The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-42290009, 2021-07-14 10:05:11

panduan kerja kursus PA

panduan kerja kursus PA 2021

HOWEIWEI 1
STS.T6.PA.2021

PENGAJIAN AM -- PANDUAN KERJA KURSUS, P2 (2021)

1 Format:
1. Saiz kertas: A4 putih [portrait]
2. Set margin: kiri & kanan 1.25 inci (3.2 cm), atas & bawah 1 inci (2.5 cm)
3. Set tulisan: Times New Roman, font 12
4. Set line spacing: 1.5
5. Insert ‘Header’: taip nombor IC di top right hand side
6. Insert ‘Page Number’: pilih Bottom of page, middle

2 Dalam komputer sediakan 1 folder:
a. File 1 – laporan kajian
(insert ‘header’: taip nombor IC di top right hand side)
(insert ‘page number’: bottom, middle – 1, 2, 3...)
b. File 2 – abstrak, kandungan, penghargaan
(insert page number: bottom, middle - i, ii, iii)
c. File 3 – rujukan
d. File 4 – lampiran

3 Tajuk – guna semua huruf besar, boleh ‘bold’ (perlu selaras dalam seluruh laporan)
- Mula di sebelah kiri

4 Seluruh laporan kajian – ‘Justify’

5 Panjang penulisan tidak lebih 5000 patah perkataan, tidak termasuk jadual, rajah, graf,
carta, senarai rujukan, lampiran, sinopsis, kandungan dan penghargaan.

6 Susunan skrip kertas kerja kursus:
1. Kulit hadapan (guna format ditetapkan oleh MPM)
2. Borang Perakuan Calon (BPC)
3. Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC)
4. Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BRuMKKC)
5. Kerja kursus

7 Kerja kursus WAJIB bercetak & berjilid.

STRUKTUR PENULISAN

1 Abstrak
2 Kandungan (butiran dan muka surat)
3 Penghargaan
4 Pengenalan
5 Objektif Kajian
6 Lokasi Kajian
7 Metodologi Kajian
8 Dapatan Kajian dan Perbincangan
9 Rumusan/Kesimpulan
10 Rujukan
11 Lampiran

1

A. ABSTRAK HOWEIWEI 2
STS.T6.PA.2021
1. Tulis dalam 1 perenggan
2. 100 – 150 patah perkataan ➢ Huruf besar
3. Mengandungi: ➢ di tengah

• Tajuk kajian – di atas, tengah page, semua huruf besar
• Tajuk kajian – di ayat pertama abstrak
• Objektif kajian
• Lokasi kajian
• Kaedah kajian
• Responden / informen kajian – siapa mereka, bilangan
• Dapatan utama kajian
• Kesimpulan kajian

Contoh:

PEMILIHAN KEDAI ROTI OLEH PENDUDUK
DI TAMAN XX

ABSTRAK

Tajuk kajian ini ialah ___________________. Objektif kajian ini adalah untuk
mengenal pasti _____, ______ dan ______. Taman XX dipilih sebagai lokasi kajian
kerana _________________. Kajian ini dijalankan melalui kaedah _____ dan
_____. Seramai ____ orang responden dan ___ orang informen dipilih secara ____
daripada _________________. Dapatan utama kajian ini menunjukkan
_____________________, ____________________ dan ________________.
Kesimpulannya, ____________________________.

2

HOWEIWEI 3
STS.T6.PA.2021

B, KANDUNGAN

1. Memuatkan tajuk-tajuk kecil dalam kerja kursus dan halamannya.
2. Selepas taip tajuk – ‘insert table’ – taip semua perkara kandungan & halaman –

selepas semua maklumat lengkap dan betul – hilangkan semua garisan jadual itu
dengan klik ‘All borders’.

** kandungan – ikut laporan kajian masing-masing, mengikut kesesuaian.

Contoh: Halaman
i
KANDUNGAN ii
iii
Perkara 1-6
Abstrak 6
Kandungan 7-9
Penghargaan 9
1.0 Pengenalan 10
2.0 Objektif Kajian 10
3.0 Lokasi Kajian 11
4.0 Metodologi Kajian 12
12
4.1 Persampelan 12
4.1.1 Responden Borang Soal Selidik 13
4.1.2 Informen Temu Bual 14-18
18-20
4.2 Pengumpulan Data
4.2.1 Borang Soal Selidik
4.2.2 Temu Bual

4.3 Kaedah Analisis Data
5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan
6.0 Rumusan dan Kesimpulan
Rujukan
Lampiran

Lampiran 1 Borang Soal Selidik
Lampiran 2 Borang Temu Bual

3

HOWEIWEI 4
STS.T6.PA.2021

C. PENGHARGAAN

1. Ucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak-pihak yang membantu anda
menjayakan kerja kursus ini.

2. Boleh ditulis dalam beberapa perenggan.

Contoh:

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak
pentadbir sekolah SMK St. Thomas khasnya Tuan Pengetua, Encik
Robin Anak Sabai dan PK Tingkatan 6, En Joseph Canddy kerana
memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan
kerja kursus ini.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu
_______ selaku guru Pengajian Am saya yang telah meluangkan
banyak masa memberi tunjuk ajar dan membimbing saya
menyempurnakan kerja kursus ini.

Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, iaitu Encik ______ dan Puan
_____, jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan
kepada saya sepanjang masa.

Penghargaan kepada rakan-rakan baik saya iaitu ______, ________ dan
________ atas kesudian membantu saya dan segala nasihat yang
diberikan. Tidak lupa juga, terima kasih kepada semua responden dan
informen kajian ini kerana sudi meluangkan masa menjawab soal
selidik dan ditemu bual.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang
telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan kerja kursus ini.

4

HOWEIWEI 5
STS.T6.PA.2021
1.0 PENGENALAN
1.0 Pengenalan – nyatakan tema dan tajuk
1.1 Pendahuluan – menjelaskan isu dan skop kajian – rujuk laman web, akhbar, buku
- Memberi penerangan tentang perkara yang dikaji
- Memberi beberapa terbitan tentang isu yang dikaji (diperoleh dari
surat khabar, majalah atau terbitan lain yang memaparkan isu
berkaitan aspek yang dikaji).
1.2 Definisi Operasi -Memberi definisi untuk tema, tajuk
Contoh: Menurut Kamus Dwibahasa (1994), ekologi bermaksud....
1.3 Persoalan Kajian
1.4 Rasional Kajian – Menjelaskan sebab anda kaji tajuk tersebut, sebab pilih
kumpulan responden berkenaan, sebab pilih lokasi tersebut, sebab kaji objektif 1
dan sebab kaji objektif 2
Contoh: Rasional kajian ini dijalankan adalah untuk.......

2.0 OBJEKTIF KAJIAN
• Memberi 2 atau 3 objektif kajian yang jelas dan boleh diukur / boleh dicapai.
• Guna kata kerja: mengenal pasti, mengkaji
• Guna nombor roman – i, ii, iii (Jangan guna – atau ●)
• Elak kaji langkah atau cadangan
Contoh:
Objektif kajian ini adalah untuk:
i. mengkaji faktor-faktor yang mendorong pemilihan kedai roti
oleh penduduk Taman XX.
ii. mengenal pasti tahap kepuasan terhadap kedai roti pilihan
penduduk Taman XX.

5

HOWEIWEI 6
STS.T6.PA.2021

3.0 LOKASI KAJIAN

• Menjelaskan kedudukan / lokasi kajian
• Memberi bukti – peta (Google maps atau sumber peta lain) & foto lokasi kajian
• Huraian –

✓ menjelaskan lokasi kajian,
✓ sebab dijadikan lokasi kajian (rasional lokasi dipilih)
• 1. Peta Sarawak (mengandungi bahagian-bahagian) – beri penerangan ringkas
2. Peta Daerah Kuching / daerah pilihan – beri penerangan ringkas
3. Peta lokasi kajian – beri penerangan ringkas: jalan? Bangunan berdekatan? dll
4. Gambar lokasi kajian

Contoh:

Kampung XX terletak di Daerah Kuching, Sarawak. Lokasinya terletak
di kawasan Jalan Y…….
- berdekatan Kampung …? Taman …? Kedai …? Pasaraya …?
- jarak dengan pusat Bandaraya Kuching?
- Rasional lokasi kajian ini dipilih ….?
(rujuk Peta 4 dan Foto 1))

Peta 4: Lokasi Kampung XX • Bawah peta
Sumber: http://maps.google.com /gambar

• center

Foto 1: Kampung A
Sumber: Kajian Lapangan 2020

6

HOWEIWEI 7
STS.T6.PA.2021

4.0 METODOLOGI KAJIAN

• Jelaskan tentang metod kajian / metodologi penyelidikan
• Beri penerangan ringkas tentang maksud:

a) penyelidikan
b) metodologi penyelidikan
• Penerangan perlu mantap dan berkesan (cari rujukan dalam buku atau online)
• Contoh:

➢ Menurut Woolf (1975) dalam portal Universiti Sains Malaysia (USM) (2016),
penyelidikan adalah ……

➢ Menurut laman web Academia (2016), ………..

4.1 PERSAMPELAN

• Jelaskan tentang responden/sampel kajian anda
• cara mendapat sampel (rawak bertujuan, rawak mudah, ...)
• dapatkan rujukan dari kajian lepas tentang maksudnya
• Beri penerangan ringkas tentang maksud persampelan
• Penerangan perlu mantap dan berkesan (cari rujukan dalam buku atau online)
• Contoh:

➢ Menurut Tan dalam laman web XXX (2014), persampelan adalah …..
➢ Menurut Mohd Amin dalam laman web XXX (2016), …….
[nama Cina – letak sur name, full name letak di rujukan]
[nama Melayu – letak nama penulis, full name letak di rujukan]
[tiada nama penulis – letak nama laman web]
[setiap rujukan WAJIB ada tahun/tarikh]

4.1.1 RESPONDEN SOAL SELIDIK
• Bilangan responden
• Siapa responden
• Cara dapatkan responden (kaedah), beri maksud kaedah tersebut
• rasional pemilihan – ciri responden: lebih memahami, lebih terdedah,
pernah mengamalkan.....
• kuantitatif

4.1.2 INFORMEN TEMU BUAL
• Bilangan informen
• Siapa informen
• Cara dapatkan informen / rasional pemilihan informen
• Kualitatif

7

HOWEIWEI 8
STS.T6.PA.2021

4.2 PENGUMPULAN DATA
• Memberi penerangan tentang cara data dikumpul dalam kajian
• jelaskan cara pengumpulan data:
a) kuantitatif (melalui borang soal selidik)
• b) kualitatif (melalui pemerhatian atau temu bual)
jelaskan maksud data primer, data sekunder

4.2.1 SOAL SELIDIK

• Menjelaskan penggunaan borang soal selidik
• Cara soal selidik dilaksanakan
• Nyatakan bahagian-bahagian dalam borang soal selidik (Bhgn A, B, C...)
• Nyatakan bentuk soalan yang dikemukakan:

Cth: Skala Likert 3 mata (setuju, tidak pasti, tidak setuju) – 3 pilihan
Cth: Skala Guttman (ya, tidak) – 2 pilihan sahaja
➢ Semua maklumat yang ada dalam borang soal selidik perlu dianalisis dalam
dapatan kajian (letak yang perlu sahaja spt jantina, kaum, ...)
Contoh:

… melalui satu set borang soal selidik yang dibahagi kepada dua bahagian
iaitu Bahagian A…… dan Bahagian B……… Soalan-soalan berbentuk

tertutup / terbuka. Soalan tertutup menggunakan skor likert 3 mata iaitu
merangkumi puas hati, tidak pasti dan tidak puas hati. ……

4.2.2 TEMU BUAL

• Bentuk soalan temu bual
• Tempat temu bual dijalankan
• Cara pelaksanaan temu bual
• Cara merekod temu bual

Contoh:
Pengkaji juga mendapatkan maklumat dengan mengadakan temu bual dengan tiga
orang informen iaitu X, Y dan Z. .............

4.2.3 PEMERHATIAN (jika kaedah ini diguna dalam kajian)
• Menjelaskan cara pelaksanaan pemerhatian, tarikh dan masa pemerhatian
• Perkara-perkara yang diperhatikan
• Cara pemerhatian direkod
Contoh:
Pengkaji juga menjalankan tiga kali pemerhatian di..... iaitu masing-masing pada
tarikh...... Aspek-aspek yang diperhatikan termasuk.....

8

HOWEIWEI 9
STS.T6.PA.2021

4.3 KAEDAH ANALISIS DATA
• Menjelaskan cara/proses data dari borang soal selidik dianalisis
Contoh:
➢ Analisis secara deskriptif dijalankan untuk menganalisis data daripada soal
selidik.
➢ Data : dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan – dipersembahkan
dalam bentuk jadual / carta / graf bar / graf garis.
➢ Bagi item menggunakan skala likert 3 mata, nyatakan skalanya spt setuju,
tidak pasti, tidak setuju
➢ Bagi item menggunakan skala Guttman, nyatakan skalanya spt ya atau
tidak, boleh atau tidak boleh, dll.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

• Bahagian yang paling penting dalam laporan kajian
• Pastikan setiap objektif kajian mesti dijawab – menepati objektif kajian.
• Memberi huraian hasil dapatan dengan jelas dan berfokus
• Perlu beri bukti kukuh untuk menyokong rumusan dan perbincangan. Hasil soal

selidik, pemerhatian / temu bual / kajian rujukan diguna sebagai bukti.
(Boleh guna gambar hasil pemerhatian / hasil temu bual / kajian rujukan sebagai bukti
kukuh untuk menyokong perbincangan kepada soal selidik.)
• Pastikan semua data (nilai mutlak dan %) adalah betul.
• Dalam menjawab setiap objektif kajian, perlu merumus dan menegaskan hasil dapatan.
• Utamakan (high light) faktor dominant – beri data, beri alasan / huraian

a. Guna jadual / graf / carta untuk memaparkan data
b. Perlu hurai semua item (nilai mutlak dan peratus) – hurai SEMUA /

SETIAP item ikut urutan dalam borang soal selidik
c. Letak jadual / graf / carta – huraikan data – wajib buat rumusan /

kesimpulan / penegasan / pendapat di akhir setiap perenggan.

9

HOWEIWEI 10
STS.T6.PA.2021

Contoh 1: CARTA / BAR

JANTINA RESPONDEN • Huruf besar
• atas

lelaki Label, orang, %
43.33%
perempuan
56.67% 13
17 orang orang

Rajah 1: Jantina Responden - bawah carta / graf
Sumber: Kajian Lapangan 2020 - center

Rajah 1 menunjukkan daripada 30 orang responden yang disoal selidik, seramai

17orang (56.67%) terdiri daripada responden perempuan manakala 13 orang
(43.33%) adalah responden lelaki. Keadaan ini disebabkan …….………..
Kesimpulannya,…….

10

HOWEIWEI 11
STS.T6.PA.2021

Contoh 2: JADUAL

- Tajuk di atas jadual
-- ceDntieter ngah
-- huHruufrukfeckielcil

Jadual 1: Faktor-faktor Pemilihan Kedai Roti di Taman XX oleh …..

Bil Faktor Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju
orang peratus
orang peratus orang peratus

1 Dekat dengan rumah

2

Sumber: Kajian Lapangan 2020 - di bawah jadual

- tepi, kiri.

Berdasarkan Jadual 1, terdapat 7 faktor yang ……………………………...............
………………..

Faktor dekat dengn rumah …..[jelaskan: setuju ___ orang ___%, tidak pasti __ orang
___ %, tidak setuju ___ orang ___%]

***
i. TERANG SETIAP ITEM
ii. TERANG SEMUA DATA (BILANGAN, %)
iii. BERI SOKONGAN RUJUKAN & TEMU BUAL / PEMERHATIAN
iv. AYAT RUMUSAN PADA HUJUNG SETIAP PERENGGAN.

Secara kesimpulannya, ………..
[buat rumusan nyatakan item yang menunjukkan data tinggi / utama]

11

HOWEIWEI 12
STS.T6.PA.2021

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
• Merumuskan hasil kajian secara jelas dan berkesan.
• Kandungan seperti sinopsis.
a) 6.0 Intro
i. Tajuk
ii. Objektif kajian
iii. Responden (bilangan, siapa)
iv. Kaedah kajian

b) 6.1 Jelaskan dapatan utama bagi menjawab objektif kajian pertama
i. Nyatakan item yang mendapat data tinggi, sokongan rujukan, temu bual,
pemerhatian (jika ada).
ii. Jelaskan beberapa item / dapatan utama.

iii. Rumusan

c) 6.2 Jelaskan dapatan utama bagi menjawab objektif kajian kedua
i. Nyatakan item yang mendapat data tinggi, sokongan rujukan, temu bual,
pemerhatian (jika ada).
ii. Jelaskan beberapa item / dapatan utama.

iii. Rumusan

d) Nyatakan batasan kajian ini.
e) 6.3 Kesimpulan

i. Rumusan ringkas dapatan utama Jadual 1 bagi menjawab objektif kajian 1 +
pandangan pengkaji

ii. Rumusan ringkas dapatan utama Jadual 2 bagi menjawab objektif kajian 2 +
pandangan pengkaji

iii. Rumuskan hasil dapatan– nyatakan item paling dominan dari kedua-dua
jadual.

iv. Kesimpulan mengikut pandangan pengkaji.

12

HOWEIWEI 13
STS.T6.PA.2021

RUJUKAN
• Mengikut Gaya Dewan *** rujuk: Manual Kerja Kursus PA
• Minimum 5 rujukan daripada 3 sumber berbeza
[Cth: kamus, majalah/buku, internet]
• Boleh guna: buku, jurnal, majalah, laman web rasmi, akhbar online, google map,
laman web rasmi jabatan kerajaan.
(TIDAK BOLEH guna maklumat dari blog dan wikipedia)
• Jangan kesemua bahan rujukan dari laman web sahaja (perlu ada buku / kamus / dll)
• mesti SUSUN IKUT URUTAN ABJAD (in alphabetical order)

Buku / karya penulis

Nama penulis, tahun. Judul. Bilangan jilid. Edisi & terbitan. Tempat terbit: penerbit.

Susun ikut abjad baris kedua perlu ‘indent’ Italic judul buku

Contoh:
1. seorang penulis:
A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. dua orang penulis:
Mohd Baidi Bahari dan Rahmat Awang, 1989. Panduan Mengguna Ubat. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. tiga orang penulis:
Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and Assigment. Edisi

Kedua. New Delhi: Wiley Eastern Private Limited.

4. lebih daripada tiga orang penulis:
Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan Pertama. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Ensaiklopedia

Judul, jilid, tahun. Edisi & cetakan. Tempat: penerbit.

Italic judul
Contoh:
Kamus Dewan, 2010. Edisi Keempat Cetakan Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Kamus Dwibahasa, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 1, 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

13

HOWEIWEI 14
STS.T6.PA.2021

Laman Web

Nama penulis (tahun). Tajuk artikel [versi elektronik]. Sub judul (jika ada). Dicapai
pada bulan, hari, tahun, dari URL.

Contoh: Tarikh ambil dari internet [bulan hari, tahun]

Rohana Yusof (2004). Data Primer. Dicapai pada Februari 8, 2019, dari
https://www.scribd.com.

Laman Web Google (2014). Peta Negeri Sarawak dan Peta Daerah Kuching. Dicapai pada
Februari 20, 2019, dari http://maps.google.com.

Laman Web Rasmi iDengue (2014). Maklumat Denggi Harian. Dicapai pada Mac 13, 2019,
dari http://idengue.remotesensing.gov.my.

Wordnet (2006). WordNet Search – 2.1. Dicapai pada April 30, 2019, dari
http://wordnet.princeton.edu.

Akhbar Online

Contoh:
Utusan Malaysia Online Arkib (30 Julai 2010). Bebas Polistirena, Plastik di Sekolah.

Dicapai pada Februari 15, 2019, dari http://www.utusan.com.my.

Tarikh ambil dari internet [bulan hari, tahun]

Majalah

Nama penulis. “tajuk rencana” dlm. judul majalah, bilangan keluaran, jilid, halaman,
tarikh terbit

Contoh:
Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-143, Mac

1977.

Rosalan Daud. “Aktif dan Cergas dalam Sukan” dlm. Dewan Siswa 33:05, hlm. 4-5, Mei
2011.

14

HOWEIWEI 15
STS.T6.PA.2021

Surat akhbar (cetak) Buletin News main title in inverted coma Italic akhbar

Nama penulis. “tajuk rencana” dlm. Nama akhbar atau buletin, tarikh terbit.

Contoh:
Zaharuddin Mohd. Ali. “PM: Maju Tanpa Mengorbankan Moral” dlm. Utusan Malaysia, 21

April 1995.

Karya yang diusahakan oleh badan, institusi, jawatankuasa

Nama negeri, nama badan / institusi / jawatankuasa, tahun terbit, judul, tempat terbit,
nama penerbit
Italic tajuk

Contoh:
Negeri Sembilan. Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan,

2005. Garis Panduan Pelaksanaan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah
Laku (COMBI): Pencegahan dan Pengawqalan Demam Denggi. Negeri Sembilan:
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

Malaysia. Kementerian Penerangan Malaysia, 2006. Perpaduan Rakyat Asas
Kecemerlangan Negara. Kuala Lumpur: Kementerian Penerangan Malaysia.

Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 1994. Laporan Ekonomi 1994/1995. Kuala
Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993. Laporan Tahunan 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Temu bual / wawancara

(a) bahan berakam
Wawancara secara rakaman antara penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku
Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian
Pembinan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada jam 11
pagi, 15 Disember 1980.

(b) bahan tidak berakam
Wawancara secara bebas antara penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku Setiausaha
Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian Pembinan dan
Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada jam 11 pagi, 15
Disember 1980.

*** rujukan lain: refer manual kerja kursus dari MPM.

15

HOWEIWEI 16
STS.T6.PA.2021
LAMPIRAN
• Letak lampiran berkaitan.
• termasuk:
- Borang Soal Selidik (1 set yang kosong)
- Borang Temu Bual (1 set yang kosong, 3 set yang dilengkapi, 1 rumusan temu
bual)
- Dapatan Pemerhatian (gambar & penerangan) – jika ada buat pemerhatian

SUSUNAN:
1. LAMPIRAN (guna kertas warna)
2. LAMPIRAN 1: BORANG SOAL SELIDIK (kertas warna)

• 1 set contoh borang soal selidik yang kosong (kertas putih)
3. LAMPIRAN 2: BORANG TEMU BUAL (kertas warna)

• 1 set borang temu bual yang kosong (kertas putih)
• 3 set borang temu bual yang dilengkapi (kertas putih)
4. LAMPIRAN 3: RUMUSAN TEMU BUAL (kertas warna)
• 1 set rumusan daripada hasil 3 temu bual (kertas putih)

16

HOWEIWEI 17
STS.T6.PA.2021

17

HOWEIWEI 18
STS.T6.PA.2021

18

HOWEIWEI 19
STS.T6.PA.2021

19


Click to View FlipBook Version