The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AHMAD HAWARI BIN HASINE, 2021-08-24 02:04:59

ERATA MODUL FOCUS@MYKUALE

BAHASA MELAYU

ERATA MODUL FOCUS@MYKUALE BAHASA MELAYU
1. Nota Ekspress : Kertas 2
Nota di muka surat 13 sila abaikan.

2. Soalan Novel
Set 1
ii). Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut.

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib.
b) Di sebalik Dinara, karya Dayang Nor.
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin.
e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip.
f) Tirani karya Beb Sabariah.
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman.
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab bahagian peleraian
dalam novel tersebut dapat menyentuh perasaan anda.
[6 markah]
Set 2
ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

i) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib.
j) Di sebalik Dinara, karya Dayang Nor.
k) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
l) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin.
m) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip.
n) Tirani karya Beb Sabariah.
o) Silir Daksina, karya Nizar Parman.
p) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua contoh peristiwa yang
dapat dijadikan sebagai pengajaran dalam kehidupan.

( 6 markah )

Set 3

ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib.
b) Di sebalik Dinara, karya Dayang Nor.
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin.
e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip.
f) Tirani karya Beb Sabariah.
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman.
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang boleh
dijadikan sebagai sumber inspirasi oleh pembaca.

( 6 markah )

Set 4

ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib.
b) Di sebalik Dinara, karya Dayang Nor.
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin.
e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip.
f) Tirani karya Beb Sabariah.
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman.
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua perwatakan watak utama
yang boleh dijadikan sebagai teladan dalam kehidupan.

( 6 markah )

Set 5

Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib.
b) Di sebalik Dinara, karya Dayang Nor.
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin.
e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip.
f) Tirani karya Beb Sabariah.
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman.
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua contoh peristiwa yang
boleh memupuk nilai kasih sayang dalam kehidupan pembaca.

(6 markah )

SKEMA JAWAPAN

Set 1

Novel Jendela Menghadap Jalan

1. Peristiwa Kak Mimah mencadangkan Che Jah membuat laporan polis. Che Jah telah
bersetuju membuat laporan polis tentang keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh
suaminya terhadap dirinya dan anak-anak. Akhirnya Seman telah berjaya ditangkap oleh
penduduk kampung dan diserahkan kepada pihak polis.

Peristiwa di bahagian peleraian ini menyentuh perasaan saya kerana Seman telah melakukan
pelbagai keganasan rumah tangga terhadap Che Jah dan anak-anak. Namun, Che Jah tetap
menyayangi suaminya dan mahu Seman berubah dengan menyerahkannya kepada pihak polis.

2. Peristiwa datuk menceritakan rahsia jendela rumah yang menghadap jalan. Datuk
menjelaskan bahawa rekaan jendela dan pintu dibina menghadap ke jalan agar memudahkan
penduduk kampung mengintai pergerakan komunis yang datang ke kampung mereka.

Peristiwa di bahagian peleraian ini menyentuh perasaan saya kerana cerita datuk dapat
menamatkan penantian Lili dan saya yang ternanti-nanti tentang kisah sebenar di sebalik misteri
jendela menghadap jalan.

Novel Songket Berbenang Emas

1. Peristiwa penduduk kampung bekerjasama antara satu sama lain mengumpulkan wang untuk
Dahlia mengikuti kursus bahasa Jepun selama 6 bulan di Universiti Malaya. Haji Sulaiman
telah menyerahkan sampul derma daripada orang kampung yang berjumlah RM500 kepada
Dahlia.

Peristiwa di bahagian peleraian ini menyentuh perasaan saya kerana wujudnya kerjasama antara
penduduk kampung untuk mengurangkan beban kewangan keluarga Dahlia demi
merealisasikan impian Dahlia untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

2. Peristiwa Azhari berjumpa Dahlia di stesen bas. Azhari berjumpa Dahlia dan memberitahu
kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pakciknya lambat sampai. Sebelum
menaiki bas Azhari telah menghadiahkan sehelai kain songket berbenang emas berwarna merah
kepada Dahlia. Azhari juga menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui maksudnya.Azhari
meminta agar Dahlia menjaga diri sebagai orang Melayu walau berada di mana-mana pun.

Peristiwa di bahagian peleraian ini menyentuh perasaan saya kerana Azhari dan Dahlia sempat
juga bertemu sebelum berpisah kerana Dahlia akan melanjutkan pelajarannya ke Jepun.

Set 2

Novel Jendela Menghadap Jalan

a. Peristiwa Danel bijak mempelbagaikan resipi berasaskan buah pisang.
Pengajaran: Kita haruslah bijak dalam melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan
agar dapat dicontohi oleh orang lain.

b. Peristiwa Lili telah membantu Che Jah yang sering dipukul oleh suaminya Seman
dengan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.
Pengajaran: Kita hendaklah ringan tulang membantu orang yang ditimpa kesusahan
dalam kehidupan supaya mendapat ganjaran pahala daripada Tuhan.

c. Peristiwa Lili akur dengan keputusan ibu yang mahukan dia pulang bercuti di
Kemaman, Terengganu iaitu kampung datuknya.
Pengajaran: Kita mestilah taat dan patuh akan perintah ibu bapa dalam kehidupan agar
menjadi anak yang disayangi oleh ahli keluarga.

d. Peristiwa Lili fasih bertutur dalam pelbagai bahasa asing seperti Thai dan Latin.
Pengajaran: Kita hendaklah menguasai pelbagai bahasa dalam kehidupan supaya lebih
mudah berkomunikasi dengan bangsa asing.

e. Peristiwa Lili telah bekerjasama Danel untuk menyelesaikan masalah peletakan kubah
masjid.
Pengajaran: Kita mestilah bekerjasama melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan
agar masalah yang serius dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

f. Peristiwa Seman sering memukul isterinya, Che Jah tanpa belas kasihan. Pengajaran:
Kita janganlah bersikap zalim terhadap ahli keluarga sendiri dalam kehidupan seharian
agar dapat melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan bahagia.

g. Peristiwa Seman terjebak dalam gejala judi dan dadah.
Pengajaran: Kita haruslah mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala penagihan
dadah dan judi dalam kehidupan seharian supaya tidak mencemarkan nama baik diri
dan keluarga.

h. Peristiwa datuk tetap mempertahankan kelebihan perubatan secara tradisional
berbanding perubatan secara moden.
Pengajaran: kita hendaklah mempromosikan kaedah perubatan secara tradisional
menggunakan tumbuhan herba agar khasiatnya dapat dinikmati oleh semua orang
termasuklah generasi muda.

i. Peristiwa Lili diculik oleh Rafiq dan Haziq dan dikurung di dalam sebuah pondok
usang yang terletak di pinggir sebuah hutan.
Pengajaran: Kita hendaklah berani menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan
agar menjadi insan yang lebih cekal dan tabah.

Novel Songket Berbenang Emas.

a. Peristiwa Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya selepas ibu
mereka dimasukkan ke hospital.
Pengajaran: Kita hendaklah menyayangi adik beradik dalam kehidupan seharian agar
keluarga yang bahagia dapat dilahirkan.

b. Peristiwa Dahlia telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
STPM dan mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke negara Jepun.
Pengajaran: Kita hendaklah bijak membahagikan masa dalam kehidupan agar menjadi
pelajar yang cemerlang dalam akademik.

c. Peristiwa Dahlia berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said yang sedang
kelemasan.
Pengajaran: Kita hendaklah berani dalam melakukan sesuatu tindakan dalam
kehidupan agar dapat menyelamatkan orang yang sedang ditimpa kesusahan.

d. Peristiwa Embong sanggup melakukan pelbagai kerja demi menyara ahli keluarganya.
Pengajaran: Kita mestilah bertanggungjawab terhadap tugas yang telah diamanahkan
dalam kehidupan supaya menjadi insan yang dihormati dan disayangi oleh masyarakat.

e. Peristiwa Dahlia tetap bersabar walaupun sering difitnah oleh Aton dan neneknya
sendiri.
Pengajaran: Kita hendaklah bersabar menghadapi cabaran dan dugaan dalam
kehidupan agar menjadi insan yang cekal dan tabah.

f. Peristiwa Dahlia sering mendengar nasihat dan pesanan daripada ibu bapanya.
Pengajaran: Kita hendaklah sentiasa patuh dan taat akan nasihat ibu bapa dalam
kehidupan seharian agar hidup diberkati oleh Tuhan.

g. Peristiwa nenek Dahlia memfitnah Dahlia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki
yang sering berkunjung di rumah Dahlia.
Pengajaran: Kita haruslah mengelakkan diri daripada perbuatan suka memfitnah orang
lain dalam kehidupan agar hidup lebih diberkati Tuhan.

h. Peristiwa Dahlia sanggup memaafkan nenek perbuatan Nenek Kiah yang suka
memfitnah dirinya.
Pengajaran: Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain dalam kehidupan agar
menjadi insan yang berhati mulia.

i. Peristiwa Dahlia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM ) setelah belajar dengan gigih dan tekun.
Pengajaran: Kita mestilah belajar dengan bersungguh-sungguh dalam kehidupan
supaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

• Terima mana-mana contoh peristiwa lain yang sesuai untuk dijadikan sebagai
pengajaran dalam kehidupan.

Set 3

Novel Jendela Menghadap Jalan.

1. Peristiwa Danel bijak dan kreatif dalam mempelbagaikan resipi berasaskan buah
pisang. Pembaca boleh menjadikan kebijaksanaan Danel sebagai sumber inspirasi
kerana bidang masakan bukan hanya untuk golongan wanita sahaja. Yang penting ialah
semangat tidak pernah berputus asa dan terus berusaha untuk menjadi seorang cef yang
bijak dan kreatif.

2. Peristiwa Lili fasih bertutur dalam pelbagai bahasa asing seperti bahasa Thai, Jepun
dan Latin. Pembaca boleh menjadikan peristiwa tersebut sebagai sumber inspirasi jika
mahu mempelajari dan menguasai bahasa asing kerana tidak ada sesuatu yang mustahil
untuk dicapai jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.

Novel Songket Emas Berbenang

1. Peristiwa Dahlia sanggup terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said yang
sedang kelemasan. Pembaca boleh menjadikan keberanian Dahlia sebagai sumber
inspirasi kerana dia sanggup mengambil risiko yang besar untuk menyelamatkan
nyawa orang lain walaupun dia sedar bahawa tindakannya itu boleh mengundang
bahaya kepada dirinya sendiri.

2. Peristiwa Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya di rumah
setelah ibunya dimasukkan ke hospital. Pembaca boleh menjadikan sifat penyayang
dan bertanggunbgjawab Dahlia sebagai sumber inspirasi dengan cara sering membantu
ahli keluarga yang memerlukan bantuan tanpa mengharapkan balasan.

Set 4

Novel Jendela Menghadap Jalan

1. Peristiwa Lili membantu Che Jah menangani masalah keganasan rumahtangga yang
dialaminya.Lili meminta bantuan daripada Puan Hamimah, pegawai Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk menyelesaikan masalah rumahtangga Che Jah.Peristiwa ini dapat
dijadikan teladan kepada pembaca supaya mengamalkan sikap saling membantu orang
yang ditimpa musibah.

2. Peristiwa Dahlia keluar dari asrama.Dahlia sanggup keluar dari asrama untuk menjaga
adik-adiknya apabila ibu dan bapanya dimasukkan ke hospital. Peristiwa ini dapat
dijadikan teladan kepada pembaca kerana menggambarkan sikap tanggungjawab
seorang anak sulung yang sanggup berkorban untuk menjaga kebajikan keluarganya.

3. Peristiwa Danel menyelamatkan Lili yang diculik.Danel telah berusaha
menyelamatkan Lili yang diculi oleh Haziq dan Rafiq dan disembunyikan di sebuah
pondok using di hujung kampong. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kepada
pembaca kerana menggambarkan sikap membantu rakan yang dalam kesusahan.

Novel Songket Berbenang Emas

1. Peristiwa Dahlia terjun ke dalam sungai menyelamatkan Said. Dahlia sanggup
mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan Said yang lemas dibawa arus
deras.Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kepada pembaca kerana menggambarkan
sikap remaja perempuan yang sanggup mengambil risiko demi membantu
menyelamatka orang lain.

2. Peristiwa Nek Kiah yang tidak menyukai keluarga Dahlia dan bersikap pilih kasih
akhirnya insaf selepas dia dijaga dengan baik oleh Dahlia dan adik-beradiknya semasa
Nek Kiah sakit. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan iaitu ahli keluarga tidak perlu
mempunyai sikap pilih kasih terhadap anak cucu.

3. Peristiwa Penduduk Kampung Haji Rais telah bermuafakat dan bekerjasama membina
rumah Embong semula yang musnah akibat banjir. Kaum wanita bergotong-royong
menyediakan makan. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan iaitu permuafakatan amat
penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

4. Peristiwa Masyarakat kampung telah Berjaya memungut sumbangan sebanyak
RM500.00 dan sumbangan peribadi RM300 daripada Tauku Lim kepada Dahlia untuk
melanjutkan pelajaran ke Jepun. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan iaitu kepentingan
budaya tolong menolong dalam kehidupan bermasyarakat

5. Peristiwa Dahlia terpilih melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan
selama empat tahun di Jepun. Peristiwa ini dapat dijadikan teladan iaitu ketabahan dan
kegighan menempuh pelbagai cabaran membuahkan memperoleh kejayaan.

6. Peristiwa Azhari menghadiahi sehelai songket berbenang kepada Dahlia sebagai
merainya kejayaan melanjutkan pelajaran dan symbol bahawa mereka orang Melayu.

Peristiwa ini dapat dijadikan teladan Kepentingan menjaga mempertahankan budaya
Melayu.

Set 5

Novel Jendela menghadap Jalan

1. Peristiwa Lili menyayangi ibunya apabila dia tetap menurut kemahuan ibunya yang
meminta dia bercuti di kampung halaman ibunya di kampung Sentosa walaupun pada
awalnya Lili agak keberatan kerana telah mempunyai perancangan untuk
menghabiskan waktu cuti dengan kawan-kawannya.

2. Peristiwa nenek menasihati Lili agar tidak mencampuri urusan rumah tangga Che
Jah demi keselamatan Lili kerana Nenek mengganggap Lili masih belum matang dan
risaukan akan keselamatan Lili.

Novel Songket Berbenang Emas

1. Peristiwa Embong amat menyayangi isterinya Saleha. Beliau tetap menyayangi
isterinya walaupun Saleha menghidapi tekanan mental. Peristiwa ini dapat
menunjukkan kepada pembaca betapa penting memupuk kasih sayang seorang suami
terhadap isterinya ketika ieterinya tidak sihat.

2. Peristiwa Embong amat sayang akan anak-anaknya. Dia berusaha untuk
menguruskan anak- anaknya semasa isterinya dimasukkan ke hospital. Semasa dia
dipatuk ular, dia berpesan kepada Dahlia untuk menjaga adik-adiknya dengan baik
dan memberitahu tentang wang yang disimpannya di rumah bagi mengelakkan anak-
anaknya terbiar semasa ketiadaannya. Peristiwa ini dapat menunjukkan kepada
pembaca betapa penting memupuk kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga
mereka


Click to View FlipBook Version