ISU KESALAHAN PENGGUNAAN
IMBUHAN BAHASA
YUNANI-LATIN-INGGERIS
MORFOLOGI BAHASA MELAYU (BMMB3203)
Sekiranya diperhatikan secara teliti,
terdapat beberapa kesalahan
KESALAHAN penggunaan imbuhan Yunani-Latin-
PENGGUNAAN Inggeris yang sering dilakukan dalam
penulisan di media sosial. Oleh yang
IMBUHAN demikian, tugasan ini dilaksanakan
untuk
menghuraikan
YUNANI-LATIN- bertujuan penggunaan imbuhan
kesalahan
INGGERIS DALAM tersebut dalam bahasa Melayu. Yang
PENULISAN DI berikut menunjukkan beberapa
MEDIA SOSIAL kesalahan penggunaan imbuhan bahasa
Yunani-Latin-Inggeris dalam penulisan
di media sosial.
IMBUHAN AWALAN
Awalan anti-
Contoh 1
Awalan anti- menunjukkan ketidaksetujuan atau penentangan terhadap sesuatu pihak.
Antara kesalahan penggunaan imbuhan ini yang dikesan di media sosial ialah anti Israel
yang seharusnya ditulis sebagai anti-Israel. Penggunaan tanda sempang diperlukan
antara imbuhan 'anti' dan 'Israel' kerana ‘Israel’ merupakan kata nama khas. Anti-Israel
bermaksud sikap tidak memihak kepada Israel.
Awalan anti-
Contoh 2
Selain itu, contoh kesalahan kedua ialah
anti penjajah yang sepatutnya ditulis
sebagai antipenjajah. Hal ini dikatakan
demikian kerana 'penjajah' merupakan
kata nama am dan harus ditulis secara
rapat. Penggunaan tanda sempang juga
tidak diperlukan. Antipenjajah merujuk
kepada sikap tidak menyokong mana-
mana penjajah.
IMBUHAN AWALAN PRO-
Contoh 1
Awalan pro- berfungsi untuk menggambarkan tanda persetujuan atau
sokongan terhadap sesuatu pihak. Antara kesalahan penggunaan imbuhan
ini ialah pro-kerajaan yang sepatutnya ditulis sebagai prokerajaan. Cara
penulisannya yang sebenar ialah imbuhan 'pro-' dirapatkan dengan
perkataan ‘kerajaan’ tanpa wujudnya tanda sempang kerana 'kerajaan'
merupakan kata nama am. Prokerajaan membawa maksud menyokong
kerajaan.
IMBUHAN AWALAN PRO-
Contoh 2
Di samping itu, contoh kedua kesalahan penggunaan imbuhan pro- ialah
pro Barat yang sepatutnya ditulis sebagai pro-Barat. Penggunaan tanda
sempang diperlukan kerana 'Barat' merupakan kata nama khas. Pro-Barat
bermaksud sikap menyokong Barat.
AWALAN SUB-
Contoh 1
Awalan sub- digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian kecil
daripada keseluruhan sesuatu. Misalnya, sub-tajuk merupakan antara
kesalahan penggunaan imbuhan ini yang dapat dikesan dalam Internet. Cara
penulisan yang betul bagi perkataan ini ialah subtajuk iaitu tanpa tanda
sempang dan ditulis secara rapat. Subtajuk merujuk kepada sebahagian
daripada keseluruhan tajuk.
AWALAN SUB-
Contoh 2
Selain itu, kesalahan kedua yang dapat dikesan ialah sub kategori yang
terdapat dalam penulisan berita Astro Awani. Perkataan tersebut
sepatutnya ditulis sebagai subkategori, iaitu ditulis secara rapat.
Subkategori ini membawa maksud sebahagian daripada keseluruhan
kategori.
IMBUHAN AWALAN POLI-
Imbuhan awalan poli- membawa maksud
suatu kuantiti yang banyak. Antara
kesalahan yang terdapat dalam penulisan
di platform Google ialah poli-peptida yang
sepatutnya ditulis sebagai polipeptida
iaitu ditulis secara rapat dan tanpa tanda
sempang. Polipeptida membawa maksud
peptida yang banyak.
IMBUHAN
IMBUHAN
IMBUHAN
AKHIRAN
AKHIRAN
AKHIRAN
IMBUHAN AKHIRAN -isme
Contoh
Antara kesalahan penggunaan imbuhan akhiran
-isme ialah gangsterisma dan vandalisma yang
sepatutnya masing-masing ditulis sebagai
gangsterisme serta vandalisme. Penggunaan
imbuhan yang salah ini berkemungkinan besar
disebabkan oleh kebiasaan menyebut
perkataan tersebut dengan salah iaitu dengan
membunyikan fonem 'a' di hujung perkataan.
IMBUHAN AKHIRAN -KAL
CONTOH
Antara contoh kesalahan penggunaan akhiran -kal ialah praktikel
yang seharusnya ditulis sebagai praktikal. Umumnya, kebanyakan
kesalahan penggunaan imbuhan -kal ini adalah disebabkan
kebiasaan menyebut perkataan tersebut menggunakan sebutan
yang salah iaitu menggunakan fonem 'e' sedangkan sebutan yang
betul menggunakan fonem 'a'.
RUJUKAN IMBUHAN AWALAN
anti Israel anti penjajah pro -kerajaan pro Barat
https://ms.wikipedia.org https://malaysiagazette. https://www.sinarharian.com.my/artic https://malaysiagazette.c
/wiki/Antisemitisme com/tag/anti-penjajah/ le/194970/berita/nasional/pas- om/2020/06/19/golongan
dukacita-ahli-parlimen-pro-kerajaan- -liberal-pro-barat-tak-
tidak-hadir-sokong-usul-sosma suka-kuasa-ydpa-
dipertingkatkan/#
RUJUKAN IMBUHAN AWALAN
sub-tajuk sub kategori poli peptida
https://inchenaim.com/m https://www.astroawani.com/beri https://www.g-
enulis-sub-tajuk- ta-bisnes/malaysia-raih-tempat- teck.com/ms/
menarik/ pertama-dalam-kedudukan-
kewangan-islam-global-untuk-
tahun-ke10-398312
RUJUKAN IMBUHAN AKHIRAN
gangsterisma dan vandalisma praktikel
http://www.myhealth.go https://ypu.com.my/jawa
v.my/masalah-tingkah- tan-kosong-latihan-
laku-remaja/ praktikel/
TERIMA KASIH