The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Beige,_Orange_and_Red_Abstract_Line_Strokes_Self_Help_Wattpad_Book (3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mozackdol03, 2022-01-05 22:17:44

Beige,_Orange_and_Red_Abstract_Line_Strokes_Self_Help_Wattpad_Book (3)

Beige,_Orange_and_Red_Abstract_Line_Strokes_Self_Help_Wattpad_Book (3)

RUKUN NEGARA- Retorik

atau Penghayatan

SESI 1: 2021/2022

ALIFAH ILYANA BT JALIL
23DLS21F1002



NURFATIHA NAJWA BINTI
NAJIB

23DLS21F1052



HAZIQ HAIQAL BIN AIRMY
AFANDI

23DLS21F1072



M HAKIM MAHATHIR B MAZLAN
23DLS21F1086

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan ( 1-2)

2. Definisi rukun negara (3)

3. Ikrar rukun (4-9)

4. Kepentingan (10-11)

5. Kesan mengabai (12-13)

6. Definisi ritorik (14)

7. Prinsip ritorik (15-17)

8. Rumusan (18)

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
alhamdullilah bersyukur ke hadrat ilahi
kerana dengan limpah rahmatnya dapat
kami menyelesaikan tugasan ini dengan
penuh jayanya. Folio ini merupakan
sebahagian daripada kerja khusus kami
bagi subjek Penghayatan Etika Dan
Peradaban (MPU21032). Kami menjulang

sekalung penghargaan kepada Encik Mohd
Asri Bin ABD Ghani yang merupakan

pensyarah bagi subjek ini, di atas kesudian
beliau memberikan bimbingan serta tunjuk

ajar kepada kami. Seterusnya, jutaan
terima kasih kepada rakan-rakan kerana
memberikan komitmen yang baik ketika

menyiapkan kerja ini. Sikap kerjasama
berpasukan yang ditunjukkan oleh rakan-
rakan ternyata telah membuahkan hasil

dengan kejayaan dalam menghasilkan
folio ini.

1

PENGENALAN

Memanifestasikan fikiran ,dalam E-Folio ini kami

akan menerangkan tentang beberapa perkara

mengenai rukun negara dan retorik atau

penghayatan. Oleh itu seperti yang sedia maklum,

kita sebagai rakyat Malaysia sudah tentu tahu

tentang rukun negara. Pembentukan sesebuah

negara yang padu mesti ada etika dan falsafah

kenegaraan yang dapat membina kecintaan

patriotisme, kesetiaan, permuafakatan dan

perpaduan rakyatnya.Rukun negara wujud akibat

daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada

13 Mei 1969.




Perisytiharan falsafah negara Malaysia yang

dimulakan melalui proklamasi diraja pada Hari

Merdeka 27 Januari 1970. Kejadian itu membuktikan

pada masa itu bahawa keseimbangan dan kestabilan

kaum Malaysia rapuh. Sejurus selepas itu, kerajaan

Malaysia mencari jalan untuk memupuk perpaduan

antara pelbagai kaum di Malaysia.




MAGERAN diciptakan untuk mengembalikan

keamanan,menegakkan semula undang-undang

negara dan memupuk suasana harmoni antara

masyarakat.Antara kaedah untuk menggalakkan

perpaduan ialah dengan mewujudkan rukun

negara.Oleh hal demikian, rukun negara merupakan

ideologi kebangsaan Malaysia yang diperkenalkan

secara rasmi pada 31 Ogos 1970. 2

Rukun Negara bertujuan untuk membentuk
keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa
Malaysia yang bersatu padu. Perkataan Rukun

Negara boleh merujuk kepada keseluruhan
deklarasi, perkataan selepas mukadimah iaitu
bermula dengan Maka kami… atau lima prinsip
sahaja.Pengubalan rukun negara adalah hasil usaha
Majlis Perundangan Negara yang diketuai oleh Tun
ABD Razak. Matlamat Rukun Negara adalah untuk
mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara

pelbagai kaum di Malaysia.





Terdapat lima prinsip ideologi yang menjadi tonggak
perpaduan antara rakyat untuk mencapai perpaduan

yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat,
memelihara cara hidup demokratik,mencipta satu
masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
Selain itu, retorik adalah seni berkomunikasi dan itu
sudah ada sejak zaman nenek moyang terdahulu,
namun ia mulai berkembang dan tampak sangat
berpengaruh sejak zaman Yunani dan Roma yang
sering melibatkan retorik dalam urusan kenegaraan.

Dahulunya hanya orang yang berhak berbicara
adalah orang-orang yang mempunyai status tinggi.

Kefasihan bicara mungkin pertama kali
dipertunjukkan dalam upacara adat kelahiran,
kematian, lamaran, perkawinan, dan sebagainya.

3

DEFINISI RUKUN NEGARA

Rukun Negara adalah satu ideologi Negara yang
merangkumi beberapa prinsip kehidupan

bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-
norma sosial yang meliputi aspek dari segi

keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik, dan
perundangan. Ia juga merupakan salah satu cara
untuk mengekalkan perpaduan Negara Malaysia yang

terdiri daripada pelabagai kaum, bangsa, dan
kepercayaan.



Tercetusnya penggubalan Rukun Negara ini ialah
daripada terjadinya peristiwa 13 Mei 1969, dimana
berlakunya rusuhan dan perbalahan antara kaum

yang menggugat keamanan, keharmonian dan
keutuhan Negara ketika kerajaan berparlimen telah
digantung. Pada 31 Ogos 1970, D.Y.M.M Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ismail
Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
telah berkenan mengisytiharkannya Rukun Negara
pada upacara bersempena dengan sambutan ulang

tahun kemerdekaan negara ke-13.



Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk
merangka rukun negara dan memupuk perpaduan,

memupuk suasana harmoni serta mempercayai dalam
kalangan rakyat secara berkekalan. Mengandungi
lima prinsip yang menjadi kunci perdamaian antara
kaum dan betujuan mencapai kemajuan bangsa.

4

IKRAR RUKUN
NEGARA

1.kepercayaan kepada tuhan
2.kesetiaan kepada raja dan
negara

3.keluhuran dan perlembagaan

4.kedaulatan undang-undang
5.kesopanan dan kesusilaan

5

PRINSIP RUKUN NEGARA

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

-Menggambarkan bahawa asas kehidupan
beragama merupakan prinsip penting
kehidupan rakyat di negara kita.
Perlembagaan Persekutuan sendiri

menetapkan bahawa Islam adalah agama
rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau
agama-agama lain boleh diamalkan dengan
bebas. Agama telah menjadi unsur penting

dalam membentuk rohani (spiritual)
masyarakat kita.



-Agama dan kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan aman dan tenteram di

mana sahaja.
-Menjadi panduan hidup serta membentuk

keperibadian persekutuan.



- Semua kepercayaan agama di negara ini
harus menolak sebarang bentuk
ekstremisme agama, sebaliknya

mengamalkan fahaman kesederhanaan yang
dapat menyubur sikap persefahaman dan
bertolak ansur atau saling bertoleransi.

6

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

-Malaysia mengamalkan Sistem
Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan dengan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai

Ketua Negara. Selaras dengan
kedudukan Yang di-Pertuan Agong
sebagai Raja mengikut Perlembagaan,
sistem beraja juga diamalkan di setiap
negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi
negeri-negeri yang tidak beraja. Seri
Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-
Pertua Negeri adalah merupakan

lambang perpaduan rakyat.



-Setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur
dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda

Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat
negeri pula, rakyat dikehendaki

menumpukan taat setia kepada raja
yang memerintah negeri tempat mereka
bermastautin tanpa mengurangkan taat

setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

7

KELUHURAN DAN PERLEMBAGAAN
-Menekankan rakyat menerima,
mematuhi dan mempertahankan
keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan
Negara adalah sumber perundangan yang
tertinggi dan berfungsi untuk memberi
perlindungan kepada setiap rakyat negara
ini akan hak dan keistimewaan mereka
sebagai warganegara. -Perlembagaan
menjadi asas penting untuk menjamin
keadilan, kerjasama, kesepakatan dan
kepentingan bersama antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri.





-Badan yang dipertanggungjawabkan
memelihara keluhuran dan ketinggian
perlembagaan ialah badan kehakiman.
Badan ini berkuasa menentukan
kesahihan sesuatu undang-undang. Setiap
warganegara Malaysia juga dikehendaki
menghormati dan memahami maksud
dan kandungan serta latar belakang
sejarah pembentukan Perlembagaan
Negara.

8

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
-Menunjukkan bahawa setiap rakyat
adalah sama taraf di sisi undang-undang .
Selain itu, kebebasan asasi juga terjamin
bagi semua warganegara Malaysia.
Undang-undang negara yang berasaskan

perlembagaan perlu diterima dan
dipertahankan kedaulatan. Undang-
undang yang dikuatkusakan untuk
memerintah masyarakat seperti Akta dan

Parlimen.





-Undang-undang negara dijamin pula oleh
institusi kehakiman yang bebas dan

berwibawa. Menerusi undang-undang,
ianya akan menjamin kehidupan anggota

masyarakat agar dapat hidup dalam
suasana yang teratur dan selamat tanpa

sebarang bentuk kekacauan. Hak- hak
semua rakyat juga boleh diamalkan

dengan bebas asalkan tidak melanggar
undang-undang serta perkara-perkara

seperti mana yang dijamin oleh
Perlembagaan negara.

9

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

-Perkembangan personaliti dan tingkah laku
setiap rakyat. Bertujuan untuk membentuk

warganegara yang bersopan santun dan
bersusila selaras dengan kempen Budi

Bahasa. Sikap baik penting dalam
membentuk seseorang individu yang akan
membantu mewujudkan sebuah mayarakat

yang harmoni



-Setiap warga negara sewajarnya tahu
menghormati orang lain dengan mengawal

diri daripada membangkitkan persoalan-
persoalan sensitif kepada sesuatu kaum

berkaitan kewarganegaraannya, asal
keturunannya, bahasa, kebudayaan serta
kepercayaan dan agam yang dianutinya.
Kerajaan amat prihatin untuk membentuk

masyarakat yang bersopan santun,
berdisiplin dan bermoral tinggi. Kempen Budi

Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan
kerajaan adalah bertujuan mewujudkan
sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat

mulia, beradab, bersopan santun,
bertoleransi, saling memahami dan cintakan
kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima

Rukun negara itu.

10

KEPENTINGAN RUKUN NEGARA

1) ldeologi kebangsaan
Dengan pelbagai perbezaan di antara
masyarakat yang tinggal di Malaysia,
sebuah ideologi kebangsaan diperlukan
supaya dapat menyatukan pemikiran dan
melahirkan semangat cinta akan negara.

2) Mewujudkan perpaduan kaum.
Setiap warganegara perlu mendukung
cita-cita dalam membentuk satu negara
yang bersatu tanpa mengira perbezaan
kaum dan kepercayaan masing-masing.
Sikap hormat-menghormati harus
diamalkan dalam masyarakat.

3) Memelihara cara hidup demokratik
Seperti yang terkandung dalam
Perlembagaan Negara yang menjamin
kebebasan hak asasi warganegara asalkan
tidak melanggar undang-undang negara
serta batasan agama.

11

4) Keadilan menjadi tunjang
Setiap anggota masyarakat mempunyai
peluang dan ruang yang sama untuk
menikmati perolehan dan kekayaan
negara. Begitu juga dengan hukuman yang
sama rata terhadap pelaku jenayah yang
melanggar undang-undang negara.

5)Membentuk sikap liberal dalam
masyarakat
Rakyat Malaysia bebas mengamalkan
agama, adat resam serta kebudayaan
masing-masing selari dengan matlamat
perpaduan negara. Justeru, kita perlu
mempelajan agama adat resam dan
kebudayaan yang dimiliki supaya dapat
memahami dan menghormati antara satu
sama lain.

12

KESAN MENGABAIKAN
RUKUN NEGARA

Kesannya dapat dilihat di banyak negara dunia apabila
undang-undang dan keadilan tidak menjadi pasak

utama, natijahnya, berlaku kacau-bilau yang sekali gus
merobek keharmonian masyarakat.

Keadaan tegang yang menggugat perpaduan juga tidak
mustahil boleh berlaku di Malaysia sekiranya kita leka
dan tidak mendukung prinsip keempat Rukun Negara

yang mendaulatkan undang-undang.

Tujuan penguatkuasaan undang-undang itu bukan
medium untuk menghukum, tetapi untuk memastikan
kerukunan sesuatu perkara dapat berlangsung dengan
sempurna demi kebaikan bersama. “Kerajaan dan rakyat

keseluruhannya terikat dengan undang-undang dan
wajib mematuhinya. Inilah prinsip utama dalam konsep

kedaulatan undang-undang.

Seterusnya, apabila prinsip kepercayaan kepada tuhan
diabaikan, maka pelbagai fahaman liberal mula menusuk

masuk ke dalam minda masyarakat.Sebagai sebuah
negara yang agama rasminya adalah agama Islam,
negara kita seharusnya menolak konsep liberal seperti
atheis, gerakan LGBTQ, dan perbuatan merendah-

rendahkan agama lain.
Selain itu, prinsip kesetiaan kepada raja dan negara

diabaikan, maka fahaman antiinstitusi raja mula
berlegar-legar di dalam masyarakat.Akibatnya, terdapat

pelbagai coretan-coretan menggunakan bahasa kesat
ditujukan kepada institusi raja di dalam media maya.

13

KESAN MENGABAIKAN
RUKUN NEGARA




Prinsip kesetiaan kepada negara juga diabaikan

apabila terdapat pelbagai kes yang menghina institusi

negara kita seperti isu bendera Jalur Gemilang yang

salah spesifikasi, isu lagu Negaraku, isu Jata Negara,

dan isu Bahasa Melayu itu sendiri, yang menjadi

Bahasa Kebangsaan.Golongan biadab seperti ini

seolah-olah sengaja membakar api perkauman

dengan menghina lambang dan simbol raja dan

negara.

prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan

undang-undang diabaikan, maka semua yang

terkandung dalam perlembagaan termasuk soal hak-

hak Istimewa orang Melayu dan Bumiputera,

kedudukan raja, bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan dan Islam sebagai agama Persekutuan,

telah menjadi perkara pertikaian hingga meranapkan

kontrak sosial berasaskan kompromi antara kaum

yang selama ini menjadi tunjang perpaduan antara

kaum di negara kita.

Akhir sekali, apabila prinsip kesopanan dan

kesusilaan diabaikan, maka lahirnya manusia tidak

sopan dalam kalangan warganegara. Perpaduan dan

rasa hormat-menghormati menjadi tembok besar

antara masyarakat.Sebagai contoh, pada tahun tahun

2018 telah berlaku isu rusuhan di kuil sehingga

menyebabkan kematian anggota bomba yang tidak

berdosa. 14

DEFINISI RETORIK

Retorik berasal daripada bahasa Greek iaitu

“rhetor” yang membawa maksud pemidato.

Retorik merupakan seni atau teknik memujuk

yand disalurkan melalui bahasa lisan, visual atau

tulisan. Definisi bagi retorik diperluas sejak

retorik dijadikan sebagai salah satu bidang kajian.

Oleh hal yang demikian, retorik klasik berbeza

dengan retorik komtemporari yang turut

melibatkan penganalisisan dalam unsur teks dan

juga visual.




Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat

(2010:1326), retorik didefinisikan sebagai teknik

pemakaian bahasa secara berkesan dalam

penulisan atau pertuturan. Bukan itu sahaja,

retorik juga dimaksudkan sebagai seni

menggunakan atau memakai bahasa yang indah

dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi

pemikiran para pendengar iaitu suatu seni yang

menggunakan bahasa lisan atau cara untuk

berkomunikasi yang juga disebut sebagai seni

berpidato 15

PRINSIP RETORIK& CONTOH

RETORIK PEMERIAN

bertujuan memberikan gambaran visual yang jelas
kepada khalayak seperti dalam pelukisan. Pemerian
sewajarnya dilakukan secara objektif, tepat dan jelas.
Bagi menghasilkan wacana dengan retorik pemerian,

penghasil wacana boleh memberikan gambaran
secara realistik dengan menggambarkan sesuatu
berdasarkan fakta-fakta yang konkrit sebagai contoh
dalam bentuk puisi dan dapat diperlihat oleh kata-

kata yang berirama

RETORIK PEMUJUKAN

dikenali sebagai retorik pengaruhan. Hal ini
demikian kerana dalam retorik ini, penulis
atau penutur berusaha untuk mengubah dan
mempengaruhi pemikiran, keyakinan, dan
pandangan pembaca atau pendengar. Bagi
mempengaruhi khalayak, retorik pemujukan
mementingkan kehalusan berbahasa dengan

menyelitkan unsur-unsur psikologi serta
perbandingan kebaikan dan keburukan.

16

RETORIK PENDEDAHAN

diertikan sebagai ‘perbuatan mendedahkan
atau menampakkan sesuatu yang sebelum

ini tidak diketahui’. Hal ini bermakna,
retorik pendedahan merujuk kepada satu

teknik pemakaian bahasa yang
menampakkan sesuatu perkara atau topik
sehingga perkara atau topik tersebut dapat

diketahui dan difahami oleh khalayak

RETORIK PENGHUJAHAN

dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek.
Retorik penghujahan memerlukan khalayak
bersetuju dan yakin akan pendapat yang

dikemukakan. Hal ini bermakna bahawa dalam
retorik penghujahan, khalayak dianggap sebagai

orang yang bijak, objektif dan berkemampuan
membuat penilaian terhadap sesuatu usul.

Tujuan pemakaian retorik penghujahan adalah
untuk meyakinkan khalayak dengan bukti dan
logik, iaitu bukti yang berasaskan penaakulan

yang betul dan tepat.

17

RETORIK PENCERITAAN

menyampaikan sesuatu cerita, iaitu
menghubungkan beberapa siri peristiwa
yang berkaitan dalam satu plot yang logik.
Retorik ini digunakan dalam penulisan
cerpen, novel, autobiografi, biografi, lipur
lara, hikayat dan banyak lagi. Retorik ini
mengandungi empat prinsip yang bertalian,
iaitu kesatuan (unity), pertautan (coherent),
penekanan (emphatic) dan gaya bahasa

yang menarik

RETORIK PENERANGAN

bertujuan untuk memberikan maklumat kepada

pengguna wacana. Oleh hal yang demikian,

retorik ini dikatakan bersifat informatif. Dalam

lisan, retorik penerangan menyampaikan

maklumat dan mesej tertentu dengan intonasi

dan nada yang menarik. Retorik penerangan

menggunakan bahasa formal yang tepat, jelas

dan bernas supaya orang yang diberi penerangan

mengetahui dan memahami maklumat yang

disampaikan

18

RUMUSAN

Peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969
tersebut telah banyak memberi pengajaran dan
kesedaran kepada setiap kaum tentang betapa

pentingnya bersatu-padu. Rukun Negara juga dicipta
ekoran daripada rusuhan kaum tersebut. Maka,dengan

tertubuhnya Rukun Negara ini, ia menjadi satu titik
permulaan ke arah mencapai perpaduan Negara dalam

kalangan semua etnik di Malaysia. Kita sebagai
warganegara haruslah mematuhi dan mengamalkan
amalan-amalan rukun Negara yang telah ditetapkan.
Ianya dicipta untuk menyatupadukan semua kaum agar
dapat memupuk keharmonian antara masyarakat di

dalam sesebuah negara. Apabila rakyat Malaysia
menghayati maksud Rukun Negara sepenuhnya, ia
dapat memudahkan proses pentadbiran Negara untuk
kearah kemajuan. Masyarakat perlu faham dan sedar
tentang konsep hormat-menghormati antara kaum
tanpa melihat warna kulit,latar belakang, dan budaya
sesuatu masayarakat. Oleh itu, matlamat Rukun Negara
dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis. Hal ini
sangat penting, kerana tanpa perpaduan sesebuah
Negara akan hancur, lemah, Negara mudah diambil oleh
kuasa luar atau dalam Negara itu sendiri, dan juga
ekonomi akan merosot. Oleh itu, amalan Rukun Negara
sangat penting untuk melahirkan masayarakat yang
bersatu padu, berhumibah tanpa mengira kaum serta
bersikap hormat-menghormati. Natijahnya, melalui

perpaduan, dapat membantu Negara dalam
mempertingkatkan kemajuan Negara, mempergiatkan

lagi pertumbuhan ekonomi, dan kestabilan politik.

LINK-LINK MAKLUMAT

http://kumpulanduapunya.blogspot.com/201
4/10/lima-prinsip-rukun-negara.html?m=1

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/
Retorik

http://karyagungsem4.blogspot.co
m/2013/05/jenis-dan-prinsip-
retorik.html?m=1

http://wiyashinee.blogspot.com/
2015/09/kesimpulan.html

https://www.scribd.com/doc/288
025080/esei-rukun-negara

https://pekhabar.com/h-i-d-s-
rukun-negara-diisytihar/


Click to View FlipBook Version