JTMRC 2015 2 | P a g e 1. OBJEKTIF 1.1. 2 pasukan akan bertanding pada gelanggang yang disediakan. 1.2. Setiap Robot perlu membuang tunggul ke tapak buangan tunggul, mengambil pokok di tapak semaian dan menanamnya di tapak tanaman. 1.3. Pasukan yang berjaya meletakkan kesemua pokok dalam masa 3 minit ataupun yang tercepat akan dinobatkan sebagai pemenang. 2. TEAM 2.1. Setiap pasukan akan disertai seramai 4 ahli iaitu: 2.1.1. 3 orang pelajar 2.1.2. 1 orang pengajar 2.2. Kesemua ahli kumpulan mestilah dari satu institut yang sama serta masih menuntut / mengajar di institut tersebut ketika pertandingan berlangsung. 2.3. Hanya 2 orang pelajar dibenarkan masuk ke dalam gelanggang ketika pertandingan berlangsung.
JTMRC 2015 3 | P a g e 3. GELANGGANG 3.1. Gelanggang diperbuat dari plywood dan dilapik dengan vinyl berwarna hijau. 3.2. Gelanggang terbahagi kepada dua iaitu pasukan merah dan pasukan biru.
JTMRC 2015 4 | P a g e 3.3. Saiz gelanggang adalah 3000 mm x 3000 mm (bagi pasukan merah dan biru). 3.4. Gelanggang diliputi pagar setinggi 150 mm dan tebal 20 mm disekeliling gelanggang diperbuat daripada papan berwarna coklat. 3.5. Garisan adalah bewarna putih dan berukuran lebar 20 mm (non glossy tape). 3.6. Lukisan dan ukuran sebenar gelanggang boleh didapati di dalam lampiran. 4. POKOK 4.1. Setiap pasukan perlu menyediakan 2 batang Pokok Rambutan (pokok A) dan 2 batang Pokok Durian (pokok B) untuk tujuan pertandingan. 4.2. Cara pembinaan pokok terdapat di dalam lampiran. 4.3. Peserta dikehendaki memotong daun yang disediakan di lampiran dan melaminatnya. Seterusnya lekatkannya pada batang pokok seperti di dalam lampiran. 4.4. Pokok akan diletakkan di dalam lubang di Tapak Tanaman Pokok Rambutan pada permulaan pertandingan.
JTMRC 2015 5 | P a g e NAMA SAIZ (mm) BAHAN WARNA TAPAK 95-105 x ± 20 PENUTUP BALANG MERAH BATANG 150 X 20 CONDUIT ELECTRIC PUTIH DAUN POKOK RAMBUTAN ± 190 X 130 KERTAS DILAMINAT (DALAM LAMPIRAN) RUJUK LAMPIRAN DAUN POKOK DURIAN ± 190 X 130 KERTAS DILAMINAT (DALAM LAMPIRAN) RUJUK LAMPIRAN 5. TUNGGUL 5.1. Setiap pasukan perlu menyediakan 2 batang tunggul untuk tujuan pertandingan. 5.2. Cara pembinaan tunggul terdapat di dalam lampiran. 5.3. Tunggul adalah seperti Pokok, tetapi tidak mempunyai daun. 5.4. Tunggul akan diletakkan di Tapak Semaian pada permulaan pertandingan.
JTMRC 2015 6 | P a g e NAMA SAIZ (mm) BAHAN WARNA TAPAK 95-105 x ± 20 PENUTUP BALANG MERAH BATANG 150 X 20 CONDUIT ELECTRIC PUTIH 6. TAPAK TANAMAN 6.1. Tapak Tanaman dibahagikan kepada tiga bahagian. 6.1.1. Tapak buangan Tunggul 6.1.2. Tapak Tanaman Pokok Rambutan 6.1.3. Tapak Tanaman Pokok Durian 6.2. Tapak Tanaman dibina menggunakan kayu atau papan berwarna coklat. 6.3. Lukisan dan ukuran sebenar Tapak Tanaman boleh didapati di dalam lampiran.
JTMRC 2015 7 | P a g e 7. PERTANDINGAN 7.1. Pertandingan akan berlangsung selama 3 minit. 7.2. Masa persediaan (setup) adalah selama 1 minit sebelum pertandingan. 7.3. Wisel akan dibunyikan bagi memulakan dan menamatkan 1 minit masa persediaan. Setelah itu wisel akan dibunyikan sekali lagi untuk memulakan 3 minit masa pertandingan. 7.4. Pertandingan boleh ditamatkan sebelum 3 min sekiranya: 7.4.1. Pengadil memberhentikan pertandingan disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. 7.4.2. Salah satu pasukan telah berjaya melakukan BUMI HIJAU.
JTMRC 2015 8 | P a g e 7.5. Hanya 2 orang peserta dibenarkan masuk ke kawasan sekeliling gelanggang untuk menyediakan robot dan retry. Kawasan dalam gelanggang hanya boleh dimasuki dengan kebenaran hakim sahaja. 7.6. Robot mestilah diletakkan pada petak permulaan yang telah ditetapkan. 7.7. Robot mestilah bergerak secara automatik. 7.8. Sebarang komunikasi dengan robot semasa pertandingan adalah tidak dibenarkan. 7.9. Tugasan yang perlu dilakukan oleh robot adalah seperti berikut: 7.9.1. Robot hendaklah mengeluarkan tunggul pada Tapak Tanaman Rambutan dan diletakan pada Tapak Buangan Tunggul dengan sempurna. 7.9.2. Robot hendaklah mengambil Pokok Rambutan di Tapak Semaian Rambutan dan diletakkan di Tapak Tanaman Pokok Rambutan dengan sempurna. 7.9.3. Robot hendaklah mengambil Pokok Durian di Tapak Semaian Durian dan diletakkan pada Tapak Tanaman Pokok Durian dengan sempurna. 7.10. Robot boleh melakukan tugasan pada 7.9 tanpa mengikut turutan. 7.11. Robot juga boleh memilih untuk bergerak mengikut garisan yang disediakan ataupun tidak.
JTMRC 2015 9 | P a g e 7.12. Robot hanya boleh memegang batang pokok sahaja sewaktu pemindahan pokok dari tapak semaian ke tapak tanaman. 7.13. Peserta boleh melakukan seberapa banyak retry selagi masa ada. 7.14. Maksud sempurna adalah seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di bawah. 8. RETRY 8.1. Tiada had untuk retry robot selagi masa mengizinkan. 8.2. Pasukan yang ingin retry hendaklah meminta kebenaran hakim terlebih dahulu dan meletakkan Robot pada tempat permulaan 8.3. Pokok yang tidak ditanam dengan sempurna atau terjatuh boleh diletak semula pada tapak semaian ketika retry.
JTMRC 2015 10 | P a g e 8.4. Semasa retry, pasukan tidak dibenarkan membuat sebarang pengubahsuaian atau penukaran alat ganti seperti menambah angin pneumatik, menukar bateri, menukar cip dan mengubah aturcara . 8.5. Peserta yang menyentuh/memegang robot ketika robot sedang bergerak secara sengaja atau tidak sengaja adalah dikira melakukan retry dan perlu bermula dari tempat permulaan. 9. PEMARKAHAN 9.1. Markah akan di berikan seperti berikut 9.1.1. Mengeluarkan setiap tunggul pada tapak tanaman pokok rambutan dan meletakkannya di tapak buangan tunggul + 10 MARKAH (Setiap tunggul) 9.1.2. Setiap pokok Rambutan yang berjaya diambil dan ditanam pada tapak tanaman pokok Rambutan dengan sempurna + 10 MARKAH (Setiap Pokok) 9.1.3. Setiap pokok Durian yang berjaya diangkat dari tapak semaian pokok Durian dan dikeluarkan dari tapaknya sepenuhnya. (markah hanya diberi untuk kali pertama sahaja bagi setiap pokok) + 10 MARKAH (Setiap Pokok)
JTMRC 2015 11 | P a g e 9.1.4. Setiap pokok Durian yang berjaya ditanam di tapak tanaman pokok Durian dengan sempurna. + 20 MARKAH (Setiap Pokok) 9.1.5. Berjaya melakukan Bumi Hijau + 100 MARKAH 9.2. Markah akan dipotong 9.2.1. Masa setup melebihi 1 min (masih melakukan setup walaupun wisel dibunyikan) - 10 MARKAH 9.2.2. Robot memasuki gelanggang lawan dengan sengaja - 10 MARKAH 9.2.3. Robot merosakkan gelanggang - 10 MARKAH 9.2.4. Robot dengan sengaja memindahkan pokok dengan memegang daun – 10 MARKAH 9.3. Penentuan pemenang bagi setiap pertandingan adalah mengikut keutamaan berikut: 1. Bumi Hijau 2. Markah Tertinggi 3. Jika Markah adalah sama, pemenang ditentukan mengikut keutamaan di bawah
JTMRC 2015 12 | P a g e 1. Robot yang berjaya mendapat markah dahulu. 2. Robot yang lebih jauh atau lebih banyak pergerakkan. 3. Mengikut budi bicara hakim. 9.4. Penentuan pemenang dalam kumpulan adalah mengikut keutamaan berikut: 1. Bumi Hijau terbanyak 2. Markah Tertinggi 3. Jumlah kemenangan 4. Jika kemenangan tidak dapat ditentukan, perlawanan penentuan akan diadakan. 10. SPESIFIKASI ROBOT 10.1. Berat Robot tidak melebihi 15kg. 10.2. Semasa permulaan Saiz robot tidak boleh melebihi kiub 400 mm (W) x 400 mm (L) x 500 mm (H). 10.3. Semasa keluar dari kotak permulaan saiz robot tidak boleh melebihi kiub 500 mm (W) x 500 mm (L) x 500 mm (H). Saiz ini mengambil kira saiz robot yang dibesarkan sepenuhnya. (semua bahagian robot mesti dibesarkan serentak) 10.4. Hanya sebuah robot boleh digunakan oleh setiap pasukan sepanjang 3 minit pertandingan.
JTMRC 2015 13 | P a g e 10.5. Sebarang sistem yang menggunakan cecair, enjin pembakaran dalaman atau api adalah tidak dibenarkan sama sekali. 11. KUASA ELEKTRIK 11.1. Voltan maksima yang dibenarkan adalah 24VDC dengan 10% tolerans 11.2. Sistem elektrik pada robot perlulah dipastikan selamat. 12. PNEUMATIK 12.1. Tekanan maksimum yang dibenarkan hanyalah 8 bar. 12.2. Tidak dibenarkan menggunakan gas-gas merbahaya. 12.3. Sistem pneumatik pada robot perlulah dipastikan selamat. 13. PEMBERHENTIAN & PEMBATALAN 13.1. Pemberhentian Pengadil boleh memberhentikan pertandingan jika : 13.1.1. Sekiranya merosakkan gelanggang atau peralatan pertandingan 13.1.2. Tiada semangat fair play dan persaudaraan diantara peserta 13.1.3. Peserta ingkar arahan dari pengadil.
JTMRC 2015 14 | P a g e 13.2. Pembatalan Pengadil boleh membatalkan pertandingan / penyertaan jika 13.2.1. Robot tidak mengikut spesifikasi 13.2.2. Robot mempunyai tulisan atau bentuk yang provokatif. 13.2.3. Peserta memakai atau menunjukkan isyarat yang provokatif. 14. LAIN LAIN 14.1. Hanya satu robot sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan 14.2. Robot mestilah hasil rekacipta tersendiri pasukan tersebut. 14.3. Pengadil mempunyai kuasa mutlak didalam keputusan pertandingan 14.4. Mana-mana perkara yang tidak terdapat dalam peraturan ini, akan ditentukan atas budi bicara pengadil dan pengadil mempunyai kuasa muktamat.
JTMRC 2015 15 | P a g e 15. LAMPIRAN 15.1. Gelanggang
JTMRC 2015 16 | P a g e
JTMRC 2015 17 | P a g e
JTMRC 2015 18 | P a g e
JTMRC 2015 19 | P a g e 15.2. Tapak Tanaman
JTMRC 2015 20 | P a g e 15.3. Pokok 15.3.1. BAHAN-BAHAN :
JTMRC 2015 21 | P a g e 15.3.2. Binaan
JTMRC 2015 22 | P a g e 15.4. Tunggul 15.4.1. BAHAN-BAHAN :
JTMRC 2015 23 | P a g e 15.4.2. Binaan
JTMRC 2015 24 | P a g e 15.5. Daun Pokok Rambutan
JTMRC 2015 25 | P a g e 15.6. Daun Pokok Durian
JTM ROBOT CHALLENGE 2015 BUMI HIJAU Tarikh : ______________ Masa :________________ Perlawanan ke/Peringkat : _____________ Pasukan: __________________ Menentang : _________________Warna Petak : MERAH / BIRU 1.0 Tugasan BIL PERKARA MARKAH PENUH MARKAH DIPEROLEHI MASA / CATATAN 1 Keluarkan tunggul 1 dan letakkan di tapak buangan tunggul 10 2 Keluarkan tunggul 2 dan letakkan di tapak buangan tunggul 10 3 Ambil dan tanam pokok rambutan 1 di tapak tanaman pokok rambutan 10 4 Ambil dan tanama pokok rambutan 2 di tapak tanaman pokok rambutan 10 6 Angkat dan keluarkan pokok Durian 1 dari tapak semaian pokok durian 10 6 Angkat dan keluarkan pokok Durian 2 dari tapak semaian pokok durian 10 7 Tanam pokok Durian 1 di tapak tanaman pokok Durian 20 8 Tanam pokok Durian 2 di tapak tanaman pokok Durian 20 JUMLAH MARKAH 100 2.0 Bumi Hijau BIL PERKARA MARKAH PENUH MARKAH DIPEROLEHI MASA / CATATAN 1 BUMI HIJAU 100
3.0 Violation BIL PERKARA MARKAH DITOLAK CATATAN 1 2 3 4 5 JUMLAH MARKAH TUGASAN + BUMI HIJAU = VIOLATION = JUMLAH Hakim: _____________________ ( ) Disahkan Oleh : _____________________ ( )