The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Garis Panduan Pembukaan Sekolah dan Pengurusan Murid Tahun 1/2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by n_sakinah1612, 2020-11-19 07:56:21

Brochure Tahun 1/2021

Garis Panduan Pembukaan Sekolah dan Pengurusan Murid Tahun 1/2021

SEKOLAH KEBANGSAAN (2) GOMBAK
KM 8 JALAN GOMBAK
53100 KUALA LUMPUR
SELANGOR

Garis Panduan
Pembukaan Sekolah dan

Pengurusan Murid
Tahun 1 / 2021

TARIKH : 20 JANUARI 2021
HARI : RABU
MASA : 1.00 – 5.50 PETANG
TEMPAT : SK (2) GOMBAK

PENGENALAN

Brosur ini disediakan bagi menyampaikan
maklumat dan perkara penting kepada ibu
bapa berkaitan Tahun 1 bagi sesi 2021.
Brosur ini adalah inisiatif pihak sekolah bagi
menyebarkan maklumat kepada ibu bapa
berikutan pandemik Covid-19 yang
menyebabkan Sesi Orientasi Murid Tahun 1
2021 dibatalkan. Semoga brosur ini dapat
memberikan maklumat dan pendedahan
kepada ibu bapa tentang perjalanan murid
Tahun 1 bagi sesi 2021.

UCAPAN GURU BESAR

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit
Hem dan Pengurusan Tahun Satu SK (2) Gombak atas
inisiatif untuk menyediakan Pamplet Garis Panduan
Pembukaan dan Pengurusan Murid Tahun 1/2021 sebagai
mengantikan Program Orientasi Tahun 1 yang tidak dapat
diadakan seperti tahun-tahun sebelumnya akibat pandemik
Covid-19.

Sesungguhnya, dengan penyediaan pamplet ini diharapkan ia
akan dapat membantu tuan-tuan dan puan-puan dalam
mengurus kemasukan anak-anak ke Tahun 1/2021. Setiap
maklumat penting telah dimasukkan di dalam pamplet ini
bagi memudahkan tuan-tuan dan puan-puan mengambil
tindakan.

Ucapan terima kasih, syabas dan tahniah juga ditujukan
kepada tuan-tuan dan puan-puan ibu bapa serta penjaga
murid tahun 1/2021 kerana telah memilih SK (2) Gombak
sebagai sekolah pertama untuk anak-anak tuan-tuan dan
puan-puan menimba ilmu dan mendapat asas pembelajaran
yang kukuh. Kepercayaan yang tuan-tuan berikan ini pada
hemat saya sangat tepat memandangkan sekolah kita
mempunyai guru-guru yang berpengalaman dalam pendidikan
dan mempunyai komitmen kerja yang tinggi yang sentiasa
mengutamakan kecemerlangan pembelajaran di samping
kepekaan dalam memupuk sahsiah diri dalam kalangan anak-
anak.

UCAPAN GURU BESAR

Harapan saya selaku Guru Besar di sekolah ini agar pihak
tuan-tuan dan puan-puan dapat memberi komitmen serta
sokongan yang padu dalam semua aspek samada dalam
proses pembelajaran anak-anak mahu pun semua program
dan aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah terhadap
anak-anak tuan-tuan dan puan- puan. Sesungguhnya setiap
proses pembelajaran, program dan aktiviti yang dirancang
oleh pihak sekolah adalah bertujuan bagi melahirkan anak-
anak yang berpotensi menyeluruh dan bersepadu dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek mereka seperti yang
dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Saya juga suka menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan
memberi penekanan yang lebih terhadap penguasaan asas
membaca dan mengira kepada anak-anak sepanjang cuti ini.
Ajarlah anak-anak supaya mereka sudah boleh membaca
walaupun kurang lancar kerana kemahiran belajar anak di
tahun satu bermula dengan membaca, tiada lagi kemahiran
mengenal huruf. Ajarkan juga anak agar pandai mengurus diri
seperti urusan ke tandas sendiri, menjaga alat tulis,
mengurus buku sendiri dan urusan di meja makan agar dengan
kemahiran yang dipupuk sepanjang cuti ini menjadi rutin anak-
anak serta memudahkan mereka apabila melangkah ke
Tahun 1/2021 nanti.

UCAPAN GURU BESAR

Seterusnya, memandangkan keadaan negara kita yang dilanda
Pandemik Covid-19 dan ianya masih belum berakhir, suka juga
saya mengingatkan tuan-tuan dan puan-puan melatih anak-
anak agar sentiasa patuh terhadap semua SOP seperti
pemakaian pelitup muka, penggunaan sanitizer, penjarakan
fizikal dan sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan diri
dengan kerap mencuci tangan dan amalan batuk yang betul.
Pihak sekolah sangat mengambil berat akan perkara ini dan
diharapkan dengan kesedaran amalan pematuhan SOP yang
ketat ini dapat menyelamatkan anak-anak kita dari virus
Covid-19 seterusnya menjadikan kawasan sekolah kita bebas
Covid-19, Aamiin.

Akhirnya, saya menyeru kepada semua agar kita dapat
memintal kata sepakat dalam memberikan yang terbaik
untuk anak-anak kita bak pepatah melayu menyatakan ‘bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Bersatu dan
sepakatlah demi melahirkan anak-anak generasi pemimpin
masa hadapan. Moga anak-anak SEKAGUM akan lahir
sebagai pemimpin masa hadapan yang berilmuan tinggi dan
berakhlak terpuji. Aamiin dan InshaAllah.

Masa depan mereka di tangan kita. Marilah kita berikan yang
terbaik.

UCAPAN PENYELARAS
TAHUN 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahniah dan
selamat datang ke SK (2) Gombak kepada murid-
murid Tahun 1 Sesi 2021.

Untuk makluman, Program Transisi dan Guru
Penyayang akan dilaksanakan sejurus sesi persekolahan
2021 bermula iaitu pada 20 Januari 2021 dan akan
berlangsung selama 3 minggu.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada murid-murid keadaan persekitaran
sekolah, suai kenal bersama guru-guru serta kawan
baharu dan memberi gambaran pelaksanaan PdPc yang
akan mereka hadiri.

Murid-murid Tahun 1 akan dibekalkan dengan buku
kerja sepanjang Minggu Transisi diadakan. Ibu bapa
perlu memastikan anak-anak membawa alat tulis dan
pensel warna pada setiap hari.

PENTAKSIRAN BILIK
DARJAH (PBD)

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran
yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku
secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran,
untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

PBD dapat membantu guru dalam:
i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid

dalam pembelajaran
iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran
iv. Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
v. Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan

serta merta

• PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang
proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan
melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:

i. Pemerhatian
ii. Penulisan
iii. Lisan
• Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain-

lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard
Prestasi dan pertimbangan profesional guru.

PELAKSANAAN DAN
PELAPORAN (PBD)

• PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang
proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan
melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:

i. Pemerhatian
ii. Penulisan
iii. Lisan
• Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain-
lain

aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard
Prestasi dan pertimbangan profesional guru.

Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan
menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel yang
digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan
pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid
dan ibu bapa.

PENGURUSAN
TAHUN 1

• Bagi memastikan kelancaran pengurusan
murid Tahun 1 2021, pihak sekolah telah
membuat ketetapan seperti berikut:

• Bayaran Pengurusan Tahun 1 (RM25)
termasuk tanda nama sementara, tanda
nama bersulam, buku kerja Minggu Transisi,
bahan cetakan dan lain-lain keperluan.

• Bayaran boleh dibuat pada hari pertama
persekolahan 2021.

SENARAI KEPERLUAN FAIL
PERIBADI MURID

• Gambar berukuran passport
(2 keping)

• Salinan sijil lahir murid
• Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
• Salinan imunisasi
• Salinan surat hak penjagaan anak @

sijil yang berkaitan (yang berkenaan
sahaja)
• Borang maklumat murid

PENGURUSAN
BUKU TEKS

Buku teks dan buku aktiviti akan
diagihkan kepada murid pada hari
pertama persekolahan atau sepanjang
Minggu Transisi mengikut kesesuaian.

Mohon kerjasama ibu bapa untuk
menyemak bilangan buku yang diterima
dan memastikan kesemua buku
berbalut dengan rapi demi menjaga
ketahanan buku tersebut.

SENARAI KEPERLUAN
LAIN

• Semua murid diwajibkan untuk
membeli lencana, baju sukan, tali
leher (lelaki), fail peribadi, dan buku
tulis di kedai buku di sekolah.
(senarai keperluan ada disediakan di
kedai buku mengikut tahun)

• Ibu bapa perlu memastikan nama
dan maklumat murid ditulis pada
semua buku tulis, fail peribadi dan
buku teks.

SENARAI BUKU TULIS

Jenis Buku Jumlah
NO. 3 (BM) 1 Buah
NO. 4 (MT) 1 Buah
NO. 5 (BM/BI) 2 Buah
NO. 7 (PAI/BA) 2 Buah
NO. 10 (BM/BI) 2 Buah
NO.14 (Nota Sains) 1 Buah

Edisi Khas Guru 2 Buah
(PK/PJ/MZ/PSV)

WAKTU PERSEKOLAHAN

• Waktu persekolahan bagi murid sesi
petang:
- 1.00 petang hingga 5.50 petang
bagi hari Isnin sehingga
Khamis.

- 2.00 petang hingga 5.50 petang
bagi hari Jumaat.

• Ibu bapa disarankan untuk tidak
menghantar anak ke sekolah terlalu
awal bagi mengelakkan perkara
yang tidak diingini berlaku.

• *tertakluk kepada perubahan dan
arahan semasa

PENGURUSAN DIRI
MURID

• Semua murid akan dibawa melawat ke
sekitar sekolah untuk memberi
pendedahan kepada murid tentang
kawasan yang mereka boleh masuk
dan tidak dibenarkan masuk.

• Ibu bapa perlu memastikan anak-
anak dapat menguruskan diri sendiri
ketika sesi persekolahan bermula
seperti pengurusan ke tandas,
penjagaan alatan peribadi, urusan di
meja makan dan sebagainya.

OPERASI STANDARD
PROSEDUR (SOP)

Semua ibu bapa dan murid perlu mematuhi
‘SOP’ yang telah ditetapkan bertepatan
dengan arahan MKN:
1. Menjaga jarak 1 meter antara satu sama

lain
2. Sentiasa memakai pelitup separuh muka
3. Mengimbas suhu badan
4. Mengimbas Kod QR MySejahtera
5. Selesaikan segala urusan dengan segera
6. Tidak menunggu anak di kawasan sekolah
7. Tidak menghantar anak yang bergejala

(demam dan sebagainya) ke sekolah
8. Sentiasa mematuhi arahan pihak sekolah

atau MKN dari semasa ke semasa.

OPERASI STANDARD
PROSEDUR (SOP)

SOP SEWAKTU MURID
HADIR KE SEKOLAH

SOP SEWAKTU MURID
PULANG KE RUMAH

1. Murid akan dibenarkan pulang secara
berperingkat bagi mengelakkan kesesakan.

2. Murid perlu mematuhi tanda tunjuk arah
yang telah disediakan.

3. Murid perlu sentiasa mengamalkan
penjarakan fizikal pada setiap masa.

4. Peranan ibu bapa amatlah penting sewaktu
pergerakan murid pulang iaitu dengan
mengambil anak tepat pada waktunya bagi
mengelakkan anak terdedah terlalu lama di
pintu pagar sekolah.

SOP SEMASA DI DALAM
KELAS

SOP SEWAKTU MURID
REHAT

1. Pada waktu rehat, semua murid akan
berada di dalam kelas.

2. Ibu bapa boleh membekalkan anak-anak
dengan makanan dari rumah atau membuat
pesanan makanan yang disediakan oleh pihak
pengurusan kantin melalui guru kelas
masing-masing.

3. Semua murid akan makan makanan mereka
pada waktu rehat di dalam kelas.

4. Ibu bapa perlu menyediakan tisu basah

(wet tissue) atau kain lap untuk mengelap

meja selepas makan dan sanitasi meja
sebelum pulang ke rumah.

SOP SEWAKTU MURID
KELUAR KE TANDAS

1. Hanya seorang murid dibenarkan ke
tandas bagi mengelakkan kesesakan.

2. Murid perlu sentiasa menjaga kebersihan
diri dan mencuci tangan setelah ke tandas.

3. Sentiasa menjaga penjarakan fizikal
sekiranya bertembung dengan murid yang
lain.

SOP KE KEDAI BUKU

1. Murid perlu mendapatkan kebenaran guru
sebelum ke kedai buku.

2. Murid perlu sentiasa menjaga penjarakan
fizikal.

3. Aktiviti jual beli perlu dilakukan dengan
segera bagi mengelakkan murid terdedah
terlalu lama.

4. Sentiasa memakai pelitup muka.

SOP SEWAKTU MURID
HENDAK SOLAT

1. Hanya 2 orang murid bagi setiap kelas
dibenarkan untuk solat di surau.

2. Murid perlu sentiasa menjaga penjarakan
fizikal.

3. Murid perlu membawa telekung dan sejadah
sendiri dan tidak dibenarkan untuk
berkongsi sesama rakan yang lain.

PENUTUP

Semoga dengan adanya brosur ini, ibu
bapa mendapat gambaran yang lebih
jelas tentang keperluan dan perkara
yang perlu diuruskan sebelum dan
semasa sesi persekolahan 2021
bermula.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan :

• Pejabat sekolah : 03-61890175
• PK HEM (En. Abdul Hamid) : 019-2669897
• PK Petang (Pn. Fatma) : 012-6280246
• Penyelaras Tahun 1/2021 (Pn. Hafidah) :

013-3884376


Click to View FlipBook Version