiran murid bertambah pada hari tersebut.


Click to View FlipBook Version