The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAHAN BACAAN MURID TAHAP 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 780-9-humairah, 2024-03-29 10:56:30

KISAH SAHABAT RIMBA

BAHAN BACAAN MURID TAHAP 2

Rimba SAHABAT Bahan Bacaan Tahap 2 HUMAIRAH BINTI HADI


Di sebuah hutan rimba, tinggal sebuah komuniti haiwan dengan aman. Sang Singa, Sang Burung, Sang Tikus dan Sang Lebah bersahabat baik umpama isi dengan kuku. 1


Sang Singa merupakan raja rimba yang gagah dan berani. Sang Singa sangat dihormati oleh haiwanhaiwan lain. 2


Pada suatu hari, Sang Burung yang sedang berterbangan ternampak sekumpulan pemburu. Mereka membawa senapang dan jaring. Sang Burung segera memaklumkannya kepada Sang Singa. 3


Sang Singa berbincang dengan haiwanhaiwan lain untuk mengusir pemburupemburu tersebut. “Ikut rancangan aku sebaiknya. Kita perlu bersatu untuk menghalau mereka. Usah berpeluk tubuh sahaja, ” kata Sang Singa. 4


Keesokan harinya, pemburu kembali lagi. Sang Burung segera memberitahu haiwanhaiwan lain supaya beraksi mengikut rencana Sang Singa. “Mereka sudah tiba, bersedia semua!” seru Sang Burung. 5


Sang Tikus secara senyap-senyap masuk ke dalam khemah pemburu. Sang Tikus menggigit jaring-jaring sehingga putus sambil mendengar rencana para pemburu. 6


Para pemburu yang masih terleka itu mula memasang perangkap pada pokok. Mereka tidak menyedari bahawa jaring tersebut telah berlubang. 7


Sang Singa sengaja memunculkan dirinya. Akhirnya, Sang Singa masuk ke dalam jaring tersebut. “Tidak sabar aku mahu melihat mereka terpedaya, ” bisiknya dalam hati. 8


Para pemburu yang bersembunyi keluar sambil ketawa kerana sudah berjaya menjerat Sang Singa. “Makan besar kita hari ini!” kata salah seorang pemburu itu. 9


Tiba-tiba, Sang Singa berjaya melepaskan diri. Pemburu-pemburu tersebut terkejut lalu melepaskan tembakan secara rambang. 10


Bunyi tembakan itu didengari oleh Sang Lebah. Sang Lebah dan rakanrakannya segera mengusir pemburupemburu tersebut dari hutan. 11


Para pemburu lari bertempiaran menyelamatkan diri seperti lipas kudung. “Tidak cukup tanah kalian larikan diri. Rasakan! ” seru Sang Lebah sendirian. 12


Haiwan-haiwan itu bersorak kegembiraan. Mereka menyedari bahawa benarlah pepatah mengatakan bersatu teguh, bercerai roboh. Berkat kerjasama mereka, hutan itu kembali aman. 13


Kita mestilah saling bersatu padu apabila hidup dalam komuniti demi mencapai tujuan bersama. 1. Kita mestilah menerapkan semangat kerjasama dan setia kawan dalam komuniti agar kehidupan kekal harmoni. 2. Sebagai pemimpin, kita mestilah bijak merancang dan membuat persiapan sebelum menghadapi cabaran. 3. Kita mestilah berani dalam mengatasi rintangan hidup bermasyarakat. 4. PENGAJARAN 14


Bagai isi dengan kuku - hubungan yang sangat rapat Lipas kudung - bergerak dengan cepat Bersatu teguh bercerai roboh - Persefahaman dalam sesebuah masyarakat dapat membuahkan kejayaan manakala perbalahan akan menyebabkan perpecahan. Berpeluk tubuh - Tidak mahu berusaha GLOSARI 15


BIBLIOGRAFI 16


Cerita ini berkisahkan tentang komuniti haiwan yang hidup damai di hutan rimba. Kehadiran pemburu membuatkan haiwan-haiwan tersebut bimbang akan keamanan hutan. Dengan kerjasama antara haiwan di bawah pimpinan Sang Singa, berjayakah mereka mengusir pemburupemburu tersebut? Adakah perpaduan antara haiwan-haiwan ini mampu mengekalkan keharmonian hutan mereka? Ayuh hayati cerita ini. SINOPSIS


Click to View FlipBook Version