The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rohanamarsit, 2023-01-20 22:01:54

MANUAL PENGURUSAN DISIPLIN MURID SMKBS

MANUAL PENGURUSAN DISIPLIN MURID SMKBS

1


2 M M ukadimah Anual Pengurusan Disiplin Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Samariang ini bertujuan untuk memberi gambaran jelas aspek-aspek yang ditekankan oleh sekolah sepanjang sesi persekolahan murid di sekolah ini. Selain memberi panduan tentang tatacara dan peraturan umum berhubung aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, buku ini juga menekankan aspek disiplin yang merupakan satu sistem peradaban kehidupan sebagai seorang anggota organisasi pendidikan. Disiplin amat penting dan dilihat sebagai sistem kawalan sosial yang dapat menjamin keharmonian dan kesejahteraan hidup khususnya sebagai murid sekolah. Disiplin bersifat relatif dan apa jua usaha ke arah mengukuh dan meningkatkan disiplin murid seharusnya tertumpu kepada pembinaan keupayaan murid mengawal dan mengarahkan diri sendiri. Bagi mencapai matlamat tersebut, segala pendekatan dan kaedah yang digunakan sewajarnya dapat mengasuh serta membentuk tingkah laku dan amalan nilai-nilai serta tatasusila yang timbul hasil dari kesedaran diri murid itu sendiri, bukan secara paksaan atau arahan. Apa yang diinginkan ialah disiplin kendiri, di mana murid-murid berupaya mendisiplinkan diri tanpa arahan atau kawalan dari luar. Penyediaan Manual Pengurusan Disiplin Murid ini diharapkan dapat memenuhi hasrat membantu murid-murid dan generasi muda hari ini menjadikan diri mereka sebagai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam menjalani hidup dengan sempurna. Disiplin diri bagi setiap individu adalah amat perlu dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil dan progresif. Semoga dengan disiplin diri yang kuat, murid-murid SMK Bandar Samariang akan menjadi kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan dan mewujudkan institusi pendidikan yang cemerlang dan hebat menjelang tahun 2030. PENGETUA SMK Bandar Samariang Jalan Sultan Tengah 93050 Kuching Sarawak.


3 Memperkasa kemenjadian dan kebolehpasaran murid secara holistik pada tahun 2025 Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.


4 1. Kepercayaan Kepada Tuhan 2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara 3. Keluhuran Perlembagaan 4. Kedaulatan undang-undang 5. Kesopanan dan Kesusilaan “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.”


5 BAHAWASANYA KAMI, PELAJAR-PELAJAR SMK BANDAR SAMARIANG, BERIKRAR UNTUK MEMATUHI SEMUA PERATURAN SEKOLAH, MEMATUHI PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA, SENTIASA BELAJAR DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH, DAN BERUSAHA MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH. BAHAWASANYA KAMI, BERJANJI UNTUK MENJAGA HARTA BENDA SEKOLAH, BERJANJI UNTUK MEMAJUKAN DIRI, MENJAUHI ROKOK DAN DADAH, BERUSAHA MENJADI MANUSIA BERGUNA KEPADA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. BAHAWASANYA KAMI, BERIKRAR UNTUK MEMARTABATKAN SMK BANDAR SAMARIANG SEBAGAI SEKOLAH YANG PROGRESIF, CEMERLANG DAN HEBAT. Sejarah lalu meniti waktu Kini melangkah ke era baru Dengan visi dan misi Serta sumpah dan janji Pelajar berwibawa harapan bangsa Sahabat Guru Ayah dan Bonda Berdiri megah barisan Penjana Memburu cita mulia Dengan semangat waja Pelajaran bermutu matlamat utama Para Guru cekal berbakti Mendidik kami sepenuh hati Doa keluarga Tuhan berkati Usaha kami pasti terbukti Mari kita kukuhkan Semarak jiwa membina wawasan Mari kita buktikan Progresif Cemerlang Hidup Amalan Budaya kita semua Mari kita patrikan Nilai sebuah kegemilangan Mari kita lafazkan SMK Bandar Samariang Terukir namamu di puncak jaya


6 MASA 0645 0700 0730 0800 0830 0900 0930 1000 1030 1100 1130 1200 1230 1300 1400 HARI 0700 0730 0800 0830 0900 0930 1000 1030 1100 1130 1200 1230 1300 1330 1700 ISNIN ROLL CALL KELAS KELAS KELAS KELAS KELAS KELAS R KELAS KELAS KELAS KELAS KELAS SOLAT SELASA ROLL CALL NILAM KELAS KELAS KELAS KELAS KELAS E KELAS KELAS KELAS KELAS KELAS SOLAT RABU ROLL CALL KELAS KELAS KELAS KELAS KELAS KELAS H KELAS KELAS KELAS KELAS KELAS SOLAT KK KHAMIS ROLL CALL KELAS KELAS KELAS KELAS KELAS KELAS A KELAS KELAS KELAS KELAS KELAS SOLAT JUMAAT BACAAN YAASIN KELAS KELAS KELAS KELAS KELAS KELAS T KELAS KELAS 2B 2C 2D 2E 3B 3A 2G 2F 5D 5E 5F 5G BILIK MUZIK 2 BILIK MUZIK 1 2A 1G 1F 1E 3C 3D 3E 3F 5C 5B 5A 4G STUDIO REKA BENTUK BILIK TEMPAT KEDIAMAN BILIK MASAKAN STOR 1A 1B 1C 1D 4B 4A 3G 3H 4C 4D 4E 4F BENGKEL KEJURUTERAAN MAKMAL BIOLOGI 2 MAKMAL BIOLOGI 1 MAKMAL FIZIK 2 MAKMAL FIZIK 1 MAKMAL KIMIA 2 MAKMAL KIMIA 1 BENGKEL ELEKTRIK & ELEKTRONIK BENGKEL PERTANIAN BENGKEL PEMBUATAN STOR BLOK A BLOK B BLOK C BLOK D BILIK AKSES BILIK MAKER SPACE BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL BILIK LEMBAGA DISIPLIN BILIK UTILITI BILIK APD/AV TANDAS WANITA BILIK GURU 2 BILIK GURU 1 BILIK PERKEMBANGAN STAF PEJABAT AM BILIK GERAKAN BILIK FAIL BILIK PEPERIKSAAN BILIK PENGAWAS TANDAS WANITA PPKI 1 MAKMAL KOMPUTER 1 MAKMAL KOMPUTER 2 BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING LOBI WAWASAN BILIK OPERASI SPBT SEKOLAH (BOSS) PERPUSTAKAAN AL-GHAZALI BILIK MESYUARAT TANDAS LELAKI PPKI 2


7 PENGERUSI NAIB PENGERUSI I NAIB PENGERUSI II SETIAUSAHA TIMBALAN SETIAUSAHA JAWATANKUASA **kes-kes lain Buli/ gaduh Ponteng Lewat Telefon Bimbit Rokok/Vape Spotcheck


8 SESI AKADEMIK DAN KEHADIRAN KE SEKOLAH 1.1 Waktu persekolahan adalah seperti di dalam jadual di bawah tertakluk kepada perubahan dan pindaan jika perlu (Makluman awal akan dibuat jika ada). 1.2 Kehadiran ke sekolah adalah WAJIB untuk semua murid yang didaftar dengan SMK Bandar Samariang. 1.3 Kehadiran ke sekolah dicatat pada jam 0700. Kehadiran sekolah selepas jam 0700 dianggap lewat. Tindakan disiplin akan diambil dengan pemberian mata demerit mengikut jumlah kekerapan lewat. 1.4 Murid yang tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui surat bertulis tangan oleh ibu bapa/penjaga atau melalui Surat Akuan Sakit Pegawai Perubatan. 1.5 Murid yang tidak hadir. Ketidakhadiran tanpa surat dianggap sebagai ponteng. HARI WAKTU ROLL CALL WAKTU KELAS CATATAN *ISNIN 6.40 - 6.55 pagi 7.00 - 1.30 petang *SELASA 6.40 - 6.55 pagi 7.00 - 1.30 petang NILAM : *Wajib membawa buku cerita B. Inggeris / B. Melayu *RABU 6.40 - 6.55 pagi 7.00 - 4.30 petang *1.30 jika tiada aktiviti KK. Pakaian: WAJIB Baju Unit Beruniform. *KHAMIS 6.40 - 6.55 pagi 7.00 - 1.30 petang JUMAAT 6.40 - 6.55 pagi 7.00 - 11.30 pagi *murid Islam mesti menunaikan Solat Zohor secara berjemaah dahulu sebelum balik. *murid bukan Islam hanya dibenarkan balik jam 1.10 petang (dengan pas kebenaran) JUMLAH LEWAT HUKUMAN 1 KALI DEMERIT 5 DAN DENDA JIKA BERULANG KALI KE 2 HINGGA 10. 5 KALI DEMERIT 25, SURAT AMARAN 1, RUJUK GURU KAUNSELING 10 KALI DEMERIT 50, SURAT AMARAN 2, ROTAN 1 KALI 15 KALI DEMERIT 75, SURAT AMARAN 3, ROTAN 2 KALI 20 KALI DEMERIT 100, SURAT AMARAN TERAKHIR, GANTUNG SEKOLAH 1 MINGGU


9 Surat Amaran akan dikeluarkan mengikut jumlah hari terkumpul seperti berikut :- 3 hari berturut-turut/ 10 hari berkala AMARAN 1 10 hari berturut-turut/ 20 hari berkala AMARAN 2 (50 demerit) 17 hari berturut-turut/ 40 hari berkala AMARAN 3 (70 demerit) 31 hari berturut-turut/ 60 hari berkala GUGURSENARAI (100 demerit) 1.6 Murid yang tidak dapat mengikuti kelas Pendidikan Jasmani atau aktiviti sukan atas masalah kesihatan hendaklah mendapat Surat Akuan Doktor atau ibu bapa. 1.7 Kelas Tuisyen/bimbingan atau gantian dianggap sebagai waktu persekolahan biasa. Murid WAJIB menghadiri kelas tersebut dengan berpakaian seragam sekolah yang lengkap. 1.8 Murid-murid TIDAK DIBENARKAN keluar daripada kawasan sekolah sewaktu sesi akademik sedang berjalan KECUALI dengan kebenaran bertulis Pengetua atau wakilnya. 1.9 Murid-murid yang memerlukan rawatan di klinik kerajaan hendaklah mendapatkan Surat Akuan Murid daripada Pengetua atau wakilnya. 1.9.1Murid-murid yang hendak keluar daripada kelas semasa PdP berjalan perlu mendapatkan Pas Kebenaran Keluar daripada Guru Matapelajaran. 1.9.2 Semua murid DILARANG membeli makanan di kantin semasa kelas sedang berlangsung KECUALI dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya. 1.9.3Murid-murid yang akan menggunakan Makmal Sains, Makmal Komputer, Bengkel RBT, Bilik Seni, Surau dan Padang Permainan untuk tujuan pembelajaran hendaklah berbaris dengan teratur dalam perjalanan ke tempat tersebut dan apabila balik ke kelas. Murid-murid yang menggunakan Makmal Sains hanya boleh masuk ke dalam makmal apabila guru sudah berada di makmal. Semua murid hendaklah sentiasa senyap dalam perjalanan pergi dan balik dari kelas. 1.9.4 Murid-murid hendaklah berhimpun ditempat perhimpunan dan beratur pada awal pagi dan selepas rehat. 1.9.5Murid-murid yang menunggang motosikal untuk ke sekolah hendaklah mempunyai lesen yang sah dan kenderaan hendaklah mempunyai cukai jalan, sticker sekolah dan berada dalam keadaan yang selamat untuk ditunggang/dipandu. Murid dikehendaki mematikan enjin motosikal apabila berada dalam kawasan sekolah dan menolak motosikal ke tempat letak motosikal.


10 PAKAIAN MURID 2.1 Pakaian murid hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan tidak menjolok mata. Pakaian yang tidak sesuai seperti koyak, ketat, mempunyai perkataan atau gambar lucah, pendek sehingga paras lutut atau berseluar pendek bagi murid perempuan DILARANG digunakan semasa berada di kawasan sekolah. 2.2 Murid Islam perempuan diwajibkan menggunakan tudung apabila mengikuti semua kegiatan sekolah. Pakaian yang telus cahaya atau sangat nipis dan ketat TIDAK DIBENARKAN. 2.3 Pakaian Seragam sekolah 2.3.1Semua murid WAJIB memakai pakaian sekolah sama ada ketika di dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah. Semasa menggunakan pakaian sekolah, murid hendaklah sentiasa memastikan tag nama sentiasa digunakan. 2.3.2 Pakaian seragam sekolah murid lelaki Seluar: Seluar panjang berwarna hijau tua potongan biasa. Potongan dan jenis jeans tidak dibenarkan. Panjang seluar adalah di antara tapak kaki dan pergelangan kaki. Murid DILARANG melipatkan seluar disebabkan potongan seluar yang terlalu panjang. Tali pinggang hendaklah bersaiz tidak kurang dari 1 inci, tidak bercorak dan tidak berkepala besar. Seluar hendaklah digunakan dalam keadaan kemas dan tidak terlondeh di bawah paras pinggang. Baju : Baju adalah dari jenis kain berwarna putih, tidak berjalur atau bercorak, mempunyai poket, berbutang putih dan dijahit dengan benang putih, mempunyai kolar yang bersaiz sederhana mengikut potongan baju. Murid DILARANG menggunakan baju yang bersaiz sangat kecil atau ketat atau terlalu besar. Jika menggunakan baju berlengan panjang hendaklah dikancing dan tidak dilipat. WAJIB bertali leher. 2.3.3 Pakaian seragam sekolah murid perempuan Baju Kurung : Diperbuat dari kain berwarna putih, tidak berkilat, tidak bercorak dan tidak telus cahaya. Butang leher hendaklah digunakan. Murid perempuan WAJIB menggunakan singlet putih tanpa corak. Sarung : Sarung diperbuat dari kain berwarna biru ’turquoise’, tidak berbelah, tidak bercorak dan berpotongan selesa dipakai.


11 Tudung : Murid perempuan Islam DIWAJIBKAN bertudung lengkap. Tudung dan skaf penuh berwarna putih, tidak bercorak, tidak nipis dan mesti dijahit di depan. Tag nama dijahit pada tudung. Bagi Murid Bukan Islam, baju adalah ’Pinafore Tunic’ berwarna biru (’torquoise’) dan panjangnya hingga di bawah paras lutut. Blouse berwarna putih, tidak berfesyen, berlengan pendek dan WAJIB bertali leher. 2.4 Tag nama hendaklah dijahit dan dipakai sepanjang masa di sebelah kiri poket baju sekolah. 2.5 Murid dibenarkan menggunakan kasut sekolah sama ada berwarna putih atau hitam dari jenis kanvas dan tidak bercorak. Murid DILARANG menggunakan kasut berwarna putih/ hitam yang berjenama dan mahal. Pengawas menggunakan kasut kanvas berwarna hitam dan tidak bercorak. 2.6 Stokin MESTI mengikut warna kasut, tidak bercorak dan menutup buku lali. 2.7 Semasa kelas Pendidikan Jasmani, semua murid WAJIB menggunakan seluar trek panjang s e k o l a h dan menggunakan kemeja-T sekolah. (baju T PJ yang dibeili di Koperasi SMK Bandar Samariang). 2.8 Murid DILARANG sama sekali menggunakan/membawa arang kemas, alat solek atau sebarang perhiasan lain semasa di sekolah. Murid lelaki dilarang bersubang atau menebuk telinga yang meniru fesyen perempuan dan sebaliknya. 2.9 Kehadiran ke sekolah untuk aktiviti di luar masa PdP juga tertakluk dengan etika dan berpakaian yang mematuhi peraturan. CERMIN MATA DAN KUKU / TELEFON BIMBIT 3.1 Murid hanya dibenarkan menggunakan cermin mata berkaca putih atas nasihat doktor sahaja. Kanta lekap berwarna lutsinar sahaja dibenarkan. Kanta lekap yang berwarna selain lutsinar dilarang sama sekali. 3.2 Semua murid DILARANG menyimpan kuku panjang. 3.3 Menggunakan pewarna kuku/ inai adalah dilarang sama sekali. 3.4 Telefon bimbit adalah DILARANG. Murid tidak dibenarkan membawa/terbawa/mengguna telefon bimbit di dalam kawasan sekolah. Tindakan disiplin akan diambil iaitu pemberian mata demerit dan telefon bimbit DIRAMPAS. Bagi Kesalahan Kali Pertama telefon bimbit hanya boleh dituntut oleh ibu/ bapa/penjaga selepas 14 hari dari hari telefon bimbit dirampas. Sekiranya murid mengulangi lagi kesalahan ini, telefon bimbit hanya akan dikembalikan pada akhir sesi persekolahan bagi tahun semasa.


12 RAMBUT 4.1 Murid lelaki DILARANG sama sekali menyimpan rambut panjang, berekor, mewarnakan rambut, membotakkan kepala KECUALI atas sebab penyakit(mesti sertakan surat pengesahan Doktor) 4.2 Murid lelaki DILARANG menyimpan misai, janggut dan jambang. 4.3 Murid perempuan DILARANG menyimpan potongan rambut ala ‘PUNK’, botak, berjambul dan mewarnaan rambut. 4.4 Murid perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat kemas dengan getah rambut / riben berwarna hitam atau biru sahaja.


13 PERHIMPUNAN UMUM 5.1 Perhimpunan diadakan pada masa pertama dan ke dua hari Rabu kecuali atas sebab-sebab tertentu. 5.2 Semua murid WAJIB menghadiri perhimpunan kecuali atas kebenaran Pengetua. 5.3 Semua murid mesti berada di tempat perhimpunan 5 minit sebelum perhimpunan dimulakan. Murid beratur mengikut barisan kelas masing-masing. Murid lelaki berada di barisan hadapan manakala murid perempuan di barisan belakang. 5.4 Semua perhimpunan akan dikendalikan oleh Pengetua atau wakilnya dan dipengerusikan oleh Guru atau Pengawas bertugas. 5.5 Semua murid hendaklah keluar berbaris mengikut kelas masing- masing dalam keadaan senyap setelah perhimpunan tamat. DISIPLIN DAN TATATERTIB BILIK KELAS 6.1 Semua murid hendaklah berada dalam kelas 5 minit sebelum waktu pembelajaran bermula. 6.2 Semua murid hendaklah bangun dan memberi/menjawab salam kepada Pengetua/Guru/Pelawat yang masuk ke dalam kelas. Apabila Pengetua/Guru/Pelawat hendak beredar, semua murid hendaklah berdiri dan mengucapkan terima kasih. 6.3 Kebersihan kelas adalah tanggungjawab semua murid dalam kelas tersebut. Kelas hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih pada setiap masa. Perkara- perkara yang perlu diambil perhatian berat oleh setiap kelas ialah kebersihan lantai, dinding, papan tulis, papan kenyataan, siling, cermin tingkap di sekeliling kelas. 6.4 Setiap kelas hendaklah memastikan semua peralatan fizikal dalam kelas seperti kerusi, meja, cermin tingkap, suis lampu, pintu dan lain-lain peralatan dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Semua lampu dan kipas dalam kelas hendaklah ditutup apabila meninggalkan kelas dan dikunci sebelum balik. 6.5 Semasa tiada guru dalam kelas, Ketua Tingkatan dan Penolongnya bertanggungjawab mengawasi kelas dan membuat laporan kepada guru jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. 6.6 Ketua Tingkatan hendaklah memastikan kedatangan murid dicatat setiap waktu dalam buku log dan ditandatangani oleh guru mata pelajaran. 6.7 Semua murid DILARANG makan dalam kelas semasa proses PdP dan masa rehat.


14 6.8 Segala surat menyurat daripada kelas yang ditujukan kepada pentadbir atau wakilnya hendaklah ditulis melalui Guru Tingkatan masing-masing. 6.9 Semua kelas hendaklah dikosongkan pada waktu rehat dan murid hendaklah berkumpul di tapak perhimpunan yang ditetapkan. KANTIN SEKOLAH 7.1 Semua urusan jualbeli makanan atau minuman adalah menggunakan Sistem Pukal. Semua murid membuat pesanan melalui Ketua Tingkatan dan hanya Ketua Tingkatan sahaja yang akan bergerak ke kantin untuk menghantar pesanan sebelum jam 07.30 pagi dan mengambil pesanan 10 minit sebelum waktu rehat. 7.2 Semua murid tidak dibenarkan membeli makanan atau minuman pada masa PdP sedang berjalan. 7.3 Semua murid akan makan di tempat yang ditetapkan iaitu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di Lobi dan Tingkatan 5 di kantin sekolah. Murid hendaklah membuang sisa makanan serta pembalut makanan dan minuman ke dalam tong sampah yang disediakan. 7.4 Bahagian dapur adalah kawasan larangan bagi semua pelajar. 7.5 Semua murid DILARANG membeli makanan atau minuman dari gerai-gerai di luar kawasan sekolah pada waktu persekolahan.


15 TANDAS SEKOLAH 8.1 Kebersihan tandas sekolah adalah menjadi tanggungjawab semua murid sekolah. 8.2 Tandas hendaklah digunakan untuk membuang air dengan betul dan berperaturan. 8.3 Semua murid dilarang membuang sampah/sebarang benda yang tidak boleh hancur atau reput dalam mangkuk tandas atau singki. Dilarang merokok/ menghisap vape di dalam tandas. Merokok/ Menghisap vape di sekolah adalah ditegah sama sekali. 8.4 Semua murid tidak dibenarkan masuk ke tandas guru. 8.5 Kawasan tandas perempuan adalah kawasan larangan murid lelaki dan sebaliknya. 8.6 Tandas ditutup pada masa pertama, masa sebelum rehat dan masa pertama selepas rehat. BUKU LATIHAN DAN ALAT TULIS 9.1 Semua murid WAJIB mempunyai buku latihan secukupnya untuk semua mata pelajaran. Murid hendaklah menggunakan buku latihan rasmi yang berlogo sekolah. 9.2 Semua murid hendaklah memastikan buku latihan sentiasa dijaga dengan baik dan kemas. 9.3 Murid DILARANG menggunakan buku latihan yang sama untuk dua mata pelajaran yang berlainan. 9.4 Murid hanya boleh menggunakan peralatan yang tajam seperti pisau dan gunting dengan kebenaran guru mata pelajaran.


16 KAWASAN LARANGAN SEKOLAH 10.1 Kawasan-kawasan berikut merupakan kawasan larangan sekolah kecuali dengan kehadiran guru atau selepas mendapat kebenaran daripada Pengetua atau wakilnya 10.1.1 Pejabat Guru 10.1.2 Pejabat Am 10.1.3 Bilik Makmal Sains 10.1.4 Bengkel RBT 10.1.5 Bilik Pendidikan Seni Visual 10.1.6 Bilik Rawatan 10.1.7 Semua Stor Sekolah 10.1.8 Makmal Komputer 10.1.9 Bilik buku Teks 10.1.10 Pusat Sumber Guru 10.1.11 Bilik APD 10.1.12 Bilik Khas Mata Pelajaran 10.2 Kawasan sekolah adalah kawasan larangan merokok. KEGIATAN KOKURIKULUM 11.1 Semua murid WAJIB mendaftar dan menyertai semua kegiatan kokurikulum. 11.2 Kehadiran dalam kegiatan kokurikulum adalah WAJIB. Kegagalan untuk menghadirkan diri dalam kegiatan kokurikulum boleh menyebabkan pelajar dikenakan tindakan disiplin. 11.3 Buku kehadiran kokurikulum hendaklah dibawa setiap kali menghadiri gerakerja kokurikulum dan hendaklah diserahkan sendiri kepada guru penasihat untuk ditandatangani yang kemudian diserahkan kembali kepada murid pada hari yang sama. 11.4 Butir-butir murid hendaklah diisi oleh Guru Tingkatan. Kehadiran, jumlah kedatangan setahun dan lain-lain maklumat mengenai kegiatan murid diisi oleh Guru Penasihat. 11.5 Rekod kehadiran murid hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan pada akhir penggal untuk memindahkan maklumat kegiatan kokurikulum murid ke dalam fail. 11.6 Semua murid hendaklah menggunakan pakaian kokurikulum yang telah ditetapkan semasa menghadiri kegiatan kokurikulum.


17 1.7 Semua kegiatan kokurikulum hendaklah dihadiri oleh guru penasihat masing- masing. Kegiatan kokurikulum tidak dibenarkan untukdijalankan tanpa kehadiran guru penasihat. 11.8 Jika sesebuah kelab/persatuan mengadakan kegiatan di luar kawasan sekolah, persetujuan dan kebenaran daripada pengetua, ibu bapa/penjaga dan pihak yang berkenaan hendaklah diperolehi terlebih dahulu. 11.9 Murid TIDAK DIBENARKAN menyertai mana-mana persatuan atau kelab yang tidak didaftarkan dengan pihak sekolah. 11.10 Peraturan Persatuan/Kelab 11.10.1 Semua persatuan/kelab mempunyai perlembagaannya sendiri yang telah diluluskan oleh Pengetua dan hendaklah diserahkan untuk rujukan pengetua. 1.10.2 Semua persatuan/kelab hendaklah menyerahkan satu salinan aktiviti tahunan, senarai nama AJK dan ahli kepada Guru Penyelaras seminggu selepas diadakan Mesyuarat Agong. 11.11 Peraturan Lawatan/Pelancongan 11.11.1 Semua murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan pelancongan. Setiap Persatuan / Kelab / Unit beruniform yang menaja sesebuah lawatan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis dan menyerahkan maklumat atau butir-butir berhubung dengan lawatan tidak lebih dari 4 minggu dari tarikh hendak melancong. 11.11.2Sebarang lawatan di dalam atau di luar negeri yang dianjurkan persatuan/kelab/pihak sekolah adalah dianggap sebagai rombongan sekolah yang rasmi dan semua murid hendaklah mematuhi semua peraturan sekolah demi menjaga nama baik sekolah. 11.11.3 Semua murid juga dikehendaki mendapat kebenaran ibu bapa /penjaga sebelum mengikuti mana-mana rombongan pelancongan. 1.11.4 Setiap rombongan lawatan mesti diiringi oleh sekurang-kurangnya seorang guru wanita sekiranya ada murid perempuan yang turut serta mengikut r ombongan tersebut. 11.11.5 Semua murid dikehendaki berpakaian seragam sekolah semasa mengikut sesuatu rombongan pelancongan. 1.11.6 Butir-butir Lawatan/ Pelancongan • Nama Persatuan/Kelab/Unit Lawatan • Tujuan lawatan / pelancongan • Nama dan No. Kad Pengenalan ahli-ahli yang mengikut rombongan • Tempat yang dilawati • Tarikh lawatan/pelancongan • Nama dan alamat ibu bapa/penjaga • Nama dan alamat setiap orang yang bertanggungjawab bagi kutipan dan perbelanjaan yang berkaitan dengan lawatan/pelancongan tersebut • Surat kebenaran dari ibu bapa /penjaga murid yang mengikuti lawatan/pelancongan.


18 KEBERSIHAN DAN KECERIAAN 12.1 Kebersihan dan keceriaan sekolah tanggungjawab semua warga SMK Bandar Samariang. 12.2 Semua murid WAJIB terlibat dalam aktiviti kebersihan dan keceriaan kelas masing- masing di bawah pengawasan Guru Kelas. 12.3 Murid DILARANG merosak, memetik atau memotong sebarang pokok bunga dan tanaman di kawasan sekolah. PERATURAN-PERATURAN AM 13.1 Murid TIDAK DIBENARKAN membawa orang luar masuk ke dalam kawasan sekolah KECUALI dengan kebenaran pengetua atau wakilnya. 13.2 Murid TIDAK DIBENARKAN membuat kenyataan akhbar atau memberi maklumat kepada pihak media mengenai semua sekolah atau aktiviti tanpa kebenaran Pengetua. 13.3 Semua murid TIDAK DIBENARKAN terlibat dalam mana-mana kegiatan luar sekolah yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada pihak sekolah, jabatan dan Kementerian Pelajaran. Jika murid ingin melibatkan diri dalam kegiatan luar sekolah, kebenaran dan persetujuan pihak sekolah hendaklah diperolehi terlebih dahulu dan dengan persetujuan bertulis pihak ibu bapa/penjaga pelajar. 13.4 Murid yang ingin menggunakan kemudahan telefon sekolah semasa kelas berlangsung, hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua/wakilnya. 13.5 Pelawat/ibubapa murid yang ingin untuk berurusan dengan pihak sekolah dikehendaki melapor diri di pondok kawalan keselamatan dan mendapatkan pas pelawat sebelum memasuki premis sekolah dan mengembalikan pas tersebut sebelum meninggalkan kawasan sekolah.


19 SURAT PERAKUAN SEKOLAH 14.1 Sijil Berhenti Sekolah, Surat Akuan atau Surat Sokongan atau Sijil Kegiatan Kokurikulum akan dikeluarkan berdasarkan perkara- perkara berikut : 14.1.1 Murid hendaklah terlebih dahulu memohon dan diperakukan oleh Guru Tingkatan/Guru Penasihat Kelab atau Persatuan/Guru Penyelaras Kegiatan Kokurikulum. 14.1.2 Murid telah menjelaskan segala yuran atau hutang tunggakan (jika ada). PERUNTUKAN / LARANGAN DI BAWAH ORDINAN PENDIDIKAN 15.1Peraturan 7 di bawah Peraturan-Peraturan Pelajaran 1959, Seksyen 116 Ordinan Pendidikan 1957 menyebut : 5 (1) Tiada seorangpun murid yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun yang belajar di mana-mana sekolah boleh : a. merayu undi bagi pihak mana-mana parti atau pertubuhan politik atau mana- mana calon dalam sesuatu pilihanraya; b. dengan tujuan menyokong atau menentang mana-mana parti atau pertubuhan politik atau pencalonan mana-mana individu dengan menentang seseorang atau beberapa orang lain dalam sesuatu pilihanraya, berucap / mengganggu perjumpaan awam yang sah; c. menyebar / menyebab disebarkan apa-apa penulisan politik, dokumen / lainlain propaganda bagi pihak atau untuk menyokong sesuatu parti atau pertubuhan politik atau yang ada hubungan dengan mana-mana calon yang sedang bertanding dalam sesuatu pilihanraya; d. mengganggu perjalanan sesuatu perjumpaan awam yang sah dengan cara yang mungkin menghalang urusan perjumpaan yang diadakan itu; e. mengambil bahagian dalam mana-mana perarakan yang dikelolakan atau diadakan dengan tujuan untuk menyokong atau menentang mana-mana parti atau pertubuhan politik atau apa-apa pendapat politik atau mana-mana calon dalam sesuatu pilihanraya. 5 (2) Dalam peraturan ini ’pilihanraya’ ertinya pemilihan seseorang ahli untuk Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri, pihak berkuasa tempatan. 15.2 Surat-Menyurat a. Semua murid DILARANG menulis surat kepada kedutaan atau badan yang diiktiraf sebagai blok komunis di dalam atau luar negara. b. Murid yang hendak menulis surat kepada badan-badan sama ada di luar atau di dalam negeri yang bukan blok komunis hendaklah menulis melalui Pengetua yang akan menghubungi pihak berwajib seterusnya.


20 15.3 Persatuan/Kelab: Murid-murid yang ingin menjadi ahli atau menyertai badan- badan luar hendaklah mendapat kebenaran pengetua. 15.4 Pertandingan Ratu Cantik: Murid-murid TIDAK DIBENARKAN menyertai sebarang bentuk pertandingan ratu cantik atau pertunjukan fesyen. 15.5 Loteri: Murid-murid TIDAK DIBENARKAN membeli atau menganjur loteri atau sesuatu pengagihan wang atau hadiah dengan beradu nasib. 15.6 ’Ragging’ : Murid-murid DILARANG sama sekali melakukan ’ragging’ bertopengkan suai kenal. 15.7 Lawatan : Tidak dibenar membuat sebarang lawatan ke luar sekolah tanpa pengetahuan pengetua. Sesuatu lawatan di dalam atau luar negeri oleh lima (5) orang murid atau lebih yang diiringi guru dianggap rombongan sekolah. Persetujuan pengetua dan ibu bapa/penjaga murid perlu diperolehi. 15.8 Peruntukan lain: Lain-lain peruntukan yang tidak disebut di atas yang menjadi kesalahan dalam undang-undang awam. PERATURAN PENGENDALIAN KES-KES DISIPLIN 16.1AM 16.1.1 Semua guru SMK Bandar Samariang adalah Guru Disiplin sekolah. Mereka diberi kuasa untuk mengendalikan kes- kes ringan yang tidak membawa kepada hukuman berat. 16.1.2 Semua kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman berat akan dikendalikan oleh Lembaga Disiplin Sekolah yang akan dipengerusikan oleh Pengetua / wakilnya. 16.1.3 Pengawas sekolah diberi kuasa membantu Pengetua atau wakilnya dalam penguatkuasaan peraturan sekolah dengan pengawasan Guru Penasihat. 16.1.4 Anggota Lembaga Disiplin Sekolah berhak menggunakan kuasa dan budi bicara dalam pelaksanaan kes-kes disiplin. 16.1.5 Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Disiplin dan Guru Penasihat Lembaga Pengawas boleh membuat pemeriksaan mengejut ke atas murid yang disyaki telah melanggar peraturan sekolah.


21 16.2 Hak Untuk Didengar 16.2.1 Semua murid yang telah dituduh melakukan kesalahan berhak untuk membela diri. Segala bantahan atau ulasan boleh dibuat secara lisan atau bertulis kepada Pengerusi Lembaga Disiplin. 16.2.2 Seseorang murid itu harus mendapat peluang untuk menyatakan kesnya atas sebarang salah laku yang membolehkan dia dihukum atau hukuman berkenaan yang dicadangkan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. 16.2.3 Hak untuk didengar secara adil akan diberikan kepada semua murid yang telah melakukan kesalahan. Murid yang dituduh melakukan kesalahan berhak untuk mengetahui dengan jelas salah laku dan tuduhan yang telah dihadapkan kepadanya. Kehadiran ibu bapa/penjaga dIperlukan terutama dalam kes-kes berat. 16.2.4 Jika sesuatu pertuduhan telah dibuktikan dan hukuman dijatuhkan, maka murid berhak untuk membuat rayuan terhadap hukuman tersebut secara lisan atau bertulis kepada Pengerusi Lembaga Disiplin. 16.2.5 Pengerusi Lembaga Disiplin atau wakilnya berhak untuk mengurangkan atau menambahkan atau memansuhkan sesuatu kes atau hukuman yang telah dijatuhkan kepada seseorang murid sekiranya seseorang murid itu dapat membuktikan kes atau hukuman dengan jelas dan memuaskan. TATACARA PENGENDALIAN KES-KES DISIPLIN ATAU SALAH LAKU 17.1 Di dalam kelas atau bilik-bilik khas atau makmal 17.1.1 Sesuatu salah laku yang telah dilakukan oleh seseorang mu ri d atau sekumpulan murid hendaklah dilaporkan dengan segera secara lisan dan bertulis oleh Guru Mata Pelajaran / Guru murid dalam kelas tersebut kepada Pengetua atau wakilnya. Secara umumnya, laporan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti tercatat di bawah: Tarikh :____________ Hari :__________ Masa : _____________________ Senarai nama murid dan Tingkatan yang melakukan kesalahan :-______________ Jenis salah laku : _ _______________ Tindakan, jika ada : ________________ Perkara lain yang berkaitan, jika ada : _____________________________________ Nama dan Tandatangan pelapor : ______________________________________


22 17.1.2 Hasil laporan di atas, Pengetua atau wakilnya akan menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti kesahihan laporan. Jika laporan didapati benar, maka murid akan dipanggil untuk mendengar tuduhan dan tindakan lanjut. 17.2 Di luar kelas (dalam kawasan sekolah) 17.2.1 Dalam mengendalikan kes-kes disiplin yang berlaku di luar kelas/ dalam kawasan sekolah, pengawas atau guru yang mengetahui adanya kes pelanggaran disiplin, hendaklah melapor seperti dalam format 17.1. 17.2.2 Hasil daripada laporan-laporan di atas, Pengetua atau wakilnya akan menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci kesahihan laporan. Jika laporan benar, maka murid akan dipanggil untuk mendengar tuduhan dan tindakan lanjut. 17.3 Di luar sekolah 17.3.1 Dalam mengendalikan kes salah laku yang dilakukan oleh pelajar di luar sekolah, murid atau guru yang mengetahuinya hendaklah melaporkan kes tersebut kepada Pengetua/wakilnya. Format laporan adalah seperti dalam 17.1 17.3.2 Hasil laporan di atas, Pengetua atau wakilnya akan menjalankan sisatan lanjut untuk mengenal pasti kesahihan laporan. Jika laporan didapati benar, maka murid akan dipanggil untuk mendengar tuduhan dan tindakan lanjut.


23 JENIS-JENIS KESALAHAN DAN TATACARA PENGENDALIAN HUKUMAN 18.1KATEGORI KESALAHAN JENAYAH DALAM KONTEKS POLIS 18.2 KATEGORI SALAH LAKU JENAYAH DALAM KONTEKS SEKOLAH KOD KESALAHAN-KESALAHAN MATA DEMERIT JS1 Menyalahgunakan/mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah /ganja /gam/ inhalan/pil khayal atau yang berkaitan. 25 -50 JS2(1) Membawa/menyimpan / menghisap rokok/vape dalam kawasan sekolah atau di luar sekolah dengan memakai pakaian sekolah 25 -50 JS(2) Membawa/menyimpan/mengedar/ menghisap Rokok/vape dalam/luar kawasan sekolah kerana menghadiri aktiviti rasmi sekolah 50 -100 JS3 Minum atau menyimpan minuman keras atau sebarang minuman yang memabukkan. 50 -100 JS4 Melakukan gangguan/ pergaduhan atau kekerasan terhadap murid dengan atau tanpa senjata sehingga melibatkan atau tidak melibatkan kecederaan. 25 -50 JS5 Memukul, mengancam, mengugut, memeras ugut/biadap terhadap murid/pengawas/guru/ kakitangan sekolah/orang awam yang berada dalam kawasan sekolah. 25 -50 JS6 Membawa/memiliki/menyimpan/menggunakan senjata serta bahan berbahaya. 50 -100 KOD KESALAHAN-KESALAHAN MATA DEMERIT JP1 Jenayah takrifan polis di luar kawasan 100 JP2 Jenayah taksiran polis berlaku di luar kawasan sekolah dan dimaklumkan kepada sekolah 100


24 JS7 Membabitkan diri dengan kumpulan haram. 50 -100 JS8 Mencabul kehormatan murid perempuan. Di buang sekolah JS9 Melakukan zina, liwat, menjadi bohsia, hubungan luar tabii/sebarang tingkah laku lucah. Di buang sekolah JS10 (Bersekedudukan) atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral seperti bercumbu-cumbuan, membawa bahan lucah, mengintai murid. 50 -100 JS11 Membawa atau menggunakan bahan letupan. 25 -50 JS12 Membawa/ menggunakan alat yang boleh menyebabkan kecederaan atau menganggu proses pengajaran atau pembelajaran atau peperiksaan atau ujian 25 -50 JS13 Menipu/ tidak jujur/ berbohong dalam urusan seperti kewangan/ kepercayaan/memalsukan tandatangan pelajar/ ibu bapa/ Guru/ Kakitangan / Pengetua menggunakan nama dengan niat tidak baik. 50 -100 JS15 Membunuh dengan niat atau tidak sengaja 50 -100 (Rujuk JP1) JS16 Kesalahan-kesalahan lain yang ditafsirkan sebagai Tingkah laku Jenayah dalam konteks sekolah oleh Lembaga Sekolah atau Pengetua atau wakilnya. 50 – 100


25 18.3 KATEGORI KESALAHAN BERAT KOD KESALAHAN-KESALAHAN MATA DEMERIT BT1 Melakukan buli (peloncoan), penderaan, paksaan, pemerasan atau peras ugut terhadap murid lain. 50 BT2 Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan(termasuk kelas/bilik guru) 50 BT3 Melakukan perjudian/membabitkan diri bersubahat dalam pertaruhan/ bermain permainan yang berunsurkan perjudian secara olok-olok/ kecil-kecilan/ besar- besaran 25-50 BT4 Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar/menyimpan rencana, majalah/ pita rakaman/ risalah politik yang terlarang dan multimedia 25 BT5 Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar tanpa memberitahui pihak sekolah 25 BT6 Merosakkan harta benda murid/ kakitangan/ Guru/ Pengetua atau orang awam 30 BT7 Menulis/melukis perkataan / gambar lucah/ melakukan perbuatan lucah/ mengedar memliki/ mempamerkan bahan lucah 25-50 BT8 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh atau berpiket. 25-50 BT9 Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan Multimedia 25-50 BT10 Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai masyarakat Malaysia atau menyertai pertandingan ratu cantik 15-30 BT11 Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-berturut) selama 30 hari dan berkala selama 60 hari dalam satu tahun sesi persekolahan Rujuk Siaran BT12 Menjejaskan kuasa Pengetua/ Guru yang menjalankan tugas 25-50 BT13 Memandu atau menunggang kenderaan secara berbahaya dalam kawasan sekolah 15-30 BT14 Kencing atau buang air besar di dalam atau di luar kelas atau kawasan sekolah kecuali di Tandas Sekolah 25 BT15 Membawa masuk tetamu ke dalam kawasan sekolah dengan niat/ tujuan/ perbuatan yang tidak baik 25


26 BT16 Memakai serban atau purdah 15-30 BT17 Meniru/ menipu dalam peperiksaan/ujian 25-30 18.4 KATEGORI KESALAHAN SEDERHANA KOD KESALAHAN-KESALAHAN MATA DEMERIT S1 Menyalahgunakan peralatan elektrik 10-20 S2 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran 5-10 S3 Ponteng sebarang acara rasmi sekolah 5-10 S4 Ponteng kelas setiap waktu 5 setiap waktu S5 Ponteng Sekolah 3 hari berturut-turut/10 hari berkala 10 hari berturut-turut/20 hari berkala 17 hari berturut-turut/40 hari berkala 31 hari berturut-turut/ 60 hari berkala Amaran 1 Amaran 2 (50) Amaran 3 (70) Gugur Dari Senarai (100) S6 Fesyen rambut seperti ’punk’/’skin head’ atau diwarnakan/ rambut panjang/ fesyen lain yang bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan Kementerian Pelajaran Malaysia 15-30 S7 Menconteng papan tulis, papan kenyataan dan mana-mana bahagian sekolah 5-10 S8 Tidak menghormati lagu-lagu dan bendera negeri, Kebangsaan serta sekolah 5-10 S9 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Lembaga Disiplin Sekolah atau Pengetua wakilnya 15-30


27 18.5 KATEGORI KESALAHAN RINGAN KOD KESALAHAN-KESALAHAN MATA DEMERIT R1 Menyimpan misai, janggut atau jambang 5-10 R2 Bermain dalam bilik darjah, koridor/ kawasan larangan 5-10 R3 Mengguna dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa kebenaran 5-10 R4 Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran 5-10 R5 Berada di kantin waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran 5-10 R6 Menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran 5-10 R7 Menggunakan alat hiburan/elektronik/ bahan komunikasi seperti handphone/radio /walkman/pita video/LCD/VCD/DVDdan yang berkaitan kecuali dengan kebenaran 5-10 R8 Tidak mematuhi peraturan makmal sekolah 5-10 R9 Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam tangan 5-10 R10 Memasuki bilik khas tanpa kebenaran 5-10 R11 Makan/minum/mengunyah sebarang makanan di bilik darjah pada sebarang masa kecuali ada kebenaran guru 5-10 R12 Melakukan pembaziran air dan elektrik 5-10 R13 Tidak memakai pakaian sekolah dengan lengkap • tidak berpakaian lengkap untuk PJK • kolar baju diubah suai • tidak memakai kasut sekolah • memakai stoking berwarna • bertali pinggang melebihi 2 inci • baju tidak dimasukkan ke dalam • tidak menggunakan tag nama • tidak bertudung lengkap bagi pelajar perempuan Islam # baju kurung tidak berbutang • # tidak memakai singlet berwarna putih • # pakaian seragam sekolah yang diubah suai • # memakai cermin mata berwarna- warni 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 R14 Kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran, sebagai contoh tidak membawa buku teks dan tidak membawa buku latihan 5-10 R15 Datang lewat ke sekolah 5-10 R16 Lewat ke perhimpunan 5-10


28 R17 Menganggu PdP 5-10 R18 Bising, berteriak dan menjerit 5-10 R19 Menganggu atau mengejek kawan sehingga menyebabkan keadaan tegang 5-10 R20 Keluar kelas tanpa kebenaran/lewat masuk kelas dengan sengaja 5-10 R21 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Lembaga Disiplin Sekolah 15 18.6 KATEGORI KESALAHAN BIASA KOD KESALAHAN-KESALAHAN MATA DEMERIT BS1 Berjalan-jalan di dalam kelas 2-5 BS2 Tidak membuat projek yang ditugaskan seperti projek yang berkaitan dengan KH, Peka Sains dan lain-lain 10-20 BS3 Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar 10-20 BS4 Mengotorkan kelas dengan sengaja 10-15 BS5 Berjalan-jalan dalam kelas tanpa tujuan semasa PdP 25-50 BS6 Membawa majalah berbentuk hiburan ke sekolah tanpa kebenaran 5-10 BS7 Membawa/menggunakan Liquid Paper/alat solek/cermin/pisau pemotong tajam/ gunting besar/peralatan yang dilarang 5-10 BS8 Tidak membuat kerja rumah 5-10 BS9 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Lembaga Disiplin Sekolah/Pengetua/wakilnya 15


29


30


31 PEMBANTU BADAN PENTADBIR SEKOLAH 19.1Pengawas Sekolah 19.1.1 Pemilihan Pengawas Sekolah i. Calon-calon pengawas dicadangkan oleh se mua guru . Calon-calon ini dikehendaki menghadiri satu temuduga dan ditapis. Hanya calon-calon yang berakhlak mulia, berhemah tinggi, mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan sanggup menjalankan tugas untuk meningkatkan disiplin sekolah dipilih sebagai pengawas sekolah. ii. Pengawas dilantik dengan rasmi dan bersyarat. Mana- mana pengawas boleh disingkirkan jika melanggar peraturan atau tidak berkeupayaan untuk menjalankan tugas dengan baik. 19.1.2 Organisasi Lembaga Pengawas Pengawas-pengawas yang dilantik akan menganggotai Lembaga Pengawas. Antara jawatan yang penting ialah; i. Ketua Pengawas (Lelaki dan Perempuan) ii. Penolong Pengawas (Lelaki dan Perempuan) iii. Setiausaha dan Penolongnya iv.Bendahari v. Beberapa orang Ahli Jawatankuasa (Ketua Unit) 19.1.3 Pakaian Seragam Pengawas Lelaki i. Seluar panjang berwarna hitam. Ukuran dan fesyennya sama seperti pakaian seragam sekolah. ii. Baju putih berlengan panjang. iii. Bertali leher berwarna hitam. iv. Berstokin v. Berkasut kulit/PBC hitam. Fesyen biasa dan bertali. vi. Memakai tag nama 19.1.4 Pakaian Seragam Pengawas Perempuan i. Baju kemeja putih berkolar dan berlengan panjang. ii. Kain berwarna hitam berpotongan sama dengan pakaian seragam sekolah. iii. Tudung dan skaf kepala berwarna putih. iv. Memakai tag nama.


32 19.2 Bidang Tugas Ahli Lembaga Pengawas i. Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas:- Menjadi Pengerusi Mesyuarat Badan Pengawas. Memeriksa tugas pengawas, kebersihan, salahlaku disiplin dan tugas-tugas lain yang berkaitan. ii. Setiausaha dan Penolongnya:- Mencatat minit mesyuarat, menyediakan buku kedatangan tugas harian pengawas dan disiplin. iii. Bendahari:- Menyediakan buku laporan kewangan, mengumpul wang denda dan yuran pengawas serta menyediakan laporan kewangan. iv. Ketua-Ketua Unit Sentiasa memastikan ahli-ahlinya bertugas mengikut jadual, menerima laporan ahli, menyelesaikan dan bertindak untuk meningkatkan prestasi kumpulan/unitnya. 19.3 Tugas-tugas Ketua Pengawas i. Merancang, menyusun dan mengarahkan tugas-tugas yang akan dijalankan kepada pengawas-pengawas. ii. Melaksanakan arahan pihak berkuasa sekolah untuk kepentingan semua murid. iii. Menyelesaikan masalah-masalah pengawas. iv. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak berkuasa sekolah dari masa ke semasa. v. Memupuk dan mengeratkan hubungan mesra di antara guru, murid dan pihak pentadbiran sekolah. vi. Berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan Badan Pengawas. 19.4 Tugas-tugas Pengawas i. Mengawasi semua murid supaya sentiasa mematuhi peraturan sekolah. ii. Melapor kepada pihak berkuasa sekolah/guru disiplin jika ada murid yang melanggar peraturan sekolah. iii. Membantu pengawalan sesuatu perhimpunan. iv. Mengawasi murid-murid supaya berdiri/berbaris dan bersopan/berkelakuan baik semasa perhimpunan sedang dijalankan. v. Menyampai dan melaksanakan semua arahan yang dibuat oleh pihak sekolah kepada murid-murid dan ketua kelas. vi. Berusaha memupuk dan mengeratkan hubungan yang baik dan kerjasama yang erat antara Badan Pengewas dan semua murid.


33 19.5 Lokasi / Kawasan Bertugas i. Lokasi A : Pintu Pagar Utama, Surau dan Dewan Perdana. ii. Lokasi B : Bilik Guru, Pejabat Am dan seluruh Blok Pentadbiran. Iii Lokasi C : Blok A dan kawasan persekitaran. iv. Lokasi D : Blok B dan kawasan persekitaran. v. Lokasi E : Blok C dan kawasan persekitaran. vi. Lokasi F : Blok D dan kawasan persekitaran. vii. Lokasi G : Kantin 19.6 Pembahagian Tugas / Masa Bertugas I. Pengawas-pengawas hendaklah bertugas pada setiap hari mengikut jadual bertugas harian. iii. Pengawas-pengawas hendaklah mencatat sebarang rekod salah laku murid dalam buku hariannya. iv. Semua pengawas hendaklah bertugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab tanpa perlu arahan Guru Disiplin. v. Pengawas-pengawas dibahagikan kepada 7 lokasi dan 5 kumpulan untuk menjalankan tugas harian. 19.7 Peraturan Am Bagi Pengawas i. Ketua Pengawas hendaklah mengadakan pemeriksaan ke setiap lokasi untuk mempastikan pengawas-pengawas menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan seterusnya dapat mengesan masalah-masalah yang wujud serta dapat menyelesaikannya dengan kadar segera. ii. Ketua pengawas hendaklah kerapkali mengadakan perbincangan dengan pengawas-pengawas lain bertujuan untuk melicinkan perjalanan Badan Pengawas. iii. Semua pengawas hendaklah menegur murid-murid yang tidak bertatatertib semasa perhimpunan sekolah dengan serta merta. iv. Semua pengawas hendaklah bekerjasama dan bertanggungjawab untuk meningkatkan mutu disiplin murid. v. Pengawas-pengawas hendaklah bekerjasama untuk memastikan perjalanan tugas pengawas lebih licin dan berkesan. vi. Semua pengawas hendaklah menjaga nama baik dan imej Badan Pengawas sepanjang masa.


34 vii. Pengawas-pengawas hendaklah menjadi contoh teladan kepada murid-murid lain dan sentiasa berusaha menjaga nama baik SMK Bandar Samariang. 19.8 Pelantikan Ketua Tingkatan & Penolong Ketua Tingkatan Ketua Tingkatan dan penolongnya dilantik oleh Guru Tingkatan berdasarkan kepimpinan yang ditunjukkan, sikap, tanggungjawab, berbudi bahasa dan akademik murid. 19.9 Tugas-tugas Ketua Tingkatan & Penolongnya i. Menyediakan jadual waktu bagi Tingkatannya. ii. Menyediakan jadual bertugas murid-murid dalam kelas. Iii. Mengawasi kebersihan dan keceriaan kelas. iv. Bertanggungjawab terhadap kebajikan kelas seperti menyediakan peralatan, kapur, mengawasi kerusi meja dan lain-lain. v. Mengawasi semua murid dalam tingkatannya supaya sentiasa berdisiplin dan mengikut pelajaranan dalam suasana yang baik dan teratur. vi. Memeriksa pakaian semua murid sama ada menepati peraturan sekolah atau tidak & melapor sebarang kes salah laku dan menjadi dan melapor sebarang salah laku kepada guru tingkatan. vii. Melapor kepada guru tingkatan jika ada murid yang melanggar peraturan sekolah. viii. Melapor sebarang kerosakan/kehilangan harta benda di bilik darjah kepada Guru Tingkatan. ix. Mengawasi kelas semasa ketiadaan guru. x. Menerima serta menyampaikan maklumat atau arahan dari Guru Tingkatan, Guru Disiplin, Penolong Kanan atau pengetua dari semasa ke semasa kepada murid-murid dalam kelas berkenaan.


35 19.10 Peraturan Am Untuk KetuaTingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan i. Semua Ketua Tingkatan dan Penolongnya hendaklah mematuhi segala peraturan sekolah dan menjadi contoh kepada murid lain. ii. Semua murid yang enggan mematuhi arahan atau sengaja mempersendakan Ketua Tingkatan dan Penolongnya akan dikenakan tindakan disiplin. iii. Semua murid yang mengancam atau mencederakan Ketua Tingkatan atau penolongnya akan dikenakan tindakan disiplin. iv. Semua Ketua Tingkatan dan Penolongnya hendaklah melaporkan segera jika diancam atau diugut oleh murid lain. UJIAN DAN PEPERIKSAAN 20.1 Semua murid diwajibkan menduduki setiapujian dan peperiksaan yang dikelolakan oleh Kementerian, Jabatan dan Sekolah. 20.2 M u r i d - m u r i d yang mempersendakan ujian, peperiksaan dalam apa jua bentuk sekalipun akan dianggap melakukan kesalahan berat dan boleh dikenakan tindakan disiplin. 20.3 Semua murid tidak dibenarkan keluar dari Dewan atau Bilik Peperiksaan sebelum waktu peperiksaan atau ujian tamat kecuali mendapat kebenaran pihak berkenaan. 20.4Semua murid mestilah jujur dan DILARANG KERAS melakukan penyelewengan dalam peperiksaan / ujian. 20.5 Semua murid hendaklah mematuhi arahan Lembaga Peperiksaan Malaysia sewaktu menduduki peperiksaan awam seperti SPM dan sebagainya. 20.6 Semua murid yang memalsukan tandatangan / markah dalam Buku Rekod Kemajuan Murid dengan niat hendak menipu ibu bapa atau penjaga adalah dianggap sebagai satu kesalahan berat.


36


37 1. Tetapkan matlamat / sasaran anda. 2. Yakin akan kemampuan diri sendiri. 3. Ambil inisiatif untuk berusaha. 4. Belajar dengan tekun. 5. Berdisiplin. 6. Jaga kebersihan, kekemasan dan kesihatan diri. 7. Utamakan perkara yang hendak dilakukan mengikut kepentingan. 8. Wujudkan suasana kondusif. 9. Bahagikan masa dengan baik. 10. Belajar daripada kesilapan diri dan orang lain. 11. Bersikap positif. 12. Jaga imej diri. 13. Motivasikan diri anda. 14. Bertindak dengan baik. 15. Ada keinginan untuk mencuba perkara yang berfaedah. 16. Jejakilah kebijaksanaan. 17. Sentiasa mahu berubah ke arah kebaikan. 18. Ada strategi pelaksanaan yang baik. 19. Mempunyai tenaga untuk maju. 20. Mempunyai keazaman yang tinggi.


38


Click to View FlipBook Version