The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENYELESAIAN MASALAH:
ISU-ISU PERBANKAN DAN JUAL BELI DALAM ISLAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aliya Farhani, 2024-05-16 01:16:00

MPU23012-PENGAJIAN ISLAM,PENYELSAIAN MASALAH

PENYELESAIAN MASALAH:
ISU-ISU PERBANKAN DAN JUAL BELI DALAM ISLAM

Keywords: PENGAJIAN I,SLAM

MPU23012-PENGAJIAN ISLAM ISU-ISU BERKAITAN PERBANKAN DAN JUAL BELI DALAM ISLAM NAMA PENSYARAH: CIK RAZANA BINTI MOHD KASIM JABATAN PERDAGANGAN PROGRAM DIPLOMA AKAUNTANSI SESI 2 2023/2024 NAMA PELAJAR: NAMA NOMBOR MATRIK NUR ALIYA FARHANI BT SHAMSUL YAZID 02DAT23F1099 NUR LIDYA AQILLA BT SAHARUN 02DAT23F1016 SITI NADIRAH BT RAZLI 02DAT23F1065 MIFDHAL NATSYA BT ABDULLAH 02DAT23F1107 NURUL NADHIRAH BT MUSTAFA 02DAT23F1093


1 ISI KANDUNGAN: 1.0 PENGENALAN...................................................................................................................... 2 2.0 ISU-ISU UTAMA.................................................................................................................... 3 2.1 ISU CAJ PEMBAYARAN LEWAT DALAM SISTEM KEWANGAN ISLAM................ 3 2.2 ISU TIDAK AMANAH DALAM JUAL BELI ..................................................................... 4 2.3 ISU JUAL BELI, ‘CEDOK’ BARANGAN JUALAN......................................................... 6 2.4 ISU BERKENAAN AKAD JUAL BELI ............................................................................. 7 2.5 ISU RIBA............................................................................................................................. 8 3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BAGI ISU DI ATAS ............................................. 10 4.0 KESIMPULAN ..................................................................................................................... 11 5.0 LAMPIRAN........................................................................................................................... 12


2 1.0 PENGENALAN Perbankan Islam merupakan sebuah sistem perbankan yang mematuhi undang-undang Islam,iaitu undang-undang yang mematuhi syariah.Perbankan Islam ditubuhkan dengan satu objektif utama iaitu untuk memberi alternatif dalam khidmat perbankan kepada umat Islam.Hal ini dikatakan sedemikian kerana,sebelum perbankan Islam diperkenalkan,umat Islam hanya mempunyai satu pilihan iaitu perbankan Konvensional. Selain itu,sistem kewangan Islam ini juga ditubuhkan untuk memajukan dan meningkatkan ekonomi serta kewangan Islam dalam arena perbankan dunia.SIstem ini mematuhi undang-undang Syariah yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan Hadis,dari segi transkasi yang dibenarkan dalam Islam iaitu fiqh muamalat.Secara umumnya,terdapat elemen yang diharamkan didalam sistem perbankan islam,iaitu riba,gharar,zulm dan maisir.Sungguhpun begitu,terdapat pelbagai perbezaan antara perbankan Islam dan perbankan konvensional yang perlu diketahui masyarakat. Jual beli ialah suatu akad atau kontrak ke atas pertukaran harta dengan harta bagi tujuan pemilikan secara selama-lamanya.Jual beli berlaku apabila ada pertukaran harta dengan tujjuan pemilikan.Demikian juga,sesuatu jual beli hendaklah berlaku ke atas sesuatu yang diiktiraf sebagai harta mengikut syarak.Jadi,tidak sah menjadikan khinzir sebgai bahan berkontrak,iaitu barang yang dijual atau dibeli kerana syarak tidak mengiktirafnya sebagai harta. Mengikut hukum Islam,Islam telah mengharuskan jual beli selagi ia tidak bercampur atau tidak mempunyai unsur-unsur penipuan atau perkara-perkara negative yang lain yang betentangan dengan hukum syarak.Hukum jual beli ialah harus dalam Islam sekiranya sempurna rukun dan syarat yang berkaitan dengan jual beli.Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah,ayat 275,yang bermaksud “Padahal Allah telah menghalalkan bejual beli (berniaga) dan mengharamkan riba…” Biarpun begitu,terdapat beberapa persoalan yang yang sering bermain diminda masyarakat kita berkaitan dengan isu jual beli ini,termasuklah isu berkaitan dengan timbangan barangan jualan online,penjual atau pembeli yang tidak Amanah dalam urusan jual beli dan sebagainya.Oleh hal yang demikian,bagi menjawab persoalan di atas,eloklah perkara ini dikupas demi kepentingan bersama.


3 2.0 ISU-ISU UTAMA 2.1 ISU CAJ PEMBAYARAN LEWAT DALAM SISTEM KEWANGAN ISLAM Sejak akhir-akhir ini,sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia dari empat penjuru dunia berkaitan isu pembayaran denda penalti yang dikenakan ke atas peminjam yang lewat membayar hutangnya.Isu ini perlu diberi perhatian penuh kerana terdapat sesetengah masyarakat yang masih lagi salah faham berkaitan isu ini. Masyarakat perlu mengetahui bahawa penalti atau caj pembayaran yang dikenakan untuk tujuan memperoleh keuntungan semata-mata dan melibatkan proses gandaan (compounding) adalah tergolong dalam kategori riba yang diharamkan dan tidak boleh diambil atau digunakan sebagai pendapatan.Namun,penalti caj pembayaran lewat atau ta’widh yang dikenakan oleh perbankan islam merupakan tuntutan kos kerugiaan sebenar (ta’widh) yang dihadapi oleh institusi akibat perbuatan penerima biaya.Jadi,ia dibenarkan dengan mengikut garis panduan yang ditetapakn oleh Bank negara Malaysia.Perkara ini dapat dibuktikan di dalam hadith berikut: Rasulullah SAW bersabda: “Bagi orang yang berkemampuan dan melewatkan hutang adalah zalim,halal ke atas mereka hukuman”,hadith Riwayat Abu Daud. Secara amnya,kadar ta’widh yang telah ditetapkan adalah tidak melebihi 1% daripada jumlah tertunggak dan tidak boleh dikompaunkan.Sekiranya kos ganti rugi yang dihadapi oleh intitusi kewangan Islam melebihi caj pembayaran lewat yang dikenakan ke atas pelanggan,lebihan tersebut dianggap ghramah dan ia perlu disalurkan kepada badan Kebajikan.Sekiranya ia dimanfaatkan oleh institusi bank serta melibatkan proses gandaan(compounding),maka ia dikira sebagai riba al-jahiliyyah. Misalnya yang berlaku dalam sistem konvensional,jumlah penalti akan ditambahkan kepada jumlah pinjaman asal.Seterurnya,peratusan penalti akan dikira berdasarkan jumlah pinjaman asal yang telah ditambahkan dengan penalty sebelumya.Ini adalah tindakan yang tidak adil dan menekan. Kesimpulannya,sudah terang lagikan bersuluh,tindakan institusi perbankan Islam mengenakan caj ganti rugi adalah untuk menyekat mudarat besar yang akan berlaku dan pada masa yang sama,mendisiplinkan penerima biaya agar menjelaskan bayaran mengikut waktu yang telah dijanjikan.


4 2.2 ISU TIDAK AMANAH DALAM JUAL BELI Muamalat adalah jalan hidup bersyariat bagi setiap umat Islam untuk melengkapkan kehidupannya sebagai hamba Allah SWT yang taat di samping meneruskan hidup sebagai manusia. Setiap hari kita akan menjalani amalan muamalat sama ada sebagai penjual atau pembeli, peniaga atau pelanggan, penghutang atau pemiutang, pemilik atau penyewa dan sebagainya yang semuanya saling melengkapi antara satu sama lain. Ada yang perlukan barang seperti makanan, ada yang perlukan perkhidmatan seperti kepakaran dan ada juga yang memerlukan nilai tukaran seperti wang. Justeru muamalat dalam Islam wajib menguntungkan kedua-dua pihak, bukan hanya satu pihak sahaja yang bernasib baik sementara satu pihak lagi menanggung kerugian. Muamalat seperti itu dilarang sama sekali, bahkan kemungkinan hasil yang diperoleh bersifat syubhah (keraguan), gharar (penipuan) atau lebih besar iaitu batil (haram) dan membawa kepada dosa besar. Menurut Yusuf al-Qaradawi, muamalat bermaksud urusan kehidupan seharian manusia antara satu sama lain untuk memenuhi keperluan seperti jual beli, pinjaman, sewaan, hutang piutang, gadaian dan sebangainya (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam). Sebagai Muslim, soal halal dan haram wajib dipelihara sepanjang kita menjalani urusan muamalat supaya ia menjadi ibadat dan beroleh keberkatan dalam semua aspek. Contohnya hari ini pembeli mengeluh kerana barang keperluan asas yang semakin mahal ditambah lagi dengan krisis kewangan yang tidak menentu, maka di sinilah pentingnya pihak peniaga memahami isu-isu halal dan haram seperti soal keuntungan dan amanah ketika berniaga. Adakah keuntungan ini pada tahap sederhana dan sesuai dengan nilai keuntungan semasa? Adakah harga jualan itu menepati harga jualan semasa? Bagaimana sifat amanah dalam diri peniaga muslim yang mengawal dan membentuk perasaan takut kepada azab Allah SWT?


5 Antara matlamat jualan (perniagaan) ialah keuntungan. Maka ia halal dan sah selagi ia tidak melampau dan mengaut sehingga menipu dan menzalimi golongan pembeli kerana setiap yang haram itu satu dosa dan pekerjaannya itu tidak menjadi ibadah, sebaliknya maksiat yang merugikan dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jangan kamu buat seperti kaum Yahudi iaitu kamu menghalalkan perkara yang haram dengan tipu helah" (Riwayat al-Tirmizi). Ingatlah apabila keuntungan yang diperoleh hasil daripada penipuan ia dikira sebagai sumber yang haram dan lebih bahaya apabila hasilnya itu dinikmati oleh ahli keluarganya. Oleh kerana sistem muamalat Islam meletakkan asas keuntungan bersama, maka urusan jual beli mestilah menguntungkan kedua-dua pihak. Jika keuntungan peniaga berbentuk wang ringgit, maka pembeli pulak mendapat produk atau servis yang berkualiti dengan harga yang sepatutnya. Inilah konsep lengkap melengkapi antara Muslim dalam syariat Islam melalui sistem muamalat. Jika satu pihak sahaja yang untung, maka urusan jual beli itu akan hilang keberkatan atau mungkin boleh mendatangkan dosa ke atas salah satu pihak. Sementara pihak pembeli juga tidak terkecuali boleh melakukan perkara yang haram ketika membeli. Contohnya sebelum membeli, pembeli wajib tahu harga barangan dan sesuatu servis tersebut sehingga pembeli bersetuju dengan harga yang ditawarkan, kemudian barulah membeli. Terdapat kes-kes tertentu seperti pembeli tidak bertanya harga, apabila ingin membayar pembeli terkejut dengan harga yang mahal. Maka berlakulah tawar menawar, pujuk memujuk dan akhirnya mungkin paksa memaksa. Justeru urusan jual beli yang berlaku tanpa saling reda meredai antara kedua-dua pihak juga akan menghilangkan keberkatan dan mengundang perasaan tidak puas hati antara mereka. Hal ini dijelaskan oleh al-Quran menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: "Janganlah kamu memakan harta orang lain secara batil kecuali dengan cara jual beli yang saling reda meredai." (Surah al-Nisa': 29)


6 2.3 ISU JUAL BELI, ‘CEDOK’ BARANGAN JUALAN Dalam meniti arus kemodenan ini, peniaga akan mempromosikan barang-barang yang hendak dijual kepada para pengikutnya menerusi jual beli secara langsung di TikTok. Peniaga kemudiannya akan mencedok pelbagai jenis barangan yang diletakkan di dalam bekas yang lebih besar menggunakan senduk, bakul atau mangkuk. Berdasarkan pemerhatian terdapat penjual meletakkan semua barang yang dijual dalam satu bekas selain ada juga yang mencampurkan barang yang tidak sepatutnya bagi memenuhkan 'isi' cedok berkenaan. Pakar syariah dan muamalat, Dr Ahmad Sufian Che Abdullah berkata, menjual dengan cara tersebut adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi Muhammad SAW.Gharar bermaksud ketidakpastian yang mana ia merupakan elemen tidak patuh syariah. "Rasulullah SAW melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim). Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil iaitu tidak sah kerana mengandungi unsur gharar. "Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli gharar (Sahih Muslim). Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah). Gharar terdapat dalam dua keadaan iaitu, gharar ialah struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak. Yang kedua, Gharar al-siffah ialah ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi. Jual beli gharar adalah setiap jual beli yang mengandung ketidakpastian, ketidakjelasan, dan perjudian. Karena itu, jual beli dengan sistem ini tidak boleh karena terdapat unsur memakan harta orang lain dengan cara yang bathil. Kesimpulannya, kita mestilah menghindari perniagaan secara gharar. Gharar boleh dikatakan seperti pertaruhan dan menimbulkan sikap permusuhan pada orang yang dirugikan. Yakni bisa menimbulkan kerugian yang besar kepada pihak lain. Larangan ini juga mengandung maksud untuk menjaga harta agar tidak hilang dan menghilangkan sikap permusuhan yang terjadi pada orang akibat jenis jual beli ini.


7 2.4 ISU BERKENAAN AKAD JUAL BELI JUAL BELI YANG HARAM TETAPI SAH Seseorang pelanggan membeli barangan atau produk dengan harga yang lebih mahal daripada harga biasa sedangkan dia tidak memerlukan barang atau produk tersebut tetapi dengan niat untuk menyekat orang lain daripada memilikinya.Selain itu,dalam tempoh khiyar iaitu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain . Seterusnya,penjual membeli dengan niat untuk menyorok dengan tujuan untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi apabila dijual dimasa hadapan.Akhir sekali,jual barang yang digunakan oleh pembeli untuk tujuan maksiat. JUAL BELI YANG HARAM TETAPI TIDAK SAH Didalam islam juga ada jual beli yang haram tetapi tidak sah.Sebagai contoh,sesorang peniaga menjual air benih binatang ternakan, kerana kesemua air mani haiwan dari sudut kesucian adalah suci kecuali air mani khinzir dan anjing, air mani yang terhasil daripada haiwan yang halal dimakan dagingnya adalah suci.Selain itu,harini dapat kita jelaskan bahawa barangan jual beli terbahagi kepada dua. Pertama, barang yang najis haram untuk dijual beli. Kedua, barang yang suci boleh dijual seperi lembu dan kambing.Akhir sekali, menjual buah yang masih di atas pokok seperti durian, duku, rambutan dan sebagainya yang masih berputik. Penjualan ini haram kerana belum tentu buah itu masak dengan sempurna. Rasulullah SAW melarang menjual buahbuahan yang masih belum berputik dari pokok sehingga masak barulah boleh di jual.


8 2.5 ISU RIBA Para ulama ketika menerangkan pengharaman riba menyatakan bahawa, riba bermaksud tambahan. Dalam konteks hutang, riba adalah caj tambahan yang dikenakan ke atas jumlah hutang atau caj tambahan kerana seseorang lewat membayar hutang. Manakala pertambahan atau margin untung yang berlaku dalam jual beli biasa tidak dianggap sebagai riba. (Rujuk Tafsir al-Tabari 13/6[2]; Tafsir al-Mawardi 347/1[3]; Tafsir al-Baghawi 342/1[4]) . Riba hanya berlaku dalam jual beli yang melibatkan barangan ribawi seperti yang disebutkan dalam hadis ‘Ubadah dan perkara yang mempunyai elemen yang sama dengannya sekiranya tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan Syarak. Dalam Islam, riba adalah diharamkan dan pihak yang terlibat dengannya akan mendapat dosa besar. Hal ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT berikut: ال رِّ بَا َ َع َو َح َّرم بَ ْي ْ َح َّل ََّّللاُ ال َ َوأ Maksudnya: Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Surah al-Baqarah (275) Jenis-jenis riba dalam mazhab Syafie adalah seperti berikut: 1) Riba al-Fadl: Iaitu riba yang terjadi disebabkan berlaku jual beli yang tidak sama kuantitinya sedangkan kedua-duanya daripada jenis barang item yang sama. 2) Riba al-Nasiah: Iaitu riba yang berlaku disebabkan terdapat syarat penangguhan dalam penyerahan item ribawi ataupun duit pembayaran secara sengaja kemudian dikenakan caj tambahan. 3) Riba al-Yadd: Iaitu riba yang berlaku disebabkan lewat menyerahkan item ribawi walaupun tidak diletakkan syarat penangguhan. Apabila seseorang ingin melaksanakan perniagaan, mestilah sama kuantiti jual beli ataupun barang bertukar barang (sistem barter) melibatkan mata wang, mahupun makanan, maka diwajibkan sama nilai ukuran dan beratnya. Contohnya:


9 Jika mahu tukar beras A dengan beras B, mesti ditukar dengan kuantiti berat yang sama. Jika 10kg beras A, maka mesti ditukar dengan 10kg beras B. Sekiranya syarat ini tidak dipenuhi, maka transaksi tersebut tergolong di bawah kategori Riba al-Fadl. Seterusnya, apabila hendak melakukan sebarang jual beli item ribawi, mesti jual beli dilakukan secara serta-merta dalam satu majlis, sama ada penyerahan dilakukan secara hakiki ataupun secara hukmi (contohnya diberikan resit pembayaran). Tidak boleh bertangguh sehari atau dua hari selepas itu. Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong di bawah kategori Riba al-Nasiah. Contohnya: Ali meminjam 5kg beras daripada Ahmad dan mereka bersepakat untuk membayarnya dengan 5kg beras yang sama selepas tempoh seminggu. Tempoh seminggu tersebut dikira sebagai riba. Bahkan lebih dahsyat lagi, sekiranya Ahmad mensyaratkan supaya membayar lebih tinggi daripada harga yang dipinjam disebabkan tempoh penangguhan yang diberikan, transaksi ini terkumpul padanya dua jenis riba; iaitu riba al-Fadl dan riba al-Nasiah. Selain daripada itu, terdapat juga transaksi yang niat asalnya dilakukan secara serta-merta namun terlewat dari sudut penyerahan barang. Sekiranya hal ini berlaku, transaksi tersebut tergolong di bawah kategori Riba al-Yadd. Kesimpulannya, dalam menjalankan aktiviti perniagaan, amalan riba hendaklah dielakkan sepenuhnya. Peniaga yang baik dan diredhai Allah SWT ialah peniaga yang mampu berniaga dengan berpandukan peruntukan syarak, bebas dari sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan, membuat pelaburan dan seumpamanya.


10 3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BAGI ISU DI ATAS 1. Menyelami ilmu-ilmu yg berkaitan dengan jual beli dengan lebih mendalam Sebagai umat islam,kita perlulah mempelajari dengan lebih mendalam ilmu-ilmu atau hukum-hukum yang berkaitan dengan jual beli agar jual beli tersebut diberkati serta mendapat keredaan daripada Allah SWT. 2. Menjauhkan diri daripada amalan riba. Sebagai umat islam,kita perlulah menjauhkan diri daripada amalan riba kerana Allah SWT akan mengazab hambanya yang mengamalkan riba di akhirat kelak.Tambahan pula,amalan riba ini akan memberi impak negetif kepada semua pihak terutama sekali kepada negara.Hal ini kerana riba yang tinggi akan memusnahkan daya penarik pelabur,menyebabkan kekurangan pekerjaan dan pendapatan.Ia juga merosakkan perkembangan ekonommi serta mengakibatkan inflasi. 3. Menguasai bidang perniagaan. Sebagai umat islam,kita perlulah menguasai bidang perniagaan untuk meningkatkan ekonomi umat Islam.Hal ini penting bagi mengelakkan daripada umat Islam terjerumus dengan transaksi yang meragukan dan menyalahi syariat Islam.


11 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, dalam perbankan dan jual beli dalam Islam, prinsip-prinsip seperti larangan riba, kehalalan jual beli, mengelakkan gharar, mematuhi syariah, menggunakan instrumen kewangan yang halal, dan memberi keutamaan kepada pembangunan masyarakat adalah penting untuk dipegang. Ini semua bertujuan untuk mencipta sistem kewangan yang adil, beretika, dan berlandaskan nilai-nilai agama. Kita mestilah menjauhkan diri kita daripada terlibat dengan perbankan atau jual beli yang dilarang oleh Allah SWT agar kita mendapat keberkatan dalam pendapatan serta dalam hidup.


12 5.0 LAMPIRAN https://ustazabdulwahab.wordpress.com/muamalat/jual-beli-haram-sah-dan-tidak-sah/


Click to View FlipBook Version