The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Student handbook for new students

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by danizah, 2024-01-30 20:19:23

handbook 2 2023/2024

Student handbook for new students

46 GARIS PANDUAN RUPA DIRI DAN ETIKA PAKAIAN JABATAN Pelajar-pelajar tertakluk kepada semua peraturan bertulis di Politeknik KPT. Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah SENTIASA berpakaian menutup aurat (bagi pelajar Islam), kemas, bersih dan sopan ketika menghadiri kuliah dan aktiviti-aktiviti di politeknik. Semua jenis pakaian yang menjolok mata dan terlalu berfesyen adalah dilarang. Pemakaian kad pelajar adalah diwajibkan sepanjang berada di kawasan Politeknik. PAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR LELAKI 1. BAJU ▪ Baju kemeja berlengan panjang atau pendek yang sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in). ▪ Butang baju mestilah dikancing dengan sempurna. ▪ Pemakaian baju beruniform dan baju ko-kurikulum dibenarkan pada hari RABU bagi para pelajar yang terlibat dengan kursus ko-kurikulum SAHAJA. iv. Pemakaian baju korporat dan baju batik dibenarkan pada hari KHAMIS atau semasa aktiviti rasmi. ▪ Pemakaian baju Melayu dibenarkan pada hari JUMAAT tetapi hendaklah lengkap sepasang berserta dengan kain samping dan songkok hitam. ▪ Dilarang memakai baju kemeja-T berkolar atau tanpa kolar (Pengecualian kepada para pelajar yang tiada kuliah, walaubagaimanpun terhad kepada kemeja-T berkolar yang mempunyai logo politeknik). 2. SELUAR ▪ Seluar Panjang jenis cotton atau slack. Dilarang memakai jeans atau design jeans. 3. KASUT ▪ Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan lengkap berstokin. Kasut sukan TIDAK dibenarkan. ▪ Dilarang memakai selipar, terompah, capal dan seumpamanya. ▪ Dilarang memakai kasut berladam logam yang berbunyi bising. 4. RAMBUT ▪ Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi dahi. ▪ Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama. ▪ Rambut berfesyen tidak dibenarkan (rambut pacak/ berukir/ afro/ diwarnakan dan lain-lain). 5. TALI LEHER & PERHIASAN ▪ Pemakaian tali leher sepanjang waktu kuliah kecuali bagi kuliah waktu petang. ▪ Sebarang bentuk perhiasan adalah dilarang. STUDENT’S DISCIPLINARY


47 PAKAIAN DAN RUPA DIRI PELAJAR PEREMPUAN 1. BAJU ▪ Pakaian yang tertib, bersih, kemas, sopan dan menutup aurat (bagi pelajar Islam). ▪ Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung. ▪ Dilarang memakai pakaian yang menjolok mata (contohnya pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu dan belakang). ▪ Dilarang bagi pelajar bukan Islam memakai skirt yang lebih pendek daripada paras lutut. ▪ Dilarang memakai Baju kemeja-T yang ketat atau tidak berkolar. 2. SARUNG / JUBAH / MAXI ▪ Labuh, longgar, tidak jarang dan tidak terbelah. 3. SELUAR ▪ Seluar panjang jenis cotton atau slack dan tidak ketat. Seluar jeans dan legging dilarang. 4. KASUT ▪ Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat (kasut bertutup). Kasut sukan TIDAK dibenarkan. ▪ Dilarang memakai selipar, terompah, capal dan seumpamanya. ▪ Dilarang memakai kasut bertumit tinggi dan berladam logam yang berbunyi bising.


48 5. RAMBUT ▪ Hendaklah kemas, beridentitikan seorang pelajar perempuan dan menutup aurat (bagi pelajar Islam).


49 REFERENCES Bahagian Pembangunan Kurikulum, JPPKK Bahagian Peperiksaan dan Penilaian Jabatan Pengajian Politeknik (2019). Buku Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian (6th Ed.) Pegawai Kualiti PSP Portal Rasmi Politeknik Seberang Perai: www.psp.edu.my


50


www.facebook.com/myjppsp +60-5383322 +604-5388266 wwwinstagram.com/comdept.psp www.psp.edu.my COMMERCE DEPARTMENT POLITEKNIK SEBERANG PERAI JALAN PERMATANG PAUH 13500 PERMATANG PAUH, PULAU PINANG


Click to View FlipBook Version