The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

A231 MPU 1042 NATIONHOOD STUDIES (KUMPULAN H) _ GROUP UTAMA<br><br>NAMA PENSYARAH : SITI NOR ZAKIAH BINTI SAIDI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by meisim6666, 2024-01-07 10:26:09

ETNIK SABAH DI MALAYSIA

A231 MPU 1042 NATIONHOOD STUDIES (KUMPULAN H) _ GROUP UTAMA<br><br>NAMA PENSYARAH : SITI NOR ZAKIAH BINTI SAIDI

ETNIK SABAH DI MALAYSIA MPU 1042 NATIONHOOD STUDIES (KUMPULAN H) NAMA PENSYARAH : SITI NOR ZAKIAH BINTI SAIDI DISEDIAKAN OLEH: GROUP UTAMA


AHLI KUMPULAN NG MEI SIM [302172] TAN YEE KIEN [301766] AINU MAISARAH BINTI MOHD HARIFF [301431] NUR ELLYA NATASHYA BINTI CIK JOHARY [302086] NUR AFRINA DALILAH BINTI NORAZALIN [302097] SYARIFAH SYAHIRAH BINTI SYED AFFENDY [301409] RABIATUL AIMI BINTI ROSLAN [301396] SYAZWIN HANI BINTI MOHD SHARIFFUDIN [301451] Afif Zahin Bin Azzuwan [302037]


Pengenalan Adat Resam dan Budaya Pakaian Tradisional Makanan 03 Pengenalan Adat Resam dan Budaya Pakaian Tradisional Makanan Pengenalan Adat Resam dan Budaya Pakaian Tradisional Makanan KADAZAN DUSUN BISAYA SUNGAI 24 25 29 30 Pengenalan Adat Resam dan Budaya Pakaian Tradisional Makanan BUGIS 10 11 16 17 18 19 22 23 1 2 6 8 ISI KANDUNGAN 01 02 04 05 KESIMPULAN RUJUKAN 31 32


Kadazan dusun dikenali sebagai bangsa “mamasok sabah”. Kadazan-Dusun merupakan kaum bumiputera asal yang terbesar di sabah. Kadazan dusun adalah satu kumpulan etnik yang terdiri daripada dua bangsa iaitu bangsa kadazan dan bangsa dusun di Borneo kemudian digabungkan menjadi satu kumpulan kaum atau etnik. Kaum ini dikenali dalam bahasa asal sebagai “Mamasok” atau “Pasok” yang bererti “original”atau “orang asal” ataupun “orang asli pribumi”. Kaum etnik Kadazandusun menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Etnik kadazandusun diiktiraf sebagai etnik masyarakat orang asal Borneo Utara (Sabah). Bukan itu sahaja, Kadazan-Dusun juga turut diiktiraf sebagai kumpulan Pribumi asal di Sabah yang mendapat hak istimewa tersendiri . PENGENALAN KADAZAN DUSUN 1


ADAT RESAM DAN BUDAYA Perkahwinan Bagi etnik Kadazan dusun, pesta perkahwinan wajib dilakukan walaupun selama dua hingga tiga hari, untuk mereka yang berkemampuan, majlis boleh dibuat selama tujuh hari hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan suami isteri sudah sah disisi agama dan kepercayaan, tetapi mereka belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malahan ada yang mengambil masa seminggu atau dua minggu berikutnya. Hal ini bergantung kepada berapa lama majlis mereka diadakan. Pasangan pengantin perlu makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama bagi membolehkan mereka bersatu. Upacara ini perlu dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir kerumah pengantin perempuan sebelum pasangan pengantin itu sah bersatu. Majlis perkahwinan akan berlangsung selama tiga hari. Perkara yang paling penting dalam majlis perkahwinan ini ialah upacara ‘miohon pinisi’ iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Sebelum upacara tersebut diadakan, pasangan pengantin perlu duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang berpakaian hitam. Dihadapan mereka akan diletakkan satu periuk nasi. Kemudian, kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Akhirnya, pasangan pengantin akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu lalu dimakan. Upacara miohon pinisi ini boleh dikatakan umpama nazar perkahwinan menurut cara tradisional. Selepas upacara ini dilakukan, makanan dan minuman akan dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Majlis ini akan diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau. 2


ADAT RESAM DAN BUDAYA Akhir sekali,etnik kadazan dusun juga mempunyai pantang larang kematian. Mereka akan membuat unggun api dibuat di sekeliling rumah untuk memagar rumah daripada roh jahat. Tanduk kerbau dibayar untuk menghalau hantu. Selain itu, dua lelaki akan menunggang kuda atau kerbau mengelilingi kampung. Ahli keluaraga si mati pula akan menerima sejemput beras atau garam dan memberi sedekah sprit kain belacu sebagai kain bendera kubur. Ahli keluarga juga tidak boleh tidur selagi mayat masih ada didalam rumah dan menanam mayat bersama dengan barang-barangnya serta menghidangkan hidung, mata, telinga dan ekor haiwan ternakan untuk dibuat sajian bagi si mati. Akhir sekali, keluarga si mati akan memberi amaran supaya roh tidak kembali. Selain itu, terdapat juga pantang larang sewaktu bersalin. Mengikut kepercayaan mereka, suami tidak boleh jauh dari rumah kerana takut diganggu jin atau syaitan. Mereka juga perlu mengelakkan diri dari makan ikan bertulang keras, ikan berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air. Bagi bayi pula, tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah seperti halaman rumah kerana takut diganggu oleh roh jahat sperti rogon gaiyah. Bagi mereka lagi, sahabat handai tidak boleh melawat bayi sebelum upacara memberi nama. Etnik Kadazan Dusun juga mempunyai pantang larang bagi lelaki dan perempuan. Sekiranya ditangkap berkhalwat atau diketahui, pihak lelaki perlu membayar denda kepada pihak gadis. Akan tetapi Jika perempuan didapati mengandung daripada perbuatan khalwat, pihak lelaki akan dipaksa untuk megahwini perempuan tersebut. Pantang Larang Antara pantang larang yang biasa diamalkan oleh etnik kadazan dusun ialah pantang larang bagi ibu mengandung. Bagi mereka, ibu mengandung tidak boleh memotong, mengikat atau menyimpul sesuatu.Suami pula tidak boleh memotong rambut kerana ditakuti rambut anak akan menjadi panjang. Selain itu, ibu mengandung juga tidak boleh menyiat telinga binatang. Ini boleh menyebabkan telinga anak akan menjadi panjang. Mereka juga tidak dibenarkan memakan buah yang mengandungi air. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak boleh mencucuk hidung kerbau atau lembu kerana dipercayai boleh menyebabkan bibir anak akan menjadi sumbing. 3


Pesta Keamatan merupakan pesta tradisi sejak turun temurun bagi suku kaum Kadazan-Dusun Sabah. Pesta ini diadakan bagi mengingati sejarah ‘Bambazon’ iaitu menghormati ‘Semangat Padi’. Pesta ini merupakan salah satu pesta paling popular dikalangan penduduk negeri Sabah. Pesta ini akan diadakan setiap tahun dan akan disambut selama sebulan iaitu sepanjang bulan Mei dan kemuncak sambutan pesta keamatan. ADAT RESAM DAN BUDAYA Pada 30 dan 31 Mei setiap tahun,terdapat pelbagai acara yang diadakan sempena Pesta Kaamatan. Sebagai contoh, pertandingan tarian Sumazau, pertandingan nyanyian yang disebut sebagai ‘Sugandoi’, sukan rakyat, pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau dan banyak lagi. Selain dari pertandingan-pertandingan diatas terdapat juga acara lain seperti pameran hasil seni dan kraftangan Sabah. Pameran ini akan menonjolkan beberapa kraftangan hasil tangan daripada penduduk Sabah yang sudah terang lagi bersuluh dapat menarik perhatian pelancong dalam negara serta luar negara. Semasa Pesta Kaamatan ini disambut, terdapat pelbagai hidangan tradisi yang bukan sahaja daripada suku kaum Kadazan-Dusun, malah hidangan tradisi dari suku kaum yang lain juga turut dihidangkan.Kini Pesta Kaamatan bukan sahaja disambut oleh suku kaum Kadazan-Dusun, namun ianya turut disambut oleh etnik-etnik lain di negeri Sabah, tidak kira suku kaum dan bangsa. Tarikh kemuncak pesta ini iaitu pada 30 dan 31 Mei yang merupakan hari cuti umum bagi negeri Sabah. PERAYAAN 4


Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi kaum Kadazandusun yang sangat terkenal di Sabah. Tarian Sumazau sering dipersembahkan pada Hari Tadau Kaamatan.Tadau Keamatan bermaksud “Hari Penuaian” yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Hujung bulan Mei dipilih berdasarkan penanaman padi yang hanya berlaku sekali setahun.Selalunya, padi akan selesai dituai sebelum penghujung bulan Mei. Tarian Sumazau ini ditarikan dengan keduadua belah tangan diangkat ke paras bahu dan dikibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan dengan lemah lembut. Penari lelaki dan wanita menari berhadapan dan mereka akan menggerakgerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturutkan mengikut irama lagu bergantung pada dari mana suku kaum kadazandusun ini berasal. Ketika menari tarian ini, tangan didepakan keluar seolah-olah sedang terbang tetapi pergelangan tangan dihinjutkan. T A R I A N S U M A Z A U ADAT RESAM DAN BUDAYA Kadang kala ketika menari, penari boleh menghayun-hayunkan atau melimbai-limbaikan tangan. Pada masa sekarang, tarian sumazau ditarikan pada setiap majlis dan keramaian. Namun, tujuan asal tarian ini untuk menyambut kedatangan “Bambaazon” (semangat padi) yang biasa dilakukan selepas selesai menuai padi. 5


PAKAIAN TRAD I S I ONAL Selain itu, taragkut juga salah satu bahagian penting daripada pakaian tradisional. Taragkut ialah sejenis kain yang panjang ikat di pinggang. Pakaian tradisional Kadazan dusun bagi lelaki dikenali sebagai “Gaung”. Gaung merupakan sejenis baju lengang panjang yang menggunakan kain hitam yang bersulamkan benang emas dan biasanya dipadankan dengan seluar panjang hitam. Seluar ini dikenali sebagai “Souva”. GAUNG Dalam masyarakat Kadazan dusun, pakaian tradisional Kadazan dusun ialah satu lambang kebudayaan dan juga merupakan salah satu etnik asli di negeri Sabah. Pakaian ini bukan sahaja menonjolkan keunikan, tetapi juga estetika tradisional yang memikat hati ramai. Pada awalnya, pakaian tradisional Kadazan dusun hanya dihasilkan daripada bahan semula jadi seperti kulit kayu dan daundaun tumbuhan sahaja. Hal ini kerana fungsi asal pakaian tradisional ini sebagai pelindung badan sahaja. Dengan perubahan zaman, pakaian tradisional Kadazan dapat mengalami transformasi. Ia telah menjadi lebih cantik dan dihiasi dengn sulaman dan perhiasan. Seterusnya, topi yang dipakai oleh Kadazan dusun lelaki ialah sejenis topi bulat yang dikenali sebagai “Tupi’ sinikat”. 6


Sinuangga merupakan pakaian tradisional yang dipakai oleh Kadazan dusun wanita. Sinuangga ini biasanya dipakai oleh wanita muda. Sinuangga ialah baju blaus lengan yang pendek dan leher berbentuk U. Sinuangga juga mempunyai sulaman benang berwarna emas di sepanjang lubang kepala dan lengan, dan sepanjang jahitan tepi dan pertengahan belakang. PAKAIAN TRADISIONAL Sinuangga Pakaian-pakaian tradisional ini biasanya dipakai semasa sambutan Pesta Menuai ataupun boleh dikenali sebagai perayaan ‘Tadau Kaamatan’ pada hujung bulan Mei setaip tahun. Oleh itu, pakaian tradisional etnik Kadazan dusun bukan hanya simbol keindahan seni tatacara pakaian. Tetapi juga mempunyai kepentingan yang mendalam dalam menjaga dan menyampaikan warisan budaya yang diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. Selain itu, Tangkong badu ialah sejenis hiasan pinggang yang dipakai bersama dengan sinuangga. Hiasan ini dapat menambahkan keanggunan dan keindahan pada keseluruhan pakaian tradisional. Dalam proses pembuatan tangkong badu ini, ia diciptakan dengan pelbagai teknik dan bahan, seperti menggunakan manik-manik yang ditampalkan dengan teliti. 7


Noonsom merupakan salah satu hidangan tradisional yang istimewa bagi kaum Kadazan-Dusun atau juga dikenali sebagai jeruk. Terdapat beberapa jenis noomson dalam masakan Kadazandusun. Antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan (Buah) dan Noonsom Tuhau (Ulam). Noonsom Sada - ikan yang digunakan ialah ikan air tawar. Ikan tersebut perlu dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi, nasi dan garam. Kesemua bahan tersebut akan dicampurkan dan diisi ke dalam bekas kemudian dibiarkan selama sepuluh atau dua belas hari ebelum dihidangkan. Noomson Bambangan - Isi buah bambangan akan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam. Apabila kesemua bahan dicampurkan, kemudian diisi ke dalam botol dan dibiarkan selama seminggu sebelum dimakan. Noomson Tuhau - Isi Tuhau iaitu sejenis tumbuhan dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah. Setelah kesemua bahan tersebut dicampurkan kemudian diisi kedalam bekas dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan. Hinava atau Hinata atau dikenali juga sebagai Hinava Ginapan merupakan makanan tradisional yang sangat terkenal bagi suku kaum Kadazan manakala Hinata pula sangat terkenal bagi kaum Dusun. Bahan utama pembuatannya adalah isi ikan (biasanya ikan Tenggiri dan ikan Yu) yang dicampurkan bersama bahan-bahan lain seperti biji buah Bambangan, cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dn garam. Isi ikan atau (boleh juga digantikan dengan makanan laut seperti sotong dan udang) yang tidak dimasak kemudian dibersihkan serta dicampurkan dengan cuka atau perahan jus limau N o o n s o m H i n a v a 8


Pinaasakan merupakan makanan yang berasaskan isi ikan samada ikan air tawar atau ikan air masin. Hidangan ini menggunakan ikan basung, ianya perlu dibersihkan dahulu kemudiannya akan dicampurkan dengan sedikit kunyit dan halia yang telah ditumbuk. Antara bahan yang digunakan untuk menyediakan hidangan ini adalah sedikit biji asam jawa atau buah asam “takobbakob”, garam, serbuk perasa dan sedikit air. Kemudian semua bahan tersebut digaul dan ditumis di atas dapur dan dimasak sehingga air hampir kering. Pinaasakan sedap dimakan bersama nasi putih dan sambal pedas. Sup Manuk Lihing ini dikenali juga sebagai Sup Ayam Lihing. Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak hidangan ini ialah ayam kampung, minuman keras yang bernama ‘lihing’ serta hirisan halia. Bagi menyediakan hidangan ini, ayam kampung yang telah dipotong dicampurkan dengan setengah cawan lihing, hirisan halia, sedikit garam dan serbuk perasa. Kemudian, didihkan sehingga ayam tersebut lembut sebelum dihidangkan. Sup ini dikatakan bagus untuk para ibu yang baru lepas bersalin kerana sup ini Sdapat membuang angin dalam badan. u p M a n u k L i h i n g P i n a a s a k a n 9


Orang Bugis sangat terkenal dalam ekonomi dan maritim Kepulauan Melayu. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani kerana taktik propaganda yang berjaya yang digunakan oleh pedagang yang berjaya dan musuh mereka, seperti Belanda dan Inggeris. Serangan laut bukanlah lanun, tetapi ia dicipta oleh pedagang barat, terutamanya inggeris dan Belanda, untuk mencemarkan imej Orang Bugis untuk bersaing dalam bidang pelabuhan. Ujung Pandang, juga dikenali sebagai Makassar, adalah pusat kebudayaan dan ekonomi etnik ini. Orang Bugis, yang menganut agama Islam bersama-sama dengan minoriti yang menganut agama Kristian dan kepercayaan pra-Islam, dipanggil tolotang. BUGIS MERUPAKAN SALAH SATU BANGSA MELAYU YANG TERDAPAT DI MALAYSIA. KAUM BUGIS INI DIKATAKAN LEBIH TERTUMPU DI KAWASAN PANTAI TIMUR SABAH DAN SELATAN SEMENANJUNG MALAYSIA. KAUM BUGIS IN BERASAL DARI KEPULAUAN SULAWESI, INDONESIA. SELAIN ITU, BUGIS JUGA SAMA SEPERTI MASYARAKAT LAIN YANG MEMPUNYAI ADAT, KEPERCAYAAN, BAHASA DAN TULISAN TERSENDIRI. B U G I S Dari segi sosial, suku kaum ini lebih terkenal dengan keturunan mereka yang berasal dari pangkat diraja (keturunan dara), mengabaikan status seseorang dan persaudaraan keluarga. Perkahwinan: Suku kaum ini lebih suka berkahwin dengan ahli keluarga terdekat mereka. Perceraian, sebaliknya, dianggap sebagai hubungan sosial yang tidak disukai oleh kaumini kerana ia menghancurkan ikatan keluarga dan bertentangan dengan prinsip agama mereka. Pada dasarnya, orang Bugis beragama Islam. Dari segi budaya, mereka menggunakan dialek mereka sendiri, yang dipanggil 'Bahasa Ugi', dan mempunyai "aksara" Bugis yang ditulis dengan huruf Bugis. Aksara ini ada sejak abad ke-12 lagi, semasa pengaruh Hindu semakin meluas di Kepulauan Indonesia. ETNIK BUGIS 10


Orang Bugis memiliki adat perkahwinan yang unik di Sabah, mirip dengan Sulawesi Selatan, Indonesia. Berbeda dengan Melayu Islam yang memiliki adat merisik dan meminang, orang Bugis tidak memiliki tradisi pertunangan karena mereka menganggap hari pernikahan sebagai yang paling penting. Pertunangan dianggap dapat membawa fitnah, dan mereka tidak suka penceraian. ADAT RESAM DAN BUDAYA PERKAHWINAN Meskipun ada majlis yang mirip dengan adat bertunang, orang Bugis tidak menganggapnya sebagai pertunangan. Mereka juga tidak suka penceraian. Tradisi Bugis termasuk mengundang banyak orang dengan menggunakan dua wanita membawa dulang berisi rokok atau gula-gula, atau dengan menggunakan platform teknologi komunikasi modern. Majlis yang mirip dengan adat bertunang disebut mapendrekdoik, yang artinya membawa hantaran atau uang. Pihak lelaki membawa uang hantaran saat meminang, mirip dengan adat perkahwinan Melayu. Keluarga perempuan menerima uang hantaran, dan dulang hantaran pada hari pernikahan hanya sebagai simbol, karena uang sudah diberikan sebelumnya. Majlis berikutnya adalah malam mappaci atau malam berinai, diadakan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum hari nikah. Hanya pengantin perempuan yang berpartisipasi, dan bahan-bahan khusus dengan makna tradisional dipersiapkan. Daun nangka, beras, dan lilin digunakan sebagai simbol kesucian dan harapan untuk kehidupan bahagia bagi pasangan pengantin Bugis. 11


PANTANG LARANG (1) Pantang bagi seorang perempuan menyanyi di dapur semasa memasak atau menyiapkan makanan. Orang Bugis menyanyi semasa memasak, tetapi pantang menyanyi di dapur karena dianggap tidak higienis dan dapat mengganggu kebersihan makanan. Meskipun mitos mengaitkan kebiasaan ini dengan mencari pasangan, sebenarnya, jodoh ditentukan oleh Allah. Pantang-larang ini lebih terkait dengan isu kebersihan dan kesehatan, menghindari percikan ludah ke makanan. (2) Oleh kerana rezeki tidak berada di rumah, gadis tidak boleh tidur sampai tengah hari. Bangun tengah hari dianggap buruk karena menunjukkan sikap malas dan dapat menghambat tugas rumah. Kepercayaan bahwa lambat bangun dapat menghambat mencari jodoh karena pria mungkin ragu untuk menikahi wanita yang terlihat kurang tanggung jawab. Selain itu, bangun terlalu awal dianggap baik untuk kesehatan dan kekuatan fisik. (3) Jangan tidur pada waktu pagi jika jenazah jiran kita belum diusung ke kubur. Pantang-larang tidur pagi saat tetangga meninggal menunjukkan penghargaan dan simpati terhadap jenazah serta menunjukkan rasa hormat terhadap sesama manusia. 12


(6) Remaja lelaki tidak boleh menggunakan penutup atau tudung sebagai alat makan kerana ia akan menjadi penutup malu. Menggunakan penutup sebagai alat makan dianggap tidak sopan dan dapat membuat seseorang dianggap sebagai penyebab malu. Ini lebih terkait dengan etika makan dan tingkah laku yang dianggap pantas. (7) Terdapat pantang-larang untuk meninggalkan makanan atau minuman yang telah dihidangkan kerana ia biasanya boleh menyebabkan bencana. Menjaga makanan atau minuman yang dihidangkan dianggap sebagai penghormatan terhadap rezeki dan tanda rasa terima kasih kepada tuan rumah. Meninggalkan makanan atau minuman dianggap pemborosan dan bisa membawa sial serta menyinggung perasaan tuan rumah. PANTANG LARANG (5) Melarang anak-anak berbaring bertiarap kerana menyumpah bahawa ibu mereka akan meninggal dunia dengan cepat. Larangan berbaring bertiarap oleh anak-anak mengandung makna moral yang tinggi, menunjukkan penghormatan terhadap orang tua dan dihubungkan dengan keyakinan bahwa perilaku tersebut dapat membawa sial dan masalah kesehatan. 13


TARIAN Mappalette Bola, juga dikenal sebagai tradisi pindah rumah suku Bugis, adalah prosesi pemindahan rumah adat. Dilakukan oleh puluhan hingga ratusan warga, kegiatan ini dipimpin oleh tetua adat yang memimpin doa, membaca mantra, dan memberikan aba-aba dalam pemindahan rumah. Tradisi ini mengandung makna gotong royong, di mana para lelaki bekerja sama mengangkat bangunan rumah, sedangkan para wanita bersama-sama menyiapkan makanan untuk prosesi ini. Mappadendang, atau pesta tani, adalah tradisi Bugis yang melibatkan upacara syukur kepada Tuhan atas keberhasilan panen padi. Tradisi ini terkait erat dengan tumbuk gabah di dalam lesung, sebuah ritus yang dipercayai memiliki nilai magis. Tindakan ini berfungsi sebagai cara penyucian gabah yang masih terhubung dengan tanaman, mengubahnya menjadi ase (beras) yang kemudian dianggap bersatu dengan manusia. Mappacci, sebuah adat dalam pernikahan Suku Bugis, dilakukan sebelum akad nikah atau ijab kabul. Istilah "Mappacci" berasal dari kata "Paccing," yang artinya bersih, mengindikasikan usaha membersihkan segala hal yang dapat menghambat pernikahan. Tradisi ini melibatkan seluruh keluarga yang mempersiapkan peralatan seperti pacci, daun kelapa, daun pisang, bantal, gula, sarung sutera, lilin, dan lainnya. Prosesi Mappacci, diwariskan turun-temurun dari nenek moyang, membawa makna dan nasehat baik bagi kedua mempelai. 14


TARIAN Mattojang, atau permainan ayunan raksasa, adalah tradisi khas masyarakat Bugis yang tidak hanya berfungsi sebagai ritual pemujaan kepada manusia pertama dalam kepercayaan mitologis Bugis, tetapi juga sebagai hiburan dan uji nyali. Secara linguistik, "Mattojang" berasal dari kata "tojang" yang artinya ayunan. Secara kultural, Mattojang terkait dengan legenda masyarakat Bugis tentang turunnya manusia pertama, Batara Guru, dari Botting Langi’ (Negeri Khayangan) ke Bumi. Batara Guru, nenek dari Sawerigading dan ayah dari La Galigo, menggunakan "Tojang Pulaweng" atau ayunan emas saat turun. Legenda ini menjadi bagian integral dari prosesi adat Mattojang. Sigajang Laleng Lipa adalah tradisi masyarakat Bugis yang melibatkan penyelesaian konflik dengan cara yang mengerikan, yaitu dengan mempertaruhkan nyawa. Dalam tradisi ini, dua orang yang berseteru ditempatkan dalam satu sarung sambil membawa badik. Mereka saling menyerang dan mengadu kekuatan, dengan hasil akhirnya bisa berupa kekalahan atau penyerahan, baik karena terluka atau bahkan meninggal dunia. Meskipun mengerikan, tradisi ini dianggap menggambarkan kekuatan dan ketegasan orang Bugis dalam mempertahankan harga diri dan keluarga mereka. 15


Bugis terkenal dengan kain sarung sebagai busana kaum wanita yang dipadukan dengan baju kebaya labuh. Kaum lelaki, di sisi lain, mengenakan baju Sikap sut lengkap dengan tengkolok, baju, seluar, bengkung, dan kain samping tenunan Bugis bergaris atau bertelepuk perada emas, merupakan warisan keluarga bangsawan Bugis. Dalam adat perkahwinan, pengantin mengenakan pakaian tradisi yang dikenali sebagai baju Bodo, asalnya dari daerah Bugis. Baju Bodo berwarna hijau bagi gadis di lingkungan istana, dipadankan dengan kain sarung sutera atau songket. Pakaian ini terbuat dari kain organza dan dipadukan dengan kain tenun corak tapak catur benang emas. Pakaian yang digunakan dalam tarian Poja juga disebut baju Bodo atau baju Tokko, bermaksud baju tanpa lengan. Terbuat dari kain organza, baju ini memiliki anak baju di dalamnya, lengan pendek, dan kaki baju labuh hingga ke paras paha. Beberapa varian baju Bodo dihiasi dengan manik, jemeki, dan renda sesuai dengan kreativitas kumpulan. Lengan baju diikat dengan pengikat lengan yang berfungsi untuk menguatkan dan memperindah kesan keseluruhan. Pengikat lengan ini juga didekorasi dengan manik, jemeki, dan renda. Warna baju Bodo yang dipakai oleh wanita memiliki makna tertentu: Jingga: Dipakai oleh kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun. Jingga dan merah: Digunakan oleh gadis berumur 10-14 tahun. Merah: Bagi wanita berumur 17-25 tahun. Putih: Digunakan oleh para inang dan dukun. Hijau: Khas untuk wanita berketurunan bangsawan. Ungu: Dipakai oleh para janda. Setiap warna mencerminkan usia atau status sosial pemakainya. 16


Salah satu makanan bugis yang paling disukai di Sabah, terutamanya di Tawau, ialah kapurung. Masak makanan ini mudah. Sayur, tomato, lada, limau, dan tepung kanji adalah semua yang diperlukan untuk membuat kapurung. Ayam masak lengkuas atau likku ini sering dimakan bersama burasak. Ia antara makanan orang Bugis yang begitu terkenal. Hidangan ini akan menjadi hidangan wajib bagi setiap masyarakat Bugis. Setiap kali tibanya hari raya Aidilfitri atau Aidiladha, hidangan ini pasti disediakan.Ayam masak lengkuas ini mendapat nama kerana ia banyak menggunakan lengkuas di dalam masakan. Lengkuas dalam bahasa Bugis dikenali sebagai likku. burasak, hidangan wajib saat menyambut Hari Raya di kalangan suku Bugis. Burasak dibuat dengan merebus beras wangi atau beras lain bersama santan, kemudian diletakkan di daun pisang dan diikat sebelum direbus selama setidaknya 4 jam. Kuih Sawallah adalah kuih yang biasa dibuat oleh orang Bugis, dan mungkin juga dibuat oleh orang dari kaum lain, hanya dengan nama yang berbeza. Bahannya mudah dan sangat sedap dimakan panas atau sejuk. 17


BISAYA PENGENALAN ETNIK Bisaya merupakan suku kaum pribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai Borneo (Sabah), Malaysia dan hanya ditumpukan di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias (Klias River), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sungai Limbang di timur Sarawak. Seterusnya, terdapat banyak persamaan antara kaum bisaya dengan kaum Dusun Tatana antaranya dari segi bahasa. Terbuktilah, kebanyakkan percakapan bahasa dialog mereka hampir sama jika mereka bercakap sesama sendiri. Pada awal kurun ke-13, dikatakan etnik Bisaya antara yang pertama menerima Islam. Ketua Bisaya pertama adalah Awang Alak bertatar atau dikenali sebagai Sultan Muhammad Shah. Pada awal peringkat kemasukan kaum Bisaya ke dalam Islam adalah antara hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Dari segi sosial, pengaruh Arab agak memainkan peranan penting dalam urusan mereka seharian dan terlalu menitik berat terhadap hukum hakam Islam. Selain itu, bangsa Bisaya meminati bidang pertanian yang merupakan sumber utama pendapatan mereka. Suku kaum ini dikatakan berkait dengan Visayas yang terdapat di Filipina tetapi suku kaum ini hanya ditemui dan didapati kewujudan kaum mereka di Borneo sahaja iaitu Sabah dan Sarawak, Malaysia sahaja. 18


ADAT RESAM DAN BUDAYA PERKAHWINAN Lima upacara adat utama digunakan dalam perkahwinan tradisional orang Bisaya di Sarawak: Nulasoh, yang bermaksud merisik basuruh, yang bermaksud menentukan mas kahwin; ngadapit mansaoh atau barian, yang bermaksud menghantar suami; bagu atis, yang bermaksud membasuh kaki; dan nguli angai, yang bermaksud mendapat alamat1 baik. Untuk dianggap sah mengikut adat Bisaya, rangkaian upacara ini mesti dilakukan secara berurutan. Waktu perkahwinan biasanya tiga bulan setelah pelamaran, dan ia bergantung pada kedua-dua pihak yang bersetuju. Proses perkahwinan berlangsung di rumah mempelai perempuan dan mempelai lelaki, dan segala-galanya yang berkaitan dengannya perlu dilakukan sebelum dan selepas perkahwinan.Upacara dihadiri oleh keluarga, kerabat, dan masyarakat, dan dipimpin oleh ketua adat. Pada masa ini, upacara dipimpin oleh pegawai khusus daripada pemerintah. Peralatan dan bahan yang diperlukan termasuk pakaian tradisional, pedang, wang, cincin emas, seekor kerbau, dan pinggan air sirih. Persiapan, pelaksanaan, dan penutup adalah semua langkah dalam proses pelaksanaan. Nulasoh (merisik), basuruh atau barian (menentukan mas kahwin), ngadapit mansaoh (menghantar suami), bagu atis (basuh kaki), dan nguli angai (mendapat alamat baik) semuanya adalah langkah-langkah yang dilakukan semasa proses pelaksanaan. Berjabat tangan digunakan sebagai penutup kepada seluruh upacara. Doa dibuat untuk menunjukkan rasa terima kasih, meminta restu, dan meminta perlindungan daripada roh jahat. Selain itu, beberapa pantangan dan larangan dijelaskan, seperti larangan untuk pengantin baru pergi ke hutan. Upacara ini secara keseluruhan menunjukkan kepentingan pelestarian dan pemahaman tradisi Bisaya, serta nilai-nilai budaya, agama, dan kearifan yang tertanam dalam masyarakat mereka. 19


ADAT RESAM DAN BUDAYA T A R I A N A L A I B U B U Kebanyakan kaum Bisaya yang menetap di Daerah Beaufort di bahagian pendalaman Sabah mempercayai mistik yang berkaitan dengan bubu atau lukah yang kegunaanya adalah untuk menangkap ikan. Kebanyakan kaum Bisaya memanggil tarian ini sebagai Bubuk Mengalai. Dikatan alatan bubu ini boleh menari apabila mantera yang spesifik dibaca kepada bubu berkenaan. Tarian akan diiringi oleh enam orang penari, empat orang pengalai yang tugasnya adalah memegang bubu, empat orang pemuzik dan dua orang penyanyi. Mengikut adat istiadat suku kaum Bisaya pada masa itu yang masih belum beragama (Pagan) telah membuat satu syarat di mana bila si suami atau si isteri meninggal dunia maka yang hidup iaitu pasangannya akan turut serta dengan pasangan yang telah meninggal dunia dengan cara mayat pasangan mereka di masukkan ke dalam bubu (lukah) kemudian pasangan yang hidup dan mati itu di campak ke dalam laut. Ini membuktikan bahawa pasangan suami isteri itu setia antara satu sama dengan yang lain. Setelah itu,bomoh/pawang suku kaum Bisaya tersebut akan memuja atau memanggil semangat bubu/lukah naik semula ke pesisir pantai untuk berjumpa dengan sanak saudara/orang-orang kampung bagi mengubati atau penyembuhan merekamereka yang sakit pada ketika itu. Namun begitu, tarian ini tidak lagi diwujudkan lagi pada masa kini kerana menggunakan ilmu hitam dan diharamkan oleh Jabatan Agam Islam. Masyarakat bisaya Beaufort sudah menerima Islam secara sukarela sebagai agama anutan Sememangnya Tarian Alai Bubu ini adalah sebuah tarian yang unik dan boleh dianggap mistik oleh segelintir masyarakat yang melihat tarian ini ditarikan. Kajian demi kajian perlu dilakukan demi mendokumentasikan tarian ini yang menjadi warisan kaum bisaya di negeri Sabah. 20


KEPERCAYAAN BISAYA DAN PANTANG LARANG Orang Bisaya mungkin sangat terkenal kerana amalan mereka yang dahulunya sangat percaya kepada sesuatu yang pelik, seperti mengatakan bahawa berita buruk dihantar oleh burung "juriak" yang berbunyi setiap kali ia berbunyi. Difahami, peristiwa yang mengerikan. Jika burung berbunyi, itu pasti akan berlaku. Namun, kepercayaan itu kini semakin pudar, dan walaupun burung itu berbunyi berulang kali, tidak ada kejadian buruk yang berlaku. Ia mungkin disebabkan oleh pegangan agama yang kuat dalam kalangan mereka, serta pencerapan gaya pemikiran moden akibat perubahan zaman. Mereka juga sudah semakin meninggalkan kepercayaan terhadap pantang larang ketika mengandung dan kehidupan seharian, walaupun pada masa lalu, suami tidak boleh berulang alik keluar masuk rumah jika isteri mengandung kerana khuatir anak dalam kandungan akan mengalami kesukaran untuk dilahirkan. 21


PAKAIAN TRADISIONAL Sentuhan seni sulaman tangan yang rumit pada pakaian wanita menjadi wujud kekayaan budaya dan pandangan dunia masyarakat Bisaya.Aksesori seperti gelang-gelang, rantai, dan hiasan kepala memainkan peranan dalam menonjolkan keanggunan pakaian tradisional Bisaya. Kain songket yang digunakan sebagai selendang atau ikat pinggang memberikan sentuhan akhir yang memperkayakan penampilan secara menyeluruh. Pentingnya pakaian tradisional Bisaya bukan sahaja dalam konteks gaya, tetapi juga sebagai simbol identiti dan warisan budaya yang harus dijaga dan diteruskan. Dalam zaman globalisasi ini, usaha untuk memelihara pakaian tradisional etnik Bisaya adalah langkah yang krusial untuk memastikan kelestarian dan keunikan budaya ini bagi generasi akan datang. Pakaian tradisional etnik Bisaya di Sabah memegang peranan penting dalam mewujudkan identiti dan keunikan budaya mereka. Pakaian lelaki Bisaya sering kali terdiri daripada baju kurung dengan hiasan sulaman yang rumit, mencipta gabungan elegan antara unsur tradisional dan kepraktisan gaya hidup moden. Warna-warna mencolok seperti merah, kuning, dan hijau mendominasi pakaian lelaki, memberikan kesan mencolok dan memikat. Hiasan sulaman tersebut bukan sekadar elemen dekoratif, tetapi juga cerminan kehalusan seni tangan tempatan dan cerita budaya yang diwariskan dari generasi ke generasi. Pakaian tradisional wanita Bisaya menampilkan keindahan melalui baju labuh yang dipadankan dengan kain sarung berwarna-warni. Penggunaan kain songket sebagai elemen utama menambah kemewahan pada pakaian wanita. BISAYA 22


MAKANAN K U I H K E L U P I S Kuih Kelupis atau dikenali sebagai pulut gulung. Ianya jadalah kuih tradisionasuku kaum Bisaya di Daerah Semporna, Sabah. Kuih ini juga kudapan tradisi untuk orang Bisaya kerana tiga etnik ini berkait rapat iaitu Lun Bawang/Lundayeh juga membuat kelupis ini terutamanya di majlis kahwin. Kuih ini wajib dihidangkan di majlis keramaian dan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Kuih ini juga dihidangkan oleh orang Kedayan semasa Adat Makan Tahun. Acara mengelupis diadakan untuk membuat kelupis sebagai aktiviti utama sebelum majlis. Kelupis dibungkus dengan daun nyirik atau kelapadan disering dimakan dengan kuah untuk dicecah seperti kuah kacang dan ayam masak merah. Kuih ini juga dijual di tamudan kadangkala dijual kelupis yang sejuk beku untuk dipanaskan kemudian. Kelupis juga dimasak dengan inti di dalam seperti inti daging, udang dan tahai. Bahanbahan asas untuk membuat kelupis ialah beras pulut, santan, daun pandan, daun pisang dan garam secukup rasa. AMB U Y A T Ambuyat atau linut merupakan makanan tradisional bagi kaum Bisaya (di Sabah dan Brunei) dan terkenal di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan juga Brunei Darussalam. makanan tradisional bagi kaum Brunei dan Bisaya, malah menjadi sajian utama selepas nasi. Hidangan ini diperbuat daripada sagu. Proses untuk membuat ambuyat adalah hanya dengan menggunakan dua bahan sahaja iaitu air panas dan sagu. Ambuyat bewarna jerbih dan tidak melekit. Antara cara untuk menikmati hidangan kaum Bisaya yang unik ini, ianya harus ditelan dan tidak digalakkan untuk mengunyah kerana teksturnya yang agak kenyal. Rasa Ambuyat adalah tawar, dan digalakkan untuk menikmatinya bersama kuah yang masam atau pedas untuk rasa yang lebih lazat. Ambuyat lebih selesa dimakan dengan menggunakan kayu penyepit yang dikenali sebagai candas. 23


04 ETNIK SUNGAI PENGENALAN Bangsa Sungai adalah merupakan salah satu gelaran bagi suku kaum asli tinggal di tepian Sungai-sungai utama di Negeri Sabah, Malaysia. Suku kaum ini banyak terdapat di tebing-tebing sungai utama seperti Sungai Bengkoka, Sungai Labuk, Sungai Sugut, Sungai Paitan, Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama. Pemilihan tempat ini boleh dikaitkan dengan cara hidup masyarakat ini yang gemar bercucuk tanam dan sentiasa mencari kawasan yang subur terutama kawasan lembangan sungai. Asal usul mengenai Orang Sungai adalah bermula pada 1881, Istilah bangsa ‘Orang Sungai’ ini telah diberikan oleh seorang penjajah British. Apabila residen pertama Sandakan pertama iaitu Sir William Pryer menjalankan ekspendi menyusur Sungai Kinabatangan sehingga ke Kampung Imbok yang masih wujud pada masa itu. Kemudian, rombongan beliau telah terserempak dengan sekumpulan masyarakat yang sudah bertamadun dengan mempunyai kebolehan untuk mendiri petempatan di tebing sungai serta menpunyai kemahiran bercucuk tanam. Disebabkan masalah komunikasi dan tidak mengetahui asal-usul, oleh itu beliau pun menamakan kumpulan masyarakat ini dengan “The River People” Selpas itu, gelaran ini telah dialihbahasa oleh pemerintahan The British North Borneo Chartered Company (BNBCC) sebagai Orang Sungai dan dikekalkan sehingga kini. 24


Adat resam dan budaya PERKAHWINAN Untuk mersik, adat perkahwinan bermula dengan pihak lelaki memberi isyarat dua kali kepada keluarga perempuan melalui pemberian air, kayu, barangan dapur, pakaian, atau alat solek. Pada pemberian ketiga, keluarga lelaki ditanya tentang tujuan; jika tidak ada tujuan khusus, laporan dibuat kepada ketua kampung, dan lelaki dikenakan denda dua biji gong. Denda ini bertujuan menghindari penghinaan terhadap anak gadis. Untuk merisik, lelaki perlu memberi ayam besar sebagai tanda penghormatan, dengan semua barangan sebelumnya dikembalikan jika tidak disetujui. Barangan meminang diserahkan kepada timbalan atau ketua rombongan peminangan, tiga hingga tujuh orang. Bungkusan tidak boleh di atas lantai. Wang pembuka mulut diserah, ibu bapa perempuan minta hasrat rombongan, bincang ganti wang RM20.00 untuk keluarga yang tak hadir. Jika perkahwinan dibatalkan, wang tidak dikembalikan. Selepas perbincangan, keluarga perempuan bentangkan permintaan seperti RM5,000 tunai tanpa rumah baru, lembu, dan kelengkapan tidur. Permintaan yang dipersetujui diumumkan, taklik didokumenkan. Tempoh pertunangan dibincangkan, misalnya tiga bulan. Pihak lelaki serah wang di akhir tempoh. Jika belum cukup, tempoh disambung tiga bulan lagi. Gagal dua kali, penyelesaian dengan hutang atau pertunangan diputuskan pihak perempuan. 25


Pada waktu subuh, orang mandi dengan banyak. Mak Andam membacakan jampi membuang sial dan memohon kebaikan untuk pengantin. Pengantin diwajibkan memakai bedak dan menghiasi kaki dan jari mereka dengan inai. Selepas tengah hari, pengantin lelaki sampai ke rumah pengantin perempuan. Pihak perempuan menyediakan regi-regian (peralatan dapur jenis kaca) atau puketian (hantaran). Pihak lelaki diminta berarak mengelilingi rumah sebanyak tiga atau tujuh kali. Pengantin lelaki diberikan parang dan dulang berisi darah ayam oleh pihak perempuan untuk dipijak sebagai tanda merestui perkahwinan. Pengantin lelaki dan rombongan diberi beras kunyit oleh mak Andam. Selepas ijab kabul, pengantin lelaki masuk ke bilik pengantin perempuan dan memusingkan sehelai sapu tangan di atas kepalanya sebanyak tiga kali sebelum melepaskannya di telapak tangannya. Dengan itu, pengantin perempuan menyambutnya sebagai tanda rela menerima suaminya yang sah. Selepas itu, majlis bersanding diadakan. Melainkan pengantin itu janda atau balu, Mak Andam biasanya meminta rantar kaput (sebilah pisau) dan RM50 untuk singkab lawang (menyelak tudung pengantin perempuan). MANDI BERLIMBUN, MALAM BERINAI DAN PERSANDINGAN UPACARA MUTINGKUANG (KE RUMAH LELAKI) Sebelum kedua pengantin naik ke rumah pengantin lelaki, pihak lelaki perlu menyediakan sebiji gadur (barang tembaga) untuk langkah selang atau langkah laut sebagai keseruangan (keizinan masuk ke rumah lelaki), sebilah ingkag (parang tembaga) yang disimpan di muka pintu, sebilah parang ketegowong, selapa (tepak sirih), sebuah talam berisi darah ayam, beras kuning dan ambiau, tebu untuk tujuan sogit. Kedua pengantin tidak boleh bermalam di rumah lelaki, mesti balik ke rumah pengantin perempuan sebelum subuh. Jika adat ini dilanggar hukumnya dipercayai pengantin tidak aman damai dan pendek umur. ADAT SEMASA BERTUNANG Tempoh bertunang tidak ditetapkan, dan jika permintaan pihak perempuan telah dapat ditunai, tarikh perkahwinan boleh dipercepatkan dan ditetapkan berpandukan sunnah nabi. Semasa bertunang, kedua-dua lelaki dan perempuan tidak boleh menggunting rambut kecuali dengan izin tunang atau ahli keluarga masing-masing. Mereka juga tidak boleh ke tempat keramaian tanpa izin tunang atau ahli keluarga, dan jika adat ini dilanggar, dikenakan sogit (denda). Sekiranya pihak lelaki memutuskan pertunangan tanpa masalah, mereka dihukum memberi satu gong atau abos. 26


Mandi jenazah, yang disebut mandian rupog, dilakukan oleh imam atau ahli keluarga terlatih menggunakan empat jenis air. Mandi dilakukan dengan sepuluh jirus, membersihkan jenazah dari najis, diikuti dengan pemakaian kain baru. Setelah itu, keluarga dapat menziarahi jenazah dengan doa dan ayat-ayat Al-Quran. PANTANG LARANG Adat resam dan budaya Kaum Orang Sungai teguh mematuhi adat dan pantang larang terkait kematian serta pengurusan jenazah sebagai bentuk penghormatan terakhir. Imamat atau ahli keluarga utama mengendalikan pengurusan jenazah dengan tata tertib dan kelembutan, meyakini bahwa perlakuan kasar dapat menyebabkan ketidaknyamanan pada jenazah. Jenazah perempuan ditangani oleh perempuan, lelaki oleh lelaki, dan kanak-kanak oleh imam atau keluarga. Proses dimulai dengan penempatan jenazah di ruang tamu untuk mandi dan pembalutan dengan kain putih. Quran ditempatkan di kepala jenazah, memfasilitasi doa dan penghormatan terakhir dari saudara dan teman. Selama proses ini, keluarga menyediakan hidangan bagi para pengunjung, sementara sanak saudara bergotong-royong mengurus penguburan. Penggalian kubur dilakukan sesuai dengan ukuran jenazah dan diawasi oleh imam, dengan orientasi ke kiblat. Kubur dibuat dengan nisan bulat untuk lelaki dan leper untuk perempuan. Penggalian dilakukan oleh satu individu dengan doa dan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan untuk menghindari hal-hal tidak diinginkan. Selama proses kematian, orang kampung menghentikan aktivitas sehari-hari dan memberikan dukungan dalam pengurusan jenazah. Terjadi larangan bertengkar karena diyakini roh si mati masih hadir di rumah. Benda tajam ditempatkan di pusat jenazah untuk melindunginya dari gangguan makhluk halus. Kucing ditangkap untuk mencegah mereka melangkah di atas jenazah saat dimandikan di kolong rumah. 27


TARIAN TRADISIONAL Adat resam dan budaya Tarian titikas merupakan tarian tradisional suku orang sungai di kawasan Kinabatangan, Sandakan. Tarian titikas ini diinspirasikan daripada aktiviti harian masyarakat suku orang sungai. Pergerakan-pergerakan asas tarian titikas terutamanya pergerakan tangan semasa menari adalah sama seperti permainan ‘ingkiingki’. Tarian ini juga dipersembahkan secara berpasangan. Penari lelaki akan menari dengan pergerakan yang seakan melompat sambil tangan dihayunkan keatas dan penari perempuan akan menari dengan pergerakan yang seakan mengenjut sambil tangan dihayunkan kedepan. Oleh kerana suku kaum Sungai berkait rapat dengan suku kaum Kadazan Dusun, pakaian yang digunakan oleh para penari juga hampir serupa dengan pakaian yang digunakan oleh penari tarian Sumazau. Penari akan memakai pakaian berwarna hitam namun mempunyai renda ataupun jalur yang berwarna merah, kuning dan hijau. Warna-warna ini merupakan warna yang menjadi simbolik kepada unsur-unsur yang disinonimkan dengan suku kaum Sungai. Dengan keunikan yang ada pada tarian titikas ini, tidak hairanlah yang ianya menjadi tarian yang semakin popular dan terkenal di negeri Sabah. Tarian titikas juga ditarikan dengan iringan muzik daripada alat-alat muzik tradisional kaum Sungai. Antara alat muzik utama yang mengiringi pergerakan penari adalah alat muzik titikas, gabang, kantung dan gong. Alatalat muzik ini akan dimainkan secara harmoni tanpa vokal dan menentukan tempo pergerakan penari. Kebiasaannya, alat muzik dimainkan dengan tempo sederhana untuk mengekalkan pergerakan penari yang lemah gemalai namun tangkas. 28


PAKAIAN TRADISIONAL Sungai Pakaian tradisional etnik Sungai di Sabah merupakan satu budaya penting untuk mengekalkan identiti dan tradisi yang diturunkan oleh nenek moyang mereka. Pakaian tradisional etnik Sungai di daerah Pitas biasanya dipakai bagi majlis perkahwinan atau untuk menarikan tarian etnik sungai iaitu tarian berunsai. Pakaian tradisional etnik Sungai bagi lelaki dipanggil Kusoi. Pihak lelaki dari etnik Sungai akan memperagakan serakai yang dipakai di bahagian kepala, baju putih berjalur merah yang melambangkan kesucian dan keberanian, supu iaitu rantai yang dipakaikan di bahagian bahu, parentina iaitu tali pinggang, sempilang atau selendang kuning yang disilangkan selepas baju berwarna putih dan samping bagi melengkapkan pakaian buat lelaki. Manakala pakaian tradisional etnik sungai bagi perempuan pula dipanggil Woinoi. Perempuan etnik sungai akan memperagakan serimpak yang akan dipakaikan pada kepala, sudu dan merapun iaitu rantai yang dipakaikan dileher dan bahu, perentina iaitu tali pinggang, serakai iaitu selendang kuning, anting-anting, golong tembaga iaitu gelang yang dipakai di kedua-dua belah tangan dan kadangkala akan dilukis titik putih di muka bertujuan untuk menaikkan seri pemakai baju tradisional etnik Sungai. Namun begitu, pakaian tradisional etnik Sungai semakin dilupakan maka pakaian tradisional etnik Sungai ini harus diketengahkan supaya tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. 29


MAKANAN TRADISIONAL Sungai Durian merah merupakan makanan tradisi orang Sabah khususnya di kawasan pedalaman Sabah, Menurut penduduk kawasan tersebut menyatakan isi durian merah ini adalah salah satu makanan tradisi mereka dan isi durian ini sangat bernilai sehingga pernah menjadi hantaran perkahwinan dalam tradisi orang suku kaum Sungai. Hal ini kerana isi durian merah sangat sedap, dan durian merah ini juga boleh menghasilkan minyak masak. Selain itu, durian merah juga boleh dimasak tumis dan menjadi kegemaran bagi suku kaum sabah serta kelebihan isi durian merah ini juga boleh dibuat jeruk dan tidak mudah rosak, maka boleh disimpan dalam jangka masa yang lama. Bahan tambahan dalam membuat jeruk juga tidak terlalu rumit, hanya perlu campur garam secukupnya tanpa bahan pengawet yang lain.Oleh kerana durian ini memiliki keunikkan dan kelazatan tersendiri. ikan basung masak ampap atau ikan basung masak rabus adalah antara makanan tradisional yang masih wujud sehingga hari ini. Masakan ini tidak dapat dipisahkan jika ambuyat menjadi pilihan. Ada juga yang beranggapan ambuyat amat sesuai jika dimakan bersama ikan garunggung basalai (ikan cencaru bakar). Mengenai menu makanan bersama ambuyat ini, sedikit pun tidak akan menghilangkan selera untuk makan berhidang. Bagi menambah selera makan ambuyat ini biasanya masyarakat suku sungai akan makan bersama dengan kuah atau cecah ambuyat yang sering diperbuat daripada kuah ikan rebus yang dicampur serba sedikit dengan buah mangga yang ditumbuk serta perasa yang lain. Manakala ikan pula masyarakat di sini akan menyediakan "basung masak ampap" atau pun "ikan basalai". Bagi peminat ambuyat sudah semestinya mereka akan merasa puas apabila dapat menikmati menu ini bersama keluarga dan rakan. DURIAN MERAH TUMIS IKAN MASAK AMPAP 30


Rumusnya, kepelbagaian etnik Sabah memainkan peranan penting dalam pembentukan budaya negara. Sabah mempunyai pelbagai etnik, termasuk Kadazandusun, Bisaya, Sungai dan Bugis. Kepelbagaian etnik dan keharmonian ini menunjukkan kekayaan warisan budaya Malaysia. Bahasa, adat istiadat, seni dan kepercayaan berbeza mengikut keunikan budaya masing-masing. Untuk memastikan warisan budaya ini disimpan dan dihargai untuk generasi akan datang, pemerintah dan masyarakat setempat perlu berusaha untuk melakukannya. Membangunkan masyarakat yang lebih bersatu, toleransi dan berkebolehan boleh dicapai melalui pengiktirafan dan pemahaman kepelbagaian etnik ini. Semangat gotong-royong dan rasa saling menghormati antara kumpulan etnik boleh menjadi asas untuk kestabilan dan kemajuan negara. kesimpulan 31


REFERENCE KADAZAN DUSUN pakaian tradisional kadazan dusun. (2023, August 31). https://joomlamalaysia.org/pakaiantradisional-kadazan/ (Tarikh rujuk: 17 November 2023) 13 makanan tradisional kadazan https://saji.my/makanan-tradisional-kadazan/#3_Bosou (Tarikh rujuk: 18 November 2023) perayaan dan makanan tradisi suku kaum kadazandusun di sabah (2018, December 17) https://mixmalaysianpublic.wixsite.com/mysite/post/perayaan-dan-makanan-tradisi-sukukaum-kadazandusun-di-sabah (Tarikh rujuk: 19 November) BUGIS Perkahwinan Kaum Bugis. (2017, September 2). Sabah. https://izniza.wordpress.com/perkahwinan-kaum-bugis/ (Tarikh rujuk: 5 Disember 2023) Pantang-Larang Dalam Masyarakat Bugis. (n.d.). https://arung-bugis.blogspot.com/2012/09/pantang-larang-dalam-masyarakat-bugis.html (Tarikh rujuk: 6 Disember 2023) Setyaningrum, P. (2022, September 17). 5 Tradisi Unik Suku Bugis, dari Mappalette Bola hingga Sigajang Laleng Lipa Halaman all - Kompas.com. KOMPAS.com. https://makassar.kompas.com/read/2022/09/17/181148478/5-tradisi-unik-suku-bugisdari-mappalette-bola-hingga-sigajang-laleng-lipa?page=all#page2 (Tarikh rujuk: 7 Disember 2023) Unknown. (n.d.). KAUM BUGIS. https://zkamazingtourism.blogspot.com/p/pengenalan-bugisadalah-merupakan-satu_6.html (Tarikh rujuk: 19 Disember 2023) niELaoHLaLa. (n.d.). BUGIS. https://nielaohlalaracesbh.blogspot.com/2012/04/bugis.html (Tarikh rujuk: 8 Disember 2023) 32


BISAYA Adat Resam Dan Budaya Kaum Bisaya Kepercayaan Mistik: Tarian Alai Bubu. (N.D.). https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/428 (Tarikh rujuk: 13 November 2023) Variasa Produk Sabah (n.d). https://tekmaksmart.blogspot.com/2013/12/durianmerah-durian-merah-merupakan.html (Tarikh rujuk: 14 November 2023) Makanan tradisi sabah https://steemit.com/food/@zayyadmikael/makanantradisional-masyarakat-brunai-di- daerah-papar-traditional-food-of-the-brunaipeople-in-the-papar-area (Tarikh rujuk: 15 November 2023) ORANG SUNGAI Orang Sungai. (n.d.). Wikipedia, ensiklopedia bebas. Retrieved November 25, 2023, from https://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Sungai (Tarikh rujuk: 18 November 2023) Orang Sungai. (n.d.). Narwinie's Blog. https://winnwonderfultourism.blogspot.com/p/pengenalan-sungai-adalah-antarasuku.html (Tarikh rujuk: 20 November 2023) Adat Resam Dan Budaya Kaum Orang Sungai Di Beluran: Adat Perkahwinan. (n.d.). https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/399 (Tarikh rujuk: 23 November 2023) Adat Resam Dan Budaya Kaum Orang Sungai Etnik Adat Kematian. (n.d.). Pemetaanbudaya.jkkn.gov.my. Retrieved December 15, 2023, from https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/402#:~:text=Kaum%20Orang%20Su ngai%20memegang%20kuat (Tarikh rujuk: 26 November 2023) REFERENCE 33


Click to View FlipBook Version