The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sjj_smkdm, 2019-12-17 22:52:54

BAB1PENGURUSAN

BAB1PENGURUSAN

PEMIMPIN (LEADER)

•Direct and motivate subordinates; train, counsel and

communicate with subordinates

•Pengurus akan berperanan sebagai ketua dalam organisasi,

jabatan atau kumpulan.

•Pemimpin mempunyai kuasa dan kebolehan untuk

mempengaruhi pekerja bekerjasama dengan pemimpin ke
arah mencapai matlamat organisasi.

•Peranan ini membolehkan seseorang pengurus mempunyai

autoriti dalam memberi arahan, panduan dan motivasi
supaya dapat mencapai matlamat organisasi tanpa perlu
dipertikaikan oleh pekerja bawahan.

PEGAWAI PERHUBUNGAN
(LIAISON)

•Maintain information links both inside and outside

organization; use mail, phone calls, meetings

•Menjadi alat penghubung antara kumpulan atau individu, di

dalam atau di luar organisasi.

•Pengurus akan berperanan mewakili organisasi dengan

pihak luar seperti pembekal, pelanggan, pelabur atau bank.

•Mendapatkan maklumat berkaitan dengan situasi dan

perkembangan di persekitaran luaran yang boleh memberi
kesan kepada organisasi.

PEGAWAI PERHUBUNGAN
(LIAISON)

• Perhubungan yang berlaku membolehkan pengurus

mendapat maklumat-maklumat tentang
perkembangan yang berlaku dalam persekitaran pada
masa kini dan yang mungkin pada masa hadapan.

• Perhubungan ini wujud samada secara rasmi atau

tidak tetapi yang mustahak ia mestilah berkesan.

ENTREPRENEUR/USAHAWAN

•Initiate improvement projects; identify new ideas, delegate ideas

responsibility to others

•Pengurus perlu mempunyai ciri-ciri seorang usahawan seperti

keyakinan, rajin, kreatif inovatif dan berani menghadapi risiko.

•Meningkatkan prestasi perniagaan mengikut bidang atau unit.
•Sebagai usahawan pengurus perlu sentiasa memperbaiki keadaan

unit atau organisasi dan membuat pembaharuan sesuai dengan
organisasi sama ada bagi pengurusan, pengeluaran barangan dan
perkhidmatan.

•Pengurus harus bijak untuk mengambil peluang dan menangi

ancaman yang berlaku dengan persekitaran yang ada.

PENYELESAI MASALAH
(DISTURBANCE HANDLER)

•Take corrective action during disputes or crises;

resolve conflicts among subordinats ; adapt to
environment crises.

•Pengurus berperanan menyelesaikan sebarang masalah

yang timbul dalam organisasi atau dengan pihak luar.

•Gangguan tersebut perlu ditangani dengan tegas, bijak,

teliti dan adil dalam menangani gangguan supaya tidak
mengganggu dan menjejaskan organisasi.

PENYELESAI MASALAH
(DISTURBANCE HANDLER)

• Contoh gangguan dalam organisasi adalah seperti

pekerja datang lewat, ponteng, cuai, suka
menceritakan keburukan orang lain dan sebagainya.

• Manakala gangguan di luar organisasi ialah masalah

kelewatan bekalan bahan, bahan yang kurang
bermutu, pembekal melanggar kontrak dan
perubahan citarasa pengguna yang mendadak.

PENGAGIH SUMBER
(RESOURCES ALLOCATOR)

•Decode who gets resources, schedule, budget, set priorities
•Pengurus akan menentukan sumber-sumber yang ada dalam organisasi yang

perlu diagih-agihkan.

•Pengurus akan menentukan kepada siapa, apa, bagaimana, mengapa dan bila

sesuatu sumber perlu diagihkan.

•Pengurus merupakan pihak yang menjadi rujukan kepada pekerja dalam

membuat sebarang keputusan berkaitan dengan penggunaan sesuatu sumber.

•Sumber perlu diagihkan dengan bijak, teratur dan sistematik supaya hanya

yang layak akan memperolehinya.

•Pengagihan secara adil dan bijaksana sangat penting kerana ia akan

menentukan perjalanan aktiviti dan fungsi-fungsi dalam organisasi.

PERUNDING
(NEGOTIATOR)

•Represent department during negotiation of union contracts,

sales, purchase, budgets, represent departmental interest

•Peranan ini dianggap penting memandangkan pengurus

mempunyai autoriti dan maklumat dalam membuat sesuatu
rundingan.

•Rundingan berlaku di antara pengurus dengan pembekal,

pelanggan, pekerja, pesaing dan kerajaan atau kesatuan sekerja.

•Boleh dikatakan sebahagian dari masa pengurus digunakan untuk

mengadakan rundingan dengan pihak-pihak tersebut.

RUJUKAN

• TEKS PRA-U PENGAJIAN PERNIAGAAN

LONGMAN

• CONTEMPORARY MANAGEMENT (Gareth R. Jones,

Jennifer M. George, Charles W. L. Hill)

• FUNDAMENTALS OF MANAGEMENT (Donald S.

Miller, Stephen E.Catt, James R. Carlson)

• PENGURUSAN PERNIAGAAN (Sabri Hj Hussin)
• PENGANTAR PENGURUSAN (Muhammad Hasmi

Abu Hassan Asaari)


Click to View FlipBook Version