Isi Kandungan
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 TENTATIF MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SKBJ 2
2 KATA ALUAN PERASMI 3-4
3 KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 2019/2020 5-6
4 KATA ALUAN GURU BESAR SK BUKIT JELUTONG 7-8
5 SALINAN SIJIL DAFTAR PENUBUHAN 9
6 AJK PIBG SK BUKIT JELUTONG 2019/2020 10-12
7 NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-18 13-14
8 AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-18 15
9 AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-18 16-21
10 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-17 SESI 22-32
2019/2020
11 KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI-KE 17 33-49
12 LAPORAN BIRO AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2019/2020 50-98
13 PENYATA KEWANGAN 2019 99-103
14 PENGHARGAAN 104
1
TENTATIF
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-18
SK BUKIT JELUTONG
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
2020
8:30 PAGI : PENDAFTARAN
8:45 PAGI : NYANYIAN LAGU NEGARAKU
: KATA-KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS
: BACAAN DOA
: TAYANGAN MONTAJ AKTIVITI PIBG 2019 & 2020
: UCAPAN PENASIHAT, GURU BESAR SKBJ
: UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 2019/2020
: UCAPAN PERASMI
: BERMULA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI
KE -18.
AGENDA
1. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung Tahunan Kali Ketujuh Belas (17)
2. Membentang dan mengesahkan Aktiviti Tahunan
2019
3. Membentang dan mengesahkan Penyata
Kewangan 2019
4. Laporan pembinaan surau
5. Ucapan Penangguhan
10:00 PAGI : BERMULA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
KALI KE -19
2
Kata aluan
UCAPAN PERASMI
TUAN MUSA BIN ISMAIL
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
SEKTOR PERANCANGAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING PERDANA
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita
sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini, sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 bergabung
dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong. Saya merakamkan ucapan
terima kasih atas jemputan untuk hadir ke majlis hari ini dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG
sekolah ini.
Seperti yang dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-18 SK Bukit Jelutong yang
sepatutnya diadakan pada 28 Mac 2020 ditangguhkan pada ketika itu berikutan penularan jangkitan Novel
Coronavirus (COVID-19). Oleh itu, pada tahun ini PIBG SKBJ perlu menjalankan dua Mesyuarat Agung Tahunan
iaitu Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-18 dan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-19 mengikut
pekeliling KPM yang telah ditetapkan iaitu pada hari yang sama cuma waktu yang berbeza. Tahniah dan syabas
saya ucapkan kepada Penasihat dan Jawatankuasa PIBG kerana telah dapat merancang, mengelola dan
seterusnya melaksanakan mesyuarat ini.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Sesungguhnya sesi persekolahan tahun ini penuh dengan cabaran dan kekangan setelah negara
dikejutkan dengan penularan Covid -19. Pendemik Covid-19 menuntut kita semua untuk sama-sama berkorban
secara total dalam usaha menghapuskan ancaman virus ini.
Murid-murid, ibu bapa dan pihak sekolah perlu menyesuaikan diri dan mengambil tindakan yang sesuai dengan
norma baharu agar pengajaran dan pembelajaran terus berlangsung sebaik mungkin. Pelbagai teknik dan
kaedah pengajaran dan pembelajaran dijalankan apabila pihak KPM mengarahkan pihak sekolah mengadakan
pengajaran dari rumah (PdPR) bermula Mac 2020 lalu dan penjajaran kurikulum yang baharu agar
kelangsungan pendidikan terus berlaku. Penglibatan dan sokongan ibu bapa amat penting agar anak-anak tidak
tercicir dalam pelajaran.
Rahmat disebalik Covid –19 ini membolehkan dan memberi peluang kepada ibu bapa mendekati
anak-anak, membimbing mereka dari dekat serta mengenal pasti tahap penguasaan pelajaran serta memupuk
nilai murni dalam diri mereka. Ancaman Covid –19 belum tamat, jadi ibu bapa perlu memastikan anak-anak
mengamalkan SOP agar pendemik berakhir dan sekolah kembali beroperasi seperti biasa. Saya pasti ibu bapa
tertanya-tanya tentang keselamatan anak-anak di sekolah. Saya yakin keselamatan guru dan anak-anak akan
sentiasa menjadi keutamaan pihak sekolah dengan memastikan semua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dipatuhi. Kami yakin dengan kerjasama ibu bapa, guru dan anak-anak mematuhi SOP yang
3
telah dikeluarkan, anak-anak kita akan hadir ke sekolah dalam keadaan selamat. Dalam hal ini, kami berharap
ibu bapa atau penjaga dapat memastikan bahawa anak-anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru mengajar, pakarnya
pihak pentadbir mengurus sekolah, malah perlu seiring dengan komitmen oleh ibu bapa. Harus diingatkan
kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula di rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan
sama ada anak-anak kita terdidik dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk
berhadapan dengan segala gejala negatif di luar rumah. Jelas, tanggungjawab menentukan keperibadian.
anak-anak sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab itu
sewenang-wenang ke bahu guru dan pihak sekolah. Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah bersikap
proaktif untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain daripada membantu dalam kebajikan pelajar, guru
dan juga pembangunan sekolah.
Terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua kerana menghantar anak ke
sekolah ini. Insya Allah, kepercayaan dan keyakinan tuan-tuan dan puan-puan terhadap guru-guru di sekolah
ini dalam mendidik anak-anak tuan-tuan dan puan-puan tidak akan dipersiakan dan didoakan murid-murid
di sekolah ini akan dapat terus menempa kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Di samping itu, sebagai
ibu bapa diharapkan jasa guru-guru sekolah ini dihargai dan sekiranya ada masalah berkaitan anak-anak
berbincanglah dengan penuh hemah dan bijaksana. Tindakan yang terburu-buru dan cepat melenting tidak
akan mendatang kebaikan kepada semua pihak. Oleh itu, peranan PIBG dalam membantu sekolah menerangkan
dan menghebahkan program, aktiviti dan tindakan sekolah amat membantu pihak sekolah.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima
kasih atas jemputan ke majlis pada pagi ini dan saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada
JK PIBG yang bakal dipilih dan dilantik sebentar nanti. Harapan saya ialah supaya Mesyuarat Agung PIBG Kali
ke-18 dan Kali Ke-19 ini akan dapat berjalan lancar dan teratur.
Dengan harapan itu, dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim, saya dengan sukacitanya merasmikan
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong kali ke-18 dan Kali ke-19.
Sekian, terima kasih dan wassalamualaikum wbh.
Tuan Musa bin Ismail,
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah,
Sektor Perancangan,
Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana.
4
Kata aluan
YANG DIPERTUA PIBG SESI 2019/2020
SK BUKIT JELUTONG
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Yang dihormati, Tuan Musa Bin Ismail Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan, Pejabat Pendidikan
Daerah Petaling Perdana. Yang berusaha Tuan Guru Besar SK Bukit Jelutong En. Zainuddin bin Abd Halim. Barisan
penolong kanan, guru-guru yang saya hormati serta ibu bapa dan anak-anak SK. Bukit Jelutong yang dirahmati
sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya, kita dapat sekali
lagi bertemu dan berkumpul walaupun dalam keadaan norma baru sebegini, pertemuan yang hanya berlangsung di
alam maya untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG Kali Kelapan belas (18) SK Bukit Jelutong yang sepatutnya diadakan pada 28 Mac 2020 ditangguhkan
pada ketika itu berikutan penularan jangkitan (COVID-19). Oleh itu pada Tahun ini PIBG SKBJ perlu menjalankan dua
Mesyuarat Agung Tahunan (Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-18 dan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-
19) mengikut pekeliling KPM yang telah ditetapkan iaitu pada hari yang sama cuma waktu yang berbeza.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Dalam menghadapi norma baru ini bukanlah sesuatu yang biasa untuk kita hadapi. “alah bisa tegal biasa”. Seperti
yang kita ketahui bukan suatu cabaran yang mudah untuk dihadapi oleh semua pihak termasuk ibu-bapa dan
guru-guru apabila anak-anak terpaksa belajar dirumah dalam tempoh masa yang lama. Mereka terpaksa mengikuti
pembelajaran yang tidak bersemuka dengan guru. Sebagai YDP PIBG, saya percaya guru-guru sudah pun melakukan
yang terbaik ke atas pendidikan anak-anak bagi memastikan murid-murid tidak keciciran pelajaran ekoran daripada
pendemik Covid19. Sungguhpun begitu, ibubapa tidak ketinggalan dalam memainkan peranan penting ketika
anak-anak belajar dari rumah secara online walaupun terdapat banyak kekangan. Semangat dan Kerjasama ini amat
diperlukan bagi memastikan kecemerlangan anak-anak kita dalam bidang pendidikan.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah
sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili semua AJK PIBG
akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan
murid-murid. Selaku AJK PIBG sesi 2019/2020 kami, telah cuba sedaya upaya untuk menjalankan tugas kami
5
dengan sebaiknya. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-
program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini.
Sehubungan dengan itu, dalam pertemuan ini saya mengambil kesempatan menyeru ibu bapa yang dermawan atau
yang berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu tampil memberi sumbangan dari segi idea, tenaga mahupun wang
bagi membantu pihak sekolah dalam menentukan dan meneruskan kecemerlangan Pendidikan anak-anak kita. Selain
untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan pembangunan sahsiah murid agar
anak-anak kita selamat dan berani meneruskan kehidupan dalam menghadapi dunia yang makin mencabar.
Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai.
Justeru, Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha dengan
lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong.
Sampan kotak hilir mudik,
Dayung patah galah sebatang,
Ikhtiar tidak datang menggolek,
Akal tidak datang melayang
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Wabillahi_taufiq_walhidayah
Assalamualaikum_warahmatullahiwabarakatuh
Sekian, Terima kasih.
SALEHUDDIN BIN HAMID
YANG DIPERTUA PIBG
SK BUKIT JELUTONG
SESI 2019/2020
6
Kata aluan
GURU BESAR
SK BUKIT JELUTONG
Terima kasih pengerusi majlis.
Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya segala perancangan dan usaha yang jitu maka
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 18 dan juga kali ke 19 dapat diterjemahkan hari ini. Terima kasih kepada
semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini, walaupun hanya secara atas talian. Kehadiran ibu bapa menunjukkan
komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang
akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada
semua guru yang yang sama-sama hadir dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Kelapan belas (18) SK Bukit Jelutong yang
sepatutnya diadakan pada 28 Mac 2020 ditangguhkan pada ketika itu berikutan penularan jangkitan Novel.
Coronavirus (COVID-19). Oleh itu pada tahun ini PIBG SKBJ perlu menjalankan dua Mesyuarat Agung Tahunan
(Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-18 dan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-19) mengikut pekeliling
KPM yang telah ditetapkan iaitu pada hari yang sama cuma waktu yang berbeza. Betapa uniknya mesyuarat agung
kita pada kali ini.
Sokongan dan penglibatan semua ibu bapa amat diperlukan dalam memastikan kejayaan anak-anak kita. Tambahan
pula, kini dengan penularan wabak Covid 19, menyebabkan kita hanya belajar secara atas talian iaitu Pengajaran dan
Pembelajaran Di Rumah (PdPR), jadi ianya memerlukan sokongan 100% daripada ibubapa sekalian. Oleh yang
demikian, saya mewakili pihak sekolah menyeru semua ibu bapa agar dapat memberi kerjasama yang erat kepada
pihak sekolah supaya kita sama-sama dapat berganding bahu dan sekaligus dapat menyuntik semangat belajar dalam
minda anak-anak.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, PIBG menghadapi pelbagai cabaran membantu pihak
sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak dari semasa ke semasa.
Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita bagi mencapai kejayaan yang diharapkan. Hasrat ini
lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk ibu bapa dan ahli komuniti bersatu dan menyokong satu
matlamat, iaitu membantu murid untuk berjaya.
7
Penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak khususnya ketika di rumah sangat penting dan kajian membuktikan
ia membawa perubahan yang ketara dalam kejayaan seseorang anak. Melalui penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran anak-anak akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak. Anak-anak akan mencapai keputusan
akademik yang lebih cemerlang serta mempunyai motivasi yang lebih tinggi di samping rekod kehadiran yang lebih
baik.
Apa yang lebih penting adalah mewujudkan suasana pembelajaran di rumah seperti menyediakan kemudahan
mengakses internet, ruang yang selesa untuk anak belajar dan memastikan anak memasuki kelas mengikut jadual
yang ditetapkan. Pada masa yang sama, ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak dan perbualan
merupakan interaksi yang asas untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu secara sepakat. Berbincang dengan
anak mengenai pelajaran dapat mengetahui perkembangan pencapaiannya dan membimbingnya merangka
tindakan. Melalui perbincangan juga akan menghasilkan suatu pandangan bersama tentang sasaran anak dalam
pelajaran di samping membantunya mencapai cita-cita.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang
baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Hanya dengan kejasama semua pihak secara berterusan maka
anak-anak didik sekolah ini dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum.
Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan PIBG yang diterajui oleh Encik Salehuddin bin Hamid
yang banyak memberi sokongan baik dalam bentuk kewangan mahupun idea serta moral. Tidak keterlaluan jika saya
katakan barisan PIBG sekolah ini amat dedikasi dan komited dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan
kecemerlangan.
Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi membina
insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjaya kepada agama, bangsa, dan negara.
Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
ZAINUDDIN BIN ABDUL HALIM
GURU BESAR
SK BUKIT JELUTONG
8
9
AJK PIBG SK BUKIT JELUTONG
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
2019/2020
PENASIHAT :
EN ZAINUDDIN BIN ABDUL HALIM
( GURU BESAR )
NAIB PENASIHAT :
PN HJH ADILAH BINTI ABU YAZID
( PK PENTADBIRAN )
PN SUZANA BINTI IBRAHIM
( PK HAL EHWAL MURID )
PN NORAZURAINEE BINTI ABDULLAH
( PK KOKURIKULUM )
PN NORZITA BINTI MAADUN
( PK PETANG )
YANG DIPERTUA PIBG
EN. SALEHUDDIN BIN HAMID
NAIB YANG DIPERTUA PIBG
PN FAUZIAH BINTI ABD RAHIM
SETIAUSAHA KEHORMAT
PN. KHAIRUNNISA BINTI MD YUNOS
BENDAHARI KEHORMAT
PN. NURUL FATMIE BINTI MOHAMAD NAFI
10
NO JAWATAN NAMA BIRO
1 En Salehuddin bin Hamid
013-3883820
YANG DIPERTUA Email:
[email protected]
2 Puan Fauziah binti Abd Rahim
NAIB YANG DIPER- 016-3644891
TUA Email: [email protected]
3 Puan Khairunnisa binti Md
SETIAUSAHA KE- Yunos
HORMAT 019-2733835
Email: [email protected]
4 Puan Nurul Fatmie binti
BENDAHARI KE- Mohamad Nafi
HORMAT 017-3351981
Email: [email protected]
5 En. Anwarudin bin Saidu
Mohamed EKONOMI &
012-2584391 TAJAAN (KETUA)
AJK (IBU/BAPA) Email: & PENDIDIKAN
[email protected] DAN MODAL IN-
SAN
6 En. Al-Ashraf Zarif bin Al-Bakri PEMBANGUNAN
AJK (IBU/BAPA) 012-2286958 & PENYELENG-
Email: [email protected] GARAAN
(KETUA)
7 En. Aidid Marcello bin Azahari
012-9108080 KEBAJIKAN & ME-
Email: DIA SOSIAL
AJK (IBU/BAPA) [email protected] (KETUA)
8 Datin Izza binti Ismail EKONOMI &
019-3021314 TAJAAN (PENO-
AJK (IBU/BAPA) Email: [email protected] LONG)
9 Puan Roslina binti Mohamad
Rijal PENDIDIKAN DAN
AJK (IBU/BAPA) 012-6203556 MODAL INSAN
[email protected] (KETUA)
11
10 Puan Nuha binti Talib@Mohd
AJK (IBU/BAPA) Talib ICT
012-2811578 (KETUA)
Email: [email protected]
11 Tengku Ahmad Masirin bin
AJK (IBU/BAPA) Tengku Mahmud KESELAMATAN
019-9991020 (KETUA)
[email protected]
12 Puan Kusuma Dewi bin Abdul
AJK (IBU/BAPA) Aziz SUKAN
019-2707559 (KETUA)
[email protected]
13 En. Mohd Noh bin Mohd
AJK (GURU) Hassan SUKAN
019-4975011
Email: [email protected]
14 En. Malik Hassan bin Mohamed PENDIDIKAN DAN
AJK (GURU) 0167749788 MODAL INSAN
Email:
[email protected]
15 Puan Noraniza binti Abu Bakar
AJK (GURU) 013-3492195 SARANA&PIBK
[email protected]
16 En. Nik Amirul Asraff bin Nik
AJK (GURU) Aman EKONOMI &
018-9665771 TAJAAN
Email: [email protected]
17 JURUAUDIT En. Mohd Hezli bin Md Tahir AUDITOR
(IBU/BAPA) 019-2607354
Email: [email protected]
18 En. Mohd Faizal bin Mohd Noor
JURUAUDIT (GURU) 01158066875 AUDITOR
Email:[email protected]
12
Ruj. Tuan :
Ruj: kami : Bil (78) dlm PIBG 08/01/002 Jilid 3
Tarikh : 1 OKTOBER 2021
Y. Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
Ibu Bapa / Penjaga,
Melalui,
Guru Besar SK Bukit Jelutong
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KELAPAN BELAS (18) SK BUKIT JELUTONG
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Kelapan belas (18) SK Bukit
Jelutong yang sepatutnya diadakan pada 28 Mac 2020 ditangguhkan pada ketika itu berikutan penularan
jangkitan Novel Coronavirus (COVID-19) akan diadakan secara dalam talian pada:
Tarikh : 23 OKTOBER 2021 (SABTU)
Masa : 8.45 pagi – 10.00 pagi
Tempat : SECARA DALAM TALIAN GOOGLE MEET (LOKASI TEMPAT
MASING-MASING)
3. Sehubungan dengan itu, Y. Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan adalah dijemput menghadiri mesyuarat
tersebut secara dalam talian Google Meet yang akan diberikan kemudian/. Pengesahan kehadiran serta
mempunyai usul dan cadangan yang ingin dikemukakan, sila isikan di google forms “MAKLUM BALAS
KEHADIRAN & USUL CADANGAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG SK BUKIT JELUTONG
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI KALI KE-18 2020/2021”.
3.1 Berikut adalah link Google Form MAT SK Bukit Jelutong SBT:
(https://forms.gle/eEswbuuqzft8PmLCA )dan tarikh terakhir pengisian borang pada 8
OKTOBER 2021 ( JUMAAT).
4 Kerjasama Y. Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali
ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
…………………………………………………..
(SALEHUDDIN BIN HAMID)
Yang Dipertua PIBG 2019/2020
SK Bukit Jelutong
13
sk.
1. Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor
2. Pegawai Pelajaran Daerah Petaling
3. Guru Besar SK Bukit Jelutong
4. Semua AJK PIBG 2019/2020
14
AGENDA MESYUARAT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-18
SK BUKIT JELUTONG
TARIKH : 23 OKTOBER 2021
HARI : SABTU
MASA : 8:45 PAGI
TEMPAT : GOOGLE MEET (LOKASI MASING-MASING)
1. Tayangan Montaj Aktiviti PIBG 2019/2020
2. Ucapan Penasihat, Guru Besar SK Bukit Jelutong
3. Ucapan Yang Dipertua PIBG 2019/2020
4. Ucapan Perasmi
5. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung
Tahunan Kali Ke-17
6. Membentang dan mengesahkan ativiti tahunan 2019
7. Membentang dan mengesahkan penyata kewangan
2019
8. Laporan pembinaan surau
15
AJK PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SKBJ
KALI KE-18
SK BUKIT JELUTONG
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
PENASIHAT :
EN ZAINUDDIN BIN ABDUL HALIM
( GURU BESAR )
NAIB PENASIHAT :
PN HJH ADILAH BINTI ABU YAZID
( PK PENTADBIRAN )
PN SUZANA BINTI IBRAHIM
( PK HAL EHWAL MURID )
PN NORAZURAINEE BINTI ABDULLAH
( PK KOKURIKULUM )
PN NORZITA BINTI MAADUN
( PK PETANG )
Yang Dipertua PIBG : En. Salehuddin bin Hamid
Naib Yang Dipertua PIBG : Pn Fauziah binti Abd Rahim
Setiausaha Kehormat : Pn. Khairunnisa binti Md Yunos
Bendahari Kehormat : Pn. Nurul Fatmie Binti Mohamad Nafi
AHLI JAWATANKUASA: SENARAI TUGAS
BIL JAWATANKUASA
1. SAMBUTAN - Bersama-sama VIP semasa
perasmian dan sepanjang
En Zainuddin bin Abdul Halim (Guru Besar) majlis berlangsung. (Jika Hadir)
Pn. Adilah binti Abu Yazid (PK Pentadbiran)
Pn. Suzana binti Ibrahim (PK Hal Ehwal - Memastikan kehadiran VIP
Murid) yang dijemput dan mengedar
Pn Norazurainee binti Abdullah (PK Koku- surat/Kad Jemputan kepada
rikulum) VIP & Ibu bapa. (SU PIBG).
Pn Norzita Binti Maadun (PK Petang)
SU PIBG
AJK PIBG (IBU BAPA)
16
2. BORANG USUL/CADANGAN - Mengambil data google forms
Cik Nurul Syafiqah Binti Abdul Razak (K) Maklum balas Pengesahan
Pn. Nurul Izzati Binti Latiff (P)
Cik Aimuni Bt. Zakaria kehadiran ibu bapa dan usul
Pn. Nur Khairunnisa bt Mohd Roslan
Pn. Nafisah Bt Mohamad cadangan daripada SU PIBG
Pn. Siti Zubaidah binti Abd Rashid - Memilih usul yang diterima
Pn Nor Aziyan Binti Man
hanyalah usul ibu bapa yang
Pn. Siti Mazyah binti Hj Abdullah
Pn. Amelia binti Shaadan hadir di atas talian pada
Pn. Nur Mumtaazah Binti Mahzor
Mesyuarat Agung nanti. Ambil
3. BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN satu usul sahaja jika usul itu
Cik Nurhafiza binti Nordin (K) adalah perkara yang sama.
Pn Nazimatul Khair bt Arifin (P) - Kemudian menaip usul yang
Pn. Wan Hazwani bt Wan Maba
Pn. Zurina binti Musa diterima dan serahkan pada
Pn. Hasifah Binti Basit
Pn. Noor Illya Idura binti Rosdi SU PIBG. SU PIBG akan
Cik Nadirah binti Zahari
Pn. Musliha binti Mustaffa Kamal berbincang bersama
Pn. Siti Amalina Binti Adnan
Pn. Hasmah Bt. Abu Bakar pentadbir untuk jawapan usul.
Pn Noor Azmira binti Abdul Razak - Contoh borang pengisian usul
Pn. Yazifah Bt Yahaya
Pn. Nurhidaya bt Yusop akan diberikan oleh SU PIBG
4. KAIN RENTANG - Mengambil bahan dan
Mohamad Hafizee bin Mohamad Noor (K) laporan daripada SU PIBG
En Mohd Shukri Bin Mahat (P) - Menyiapkan dua buah buku
En. Mohd Noh bin Mohd Hassan
En. Hairul Anwar B. Mhd Idris program (flip book& pdf)
En. Mohd Ruslan Bin Sari
1) Mesyuarat Agung Tahunan
5 JAWATANKUASA TEKNIKAL kali ke-18
2)Mesyuarat Agung Tahunan
En. Kamarul Halmy bin Kamaruddin (K) Kali ke-19
En. Muhammad Ruwaidi bin Dasimon (P)
Khairunnisa Binti Md Yunos (SU PIBG) - Menyediakan Poster
En. Amir Hakim bin Md Razman
En. Mohamad Azizul Hakim Bin Mohd Sis Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG secara virtual dan
sebarkan pada ibu bapa. FB
sekolah dll.
- Menyediakan LINK GOOGLE
MEET Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG.
- Menggunakan dua link untuk
dua laptop. Turut dibantu SU
PIBG.
17
En. Muhammad Ruwaidi bin Dasimon 1) Link GM untuk guru.
En Mohamad Zaidin B. Senik
En. Mohd Hussairy bin Daud 2) Link GM untuk ibu bapa
En. Mohd Rosfaizal bin Ngah - Beberapa orang AJK teknikal
En. Mohd Tammizi Bin Haji Abd Hadi
Boleh berada disekolah
6. MONTAJ
En. Muhammad Izzudin bin Othman (K) membantu SU PIBG
En. Muhammad Ikhwan b. Saaroni (P)
Muhammad Afiq Bin Mahazi menguruskan kelancaran
En. Abu Khuzaifah bin Embong
En. Wan Hisyamuddin B. Wan Kar program.
Pn. Jamaayah Bt.Abdul Rahman - Memaparkan lagu Negaraku
Pn. Nur Iswanah binti Ismail.
Cik. Nur Hazwani binti Mohamad Nozari di GM.
- Memaparkan Montaj aktiviti
7. KIRAAN UNDI
En. Asmirul Faisal bin Ariffin (K) PIBG 2019/2020 (mengambil
En. Nik Amirul Asraff bin Nik Aman (P)
Pn. Shazerin Idayu binti Mohd Sakri Bahan daripada AJK MONTAJ)
Cik Saraswathy A/P Ramasundrum - Memaparkan Minit Mesyuarat
En Muhammad Daud Bin Nurdin
Muhammad Agung Tahunan Kali ke-
17/Slaid Laporan Aktiviti
Tahunan PIBG SKBJ/Penyata
Kewangan (bahan daripada
SU PIBG).
- Mencatat senarai nama calon
undian dan dipaparkan di GM.
- Kemudian paparkan nama
yang menang undian di GM.
(nama akan diambil daripada
AJK Undian). SU PIBG akan
membantu juga.
- Mengambil gambar semasa
Mesyuarat Agung Tahunan
dijalankan.
- Menyediakan Montaj
sepanjang aktiviti PIBG
2019/2020
- Bahan daripada SU PIBG
- Aktiviti Kokurikulum boleh ambil
gambar daripada Pn Nora.
- SU PIBG akan buat satu
telegram sementara bagi ibu
bapa yang hadir Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG.
- Undian dibuat secara Poll di
Telegram. Ketua dan penolong
boleh fikirkan cara yang sesuai.
18
En. Solahudin B. Ahmad Boleh berada disekolah
En .Syajidin El-Adha b. Abd Rahman
En.Mohd Faizal B. Mohd Noor semasa Mesyuarat Agung
En. Mohamad Azizi bin Ahmad
En. Noorlisam bin Hasan Tahunan PIBG.
En. V.Balakumar A/L Vadevalu - Perbincangan boleh dibuat
En. Mohd Rohaizi B. Seman
En. Mohd Zulhafiz B. Mohd Zubir bersama AJK PIBG En Al-Ashraf
En. Khairul Ansor Bin Samsi
Zarif bin Al-Bakri 012-2286958
8. JURUACARA - Pengiraan dijalankan oleh AJK
En. Malik Hassan bin Mohamed (K) Kiraan undi semasa nama
9 BACAAN DOA dicalonkan.
- Serahkan nama yang menang
En. Sharifudin bin Sulaiman (K)
undian tersebut kepada AJK
10. PERSEMBAHAN SLAID
Teknikal untuk dipaparkan di
Cik Aiza Binti Tajudin (K)
Pn. Noorul Huda Binti Omar (P) GM. Program
Pn. Nor Asniza Binti Abdullah - Mengendalikan
Cik Nur Maisarah binti Abd Hamid
Pn. Norsaleha binti Talib sepanjang program
Pn. Nor Zalina binti Mohd Zahari
Pn. Nursharmila binti Anuar berlangsung:
Pn. Nor Azfariza Bt. Abdul Raoff
Pn.Ellynoor Akmal bt Ahmad Kamal 1) Mesyuarat Agung Tahunan
Pn. Noraniza Bt. Abu Bakar kali ke-18
Pn. Siti Marsita Bt Isterin
2)Mesyuarat Agung Tahunan
Kali ke-19
- SU PIBG akan bagi Tentatif
Program kepada Juruacara.
Bacaan doa untuk Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG.
- Menyediakan Slaid Agenda
utama. (boleh refer SU PIBG)
- Slaid Surau
- Slaid Pengoperasian Sekolah.
(pada waktu
- Menyediakan Slaid dalam
bentuk power point Laporan
Aktiviti Tahunan PIBG SKBJ.
1) Laporan aktiviti Mesyuarat
Agung Tahunan Kali ke-18
2) Laporan aktiviti Mesyuarat
Agung Tahunan Kali ke-18
- SU PIBG akan berikan Laporan
dalam bentuk word kepada
ketua untuk ditukarkan
kepada power point.
- Kemudian serahkan kepada SU
PIBG
19
11. PENCATAT - Mencatat Minit Mesyuarat
Nor Azlinda Binti Abdul Azid (K) Agung PIBG kali ke-18
Norizam binti Yusoff (P) - Mencatat Minit Mesyuarat
Pn. Nurhidaya bt Yusop
Pn. Suhana binti Yunus @Hamid Agung PIBG kali ke-19
Pn Siti Aisyah binti Ibrahim - Memberikan catatan tersebut
Cik Ain Afifi binti Abd Kadir
Pn. Norhayati binti Daud kepada SU PIBG yang baru
Pn. Sanisah Binti Sapari
Pn. Rozita binti Ishak @ Sahak dilantik dalam bentuk Softcopy
12. DOKUMENTASI setelah digabungkan.
Pn. Seriani binti Husin (K) - Contoh Format Minit
Pn. Siti Hawa binti Kalil (P)
Pn. Fatimah Zahraa’ Bt Mohamad Nazir Mesyuarat AGM PIBG boleh
Pn. Azlina Bt Abd Rahman
Pn. Shamini A/P Sreedharan Nair diambil pada SU PIBG.
- Membuat Dokumentasi AGM
13. PENDAFTARAN
PIBG kali Ke-18 & Kali-ke 19
Pn. Junaidah binti Mohamad (K)
Pn.Noradilah bt Hj Saidin (P) - Memuat naik borang
Pn. Rozana bt Ismail
Pn. Sadila binti Mamat pendaftaran untuk Ibu Bapa &
Pn. Nurul Amalina binti Mohamad Nazhari
Law Suat Choo Guru pada ruangan chat
Dhoroty Renuka A/P Francis
Pn. Hayati binti Ariffin semasa awal mesyuarat
Pn Roshaniwati binti Abd Halim
Pn. Aryati binti Idris berlangsung secara QR code
14. MAKANAN DAN JAMUAN VVIP atau GF dan di Group
Pn. Siti Norlita bt Ramli (K)
Pn. Masriyah binti Musthafa P) Telegram sementara ibu bapa.
Pn. Noor Asma Bt. Razali
Pn. Azilah Bt Kamaruddin (Group Telegram akan dibuat
Pn. Siti Hawa Bt. Kalil
Pn. Subashini Kumari A/P Ratnakumar oleh SU PIBG).
Pn. Maziah binti Mustafa
- Membuat pengumuman
diruang chat dari masa ke
semasa untuk mengingatkan
ibu bapa sebagai bukti
kehadiran pada hari itu.
- Kemudian serahkan jumlah
kehadiran kepada SU PIBG.
- Menempah makanan untuk
AJK yang berada di Sekolah
semasa Mesyuarat Agung
Tahunan dijalankan.
- Jumlah AJK yang hadir akan
diberitahu oleh SU PIBG.
20
15. TEKS UCAPAN - Menyediakan teks ucapan
semasa program berlangsung.
Pn Rabiah binti Mat Saud (Guru Besar)
Pn. Asmah Bt. Hj. Omar (YDP PIBG) - Membuat Sijil untuk AJK PIBG
Cik Siti Nur Diana Bt. Daud (Perasmi) 2019 & 2020
16. SIJIL - Senarai nama akan diberikan
oleh SU PIBG.
Pn. Noor Fadzila binti Abdul Rahman (K)
Pn. Siti Hasmah binti Ibrahim (P)
Pn.Rattenawati bt Ali
Pn Suhaily binti Ibrahim
Pn Norsuriati binti Mamat
Pn. Khursiah bt Daud
Pn Faridah Binti Lomak
Pn Nurul Diana bt Yahya
Pn.Norliza bt Mohd Lokman
21
MINIT MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE-17
SESI 2019/2020
22
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-17
SK BUKIT JELUTONG
Tarikh : 26 Januari 2019
Hari : Sabtu
Masa : 8:30 pagi
Tempat : Dewan Besar, SK Bukit Jelutong.
Pengerusi:
1.0 UCAPAN GURU BESAR SELAKU PENASIHAT PIBG SK BUKIT JELUTONG :
EN. ZAINUDDIN BIN ABDUL HALIM
1.1 Guru Besar SK Bukit Jelutong mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan
merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diatas
kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-17.
1.2 Guru Besar SK Bukit Jelutong juga mengucapkan ribuan terima kasih atas
kesudian Tuan Mohd Najwan bin Halimi (ADUN Kota Anggerik) meluangkan
masa hadir ke sekolah ini.
1.3 Guru Besar SK Bukit Jelutong memaklumkan bahawa seramai 34 orang murid
mendapat 6A dalam UPSR 2018 dan SK Bukit Jelutong menjadi sekolah
terbaik dalam daerah dan terbaik di Negeri Selangor.
1.4 Guru Besar SK Bukit Jelutong mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada PIBG sesi 2018 / 2019 atas penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri pada
tahun 2018 yang mendapat sambutan daripada ibu bapa dan program ini akan
dijadikan sebagai acara tahunan sekolah.
1.5 Guru Besar SK Bukit Jelutong memaklumkan bahawa “Projek Pembinaan
Surau” akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2019. Pihak sekolah
mengharapkan sokongan daripada ibu bapa dalam merealisasikan projek ini.
1.6 Guru Besar SK Bukit Jelutong memaklumkan pihak sekolah merancang untuk
melaksanakan “Program Surauthon” bagi mengutip sumbangan untuk
menampung dana pembinaan surau.
23
2.0 UCAPAN ALU-ALUAN YANG DI PERTUA PIBG SK BUKIT JELUTONG 2018 / 2019 :
EN. SALEHUDDIN BIN HAMID
2.1 YDP PIBG mengalu-alukan kehadiran Tuan Mohd Najwan bin Halimi (ADUN
Kota Anggerik) dan para ibu bapa ke majlis perasmian dan mesyuarat Agung
PIBG kali ke – 17. Kehadiran ibu bapa pada hari ini amatlah dihargai. Ini
menunjukkan tanda sokongan dan kerjasama ibu bapa terhadap pihak
sekolah.
2.2 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada guru-guru SK Bukit Jelutong
atas komitmen yang tinggi dalam menjayakan setiap program yang
dilaksanakan serta gigih mengajar anak-anak murid sehingga berjaya
mencapai kecemerlangan yang tinggi dalam semua aspek.
2.3 YDP PIBG berharap mesyuarat ini menjadi medan kepada ibu bapa
menyuarakan idea ataupun pandangan demi kebaikan anak-anak di sekolah
ini.
2.4 YDP PIBG mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam
memantapkan dan menjayakan program-program yang telah dan bakal
dilaksanakan pada tahun ini.
2.5 YDP PIBG menyeru ibu bapa yang berkemahiran supaya bersama-sama
dalam barisan PIBG bagi memantapkan lagi aktiviti dan program sekolah pada
masa akan datang.
2.5 YDP PIBG memohon maaf kepada semua pihak daripada barisan PIBG 2018
atas kelemahan dan kekurangan beliau sepanjang menajalankan tugas
sebagai YDP PIBG.
3.0 UCAPAN PERASMIAN : TUAN MOHD NAJWAN BIN HALIMI (ADUN KOTA ANGGERIK)
3.1 Tuan Mohd Najwan Bin Halimi mengalukan kedatangan ibu bapa ke mesyuarat
PIBG.
3.2 Dewan Undangan Negeri akan memberikan sedikit sumbangan untuk menampung
perbelanjaan untuk pembinaan surau SKBJ.
3.3 Mengharapkan kerjasama daripada ibu bapa untuk bersama-sama PIBG dan
menjalinkan hubungan yang utuh.
3.4 YB mengucapkan terima kasih atas komitmen PIBG pada sesi 2018 yang
24
sangat mantap.
3.5 YB memaklumkan jika ada program boleh terus menghantar kertas kerja
kepada ADUN untuk memohon sumbangan.
3.6 YB telah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKBJ 2019 Kali ke-17 pada
pukul 9.25 pagi.
4.0 PENYAMPAIAN SIJIL & CENDERAMATA AJK PIBG SESI 2018/2019
4.1 Majlis penyampaian Sijil & Cenderamata AJK PIBG Sesi 2018/2019 telah
disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan Bin Halimi, ADUN Kota
Anggerik diiringi oleh YDP PIBG, Guru Besar dan NYDP.
5.0 PENYAMPAIAN CENDERAMATA PERASMI
5.1 Majlis penyampaian Cenderamata Perasmi telah disampaikan oleh En.
Salehuddin bin Hamid, YDP PIBG SKBJ sesi 2018/2019 kepada Yang Berhormat
Tuan Mohd Najwan Bin Halimi , ADUN Kota Anggerik selaku perasmi, diiringi oleh
Guru Besar.
6.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 16 SESI
2018/2019
Dibentangkan : Cik Khairunnisa Binti Md Yunos (SU PIBG 2018)
Disahkan : Puan Kusuma Dewi Binti Abd Aziz
Disokong : Puan Aliya Binti Ayob
7.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
7.1 Dibentangkan oleh Cik Khairunnisa Binti Md Yunos (SU PIBG 2018) secara ringkas
mengenai aktiviti setiap biro yang dipaparkan di “slide show” iaitu:
• (Biro Sarana dan PIBK)
• (Biro Ekonomi dan Tajaan)
• (Biro Pembangunan Sukan)
• (Biro ICT)
• (Biro Kebajikan dan Media Sosial)
• (Biro Keselamatan)
• (Biro Pembangunan & Penyelenggaraan)
• (Biro Pendidikan & Modal Insan)
7.2 Datin Izza Binti Ismail selaku Biro Ekonomi dan Tajaan membentangkan tentang
perancangan pembinaan Surau Al-Iman SKBJ.
25
7.3 Datin Izza Binti Ismail menyatakan mencapai kata sepakat dalam perancangan
pembinaan Surau Al-Iman SKBJ.
7.4 Datin Izza Binti Ismail menyatakan sebagai tempat beribadat yang selesa kepada
anak-anak SKBJ, guru-guru, kakitangan dan ibu bapa yang singgah untuk
menunaikan solat.
7.5 Datin Izza Binti Ismail memaklumkan tapak surau yang akan dibina terletak di
tapak kelas 5 Tasbih dan 5 Tanjung.
7.6 Datin Izza Binti Ismail memaklumkan anggaran kos surau berkenaan adalah RM
771 550 (5 141x RM 150) sqft.
7.7 Datin Izza Binti Ismail memaklumkan RM 16 570 (diperolehi daripada Program
Charity SKBJ)
7.8 Datin Izza Binti Ismail mencadangkan:
(i)Kutipan Ramadhan (RM 15 000)- Mempertingkatkan kutipan
sumbangan di tahun 2019.
alukan. (ii) Mendapatkan pelepasan cukai daripada LHDN.
(iii) Melantik kontraktor.
(iv) Sumbangan daripada syarikat-syarikat swasta amatlah dialu-
7.9 Ada beberapa persoalan tentang pembinaan surau daripada Encik Nordin bin
Ahmad (Ibu Bapa):
(i) Tiada jadual khusus untuk solat berjemaah.
(ii) Guru disarankan untuk berjemaah bersama murid.
(iii) Adakah aktiviti yang dijalankan di surau akan dipantau oleh
Panitia Agama Islam?
(iv) Membaik pulih kelas 5 Tembusu.
-Guru Besar memaklumkan bahawa murid dibenarkan solat tetapi tiada pekeliling
yang mengkhususkan waktu solat berjemaah. Perkara ini tertakluk kepada guru mata
pelajaran pada waktu tersebut. Segala aktiviti yang dijalankan oleh Panitia Pendidikan
islam akan dipantau oleh guru-guru agama.
-Dalam mesyuarat pengurusan sekolah telah dipersetujui bahawa untuk membaik
pulih kelas 5 Tembusu serta pemasangan grill dan tingkap.
7.10 Encik Nazri bin Amin (Ibu Bapa) menyokong cadangan pembinaan surau
dengan mengambil contoh surau SK TTDI Jaya.
8.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN
8.1 Dibentangkan : Puan Nurul Fatmie Binti Mohd Nafi
Disahkan : Encik Al Asyraf Zarif Bin Al-Bakri
Disokong : Encik Rozaimi Bin A. Manap
26
8.2 Bendahari PIBG 2018 membentangkan Penyata Penerimaan dan Pembayaran
sehingga 31 Disember 2018. Senarai akaun yang terlibat ialah:
(i) Bank Islam (Bank Induk PIBG)
(ii) Bank Rakyat (Surau)
(iii) RHB Bank (Bayaran Tahun 6)
(iv) Bank Muamalat ( Sumbangan PIBG dan Kertas)
8.3 Ibu Bapa memberi soalan mengenai kewangan sekolah iaitu :
(i) Adakah Unifi sekolah dibayar oleh akaun sekolah atau PIBG?
(ii) PIBG ada berapa akaun?
(iii)Isu tandas kotor ada peruntukan?
-YDP memaklumkan bahawa Unifi sekolah dibayar oleh Akaun PIBG. PIBG mempunyai
4 akaun dan mengenai isu tandas ada peruntukan untuk penyelenggaraan. Ibu bapa
juga menyumbang dana untuk menaiktarafkan tandas sekolah. SKBJ akan memasuki
pertandingan terbaik tandas pada tahun ini.
9.0 PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA
Dibentangkan : Encik Salehuddin Bin Hamid (YDP PIBG)
Dicadangkan : Encik Anwaruddin Bin Sidu Mohamed
Disokong : Encik Mohd Azizi Bin Ahmad
10.0 PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2019/2020
10.1 Berikut ialah senarai nama pencalonan AJK PIBG 2019/2020:
BIL PERKARA
1. Pencalonan YDP
1.1 Calon : En Salehuddin Bin Hamid
Cadangan : En Mohd Hezli Bin Md Tahir
1.2 Calon : En Salehuddin Bin Hamid
Cadangan : En Mohd Hezli Bin Md Tahir
1.3 Cadangan ditutup : En Rajni Bin Ahmad
Disokong : Pn Hazlina binti Fahmi
2 Pencalonan NYDP : En Anwarudin Bin Saidu Mohamed
2.1 Calon : Pn. Laila Binti Ahmad
Cadangan : Pn Fauziah binti Abdul Rahim
2.2 Calon : En Nik Amirul Asraff Bin Nik Aman
Cadangan : Pn Saliza Binti Khalid
2.3 Calon
27
Cadangan : Dr Mas Norehan Merican Binti Aljunid Merican
2.4 Cadangan ditutup (Pn Saliza mohon tarik diri dari pencalonan)
: En Mohd Hezli Bin Md Tahir
Disokong : Pn Kusuma Dewi binti Abdul Aziz
3 Pencalonan Setiausaha & Bendahari :
Setiausaha Kehormat dan Bendahari dikekalkan untuk sesi 2019/2020. (Lantikan dalaman
sekolah)
Setiausaha : Cik Khairunnisa Binti Md Yunos
Bendahari : Pn Nurul Fatmie Binti Mohamad Nafi
4 Pencalonan AJK PIBG (Ibu Bapa)
4.1 Calon : En Anwarudin Bin Saidu Mohamed
Cadangan : Pn Nuha Binti Talib@Mohd Talib
4.2 Calon : Pn Kusuma Dewi binti Abdul Aziz
Cadangan : Pn Azlinawati binti Ahmad Kamal
4.3 Calon : En Al- Asyraf Zarif Bin Al-Bakri
Cadangan : En Zuriadi bin Ahmad
4.4 Calon : En Aidid Marcello bin Azahari
Cadangan : En Mohamad Azizi bin Ahmad
4.5 Calon : Datin Izza Binti Ismail
Cadangan : En Mohd Zulhafiz bin Mohd Zubir
4.6 Calon : Pn Roslina binti Mohamad Rijal
Cadangan : Pn Roslina binti Mohamad Rijal
4.7 Calon : Tengku Ahmad Masirin bin Tengku Mahmud
Cadangan : En Nik Amirul Asraff Bin Nik Aman
4.8 Calon : Pn Salwa binti Jalil
Cadangan : Pn Zila binti Ahmad
4.9 Calon : En Mohd Farid bin Banjari
Cadangan : Pn Saliza Binti Khalid
4.10 Calon : Pn Nuha Binti Talib@Mohd Talib
Cadangan : Pn Norhayati binti Daud
4.11 Calon : En Mohd Hezli Bin Md Tahir
Cadangan : En Malik Hassan bin Mohamad
Pencalonan AJK PIBG (Guru)
4.12 Calon : En Mohd Faizal Mohd Noor
Cadangan : Lantikan dalaman sekolah
4.13 Calon : En Che Mohd Khalis Bin Che Khalid
Cadangan : Lantikan dalaman sekolah
4.14 Calon : En Mohd Noh Bin Mohd Hassan
Cadangan : Lantikan dalaman sekolah
4.15 Calon : En Malik Hassan bin Mohamad
Cadangan : Lantikan dalaman sekolah
4.16 Calon : Pn Noraniza binti Abu Bakar
Cadangan : Lantikan dalaman sekolah
4.17 Calon : En Nik Amirul Asraff Bin Nik Aman
Cadangan : Lantikan dalaman sekolah
28
11.0 SENARAI AJK PIBG SESI 2019 /2020
BIL JAWATAN NAMA
1 YDP En Salehuddin bin Hamid
2 NYDP Pn Fauziah binti Abd Rahim
3 Setiausaha Kehormat Cik Khairunnisa binti Md Yunos
4 Bendahari Kehormat Pn. Nurul Fatmie binti Mohamad Nafi
5 AJK (Ibu/Bapa) En. Anwarudin bin Saidu Mohamed
6 AJK (Ibu/Bapa) En. Al-Ashraf Zarif bin Al-Bakri
7 AJK (Ibu/Bapa) En. Aidid Marcello bin Azahari
8 AJK (Ibu/Bapa) Datin Izza binti Ismail
9 AJK (Ibu/Bapa) Pn. Roslina binti Mohamad Rijal
10 AJK (Ibu/Bapa) Pn. Nuha binti Talib@Mohd Talib
11 AJK (Ibu/Bapa) Tengku Ahmad Masirin bin Tengku Mahmud
12 AJK (Ibu/Bapa) Pn. Kusuma Dewi bin Abdul Aziz
13 AJK Guru En. Che Mohd Khalis bin Che Khalid
14 AJK Guru En. Mohd Noh bin Mohd Hassan
15 AJK Guru En. Malik Hassan bin Mohamed
16 AJK Guru Pn. Noraniza binti Abu Bakar
17 AJK Guru En. Nik Amirul Asraff bin Nik Aman
18 Juruaudit Ibu/Bapa En. Mohd Hezli bin Md Tahir
19 Juruaudit Guru En. Mohd Faizal bin Mohd Noor
29
12.0 UCAPAN YDP PIBG SESI 2019/2020
12.1 YDP PIBG En Salehuddin bin Hamid mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga atas kepercayaan ibu bapa dan warga sekolah melantik beliau
sebagai YDP pada Tahun 2019. Beliau amat berharap supaya mendapat
sokongan dan kerjasama yang berterusan daripada semua pihak. Beliau juga
mengingatkan agar semua AJK PIBG yang baru dilantik melaksanakan tugas
dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab.
13.0 USUL/CADANGAN
USUL/CADANGAN JAWAPAN/ TINDAKAN/ CATATAN
Pencadang :
Pn. Kusuma Dewi bin Abdul Aziz
1. Mencadangkan supaya pihak 1. Maklumat tentang PAJSK boleh
sekolah mengadakan taklimat didapati di laman web PAJSK.
tentang PAJSK kepada ibu bapa. 2. PK Kokurikulum SKBJ memberi
penerangan tentang PAJSK secara
ringkas.
Pencadang :
Puan Kristina binti Ahmad
1. Mewujudkan “link whatsapp” untuk 1.Pihak PIBG telah mewujudkan akaun FB
ibu bapa SKBJ yang berminat agar PIBG SKBJ dan SKBJ rasmi untuk
projek PIBG boleh mencapai sasaran. menyampaikan maklumat dan aktiviti yang
dijalankan.
2.Guru Besar memaklumkan bahawa
broadcasting telegram telah diwujudkan
oleh guru kelas untuk menyampaikan
maklumat terkini.
Pencadang : 1. Disokong sebulat suara.
Encik Anwarudin Bin Saidu 1. Pihak sekolah bersetuju bagi
1.Mohon yuran PIBG dikekalkan RM50/
sekeluarga menyediakan fasiliti dibawah
RM 20 / seorang (sumbangan kertas) pengendalian PIBG.
Pencadang :
Puan Nadia binti Salleh
1. Menawarkan khidmat sebagai
tenaga pengajar kursus Bahasa
Perancis kepada murid-murid yang
berminat. Yuran yang dikenakan
kepada murid akan disumbangkan
kepada tabung PIBG.
30
Pencadang :
Puan Saliza binti Khalid
1. Mohon tindakan kepada 1. Pihak sekolah dan PIBG telah
pengusahaan penjualan di kawasan membuat aduan bagi pemantauan
luar pagar sekolah. MBSA.
2. Pihak PIBG mencadangkan supaya
ibu bapa mendidik anak supaya tidak
membeli di kawasan yang dilarang.
Pencadang: 1. Pihak PIBG mencadangkan “check
Puan Arisha binti Ahmad point” supaya tiada isu berbangkit.
1. Mencadangkan supaya Road Run
dijalankan dengan lebih efisyen.
Pencadang : 1. Pihak sekolah akan berunding
Encik Mohd Rozaidi bin Abdul Manaf dengan pihak kedai buku.
1. Mencadangkan diskaun diberi ke 2. Ibu bapa boleh membeli buku di
atas buku yang dibeli. kedai buku luar dengan
mendapatkan senarai buku yang
ditetapkan.
Pencadang :
Puan Salwa binti Jalil
1. Mencadangkan perancangan jualan 1.Perubahan pentadbiran yang diurus oleh
baju sukan lebih awal. pengusaha kedai buku.
Pencadang :
Datin Izza binti Ismail
1. Memaklumkan buku yang dijual di 1.Pihak sekolah akan membuat aduan.
kedai buku tidak dibekalkan
mengikut bilangan murid.
Pencadang: sukan 1. Pk Kokurikulum telah memaklumkan
Encik Hazrie bin Abu Bakar Baju sukan berlengan panjang hanya
untuk murid perempuan.
1. Mencadangkan baju
berlengan panjang.
Pencadang :
Puan Azura binti Ahmad
1. Memohon agar Ujian diagnostik 1.Pihak sekolah telah memaklumkan kepada
Tahun 6 diadakan bagi mengetahui ibu bapa bahawa ujian itu hanya untuk
tahap penguasaan murid. melihat sejauhmana penguasaan murid
tetapi tidak bertujuan untuk “streaming”.
31
Pencadang :
Puan Mayesah binti Abdul
1.Memohon agar pihak sekolah memberi 1. Pihak sekolah memaklumkan bahawa
taklimat berkaitan pentaksiran tahap 1 yang penilaian adalah secara holistik
terkini. berdasarkan penilaian yang diselaraskan
oleh pihak kementerian.
Pencadang :
Encik Mohd Zuhaidi
1. Mencadangkan bahawa ‘fun 1.Speech Corner telah diwujudkan.
learning’ perlu diterapkan dalam
proses pembelajaran murid.
2. Perjumpaan Hari Terbuka. Guru 2.Pihak sekolah akan menyusun semua guru
kelas perlu mengambil tahu secara termasuk guru matapelajaran ketika
keseluruhan setiap murid di dalam perjumpaan “Hari Terbuka”.
kelas.
Pencadang :
Encik Nasreen bin Ahmad
1. Memohon agar ibu bapa Ibu bapa tahun 6 sebulat suara akan
menyumbang kertas untuk menyumbang sebanyak RM190 untuk
keperluan murid terutamanya Tahun Program Pemuafakatan Murid Tahun 6.
6.
14.0 UCAPAN PENANGGUHAN
14.1 YDP lantikan 2019/2020 En Salehuddin bin Hamid mengucapkan terima kasih kepada
semua ibu bapa yang hadir. Beliau dan AJK PIBG akan menjalankan tugas yang dia-
manahkan dengan sebaik mungkin.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
----------------------------------------- …………………………………………
(KHAIRUNNISA BINTI MD YUNOS) (SALEHUDDIN BIN HAMID)
Setiausaha Kehormat, Yang Dipertua,
PIBG SK BUKIT JELUTONG PIBG SK BUKIT JELUTONG
Sesi 2019/2020 Sesi 2019/2020
32
KEHADIRAN
MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI-KE 17
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49