MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 1 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA Muka surat 1 Kata Alu-Aluan Penasihat/Ex-Officio PIBG 2 2 Kata Alu-Aluan Yang Dipertua PIBG 3 3 Notis Panggilan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 4 4 Aturcara Majlis Dan Agenda Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke-46 5 5 Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke-46 6 6 Minit Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke-45 8 7 Laporan Tahunan PIBG Tahun 2022 19 8 Laporan Kewangan PIBG 2022 30 9 Usul Dan Cadangan 35 10 Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2025 36 11 Penghargaan 37
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 2 KATA ALU-ALUAN EX-OFFICIO PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama-sama mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT atas limpah kurniaNya, segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Semsas kali ke-46 dapat diterjemahkan pada hari yang cukup bermakna ini. Pada kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menjana ideaidea yang bernas dalam merealisasikan visi dan misi Semsas dari semasa ke semasa supaya Semsas menjadi sebuah sekolah yang terus cemerlang. Kita semua sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru turut menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anakanak kita di Semsas .Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu, amatlah sukar bagi kita mencapai kejayaan-kejayaan yang diharapkan. Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah yang telah dirancang. Kita semua mengharapkan peningkatan demi peningkatan berlaku dalam aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan akan dapat melahirkan anak-anak yang bakal menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Akhir kata, semoga Allah memberkati segala usaha dan kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anak-anak Semsas ini untuk terus menjadi insan yang berilmu dan cemerlang, seterusnya menjadi insan yang hidup berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 3 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi atas keizinannya, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-46 tahun 2023 ini dapat dilaksanakan secara bersemuka. Semoga dengan kesempatan ini dapatlah dibahaskan isuisu dan perancangan PIBG yang lebih baik dan teratur lagi. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua AJK PIBG Semsas atas kecemerlangan pengurusan tuan/puan sepanjang sesi 2022/2023. Banyak program dan aktiviti yang telah diatur dalam usaha mempertahankan kecemerlangan yang telah dicipta. PIBG tetap terus berfungsi dengan baik dan bermakna kepada sekolah. Oleh itu, pihak sekolah amat berbangga dan berpuas hati dengan kolaborasi dan komitmen PIBG membantu sekolah menjayakan program kecemerlangan akademik dan kemenjadian murid sepanjang tempoh tersebut. Semoga hubungan baik dan kerjasama seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. PIBG mempunyai peranan penting sebagai tulang belakang dan pendokong kepada kejayaan program dan aktiviti sekolah khususnya berkaitan keperluan murid. Dalam situasi kewangan yang terhad, PIBG lah yang pihak sekolah harapkan untuk membantu mendapatkan dana dan bantuan kewangan daripada pelbagai pihak. Selain daripada itu, pandangan dan saranan daripada PIBG serta ibu bapa juga penting dalam usaha penambahbaikan sistem dan pengurusan sekolah. Sesiapa sahaja AJK yang terpilih, diharap tidak mengubah fungsi, peranan dan fokus kita untuk menggapai kecemerlangan demi kecemerlangan pada masa hadapan. Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa semoga pihak sekolah dan ibu bapa sentiasa berganding bahu, bergerak dalam satu pasukan serta sentiasa mencari persamaan dalam menuju usaha yang sama demi keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Semoga segala usaha murni kita ini dilihat oleh Allah sebagai salah satu amalan soleh yang menjadi bekalan kita di akhirat nanti. Amin Ya Rabbal Alamin. Sekian, terima kasih. Haji Azman bin Taher Yang Dipertua PIBG SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah Sesi 2022/2023
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 4 Ruj. Kami : PIBG SEMSAS:07/01/Jld. 1( ) Tarikh : 13 Jun 2023 Semua Ibu Bapa / Penjaga dan Guru SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah 25150 Kuantan Tuan/Puan NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KALI KE-46, TAHUN 2023 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan. 2. Sukacita dimaklumkan, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan, kali ke-45 akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 27 Jun 2023 Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Al-Khawarizmi, SEMSAS 3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut : 3.1 Ucapan Pengerusi PIBG Sesi 2021/2023. 3.2 Ucapan Ex-officio PIBG. 3.3 Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45. 3.4 Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG Kali Ke-45. 3.5 Membentang, menerima dan mengesahkan Penyata Kewangan Kali Ke-45. 3.6 Membentang dan membahaskan usul/cadangan. 3.7 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2023. 3.8 Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2025. 3.7 Ucapan penangguhan 4. Pengesahan kehadiran serta Borang Penyataan Usul/Cadangan akan diberikan secara atas talian. Pautan (link) akan diberikan di dalam Telegram ibu bapa. 5. Pihak PIBG dan sekolah amat berharap agar tuan/puan dapat meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat seperti yang telah ditetapkan. Kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “SEMSAS HIDUP BERJASA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang Menjalankan Amanah, (MAHERAM BINTI RAZALI) Setiausaha PIBG SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KM 12 JALAN GAMBANG 25150 KUANTAN TEL : 09-5381223 / FAX : 09-5384407
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 5 ATURCARA MAJLIS 8.00 pagi : Ketibaan Ibu bapa dan Penjaga 9.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa Ucapan Ex-Officio / Pengetua Tuan Haji Mahadzir Bin Haji Hanapiah, SMP. Ucapan Yang DiPertua PIBG Tuan Haji Azman bin Taher Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata kepada Jawatankuasa PIBG Sesi 2021 / 2023 Mesyuarat Agung Kali Ke-46 Jamuan Majlis bersurai AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SEMSAS KALI KE-46 Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2021/2023 Ucapan Ex-Officio PIBG Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG Kali Ke-45 Membentang, menerima dan mengesahkan Penyata Kewangan Kali Ke-45 Membentang dan membahaskan usul/cadangan Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2023 Pelantikan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2025 Ucapan penangguhan
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 6 JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46 Pengerusi : Tuan Haji Mahadzir bin Haji Hanapiah Naib Pengerusi : Encik Mohd Khiruddin bin Awang (PK Pentadbiran) : Puan Rokiah binti Mahbob (PK Hal Ehwal Murid) : Encik Hashim bin Ismail (PK Kokurikulum) Setiausaha : Puan Maheram binti Razali Naib Setiausaha : Encik Mohd Azri bin Azimi Bendahari : Puan Ainey Suraya binti Zainal Rahim AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN IBU BAPA Encik Mohmad Rozeli bin Yahya Cik Rapidah binti Omar Puan Rohana binti Abas Puan Mazliza binti Idris JURUACARA MAJLIS Cik Noor Aishah binti Sabtu Encik Nor Zaidi bin Abdullah PENCATAT UNDI Encik Amirudin bin Mustapha Encik Khairul Najmi bin Othman Encik Muhammad Shahmi bin Abdul Rahman PENDAFTARAN IBU BAPA DAN GURU Cik Noraimuni binti Abu Bakar Puan Aswani binti Mohd Zulkifli Puan Nur Hanani binti Omar Puan Nor Azliza binti Zakaria Cik Batrisyia Syaida binti Mohamad Rizudin BUKU MESYUARAT Encik Mohd Azri bin Azimi Puan Ainey Suraya binti Zainal Rahim Encik Mohd Aidil Ubaidillah bin Razilan BACAAN DOA Tuan Haji Idham bin Mohd Nor SIJIL DAN CENDERAMATA Cik Yanti binti Khalid Puan Nidzra binti Radzwan Puan Najah binti Abu Bakar Puan Suhana binti Che Hassan KAWALAN LALULINTAS DAN PARKIR Encik Mohamad Fuad bin Ab Hamid Pengawal Keselamatan PERSIAPAN TEMPAT MESYUARAT SEBELUM MAJLIS Encik Ifzul Hayat bin Ahman Encik Sakirin bin Ahmad Puan Azizah binti Sulong Puan Zanariah binti Mohamed@Azhar Cik Norhayati binti Makhtar SELEPAS MAJLIS Encik Nik Abdul Malek Faisal bin Nik Salleh Tuan Haji Abdul Karim bin Ibrahim Puan Nor Hanani binti Mohd Nordin Puan Nur Amalina binti Mohd Noor Cik Wennari Mariuh
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 7 PERSIAPAN DEWAN TERBUKA SEBELUM MAJLIS Encik Mohd Abdul Nasir bin Abdul Karim Encik Mohammad Muzakkir bin Mat Ruzi Puan Wan Noor Saliha binti Wan Mat Zin Puan Muslihah binti Mohd Tamat SELEPAS MAJLIS Encik Kaharuddin bin Mohamad Nor Encik Zainuddin bin Md Tahar Puan Adilah binti Ismail Cik Siti Norehan binti Abdullah JAMUAN Puan Nur Diyana binti Mohd Jasni Puan Aini Zuhariah binti Mohammad Zamaludin Puan Nik Raihanah binti Tuan Abdullah Zawawi Puan Nuralia Nadirah binti Mohd Puan Intan Norinawaty binti Mohd Nor Puan Wan Nur Farhah Syamimi binti Wan Radzi BACKDROP’, ‘BANNER’ DAN FOTOGRAFI Puan Melissa binti Mohd Khairi Goh Puan Akmal Fadhilah binti Adnan Puan Durrani Aimi binti Abdul Malik Encik Nabil Haikal bin Abdah Encik Muhammad Khairi bin Othman KEBERSIHAN DAN KECERIAAN DEWAN DAN KAWASAN SEKITAR Encik Khairul Hakimi bin Mansor Puan Nuryanty binti Abdul Rashid Puan Syarifah Hasnizal binti Sayed Kamar KEBERSIHAN DAN KECERIAAN DEWAN TERBUKA DAN KAWASAN SEKITAR Encik Arshad bin Mamat@Nawi Encik Yusran bin Abdul Majid Puan Noor Anum binti Abdullah Tahrin Puan Rashidah binti Derasid SIARAYA Encik Muhamad Shafiq bin Mohd Najib Tuan Haji Muhammad Hafiz bin Ali Affandi
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 8 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-45 2022 SM. SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KM. 12, JALAN GAMBANG 25150 KUANTAN TEL : 09-5381223 / FAX : 09-5384407 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-45 2022 TARIKH : 12 JUN 2022 ( AHAD ) MASA : 2.00 PETANG TEMPAT : DEWAN AL-KHAWARIZMI, SEMSAS KEHADIRAN : 111 ORANG (PENDAFTARAN GOOGLE FORM) 1.0 Ucapan Pengetua (Ex-Officio) 1.1 Pengetua mengucapkan syukur kerana dapat bermesyuarat secara bersemuka untuk tahun ini. 1.2 Pengetua mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran ibu bapa yang cakna terhadap keperluan anak-anak di SEMSAS. 1.3 Pengetua menyatakan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah platform terbaik untuk berbincang dan merupakan saluran untuk ibu bapa dan waris menyatakan pandangan dan pendapat. 1.4 Ibu bapa amat diharapkan agar dapat menggunakan PIBG sebaik mungkin. 1.5 Pengetua menegaskan bahawa Sekolah Berasrama Penuh adalah berbeza daripada sekolah harian di mana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah. 1.6 Pihak sekolah akan melakukan apa sahaja yang terbaik kepada anak-anak dan ini memerlukan sokongan daripada ibu bapa. 1.7 Sumbangan daripada ibu bapa dalam pelbagai bentuk sangat-sangat membantu pihak sekolah. 1.8 Pengetua berharap sokongan daripada ibu bapa terus menghasilkan kecemerlangan sekolah. Tindakan: Makluman 2.0 Ucapan Aluan Pengerusi (YDP PIBG) 2.1 YDP menyatakan penghargaan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat agung PIBG kali ini. 2.2 YDP mengucapkan selamat datang kepada ahli-ahli PIBG yang baharu iaitu ibu bapa murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 baharu serta mengharapkan ibu bapa bersabar untuk menghantar dan mengambil anak-anak sepanjang berada di asrama yang merupakan sebahagian pengorbanan ibu bapa.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 9 2.3 Sokongan daripada ibu bapa amatlah penting kepada pihak sekolah memandangkan pihak sekolah adalah “penjaga” kepada anak-anak. 2.4 Walau bagaimana mencabar sekalipun dunia hari ini, perjalanan mesti diteruskan untuk melakar kegemilangan bagi anak-anak. 2.5 YDP mencadangkan agar pendekatan yang lebih “inclusive” dilakukan oleh ibu bapa dan pihak sekolah dalam membangunkan SEMSAS. 2.6 YDP melancarkan “Tabung Infaq Prasarana PIBG SEMSAS” khusus untuk penyelenggaraan prasarana di sekolah dan asrama. Tindakan: Makluman 3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 3.1 Setiausaha PIBG SEMSAS membentangkan minit mesyuarat Agung kali ke-44 dengan merujuk muka surat 18-20. 3.2 Puan Anita binti Othman mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke44 disahkan. 3.3 Disokong oleh En. Suhaimi bin Mohamad. Tindakan: Makluman 4.0 Membentang dan Mengesahkan Aktiviti Tahunan PIBG 4.1 Setiausaha PIBG SEMSAS membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG 2021. 4.2 Puan Zaleha binti Besar mencadangkan laporan aktiviti tahunan disahkan. 4.3 Disokong oleh Tn. Haji Yusri. Tindakan: Makluman 5.0 Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan PIBG yang Berakhir Pada 31 Disember 2021. 5.1 Pn. Ainey Suraya binti Zainal Rahim selaku bendahari PIBG membentangkan Penyata Kewangan Tahunan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2021 dengan merujuk muka surat 21-26. 5.2 Puan Zaleha binti Mat San menyatakan ralat pada Nota 5 dan 6 yang disusun terbalik. Akan dibetulkan oleh Bendahari. 5.3 En. Suhaimi bin Mohamad meminta penjelasan berkenaan Nota 3 iaitu “Wang Tumpang”. Bendahari memberi penjelasan bahawa wang tumpang tersebut bermaksud wang zakat daripada MUIP yang dimasukkan ke akaun PIBG buat sementara waktu sebelum diagihkan kepada pelajar yang layak. Penolong
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 10 Kanan Pentadbiran menambah keterangan bahawa wang zakat tersebut ditumpangkan sementara ke akaun PIBG bagi memudahkan pengeluaran dibuat. 5.4 En. Asri bin Abdullah bertanyakan tentang Nota 8 : Pemasangan kanopi sepanjang Ramadhan. Penolong Kanan Pentadbiran (mantan PK HEM) menjelaskan bahawa Dewan Sri Pahang (Dewan makan) tidak menampung jumlah pelajar yang ramai kerana mengikut SOP yang ditetapkan agar kedudukan pelajar dijarakkan. Sepanjang bulan Ramadhan, pelajar berbuka puasa secara serentak, oleh itu pemasangan kanopi tambahan diperlukan di luar Dewan Makan. 5.5 Puan Anita binti Othman mencadangkan agar senarai aktiviti disertakan dengan tarikh bagi mengelakkan kekeliruan. Setiausaha dan Bendahari akan mengambil tindakan untuk laporan akan datang. 5.4 Tuan Haji Yusri bin Mohd Ali mencadangkan Penyata Kewangan Tahunan PIBG SEMSAS 2021 diterima dan disahkan. 5.5 Disokong oleh En. Suhaimi bin Mohamad. Tindakan: Bendahari 6.0 Membentang dan Menerima Cadangan/Usul 6.1 Encik Suhaimi bin Mohamad membentangkan usul untuk mengurangkan sumbangan PIBG daripada RM300.00 kepada jumlah yang lebih kecil iaitu RM150.00. 6.2 YDP menjelaskan bahawa bayaran yang dikurangkan pada tahun lepas iaitu RM150.00 adalah selepas persetujuan pemberian moratorium akibat pandemik Covid 19. 6.3 Encik Shahrudin mencadangkan sumbangan dikekalkan sebanyak RM300 supaya tidak mengganggu aktiviti sekolah yang melibatkan duit PIBG. 6.4 Encik Asri Abdullah mencadangkan dua kategori sumbangan iaitu RM150.00 bagi yang kurang berkemampuan dan RM300.00 bagi yang berkemampuan. YDP menerangkan bahawa Perlembagaan PIBG hanya membenarkan satu amaun sumbangan sahaja. 6.5 Puan Anis mencadangkan agar pelajar penerima Projek Khas tidak perlu membayar sumbangan PIBG. YDP menjelaskan bahawa pelajar penerima Projek Khas sememangnya tidak perlu memberi apa-apa sumbangan kewangan kerana semuanya ditanggung oleh Projek Khas. 6.6 YDP seterusnya mencadangkan undian secara fizikal dilakukan untuk memilih sama ada jumlah sumbangan perlu dikurangkan atau dikekalkan pada RM300.00. 6.7 Hasil undian mendapati 31 ahli bersetuju untuk dikurangkan, manakala 56 ahli bersetuju untuk dikekalkan pada RM300.00. Oleh yang demikian, mesyuarat memutuskan sumbangan PIBG bagi tahun 2022 kekal pada RM300.00 bagi satu keluarga. Tindakan: Semua ahli PIBG
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 11 7.0 Hal-hal Lain 7.1 Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Mohd Khiruddin bin Awang membuat beberapa pengumuman kepada ibu bapa : 7.1.1 Pihak sekolah memerlukan maklumat lengkap berkenaan tahap kesihatan murid terutamanya bagi yang baru mendaftar. 7.1.2 Program sembelihan sempena sambutan Aidil Adha masih dibuka dengan kos RM800.00 bagi setiap bahagian. 7.1.3 Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) sekolah meminta semua murid membeli buku bertajuk “Sanitasi Jiwa” yang berharga RM25.00 sebuah. YDP menjelaskan bahawa RM10.00 akan ditanggung oleh PIBG manakala yang selebihnya akan dibayar oleh ibu bapa. 7.2 Puan Anita Othman mencadangkan agar pihak sekolah mewujudkan KSIB bagi memudahkan ibu bapa menyumbang untuk membaikpulih infrastruktur sekolah. YDP menyambut baik cadangan tersebut dan meminta agar ia dilakukan dengan lebih tersusun. 7.3 Puan Anita juga membuat teguran berkenaan keadaan persekitaran sekolah yang didapati tidak kemas dengan rumput yang sangat panjang dan tidak terurus. Pengetua menjelaskan bahawa kekurangan pekerja kontraktor landskap menyebabkan hal tersebut berlaku. Kontraktor sudah dipanggil dan diberi teguran secara lisan. Pengetua juga mengalu-alukan sumbangan bantuan daripada ibu bapa untuk menceriakan sekolah. 7.4 Puan Normah Yusoff membuat teguran berkenaan dewan makan yang didapati kurang bersih. Beliau mencadangkan pihak sekolah menyediakan peti aduan bagi memudahkan murid membuat aduan khususnya berkenaan dewan makan. Pengetua menjelaskan bahawa kontraktor dewan makan sudah dipanggil dan teguran secara lisan sudah dibuat. Pemantauan oleh warden asrama juga dilakukan setiap hari. 7.5 Puan Normah juga meminta pihak sekolah melihat semula jadual waktu kelas persediaan malam kerana didapati murid tidak mendapat tidur yang cukup. Pengetua menjelaskan bahawa waktu lampu padam (lights-off) adalah jam 11.00 malam. Walau bagaimanapun ada sehelintir pelajar tidak mengikut peraturan yang ditetapkan dan tidur lewat menyebabkan mereka mengantuk pada waktu persekolahan. 7.6 Puan Suhaida binti Hasnan bertanya berkenaan prosedur laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan dewan makan, adakah boleh dihantar secara terus atau perlu melalui pihak sekolah. Pengetua memberi respons bahawa sebarang laporan berkaitan sekolah termasuk dewan makan mestilah melalui pihak sekolah. 7.7 Puan Ainal Rashidah menimbulkan persoalan berkenaan waktu operasi dewan makan. PKHEM memberi jawapan bahawa waktu tersebut sudah termaktub dalam peraturan sekolah dan murid-murid mesti peka pada jadual tersebut.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 12 7.8 Encik Ubai Datal Amir menyatakan bahawa sekolah perlu mengambil tindakan yang tegas terhadap dewan makan terutama dari segi kebersihan dan mutu makanan. Selain itu, komunikasi yang baik perlu diwujudkan di antara ibu bapa dan pihak sekolah dan bukan sekadar komunikasi satu hala. “Whatsapp” bukanlah medium yang terbaik untuk komunikasi. 8.0 Ucapan Penangguhan 8.1 YDP PIBG sesi 2021/2023 Tn. Hj. Azman Taher mengucapkan terima kasih kepada semua ahli PIBG yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. Beliau menegaskan bahawa PIBG dan pihak sekolah sentiasa memandang berat isu-isu berkaitan prasarana, isu keselamatan dan kesihatan fizikal dan mental pelajar-pelajar. Beliau juga mengingatkan para ibu bapa bahawa semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk mendapat kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah. Cogankata “Hidup Berjasa” hendaklah sentiasa tersemat di hati pelajar SEMSAS. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.05 petang. Disediakan oleh : (MAHERAM BINTI RAZALI) Setiausaha PIBG SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 13 SENARAI KEHADIRAN GURU BIL NAMA BIL NAMA 1. MAZLAN BIN SARIYEO 31. NAJAH BINTI ABU BAKAR 2. MOHD KHIRUDDIN BIN AWANG 32. NUR HANANI BINTI OMAR 3. ROKIAH BINTI MAHBOB 33. NIDZRA BINTI RADZWAN 4. HASHIM BIN ISMAIL 34. RASHIDAH BINTI DERASID 5. MOHMAD ROZELI BIN YAHYA 35. MOHD ABDUL NASIR BIN ABDUL KARIM 6. RAPIDAH BINTI OMAR 36. KHAIRUL HAKIMI BIN MANSOR 7. MAZLIZA BINTI IDRIS 37. NADZIRAH BINTI ABD RASHID 8. ROHANA BINTI ABAS 38. NURYANTY BINTI ABDUL RASHID 9. MAHERAM BINTI RAZALI 39. NUR DIYANA BINTI MOHD JASNI 10. AINEY SURAYA ZAINAL RAHIM 40. MUHAMAD SHAFIQ BIN MOHD NAJIB 11. MOHAMMAD IFZUL HAYAT BIN AHMAN 41. WAN NUR FARHAH SYAMIMI BT WAN 12. MOHD AZRI BIN AZIMI 42. RADZI RRRRRRRADZI NUR AMALINA BINTI MOHD NOOR RRRradziRADZI 13. NORAIMUNI BINTI ABU BAKAR 43. SUHANA BINTI CHE HASSAN 14. MOHD AIDIL UBAIDILLAH BIN RAZILAN 44. MUHAMAD FUAD BIN AB HAMID 15. NOR HANANI BINTI MOHD NORDIN 45. SYARIFAH HASNIZAL BINTI SAYED 16. NOOR AISHAH BINTI SABTU 46. KAMAR NUR FARIZAN BINTI SUPIAN 17. ZAINUDDIN BIN MD TAHAR 47. IDHAM BIN MOHD NOR 18. MUSLIHAH BINTI MOHD TAMAT 48. HAMDAN BIN TAIB 19. MAIZOM BINTI ABDULLAH 49. INTAN NORINAWATY BT MOHD NOR 20. ZANARIAH BINTI MOHAMED @ AZHAR 50. AINI ZUHARIAH BINTI MOHAMMAD 21. NORHAYATI BINTI MAKHTAR 51. ZAMALUDIN YUSRAN BIN AB MAJID 22. ABDUL KARIM BIN IBRAHIM 52. MELISSA BINTI MOHD KHAIRI GOH 23. NORZAIDI BIN ABDULLAH 53. NURALIA NADIRAH BINTI MOHD 24. ASWANI BINTI MOHD ZULKIFLI 54. NOOR ANUM BINTI ABDULLAH TAHRIN 25. NOR AZLIZA BINTI ZAKARIA 55. KAHARUDDIN BIN MOHAMAD NOR 26. YANTI BINTI KHALID 27. MOHAMMAD MUZAKKIR BIN MAT 28. RUZI AZIZAH BINTI SULONG 29. SAKIRIN BIN AHMAD 30. MOHAMAD NORHISHAM BIN IBRAHIM
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 14 SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA Tingkatan 1 NAMA MURID NAMA IBU BAPA/PENJAGA 1 SYAFFIRA IQMAL BINTI MARZUKI ROHANA BINTI ABDULLAH 2 FAREEZ HAKIMIE B.MOZAID RAPIDAH BINTI OMAR 3 MUHAMMAD FAREEQ ASYRAFF BIN AZLI NOOR HASIMAH BINTI ISMAIL 4 AHMAD FAIZ AMMAR AHMAD TARMIZI BIN AHMAD TAMRIN 5 NURSHAFIZA NAJWA BT SHAFIE ZURARINA AHMAD 6 NURSHAFIZA NAJWA SHAFIE BIN ABD SAMAD 7 ADANA MAIHANI BINTI SHAHROM IRWANI ANIS HAFIZA 8 ADANA MAIHANI BINTI SHAHROM IRWANI SHAHROM IRWANI BIN MOHD SANI 9 MUHAMMAD AQIL DANISH BIN MOHD NOOR HAIZAN MOHD NOOR HAIZAN BIN MD NOOR 10 NIK FATIN HUMAIRAH NUK AZAHAR@NIK AZAHARI HJ AWANG 11 NUR ATIQHA SAFFIYA SITI HASMAH BT JAMALUDIN 12 NUR AIN HALIMATUSSAADIAH BINTI MOHD AMIR MOHD AMIR BIN HAMZAH 13 MUHAMMAD AQIF IQBAL BIN AZRON NURUL SYAHIDAH BT SHAHREI 14 NIK NUR AUNI AQILAH BINTI NIK MOHAMAD IRFAN NOOR ADILA BINTI ISMAIL 15 MUHAMMAD IQRAM ARIF NORSYAFINAR BINTI OMAR 16 NUR ARINA AKILAH BINTI IBRAHIM NOAZILLAH BINTI MD ALI 17 ADRIANA QISTINA BT FAIZUL FAIZUL B MUSTAFA 18 MUHAMMAD KHALIL B ABDULLAH NORMAH YUSOF 19 AQIL ASYRAF BIN MOHD SHAMSUL AZMI KHAIRIYAH BINTI MOHAMAD NOR 20 AQIL ASYRAF MOHD SHAMSUL AZMI BIN SAMSUDIN 21 NUR IZZAH AQILAH BINTI MOHAMMED IZHAR ROHANI BINTI ISMAIL 22 MUHAMMAD EZMAL SIDSI ROZILAWATI BINTI RASHID 23 MUHAMMAD IRFAN ZAKWAN BIN MOHD ISHAARI MOHD ISHAARI BIN MAT ARIF 24 NURAIN FARZANA BINTI MOHAMAD FAIRUS MOHAMAD FAIRUS BIN ISMAIL 25 NUR MARIADYANA BINTI NORISAM NORISAM BIN ISMAIL 26 NUR ILMINA ZAHRA BINTI MOHD REZALMAN MOHD REZALMAN BIN EIDERUDIN 27 NURUL IMAN BT ZHARFAN SUHAIDA HASNAN
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 15 28 NUR ILMI NAJWA BINTI ABDUL RAHMAN ABDUL RAHMAN BIN MATMOR 29 ADZAN ERIN NASUHA BT MOHD ZAINI MOHD ZAINI B RAYA 30 SITI NUR ILHAM INSYIRAH BT SUHAIMI SUHAIMI BIN MUHAMMAD 31 NUR AZWA SAFRINA BINTI MOHD HALIMI YUSNIZA BINTI NGAH 32 MUHAMMAD MIQAIL ABU UBAI DATAL AMIR MOHD NOOR 33 MUHAMMAD FAHIIM ISKANDAR SYAH BIN FAISAL FARAH NABILAH BINTI ZULKIFLI 34 MUHAMMAD ADAM MUQRIZ BIN MOHD BASIR MOHD BASIR BIN MOHAMED NOOR 35 NUR AISHAH QISTINA BINTI AKHYANI NOR HAIDA ABDUL MANAF 36 NUR ALYA SYAMILA BINTI SAMSUL FAIZUL SAMSUL FAIZUL BIN ZULKIFLI 37 NUR AISHAH QISTINA BINTI AKHYANI AKHYANI BADRI 38 ARISYA QISTINA BINTI JOHARI ROZILA BINTI MOHAMAD@YAHAYA Tingkatan 2 NAMA MURID NAMA IBU BAPA/PENJAGA 1 KHAIRUL QISTINA BINTI ADLEEN NIDZRA BINTI RADZWAN 2 SYAZA DALIA BINTI CHE HASSAN SUHANA BINTI CHE HASSAN 3 KAMILIA ADRIANA BINTI KAMARULIZAM ZALEHA BINTI BESAR 4 TENGKU NOR IMAN ROSMA TG ASMAWI ROSLIZAWATI ABD RAHMAN 5 MOHAMAD DANISH HAKIM BIN MOHD ZALMIR DARLEEAR BINTI MOHD TAIB 6 TENGKU AMIR HAIKAL BIN TENGKU MOHD KAMAL ARIFIN TENGKU MOHD KAMAL ARIFIN BIN TENGKU ALI 7 TENGKU AHMAD IRFAN TENGKU OTHMAN BIN TENGKU ADNAN 8 MUHAMMAD NUR HAZIMI FITRI BIN MOHAMED TAUFIK ZURAIDAH BT ZULKIFLI 9 NUR NASYILLA ADIBAH BINTI MOHD KHAIRIL MOHD KHAIRIL BIN JAMAL 10 ABDUL MUKMIN BIN ABDULLAH ABDULLAH BIN MOHAMED ALI 11 NURMARITUL AIFA BINTI MOHD KAMIL ROHAYU BINTI AYOB 12 MUHAMMAD DZUL FAHMI MOHD FAIZAL BIN ALI 13 IQBAL MIRZA BIN ADIHASWADY MARNIELIZA BT KAMARUZAMAN 14 NUR ALYA AMANI BINTI MOHAMAD RAJI SUHARTINI BINTI JAMALUDIN 15 NUR ALYA MAISARA BINTI NOHD NUR HISHAM NURYANTY BINTI ABDUL RASHID 16 NURIN BATRISYA BT MOHD NASIR MOHD NASIR MAT ZAIN
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 16 17 MUHAMMAD AIMAN FARHAN BIN MOHD RUSTAM RIDAWATI BINTI HARUN 18 MUHAMMAD IQBAL HADI NORSYAFINAR BINTI OMAR 19 NUR AMIRAH HUSNA BT MOHMAD ROZELI SUHAIBAH BINTI ABDUL MAJID 20 NUR DAMIA IRDINA BINTI SHAFIZAL SHAFIZAL BIN ABDUL WAHAB 21 NUR 'AIN HUSNA BT MUHAMAD ZURAIDI MUHMAD ZURAIDI BIN MAHASAN 22 MUHAMMAD IRFAN HAFIZHAN BIN ZULKEFLI ZULKEFLI BIN BEDU 23 MUHAMMAD AIZAT BIN AZUAN ZAIMANH BT ZAKARIA 24 QAISARA BT MAT HARIZMAN MUSLIHAH BT MOHD TAMAT 25 NURUL NAJWA MOHD RIZAM BIN MOHD AMIN 26 NUR INSYIRAH AMANI BINTI SHARUDDIN SHARUDDIN BIN MOHD YUNUS 27 MUHAMAD AFIQ ILMAN MOHD EKRAM BIN MUHAMAD YUSUF 28 MUHAMMAD RAYYAN DARWISY BIN MOHD NAZEEE MOHD NAZREE BIN YUSOF 29 MOHD AZALI AMIR AMSYAR WAN MAHADHIR BIN WAN GHANI 30 NUR DALILA AISYAH KELANA SARI BIN MARJAN 31 FAIZ MUHIMIN BIN ZAINAL ABIDIN NURUL AISYAH WONG BINTI ABDULLAH 32 MUHAMMAD ILHAM HAKIMI BIN ABDULLAH SUHAIMI BIN MUHAMMAD 33 DANIAL HAFIZ MOHD SHAHRIMAN B SHAMSUDDIN 34 IRFAN NAJMI BIN ZIADI NORAINI SAID 35 NURUL JANNAH BINTI MOHD AZAMNIE MOHD AZAMNIE BIN AB.KADER 36 NUR SHAKIRAH BINTI AZHA AZHA BIN ABDUL MALEK 37 NUR AINA QAISARA BINTI MOHAMMAD MUSAB WAN ZAI AZLIN BINTI WAN AZIZ
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 17 Tingkatan 3 NAMA MURID NAMA IBU BAPA/PENJAGA 1 MUHAMMAD AMMAR SYAHMI KHAIRUL AZMIR BIN ABD RAHMAN 2 WAN NUR ALIA SARIFAH ZURIANA BT SYED MOHD 3 DHIYA KHILFI AMMAR BADLI SHAM BIN BAHARUN 4 NURALIA MAISARA BINTI SUKOR ANITA BINTI OTHMAN 5 MUHAMMAD RAFIQ IMAN ROSLAN BIN OMAR 6 AUNI NAJLA BINTI AHMAD RIZAL SABRIZA BINTI ABU HASSAN 7 AUNI NAJLA AHMAD RIZAL BIN NOR MOHAMAD 8 HAFIZ ARIFIN BIN JOHAR ARIFIN ROKIAH BINTI MAHBOB 9 NUR ADLINA BATRISYA BINTI MOHD ISHAARI MOHD ISHAARI BIN MAT ARIF 10 RABIATUL RABIAH BINTI MOEIS TUAN ZALEHA BINTI MAMAT 11 NUR FARHANA YASMIN BT. MOHAMMAD MUSAB WAN ZAI AZLIN BINTI WAN AZIZ Tingkatan 4 NAMA MURID NAMA IBU BAPA/PENJAGA 1 KHAIRUL QAMAR ZIDANE BIN OTHMAN NIDZRA BINTI RADZWAN 2 NURDINA ILYANI BINTI MOHD KHAIRUL ANUAR ROHANA BINTI ABAS 3 NUR ALLYESHA FARHANA BINTI AZMAN NOOR FAZLIANA BINTI ABDUL AZIZ 4 NUR ATHIRAH BT ABDUL HADI ABDUL HADI BIN HAMID 5 SYARIFAH ANIS QIRANA BINTI TUAN SARIFF TUAN SARIFF BIN TUAN NGAH 6 SOFIA NAJIHAH BINTI ROSLAN HAMIMAH BINTI MAT YATIM 7 NURUL SYASYA QURRATU'AIN BINTI MOHD ZAHIDI RASHIDAH BINTI DERASID 8 MUHAMMAD AIMAN ZIKRY BIN MOHD SHAIFUDIN RAFIAAH BINTI IBRAHIM 9 ISANDRA ADRIANA BT ISMAIL ISMAIL IBRAHIM 10 ALZAM WA'IE HASRI BIN ISHAK 11 AHMAD ADIB ARHAM BIN AHMAD SUFFIAN AHMAD SUFFIAN BIN BASHARUDIN 12 NUR SOFEA ALISA BINTI ABDUL RAZAK NORAZAH BINTI TASUKI
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 18 Tingkatan 5 NAMA MURID NAMA IBU BAPA/PENJAGA 1 NUR DAMIA QISTINA BINTI MASARI ROSNAH BT MAT SAID 2 MUHAMMAD AMINUL BIN AZHAR ROAINI SULAIMAN 3 MUHAMAD AZIM ABU HASSAN ASHAARI 4 ADAM HAZIQ BIN MUHAMMAD HAFIZ STEPHEN MUHAMMAD HAFIZ STEPHEN BIN ABDULLAH 5 FARHAN NURHAKIM BIN KHAIRUL ANUAR KHAIRUL ANUAR BIN JUSOH 6 NUR AIN NATASHA BINTI MOHD JUNIT MAHD JUNIT BIN ABDULLAH 7 IRFAN RUSYAIDI BIN ROSDI WAN ROSMAWATI BINTI WAN OSMAN 8 MOHDAMAD HAZIM BUN MOHD KHALIL MOHD KHALIL BIN MOHD DAUD 9 MUHAMMAD NUR QAYYUM IRFAN BON JAMIL AZURIAH BINTI A WAHAB 10 ZARIRAH NUR AIN BJNTI ZAMRI ZAIMAH BINTI ABDUL SAMAD 11 HAZIQ ZAFARIS BIN ZULFARADI NORZAIHA BINTI MOHAMED ZINON 12 NURFARAHIN AMIRA BT HASHIM HASHIM ISMAIL 13 NOR FARHANAH BINTI MOHD RADZUAN MOHD RADZUAN BIN ZAKARIA 14 WAN AIMAN AL MUJAHEED HIRMAN HAYAH 15 MUHAMMAD AZFAR ISKANDAR BIN NOR RIZAL NOR AZIMAH BINTI BAKAR 16 ILHAM SOFEA BT MOHD SUHKERI FATIN DIANA BT ZAKARIA 17 MUHAMMAD AZFAR ISKANDAR BIN NOR RIZAL NOR RIZAL BIN MD NOAR
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 19 LAPORAN TAHUNAN PIBG TAHUN 2022 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah telah didaftarkan di Unit Pendaftaran, JPNP pada 03 Mei 1979 dengan nombor pendaftaran: JPNP/04/04/0717. Pemilihan AJK PIBG dan pemeriksa kira-kira bagi sesi 2021/2023 berdasarkan Perlembagaan PIBG 2003 dan Mesyuarat Agung kali ke-43/2021 pada 26 September 2021. 1. SENARAI JAWATANKUASA PIBG Penasihat/Ex-Officio : Encik Mazlan bin Sariyeo – Pengetua Yang Dipertua PIBG : Tuan Haji Azman bin Taher Naib Yang Dipertua PIBG : Encik Abdul Hadi bin Hamid Setiausaha PIBG : Puan Maheram binti Razali Penolong Setiausaha PIBG : Encik Mohd Azri bin Azimi Bendahari PIBG : Puan Ainey Suraya binti Zainal Rahim Ahli Jawatankuasa :- AJK Guru : Puan Nur Diyana binti Mohd Jasni Puan Mazliza binti Idris Encik Mohd Aidil Ubaidillah bin Razilan Encik Mohamad Ifzul Hayat bin Ahman Cik Noraimuni binti Abu Bakar AJK Ibu Bapa : Tuan Haji Yusri bin Mohd Ali Encik Badli Sham bin Baharun Encik Zaidey bin Abdul Kadir Puan Anita binti Aziz Puan Suhartini binti Jamaludin Encik Fitril Fahmi bin Mohamad Puan Wan Zai Azlin binti Wan Aziz Pemeriksa Kira-kira : Puan Rohana binti Abas
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 20 2. MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG Jawatankuasa PIBG telah bermesyuarat sebanyak 5 kali untuk sesi 2022/2023. Tarikh mesyuarat dan kehadiran adalah seperti jadual di bawah. BIL NAMA JAWATAN 1 2 3 4 5 JUM. 20/5/22 12/1/23 5/5/23 9/6/23 20/6/23 5 1 Tuan Haji Azman bin Taher YDP / / / THB / 4 2 Encik Abdul Hadi bin Hamid NYDP / / / THB THB 3 3 Puan Maheram binti Razali Setiausaha / / / THB THB 3 4 Encik Mohd Azri bin Azimi Penolong Setiausaha / / / / / 5 5 Puan Ainey Suraya binti Zainal Rahim Bendahari / / / / / 5 6 Tuan Haji Yusri bin Mohd Ali AJK / THB / / THB 3 7 Encik Badli Sham bin Baharun AJK / THB / / THB 3 8 Encik Fitril Fahmi bin Mohamad AJK / THB / THB THB 2 9 Puan Suhartini binti Jamaludin AJK / / THB / THB 3 10 Puan Wan Zai Azlin binti Wan Aziz AJK / / / / / 5 11 Encik Zaidey bin Abdul Aziz AJK THB / THB / THB 2 12 Puan Anita binti Aziz AJK THB / THB THB THB 1 13 Puan Mazliza binti Idris AJK (G) / / / / / 4 14 Cik Noraimuni binti Abu Bakar AJK (G) / / THB / / 4 15 Puan Nur Diyana binti Jasni AJK (G) / / THB / / 4 16 Encik Mohd Aidil Ubaidillah bin Razilan AJK (G) / THB / THB / 3 17 Mohamad Ifzul Hayat bin Ahman AJK (G) THB / THB THB THB 1 Bilangan Tidak Hadir 3 4 6 7 6 Bilangan Hadir 14 12 10 10 10 TURUT HADIR (EX-OFFICIO) 1 Encik Mazlan bin Sariyeo PENGETUA / - - - - 1 2 Tuan Haji Mahadzir bin Hanapiah PENGETUA - - / / / 3
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 21 3. PROGRAM DAN AKTIVITI TAHUN 2022 PENGURUSAN DAN AKADEMIK Bil Tarikh Nama Program 1 28.01.2022 Anugerah Pengetua sempena Peperiksaan Percubaan SPM 2021 2 30.01.2022 - 03.02.2022 Program Kembara Ilmu SPM 2021 3 15.02.2022 22 - 24.02.2022 Bekalan Makanan Tambahan untuk Pelajar SPM 2021 4 Mei - Jun 2022 Aktiviti keceriaan Bilik Seminar 1 5 Mei - November 2022 Kem Usaha Jaya SPM 2022 6 09.06.2022 Seminar Teknik Menjawab SPM Pendidikan Islam (Penceramah Jemputan) 7 16.06.2022 Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2021 8 16.07.2022 Majlis Graduasi dan Anugerah Gemilang Tahun 2021 9 06 - 07.08.2022 Seminar 1 SPM Matematik Tambahan 2022 10 09.09.2022 Seminar Teknik Menjawab SPM Fizik Kertas 2 11 24.09.2022 Seminar SPM Biologi A+ (Penceramah Jemputan) 12 24.09.2022 Program "Walk to Success" Sains Tingkatan Satu 2022 13 01 - 02.10.2022 Seminar 2 SPM Matematik Tambahan bersama Cikgu Aizuddin Yusoff AMSG 14 07.10.2022 Majlis Dialog Prestasi dan Anugerah Pengetua Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 3 Encik Mohd Khiruddin bin Awang PK HEM / PK / THB THB THB / 2 4 Encik Hashim bin Ismail PK KO / / THB THB / 3 5 Puan Rokiah binti Mahbob KB KEMANUSIAAN / PK HEM / / / / / 5 6 Puan Rohana binti Abas KB SAINS MATEMATIK / THB THB THB / 2 7 Cik Rapidah binti Omar KB BAHASA / THB THB THB / 2 8 Encik Mohmad Rozeli bin Yahya KB KEMANUSIAAN - - THB THB THB -
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 22 15 15.10.2022 Seminar Teknik Menjawab SPM Kimia Kertas 2 dan 3 Kolaboratif SEMSAS - INTEK 16 28 - 30.10.2022 Kem Kembara Ilmu Calon SPM 2022 HAL EHWAL MURID Bil Tarikh Nama Program 1 17.02.2022 Program Ceramah Motivasi 'Psychometric Talk' via Google Meet (Tingkatan 2 dan 3) 2 18.02.2022 Program Ceramah Sahsiah Terpuji ' Be A Gentleman & A Graceful Lady' via Google Meet (Tingkatan 1, 2 dan 3) 3 25.02.2022 Program 'Strive to Excellence' Victorious You Can Do It! 4 27.04.2022 Majlis Khatam Al-Quran 5 16 - 27.05.2022 Program Minggu Silaturrahim (MSR) Murid Tingkatan Satu Tahun 2022 6 13.07.2022 Bengkel Psikososial & Kesejahteraan Mental: Perkembangan Emosi Awal Remaja (Pelajar Tingkatan 1, 2 & 3) 7 21.07.2022 Pembelian Buku Motivasi 'Sanitasi Jiwa dan Minda' untuk Pelajar Tingkatan Satu 2022 8 09 - 10.09.2022 Bengkel Motivasi 'Saya Berhak Hebat' (Tingkatan Lima) 9 28.09.2022 - 01.10.2022 Kursus Kepimpinan Emas dan Kem Jati Diri Pelajar Tingkatan Empat Tahun 2022 10 14 - 15.10.2022 Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Tahun 2022 11 22.11.2022 Program Anti Buli dan Vandalisme SEMSAS Tingkatan Satu, Dua, Tiga dan Empat Tahun 2022 12 01 - 04.12.2022 Kursus Kepimpinan Gangsa II (Jati Diri) Tingkatan Dua Tahun 2022 KOKURIKULUM Bil Tarikh Nama Program 1 14.02.2022 Majlis Anugerah Kokurikulum Tahun 2021 2 28.05.2022 Kejohanan Hoki Piala Cikgu Afifee 3 31.05.2022 - 03.06.2022 Kejohanan Badminton Peringkat MSSD Kuantan 4 16 - 17.06.2022 Kejohanan Hoki Peringkat MSSD Kuantan
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 23 5 18.06.2022 Kejohanan Gatorade 3 on 3 Basketball Challenge 2022 6 20.06.2022 - 01.08.2022 Bayaran Jurulatih dan Latihan Pasukan Bola Sepak SEMSAS 7 20 - 23.06.2022 Kejohanan Olahraga Peringkat MSSD Kuantan 8 25.06.2022 Pertandingan Robotik "PPD Kuantan Robotic Challenge @ SHAKS" 9 28 - 30.06.2022 Kejohanan Tenis Peringkat MSSD Kuantan 10 02.07.2022 Bengkel Asas Memanah - Pembelian Peralatan Memanah 11 02 - 26.07.2022 Pembelian Peralatan Softball dan Pembayaran Khidmat Jurulatih 12 05.07.2022 - 10.01.2023 Program Malam Bela Diri Tahun 2022 13 12 - 21.07.2022 Kejohanan Bola Sepak Peringkat MSSD Kuantan 14 25 - 29.07.2022 Kejohanan Bola Jaring Peringkat MSSD Kuantan 15 27.07.2021 & 17.08.2022 Bengkel Fotografi SEMSAS Tahun 2022 (Penceramah Jemputan) 16 01 - 04.08.2022 Kejohanan Bola Jaring HKSBP Zon Timur 2022 17 02 - 04.08.2022 Kejohanan Kriket MSSD Kuantan 2022 18 06.08.2022 Scrabble Showdown 2022 19 08 - 11.08.2022 Kejohanan Kriket MSSP 2022 20 12 - 14.08.2022 Kejohanan Kriket SBP Zon Timur 2022 21 10 - 11.08.2022 Pertandingan Ragbi Peringkat MSSD Kuantan 22 25 - 27.08.2022 Perkhemahan Pandu Puteri Daerah Kuantan 23 01 - 24.09.2022 Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Pahang Tahun 2022 24 05 - 08.09.2022 Kejohanan Ragbi Sentuh TKC Super 6's Tournament (3rd Edition) Peringkat Kebangsaan 25 14.09.2022 Pertandingan Pemburuan Maya Forensik 2022 26 22 - 25.09.2022 Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan Bawah 14 Tahun SBP Peringkat Kebangsaan 27 23 - 24.09.2022 Karnival Bahas SEMSAS Piala Hajah Safiah dan Piala Haji Azman 28 24 - 25.09.2022 National Youth Scrabble Challenge 2022 29 29.09.2022 - 02.10.2022 Pertandingan Ragbi SBP 7' SEMESTI 30 01.10.2022 Klinik Pemantapan Kemahiran Bola Keranjang 31 06 - 08.10.2022 Kejohanan HKSBP Kebangsaan Bola Keranjang Lelaki dan Perempuan 32 03.12.2022 Pertandingan MyRobotz Challenge 2022
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 24 GAMBAR-GAMBAR PROGRAM AKADEMIK 2022
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 25 GAMBAR-GAMBAR PROGRAM AKADEMIK 2022
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 26 GAMBAR-GAMBAR PROGRAM HAL EHWAL MURID 2022
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 27 GAMBAR-GAMBAR PROGRAM HAL EHWAL MURID 2022
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 28 GAMBAR-GAMBAR PROGRAM KOKURIKULUM 2022
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 29 GAMBAR-GAMBAR PROGRAM KOKURIKULUM 2022
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 30 LAPORAN KEWANGAN PIBG 2022 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KM 12 JALAN GAMBANG, 25150 KUANTAN, PAHANG PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN PIBG 2022 (01.01.2022 - 31.12.2022) NOTA RM RM Baki pada 1 Januari 2022 Wang Tunai di Tangan 3,252.89 Wang Tunai di Bank 2 77,568.64 Jumlah 80,821.53 PENERIMAAN Sumbangan PIBG 2023 750.00 Sumbangan PIBG 2022 114,737.50 Sumbangan PIBG 2021 28,150.00 Sumbangan PIBG 2020 6,683.00 Sumbangan PIBG 2019 2,030.00 Sumbangan PIBG 2018 960.00 Sumbangan PIBG 2017 100.00 Sumbangan perseorangan 6,589.82 Hibah 90.02 Kutipan Jualan Air Minuman 695.40 Sumbangan ( Tumpang ) 3 40,147.50 Pendahuluan ( Dikembalikan ) 4 100.00 Jumlah 201,033.24 Jumlah Penerimaan 281,854.77 PEMBAYARAN Program Akademik 5 62,284.00 Program Hal Ehwal Murid 6 15,637.00 Program Kokurikulum 7 25,228.51 Projek ICT 8 1,970.00 Perbelanjaan Pengurusan PIBG 9 9,868.50 Perbelanjaan Kebajikan 10 3,500.00 Sumbangan (Tumpang dikembalikan) 11 38,675.00 Pemberian Pendahuluan 12 14,560.00 Jumlah Pembayaran 171,723.01 Lebihan / Kurangan Penerimaan dan Pembayaran 110,131.76 Baki pada 31 Disember 2022 Wang Tunai di Tangan 4,009.53 Wang Tunai di Bank 106,122.23 JUMLAH DANA 110,131.76
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 31 NOTA KEPADA AKAUN NOTA KEPADA AKAUN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 1 Dasar Perakaunan Penting a. Asas Perakaunan Akaun PIBG telah disediakan menurut kelaziman Kos Sejarah. b. Penerimaan dan Pembayaran telah diambil kira berdasarkan asas akaun dan tunai. RM 2 Wang Tunai Di Bank BIMB Cawangan Kuantan ( Baki awal pada 01.01.2022 ) 77,568.64 3 Sumbangan ( Tumpang ) 40,147.50 Program Intervensi Semua Straight A (PISSA) Yayasan Pahang 4,275.00 Sumbangan Zakat AXIATA Group 34,400.00 Tabung Prasarana SEMSAS 1,072.50 Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) SEMSAS 400.00 4 Pendahuluan ( Dikembalikan ) 100.00 Program 'International Roboticist Challenge' 2021 100.00 5 Program Akademik 62,284.00 Anugerah Pengetua sempena Peperiksaan Percubaan SPM 2021 190.00 Bekalan Makanan Tambahan untuk Pelajar SPM 2021 808.00 Program Kembara Ilmu SPM 2021 2,090.00 Bayaran Guru Ganti Matematik bagi bulan Januari dan Februari 2022 2,320.00 Pembayaran bahan bercetak (Master Millineum Enterprise) 6,000.00 Aktiviti keceriaan Bilik Seminar 1 315.00 Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2021 930.00 Seminar Teknik Menjawab SPM Pendidikan Islam (Penceramah Jemputan) 540.00 Majlis Graduasi dan Anugerah Gemilang Tahun 2021 17,000.00 Seminar 1 SPM Matematik Tambahan 2022 1,516.00 Bayaran Guru Ganti Bahasa Inggeris bagi bulan Ogos 1,500.00 Seminar Teknik Menjawab SPM Fizik Kertas 2 612.00
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 32 Seminar 2 SPM Matematik Tambahan bersama Cikgu Aizuddin Yusoff AMSG 2,737.00 Seminar SPM Biologi A+ (Penceramah Jemputan) 786.00 Program 'Walk to Success' Sains Tingkatan Satu 2022 810.00 Seminar Teknik Menjawab SPM Kimia Kertas 2 dan 3 Kolaboratif SEMSAS - INTEK 1,400.00 Majlis Dialog Prestasi dan Anugerah Pengetua Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 1,350.00 Kem Kembara Ilmu Calon SPM 2022 15,000.00 Saguhati guru Kem Perkampungan Ilmu SPM 2022 4,280.00 Kem Usaha Jaya SPM 2022 2,100.00 6 Program Hal Ehwal Murid 15,637.00 Pembelian Peralatan dan Ubatan Farmasi 2,129.00 Penyelenggaraan Penapis Air Minuman di Asrama 900.00 Program 'Strive to Excellence' Victorious You Can Do It! 2,421.00 Program Ceramah Motivasi 'Psychometric Talk' via Google Meet (Tingkatan Dua dan Tiga Tahun 2021) 230.00 Program Ceramah Sahsiah Terpuji ' Be A Gentleman & A Graceful Lady' via Google Meet (Tingkatan Satu, Dua dan Tiga Tahun 2021) 330.00 Program Minggu Silaturrahim (MSR) Murid Tingkatan Satu Tahun 2022 480.00 Bengkel Psikososial & Kesejahteraan Mental: Perkembangan Emosi Awal Remaja (Tingkatan Satu, Dua & Tiga Tahun 2022) 896.00 Pembelian Buku Motivasi 'Sanitasi Jiwa dan Minda' bagi Murid Tingkatan Satu 2022 1,470.00 Bengkel Motivasi 'Saya Berhak Hebat' (Tingkatan Lima Tahun 2022) 1,881.00 Kursus Kepimpinan Emas dan Kem Jati Diri Murid Tingkatan Empat Tahun 2022 1,300.00 Program Anti Buli dan Vandalisme SEMSAS (Tingkatan Satu, Dua, Tiga dan Empat Tahun 2022) 250.00 Kursus Kepimpinan Gangsa II (Jati Diri) Tingkatan Dua Tahun 2022 800.00 Majlis Khatam Al-Quran 1,350.00 Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Tahun 2022 1,200.00 7 Program Kokurikulum 25,228.51 Majlis Anugerah Kokurikulum Tahun 2021 900.00 Kejohanan Gatorade 3 on 3 Basketball Challenge 2022 600.00 Kejohanan Badminton Peringkat MSSD Kuantan 442.00 Kejohanan Hoki Piala Cikgu Afifee 200.00 Kejohanan Hoki Peringkat MSSD Kuantan 332.00
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 33 Yuran Kejohanan Hoki Peringkat MSSD Kuantan 240.00 Kejohanan Olahraga Peringkat MSSD Kuantan 780.00 Bayaran Jurulatih dan Latihan Pasukan Bola Sepak SEMSAS 800.00 Pertandingan Robotik "PPD Kuantan Robotic Challenge @ SHAKS" 560.00 Kejohanan Tenis Peringkat MSSD Kuantan 195.00 Kejohanan Bola Sepak Peringkat MSSD Kuantan 500.00 Kejohanan Bola Jaring Peringkat MSSD Kuantan 544.00 Kejohanan Bola Jaring HKSBP Zon Timur 2022 500.00 Pembelian Peralatan Memanah 2,249.00 Kejohanan Kriket MSSD, MSSP dan SBP Zon Timur 2022 1,230.00 Bengkel Fotografi SEMSAS Tahun 2022 (Penceramah Jemputan) 480.00 Scrabble Showdown 2022 190.00 Program Malam Bela Diri Tahun 2022 6,000.00 Pertandingan Ragbi Peringkat MSSD Kuantan 500.00 Perkhemahan Pandu Puteri Daerah Kuantan 200.00 Pembelian Peralatan Softball dan Pembayaran Khidmat Jurulatih 1,210.00 Pembelian 'Extension Cords' bagi program kokurikulum 500.00 Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan Bawah 14 Tahun SBP Peringkat Kebangsaan 730.00 Karnival Bahas SEMSAS Piala Hajah Safiah dan Piala Haji Azman 560.00 National Youth Scrabble Challenge' 2022 618.00 Pertandingan Ragbi SBP 7' SEMESTI 679.20 Klinik Pemantapan Kemahiran Bola Keranjang 800.00 Kejohanan HKSBP Kebangsaan Bola Keranjang Lelaki dan Perempuan 1,230.00 Kejohanan Ragbi Sentuh TKC Super 6's Tournament (3rd Edition) Peringkat Kebangsaan 240.00 Cabaran Kokurikulum Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Pahang Tahun 2022 160.00 Pertandingan MyRobotz Challenge 2022 850.00 Pertandingan Pemburuan Maya Forensik 2022 209.31 8 Projek ICT 1970.00 Pembelian perisian 'Document Studio' dan Laman Web Sekolah 770.00 Pembelian perisian 'Integrated Students Information System' (ISIS) bagi tempoh 3 tahun 1200.00
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 34 9 Perbelanjaan Pengurusan PIBG 9,868.50 Pemulangan Lebihan Sumbangan PIBG 7,325.00 Jamuan Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SEMSAS 100.00 Jamuan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SEMSAS Kali ke-46 2,280.00 Pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SEMSAS (Fotostat dan Pembelian Tabung) 130.00 Caj Bank 33.50 10 Perbelanjaan Kebajikan 3,500.00 Tuntutan Perjalanan Warden ke Klinik/Hospital 2,000.00 Penukaran Minyak Hitam Bas SEMSAS (ZME Enterprise) 1,500.00 11 Sumbangan ( Tumpang Dikembalikan ) 38,675.00 Program Intervensi Semua Straight A (PISSA) Yayasan Pahang 4,275.00 Sumbangan Zakat AXIATA Group 34,400.00 12 Pemberian Pendahuluan 14,560.00 Penyelenggaraan Bumbung Surau Ar-Rasyidin 4,000.00 Penyediaan Lukisan Terbina (As Built Drawing) bagi Surau Ar-Rasyidin (CD Concept & Design) 4,800.00 Pembelian Trace Robot bagi Pertandingan Robotik PPD Kuantan 'Robotic Challenge' @ SHAKS 1,260.00 Pembayaran Gaji Guru Ganti Bahasa Melayu MySTEP 4,500.00 Disediakan oleh: Disemak oleh: AINEY SURAYA BINTI DATO' HAJI ZAINAL RAHIM ROHANA BINTI ABAS Bendahari Pemeriksa Kira-kira PIBG SEMSAS 2021/2023 PIBG SEMSAS 2021/2023
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 35 USUL DAN CADANGAN BIL NAMA USUL/CADANGAN MAKLUMBALAS 1 AJK PIBG 2021/2023 Mesyuarat AJK PIBG yang bertarikh 23 Jun 2023 (Jumaat) memutuskan untuk mengekalkan sumbangan PIBG sebanyak RM300. 2 En. Mohd Faizal bin Mazlan Syawal Muizzuddin bin Mohd Faizal (3 Makmur) Turunkan harga sumbangan PIBG dari RM300 ke RM200. 3 Puan Rokiah binti Mahbob Hafiz Arifin bin Johar Arifin (4 Sepakat) Semua murid perlu bayar sumbangan yuran PIBG cuma anak kedua diberikan potongan sebanyak RM30.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 36 PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2023 / 2025 JAWATANKUASA PIBG SESI 2023 / 2025 Ex-Officio : Tuan Haji Mahadzir Bin Haji Hanapiah, SMP. Yang Dipertua : …………………………………………………….. Naib Yang Dipertua : …………………………………………………….. Setiausaha : …………………………………………………….. Penolong Setiausaha : …………………………………………………….. Bendahari : …………………………………………………….. Penolong Bendahari : …………………………………………………….. AJK Ibu bapa 1. …………………………………………………………….. 2. …………………………………………………………….. 3. …………………………………………………………….. 4. …………………………………………………………….. 5. …………………………………………………………….. 6. ……………………………………………………………. 7. ……………………………………………………………. AJK Guru 1. …………………………………………………………… 2. …………………………………………………………… 3. …………………………………………………………… 4. …………………………………………………………… 5. …………………………………………………………… Pemeriksa Kira-kira ……………………………………………………………
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEMSAS KALI KE-46/2023 37 Jawatankuasa PIBG SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah Sesi 2021/2023 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada: Pengetua SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah Barisan Pentadbir, guru-guru dan AKP Ibu Bapa / Penjaga dan Murid-murid serta Semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah. Semoga jasa baik semua pihak mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Insya Allah.