EMK Parents Handbook
Parents’ Handbook
Panduan dan maklumat penting untuk
ibu bapa.
Facebook: Tadika Embun Mutiara | Mutiara Hamid
Tel: 012-7736919 (Teacher Tiara)
Emel:[email protected]
Alamat: No. 2 & 4, Lorong Bunga Raya 19/1, Taman Tasik
Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Link Google Maps | Link Waze
Muka surat 1
EMK Parents Handbook
Isi Kandungan
Isi Kandungan 2
Tentang Kami — “School is Cool” 2
Guru-guru kami 4
Kurikulum Kami - Kaedah Montessori 4
Maklumat Tentang Perkhidmatan Kami 5
Terma dan Syarat 7
Bahagian SOP - baru! 8
Maklumat Operasi 10
Uniform Tadika 11
Lawatan 13
Penglibatan Ibu Bapa 14
Penutup 15
Tentang Kami — “School is Cool”
Tadika Embun Mutiara telah ditubuhkan pada tahun 2014
sebagai tadika kecil dengan 3 guru dan kurang daripada 20
pelajar. Ianya telah didaftarkan di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (N5B4107PRA).
Kami adalah sebuah tadika indie berasaskan kaedah
pengajaran Montessori yang masih terus berkembang, dalam
menyediakan pendidikan yang bersesuaian dengan
keperluan masa kini, dari segi akademik, sosial dan sahsiah.
Muka surat 2
EMK Parents Handbook
Kami menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium
utama pengajaran kerana bersesuaian dengan kaedah
Montessori itu sendiri di samping medium Bahasa Melayu
untuk mata pelajaran seperti Pendidikan Islam dan
seumpamanya.
Kami berharap tadika kami akan lebih dikenali terutama
kepada ibu bapa baharu yang memberi kepercayaan kepada
kami untuk mendidik anak-anak mereka.
Kami percaya slogan “School Is Cool” yang kami
gunakan menggambarkan sekolah bukan sesuatu yang
membosankan dan kami membuktikannya dengan
menyediakan pelbagai aktiviti yang menggembirakan lebih
daripada hanya kertas dan pensel sahaja. Kanak-kanak akan
lebih kreatif dari segi kemahiran berfikir dan kemahiran
motor.
Muka surat 3
EMK Parents Handbook
Guru-guru kami
Guru Besar: Mutiara bte. Abd. Hamid (Teacher Tiara)
Guru-guru Kami:
1. Teacher Iqa - Honey Star (6 tahun)
2. Teacher Ada - Honey Bee (6 tahun)
3. Teacher Kali - Bright Berry (5 tahun)
4. Teacher Fara - Cluster Candy (5 tahun)
5. Teacher Lin - Smarties (4 tahun)
6. Teacher Zura - Lollipop (3 tahun)
Kurikulum Kami - Kaedah Montessori
Kaedah Montessori menjadikan kanak-kanak sebagai pusat
pembelajaran, bermakna guru menunjuk ajar terlebih dahulu
dan selepas itu kanak-kanak bebas melakukan aktiviti sendiri
Muka surat 4
EMK Parents Handbook
atau berkumpulan menggunakan peralatan khusus yang
dicipta bersesuaian dengan setiap aktiviti pembelajaran. Guru
akan memerhati dan membantu hanya sekiranya diperlukan.
Meskipun kami mempunyai kaedah pembelajaran
sendiri, kami juga mengguna pakai kaedah pembelajaran
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dari segi
jumlah jam setiap matapelajaran diajar, dan memasukkan
mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani dan
main bebas.
Nisbah guru:murid ialah 1:12 maksima.
Maklumat Tentang Perkhidmatan Kami
Perkhidmatan Kami Yuran Yuran
Bulanan Tahunan
Tadika Half Day - 8:00 - 12:00pm RM250 RM900
Full Day - 8:00 - 6:00pm RM400
Playschool Half Day - 8:00 - RM250 RM700
12:00pm RM400
Full Day - 8:00 - 6:00pm
Transit Seminggu (Mon - Fri) RM200
Per Hari RM40
Tuisyen Sekolah Rendah RM80 RM50
[Bahasa Inggeris, Matematik] per
(seminggu sekali) subjek
Iqra’ (tiada caj untuk pelajar Tadika) RM30
Muka surat 5
EMK Parents Handbook
Quran RM35
Yuran Lain:
Van: Dari RM20 (bergantung kepada Dari RM20
jarak)
Late charge: Selepas 12:30 tgh hari RM5 + RM5 setiap
(half day) / 6:00 petang (full day) 15 minit
Waktu operasi sekolah ialah dari 6:30 pagi hingga 6:00
petang hari minggu. Sekiranya anda menpunyai pertanyaan
atau tidak dapat menyelesaikan hal tentang persekolahan
anak pada waktu sekolah beroperasi, anda boleh membuat
panggilan atau mesej WhatsApp.
Maklumat Lain:
Ibu bapa perlu membayar yuran sebulan penuh jika anak
mereka tidak datang ke sekolah atas sebab tersendiri.
Yuran tahunan tidak akan dikembalikan sekiranya anak
anda berhenti atas sebab tersendiri.
Muka surat 6
EMK Parents Handbook
Terma dan Syarat
1. Segala yuran dibayar tidak dikembalikan.
2. Yuran bulanan mesti dibayar setiap bulan. Jika ada dua
(2) yuran bulanan tertunggak, amaran akan diberi dan
jika masuk tiga (3) yuran bulanan tertunggak,
kanak-kanak anda akan digantung persekolahan
sehingga tunggakan dan yuran semasa dijelaskan.
3. Semua yuran sekolah dan yuran tambahan mestilah
dibayar dalam minggu pertama penggal sekolah.
4. Insurans Kelompok adalah diwajibkan dan telah
termasuk dalam yuran tahunan.
5. Surat berhenti sekolah mesti dihantar satu (1) bulan
lebih awal. Sekiranya gagal berbuat demikian, yuran
sebulan penuh perlu dijelaskan.
6. Tadika berhak untuk menukar, menggabung atau
membubarkan sesuatu kelas.
7. Tadika mestilah diberitahu segera segala perubahan
alamat tempat tinggal dan nombor telefon.
8. Tadika tidak akan bertanggungjawab terhadap
kehilangan/kerosakan barang-barang berharga
kanak-kanak yang dibawa ke sekolah.
Muka surat 7
EMK Parents Handbook
Bahagian SOP - baru!
Kerana Tadika masih di bawah SOP yang ditetapkan oleh
kerajaan, diharap panduan di bawah membolehkan anda
mematuhi SOP.
Ibu bapa mestilah :
Setiap hujung minggu, ibu bapa hendaklah
mengisi borang ini untuk mengikut panduan
SOP kerajaan:
https://forms.gle/6JC3387SMMQwK3oA8
Pastikan anak anda sihat sebelum datang ke
tadika. Jika suhu anak anda melebihi 37.5⁰C,
mereka tidak akan dibenarkan masuk ke
dalam tadika.
Sila beritahu pihak sekolah sekiranya anak
anda tidak sihat (dan tidak datang).
Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam
kawasan sekolah. Sila hantar dan ambil anak
di luar kawasan sekolah sahaja.
Penggunaan pelitup muka/face mask
digalakkan tetapi tidak wajib sekiranya anak
sangat tidak selesa memakai face mask.
Galakkan anak anda untuk tidak menyentuh
'hotspot' kuman seperti tombol pintu dan
kepala paip. Di tadika guru akan membuka
pagar dan pintu untuk membawa masuk
murid ke dalam tadika.
Bawa tuala/handkerchief yang bersih setiap
Muka surat 8
EMK Parents Handbook
hari. Ini akan digunakan untuk membasuh
tangah, menahan bersin dan sebagainya.
Sekiranya tadika ditutup kerana PKP, kelas
online akan dijalankan. Kerja rumah juga akan
diberi setiap minggu.
Di samping itu, pihak sekolah akan:-
● Menyediakan alatan mencukupi untuk setiap murid
seperti alat tulis, pinggan mangkuk supaya mereka tidak
perlu berkongsi alatan.
● Makanan akan dihidangkan oleh guru di dalam kelas
masing-masing untuk mengelakkan risiko jangkitan.
● Mengamalkan penjarakan sosial, contohnya di kelas
setiap murid duduk di tempat masing-masing, berjarak 1
meter daripada satu sama lain.
● Pihak sekolah juga akan mengajar kanak-kanak tentang
wabak ini dan maklumat yang berkaitan.
Muka surat 9
EMK Parents Handbook
Maklumat Operasi
Ketibaan - Hantar anak-anak anda di pagar sekolah
selewat-lewatnya sebelum 8:00 pagi.
Lewat tiba di tadika akan mengganggu
jadual harian.
- Pastikan mereka bersedia untuk
bersekolah: keadaan sihat, memakai
uniform lengkap, tidak mengalami mood
swing.
Tips Di awal persekolahan, anak anda mungkin
Menghant- belum biasa dengan suasana persekolahan.
ar Anak Justeru:
- Semasa memandu ke sekolah, cerita
kepada mereka tentang sekolah: apa ada
di sekolah, apa yang mereka akan buat,
kawan-kawan, guru, sarapan, nyanyian
dan aktiviti lain.
- Datang ke sekolah awal supaya anak anda
ada masa untuk menyesuaikan diri
sebelum masuk perkarangan sekolah.
Beritahu anda akan meninggalkan mereka
dalam masa 1/2 minit kemudian.
- Beritahu anda akan kembali untuk
mengambil mereka pulang pada jam
12:30 tengah hari / 6:00 petang.
Kepulang- - Hanya mereka yang telah menulis nama
an dan plat kereta di dalam borang
(Mengam- maklumat murid dibenarkan untuk
bil Anak)
mengambil anak. Jika tidak, sila beritahu
awal sebelum waktu pulang.
Muka surat 10
EMK Parents Handbook
- Jika ibu bapa lambat mengambil anak,
RM5 akan dicaj + RM5 setiap 15 minit
lewat.
Kecemasan - Jika anak anda tidak hadir, sila beritahu
pihak tadika melalui WhatsApp/panggilan
telefon (Teacher Tiara 012-7736919)
untuk mengelakkan pembaziran makanan
dan memudahkan kami
menyelenggarakan aktiviti pada hari
tersebut.
- Sekiranya berlaku kecemasan seperti
kemalangan/sakit/perilaku yang luar
biasa, anda akan dihubungi untuk
mengambil anak anda. Dalam masa itu,
anak anda akan diasingkan dari
kanak-kanak lain.
Uniform Tadika
Jadual pemakaian uniform adalah seperti berikut:
Isnin - Selasa T-Shirt merah jambu dan seluar
hitam jenis jeans/khakis (BUKAN
seluar sukan/track bottom)
Rabu - Khamis Sepasang baju sukan sekolah
berwarna merah-putih
Jumaat Pakaian tradisional (sendiri):
- Baju Melayu (lelaki)
- Baju Kurung (perempuan -
Muka surat 11
EMK Parents Handbook
bawa telekung sendiri)
- Bukan Muslim digalakkan
memakai pakaian
tradisional masing-masing
Setiap hari, kanak-kanak diwajibkan memakai
kasut hitam.
Kanak-kanak diwajibkan membawa botol air berisi
air kosong sendiri.
Dari masa ke semasa, sesi water play akan
diadakan. Ibu bapa akan dimaklumkan, dan perlu
membawa pakaian mandi dan tuala di dalam beg
plastik pada hari itu.
Perlu juga menyediakan sepasang pakaian
tambahan (casual) di dalam beg masing-masing
sekiranya berlaku insiden seperti baju basah dan
sebagainya.
Isnin - Rabu - Jumaat Jumaat
Selasa Khamis Baju Kurung Baju Melayu
Muka surat 12
EMK Parents Handbook
Gambar panduan pemakaian uniform
Lawatan
Kami akan mengadakan lawatan dari masa ke semasa
sekiranya perlu. Sebagai contoh, sekiranya tema kami pada
bulan itu adalah haiwan liar atau jinak, kami akan
mengadakan lawatan ke petting zoo yang berdekatan.
Sedikit caj akan dikenakan mengikut kesesuaian tempat
lawatan tersebut.
Lawatan-lawatan ini akan diadakan pada masa dan hari
persekolahan. Kami tidak membuat lawatan yang mengambil
masa panjang/jauh, kos yang tinggi atau pada hari Sabtu /
Ahad.
Ibu bapa akan diberitahu tentang lawatan dan kos yang
akan dikenakan. Sekiranya ibu bapa tidak membenarkan
anak-anak mereka untuk menyertai lawatan tersebut, mereka
akan dikecualikan untuk hadir pada hari itu.
Muka surat 13
EMK Parents Handbook
Penglibatan Ibu Bapa
Kedua ibu bapa dan guru memainkan peranan di dalam
perkembangan anak-anak mereka. Justeru, ibu bapa dan
tadika perlu sentiasa berhubung untuk tujuan tersebut
dengan cara berbincang dan mencari penyelesaian terhadap
satu permasalahan.
Sila ambil perhatian terhadap tips-tips berikut:
1. Sekiranya pihak tadika memberi cadangan atau
teguran untuk mendidik anak-anak dengan
cara-cara tertentu, diharapkan ibu bapa dapat
menerima dengan hati yang terbuka demi
kebaikan anak itu sendiri.
2. Ibu bapa juga seharusnya mengambil tahu
tentang aktiviti seharian anak di sekolah dengan
bertanya, contoh-contoh soalan seperti “Seronok
ke sekolah hari ini?”, “Makan apa hari ini?” atau
“Bahasa Melayu belajar apa hari ini?”. Pujian dan
galakkan juga harus diberikan kepada mereka. Ini
akan membina kepercayaan dan keakraban di
antara anak dan ibu bapa, selain dari ibu bapa
mendapat info tentang aktiviti seharian di sekolah.
Melalui sembang harian antara ibu bapa dan anak
ini membantu mereka untuk mengetahui sebarang
isu yang ingin mereka utarakan kepada pihak
tadika.
Muka surat 14
EMK Parents Handbook
3. Tadika akan kerap post aktiviti yang dijalankan di
sekolah melalui Facebook ( Tadika Embun Mutiara
- English | Mutiara Hamid - Bahasa Melayu ) dan
juga Group WhatsApp.
4. Kami menerima pelajar yang masih menggunakan
pelampin/diapers. Namun, ibu bapa perlu
berusaha untuk melatih anak-anak mereka untuk
menggunakan tandas di rumah. Kami akan
meneruskan latihan tersebut di sekolah pula.
5. Kerja rumah / homework perlulah disiapkan oleh
murid sendiri dan dihantar ke sekolah pada tarikh
yang telah ditetapkan.
Penutup
Persekitaran rumah dan sekolah yang memberangsangkan
sangat penting ketika membina persekitaran yang baik untuk
anak-anak kecil. Oleh itu, komunikasi antara ibu bapa dan
guru adalah penting untuk memastikan anak anda
berkembang dengan baik. Sila kongsikan kepada kami
maklumat mengenai anak anda dan ceritakan sebarang
perubahan, sekiranya ada permasalahan besar, sebagai
contoh kes perceraian, penderaan dan sebagainya. Apa
sahaja yang anda kongsi dengan kami akan dirahsiakan.
Segala maklumat dan informasi yang kami terima akan
memudahkan kami untuk mencari cara dalam proses
mendidik anak anda. Kami sentiasa mencari cara terbaik
untuk mendidik mereka, InsyaAllah.
Muka surat 15
EMK Parents Handbook
Akhir sekali, terima kasih kerana membaca buku panduan ini
hingga akhir, dan kerana kepercayaan anda kepada kami
untuk membantu anak-anak anda membantu diri mereka
sendiri. Kami berharap dapat menjalin hubungan yang baik
dan berkekalan dengan anda dan keluarga anda.
Teacher Tiara
Mutiara Hamid, guru besar EMK
~ Terima Kasih ~
Muka surat 16