The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by edmundsawenyi, 2021-04-02 04:26:10

Pertandingan Ekonomi Power Point FORM 4

Pertandingan Power Point FORM 4

Pertandingan Power Point

• Nama: Edmund Saw En YI
• Tingkatan: 4Orange
• Tajuk: Ekonomi, Unit Ekonomi dan factor pengeluaran

/Sumber Ekonomi(T.B.M.U)

Maksud Ekonomi

• Ekonomi ialah satu bidang SAINS SOCIAL yang mengkaji cara manusia
menguruskan SUMBER EKONOMI YANG TERHAD untuk memenuhi
KEHENDAK YANG TIDAK TERHAD.

UNIT EKONOMI
1. ISI RUMAH
2. FIRMA
3. KERAJAAN

1)Isi Rumah

1. Isi rumah
∙ Definisi : Individu/sekumpulan individu / sebuah keluarga yang membuat
keputusan ekonomi secara bersama.
∙ Peranan dalam ekonomi
∙ Sebagai pengguna barang dan perkhidmatan (b+p) = membeli barang dan
perkhidmatan ⮚ Sebagai pembekal sumber ekonomi = Membekalkan sumber
ekonomi / faktor pengeluaran.
∙ Objektif: Memaksimumkan Kepuasan

2)FIRMA

• Definisi : individu / organisasi yang merancang dan menggunakan
faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang/perkhidmatan

• ∙Peranan dalam ekonomi
• Sebagai pengeluar b + p = mengeluarkan barang dan perkhidmatan
• Sebagai pengguna sumber ekonomi = menggunakan sumber

ekonomi / faktor pengeluaran. ∙ Objektif : Memaksimumkan
Keuntungan dan meminimumkan kos pengeluaran

3)KERAJAAN

• Definisi : unit ekonomi yang mengawal aktiviti ekonomi isi rumah dan
firma melalui undang-undang. • Peranan dalam ekonomi -
merupakan sebuah badan organisasi yang mempunyai kuasa untuk
membuat dan menguatkuasakan undang-undang untuk menjaga
kestabilan ekonomi dan sosial. • Objektif: Memaksimumkan kebajikan
masyarakat.

Faktor Pengeluaran /sumber ekonomi (T,B,M,U) –
merupakan sumber ekonomi produktif

• SYMBOL MAKSUD
T Tanah
B Buruh
M Modal
U Usahawan

Tanah

• Sumber anugerah alam semula jadi dan penawarannya adalah
terhad.

• • Merangkumi sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang
tidak boleh diperbaharui sama ada di permukaan bumi atau di dalam
perut bumi.

• • Tidak mempunyai mobiliti tempat iaitu tidak boleh bergerak tetapi
mempunyai mobiliti kegunaan iaitu boleh digunakan untuk pelbagai
tujuan. • Ganjaran - sewa

Modal

• Alat ciptaan manusia yang digunakan untuk mengeluarkan barang
dan perkhidmatan.
• Sesetengah mempunyai mobiliti geografi yang tinggi seperti

peralatan yang mudah dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain
seperti mesin.
• Manakala bangunan dan kilang pula adalah tidak mempunyai
mobiliti geografi yang tinggi.
• Ganjaran – faedah

Buruh

• Sumbangan tenaga manusia yang produktif dari segi fizikal atau mental
dalam proses pengeluaran.

• Terdiri daripada buruh mahir dan buruh tidak mahir.
• Buruh mahir - tenaga buruh yang berpendidikan tinggi atau memiliki

kemahiran profesional tertentu seperti doktor.
• Buruh tidak mahir -tenaga buruh yang tidak memiliki kemahiran

profesional tertentu seperti pekebun
• Memiliki mobiliti pekerjaan yang tinggi iaitu mudah bertukar pekerjaan
dan mobiliti geografi yang tinggi iaitu mudah bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain.
• Ganjaran – upah / gaji
• Bekerja dengan orang lain.

USAHAWAN

• Individu yang menggabungkan dan menyelaraskan faktor
pengeluaran yang lain untuk mengeluarkan barang dan
perkhidmatan

• Bertujuan untuk mencapai pengeluaran output yang maksimum atau
meminimumkan kos pengeluaran untuk memperoleh untung yang
maksimum.
• Seorang individu yang kreatif, inovatif, berani menghadapi risiko,
rajin, gigih dan tidak mudah berputus asa.
• Bekerja sendiri
• Ganjaran - untung

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version