The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Rujukan Next Meeting (Minit Mesyuarat 3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Kasa, 2022-12-04 01:17:36

Minit Mesyuarat 3

Rujukan Next Meeting (Minit Mesyuarat 3)

SEKOLAH KEBANGSAAN TERUSAN BARU

PETI SURAT 292
- 91308 SEMPORNA

SABAH Tel : 089-786204
Email : [email protected]

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN UNIT KO KURIKULUM BIL 3/2022

Tarikh : 30.11.2022
Masa : 12.00 tengah hari
Hari : Rabu
Tempat : Bilik Guru, Sk Terusan Baru

Kehadiran :

HADIR JAWATAN CATATAN
BIL NAMA Guru Besar Mesyuarat Pengurusan Aset di PPD
1 En Budlaji bin Tianggi GPK Pentadbiran
2 Pn Hjh Masni binti Hj Sakilan GPK HEM Pengerusi
3 En Ismail bin Eke GPK KOKUM Urusan Peribadi
4 En Shahrudin bin Lingkatan
5 En Mohd Sapuan bin Hussin GAB CTR
6 En Mohd Afis bin Ismail GAB Cuti Bersalin
7 En Abdul Kasa bin Habudin GAB Bengkel Guru Kaunseling
8 En Qamarul Hasyime bin Ahmat GAB
9 Cik Helga Priscilla a/p Visvalingam GAB CRK
10 Pn Sarimah binti Ahmad GAB
11 Pn Nur Hanis binti Mohd Hatta GAB CRK
12 Cik Khairus Saadah binti Wahid GAB
13 En Aluddin bin Ekkih GAB
14 Pn Ornerlia Maisi GAB
15 En Faisal bin Hj Abdul Rauf GAB
16 En Sukkri bin Hj Ali GAB
17 En Mohd Azrul Hafiz bin Amir Eshah GAB
18 En Seydesi bin Piting GAB
19 Pn Hjh Hamidah binti Hj Rabani AKP
20 Pn Juliana binti Mohd Jal AKP
21 Pn Fazlinah binti Hj Sayadi AKP

AGENDA MESYUARAT
3.0 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh ustaz Mohd Sapuan

bin Hussin

3.1 Ucapan Pengerusi – (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
- Mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kehadiran guru-guru dan AKP ke
mesyuarat Pengurusan Unit Ko Kurikulum siri 3/2022. Beliau juga menyampaikan salam
tuan guru besar kerana tidak dapat hadir pada mesyuarat hari ini kerana beliau menghadiri
mesyuarat pengurusan aset di PPD.

- Mengucapkan tahniah kepada cikgu Sharuddin bin Lingkatan kerana dapat melaksanakan
mensyuarat pengurusan Ko Kurikulum buat kali pertama di sekolah ini. Puan Hj Masni juga
memuji sikap beliau kerana suka belajar, tidak malu bertanya dan sudi berkongsi ilmu
dengan orang lain.

3.2 Pengesahan Minit Qamarul Hasyiemi bin Ahmat
Pencadang : Semua guru
Penyokong :

3.3 Laporan Setiausaha Sukan (Qamarul Hasyiemi bin Ahmat)
- Sukan sekolah telah selesai diadakan dengan jayanya pada 27 - 30/06/2022. Menurut
beliau, kelemahan ketara dalam penganjuran sukan tersebut ialah kurangnya kakitangan
atau AJK dalam mengelolakan setiap acara yang dijalankan. Oleh itu, rombakan ahli dalam
rumah sukan akan dilaksanakan sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ini.

- Sekolah telah menghantar kontinjen olahraga ke sukan MSSD yang berlangsung di
Kompleks Sukan Semporna. Kontinjen sekolah telah menyertai semua acara yang
dipertandingkan dan atlet sekolah telah berjaya menggondol dua pingat gangsa masing-
masing dalam acara lontar peluru lelaki dan lompat jauh perempuan. Tambah beliau lagi,
buat julung kalinya sekolah telah berjaya mendapat tempat dalam pertandingan perbarisan
(naib johan) peringkat MSSD 2022.

- Karnival Bijak Pra Sekolah 2022 yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Semporna pada
02 - 04/11/2022 dan pra sekolah kita telah menyertai semua acara yang dipertandingkan.
Menurut beliau, daripada karnival tersebut dua orang murid sekolah kita terpilih dan layak
mewakili Daerah Semporna ke peringkat Tenggara yang berlangsung di Tawau.

3.4 Laporan Setiausaha Ko Kurikulum (Abdul Kasa bin Habudin)
- Bilangan perjumpaan gerko seperti yang telah ditetapkan oleh GPK Ko Kurikulum sebelum
ini adalah 5 kali setiap unit. Hal tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan
kokum lepas tetapi belum sempat dimuktamadkan pelaksanaanya kerana beliau telah
berpindah sekolah. Oleh sebab itu,beliau selaku orang yang bertanggungjawab berbincang
dengan pentadbir mengenai pelaksanaan gerko yang masih tergantung. Akhirnya pihak
sekolah menetapkan bahawa bilangan perjumpaan gerko adalah sebanyak 12 kali setahun
untuk setiap unit. Tegas beliau lagi, pelaporan untuk setiap unit adalah back dated
mengikut jadual perjumpaan gerko baharu.

- Program Sambutan Bulan Kemerdekaan telah selesai diadakan pada 13 - 15/09/2022 di
peringkat sekolah. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang (Rujuk kertas kerja).
Menurut beliau, masalah utama penganjuran program tersebut adalah PA System. Sekolah
terpaksa menyewa peralatan tersebut dari luar kerana PA System sekolah tidak dapat
digunakan dengan sebaiknya. Tambahnya lagi, pihak sekolah juga telah menghantar
beberapa orang murid untuk mewakili sekolah dalam pertandingan nyanyian solo patriotik
dan fesyen merdeka sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SMK Bum-Bum
(Rujuk Laporan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2022).

- Program Perkhemahan Unit Beruniform telah selesai dijalankan pada 04 - 06/11/2022
bertempat di sekolah. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah disusun atur bagi mengisi
pelaksanaan program tersebut. (Rujuk Kertas kerja)

- Mengikut pembentangan pelaksanaan kelas gerko sesi 2022/2023, semua unit kokurikulum
telah selesai membuat perjumpaan (kelas) kecuali untuk unit beruniform (berbaki dua kali
perjumpaan). Hal ini berlaku setelah mengambil kira setiap program yang telah
dilaksanakan oleh unit masing-masing

3.5 Hal-hal lain
3.5.1 Guru Penolong Kanan Pentadbiran (Pn Hjh Masni binti Hj Sakilan)
- Sekiranya guru-guru terlibat dengan aktiviti luar waktu sekolah, penyelaras program
perlu minta kebenaran daripada pentadbir agar pihak sekolah dapat keluarkan surat
pelepasan untuk guru-guru yang terlibat.

- Lawatan sekolah bersama murid tahun 6 ke Sandakan sepatutnya diadakan pada 26 -
28/11/2022 terpaksa ditangguhkan kerana masalah pengangkutan. Tegas beliau lagi,
tiada niat untuk halang perjalanan lawatan tersebut. Memandangkan pengangkutan
tidak mencukupi dan ditambah lagi dengan urusan surat pelepasan daripada PPD dan
JPN belum selesai, ia menguatkan lagi punca sebenar lawatan itu dibatalkan. Sekiranya
hendak membuat lawatan keluar daerah, tempoh surat kelulusan permohonan adalah
PPD - satu minggu dan JPN - tiga bulan. Seterusnya surat kepada pihak polis perlu
dihantar sebagai bukti permakluman tentang lawatan.

3.5.2 Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum (En Shahruddin bin Lingkatan)
- Harapan beliau kepada semua guru agar baki kelas gerko dapat dilaksanakan mengikut

jadual yang ditetapkan. Tegasnya beliau lagi, fail kehadiran kergo dapat dikemaskini
sebelum cuti nanti (10/12/2022).

Selesai pada : 1.33PM

Pencadang : ________________________________________

Penyokong : ________________________________________


Click to View FlipBook Version