Nama : Kaaveeyaa a/p Thiyagaraj
Umur : 11 tahun
Sekolah : Sjk ( Tamil ) Ladang Seremban
Tajuk : Aku sebuah buku
Aku sebuah buku. Aku bernama contoh ulasan. Aku diperbuat daripada
kertas. Aku berwarna hijau. Saiz badanku tebal. Aku dilahirkan di sebuah
kilang penerbitan yang terletak di Kuala Lumpur.
Aku dihantar ke kedai buku di Seremban. Aku dipamerkan di atas
rak dengan cantik dan kemas. Terdapat banyak rakan seperti saya di sana.
Di sana,aku dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu seperti Kamus
Dewan, buku latihan Bahasa Malaysia dan sebagainya. Hubungan kami
sangat erat.
Pada suatu hari, seorang budak lelaki datang ke kedai buku untuk
membeli buku ulasan. Dia membelek-belek aku lalu membeli aku. Aku
sangat gembira kerana mendapat seorang tuan baharu. Namun begitu, aku
tetap berasa sedih kerana berat hati untuk berpisah dengan rakan-rakan
yang lain.
Tuan aku bernama ialah Thiyagaraj. Dia membalut aku dengan sehelai
plastik pembalut lalu meletakkan aku bersama buku-buku yang lain ke
dalan begnya.
Setiap hari, tuan aku membawa ke sekolah. Dia akan mengeluarkan aku
semasa guru mengajar di dalam kelas. Tuan aku membaca isi kandungan
aku dengan teliti.
Tuan aku sangat menyayangi aku. Dia akan memastikan badan aku
sentiasa bersih. Dia menjaga aku dengan baik.
Aku berasa sangat bahagia dapat berada disisi tuan aku. Aku juga
bersyukur mempunyai seorang tuan yang berkasih sayang. Aku berjanji
akan menemani tuan aku sehingga ke akhir hayat.