The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelan Strategik Pendigitalan MTIB 2021-2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IT MTIB, 2022-05-22 19:56:17

Ringkasan Eksekutif PSP MTIB 2021-2025

Pelan Strategik Pendigitalan MTIB 2021-2025

Keywords: PSP MTIB

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025

Copyright © Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang atau mencetak mana-mana
bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik rakaman, atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.

Diterbitkan oleh:

Bahagian Khidmat Pengurusan
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
Tingkat 13 – 17, Menara PGRM,
No.8, Jalan Pudu Ulu,
56100 Cheras, Kuala Lumpur.

Tel. : 03 - 9282 2235
Faks : 03 - 9281 0729
E-mel : [email protected]

ABSTRAK

Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) MTIB 2021-2025 adalah
pelan strategik yang mengandungi hala tuju pendigitalan
MTIB untuk tempoh lima (5) tahun bermula 2021. Pelan ini
merupakan pelan induk pendigitalan untuk rujukan warga
MTIB. Kandungannya sejajar dengan Pelan Strategik
Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025 dan Pelan
Strategik Korporat Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
(MTIB) 2021-2025. Strategi dan program pendigitalan yang
dirancang bertujuan meningkatkan kualiti penyampaian
perkhidmatan MTIB, seterusnya memacu pembangunan
industri perkayuan yang mampan dan berdaya saing.

tt TAA Ata

ISI KANDUNGAN

i PERUTUSAN KETUA PENGARAH
ii PRAKATA KETUA PEGAWAI DIGITAL
01 PENGENALAN

- Latar Belakang
- Metodologi Pembangunan PSP MTIB
- Tadbir Urus Projek

05 PERSEKITARAN SEMASA BISNES DAN ICT MTIB

- Visi dan Misi MTIB
- Peranan dan Fungsi MTIB
- Teras Strategik MTIB
- Pencapaian

10 HALATUJU STRATEGIK ICT MTIB

- Visi dan Misi ICT
- Teras Strategik Pendigitalan
- Penjajaran Teras Strategik Pendigitalan MTIB dengan

Teras Strategik Korporat MTIB 2021-2025
- Penjajaran Teras Strategik Pendigitalan MTIB dengan

Teras Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025
- Rangka Kerja Pendigitalan MTIB

16 STRATEGI DAN PROGRAM PENDIGITALAN MTIB

21 PERANCANGAN PELAKSANAAN

24 PENUTUP

i RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025

PERUTUSAN KETUA PENGARAH

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, Pelan
Strategik Pendigitalan (PSP) Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) 2021-2025 telah berjaya
dibangunkan dan diterbitkan. Saya merakamkan ucapan tahniah dan sekalung penghargaan kepada
semua pihak yang terlibat terutamanya Pasukan Pembangunan PSP MTIB yang telah memberikan
komitmen yang tinggi dalam pembangunan pelan ini. Penghasilan PSP MTIB ini adalah signifikan dan
sebahagian manifestasi kecemerlangan organisasi yang sentiasa mengutamakan amalan budaya kerja
inovatif dan kreatif melalui warganya yang berintegriti dan profesional.

Dunia kini bergerak ke arah persekitaran serta urusan perniagaan dan kehidupan yang pantas.

Penyampaian perkhidmatan mesra pelanggan, cekap, berkesan dan selamat termasuk daripada

sektor awam sering diharapkan. Ini melibatkan

dan . Kebiasaan baharu khususnya dalam era penggunaan

perkhidmatan elektronik yang tinggi di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa termasuk kesan

Pandemik Covid-19 merancakkan keperluan perkhidmatan elektronik menerusi pendigitalan dan

ledakan Revolusi Perindustrian (IR4.0). Justeru, MTIB menumpukan pemantapan inisiatif pendigitalan

khususnya perkhidmatan dalam talian proses awal hingga akhir , berorientasikan data,

integriti, pengoptimuman sumber dan penggunaan ICT sebagai pemboleh daya utama bagi peningkatan

sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Usaha ini bagi meningkatkan keberkesanan

peranan yang dimainkan MTIB sebagai agensi peneraju dalam pembangunan industri perkayuan negara

dan menyokong Pelan Strategik Korporat MTIB (PSKM) 2021-2025.

PSP MTIB ini dibangunkan sejajar dengan aspirasi kerajaan iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,

Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, PSP Sektor Awam 2021-2025 dan Rancangan

Malaysia Ke-12. Pelan ini juga merupakan kesinambungan kepada prestasi cemerlang pelaksanaan

Pelan Strategik ICT (ISP) MTIB 2016-2020. Hala tuju pendigitalan MTIB telah ditetapkan menerusi pelan

ini. Sepanjang tempoh lima (5) tahun bermula 2021, sebanyak tiga (3) teras strategik, enam (6) strategi

dan 21 program pendigitalan telah dirangka dalam mencapai visi dan misi ICT MTIB. Perancangan kerja

akan menjadi lebih fokus, terancang, bersistematik dan menyeluruh dalam memperkukuhkan sistem

penyampaian perkhidmatan MTIB untuk membangunkan industri perkayuan negara yang mampan dan

berdaya maju. Seterusnya, ini dapat menyumbang dan memanfaatkan pemegang taruh

serta meningkatkan kepuasan pelanggan.

Akhir kata, saya menyeru agar semua bahagian dan warga kerja MTIB amnya
sentiasa menjadikan dokumen PSP MTIB sebagai rujukan dan berganding
bahu dalam menjayakan segala program dan inisiatif yang dirancangkan bagi
mencapai objektif yang telah ditetapkan.

HAJI MAHPAR ATAN
Ketua Pengarah
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025 ii

PRAKATA KETUA PEGAWAI DIGITAL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengurusan MTIB yang telah memberi kepercayaan
kepada Pasukan Pembangunan PSP MTIB serta Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Operasi)
selaku Penasihat Projek dalam menyiapkan dokumen PSP MTIB 2021-2025 yang menggariskan hala tuju
strategik pendigitalan untuk tempoh lima (5) tahun. Penghasilan pelan ini adalah berkat kerjasama jitu
pegawai-pegawai kanan dan wakil-wakil bahagian dalam Pasukan Pembangunan PSP MTIB, pegawai-
pegawai Seksyen Teknologi Maklumat, Bahagian Khidmat Pengurusan serta pelaksanaan beberapa siri
bengkel, sumbang saran dan perkhidmatan bimbingan dalam persekitaran terhad Pandemik Covid-19.
Dokumen ini perlu dirujuk warga kerja dalam pelaksanaan ICT MTIB termasuk dilaksanakan semakan,
kemaskini dan diukur pencapaiannya mengikut keperluan selaras kaedah yang telah ditetapkan.

Ketiga-tiga Teras Strategik Pendigitalan MTIB yang ditetapkan telah dirangka secara holistik dalam

menyokong PSKM 2021-2025 dan aspirasi kerajaan digital sebagai Hala Tuju Strategik Pendigitalan.

Elemen yang saling bersangkutan telah diambil kira. Penekanan juga

diberikan kepada Kerahsiaan-Integriti-Ketersediaan (CIA) serta pemantapan aplikasi dan infrastruktur

sedia ada berdasarkan isu dan keperluan yang dikenal pasti. Terdapat juga ruang-ruang penambahbaikan

menerusi pengaplikasian teknologi pengkomputeran awan, teknologi baharu berkembang

dan perancangan berpaksikan data menerusi Analitis Data Raya. Pemerkasaan

pengurusan, profesionalisme dan kompetensi ICT serta pembudayaan pendigitalan selaras dengan

norma perkhidmatan yang dilaksanakan turut diambil perhatian dan dimanfaatkan. Ini adalah selaras

usaha untuk memantapkan pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan

keberkesanan dan keberhasilan. Hasilnya, diharap mampu memberikan impak positif seperti disasarkan.

Tujuh (7) faktor kritikal kejayaan diyakini menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan program dan
inisiatif pendigitalan sepanjang tahun 2021 hingga 2025. Perkara ini hanya dapat direalisasikan pada
akhir tempoh dan mengulangi pencapaian cemerlang 2016-2020 menerusi komitmen berterusan
dan kesungguhan pemilik program, pegawai, pengurusan MTIB dan semua yang terlibat. Program
dan inisiatif pendigitalan tersebut juga umpama wadah bagi setiap usaha gigih kita dalam memberi
perkhidmatan terbaik kepada MTIB ke arah menjadi agensi terunggul dalam menjana pembangunan
industri perkayuan yang berdaya saing.

Kata-kata akhir daripada saya, usaha kita tidak terhenti di sini.
Marilah kita bersama-sama meneruskan budaya kecemerlangan
selaras Perkhidmatan Berkualiti Kepuasan Pelanggan.

MOHD AMIN KADIR
Pengarah Khidmat Pengurusan
merangkap Ketua Pegawai Digital (CDO)
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

BAB 1

PENGENALAN

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025 24

TADBIR URUS PROJEK

LATAR BELAKANG

Pembangunan dilaksanakansecaradalamanmenerusi PasukanPembangunan
PSP MTIB yang melibatkan semua bahagian di MTIB. Keurusetiaan, penulis
dan pembangun utama dilaksanakan oleh Seksyen Teknologi Maklumat,
Bahagian Khidmat Pengurusan dengan kerjasama fasilitator berpengalaman
untuPkelapnelaSktrsaatneagaikn Pbeenndgikgeiltadlaann LbeimmbbianggaanPearsiansd. uSsttrruiakntuKr atyaudbMiraularuyssiabagi
pem(PbSaPngMunTIaBn) PmSePrMupTaIBkaandahlaalha steupjuerptiednidbigaiwtaalahn. dan pelaksanaan ICT

MTIB untuk lima (5) tahun iaitu 2021 hingga 2025. Ini menunjukkan
komitmen MTIB dalam melaksanakan peranan dan fungsinya
berpacukan pendigitalan. MTIB kini giat melaksanakan pendigitalan
perkhidmatan teras secara berperingkat-peringkat terutamanya
perkhidmatan dalam talian proses dari awal hingga akhir atau

(E2E). Usaha ini melibatkan semua bahagian di MTIB dengan
sokongan Kementerian dan Agensi Pusat.

CDO

Fokus diberikan kepada inisiatif -inisiatif pendigitalan berkeutamaan
dan mampu memberi impak tinggi kepada penyampaian
perkhidmatan. Perancangan tindakan dan pelaksanaan program
sepanjang lima (5) tahun tempoh PSP adalah penting bagi memastikan
pelaksanaan inisiatif dan projek pendigitalan selari dengan hala tuju
pendigitalan MTIB.

Pembangunan pelan ini adalah selaras kelulusan Jawatankusa

Pemandu ICT (JPICT) MTIB Bilangan 2 Tahun 2020 dan arahan kerajaan.

PSP MTIB 2021-2025 dibangunkan dengan melibatkan rujukan dan

penjajaran kepada Pelan Strategik Korporat MTIB (PKSM) dan Pelan

Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025. PSP MTIB

turut dibangunkan selari dengan aspirasi kerajaan menerusi Rangka

Tindakan ( ) MyDIGITAL dan Wawasan Kemakmuran Bersama

2030.

3 RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025

METODOLOGI PEMBANGUNAN
PSP MTIB

Metodologi Analisis, Strategi Dan Formulasi (ASF) telah digunakan dengan
merujuk kepada Unit Pemodenan, Perancangan dan Pengurusan Persekutuan,
Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) dalam membangunkan PSP MTIB.
Pembangunan melibatkan Fasa Mobilisasi, Analisis, Strategi, Formulasi dan
Dokumentasi. Pelaksanaannya dijelaskan seperti gambarajah berikut.

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025 4

TADBIR URUS PROJEK

Pembangunan dilaksanakansecaradalamanmenerusi PasukanPembangunan
PSP MTIB yang melibatkan semua bahagian di MTIB. Keurusetiaan, penulis
dan pembangun utama dilaksanakan oleh Seksyen Teknologi Maklumat,
Bahagian Khidmat Pengurusan dengan kerjasama fasilitator berpengalaman
untuk pelaksanaan bengkel dan bimbingan asas. Struktur tadbir urus bagi
pembangunan PSP MTIB adalah seperti di bawah.

CDO

BAB 2

PERSEKITARAN
SEMASA BISNES DAN

ICT MTIB

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025 6

Visi MTIB

Menjadi agensi terunggul dalam menjana
pembangunan industri perkayuan yang berdaya
saing

Misi MTIB

Memantapkan pertumbuhan industri perkayuan
secara mampan melalui pewujudan persekitaran
yang kondusif dan perkhidmatan berkualiti yang
berterusan

OBJEKTIF

Selaras dengan tugas-tugas yang telah ditetapkan kepada MTIB melalui Akta 105
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973, Lembaga ini telah menentukan
beberapa objektif penting seperti berikut:

• Memajukan lagi perusahaan kayu kayan dan meningkatkan taraf dengan penekanan

ke atas pemprosesan nilai tambah

• Menggalak dan memperbaiki kaedah pemasaran keluaran kayu

• Membantu dan mengukuhkan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana

• Menggubal dan menggalakkan aplikasi dalam pembangunan kayu

• Memupuk semangat disiplin dalam perusahaan kayu kayan

7 RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025

TERAS STRATEGIK MTIB

Lima (5) Teras Strategik MTIB telah digariskan menerusi Pelan Strategik
Korporat MTIB 2021-2025.

TERAS 1

Pengurusan Sumber yang Kompeten

TERAS 2

Pengukuhan Fasiliti, Sistem dan Teknologi

TERAS 3

Pengukuhan Rantaian Sistem Penyampaian Perkhidmatan

TERAS 4

Sumber Rujukan Utama dan Terunggul Industri Perkayuan Negara

TERAS 5

Pemerkasaan Pengembangan Industri Perkayuan Negara

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025 8

PENCAPAIAN 4 Teras Strategik
15 Program
Ringkasan ISP MTIB 41 Projek / Aktiviti

2016-2020

100% Program bagi 4 Teras Strategik telah dilaksanakan
98% Projek/Aktiviti telah dilaksanakan

9 RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025

Pelaksanaan program dan aktiviti MTIB sepanjang 2016 hingga 2020 dapat
dilihat menerusi pengemaskinian senarai perkhidmatan elektronik yang
dikenali sebagai MTIB eServices.

MTIB menyumbang kepada perkhidmaan dalam talian kerajaan. Tumpuan

adalah ke arah perkhidmatan dalam talian melibatkan proses dari awal

hingga akhir atau (E2E).

BAB 3

HALATUJU STRATEGIK
PENDIGITALAN MTIB

11 RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025

Visi ICT

Pendigitalan Pemacu Pembangunan Industri
Perkayuan Mampan dan Berdaya Maju

Misi ICT

Memantapkan pendigitalan sistem penyampaian
perkhidmatan industri perkayuan secara
bersepadu bagi meningkatkan keberkesanan dan
keberhasilan

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025 12

TERAS STRATEGIK PENDIGITALAN

TERAS STRATEGIK 1:

APLIKASI BERSEPADU DAN INKLUSIF

Objektif Strategik

Memperkukuh sistem aplikasi secara menyeluruh dan
bersepadu menerusi pendekatan proses
(E2E) dan integrasi secara optimum selaras strategi
pendigitalan perkhidmatan MTIB dan kerajaan.
Memastikan ketersediaan, integriti dan maklumat
berkualiti sentiasa diutamakan.
Mengaplikasikan dan mengadaptasi platform digital
teknologi terkini bersesuaian bagi meningkatkan
keberkesanan dan kualiti penyampaian perkhidmatan
MTIB.

TERAS STRATEGIK 2:

PENGUKUHAN KETERSEDIAAN
INFRASTRUKTUR ICT

Objektif Strategik

Memperkukuhkan infrastruktur ICT pusat data dan
kelengkapan ICT pengguna MTIB bagi meningkatkan
tahap ketersediaan, kecekapan dan keberkesanan
penyampaian perkhidmatan elektronik MTIB.
Memperkukuhkan keupayaan sistem rangkaian dan
keselamatan ICT bagi menjamin integriti dan kerahsiaan
kolaborasi maklumat serta pengurusan sumber.

TERAS STRATEGIK 3:

PEMERKASAAN TADBIR URUS DIGITAL
DAN MODAL INSAN

Objektif Strategik

Memantapkan pelaksanaan polisi dan tadbir urus
pendigitalan bagi menyokong pelaksanaan inisiatif
pendigitalan perkhidmatan MTIB dengan lebih berkesan.
Memperkasa pengurusan, organisasi digital MTIB,
kompetensi dan profesionalisme ICT selari dengan skop
dan bidang perkhidmatan serta kemahiran pendigitalan
warga kerja bagi meningkatkan keberkesanan
penyampaian perkhidmatan.

13 RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025

PENJAJARAN TERAS STRATEGIK
PENDIGITALAN MTIB DENGAN HALA
TUJU STRATEGIK KORPORAT MTIB
2021-2025

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025 14

PENJAJARAN TERAS STRATEGIK
PENDIGITALAN MTIB DENGAN
PSPSA 2021-2025

Halatuju strategik pendigitalan MTIB yang dirangka telah mengambil kira
penjajaran ketiga-tiga teras strategik dengan lima (5) teras yang terdapat
dalam rangka kerja sektor awam PSPSA 2021-2025.

15 RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025

RANGKA KERJA PENDIGITALAN
MTIB

Rangka kerja pendigitalan MTIB menyenaraikan semua aplikasi teras, aplikasi
perdana kerajaan, teknologi, agensi serta dasar dan garis panduan yang
terlibat dalam pelaksanaan pendigitalan yang dirancang.

BAB 4

STRATEGI DAN PROGRAM
PENDIGITALAN MTIB

17 RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025

STRATEGI DAN
PROGRAM
PENDIGITALAN

Enam (6) Strategi dan 21 Program
telah dirangka berpandukan tiga
(3) Teras Strategik yang ditetapkan.
Strategi-strategi yang telah dikenal
pasti tersebut adalah berdasarkan
keperluan serta untuk mengatasi
isu dan masalah semasa dalam
meningkatkan sistem perkhidmatan.
Ini seterusnya menjadi pemboleh
daya dan faktor penyumbang kepada
pembangunan industri perkayuan
yang mampan dan berdaya maju
menjelang 2025.

Teras Strategik Strategi Program

1 2 10
2 2 6
3 2 5
Jumlah
keseluruhan 6 21

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025 18

TERAS 1 : Aplikasi Bersepadu dan Inklusif

19 RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025

TERAS 2 : Pengukuhan Ketersediaan
Infrastruktur ICT

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025 20

TERAS 3 : Pemerkasaan Tadbir Urus Digital
dan Modal Insan

BAB 5

PERANCANGAN
PELAKSANAAN

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025 22

TERAS 1 : Aplikasi Bersepadu dan Inklusif

23 RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025

TERAS 2 : Pengukuhan Ketersediaan
Infrastruktur ICT

TERAS 3 : Pemerkasaan Tadbir Urus Digital
dan Modal Insan

RINGKASAN EKSEKUTIF PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN MTIB 2021-2025 24

PENUTUP

MTIB telah merangka halatuju digital yang jelas melalui penyenaraian enam (6)
strategi dan 21 program menerusi 3 teras strategik dalam PSP MTIB 2021-2025.
Semua ini diharapkan mampu memantapkan pendigitalan sistem penyampaian
perkhidmatan MTIB seterusnya memacu pembangunan industri perkayuan
negara. Inisiatif-inisiatif melibatkan pendigitalan MTIB dilaksanakan secara
terancang dan menyokong PSKM MTIB 2021-2025 serta selari dengan aspirasi
kerajaan elektronik dan perancangan di peringkat nasional.

Pelaksanaan program sepanjang tempoh lima (5) tahun oleh semua pihak
yang terlibat perlu selari dengan perancangan dan keperluan ditetapkan.
Pemantauan, pengukuran prestasi pelaksanaan dan pengemaskinian dokumen
PSP mengikut keperluan adalah amat penting.

Bagi memastikan program-program yang terkandung dalam PSP MTIB 2021-
2025 dapat dijayakan dengan baik seperti disasarkan, faktor kritikal kejayaan
perlu diambil perhatian.

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
Aras 13 - 17 Menara PGRM,
No. 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras
56100, Kuala Lumpur.

Tel. : 603 - 9282 2235
Faks : 603 - 9200 3769
E-mel : [email protected]


Click to View FlipBook Version