The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jom Baca E-Majalah Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng Edisi Oktober 2023 - Mac 2024!

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Masjid Ar-Raudhah Saleng, 2024-03-18 02:57:35

MAJALAH PENGIMARAHAN Masjid Ar-Raudhah Saleng, Senai

Jom Baca E-Majalah Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng Edisi Oktober 2023 - Mac 2024!

Masjid Ar-RaudhahSaleng, Senai OKTOBER 2023-MAC 2024 Pengimarahan MAJALAH Disediakan Oleh : Para Pegawai Eksekutif Masjid Ar-Raudhah Saleng


Pendahuluan Aktiviti Pengimarahan Harian & Mingguan Aktiviti Pengimarahan Bulanan Program Khas Taqwim Tahunan Program dan Kempen Khas Pengimarahan Program Pengimarahan HELWA Multimedia Pengimarahan Penutup Isi Kandungan Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng 01 02-04 05-07 08-12 13-14 15-16 17-18 19


Pendahuluan Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) melaksanakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada apa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk. Surah At-Taubah Ayat 18 Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng Alhamdulillah, segala puji serta rasa syukur yang sedalam-dalamnya dipanjatkan kepada Allah SWT, kerana atas kekuatan yang diberikan oleh Nya, kita masih teguh dan kuat dalam menggalas segala amanah untuk menjaga dan mengimarahkan Masjid Ar-Raudhah Saleng, Senai ini, serta menyebarluaskan peranannya kepada seluruh Ummat Islam, khususnya di seluruh pelusuk negeri Johor Darul Ta’zim yang tercinta. Masjid merupakan tempat ibadah Ummat Islam untuk melakukan solat berjemaah, tempat mengembangkan ilmu dan menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan Islam yang berpusat di tempat ini. Masjid menjadi sebagai sebuah pusat kemajuan Ummat Islam dari segi Intelektual dan Spiritual, agar membentuk peribadi insan yang berakhlak mulia dan mampu menghadapi perkembangan zaman moden ini, dengan keteguhan diri menjaga segala hukum yang ditetapkan oleh syariat Islam. 01


Aktiviti Pengimarahan Harian & Mingguan Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng Sebagai perkara utama yang asas bagi segala aktiviti pengimarahan yang dijalankan Laungan azan dikumandangkan oleh muazzin bertugas, sebaik sahaja setiap kali masuknya waktu solat fardhu Imam bertugas membaca wirid dan doa selepas solat yang telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Solat Berjemaah Lima Waktu Tazkirah Jumaat bulanan disampaikan oleh pengkuliah terkemuka bertauliah jemputan Khutbah dan Solat Jumaat dipimpin oleh para Pegawai Eksekutif yang bertugas sebagai khatib, imam dan muazzin Solat Jumaat dihadiri setiap minggu oleh 1200 jemaah muslimin yang bekerja dan tinggal berhampiran sekitar masjid ini serta para musafir Tazkirah Jumaat & Solat Fardhu Jumaat 02


Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng Diadakan pada setiap Khamis malam Jumaat, selepas Solat Maghrib Bacaan dipimpin oleh Pegawai Eksekutif yang bertugas Mendapat sambutan yang amat baik Mendapat sumbangan makanan dan minuman daripada jemaah kepada para hadirin majlis Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Arwah Mingguan 03 Aktiviti Pengimarahan Harian & Mingguan Dibaca pada setiap malam selepas selesai solat Isyak, sebagai amalan kepada para jemaah sebelum pulang Bacaan dipimpin oleh Pegawai Eksekutif yang bertugas sebagai Imam Ramai jemaah yang bersama-sama menunggu untuk mengikuti bacaan Surah Al-Mulk ini sebelum bersurai pulang Bacaan Al-Quran : Amalan Surah Al-Mulk


Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng 04 Aktiviti Pengimarahan Harian & Mingguan Khas : Kempen Subuh Berjemaah Setiap Ahad Kempen ini dianjurkan pada setiap waktu Subuh hari Ahad, bertujuan untuk membangkitkan semangat masyarakat menunaikan solat fardhu subuh berjemaah di masjid Untuk menarik minat dalam kalangan kanak-kanak kepada kempen ini, sebagai imbalan, RM 5 “Duit Belanja Sekolah” diberikan kepada setiap mereka yang hadir Pelbagai menu sarapan disediakan setiap minggu kepada para jemaah selepas solat subuh, yang dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama jemaah apabila bersarapan bersama Penganjuran kempen ini telah mendapat sambutan yang sangat hebat dalam kalangan masyarakat


Aktiviti Pengimarahan Bulanan Diadakan 13 kali Kuliah setiap bulan, mengikut jadual tarikh yang telah diaturkan bersama para asatiz dan pendakwah bertauliah jemputan. Para pengkuliah adalah mereka yang mempunyai Tauliah Mengajar dan Syarahan Agama Negeri Johor yang sah diiktiraf. Subjek dan Topik yang dibicarakan pada kuliah-kuliah tersebut adalah merangkumi Tauhid, Fiqh Solat, Fiqh Ibadah Umum, Tasawuf, Tafsir Al-Quran dan Tajwid AlQuran Menarik minat ramai dalam kalangan pendengar secara bersemuka di masjid dan penonton siaran secara langsung di media sosial seperti TikTok Live dan Facebook Live. 1.Kuliah Maghrib dan Subuh Jemputan Bulanan Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng 05


Diadakan pada Khamis malam Jumaat minggu pertama setiap awal bulan Majlis diisi dengan Solat Hajat, bacaan Yasin, Zikir dan Tahlil serta Doa Selamat Membuka penyertaan dengan pengedaran borang sumbangan atas nama arwah, kepada wakil-wakil keluarga yang berminat Bacaan dipimpin oleh semua Pegawai Eksekutif Jamuan disediakan secara gotong-royong bersama para jemaah Mendapat sambutan yang cemerlang dalam kalangan ahli kariah. Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng 06 2. Majlis Bulanan Khas Bacaan Yasin & Tahlil Kelompok Aktiviti Pengimarahan Bulanan


Diadakan pada pagi Ahad minggu ke-4 setiap akhir bulan Program ini dianjurkan bersama Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Daerah Kulai (WI) dan Madrasah Khaujakan Johor, Muar Mengajak hadirin untuk bersama-sama mengamalkan wirid khaujakan dan bermunajat memohon permintaan kepada Allah SWT Bacaan dipimpin oleh pemimpin wirid yang telah diijazahkan oleh Madrasah Khaujakan Johor, Tuan Haji Hassan Jamuan sarapan dan makan tengahari disediakan kepada para hadirin Mendapat sambutan yang cemerlang dalam kalangan ahli kariah dan ahli persatuan Pertubuhan Perkumpulan Wanita Daerah Kulai (WI) Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng 07 3. Majlis Bacaan Wirid Khaujakan Bulanan Daerah Kulai Aktiviti Pengimarahan Bulanan


Diadakan pada 18 November 2023 dengan kerjasama gotong-royong bersama ahli kariah dan juga persatuan-persatuan NGO Antara pengisian program khas ini adalah Persembahan Tarannum, Berzanji dan Nasyid oleh para Johan Kanak-kanak Peringkat Daerah Kulai dan Tausiyah oleh penceramah jemputan Dihadiri oleh 1500 hadirin dari penduduk kawasan setempat Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng 08 1. Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445H 2023M Program Khas Taqwim Tahunan


Diadakan pada 16 Disember 2024, pada musim cuti sekolah kebangsaan bulan Disember, dengan kerjasama para Pegawai Eksekutif Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Mendapat sambutan yang amat menggalakkan, yang disertai oleh 120 orang kanakkanak berumur 7-12 tahun daripada kawasan tempatan Saleng dan daripada luar seperti Johor Bahru, Kulai dan Senai Dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman daripada barisan Pegawai Eksekutif Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan persatuan NGO Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng 09 2. Kem Smart Solat Cuti Sekolah Disember 2023 Program Khas Taqwim Tahunan


Sebuah program majlis bacaan Yasin dan Tahlil arwah Khas yang diadakan saban tahun sebelum menyambut kedatangan bulan Ramadhan Sejumlah 180 kiriman penyertaan nama arwah terkumpul, daripada 60 wakil keluarga para ahli kariah, untuk dikirimkan pada majlis khas ini Jamuan disediakan dengan menggunakan duit sumbangan sepenuhnya daripada wakil keluarga yang menyertai Mendapat sambutan yang cemerlang dalam kalangan ahli kariah, yang dihadiri oleh 200 orang muslimin dan muslimat Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng 10 3. Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana 14452024M Program Khas Taqwim Tahunan


Dianjurkan program ini pada 11 Mac 2024, dengan kerjasama dan sumbangan oleh sebuah NGO (ATS Selatan) di bawah kelolaan seorang Pegawai Eksekutif 4, Imam Nadim Bunain Sumbangan berbentuk seekor ayam diagihkan kepada semua jemaah muslimin dan muslimat yang telah mendaftar sebagai kariah Masjid Ar-Raudhah Saleng Sejumlah 120 ekor ayam telah diagihkan untuk juadah ahli jemaah di rumah, bagi kegunaan sahur atau berbuka puasa Ramadhan pada besok harinya Mendapat maklumbalas dan sokongan yang sangat cemerlang daripada ahli kariah dan jemaah masjid kepada program santunan ini Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng 11 2. Program Sumbangan Saguhati kepada Kariah __Sempena Menyambut Bulan Ramadhan Program Khas Taqwim Tahunan


Senarai program-program yang telah dianjurkan : Jamuan Berbuka Puasa Harian Tazkirah Zohor Ramadhan Solat Sunat Tarawih dan Witir berjemaah Tadarus Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran Program Masak Bubur Lambuk Program Sumbangan Asnaf Mendapat sambutan yang sangat hebat dalam kalangan masyarakat kepada penganjuran program-program Ihya Ramadhan pada kali ini. Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng 12 2. Program-program Ihya Ramadhan 1445H 2024M Program Khas Taqwim Tahunan


Program dan Kempen KHAS Pengimarahan Sebagai usaha menyokong enam teras utama Maju Johor Poster “Jadikan Kebersihan Budaya Bangsa Johor” ditampal di setiap tempat bagi menyebarluaskan pemahaman masyarakat tentang kesedaran untuk bersama-sama menjaga kebersihan ini Telah memberi kesan yang positif terhadap penjagaan kebersihan di masjid ini Kempen Jadikan Kebersihan Budaya Bangsa Johor Tujuan diadakan kelas ini bagi membantu para jemaah (lelaki) yang masih tidak dapat membaca Al-Quran dengan baik Kelas diadakan pada setiap hari Selasa dan Rabu, selepas solat isyak di Bilik Al-Quran Masjid Ar-Raudhah Saleng Kelas bacaan Al-Quran secara percuma ini dibimbing oleh para Pegawai Eksekutif yang mempunyai Tauliah Mengajar Al-Quran Negeri Johor Mendapat sambutan yang baik Kelas Mengaji Lelaki Dewasa Persendirian Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng 13


Tujuan sistem Gerbang pembayaran atas talian (payment gateway) ini dibuat, adalah bagi memudahkan lagi para penginfaq untuk membuat bayaran sumbangan kepada masjid khususnya untuk Kempen Infaq Pengimarahan secara atas talian Para penginfaq dapat membuat pembayaran atas talian dengan pelbagai pilihan sistem perbankan yang disediakan oleh sistem ini Kempen Infaq Pengimarahan adalah dikhususkan bagi penyumbang untuk menaja Bayaran Saguhati kepada Penceramah-penceramah Jemputan dan Pembelian Kitab Untuk Kegunaan Kuliah yang diadakan Kempen Infaq Pengimarahan Online Dianjurkan program ibadah korban pada tahun ini dengan kerjasama pelbagai persatuan-persatuan NGO dari kawasan Saleng dan Pekan Senai Penyertaan awal ini membuka peluang kepada peserta korban yang berminat untuk membuat bayaran korban secara bulanan, sehingga tempoh Aidiladha pada tahun hadapan Setakat ini penyertaan untuk ibadah korban ini telah mendapat penyertaan dengan sejumlah 5 ekor lembu Penyertaan Program Ibadah Korban 1445H Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng 14


Program Pengimarahan HELWA Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng Diadakan pada setiap hari Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi Kelas Pengajian Al-Quran ini terbuka untuk semua muslimat yang berminat untuk menambahkan lagi ilmu bacaan Al-Quran mereka, khususnya dalam ilmu tajwid dan musyafahah Al-Quran Kelas ini dibimbing oleh Ustazah Hajjah Ngatiah, iaitu guru Al-Quran yang berpengalaman dan mempunyai Tauliah Guru Al-Quran Johor Mendapat sambutan yang cemerlang Kuliah Pengajian Al-Quran Muslimat Diadakan pada setiap hari Khamis dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang Kuliah mingguan ini membahaskan perkara-perkara berkenaan hukum fiqh yang berkaitan dengan wanita, yang disyarah dan diterangkan oleh Guru Takmir Pejabat Kadi Daerah Kulai yang bertauliah, Ustazah Nurhidayah binti Mohd Isa Mendapat sambutan yang amat baik daripada kalangan muslimat Kuliah Fiqh Wanita Mingguan 15


Sebuah program bantuan dan sokongan masyarakat, yang mengadakan rombongan ziarah oleh kumpulan muslimat serta menghulurkan bantuan kepada masyarakat setempat yang ditimpa musibah Antara Kunjungan Ziarah Menziarahi Puan Faredah binti Abd Rahman yang baru pulang selepas memasuki wad hospital Menziarahi Puan Nuryah binti Abd Hamid yang telah sakit lumpuh Menghulurkan bantuan kepada Encik Azizul bin Azahari yang sakit dan tidak dapat bekerja bagi mencari pendapatan Menziarahi Puan Jamilah bin Suraden yang diwad kerana mengalami masalah jantung Menziarahi Ustazah Nurhidayah binti Mohd Isa yang dimasukkan ke wad hospital Menyampaikan cenderahati kepada Puan Sitom Atmomiarjo yang kembali ke Indonesia Menyampaikan cenderahati kepada peserta Kelas Pengajian Al-Quran yang akan berangkat menunaikan umrah Berziarah dan mengadakan Majlis Tahnik di rumah Puan Halimah bin Mohamad, Kampung Saleng Baru, Saleng Program Ziarah Mahabbah dan Santun Kaseh HELWA Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng 16


MULTIMEDIA PENGIMARAHAN Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng Mendapat 1506 pengikut dalam kalangan pengguna media sosial setakat 18 Mac 2024 Platform media sosial TikTok digunakan untuk menyiarkan siaran langsung kuliah dan tazkirah Membantu meningkatkan keterdedahan masyarakat kepada aktiviti-aktiviti pengimarahan yang telah dijalankan oleh Masjid Ar-Raudhah Saleng Platform media sosial ini juga digunakan untuk mengongsikan koleksi klip-klip video pendek kuliah dan tazkirah daripada rakaman siaran langsung Membantu untuk mempromosikan Infaq Pengimarahan melalui platform aplikasi ini Akaun Rasmi TikTok Masjid Ar-Raudhah Saleng Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng 17


Mendapat 1000+ pengikut dalam kalangan pengguna media sosial setakat 18 Mac 2024 Platform media sosial Facebook ini digunakan untuk merakam, menyiarkan siaran secara langsung dan menyimpan rakaman-rakaman program dan majlis yang diadakan Platform media sosial ini juga digunakan untuk mengongsikan hebahan dan makluman terkini kepada masyarakat Membantu menyediakan informasiinformasi berguna dan terkini, yang dapat merapatkan jurang maklumat dalam kalangan masyarakat Program-program pengimarahan juga turut dapat dihebahkan melalui platform media sosial ini Akaun Rasmi Facebook Masjid Ar-Raudhah Saleng Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng 18


Sekian bagi Laporan Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng, Senai bagi bulan Oktober 2023 hingga Mac 2024, dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu, menyokong dan memberikan kerjasama dalam menjayakan segala aktiviti, program dan kempen yang dijalankan dalam tempoh ini. Semoga kita terus dikurniakan taufiq untuk beristiqamah, diberikan hikmah dan segala amal baik yang kita lakukan ini, diterima dan diganjari disisi Allah SWT. Penutup Pengimarahan Masjid Ar-Raudhah Saleng Akar Bersyukur kini kami panjatkan, Sedaya usaha kami cuba sempurnakan, Sekalung penghargaan kami hulurkan, Segulung tahniah pada semua tidak lupa kami ucapkan 19


Click to View FlipBook Version