1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU KELANTAN TUGASAN PENULISAN ESEI GISC 1082 ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN NAMA MUHAMMAD DANISH IRFAN BIN MAHADHIR ANGKA GILIRAN 2024082310173 NO. KP 060406110395 PROGRAM PISMP (PERSEDIAAN) AMBILAN OGOS 2024/2029 KUMPULAN/UNIT MATEMATIK 2 NAMA KURSUS ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN NAMA PENSYARAH DR. WAN AFIZI BIN WAN HANAFI TARIKH HANTAR 10 MAC 2025 Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami. Catatan (jika ada) Tanda tangan Pelajar : Tarikh :
2 BORANG MAKLUM BALAS PENTAKSIRAN BERTERUSAN Nama : MUHAMMAD DANISH IRFAN BIN MAHADHIR Angka Giliran : 2024082310173 Kod : GISC 1082 Nama Kursus : Isu Semasa dan Cabaran Masa Depan Pensyarah : DR. WAN AFIZI BIN WAN HANAFI Tarikh Hantar : 10 MAC 2025 Tarikh Terima Diisi oleh pensyarah : Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tanda tangan Pelajar : _________________________ Tarikh : Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Pemeriksa Moderator (jika berkaitan) Kekuatan : Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki : Tanda tangan : Tarikh : Tanda tangan : Tarikh :
3 HALAMAN PENGAKUAN “Saya akui bahawa penulisan laporan ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.” Tandatangan : Nama Pelajar : Muhammad Danish Irfan bin Mahadhir Tarikh : PENGHARGAAN
4 Bismillahirhirahmanirahim. Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat Ilahi di atas limpah dan kurniaNya menganugerahkan nikmat kepada hambanya ini dapat jua saya menyiapkan tugasan ini dengan lancar. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan berjuta penghargaan kepada pensyarah saya yang amat disanjungi, Dr Wan Afizi bin Wan Hanafi atas tunjuk ajar beliau semasa menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Tanpa bimbingan beliau, sudah tentu saya dalam kesukaran dan kesulitan untuk menyiapkan tugasan ini. Maka, saya jadikan ini sebagai penghargaan atas tanggungjawab beliau ke atas saya. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang sentiasa menyokong saya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak membantu dari segi sokongan moral untuk saya kekal semangat sehingga berjaya. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan saya yang tidak jemu menjawab segala pertanyaan yang sering saya utarakan. Bantuan mereka sangat bermakna bagi saya kerana telah banyak memudahkan urusan menyiapkan tugasan. Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa menyempurnakan tugasan saya ini.
5 Isi Kandungan 1.0 Pengenalan ...............................................................................................................................6 2.0 Perdagangan antarabangsa dan persaingan global...........................................................6 3.0 Pelaburan Asing dan Kebergantungan Ekonomi ................................................................7 4.0 Krisis Ekonomi Global dan Kesannya...................................................................................7 5.0 Strategi Malaysia menghadapi Cabaran Globalisasi..........................................................8 6.0 Kesimpulan................................................................................................................................8 7.0 Rujukan......................................................................................................................................9
6 1.0 Pengenalan Pada era yang penuh dengan unsur kemodenan ini, Malaysia kini berada dalam era globalisasi yang dapat menghubungkan Malaysia ke serata dunia. Menurut Salim et al. (2014), globalisasi membawa maksud suatu proses mewujudkan atau menghubungkan masyarakat di seluruh dunia dan tidak mengenal batas wilayah. Globalisasi mampu merangkumi banyak aspek termasuk pendidikan, budaya, teknologi dan ekonomi, namun fokus penulisan ini ingin menerangkan dan menekankan tentang globalisasi dalam aspek ekonomi Malaysia. Globalisasi membawa pelbagai implikasi terhadap ekonomi Malaysia dan ia perlu dimanfaatkan serta bijak menanganinya supaya Malaysia dapat mengikuti arus globalisasi sebaiknya. Ini kerana globalisasi dapat dilihat sebagai satu proses yang mampu mengubah ekonomi global termasuk aktiviti pengeluaran, pengaliran wang dan kestabilan negara (Mustapha & Husin, 2002). 2.0 Perdagangan antarabangsa dan persaingan global Salah satu manfat yang dapat diperolehi apabila wujudnya globalisasi terhadap Malaysia ialah peningkatan akses kepada pasaran antarabangsa. Menurut Liew (2022), perdagangan antarabangsa tidak dapat dinafikan lagi bahawa peranannya adalah penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ini kerana perdagangan antarabangsa membuka peluang kepada Malaysia untuk memajukan aktiviti eksport negara dengan lebih luas terutamanya hasil getah dan sawit. Perkara ini dapat menguntungkan lagi Malaysia apabila Malaysia bekerjasama dalam pertubuhan ASEAN iaitu Malaysia dapat mengembangkan aktiviti ekonominya melalui perjanjian yang dipersetujui oleh negara-negara anggota ASEAN iaitu Perjanjian Pedagangan Bebas ASEAN (AFTA). Perjanjian ini membenarkan Malaysia melaksanakan aliran perdagangan bebas antara negara anggota ASEAN termasuk pengecualian tarif, aliran bebas pasaran dan aliran bebas tenaga buruh (Arnakim & Mat, 2021). Namun begitu, dalam manfaat globalisasi, terdapat juga cabaran yang perlu dihadapi dalam bentuk persaingan dalam pasaran Malaysia. Perkara ini dapat dilihat apabila globalisasi yang membenarkan aktiviti eksport Malaysia berkembang pesat juga membenarkan aktiviti import yang menjadi penghalang kepada produk tempatan untuk menonjolkan kewibawaannya. Ini terjadi disebabkan oleh permintaan terhadap barangan import telah menandingi permintaan produk tempatan yang menyebabkan permintaan import melebihi permintaan eksport negara kerana hasil daripada kualiti produk yang lebih berkualiti tinggi berbanding produk tempatan. Hal ini menyebabkan syarikat tempatan terpaksa bersaing dan meningkatkan daya saing mereka bagi memastikan kelangsungan dalam pasaran global.
7 3.0 Pelaburan Asing dan Kebergantungan Ekonomi Selain itu, globalisasi juga telah mendorong kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia yang merupakan satu perkara yang dapat memenuhi matlamat negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 (Karim et al., 2016). Pelaburan asing ini telah mencipta peluang kepada negara Malaysia untuk mewujudkan satu perindustrian yang berteknologi tinggi apabila syarikat multinasional dari negara luar seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari negara China datang melabur di negara Malaysia. Hal ini kerana syarikat multinasional seperti ini telah menyumbang dan melakukan pemindahan teknologi kepada negara Malaysia untuk memajukan syarikatnya di Malaysia. Pada masa yang sama, langkah pelaburan daripada syarikat multinasional ini juga dapat membawa kepakaran dari negara luar untuk berkhidmat serta menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara dan ia juga membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan untuk berkhidmat dalam syarikat mereka. Walau bagaimanapun, kebergantungan yang berlebihan terhadap pelaburan asing juga membawa risiko besar kepada ekonomi negara. Hal ini dikatakan sedemikian kerana syarikat multinasional juga dengan pilihannya untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos mereka akan memandang sumber yang terdapat di sesebuah negara. Ini lebih membimbangkan lagi sekiranya syarikat multinasional ini tidak memandang Malaysia sebagai tumpuan mereka apabila Malaysia gagal menawarkan kos buruh atau insentif lain yang lebih menguntungkan mereka untuk melabur di negara Malaysia. Oleh itu, Malaysia perlu mengimbangi kebergantungan ini dengan memperkukuhkan lagi industri tempatan agar dapat bersaing secara lebih berdikari. 4.0 Krisis Ekonomi Global dan Kesannya Kesan globalisasi memberi impak kritikal kepada negara Malaysia. Kesan ini terbentuk akibat beberapa faktor termasuk krisis ekonomi global. Sebagai contoh, banyak negara termasuk Malaysia telah mengalami krisis ekonomi global pada tahun 2020, iaitu sewaktu pandemik COVID-19 melanda di seluruh dunia. Pandemik ini mewujudkan impak negatif yang cukup besar terhadap ekonomi negara apabila rantaian bekalan global terputus dan mengakibatkan kejatuhan eksport dan import berlaku. Selain itu, peningkatan pengangguran di Malaysia turut meningkat kesan daripada ketidakstabilan ekonomi negara yang menjejaskan prestasi syarikat-syarikat seluruh negara dan dunia. Di samping itu, ketidakstabilan ekonomi global juga memberi tekanan terhadap ekonomi negara-negara seluruh dunia termasuk Malaysia. Contohnya, kenaikan harga beberapa
8 barangan yang terjadi akibat beberapa faktor seperti perubahan iklim juga menjejaskan kestabilan ekonomi seperti berlakunya inflasi sesebuah negara. Kajian Safari et al. (2024) menunjukkan bahawa berlakunya krisis bekalan bawang import kerana sekatan eksport yang dijalankan akibat bencana banjir besar di negara India. Oleh itu, beberapa pendekatan boleh dijalankan dari pihak kerajaan untuk menangani krisis seperti ini. Antaranya, kerajaan boleh memastikan kestabilan dasar fiskal sentiasa dititikberatkan bagi memastikan Malaysia mampu menangani ketidaktentuan ekonomi dunia ini. 5.0 Strategi Malaysia menghadapi Cabaran Globalisasi Bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing dalam arus globalisasi ini, beberapa langkah strategik boleh dilakukan oleh pihak kerajaan dan pihak swasta atau firma. Pihak kerajaan boleh menyokong industri tempatan untuk terus bersaing dalam pasaran global dan pada masa yang sama dapat mengurangkan kebergantungan kepada syarikat multinasional. Pihak kerajaan juga boleh memberikan inisiatif lain seperti pemberian subsidi kepada firma tempatan untuk menambahkan kualiti produk tempatan. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh mengatasi kesan turun dan naik ekonomi global dengan melaksanakan dasar ekonomi yang kukuh seperi pelaksanaan alat dasar fiskal. Bagi pihak firma pula, mereka boleh meningkatkan produktiviti syarikat bagi meningkatkan kualiti produk yang dikeluarkan untuk menandingi pasaran global. Kualiti barangan yang dikeluarkan dapat menjadi punca barangan eksport negara dapat berkembang maju dan menjadi pertambahan pengaliran wang masuk negara. Firma juga boleh melabur dalam latihan semula tenaga kerja agar mereka memiliki kemahiran yang relevan dengan keperluan industry moden. Oleh itu, rakyat Malaysia juga perlu memiliki kepakaran dan kemahiran agar menjadi tenaga kerja mahir dalam mengeluarkan barang dan perkhidmatan bagi memastikan kualiti produk tempatan terjamin. 6.0 Kesimpulan Kesimpulannya, globalisasi telah membawa peluang besar kepada ekonomi Malaysia melalui perdagangan antarabangsa, pelaburan asing dan perkembangan teknologi. Namun, ia juga mendatangkan cabaran seperti persaingan sengit, kebergantungan kepada syarikat multinasional serta ketidaktentuan ekonomi global. Oleh itu, Malaysia perlu mengambil langkah strategik bagi memastikan daya saingnya dalam pasaran global. Kerajaan boleh memperkukuh industri tempatan, melaksanakan dasar ekonomi yang kukuh dan menyokong inovasi teknologi swasta tempatan. Syarikat tempatan pula harus meningkatkan produktiviti, melabur dalam pembangunan tenaga kerja dan meneroka pasaran antarabangsa untuk
9 menandingi pasaran global. Dengan pendekatan berkesan ini, Malaysia dapat memanfaatkan globalisasi untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan. 7.0 Rujukan Abu Bakar, A. S., & Abdullah, H. (2002). Pembangunan perindustrian Malaysia mengharungi cabaran globalisasi: dari sudut penglibatan bumiputera. In Prosiding Seminar Kebangsaan Sains, Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1 (pp. 389-403). Arnakim, L. Y., & Mat, S. M. (2021). MALAYSIA DAN ASEAN: KEPENTINGAN DAN PENDEKATAN MALAYSIA TERHADAP ASEAN, 1967-2017: MALAYSIA AND ASEAN: ITS INTERESTS AND APPROACHES TOWARD ASEAN, 1967- 2017. SEJARAH: Journal of the Department of History, 30(2 (December)). Ismail, N. A., Ismail, A. G., & Osman, Z. (2011). Dasar fiskal dan asakan keluar mengikut sub-sektor perbelanjaan kerajaan di Malaysia. Jurnal Kemanusiaan, 9(1). Karim, Z. A., Ramli, N. H., & Khalid, N. (2016). Penentu aliran pelaburan portfolio asing di Malaysia: Suatu kajian panel ARDL. Jurnal Ekonomi Malaysia, 50(1), 3-14. Liew, Y. H. (2022). Export of Malaysia Rubber to the United States, 1970-1990. Perspektif Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 14, 11-24. Mustapha, R., & Husin, R. (2002). Perancangan pendidikan untuk pembangunan sumber manusia dalam era globalisasi dan k-ekonomi. Jurnal Teknologi, 37, 1-12. https://journals.utm.my/jurnalteknologi/article/view/555 Safari, S., Dani, M. S. A., Saari, A., Engah, W. R. W., Basir, H., Ghazali, S., & Kassim. (2024). PENILAIAN EKONOMI DAN POTENSI PASARAN BAGI PEMBANGUNAN TEKNOLOGI VARIETI DAN PENANAMAN SAYURAN: KUBIS CINA DAN BAWANG MERAH. Salim, K., Sari, M. P., Islam, J. M. P., & Riau, S. A. K. (2014). Pengaruh Globalisasi Terhadap Dunia Pendidikan. Makalah Jurusan Manajemen Pendidikan Islam, STAI Abdurahman Kepulauan Riau. Page, 1-11.